• Tidak ada hasil yang ditemukan

8. PRESTASI KEWANGAN SYARIKAT SUBSIDIARI

a. Analisis Audit telah dibuat terhadap 127 penyata kewangan syarikat subsidiari di bawah 31 Badan Berkanun Persekutuan yang diterima setakat bulan Julai 2015 bagi tahun 2010 sehingga 2014. Syarikat subsidiari dianalisis dari segi prestasi kewangan, pembayaran dividen, cukai dan zakat serta status syarikat. Hasil analisis mendapati pada keseluruhannya keuntungan selepas cukai bagi 127 syarikat subsidiari pada tahun 2014 meningkat kepada RM365.74 juta berbanding RM204.16 juta pada tahun 2013. Analisis Audit juga mendapati 62 syarikat subsidiari telah memperoleh keuntungan selepas cukai bagi tempoh 5 tahun berturut-turut berjumlah RM1.10 bilion manakala 7 yang lain mengalami kerugian berjumlah RM10.18 juta bagi tempoh yang sama.

b. Berdasarkan kedudukan kewangan tahun 2014 didapati 30 syarikat subsidiari yang memperoleh keuntungan telah membayar dividen kepada Badan/Syarikat Induk berjumlah RM64.63 juta. Sebanyak 14 syarikat subsidiari telah membayar dividen 5 tahun berturut-turut. Syarikat subsidiari di bawah Majlis Amanah Rakyat merupakan pembayar cukai dan zakat tertinggi pada tahun 2014. Selain itu, sebuah syarikat telah dibubarkan, 14 syarikat dalam tindakan pembubaran dan 30 syarikat berstatus tidak aktif kerana tidak beroperasi, operasi dihentikan dan dorman.

c. Pengauditan pengurusan syarikat telah dijalankan terhadap 12 syarikat subsidiari pada tahun 2014. Pada umumnya, hasil pengauditan tersebut mendapati pengurusan syarikat subsidiari dan syarikat sub-subsidiari Badan Berkanun Persekutuan adalah baik. Namun, dari segi pelaksanaannya beberapa kelemahan perlu ditangani bagi memastikan aktiviti dilaksanakan dengan cekap dan teratur serta mencapai objektif yang ditetapkan.

SYARIKAT SUBSIDIARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 9. Pengurusan Syarikat UKM Technology Sdn. Berhad

a. UKM Technology Sdn. Berhad (UKMTech) ditubuhkan pada 28 Mei 2009 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan berjumlah RM5 juta dan modal berbayar berjumlah RM1 juta. UKMTech merupakan syarikat pemindahan teknologi milik penuh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Aktiviti utama UKMTech adalah mengurus projek penyelidikan inovasi serta mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan UKM ke pasaran global. Setakat bulan Disember 2014, UKMTech telah terlibat dengan 49 projek inovasi. Pada awalnya, UKMTech mempunyai 25 Syarikat Terbitan Universiti (STU) yang terdiri daripada 15 STU yang diurus oleh UKMTech dan 10 STU yang dikelola bersama dengan

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) di bawah Program Simbiosis UKM-MTDC. Bagaimanapun pada tahun 2012, Syarikat K Eco Tourism Sdn. Berhad telah diletakkan di bawah UKM Holdings Sdn. Berhad dan UKM E Biz Sdn. Berhad telah ditutup pada tahun 2013 menjadikan 13 STU yang diurus oleh UKMTech.

b. Pengauditan yang dijalankan pada bulan November 2014 mendapati secara keseluruhannya, prestasi kewangan dan pengurusan aktiviti UKMTech adalah tidak memuaskan. UKMTech mengalami kerugian bersih selama 5 tahun berturut-turut. Sehingga 31 Disember 2013, UKMTech mencatatkan kerugian terkumpul berjumlah RM3.08 juta melebihi modal berbayar syarikat. Bagaimanapun, pengurusan kewangan dan tadbir urus korporat adalah memuaskan. Antara penemuan dalam pengurusan syarikat ini adalah seperti berikut:

i. UKMTech bergantung sepenuhnya kepada geran daripada UKM untuk menampung perbelanjaan operasinya.

ii. Prestasi Pengkomersialan

Tiga projek yang dikomersialkan iaitu The Development of Compact Food For Athletes And Service Men (ProBar), Intelligent Project Management

System For Small and Medium Enterprise (SME) dan Development of

Non-Invasive Vascular Risk Prediction (NIVAR) tidak memberi sebarang

pulangan kepada syarikat walaupun telah disiapkan pada tahun 2011 dengan kos projek RM186,000. Dua produk dengan kos projek RM150,000 yang dikomersialkan melalui syarikat A1 Meditech Sdn. Berhad dan Biotech Diagnostics Sdn. Berhad juga tidak menjana sebarang pulangan.

 Tiga projek yang dikomersialkan sendiri oleh UKMTech dan 6 projek melalui STU telah berjaya menjana pendapatan sejumlah RM1.49 juta. Bagi projek Cilibangi, JetP dan Casemix menunjukkan pulangan yang baik dan dapat menampung kos pembiayaan penyelidikan.

 Sepuluh projek yang telah disiapkan pada tahun 2012 dan 2013 dengan kos berjumlahRM1.03 jutabelum dapat dikomersialkan.

 Strategi dan pelan perniagaan yang disediakan adalah dalam bentuk gambar rajah dan graf yang agak sukar untuk difahami. UKMTech juga tidak dapat memastikan sama ada Key Milestones dan Roadmap yang disediakan telah dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kelulusan.

PRESTASI KEWANGAN STU DI BAWAH UKMTECH

STU PRESTASI

1. My C.R.O Sdn. Berhad 2. Casemix Solutions Sdn. Berhad 3. Serotech Sdn. Berhad

4. Kievision Technology Sdn. Berhad

STU Yang Mengalami Kerugian Berterusan Bagi Tahun 2012 Sehingga 30 September 2014

1. Compleo Technology Sdn. Berhad 2. Valde Technology Sdn. Berhad 3. Refrex Sdn. Berhad

STU Yang Menunjukkan Penurunan Keuntungan Dari Tahun 2012 Sehingga 2014

1. Minds Technology Sdn. Berhad 2. Biotech Diagnostics Sdn. Berhad 3. UGreentech Sdn. Berhad 4. VLearning Sdn. Berhad 5. Altus Technology Sdn. Berhad 6. Tela Technology Sdn. Berhad

STU Yang Berjaya Mendapat Keuntungan Pada Tahun 2014

Sumber : Penyata Kewangan Syarikat

 Secara keseluruhannya, 4 STU di bawah UKMTech mencatat kerugian berterusan bagi tahun 2012 sehingga 30 September 2014. Kerugian ini disebabkan jumlah perbelanjaan adalah melebihi pendapatan syarikat antara 12.6% hingga 137.5%. Selain itu, 3 STU mengalami penurunan keuntungan dari tahun 2012 sehingga 2014 dan 6 STU berjaya mendapat keuntungan pada tahun 2014.

 6 STU tidak menjana sebarang pendapatan daripada aktiviti utamanya sejak penubuhannya antara tahun 2010 dan 2011. Sumber pendapatan lain tidak dapat menampung kos operasi syarikat menyebabkan syarikat mengalami kerugian berterusan.

 UKMTech tidak menyediakan laporan kewangan projek yang

menunjukkan secara terperinci butiran pendapatan dan perbelanjaan setiap projek yang menyebabkan berlakunya perbelanjaan melebihi pendapatan.

iv. Syarikat Terbitan Universiti Di Bawah Program Simbiosis UKM-MTDC

Setakat bulan Disember 2014, pelaksanaan spin-off bagi STU masih belum disempurnakan.

 Kesemua STU menunjukkan peningkatan di dalam kerugian terkumpul setiap tahun. Hanya 2 STU iaitu PV & T Technologies Sdn. Berhad dan NX Photonics Sdn. Berhad berjaya mendapat pendapatan operasi bagi tahun 2013. Bagaimanapun, kos operasi Syarikat PV & T Technologies Sdn. Berhad pada tahun 2013 adalah 119.3% lebih tinggi berbanding pendapatan operasi pada tahun tersebut. Bagi Syarikat NX Photonics Sdn. Berhad, kos operasi melebihi pendapatan operasi adalah sebanyak 304.9% pada tahun 2013.

 Lapan STU tidak menjana pendapatan operasi sejak penubuhannya pada tahun 2010 antaranya disebabkan produk yang dihasilkan tidak menepati kehendak pasaran dari segi teknologi dan kualiti.

v.

Pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah tidak disusuli secara bertulis bagi menerangkan peranan, tanggungjawab dan saraan yang mereka layak terima. Elaun menghadiri mesyuarat mereka juga tidak dibentangkan dalam Mesyuarat Agong. UKMTech tidak menjalankan penilaian keberkesanan terhadap Ahli Lembaga Pengarahnya semenjak penubuhan syarikat.

vi. Peraturan kewangan yang disediakan tidak memperincikan panduan tempoh bayaran dan pengeluaran resit. Polisi pengurusan kredit tidak disediakan menyebabkan jumlah penghutang UKMTech setakat bulan Oktober 2014 adalah berjumlah RM237,078. Sejumlah RM67,860 telah dihapus kira pada bulan Disember 2013.

c. Pihak Audit mengesyorkan pertimbangan diberikan kepada perkara berikut bagi meningkatkan prestasi pengurusan syarikat:

i. UKMTech perlu memastikan produk atau teknologi penyelidikan dan inovasi yang hendak dikomersialkan bercirikan keuntungan, penjanaan pendapatan yang cepat, penglibatan industri dan penyelidikan berorientasikan pasaran. ii. UKMTech perlu menyediakan laporan kewangan projek yang menunjukkan

secara terperinci jumlah pendapatan dan perbelanjaan setiap projek bagi memantau prestasi kewangan. Selain itu, UKMTech perlu menetapkan sasaran tempoh bagi mengkomersialkan sesuatu produk inovasi atau harta intelek yang telah disiapkan.

iii. UKMTech perlu segera menutup STU yang mengalami kerugian dan tidak aktif.

iv. UKMTech perlu menyediakan strategi dan pelan pengkomersialan produk inovasi dan harta intelek secara komprehensif bagi memastikan kejayaan pengkomersialan.

v. UKMTech hendaklah menyediakan peraturan pembayaran dan penerimaan yang lebih terperinci supaya pengurusan kewangan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

vi. UKMTech hendaklah menyediakan prosedur kredit bagi memastikan kutipan dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur serta tunggakan hutang dapat dikurangkan seterusnya dapat mengelakkan hutang dihapus kira.

PENGURUSAN SYARIKAT SUBSIDIARI