• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengurusan Pinjaman Latihan Kemahiran

4.4.2 Proses Pengeluaran Pinjaman

4.4.2.1 Piagam Pelanggan PTPK bagi pengeluaran pinjaman menetapkan tempoh proses kerja seperti berikut:

JADUAL 4.3 : TEMPOH PROSES KERJA BERDASARKAN PIAGAM PELANGGAN PTPK

PERKARA TEMPOH

Kelulusan permohonan pinjaman 1 hari bekerja (tahun 2012-3 hari bekerja) dari tarikh permohonan lengkap diterima.

Penyemakan perjanjian dan penyediaan laporan

lengkap 7 hari bekerja (tahun 2012-14 hari bekerja) dari tarikh penerimaan perjanjian.

Penyediaan arahan bayaran 7 hari bekerja (tahun 2012-14 hari bekerja) dari tarikh terima dokumen sokongan yang lengkap.

PTPK membuat bayaran 10 hari bekerja (tahun 2012-14 hari bekerja) dari tarikh terima arahan bayaran.

Sumber: Piagam Pelanggan PTPK

4.4.2.2 Semakan Audit terhadap 100 fail peminjam bagi tahun 2012 dan 2013 mendapati tiada isu kelewatan bayaran pertama ke akaun peminjam oleh Bahagian Pinjaman Latihan PTPK. Penyediaan arahan bayaran adalah dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh terima dokumen sokongan lengkap. Bayaran kepada peminjam adalah dalam tempoh 10 hari bekerja daripada tarikh terima arahan bayaran.

Pada pendapat Audit, pengurusan pengeluaran pinjaman adalah baik kerana dibuat dalam tempoh ditetapkan setelah maklumat lengkap peminjam diterima.

4.4.3 Pengurusan Bayaran Balik Pinjaman

Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640) subseksyen 55(1) menyatakan PTPK hendaklah bertanggungjawab mendapatkan dan memungut pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran yang dibayar kepada penerima pinjaman. Syarat perjanjian pinjaman menetapkan peminjam hendaklah membayar balik pinjaman secara ansuran tidak lewat daripada 6 bulan selepas menamatkan program.

4.4.3.1 Prestasi Bayaran Balik Pinjaman

a. Semakan Audit mendapati prestasi sasaran kutipan bayaran balik pinjaman bagi tahun 2011 sehingga 2014 semakin baik kerana secara purata pencapaian bayaran balik berbanding sasarannya adalah 94.6%. Ini adalah kerana PTPK menetapkan sasaran bayaran balik berdasarkan prestasi bayaran balik pada tahun sebelumnya. Bagaimanapun, purata prestasi bayaran balik berbanding jumlah patut kutip hanya 36.5% setahun. Kutipan bayaran balik semakin baik

setiap tahun kerana inisiatif galakan bayaran balik yang dilaksanakan oleh PTPK melalui pendekatan seperti berikut:

i. Skim early bird bayaran balik pinjaman latihan kemahiran iaitu pengecualian bayaran caj pentadbiran dengan syarat-syarat tertentu mulai tahun 2009; ii. Bagi pembayaran balik daripada 1 Mac 2013 sehingga 28 Februari 2014,

insentif diskaun 20% diberi bagi bayaran sekaligus; dan

iii. Bagi pembayaran balik mulai 1 Mac 2014 insentif diskaun 10% diberi berdasarkan kepada jumlah bayaran yang dibuat secara konsisten.

b. Prestasi kutipan bayaran balik pinjaman bagi tahun 2011 sehingga 2014 adalah seperti jadual berikut

:

JADUAL 4.4 : PRESTASI BAYARAN BALIK PINJAMAN BERBANDING JUMLAH PATUT KUTIP BAGI TAHUN 2011 SEHINGGA 2014

TAHUN SASARAN KUTIPAN (RM Juta) (a) KUTIPAN

BAYARAN BALIK PATUT KUTIP PINJAMAN

BAYARAN BALIK BERBANDING PATUT KUTIP (RM Juta)

(b) (c)=(b)/(a)x100 (%) (RM Juta) (d) (e)=(b)/(d)x100 (%)

2011 25 18.34 73.4 67.39 27.2

2012 30 18.71 62.4 69.93 26.8

2013 30 34.91 116.4 80.66 43.3

2014 36 42.56 118.2 96.13 44.3

JUMLAH 121 114.52 94.6 314.11 36.5

Sumber: Bahagian Pinjaman Latihan Dan Maklumat SPP, PTPK

Analisis Audit terhadap sasaran kutipan yang ditetapkan mendapati perkara berikut:

i. Terdapat peningkatan yang ketara bagi pinjaman yang sepatutnya dikutip bagi setiap tahun iaitu peningkatan sejumlah RM2.54 juta bagi tahun 2012 berbanding 2011, sejumlah RM10.73 juta bagi tahun 2013 dan sejumlah RM15.47 juta bagi tahun 2014.

ii. Manakala sasaran kutipan yang ditetapkan adalah hanya 37.1% bagi tahun 2011, sebanyak 42.9% bagi tahun 2012 , 37.2% bagi tahun 2013 dan bagi tahun 2014 adalah 37.4%.

iii. Secara keseluruhannya bagi tempoh tahun 2011 sehingga 2014, PTPK mensasarkan kutipan sejumlah RM121 juta berbanding RM314.11 juta atau 36.5% daripada jumlah yang sepatutnya dikutip.

c. Hapus Kira Pinjaman Latihan

i. Lembaga Pengarah PTPK telah meluluskan hapus kira pinjaman latihan kemahiran berjumlah RM1.41 juta mulai tahun 2007 sehingga 2013 dan tiada hapus kira pada tahun 2014. Jumlah hapus kira ini merangkumi jumlah pinjaman yang tidak dapat dikutip daripada 445 peminjam yang berbaki kurang daripada RM10 berjumlah RM1,944 dan daripada 296 peminjam yang memohon pinjaman sebelum 1 Jun 2006 tetapi telah meninggal dunia berjumlah RM1.40 juta. Mulai 1 Jun 2006, insurans telah dikenakan kepada peminjam bagi mengatasi masalah bayaran balik apabila berlaku kematian. Jumlah pinjaman yang dihapus kira bagi tahun 2007 sehingga 2014 adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 4.5 : PINJAMAN DIHAPUS KIRA BAGI TAHUN 2007 SEHINGGA 2014

TAHUN DIHAPUSKIRA JUMLAH (RM)

SEBAB HAPUS KIRA

BAWAH RM10 MENINGGAL DUNIA (Bil.) (RM) (Bil.) (RM) 2007 1,343 49 1,343 - - 2008 353,049 - - 118 353,049 2009 77,593 - - 11 77,593 2010 98,384 - - 17 98,384 2011 231,795 60 86 32 231,709 2012 41,320 303 480 8 40,840 2013 603,074 33 35 110 603,039

2014 TIADA HAPUS KIRA - - - -

JUMLAH 1,406,558 445 1,944 296 1,404,614

Sumber: Bahagian Kewangan Dan Akaun, PTPK

ii. Analisis Audit mendapati amaun dihapus kira sejumlah RM1.41 juta adalah 0.2% berbanding jumlah pinjaman diluluskan sejumlah RM701.71 juta sejak tahun 2001 sehingga 2006.

d. Bayaran Balik Daripada Peminjam Yang Batal Pinjaman Dan Tidak Menamatkan Latihan

i. Pembatalan pinjaman latihan kemahiran adalah berdasarkan permohonan yang diterima daripada PL dan pelatih sendiri. Antara sebab pembatalan adalah kerana masalah disiplin, tidak menyambung tahap latihan, menjaga ibu bapa sakit, mendapat pekerjaan semasa menjalani latihan, masalah peribadi, masalah kewangan, bertukar tempat latihan kemahiran di PL lain atau membiayai sendiri latihan di PL. Mengikut seksyen 56, Akta 640,

penerima pinjaman yang tidak menamatkan atau tidak menghadiri program latihan yang diluluskan perlu memulangkan baki pinjaman tersebut. Syarat perjanjian pinjaman turut menetapkan peminjam hendaklah membayar balik pinjaman secara ansuran bulanan tidak lewat daripada 60 hari daripada tarikh meninggalkan program latihan atau tarikh batal baki. Batal baki bermaksud apabila peminjam membatalkan pinjaman atau meninggalkan pengajian sebelum tamat pengajian.

ii. Semakan Audit mendapati bilangan pinjaman berstatus batal baki semakin meningkat setiap tahun. Prestasi pemulangan pinjaman batal baki dari tahun 2011 sehingga 2014 adalah rendah iaitu purata 23.3% setahun walaupun PTPK telah menjalankan prosedur yang ditetapkan untuk mendapatkan balik pinjaman. Prestasi pemulangan pinjaman berstatus batal baki adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 4.6 : PRESTASI PEMULANGAN BAKI YURAN PINJAMAN DARI PEMINJAM BERSTATUS BATAL BAKI BAGI TAHUN 2011 SEHINGGA 2014

TAHUN KELULUSAN PINJAMAN PEMINJAM BERSTATUS BATAL BAKI (Bil.) TUNGGAKAN PINJAMAN SETAKAT 31DISEMBER 2014 (RM) (a)

BAYARAN BALIK SETAKAT 31

DISEMBER 2014 TIDAK MEMBAYAR BALIK SETAKAT 31 DISEMBER 2014 (Bil.) (RM) (b) (c)=(b)/(a) (%) (Bil.) (RM) (d) (e)=(d)/(a) (%)

2011 964 982,182 169 216,146 22.0 795 766,036 78.0

2012 1132 1,198,472 207 208,122 17.4 925 990,350 82.6

2013 1199 804,038 151 271,869 33.8 1048 532,169 66.2

2014 26 5,390 2 184 3.4 24 5,206 96.6

JUMLAH 3,321 2,990,082 529 696,321 23.3 2,792 2,293,761 76.7

Sumber : Bahagian Pengurusan Maklumat, PTPK

iii. Analisis Audit mendapati daripada 3,321 peminjam berstatus batal baki dengan jumlah tunggakan pinjaman RM2.99 juta, seramai 529 peminjam telah membuat bayaran balik berjumlah RM0.70 juta atau 23.3%. Seramai 2,792 peminjam yang mempunyai tunggakan pinjaman berjumlah RM2.29 juta atau 76.7% masih belum membuat bayaran balik pinjaman setakat 31 Disember 2014.

Pada pendapat Audit, pencapaian kutipan bayaran balik pinjaman berbanding sasaran bagi tahun 2011 sehingga 2014 semakin baik dengan purata 94.6% setahun. Bagaimanapun, jumlah kutipan bayaran balik berbanding jumlah patut kutip masih rendah dengan purata 36.5% setahun. Jumlah dihapuskira berbanding jumlah pinjaman yang diluluskan sejak tahun 2001 sehingga 2006

purata 23.3% setahun manakala tunggakan pinjaman batal baki yang masih