• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan OMS

Rajah 7: Perbandingan Ahli GAM dan Mangsa dalam Konflik Aceh (1999- (1999-2002)

3.3 Proses Perdamaian di Aceh

3.3.1 Tahapan Perdamaian

Terkait dengan proses perdamaian yang berlaku di Aceh, boleh dipastikan bahawa penyelidikan ini sesuai dengan tempoh masa konflik yang berlaku sejak Aceh menjadi sebahagian dari Indonesia. Dalam kajian ini, dibahagi menjadi dua bahagian, iaitu pada tempoh masa konflik DI/TII dan konflik antara GAM dan Republik Indonesia.

274 Ibid., dalam Lukman, 2007, menerusi www.acehkita.com, tarikh 30 Mai 2005.

275 Ibid., halaman 95-96.

3.3.1(a) Pengurusan Perdamaian Period DI/TII

Penanganan awal terkait bermulanya pemberontakan ini, kerajaan sangat yakin dengan kaedah ketenteraan untuk menghancurkan gerakan DI/TII. Menerusi Keputusan Presiden No 175 tahun 1953, seluruh wilayah Aceh diisytiharkan sebagai wilayah berjaga-jaga tentera. Seterusnya kerajaan menghantar 4 batalion tentera dan 13 batalion Mobrig (Polis Khas) ke Aceh. Selain itu, jet pejuang peninggalan tentera Jepun juga digunakan untuk menyerang pasukan Daud Bereueh di Bireuen dan Kuta Raja, nama Banda Aceh masa itu276. Usaha ini mendapat tentangan dari DI/TIII dan kerajaan telah salah menjangka kekuatan yang dimiliki pemberontak.

Menurut El Ibrahimy (1986) kuatnya tentangan itu membuat rancangan kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri Ali Sostroanidjojo yang mengharapkan pemberontakan dapat ditumpaskan pada akhir tahun 1953 atau paling lambat Mac 1954 tidak tercapai. Sampai tahun 1955, kerajaan Ali Sostroamidjodjo jatuh biarpun konflik di Aceh belum dapat diselesaikan277.

Setelah menimbangkan usaha-usaha ketenteraan tidak membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan, maka kerajaan Indonesia mula menjalankan kaedah-kaedah pemujukan dan perundingan. Pada bulan Jun 1955, Naib Presiden, Mohammad Hatta mengirimkan dua orang utusannya dari Jakarta untuk menemui pimpinan gerila di Aceh. Pada tahun yang sama Perdana Menteri Burhanuddin Harahap mengirimkan dua orang kepercayaannya yang juga orang Aceh untuk menemui Daud Beureueh. Gabenor Sumatera Utara, S.M. Amin juga terus menerus berusaha mengadakan hubungan dengan pimpinan Darul Islam mulai dari Daud Beureueh, Hasan Ali, Husin Yusuf, Tgk. A.H Almujahid, T.M Amin, Tgk. M. Ali

276 El Ibrahimy, 1986, op.cit, halaman. 163 dan Sjamsuddin, 1985, op.cit, halaman 125.

277 Ibid, El Ibrahimy, 1986, halaman 169.

Piyeung, A. Djalil, dan Ishak Amin untuk membuka perundingan dengan kumpulan tersebut278.

Berikutnya, Lukman (2007) menghuraikan bahawa hingga tahun 1955 usaha perdamaian juga belum membuahkan hasil sebagaimana diharapkan. Keadaan politik di Indonesia yang tidak stabil dengan kerapnya berganti kabinet juga membuat usaha-usaha ini tidak berjalan secara lancar. Pada September 1956, masyarakat Aceh melaksanakan Mesyuarat Mahasiswa/Pemuda/Pelajar/-Masyarakat Aceh se-Indonesia di Medan untuk mencari penyelesaian konflik Aceh. Namun tanda-tanda perdamaian belum juga nampak untuk menamatkan konflik yang berlaku di Aceh279.

Sehingga Pemerintahan Indonesia menguatkuasakan sebuah Undang-undang untuk menubuhkan semula Daerah Aceh pada tarikh 29 November 1956. Keputusan yang mula dijalankan 1 Januari 1957 dan Gabenornya yang ditunjuk adalah Ali Hasjmy yang tiada lain adalah bekas rakan seperjuangan pemberontak. Kesatuan Tentera Aceh ditingkatkan statusnya dari Regimen menjadi Kodam I (Komando Daerah Militer) Iskandar Muda yang panglimanya dipegang oleh seorang Aceh yakni Let.Kol (kemudian Kolonel) Syamaun Gaharu. Perubahan ini telah memungkinkan usaha-usaha penyelesaian konflik semakin terbuka. Menerusi sebuah konsep penyelesaian yang dinamakan Prinsipil Bijaksana, Ali Hasjmy dan Syama‘un Gaharu terus mengadakan hubungan-hubungan dengan pemimpin-pemimpin gerila, baik menerusi surat atau mengirimkan utusan-utusan. Sehingga pada tanggal 8 April 1957, tercapai kesepakatan untuk melakukan gencatan senjata untuk memulakan perundingan antara kerajaan dan gerakan Daud Beureueh. Kesepakatan itu dikenali dengan Ikrar Lam Teh280.

278 Ibid, halaman. 170.

279 Lukman, 2007, op.cit, halaman 97.

280 Saleh, 1992, op.cit, halaman 310 dan Lukman, 2007, op.cit, halaman 97-98.

Berikutnya, Ikrar Lam Teh yang dihasilkan belum memutuskan penyelesaian politik terhadap konflik di Aceh pada masa itu. Status daerah Aceh yang telah dihidupkan semula tidak memenuhi keinginan Daud Beureueh yang ingin membentuk Negara Bahagian Aceh. Di tengah situasi seperti ini, terjadi perpecahan dalam kalangan pimpinan pemberontak. Sebahagian pemimpin yang lebih lunak dan bosan berperang memisahkan diri dengan Daud Beureueh dengan menubuhkan Dewan Revolusi pada 15 Mac 1959. Kumpulan ini dipimpin oleh Hasan Saleh, Menteri Urusan Perang DI/TII, Hasan Al-Mujahid, Ketua Majlis Syura DI/TII dan A.

Gani Usman, Wakil Perdana Menteri DI/TII281

Kumpulan inilah yang mengadakan perundingan dengan kerajaan Indonesia yang diwakili Naib Perdana Menteri, Hardi pada 25-26 Mei 1959 di Kuta Radja (nama Banda Aceh sebelumnya)282. Dalam perundingan itu dipersetujui bahawa kerajaan bersedia memberikan pengampunan kepada pemberontak, melakukan rehabilitasi kepada mereka yang sebelumnya berasal dari kakitangan kerajaan/polis, memasukkan gerila dalam kesatuan tentera kerajaan. Selain itu, yang paling penting adalah diterbitkannya sebuah Keputusan No 1/Misi/1959 yang menyatakan bahawa status Daerah Aceh diubah menjadi Daerah Istimewa Aceh yang berlaku dalam bidang keagamaan, adat-istiadat dan pendidikan sepanjang tidak bertentangan dengan UU Nombor 1 tahun 1957 mengenai Pokok-pokok Pemerintah Daerah283.

281 El Ibrahimy, 1986, op.cit, halaman 170, dan Ibid., halaman 98.

282 M. Adli Abdullah (2011) Membedah Sejarah Aceh, Bandar Publishing: Banda Aceh. Halaman 45. Pada masa Belanda menyerang Aceh dan menduduki Istana Raja Kerajaan Aceh Darussalam maka diberi nama Kuta Radja sebagai upaya penghancuran kejayaan kesultanan, yang diproklamirkan oleh Gubernur Hindia Belanda Van Swieten Pergantian nama itu kemudian disahkan oleh Gubernur Jenderal di Batavia dengan beslit yang bertanggal 16 Marc 1874. Seterusnya, pada masa kemerdekaan Republik Indonesia (pada masa Gubernur Ali Hasjmy (1957-1964), nama Kutaradja diganti menjadi Banda Aceh pada 28 Disember 1962. Hal ini berdasar Keputusan Menteri Pemerintahan Umum dan Otonomi Daerah bertanggal 9 Mei 1963 No. Des 52/1/43-43. Sebelumnya, daerah ini masih menyandang nama Kuta Raja. Pergantian nama itu dilakukan pada 24 Januari 1874 setelah Belanda berhasil menduduki istana setelah jatuhnya kesultanan Aceh. Sebagaimana diketahui, Kota Banda Aceh dibentuk berdasarkan Undang-Undang Nomor 8 (drt) Tahun 1956 adalah daerah autonomi dalam Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam. Pada awal pembentukan terdiri atas dua kecamatan yakni Kecamatan Kuta Alam dan Kecamatan Baiturrahman dengan luas 11,08 kilometer.

283 El Ibrahimy, 1986, op.cit, halaman 175-176, dan Lukman, 200.7, op.cit, halaman 98.

Proses perundingan dijalankan hanya dengan sebahagian kumpulan Dewan Revolusi DI/TII yang telah memisahkan diri dengan Daud Beureueh, sehingga kesepakatan ini belum menyelesaikan konflik. Justeru ini membuat gencatan senjata yang sudah berjalan sejak dua tahun sebelumnya menjadi rosak, kerana Daud Beureueh menganggap kerajaan Indonesia telah memotong dari belakang dengan menyokong penubuhan Dewan Revolusi dan mengadakan perundingan dengan mereka. Peperangan antara gerila dan tentera Indonesia mula berlaku di beberapa tempat. Selain itu di wilayah-wilayah di luar Aceh juga muncul pemberontakan-pemberontakan seperti Dewan Gajah di Medan, Dewan Banteng di Padang, Dewan Garuda di Palembang yang diikuti dengan pemberontakan PRRI/Permesta. Gerakan perlawanan di Aceh juga membina hubungan dengan gerakan-gerakan tersebut, termasuk mengadakan operasi bersama juga bantuan persenjataan284.

Namun situasi ini tidak berlangsung lama, kerajaan dengan cepat dapat menamatkan perlawanan-perlawanan di luar Aceh. Kekuatan di Aceh juga semakin lemah terutama setelah Dewan Revolusi dan juga diikuti dengan menyerahnya beberapa pemimpin lain, seperti Hasan Ali, Perdana Menteri Negara Bahagian Aceh pada tahun 1961. Ini membuat Daud Beureueh tidak punya pilihan lain, apalagi Persatuan Republik Indonesia yang ditubuhkan dengan perlawanan-perlawanan lain di luar Aceh hancur sama sekali. Pada tanggal 7 Mei 1962, tercapai persetujuan antara Daud Bereueh dengan Kolonel Jasin, panglima tentera di Aceh pada masa itu untuk menghentikan segala konflik di Aceh285.

284 Ibid, Ibrahimy, 1982, halaman 209.

285 Sulaiman, 1997, op.cit, halaman 455-456.

3.3.1(b) Pengurusan Perdamaian Period GAM

Menurut Aspinall and Crouch (2003) penamatan konflik di Aceh pasca reformasi dilaksanakan menerusi 2 (dua) bahagian, selain cara-cara kekerasan, kerajaan Indonesia juga melakukan usaha-usaha penyelesaian tanpa kekerasan dengan GAM 286 . Pasca DOM, Presiden Republik Indonesia, Abdurrahman Wahid, berinisiatif melakukan perundingan antara kerajaan dan GAM dimulakan pada tahun 12 Mei 2000. Ini merupakan langkah baru Jakarta setelah 24 tahun wujudnya tuntutan kemerdekaan dari GAM287.

Hal lainnya, penamatan konflik menerusi damai ini kerana meluasnya tuntutan referendum yang dipelopori mahasiswa sebagai tindakbalas kekerasan dan ketidakadilan yang dilakukan kerajaan terhadap rakyat Aceh. Mobilisasi mahasiswa berhasil mengumpulkan hampir 1 juta rakyat di seluruh Aceh berkumpul di Banda Aceh pada 8 November 1999 untuk menuntut referendum bagi Aceh di halaman Masjid Raya Baiturrahman Banda Aceh. Tuntutan referéndum ialah akumulasi kekecewaan rakyat Aceh terhadap pemerintah Jakarta. Tuntutan itu digerakkan oleh kalangan intelektual Aceh yang terhimpun dalam Sentral Informasi Referendum Aceh (SIRA) yang ditubuhkan di Banda Aceh pada 4 Februari 1999288. Selain itu meluasnya pengaruh GAM di kalangan rakyat Aceh membuat kerajaan semakin kehilangan pegangannya di Aceh. Keadaan ini menjadi lebih mudah dengan keberadaan Abdurrahman Wahid, yang tergolong reformis yang baru terpilih sebagai Presiden Indonesia pada Oktober 1999, menggantikan BJ Habibie289.

Proses awal penamatan konflik Aceh melalui perundingan bermula pada masa pemerintahan Abdurrahman Wahid. Hal ini berdasarkan Lukman (2007) yang

286 Edward Aspinall and Crouch, H. (2003) The Aceh Peace Process: Why it Failed. East-West Center, Washington. Halaman 8. Lihat juga Lukman, 2007, op.cit, halaman 100.

287 Kawilarang , 2008, op.cit, halaman 160.

288 Ibid, halaman 160-161.

289 Aspinall and Crouch, 2003, op.cit, halaman 8. Lihat juga Lukman, 2007, op.cit, halaman 100.

menyatakan bahawa usaha untuk membuka perundingan telah dilakukan Abdurrahman Wahid sejak akhir tahun 1999 dan dilanjutkan pada tahun 2000. Pada 30 Januari 2000, Abdurrahman Wahid bertemu dengan perwakilan Henry Dunant Center (HDC) yang kemudian menjadi fasilitator perundingan RI dengan GAM290. Usaha-usaha damai ini tidak sepenuhnya mendapat sokongan dari kalangan tentera dan elit-elit politik di Indonesia.Sebagai contoh, jurucakap ketenteraan Major Jeneral Sudrajat dan Ketua Polis Negara Jeneral Roesmanhadi justeru meminta diisytiharkan status darurat ketenteraan untuk memulihkan keselamatan di Aceh291. Dari kalangan sivil juru cakap parlimen yang juga ketua parti Golkar, Akbar Tanjung mengingatkan jangan sampai dialog melanggar prinsip Negara Kesatuan Republik Indonesia292.

Namun demikian, usaha-usaha perdamaian terus saja berlangsung. Menurut Lukman (2007), di tengah-tengah suasana politik di Jakarta yang demikian, pada 12 Mei 2000 kesepakatan pertama RI dan GAM yang diberi nama ―Joint Understanding on Humanitarian Pause for Aceh‖ (Jeda Kemanusiaan) ditandatangani di Geneva.

Dari pihak Indonesia diwakili Hasan Wirayudha yang pada masa itu merupakan Duta Besar Indonesia di Geneva dan dari pihak GAM diwakili Dr. Zaini Abdullah, sebagai Menteri Luar Negari GAM. Perjanjian ini bertujuan untuk membuka peluang bagi penyaluran bantuan kemanusiaan dan membangun kepercayaan antara kedua belah pihak menuju perdamaian di Aceh293.

Kejayaan ini berlaku melalui peranan HDC, pertubuhan bukan kerajaan yang berpusat di Geneva, Switzerland yang menjadi pihak ketiga menamatkan konflik antara GAM dan RI. NGO antarabangsa ini bersifat berkecuali yang terdiri dari kalangan ahli akademik dan kemanusiaan. Dana operasional HDC diperoleh dari

290 Lukman, 2007, op.cit, halaman 100: Jakarta Post, 5hb Mai 2000.

291 Ibid, menerusi Media Indonesia 18 Nopember 1999 dan Kompas 19 Nopember 1999.

292 Ibid, kutip Kompas, Mac 2000.

293 Ibid, halaman 100-101.

pemerintah Swiss, ICRC, Red Cross dan Red Cross Society serta pemerintah Kota Geneva294.

Untuk melaksanakan kesepakatan damai ditubuhkan tiga jawatan kuasa bersama yang berpejabat di Hotel Kuala Tripa Banda Aceh295, iaitu :

1). Komite Bersama Modalitas Keamanan (KBMK) (Joint Committee on Security Modalities)

2) Komite Bersama Aksi Kemanusiaan (KBAK) (Joint Committee on Humanitarian Action).

3) Tim Monitoring Modalitas Keamanan (KMMK) (Monitoring Team on Security Modalities).

Aspinall dan Crouch (2003) melihat dari mula lagi sudah ada masalah dalam jawatan kuasa dan pengawas yang ditubuhkan untuk Jeda Kemanusiaan ini. Misalnya GAM dan wakil pemerintah tidak memiliki persamaan dalam melihat masalah-masalah yang sangat asas seperti gencatan senjata. Juga meskipun kerajaan menyetujui untuk tidak melakukan gerakan serangan yang besar, namun dengan alasan rondaan rutin dan tugas-tugas pasukan keselamatan, operasi tetap dijalankan di daerah-daerah pedalaman yang merupakan asas GAM. Pihak polis juga meneruskan Operasi Cinta Meunasah (OCM). Di pihak GAM juga banyak laporan yang menunjukkan kumpulan ini melakukan rekrutmen ahli-ahli baru dan mengkonsolidasikan kekuatannya selama masa Jeda Kemanusiaan ini. Selain itu kelemahan yang paling ketara dalam perjanjian ini jawatan kuasa yang ditubuhkan tidak memiliki kuasa yang besar untuk menjalankan tugas-tugasnya, sehingga

294 Kawilarang, 2008, op.cit, halaman 162.

295 Saat ini Hotel Kuala Tripa Banda Aceh hancur kerana bencana gempa dan tsunami yang berlaku di Aceh, tarikh 26 Disember 2004.

mereka tidak mampu memberikan hukuman kepada kumpulan-kumpulan yang melakukan pelanggaran terhadap perjanjian296.

Berdasarkan Lukman (2007), dengan situasi yang berlaku dan adanya percanggahan pendapat di Jakarta maka Jeda Kemanusiaan hanya berjalan sampai awal tahun 2001. Pada Mac 2001 Jeda Kemanusiaan diganti dengan perjanjian baru dengan nama Damai melalui Dialog (DMD), yang menekankan pada pembentukan zon-zon damai di wilayah-wilayah yang sentiasa berlaku peperangan. Selain itu juga ditubuhkan jawatan kuasa bersama di daerah-daerah. Namun, persekitaran politik dan keamanan tetap sama semasa Jeda Kemanusiaan, bahkan pada 30 Mac 2001, Tengku Kamal ahli TMMK wilayah Aceh Selatan ditembak mati bersama peguam dan pemandu. Ahli politik di Jakarta yang merasa GAM tidak akan merubah tuntutan kemerdekaannya terus mendesak agar perundingan dihentikan. Pada 5 Julai 2001 Ketua Juru Runding Indonesia membekukan jawatan kuasa perundingan yang telah ditubuhkan. Berikutan dengan itu enam juru runding GAM di Banda Aceh ditangkap pihak polis297.

Pada tahun 2002, Indonesia yang merasa sudah memiliki posisi yang lebih kuat, kembali menjejaki kemungkinan dialog dengan GAM. Bagi GAM syarat dialog harus dengan dua keadaaan; melibatkan masyarakat antara bangsa dan perundingan harus tetap di luar Indonesia (Aspinall and Crouch, 2003). Pada masa yang sama pejabat tinggi Indonesia menyatakan konflik Aceh adalah masalah dalaman dan perundingan harus dilakukan di Indonesia. Menteri urusan Dalam Negeri, Hari Sabarno justeru menyatakan perundingan mestinya dilakukan oleh Gabenor Aceh dengan GAM yang ada di Aceh. Mengikuti arahan ini, Gabenor Aceh, Abdullah Puteh melakukannya dengan komander GAM Abdullah Syafi‘e dengan mengirim

296 Aspinall and Crouch, 2003, op.cit, halaman 16-17. Lihat juga Lukman, 2007, op.cit, halaman 101-102.

297 Lukman, 2007, op.cit, halaman 102.

surat melalui kurier untuk menjejaki kemungkinan dialog. Cadangan ini ditolak dengan alasan yang sudah biasa bahawa masalah politik merupakan urusan pimpinan GAM di Sweden. Tiga hari kemudian, pada 22 Januari 2002 Abdullah Syafie dikepung, dia bersama isterinya yang sedang hamil dan beberapa pengawalnya ditembak mati. Kematian Abdullah Syafi‘e dalam masa pendekatan untuk perundingan ini selain menunjukkan lemahnya penyelarasan antara penguasa awam dan tentera juga mungkin menunjukkan adanya elemen sabotaj pihak tentera terhadap usaha damai298.

Sokongan penamatan konflik secara damai semakin meluas. Hal ini berdasarkan maklumat kunjungan duta besar pelbagai kerajaan. Selama tahun 2001 dan 2002, Lukman (2007) menyatakan bahawa beberapa duta besar dari Amerika dan negara-negara Eropah melakukan kunjungan yang dipublikasikan secara luas.

Mereka berpendapat bahawa kedua belah pihak harus melanjutkan perundingan.

HDC juga terus berusaha memperkuat diri dengan melibatkan "wise man" (orang bijak) dari tokoh-tokoh antarabangsa untuk terlibat dalam penyelesaian konflik Aceh.

Mereka adalah General Anthony Zinni, bekas pasukan Marin US, Surin Pitsuwan, Bekas Menteri Luar Thailand, Budimir Loncar, bekas Duta Besar Yugoslavia untuk Indonesia, Bengt Soderberg, bekas diplomat Sweden dan Lord Eric Avebury dari Britain299.

Kenyataan bahawa GAM tidak mahu berdialog di Indonesia dan tekanan masyarakat antarabangsa membuat Indonesia mempertimbangkan perundingan dijalankan kembali di Genava. Beberapa siri perbincangan dijalankan hingga pada 9 Disember 2002 ditandatangani Cessation of Hostilities Framework Agreement (COHA). Perjanjian ini menyepakati untuk mengadakan all-inclusive dialogue antara

298 Aspinall and Crouch, 2003, op.cit, halaman. 27-28. Lihat juga Lukman, 2007, op.cit, halaman 102-103.

299 Lukman, 2007, ibid, halaman 103.

masyarakat Aceh untuk menentukan penyelesaian konflik politik di Aceh. Hal lain yang cukup penting dari perjanjian ini adalah keterlibatan pasukan pemantau antarabangsa yang berasal dari Thailand dan Filipina300.

Menurut Aspinall dan Crouch (2003) pada mulanya perjanjian ini memberi harapan yang besar untuk penamatan konflik Aceh, pimpinan tentera dan GAM segera memerintahkan pihak bawahannya untuk berada dalam posisi bertahan.

Pimpinan GAM yang sebelumnya bergerila turun bersama petinggi tentera kepada masyarakat untuk mensosialisasikan kandungan perjanjian. Jumlah kekerasan juga menurun tajam, dalam dua bulan pertama jumlah mangsa awam sebulannya hanya 12 berbanding 87 pada masa sebelumnya. Demikian juga hanya 4 askar/polis yang terbunuh berbanding 45 pada masa sebelumnya dan hanya 9 ahli GAM terbunuh berbanding 102 pada masa sebelumnya301.

Namun suasana ini tidak bertahan lama, pegawai-pegawai tentera mula menunjukkan ketidaksenangannya terhadap perjanjian di tempat-tempat awam Indonesia. Ketua Tentera Darat, General Ryamizard Ryacudu mengisytiharkan bahawa tugas tentera tidak berubah: ―Kita akan mengambil tindakan keras terhadap setiap pemberontak yang ada di negara ini, senjata GAM harus dilucuti dari mereka.

Jika semua orang boleh membawa senjata dan kami tidak dibenarkan untuk menangkap mereka, bagaimana mahu menegakkan undang-undang di negara ini?‖

Dia juga menganggap idea menarik militari dari Aceh sebagai idea yang kelakar, dengan menyatakan: ―Jika satu juta askar ada di Aceh, tidak boleh ada soalan tentang itu. Tempat bagi askar memang di sana.‖302

300 Ibid, halaman 103.

301 Aspinall and Crouch, 2003, op.cit, halaman. 34. Lihat juga Lukman, 2007, op.cit, halaman 103-104.

302 Kompas 16 Disember 2003 dan Analisa 17 Disember 2003. Lihat Edward Aspinall dan Horald C., H. The Aceh Peace Process: Why it Failed. East-West Center, Washington, 2003:35. Lihat dalam Lukman, 2007, op.cit, halaman 104. .

Selain itu perbezaan tafsiran terhadap kandungan-kandungan perjanjian juga terjadi antara pihak Indonesia dan GAM, seperti menyangkut pilihan raya tempatan.

Bagi Indonesia pilihan raya tempatan adalah sama dengan pilihan raya secara kebangsaan yang dilaksanakan 5 tahun sekali, hanya nantinya GAM dibenarkan terlibat dalam pilihan raya di Aceh. Manakala bagi GAM pilihan raya tempatan berbeza dan hanya dilaksanakan di Aceh, menurut mereka kalau sama dengan pilihan raya kebangsaan tentu tidak perlu ditekankan dalam perundingan ini303.

Berikutnya, Aspinall dan Crouch (2003) menyatakan bahawa impak keadaan yang semakin tidak terkendali, keadaan ini diikuti dengan tunjuk perasaan rakyat yang menolak COHA dan diikuti dengan pembakaran terhadap pegawai-pegawai jawatan kuasa usaha dari JSC di Aceh Tengah, Aceh Timur, Aceh Barat, Aceh Selatan dan Pidie. Pelbagai laporan menunjukkan tunjuk perasaan ini digerakkan oleh tentera. Sehingga, pada 8 April 2003, JSC memutuskan menarik 144 pemantaunya yang di daerah ke Banda Aceh304.

Keadaan proses dialog memang tidak dapat diselamatkan lagi, pelbagai persiapan operasi tentera pun sudah disiapkan. Rancangan untuk melancarkan operasi tentera besar-besaran ke Aceh sudah dimulakan. Juru runding GAM yang akan berangkat ke Tokyo untuk menilai COHA ditangkap. Meskipun perbincangan di Tokyo tetap diteruskan pada tanggal 17 Mei 2003, namun hasilnya sebagaimana dijangka mengalami kegagalan. Indonesia memaksa GAM melepaskan tuntutan kemerdekaannya sebelum masuk dalam perbincangan, dan itu ditolak GAM.

Berikutan gagalnya perundingan di Tokyo, Indonesia mengisytiharkan darurat

303 Lukman, 2007, op.cit, halaman 104.

304 Aspinall and Crouch, 2003, op.cit, halaman 40-41 dalam Lukman, 2007, op.cit, halaman 104-105.

ketenteraan di Aceh yang menutup semua harapan untuk berlangsungnya proses damai di Aceh305.