Jadual 3 : Peta Paradigma LSM 136
2.3 Konsep Transformasi Konflik dan Pembinaan Perdamaian .1 Konflik dan Perdamaian
Konflik adalah situasi yang lazim dalam kehidupan manusia. Menurut Lederach (2003), konflik merupakan keadaan normal dalam hubungan manusia dan ia boleh dilihat sebagai agen perubahan144. Selain itu, George Simmel (1918) dan Lewis Coser (1957) menyatakan konflik memiliki fungsi positif. Sedangkan Max Weber (1918, 1974) dan Ralf Dahrendorf (1959) memandang konflik menjadi simbol berdikari hubungan sosial145.
Menurut Novri (2010) konflik dapat wujud pada 4 (empat) skala yang berbeza, iaitu konflik antara individu (interpersonal conflict), konflik antara kelompok (intergroup conflict), konflik antara kelompok dengan negara (vertical conflict), dan konflik antara negara (inter-state conflict). Setiap skala memiliki latar belakang dan arah perkembangannya. Jika dikelola secara arif dan bijaksana, konflik akan membina proses sosial dan bersifat membangun bagi perubahan sosial masyarakat dan tidak berlakunya kekerasan. Namun, dalam catatan sejarah masyarakat dunia, konflik yang berlaku kerapkali diikuti oleh bentuk-bentuk kekerasan seperti perang dan penindasan146.
Manakala perdamaian adalah proses yang harus dilalui untuk menguruskan konflik. Kamarulzaman Askandar (2008) menghuraikan bahawa perdamaian adalah satu proses. Ianya bukan hanya merupakan matlamat akhir yang ingin dicapai tetapi juga peta perjalanan yang memberikan tunjuk arah kepada perjalanan perdamaian.
144 Lederach (2003) The Little Book of Conflict Transformation.Intercourse – Good Books. Halaman 4.
145 Novri Susan (2010) Pengantar Sosiologi Konflik dan Isu-isu Konflik Kontemporer. Edisi Pertama, Cetakan Ke-2. Jakarta: Kencana Prenada Media Group. Halaman 7-8.
146 Ibid, halaman 9.
Berjaya atau tidak usaha mencapai perdamaian sebenarnya, akan bergantung kepada bagaimana peta dilukiskan dan perjalanan dilalui147.
Johan Galtung (1969) yang dipetik Eko dan Tjoetra (2009) menyampaikan bahawa perdamaian boleh dibahagi dua, iaitu perdamaian negatif (negative peace) dan perdamaian positif (positive peace). Perdamaian negatif adalah situasi di mana tidak ada perang. Perdamaian positif adalah situasi ketika tidak ada kekerasan (baik kekerasan langsung, kekerasan struktural, mahupun kekerasan budaya). Secara ringkas ciri-ciri utama perdamaian negatif dan perdamaian positif dapat dirumuskan sebagai berikut: perdamaian negatif bererti tidak adanya kekerasan, bersifat pesimistik, penyembuhan dan tidak selalu dicapai dengan cara-cara damai.
Perdamaian positif pula bererti integrasi struktural, bersifat optimistik, preventif dan dicapai dengan cara-cara yang damai148.
Eko (2012) menyatakan bahawa pemahaman dasar Galtung atas perdamaian positif disambut dan diperluas oleh banyak ilmuwan generasi berikutnya. Seterusnya, merujuk pada Harris dan Morrison (2004), Eko (2012) menghuraikan bahawa perdamaian positif sebagai keadilan, kehidupan yang lebih seimbang, kehadiran partisipasi warga dalam penyelenggaraan negara. Perdamaian dalam makna ini difahami sebagai pola kerjasama untuk resolusi konflik, penghargaan terhadap keadilan, pemenuhan keperluan dasar, penghargaan terhadap hak asasi manusia serta menghargai kemanusiaan tanpa prasangka dan diskriminasi.
Selanjutnya, CE Miller (2005) mendefinisikan damai sebagai sebuah keadaan politik yang dapat menjamin keadilan dan kestabilan sosial menerusi pertubuhan yang rasmi serta menerusi praktik dan norma. Beberapa keadaan yang harus dipenuhi untuk mencapai perdamaian positif di antaranya: (a) Keseimbangan kekuasaan
147 Kamarulzaman Askandar (2008) dalam Perdamaian: Yang Berikhtiar, Yang Menentang Kronik Perundingan GAM-RI di Helsinki. Banda Aceh: Acehnese Civil Society Taskforce. Halaman ix.
148 Eko dan Tjoetra, 2012, op.cit, halaman 7.
politik diantara berbagai-bagai kelompok dalam suatu organisasi, komuniti, wilayah, atau dunia; (b) Legitimasi bagi pengambil keputusan dan pelaksana keputusan di mata masing-masing kelompok, serta orang dari pihak luar sepatutnya didukung menerusi transparensi dan akauntabiliti; (c) Hubungan saling bergantung diakui dan dihargai di antara kelompok dalam pembinaan kerjasama jangka panjang selama berlangsungnya perjanjian, ketidaksepakatan dan krisis; (d) Pertubuhan yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan konflik; (e) Kesaksamaan dan saling menghormati, dalam praktik, dalam dan/atau tanpa kelompok serta sesuai dengan standard antarabangsa; (f) Pemahaman tentang hak, kepentingan, maksud atau tujuan, serta fleksibiliti jika terjadi ketidaksesuaian149.
Seterusnya, Eko (2012) menyampaikan bahawa pemahaman yang sama akan makna dan tujuan perdamaian positif itu melahirkan tahapan dasar dalam perdamaian: perjanjian perdamaian (peacemaking), perawatan perdamaian (peacekeeping) dan pembinaan perdamaian (peacebuilding). Perjanjian Helsinki 2005 antara RI dan GAM merupakan bentuk peacemaking yang menghentikan konflik sekaligus membuat perjanjian baru sebagai landasan untuk perdamaian yang berkekalan dalam era baru yang saling menghormati. Pasca perjanjian diiikuti dengan penarikan tentara, gencatan senjata, sosialisasi dan lain-lain yang dilakukan oleh pihak-pihak antarabangsa mahupun pemerintah dan organisasi masyarakat sivil disebut sebagai peacekeeping150.
Sedangkan pembinaan perdamaian yang menjadi titik perhatian utama banyak literatur perdamaian merupakan proses jangka panjang dan berkekalan untuk membina perdamaian positif151. Perihal ini juga menjadi perhatian dalam
149 Eko dan Tjoetra, 2012, op.cit, halaman 8.
150 Ibid, halaman 8.
151 Ibid, halaman 8-9.
penyelidikan ini sehingga boleh menyokong terhadap wujudnya perdamaian yang berkelanjutan di Aceh.
Berikutnya, Anggoro (2009) menyatakan bahawa pada umumnya pembinaan perdamaian harus dilihat dalam dua konteks sekaligus, iaitu sebagai tindakan nyata yang dimaksudkan untuk mendukung serta memajukan perdamaian dan sebagai proses yang bersifat satu kesatuan. Sehingga pembinaan perdamaian dipandang sebagai proses untuk menghantar perubahan ke arah konsolidasi perdamaian (peace consolidation). Proses ini antara lain tercermin dari pelbagai keadaan yang menggambarkan berfungsinya kembali pihak berkuasa pemerintahan bersama dengan pertubuhan khas yang dibentuk untuk memberi perkhidmatan khas. Proses tersebut dilakukan untuk mengait kembali struktur sosial (politik, ekonomi, sosial, budaya dan psikologikal) menerusi pembangunan dalam erti luas dan dengan demikian mencakup demokrasi, pembangunan serta reformasi sektor keamanan.
Dengan demikian, berhasil atau tidaknya pembinaan perdamaian ditentukan oleh kesan sinergi dari tindakan-tindakan nyata yang berlaku pada pelbagai tahap dan tingkat152.
2.2.2 Transformasi Konflik dan Pembinaan Perdamaian
Pembahasan mengenai transformasi konflik dan pembinaan perdamaian tak dapat dipisahkan satu dengan yang lain. Transformasi konflik itu menjadi sebahagian dari proses pembinaan perdamaian.
Konsep transformasi konflik dapat dimaknai sebagai usaha untuk mengurangi kekerasan dan meningkatkan keadilan. Menurut Lederach (2003) transformasi konflik dimaknai sebagai peluang untuk maklum balas pasang surutnya
152 Anggoro (2009) Post-Conflict Peacebuilding: Naskah Akademik untuk Penyusunan Manual Companion-2.
Jakarta: ProPatria Institute. Halaman 8. Lihat Eko dan Tjoetra, 2012, ibid, halaman 9.
konflik sosial guna mewujudkan proses perubahan konstruktif dengan meningkatkan keadilan dalam interaksi langsung dan struktur sosial, dan maklum balas masalah kehidupan dalam masyarakat.
Selanjutnya, Lederach (1997) menyebutkan bahawa transformasi konflik merupakan langkah penting yang berjalan di luar penyelesaian konflik (conflict resolution). Inti pati daripada transformasi konflik merujuk kepada perubahan yang boleh difahami dengan dua cara utama--secara deskriptif (descriptively) dan secara preskriptif (prescriptively)--menerusi empat dimensi iaitu dimensi peribadi, hubungan, struktur dan budaya153.
Berikutnya, Lederach (1997) menyatakan bahawa deskriptif bermakna transformasi merujuk kepada kesan nyata daripada konflik atau kesan sosial yang dihasilkan konflik. Dalam konteks ini kata transformasi digunakan untuk menjelaskan perubahan umum yang dihasilkan konflik sosial dan pola-pola khusus yang mengikutinya. Sedangkan pada peringkat preskriptif, transformasi secara tidak langsung menyatakan intervensi dilakukan dengan sengaja untuk merubah kesan konflik154.
Reimann (2001) menyebutkan bahawa transformasi konflik merujuk kepada hasil, proses dan struktur yang ditujukan kepada usaha membina perdamaian berkelanjutan yang mana ia bertujuan secara sungguh-sungguh untuk mengatasi budaya dan struktur kekerasan. Transformasi konflik merupakan suatu yang tanpa had, jangka panjang dan merupakan proses dinamis yang secara nyata meluaskan ruang lingkup dari pelaku yang terlibat155.
153 Lederach (1997) dalam Building Peace: Sustainable Reconciliation in Divided Societies. Halaman 82.
154 Ibid.
155 Reimann (2001) dalam ―Toward Conflict Transformation: Assessing the State of the Art in Conflict Management—Reflection form a Theoritical Perspective‖. In Berghof Handbook for Conflict Transformation.
Berlin: Berghof Research Center for Constructive Conflict Management. Lihat juga Lukman, 2007, op.cit., halaman 46.
Sejak Sekretaris Jenderal PBB Boutros Boutros-Ghali (1992) mengumumkan agenda perdamaian, teori dan praktik pembinaan perdamaian (peace building) semakin berkembang. Menerusi agenda tersebut, Boutros Boutros-Ghali menyampaikan termasuk aktiviti: preventive diplomacy, peacemaking, peacekeeping, dan post-conflict peacebuilding156.
Lalu, bagaimana menuju peacebuilding yang berkelanjutan itu? Kajian World Bank (2006) dan Kusnanto Anggoro (2009)157 telah memberikan peta 4 (empat) aliran yang kerap digunakan untuk membina perdamaian. Pertama, aliran pengurusan konflik (conflict management) yang mengutamakan usaha untuk mencari pelbagai penyelesaian menerusi jalur politik (diplomasi) untuk mengakhiri konflik.
Ini ditempuh dengan pendekatan hasil yang boleh dilihat (outcome oriented approach) menerusi forum bilateral, regional mahupun multilateral. Pada peringkat dalaman pengelolaan konflik mengutamakan mediasi. Pendekatan ini pada umumnya kurang memperhatikan akar konflik. Penganut aliran ini cenderung memperhatikan kepentingan jangka pendek khasnya untuk membawa pihak bersengketa ke meja perundingan. Dengan itu fokusnya pada lapisan elit yang boleh saja tidak selalu neutral dalam konflik.
Kedua, aliran penamatan konflik (conflict resolution school). Arus pemikiran ini memberi perhatian besar untuk menjawab cabaran ganda: menghilangkan akar-akar pertikaian (root causes of conflicts) dengan memperbaiki hubungan yang porak poranda (damaged relationship) antara pihak yang dalam waktu lama terjerumus dalam pertikaian. Berikutnya, aliran penamatan konflik tidak merasa cukup hanya memperhatikan pada elit peringkat atasan tetapi juga lapisan elit menengah dalam stratum sosial. Pelaksanaan pelbagai program interaktif, dialog mahupun latihan
156 Lederach, 1999, op.cit.halaman 20.
157 Anggoro, 2009, op.cit, halaman 2-3 dan Eko dan Tjoetra, 2012, op.cit, halaman 9-10.
kerap sebagai sokongan utama pendekatan ini. Kuncinya adalah ―relationship bulding‖ dan ―long-term resolution oriented approach‖.
Ketiga, aliran transformasi konflik (conflict transformation). Konsep transformasi itu sendiri diupayakan untuk menjangkau 2 (dua) hal, iaitu aktor yang terlibat konflik dan ruang di mana aktor konflik berada. Transformasi diharapkan akan dapat memulai wujudnya masyarakat baru yang tidak lagi membawa persoalan masa lalu, memiliki kepaduan keinginan untuk memintal masa hadapan dan mendasarkan hubungan sosial baru seirama dengan perjalanan transformasi itu sendiri. Langkah awal yang biasa diyakini kalangan ini adalah memintal kembali rekonsiliasi dalam masyarakat. Perbezaan aliran ketiga ini dari yang kedua terletak pada kecenderungannya untuk mengutamakan pendekatan dari bawah, misalnya dengan bergantung kepada lapisan elit yang bertindak sebagai ahli perdamaian (peace constituent).
Keempat, aliran pelengkap (complementary school) untuk melengkapi beberapa instrumen aliran yang disebut sebelumnya. Pemikiran aliran ini lebih pada kecenderungan untuk mencari instrumen yang tepat pada saat yang tepat dan tidak secara kaku mengutamakan dimensi-dimensi tertentu, fizikal atau bukan fizikal.
Berdasar aliran ini, penamatan konflik dapat menerusi negosiasi langsung antara pihak-pihak yang bersengketa atau harus melibatkan pihak ketiga. Utamanya, intervensi pihak ketiga itu diperlukan ketika tidak terdapat lagi struktur mahupun institusi sosial politik yang dapat digunakan untuk menamatkan konflik. Beberapa model yang dikembangkan aliran ini berusaha untuk menemukan titik genting (threshold) sebagai alasan untuk melakukan intervensi baik untuk menamatkan konflik mahupun untuk membina perdamaian.
Meskipun aliran keempat tampak lebih lengkap tetapi transformasi konflik merupakan aliran terkemuka dalam pembinaan perdamaian, yang digunakan oleh para ilmuwan mahupun para praktisi.
Transformasi menggambarkan peta jalan dan agenda pembinaan perdamaian baik jangka pendek mahupun jangka panjang. Lederach (1997) merupakan ilmuwan tersohor dalam merumuskan peta jalan dan proses pembinaan perdamaian secara organik mulai dari transisi bergerak menuju transformasi dan berakhir pada rekonsiliasi berkekalan. Lederach berhujah bahawa ada perubahan politik yang terintegrasi dalam proses transisi perdamaian yang sarat akan komponen ―tugas dan teknikal‖ dalam perjanjian perdamaian. Namun, jika rekonsiliasi hendak dicapai, pergerakan dari transisi menuju transformasi tentu memerlukan pendekatan yang komprehensif yang mencakup perubahan sosial, ekonomi, psikologi sosial dan kerohanian. Rekonsiliasi yang sempurna boleh dicapai hanya jika berhubung baru dibangun yang berasaskan pada kehendak baik untuk menghargai kebenaran dan ketidakdilan masa lalu serta sebuah keterbukaan untuk saling menawarkan dan menerima pengampunan.
Lambang Trijono (2007, 2009) menilai bahawa pendekatan Lederach ini sangat komprehensif dan boleh digunapakai untuk mengatasi percanggahan perdamaian yang dihadapi daerah-daerah pasca konflik158. Berikutnya pula tentang bagaimana sebaiknya peranan masyarakat sivil untuk mengatasi dan mengisi percanggahan perdamaian ini. Pendekatan ini mencakup berbagai area dan aspek masalah yang harus ditangani. Ia tidak hanya bersifat transisi tetapi juga transformatif dalam berbagai peringkat masalah. Untuk di peringkat atas; negosiasi tingkat tinggi, membina pakatan dan konsensus damai, pembahagian kekuasaan dan
158 Trijono, 2007, ibid., halaman 63 dan Trijono (2009) Pembangunan Perdamaian dan Peran Masyarakat Sipil di Indonesia dalam Post-Conflict Peacebuilding: Naskah Akademik untuk Penyusunan Manual Companion-2.
Jakarta: ProPatria Institute. Halaman 38.
penghentian kekerasan. Sedangkan pada peringkat menengah; meningkatkan kapasiti perdamaian, advokasi perdamaian, resolusi konflik berasaskan pemecahan masalah, pembentukan suruhanjaya perdamaian dan di peringkat bawah memecahkan masalah-masalah sosial-ekonomi di tingkat komuniti, trauma, prasangka, percanggahan, ketidakadilan dan masalah-masalah sosial-ekonomi lainnya dihadapi masyarakat akar umbi159.
Selanjutnya, Trijono (2007) menghuraikan bahawa pelaksanaan terbaik mengenai pendekatan transformasi ini dijalankan dalam era transisi sebagaimana transformasi dan rekonsiliasi jangka panjang yang dilakukan Presiden Nelson Mandela di Afrika Selatan. Nelson Mandela menekankan pentingnya empat agenda dan proses pencapaian perdamaian dan merumuskan pembinaan perdamaian di Africa Selatan sebagai usaha mencapai: (1) kesatuan dan rekonsiliasi nasional, menjawab keperluan warga kulit putih dan hitam hidup bersama secara sama; (2) pembentukan sistem demokrasi untuk menjamin semua warga negara memiliki hak sama dan kesempatan menentukan masa depannya; (3) mengakhiri dan mengatasi percanggahan sosial-ekonomi dan kesejahteraan antara penduduk kulit putih dan kulit hitam yang begitu tajam dan (4) keperluan membina kembali dan memodernisasi ekonomi untuk peningkatan kemajuan ekonomi untuk mengatasi masalah kemiskinan, pengangguran dan kepinggiran majoriti penduduk khususnya warga kulit hitam160.
Selain road map, Lederach juga membuat piramid aktor dalam pembinaan perdamaian, seperti dalam Rajah 5. Dalam piramid itu terdapat tiga peringkat aktor/kepemimpinan yang memiliki peranan penting dalam pembinaan perdamaian, iaitu: top ledearship, middle-range leadership, serta grassroot leadership. Inisiatif
159 Trijono, 2009, ibid, halaman 38.
160 Ibid.
perdamaian dari semua tingkat itu adalah penting dan saling membantu. Lederach secara khas menekankan pentingnya proses pembinaan perdamaian secara bottom-up. ―Seseorang dapat berhujah bahawa sebenarnya semua transisi yang baru-baru ini terjadi—seperti yang terjadi di El Savador, Ethiopia juga di Filipina—terutama didorong oleh tekanan bagi perubahan yang terus berkembang dan muncul dari kelompok rakyat paling bawah‖161.