• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mekanisme Pembangunan Harta Wakaf Secara Kontemporari

Rajah 2.3: Konsep Pembangunan Harta Wakaf Secara Lestari Menurut Islam

2.20 Mekanisme Pembangunan Harta Wakaf Secara Kontemporari

Terdapat pelbagai mekanisme pembangunan harta wakaf secara kontemporari yang telah dilaksanakan bagi tujuan membiayai projek pembangunan harta wakaf. Bagi skop penyelidikan ini, hanya kaedah yang mempunyai kaitan dan relevan dengan struktur dana amanah hartanah sahaja yang akan dibincangkan sebagai asas dan landasan dalam mengenal pasti prospek struktur dana amanah hartanah sebagai mekanisme untuk membangunkan harta wakaf.

575

Baer, “The Dismemberment of Awqaf in Early Nineteenth-Century Jerusalem”, 301.

158 2.20.1 Wakaf Tunai dan Saham Wakaf

Wakaf tunai merupakan salah satu kaedah membiayai pembangunan harta wakaf yang melibatkan pengembangan aset wakaf menerusi pengumpulan dana yang disumbangkan oleh orang ramai. Di Malaysia, kutipan wakaf wang tunai telah dilaksanakan bagi menerusi pelbagai medium misalnya menerusi sumbangan di kaunter bank, arahan potongan gaji dan secara atas talian (on-line) yang disediakan oleh institusi perbankan seperti Maybank dengan kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia serta Bank Muamalat dengan kerjasama PWS melalui skim Saham Wakaf Selangor Muamalat.577 Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada program kebajikan masyarakat dalam bidang pendidikan, kesihatan, termasuk strategi pelaburan dalam sektor hartanah dengan menjual aset yang dibeli dengan dana wakaf selepas tempoh lima tahun bagi mendapatkan keuntungan kesan daripada kenaikan harga hartanah.578

Selain wakaf tunai, saham wakaf juga merupakan antara variasi wakaf tunai dengan membeli saham-saham wakaf yang ditawarkan oleh MAIN di Malaysia yang kemudiannya akan diwakafkan bagi tujuan kebajikan. Dana yang terkumpul dimasukkan ke dalam tabung khas dan disalurkan bagi tujuan pembelian aset kekal seperti tanah atau bangunan.579 Saham wakaf juga dikenali sebagai wakaf jemba, wakaf kaki, wakaf hasta dan wakaf lantai di sesetengah negeri di Malaysia580 di mana nazir atau institusi tertentu yang memerlukan pembiayaan pembangunan wakaf, mencipta saham-saham wakaf ke atas tanah yang dimiliki yang kemudiannya akan ditawarkan kepada orang ramai. Pihak yang berminat akan membeli saham-saham tersebut yang mana dana yang dibayar akan disalurkan bagi tujuan pembangunan wakaf.

577

“Wakaf Selangor Muamalat”, laman sesawang Perbadanan Wakaf Selangor, dicapai 21 November 2012, http://www.wakafselangor.gov.my/index.php/108-banner/174-wakaf-selangor-muamalat.

578

Mohd Hafiz Hj Fauzi, “Peranan Institusi Perbankan Islam dalam Pelestarian Wakaf”. 579

Naziree Md. Yusof, “Saham Wakaf Selangor: Hala tuju dan Potensi dalam Pembangunan Masyarakat”, 32.

580

Siti Mashitoh Mahamood et al., “Konsep dan Aplikasi Produk Wakaf Kontemporari Di Malaysia:

Saham Wakaf Dan Wakaf Saham” (makalah, Seminar Ekonomi Islam Peringkat Kebangsaan, 2009, Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur), 8.

159 Selain penawaran saham yang mewakili tanah, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (PERKAYA) Terengganu misalnya telah melaksanakan saham wakaf dalam bentuk wakaf pokok dan ladang kelapa sawit yang mempunyai hasil dan pendapatan. Melalui skim ini, saham wakaf diwujudkan dan hasil daripada penjualan saham-saham wakaf pokok dan ladang kelapa sawit itu digunakan untuk membayar pinjaman kepada Agro Bank memandangkan PERKAYA telah membuat pinjaman daripada Agro Bank sebagai modal untuk menanam pokok kelapa sawit pada peringkat awal. Manakala lebihan dana, akan disalurkan bagi membiayai anak-anak yatim, kos pengurusan PERKAYA dan ladang kelapa sawit.581

2.20.2 Inisiatif Sektor Korporat Untuk Berwakaf

Amalan wakaf korporat juga telah mula mendapat perhatian beberapa syarikat di Malaysia seperti Johor Corporation (JCorp), Maybank Islamic Berhad (MIB) dan yang terkini oleh Awqaf Holdings Berhad yang merupakan anak syarikat Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).582

(a) Wakaf Saham Johor Corporation (JCorp)

Wakaf saham merujuk kepada perwakafan saham-saham syarikat perniagaan yang dijalankan selaras dengan kehendak hukum syarak.583 Wakaf saham termasuk dalam kategori wakaf korporat kerana melibatkan inisiatif sesebuah syarikat untuk mewakafkan sejumlah daripada hasil dividen saham-saham perniagaan miliknya.584 JCorp merupakan institusi korporat pertama di Malaysia yang telah

581

Siti Mashitoh Mahamood et al., “Konsep dan Aplikasi Produk Wakaf Kontemporari Di Malaysia: Saham Wakaf dan Wakaf Saham”, 10.

582

Ali Hashim, “Waqaf Korporat Benteng Ekonomi Melayu dan Umat Islam” (makalah, Kuliah Umum Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, Balai Ilmu, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 24 Mac 2015,).

583

Seksyen 2, Kaedah-Kaedah Wakaf Johor 1983 (J.P.U. 51/58). 584

Siti Mashitoh Mahamood et al., “Konsep dan Aplikasi Produk Wakaf Kontemporari Di Malaysia: Saham Wakaf dan Wakaf Saham”, 13-14; Abdul Shakor Borham, “Pelaksanaan Pembangunan Wakaf Korporat Johor Corporation Berhad (JCorp): Satu Tinjauan” ,7.

160 mengimplementasikan konsep wakaf dalam pengurusan asetnya menerusi aplikasi wakaf saham dengan mewakafkan saham-saham syarikatnya yang tersenarai dan tidak tersenarai585 bagi tujuan kebajikan meliputi aspek kesihatan, pendidikan dan pengurusan masjid.586

JCorp seterusnya telah menubuhkan Waqaf An-Nur Corporation (WANCorp) pada tahun 2000 untuk mengemudikan pengurusan aset-aset wakaf milik JCorp termasuk saham syarikat. Dalam hal ini, WANCorp telah dilantik sebagai Nazir Khas mengikut Kaedah-Kaedah Wakaf (Negeri Johor) 1983(J.P.U. 51/58) dalam mengurus dan mentadbir sendiri harta-harta wakaf.587 Inisiatif wakaf yang dilaksanakan oleh JCorp merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (corporate social responsibility, CSR) dalam menguruskan hospital, klinik, masjid, program-program keusahawanan dan pendidikan yang semuanya berteraskan konsep wakaf. Sumbangan juga diperluaskan di peringkat antarabangsa melalui Bantuan Kemanusiaan Somalia dan Tabung Kemanusiaan Gaza.588 Program-program kebajikan seperti ini secara tidak langsung berperanan untuk merapatkan hubungan antara JCorp dengan masyarakat di seluruh Malaysia.

Sebelum wakaf saham diperkenalkan di negeri Johor, terlebih dahulu Dato Haji Nooh bin Gadot, Mufti Johor pada ketika itu telah mendapatkan pandangan fatwa daripada Ahli Majlis Mesyuarat Majma„ al Buhuth Al-Islamiyah (Badan Rujukan dan Penyelidikan dan Kajian Islam al-Azhar). Pada 24 November 2005, lajnah berkenaan telah mengeluarkan fatwa yang mengharuskan amalan wakaf saham oleh syarikat yang menjalankan bisnes yang halal.589 Pada 3 Ogos 2006, Ketua Eksekutif JCorp, Tan Sri

585

Cizakca, Islamic Capitalism and Finance,110; Waqaf An-Nur Corporation, Laporan Tahunan Waqaf

An-Nur Corporation 2010, Johor: Waqaf An-Nur Corporation.11-15.

586

Abdul Shakor Borham, “Pelaksanaan Pembangunan Wakaf Korporat Johor Corporation Berhad (JCorp): Satu Tinjauan”, 8.

587

Waqaf An-Nur Corporation, Laporan Tahunan Waqaf An-Nur Corporation 2010, 9. 588

Ibid, 35. 589

Nooh Gadot, “Transformasi Pengurusan Wakaf Johor: Pemangkin Sosio Ekonomi Ummah”, Seminar Waqaf Antarabangsa (Hotel Istana, 8- 10 Disember 2014, 10.

161 Dato‟ Mohammad Ali bin Hashim telah melafazkan hujah wakaf bagi saham-saham syarikat milik JCorp yang tersenarai590 dan tidak tersenarai.591 Nilai aset bersih yang diwakafkan adalah berjumlah RM250, 267,500.00592 bersamaan dengan 12.35 juta saham.593 Berdasarkan hujah wakaf tersebut, 5% daripada keseluruhan dividen saham akan disalurkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai pemegang amanah tunggal aset wakaf, 25% bagi tujuan fi sabilillah merangkumi program kesihatan, rumah anak yatim, bantuan pendidikan dan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan termasuk program tanggungjawab sosial seperti dana bencana alam dan 70% untuk pelaburan semula dan pembangunan modal insan.594

Rajah 2.4 menunjukkan struktur dan pecahan terkini wakaf korporat JCorp melibatkan saham dalam anak syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan tidak tersenarai. Syarikat tersenarai adalah KPJ Healthcare Berhad sebanyak 18.6 juta saham (8.95%), KULIM (M) Berhad, 12.35 juta saham (4.16%) dan Al-‟Aqar Healthcare REIT 12.62 juta saham (0.38%). Bagi syarikat tidak tersenarai yang diwakafkan sahamnya ialah Tiram Travel Sdn Bhd 225,000 saham (75%), Capaian Aspirasi Sdn Bhd sebanyak 75,000 saham (75%) dan Larkin Central Property Sdn Bhd iaitu sebanyak 50.33 ribu saham (61%).

Pelaksanaan wakaf saham oleh JCorp turut berdepan dengan cabaran kesan semasa berlakunya kegawatan ekonomi pada tahun 2008. Jumlah agihan dividen selepas cukai yang diwakafkan adalah sebanyak RM2.57 juta yang mencatatkan penurunan sebanyak 21% daripada keseluruhan agihan dividen pada tahun 2007 berjumlah RM3.23 juta akibat daripada krisis kewangan global.595

590

Tiga syarikat tersenarai ialah Kulim (M) Berhad, KPJ Healthcare dan Al-‟Aqar Healthcare. Lihat Waqaf An-Nur Corporation, Laporan Tahunan Waqf An-Nur Berhad 2010..

591

Tiga syarikat yang tidak tersenarai ialah Tiram Travel Sdn Bhd, Capaian Aspirasi Sdn Bhd dan Larkin Central Sdn Bhd.

592

Nooh Gadot, “Transformasi Pengurusan Wakaf Johor: Pemangkin Sosio Ekonomi Ummah”, 10. 593

Johor Corporation, Laporan Tahunan Johor Corporation 2006, 40. 594

Waqaf An-Nur Corporation, Laporan Tahunan Waqaf An-Nur Corporation 2010, 16. 595

162