• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengurusan Skim Tanam Semula Dan Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil

melebihi 6 bulan yang ditetapkan dalam manual prosedur kerja

6.4.6 Perolehan Dan Penyaluran Input Pertanian

Input pertanian akan disalurkan kepada pekebun kecil selepas permohonan pekebun kecil diluluskan. Input pertanian yang diberikan kepada pekebun kecil termasuklah anak benih sawit, baja untuk 2 tahun dan bahan kimia atau racun. Semua perolehan input pertanian dilaksanakan di ibu pejabat MPOB.

6.4.6.1 Anak Benih Sawit

a. Pada peringkat awal, perolehan anak benih sawit dilaksanakan secara sebut harga yang mengambil masa lama menyebabkan penyaluran anak benih sawit yang kurang cekap. Sehubungan itu, mulai tahun 2012 perolehan anak benih sawit telah dilaksanakan secara rundingan terus oleh panel pembekal dengan kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia.

b. Berdasarkan skop bantuan skim, anak benih sawit perlu dibekalkan daripada nurseri yang mempunyai Sijil Code of Good Nursery Practice for Oil Palm Nursery (CoPN) dan telah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Semakan Audit mendapati MPOB telah melantik 53 hingga 67 nurseri antara tahun 2012 sehingga 2014 untuk membekalkan anak benih sawit mengikut zon seperti jadual berikut:

JADUAL 6.10 : NURSERI DILANTIK BAGI TAHUN 2012 SEHINGGA 2014

ZON 2012 2013 2014 BIL. NURSERI BIL. ANAK BENIH (Juta) NILAI

(RM Juta) NURSERI BIL.

BIL. ANAK BENIH (Juta)

NILAI

(RM Juta) NURSERI BIL.

BIL. ANAK BENIH (Juta) NILAI (RM Juta) Semenanjung 31 1.89 21.19 30 1.24 15.03 37 1.40 16.90 Sabah 11 1.15 14.44 16 1.22 17.45 17 0.83 11.91 Sarawak 11 1.32 15.98 21 2.05 29.33 0 0 0 JUMLAH 53 4.36 51.61 67 4.51 61.81 54 2.23 28.81

Sumber: Bahagian Penyelidikan Integrasi & Pengembangan (IRED)

c. Semakan selanjutnya mendapati 11 nurseri yang tidak mempunyai Sijil CoPN turut dilantik sebagai panel pembekal anak benih sawit. Antaranya adalah disebabkan kekurangan nurseri yang mempunyai Sijil CoPN bagi menampung permintaan yang tinggi di lokasi tertentu. Nurseri tanpa Sijil CoPN yang telah dilantik adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 6.11 : NURSERI TANPA SIJIL CoPN

ZON NURSERI DAERAH KUOTA DITAWARKAN OLEH MPOB BIL. ANAK BENIH NILAI (RM)

Semenanjung

Agriculture Network Sungai Petani 10,000 123,500

R & Z Agricultural Nurseries Hulu Langat 20,000 242,000

Budi JS Plantation Rompin 55,000 643,500

Johor Plant Tech Air Hitam 27,000 360,000

Pertubuhan Peladang Negeri Johor Kluang 30,000 324,000

Sabah

Yun Fook Keningau 50,000 715,000

Teraju Hijau Tawau 100,000 1,430,000

Jaya Nursery Ranau 30,000 429,000

TK Enterprise Ranau 60,000 858,000

Sarawak Othman Farm Betong 30,000 429,000

U & Me Network Sibu 20,000 286,000

JUMLAH 432,000 5,840,000

Sumber: Bahagian Penyelidikan Integrasi & Pengembangan (IRED)

Maklum Balas Daripada MPOB Diterima Pada 8 September 2015

Surat peringatan bertarikh 16 April 2015 telah dikeluarkan kepada panel nurseri yang baru supaya mengemukakan salinan Sijil CoPN atau laporan lawatan CoPN Fasa Pertama. Mereka diberi tempoh selama 3 bulan untuk mendapatkan sijil berkenaan. Sebanyak 3 nurseri telah mendapat Sijil CoPN dan 8 nurseri lagi dalam proses pensijilan.

d. Pada tahun 2012, tiada perjanjian disediakan bagi kesemua pembekal anak benih sawit yang dilantik bagi kontrak bernilai RM51.61 juta dan hanya Surat Setuju Terima ditandatangani. Pada tahun 2013 pula, semua perjanjian pelantikan bernilai RM61.81 juta telah disediakan dan ditandatangani antara MPOB dan pembekal tetapi perjanjian tersebut tidak dimatikan dengan setem hasil.

e. Pada tahun 2014, Surat Setuju Terima telah ditandatangani pada bulan Ogos 2014 untuk semua pelantikan pembekal di Zon Semenanjung dan Sabah dengan kontrak bernilai RM28.81 juta. Bagaimanapun, perjanjian masih belum disediakan sehingga tarikh pengauditan pada bulan Januari 2015. Di Zon Sarawak pula, pembekal bagi tahun 2014 masih belum dilantik sejak tamat tempoh perjanjian pada 31 Mac 2014. Semakan Audit mendapati bekalan bagi tahun 2014 masih dibuat oleh 21 pembekal yang telah tamat tempoh perjanjian kerana kuota yang ditawarkan kepada pembekal masih ada baki dan belum habis diambil oleh MPOB. Ini disebabkan mulai 22 April 2013, MPOB telah diarahkan oleh SUK Negeri Sarawak untuk memberhentikan serta merta

pengedaran anak benih di Sarawak kerana isu tanah NCR. Surat permohonan perolehan secara rundingan terus hanya dikemukakan kepada Unit Kewangan MPOB untuk dimajukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia pada 20 November 2014 iaitu selepas 8 bulan tamat tempoh perjanjian. Semakan selanjutnya mendapati setakat bulan Januari 2015, kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia belum diterima. Butiran mengenai tempoh perjanjian perolehan anak benih sawit adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 6.12 : TEMPOH PERJANJIAN PEROLEHAN ANAK BENIH SAWIT

ZON TEMPOH PERJANJIAN

2012 2013 2014

Semenanjung 01.01.2012 – 31.12.2012 01.04.2013 – 31.03.2014 01.08.2014 – 31.07.2015

Sabah 01.01.2012 – 31.12.2012 01.04.2013 – 31.03.2014 01.10.2014 – 30.09.2015

Sarawak 01.01.2012 – 31.12.2012 01.04.2013 – 31.03.2014 Belum Dilantik

Sumber: Bahagian Penyelidikan Integrasi & Pengembangan (IRED)

Maklum Balas Daripada MPOB Diterima Pada 8 September 2015

MPOB mengambil maklum teguran Audit. Melalui surat bertarikh 16 Mac 2015, Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan kaedah rundingan terus bagi perolehan anak benih Zon Sarawak. Surat Tawaran dan Surat Setuju Terima bagi pelantikan panel pembekal anak benih Zon Sarawak telah dikeluarkan pada 1 Mei 2015 untuk tempoh 12 bulan sehingga 30 April 2016.

f. Mengikut Manual Prosedur Kerja Skim TBSPK, anak benih sawit perlu dibekalkan dalam tempoh 8 bulan daripada tarikh kelulusan jawatankuasa termasuk 2 bulan untuk proses perolehan. Semakan Audit mendapati 17 daripada 68 atau 25% pembekalan anak benih sawit mengambil masa melebihi 8 bulan iaitu antara 9 hingga 35 bulan dan 7 pekebun kecil belum menerima anak benih sawit sehingga tarikh lawatan audit iaitu 3

daripadanya telah melebihi 8 bulan antara 9 hingga 10 bulan. Maklumat lanjut adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 6.13 : TEMPOH DIAMBIL UNTUK MEMBEKAL ANAK BENIH SAWIT

DAERAH/NEGERI BILANGAN SAMPEL

TEMPOH*

(BULAN) BELUM TERIMA 1 - 8 MELEBIHI 8 BILANGAN LAWATAN TARIKH

AUDIT

Kuala Kangsar, Perak 17 11 5 1 09 – 13.03.2015

Sepang, Selangor 14 11 1 2 02 – 06.03.2015

g. Akibat daripada kelewatan penghantaran anak benih sawit, tapak kebun terpaksa dibiarkan tanpa menghasilkan sebarang pendapatan kepada pekebun kecil Skim TBSPK. Keadaan kebun adalah seperti gambar berikut:

GAMBAR 6.1

Keadaan Kebun Semasa Lawatan Pengesahan Kesesuaian Tapak

GAMBAR 6.2

Keadaan Kebun Yang Dipenuhi Semak Samun

Sumber: MPOB Sepang

Lokasi: Kebun Leong Kam Fong, Sepang, Selangor Tarikh: 11 Feb 2014

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Kebun Leong Kam Fong, Sepang, Selangor Tarikh: 5 Mac 2015

Maklum Balas Daripada MPOB Diterima Pada 8 September 2015

Antara punca kelewatan dalam pembekalan anak benih sawit disebabkan pembekuan penghantaran anak benih pada 22 April 2013 berikutan arahan menghentikan sementara pengedaran anak benih di Sarawak sehingga pengesahan tanah NCR diperoleh. Selain itu, peserta lewat memaklumkan penyediaan kawasan, tidak cukup kesediaan stok di nurseri (belum cukup umur 10 – 14 bulan) dan kelewatan pengeluaran pesanan belian (PO) anak benih kepada panel juga menyebabkan kelewatan pembekalan. Bagi mengatasi masalah tersebut, antara tindakan yang diambil oleh MPOB adalah seperti berikut:

i. Pekebun kecil diberi tempoh 3 bulan untuk menyediakan kawasan, jika gagal surat amaran dikeluarkan dan pekebun diberi tempoh lanjutan 2 bulan untuk menyelesaikan kerja tersebut. Sekiranya gagal, peserta akan dicadang untuk dibatalkan.

ii. ‘Outsource’ anak benih dari nurseri bukan panel yang mempunyai stok anak benih. Pegawai Zon telah membuat lawatan bagi memastikan anak benih yang akan diambil berkualiti dan subur.

iii. Pekebun kecil yang telah siap kawasan dibenarkan memohon untuk membeli sendiri anak benih.