• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBANGUNAN HARTA WAKAF SECARA LESTARI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

2.4 Latar Belakang dan Dalil Pensyariatan Wakaf

Terdapat pertikaian berhubung dengan asal usul wakaf dari sudut sejarah. Kajian lepas menunjukkan wakaf telah wujud semenjak zaman awal tamadun manusia meliputi Mesopotamia, Greek dan Macedonia. Struktur dan konsep yang sama turut dipraktikkan semasa era tamadun klasik seperti Parsi, Mesir, Turki dan Empayar Byzantine serta

72 Rom.226 Menurut Abu Zahrah, kewujudan tempat beribadat seperti gereja serta dua masjid yang terkenal iaitu Masjid al-Aqsa di Jerusalem dan Masjid al-Haram di Mekah merupakan antara bukti bahawa amalan wakaf wujud sebelum kedatangan Islam.227Agama Islam kemudiannya telah menerima amalan tersebut dengan beberapa pengubahsuaian agar selaras dengan prinsip-prinsip hukum syarak.

Para fuqaha bersepakat bahawa wakaf merupakan amalan sunat yang disyariatkan menerusi dalil umum al-Quran, hadith dan ijma‘.228 Meskipun tiada dalil al-Quran yang menyebut secara khusus tentang kewajipan berwakaf, pensyariatan wakaf secara umum dapat difahami menerusi ayat firman Allah SWT:

Terjemahan:

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya”. 229

(Surah Ali-Imran 3:92)

Begitu juga dengan firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 10:

Terjemahan:

“Dan apa sahaja kebajikan yang mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahaalnya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang bertaqwa.” 230 (Surah Ali Imran 3: 115)

226

Murat Cizakca, History of Philanthropic Foundations, 5. 227 Abu Zahrah, Muhadarat fi al-Waqf , 7.

228 Masyhur, Athar al-Waqf fi Tanmiyyah al-Mujtama„, 17. 229

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran (30 juz), terj. Sheikh Abdullah Basmeih (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2011), 143.

230

73 Menurut Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha dan „Ali al-Syarbaji, frasa “apa sahaja kebajikan” membawa maksud segala bentuk kebaikan yang merujuk kepada wakaf.231

Di samping itu, terdapat banyak ayat al-Quran lain yang secara umum menganjurkan umat Islam untuk menginfakkan harta ke jalan kebajikan dengan bersedekah232 serta mengagihkan harta kekayaan233 bagi membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.234 Golongan yang menginfakkan harta mereka ke jalan Allah turut dijanjikan ganjaran keampunan235 serta pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.236

Terdapat juga dalil-dalil umum al-Quran yang menerangkan bahawa di dalam harta-harta golongan yang berkemampuan dan bernasib baik terdapat padanya hak golongan yang miskin dan tidak berkemampuan.237 Hal ini jelas menggambarkan bahawa harta kekayaan wajar dikongsi dan diagihkan kepada golongan yang memerlukan menerusi amalan kebajikan seperti wakaf sebagai suatu manifestasi keprihatinan seorang Muslim terhadap keperluan Muslim yang lain. Sepanjang hayat Rasulullah SAW baginda sering memberi galakan kepada para sahabat untuk berwakaf khususnya bagi tujuan untuk menjaga dan memelihara kebajikan awam. Bahkan Baginda sendiri mewakafkan masjid Quba‟ sebagai antara wakaf pertama dalam sejarah Islam.238

Dalil pensyariatan wakaf secara khusus dapat difahami menerusi hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn „Umar perihal ayahandanya Sayyidina Umar al-Khattab yang mewakafkan tanahnya yang terbaik di daerah Khaybar. Hasil

231 Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha dan „Ali al-Sharbaji, al- Fiqh al-Manhaji „ala Mazhabi al-Imam

al-Shafi„i, Kitab al-waqf (Damsyik: Dar al-Qalam), 5:10 232

Ali Imran 3:92 233

Lihat sebagai contoh surah al-Baqarah 1:177, 195, 219, 264,265 dan 274; Ali Imran 2:92; al-Maidah:2; Ibrahim 14:31; al-Hashr 59:7 dan al-Muzammil 73:20.

234

Lihat sebagai contoh surah al-Baqarah 1: 245, 261, 276; al-Infitar 82: 13; Yusuf 12: 88 dan al-Ahzab 33:35. 235 Surah al-Taghabun 64:17. 236 Surah al-Baqarah 1:245. 237

Surah al-Dhariyat 51:19; al-Ma„arij:24-25. 238 al-Zarqa‟, Ahkam al-Awqaf, 11.

74 daripada tanah yang “ditahan” itu diagihkan kepada fakir miskin, kaum keluarga, hamba abdi, orang yang berada di jalan Allah (fi sabilillah), ibn sabil dan para tetamu. Hadith tersebut turut menggariskan prinsip-prinsip utama yang mendasari konsep wakaf yakni tidak boleh dijual, dihibah dan diwarisi. Wakaf oleh Sayyidina Umar berupa sebuah ladang bernama thamgh )غَثىا( di Khaybar dan menjana hasil pertanian juga disepakati oleh jumhur fuqaha sebagai antara wakaf yang pertama dalam sejarah Islam selain masjid Quba‟.239 Ulama bersepakat bahawa frasa “sadaqah jariyah” dalam hadith berkenaan adalah merujuk kepada wakaf240 kerana pahala sedekah jariah akan mengalir berpanjangan kepada orang yang melakukannya sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak terus mengalir seperti wakaf241.

Rasulullah SAW amat memberi galakan kepada para sahabat untuk berwakaf. Imam Ahmad meriwayatkan Anas bin Malik berkata: “ Abu Talhah merupakan orang yang mempunyai harta yang paling banyak dalam kalangan orang Ansar di Madinah dan salah satu harta yang paling disayanginya ialah kebun Bayraha’. Kadangkala Rasulullah SAW akan singgah ke kebun tersebut dan minum air yang segar di situ. Anas berkata apabila turun ayat “ ربىا هانت ِى”,242

Abu Talhah berkata: “Ya Rasulullah , tidak ragu-ragu lagi bahawa Bayraha’ adalah kebun kesayanganku berbanding dengan hartaku yang lain, jadi aku mahu menyedekahkannya ke jalan Allah SWT dan aku mengharapkan pahala daripada Allah SWT. Rasulullah bersabda: Syabas! Ia adalah harta yang menguntungkan; ia harta yang menguntungkan. Aku telah mendengar apa yang engkau hajatkan maka sedekahkanlah kepada saudara kamu”.243 Fuqaha

239 Abu Zahrah, Muhadarat fi al-Waqf, 9-10.

240 al-Sharbini, Mughni al-Muhtaj, 2:485; al-Ramli, Nihayah al-Muhtaj, 5:359. 241

Muhammad bin Ali Muhammad al-Shawkani, Nayl al-Awtar (t.tp: Dar al-Hadith, 1993), 6: 2730. 242

Surah Ali Imran 3: 92.

243 Hadith ini telah diriwayatkan di dalam Fath al-Bari dan Muslim sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Kathir. Lihat Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-„Azim (t.tp.: Muasasat al-Rayyan, t.t.), 1:496-497. Lihat misalnya hadis riwayat Bukhari, Kitab Wasaya, bab Idha Waqafa Ardan wa lam Yubayyinu

al-Hudud Fahuwa Jaizun wa ka Dhalika al-Sadaqah, no. hadis 2769. Lihat Abu „Abd Allah Muhammad bin Isma„il al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari”, dalam Mawsu„at al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, 223.

75 kemudiannya mengkategorikan wakaf tersebut sebagai wakaf untuk ahli keluarga atau waqf al-dhurri.

Amalan wakaf juga terus dilaksanakan oleh para sahabat meskipun selepas kewafatan Baginda sebagaimana yang didokumentasikan oleh Al-Khassaf secara terperinci bahawa terdapat 18 orang sahabat a Rasulullah SAW yang telah berwakaf termasuk empat daripada isteri Baginda iaitu A‟ishah, Ummu Habibah, Ummu Salamah dan Safiyyah yang telah mewakafkan harta untuk dimanfaatkan oleh saudara terdekat. Menurut Al-Humaidi, terdapat banyak wakaf dibuat oleh para sahabat yang semuanya masih kekal sehingga ke hari ini seperti wakaf oleh Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar kepada anak-anak mereka, wakaf telaga al-ruma (bi‟r al-ruma ) oleh Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali mewakafkan tanahnya di Yanbu‟, Sa„ad ibn Abi Waqas mewakafkan rumah-rumahnya di Mekah dan Mesir kepada anak-anaknya, Zubayr ibn al-„Awwam mewakafkan kepada anak-anaknya rumah-rumah miliknya di Mekah dan Mesir dan wang tunai di Madinah, wakaf „Amr ibn al-„As yang berupa ladang bernama Waht dan rumahnya di Mekah kepada anaknya serta wakaf oleh Hakim ibn Hizam berupa beberapa buah rumah miliknya di Mekah dan Madinah kepada anak-anaknya.244 Di samping itu, Jabir bin Abdullah mengesahkan berhubung amalan wakaf yang dilaksanakan secara meluas dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW. menerusi ungkapan beliau: “Tidak terdapat seorang pun dalam kalangan sahabat Nabi Muhammad SAW yang berkemampuan yang tidak bersedekah.”245

Sehubungan itu, para fuqaha secara sebulat suara merumuskan bahawa amalan wakaf merupakan suatu ijma‘ kerana telah dipraktikkan oleh sahabat-sahabat baginda.246

Abu Zahrah dan Mustafa Al-Zarqa‟ berpendapat memandangkan tiada dalil khusus yang mewajibkan amalan wakaf, justeru, sebahagian besar hukum-hukum

244 Ibn Qudamah, al-Mughni, 8:185-186; al-Nawawi, al-Majmu„, 16:346. 245 al-Nawawi, al-Majmu„, 16:346.

246 Ibid.

76 berkaitan wakaf termasuk dalam perkara ijtihadi.247 Oleh itu, hukum berkaitan wakaf bersifat fleksibel dan terbuka kepada pentafsiran-pentafsiran baharu yang dinamik yang boleh dikembangkan potensinya selaras dengan keperluan zaman bagi meningkatkan taraf sosioekonomi umat Islam. Terdapat kaedah fiqh yang masyhur berkenaan wakaf iaitu “syarat pewakaf adalah seperti nas syarak” yang bermaksud segala hasrat pewakaf hendaklah dipatuhi dan ibaratkan seperti nas-nas syarak.248 Namun dari segi praktis, pemakaian kaedah tersebut tidak begitu ketat melihatkan kepada keperluan dan kepentingan sesuatu kes. Fuqaha secara amnya telah menggariskan beberapa situasi yang mana kaedah ini tidak terpakai apabila terdapat keperluan yang boleh mengakibatkan kemudaratan kepada aset wakaf lebih-lebih lagi apabila harta wakaf tidak lagi berfungsi secara total dalam menjana manfaat yang berterusan kepada benefisiari wakaf. Dalam hal ini, diharuskan untuk menyalahi syarat yang ditetapkan oleh pewakaf dan hendaklah terlebih dahulu mendapat pandangan dan persetujuan daripada qadi. 249