• Tidak ada hasil yang ditemukan

8. KontraS Aceh

12. Unsur Pemerintah Aceh Pemimpin institusi

Manakala pengumpulan dan analisis data sekunder berdasarkan kategori penulisan sejarah konflik Aceh, proses pembentukan jaringan pertubuhan mahupun pertubuhan melalui buku-buku, laporan-laporan, media atau laman sesawang, perkembangan semasa atau isu-isu terkini mengenai peranan OMS di Aceh.

Berikutnya, pelbagai data yang diperoleh dianalisis oleh penyelidik mengikut kerangka teoritikal dan pemboleh ubah yang dibentuk menerusi pengumpulan teori-teori dalam bidang sosiologi, konflik, perdamaian, dan OMS. Justeru, kaedah aplikasi teori terhadap kes kajian akan digunakan untuk menguji keberkesanannya dan seterusnya untuk mengenal pasti penyelesaiannya yang dibincangkan dalam teori.

1.8.2 Kaedah Pengumpulan Data

Penyelidikan ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah kualitatif adalah kaedah yang mengacu kepada prosedur kajian yang menghasilkan data deskriptif berupa kata-kata tertulis atau lisan dari orang dan perilaku yang boleh diamati97. Berikutnya, Moleong (2011) menyatakan bahawa penyelidikan kualitatif adalah penyelidikan yang bermaksud untuk memahami fenomena tentang apa yang dialami subjek penyelidikan seperti perilaku, persepsi, motivasi, tindakan secara holistik dan dengan cara deskripsi dalam bentuk kata-kata dan bahasa, pada suatu konteks khas yang sebenar dan dengan memanfaatkan pelbagai kaedah sebenar98.

Penyelidikan ini dilaksanakan melalui 3 (tiga) tahap, iaitu kajian kes, kajian perpustakaan, dan kajian lapangan. Untuk kajian kes sebagai tahap untuk memahami keadaan yang berlaku di Aceh selama berlangsungnya konflik dan pasca MoU Helsinki. Khasnya pelbagai usaha yang dilakukan OMS di Aceh terpilih dan melakukan usaha-usaha pembinaan perdamaian selama berlangsung konflik, pasca konflik dan terjadi keganasan tsunami.

Pada kajian perpustakaan, penyelidik menumpukan untuk pengumpulan data sekunder. Maklumat yang dikumpulkan merangkumi teori-teori berkaitan dengan masyarakat sivil atau teori tentang OMS, teori tentang transformasi konflik, serta peranan OMS dalam pembinaan perdamaian. Kesemua maklumat ini diperlukan untuk membina landasan teori kajian dan mengukuhkan kefahaman penyelidik terhadap peranan OMS untuk mewujudkan perdamaian, transformasi konflik serta pembinaan perdamaian.

Selain itu, kajian perpustakaan dilaksanakan untuk mengumpulkan maklumat berkenaan dengan konflik di Aceh, perkembangannya, pihak-pihak yang terlibat dan

97 Bogda dan Taylor (1975) halaman 5 dalam Lexy J. Moleong (2011) Metodologi Penelitian Kualitatif (cetakan keempatbelas), PT. Remaja Rosdakarya, Bandung. Halaman 4.

98 Moleong, 2011, Ibid, halaman 6.

kaedah pengurusan konflik yang telah dijalankan. Kajian ini juga digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang aktiviti dan usaha OMS dalam membina perdamaian dan kesannya terhadap transformasi konflik.

Pelbagai dokumen yang berkenaan dengan maklumat di atas diperolehi dari perpustakaan universiti, perpustakaan Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian, internet, akhbar, majalah, jurnal, serta lain-lain dokumen yang berkenaan. Seluruh proses ini dilaksanakan guna mengenalpasti perkembangan OMS di Aceh selama berlangsungnya konflik serta pelbagai usaha yang dilaksanakan dalam membina perdamaian. Perkara ini akan dilaksanakan melalui pelbagai dokumen yang berkaitan dengan perkembangan OMS di Aceh sejak tahun 1995.

Kajian lapangan dilakukan untuk mengumpulkan maklumat-maklumat sebagai data primer daripada pihak-pihak yang faham dengan topik kajian. Pelbagai maklumat yang diperoleh digunakan sebagai pengukur bagi teori-teori yang dijadikan landasan kajian.

Selanjutnya, kaedah yang digunakan adalah mengkaji dokumen untuk mendapatkan maklumat daripada dokumen atau pelbagai laporan yang diterbitkan OMS, kajian yang dilaksanakan oleh pertubuhan lain, kesepakatan perundingan antara kerajaan Indonesia dengan GAM, pelbagai polisi dan laporan-laporan yang diterbitkan kerajaan Indonesia berkaitan dengan Aceh serta penerbitan yang berkenaan dengan konflik dan pembinaan perdamaian Aceh.

1.8.3 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini hanya membahas berkaitan peranan dan usaha yang dijalankan oleh OMS di Aceh dalam menyokong perdamaian di Aceh, sama ada semasa berlangsungnya

era konflik, pasca bencana tsunami, mahupun pasca MoU Helsinki. Pihak-pihak lain hanya pendukung maklumat terhadap usaha yang dilakukan oleh OMS di Aceh.

Kajian ini tidak ditujukan untuk menganalisa pelbagai kepentingan yang dimiliki oleh lembaga pendukung/donor yang bersumber dari kerajaan lain ketika OMS Aceh melangsungkan program.

Kajian ini tidak menjalankan temu bual dengan seluruh pengurus/pelaksana OMS kerana keterbatasan waktu yang tersedia. Kumpulan masyarakat lainnya, selain kumpulan dampingan OMS yang masih wujud juga tidak dijadikan sebagai sumber maklumat. Perkara lain yang menjadi skop kajian ini adalah terbatasnya sumber maklumat yang tersedia terutamanya mengenai perkembangan OMS Aceh dalam menyokong perdamaian di Aceh.

Manakala kawasan dalam kajian ini dijalankan di Aceh sesuai dengan tajuk penyelidikan. Sedangkan masa kajian bermula sejak 2012 hingga 2016.

1.9 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini diharapkan memberikan impak bagi mengekalkan sokongan pelabagai komponen dalam masyarakat terhadap proses perubahan yang berlaku di Aceh. Selain itu, bentuk-bentuk sokongan dan peranan yang dilaksanakan OMS di Aceh semasa konflik dan perdamaian serta pemulihan dan membina semula pasca bencana akan menjadi maklumat penting bagi OMS lainnya. Sedangkan bagi OMS di Aceh sendiri akan mendapatkan maklumat untuk memastikan transformasi peranan dan kedudukan dalam rangkaian perubahan pasca konflik.

Bahkan, sistem penyokong sama ada tempatan mahupun antarabangsa diperolehi maklumat mengenai gagasan yang patut digalakkan untuk mengekalkan perdamaian di Aceh misalnya pengembangan sumber daya manusia yang diperlukan

serta pelbagai aktiviti lainnya. Selari itu, kajian ini pula diharapkan dapat memberi sokongan positif ke atas ilmu pengetahuan dan pembinaan perdamaian di kawasan konflik lainnya.

1.10 Huraian dalam Semua Bab

Bab 1 menjelaskan latar belakang kajian, sorotan karya, kerangka konseptual teori, pernyataan masalah, persoalan kajian, matlamat kajian, metodologi kajian, model analisis dan kepentingan kajian. Bab 2 tentang konsep OMS, transformasi konflik, dan pembinaan perdamaian. Huraian dibahagikan dalam dua bahagian utama iaitu tentang konsep masyarakat sivil dan OMS, kefahaman mengenai konsep transformasi konflik serta konsep mengenai pembinaan perdamaian.

Bab 3 tentang sejarah konflik dan perdamaian Aceh. Bab ini memuat empat huraian utama yakni proses dan konteks konflik Aceh, proses perdamaian serta usaha perdamaian yang dilaksanakan termasuk usaha-usaha yang dijalankan OMS.

Selain itu, dihuraikan tentang peranan pelbagai aktor dalam perdamaian menurut konsep Lederach (1997) serta perkembangan perdamaian Aceh masa kini. Pada bab 4 memuat peranan OMS sebelum dan pasca MoU Helsinki, dengan huraian secara khas tentang pelbagai keadaan dan usaha OMS di Aceh dalam melaksanakan peranannya. Bab ini memuat pengalaman beberapa OMS di Aceh semasa berlangsungnya konflik serta usaha yang dilakukan untuk menyokong kesepakatan damai.

Seterusnya, bab 5 mengenai analisis peranan strategik OMS di Aceh untuk mengekalkan perdamaian yang memuat tentang dinamika OMS Aceh dan ruang yang tersedia, peranan OMS Aceh untuk memperkuatkan masyarakat semasa tempoh konflik dan perdamaian, ketersediaan sumber daya OMS Aceh pada tempoh konflik

dan perdamaian, serta kedudukan OMS Aceh masa hadapan untuk mengekalkan perdamaian melalui transformasi peranan dan isu yang dilaksanakan.

Berikutnya, pada bab 6 sebagai bahagian akhir memuat tentang kesimpulan dan cadangan. Bahagian ini merupakan ringkasan daripada penemuan-penemuan utama serta rumusan kajian. Selain itu penyelidik juga mengemukakan beberapa saranan berkenaan dengan penyelidikan ini.

BAB II

KONSEP ORGANISASI MASYARAKAT SIVIL, TRANSFORMASI