• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBANGUNAN HARTA WAKAF SECARA LESTARI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

2.10 Prinsip-Prinsip Asas Yang Mendasari Konsep Wakaf

Wakaf merupakan suatu bentuk pemberian yang bersifat eksklusif kerana tertakluk kepada beberapa prinsip asas sebagaimana yang digariskan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar yakni tidak boleh dijual beli, dihibah dan diwariskan kepada orang lain. Konsep wakaf adalah unik dan kompleks berbanding dengan

272

82 pemberian-pemberian lain dalam Islam273 memandangkan ia tertakluk kepada tiga sekatan utama sebaik sahaja sesuatu harta diiktiraf sebagai wakaf.274 Sekatan tersebut merujuk kepada tiga prinsip utama yang mendasari konsep wakaf yang disepakati oleh fuqaha iaitu tidak boleh ditarik balik (irrevocability), kekal (perpetuity) dan tidak boleh dipindah milik (inalienability).275

Apabila sesuatu perisytiharan wakaf dibuat oleh pewakaf, pemilikan harta wakaf telah berpindah kepada Allah SWT secara mutlak dan tidak boleh ditarik balik. Pandangan ini dipelopori oleh fuqaha dalam mazhab Hanafi dan Shafi„i 276 Sementara fuqaha dalam mazhab Maliki berpendapat pemilikan harta wakaf kekal menjadi milik pewakaf.277 Sungguhpun demikian, Imam Malik menyatakan bahawa pewakaf tidak mempunyai hak untuk bertransaksi dengan harta tersebut sepanjang tempoh perwakafan.278 Manakala mazhab Hanbali berpegang bahawa pemilikan harta wakaf bergantung pada jenis wakaf yang dibuat yang mana sekiranya sesuatu wakaf didedikasikan untuk masjid atau kegunaan awam, maka pemilikan harta tersebut berpindah kepada Allah SWT. Tetapi sekiranya sesuatu wakaf bersifat khas maka pemilikannya berpindah kepada benefisiari wakaf. 279 Dapat disimpulkan, majoriti fuqaha seperti Imam Abu Yusuf, Imam Muhammad al-Shaybani, Imam al-Shafi„i dan Mazhab Hanbali berpegang bahawa wakaf adalah bersifat kekal dan tidak boleh ditarik balik bagi membezakan kedudukannya dengan kategori infaq yang lain sebagai sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berterusan meskipun selepas kematian pewakaf.280

273

Muhammad Akram Laldin et al., “Maqasid Syariah Dalam Pelaksanaan Waqaf”, Jurnal Pengurusan

JAWHAR 2, no. 2, 1-24; Siti Mashitoh Mahamood, “Perundangan Wakaf dan Isu-Isu Berbangkit”, 1.

274

Magda, Cash Waqf a New Financial Product, 17-18. 275

Ibid.

276 al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 8:104-105; Abu Zahrah, Muhadarat fi al-Waqf, 110. 277

al-Zuhayli, ibid, 8:156. 278

Ibid.

279 Abu Zahrah, Muhadarat fi al-Waqf, 106. 280

83 Prinsip kedua ialah sesuatu wakaf yang dibuat hendaklah bersifat kekal. Menurut Henry Cattan, konsep kekekalan wakaf adalah konsep pertama yang disumbangkan oleh perundangan Islam yang berbeza dengan konsep endowmen yang wujud sebelum kedatangan Islam.281 Pada dasarnya, elemen kekal dalam wakaf perlu dipenuhi dalam tiga keadaan, pertama, daripada sudut tempoh masa iaitu wakaf tidak boleh dihadkan untuk tempoh tertentu, kedua, benefisiari atau tujuan wakaf hendaklah bersifat berterusan (selama-lamanya) dan ketiga, jenis harta yang diwakafkan hendaklah bersifat kekal.282 Ini disebabkan sesuatu wakaf itu dibuat berlandaskan konsep qurbah yakni mendekatkan diri kepada Allah SWT, justeru, sesuatu wakaf tidak boleh dihadkan untuk suatu tempoh masa tertentu.283

Memandangkan tujuan wakaf adalah untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT, ia dapat dilaksanakan sama ada melalui benefisiari atau tujuan wakaf yang kekal atau sebaliknya.284 Sehubungan itu, apabila terputus atau tamat sesuatu tujuan atau benefisiari wakaf, maka tujuan perwakafan akan beralih kepada golongan fakir miskin serta mereka yang memerlukan memandangkan mereka merupakan penerima asal sesuatu sedekah.285 Sekiranya sesuatu wakaf dibuat secara bertempoh, maka sighahnya dianggap rosak (fasad) memandangkan sesuatu wakaf itu sendiri disyariatkan sebagai suatu bentuk dedikasi yang bersifat kekal.

Ciri-ciri wakaf yang bersifat kekal (ta‟bid) ini disepakati oleh semua mazhab kecuali mazhab Maliki yang berpendapat bahawa wakaf boleh bersifat kekal dan sementara atau bertempoh.286 Menurut Imam Malik wakaf bertempoh diharuskan di sisi

281

Henry Cattan, “The Law of Waqf”, dalam Lion in The Middle East, ed. M. Khadduri dan H. Liebesny (Washington, D.C.: The Middle East Institute, 1955), 205.

282

Siti Mashitoh Mahamood, “Pelupusan Tanah di Bawah Pegangan Pajakan (Leasehold) dalam Kanun Tanah Negara 1965: Implikasi Terhadap Status Tanah-Tanah Yang Diwakafkan, Jurnal Penyelidikan

Islam 17, 91-108; Siti Mashitoh Mahamood, “Konsep dan Prinsip Wakaf Menurut Perspektif

Undang-Undang Islam: Analisis Kerelevenannya dalam Senario Ekonomi dan Perundangan Kontemporari”, 4. 283 al-Zuhayli, al-Wasaya wa al-Waqf fi al-Fiqh al-Islami, 205.

284 Ibid.

285 Abu Zahrah, Muhadarat fi al-Waqf , 75.

84 hukum syarak bagi menggalakkan masyarakat untuk melaksanakan wakaf.287 Walau bagaimanapun, jumhur fuqaha termasuk Imam Malik bersepakat bahawa wakaf masjid dan tanah perkuburan adalah kekal sebagai hak milik Allah SWT.288 Amalan wakaf sementara turut disarankan oleh sarjana Islam seperti Monzer Kahf bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk berwakaf dalam pelbagai bentuk misalnya mewakafkan buku atau parkir bagi tempoh masa yang tertentu untuk dimanfaatkan oleh orang ramai dalam masa yang ditetapkan.289

Prinsip ketiga yang mendasari konsep wakaf ialah harta yang diwakafkan tidak boleh dipindah milik dalam apa jua transaksi seperti dijual, dihibah, dicagarkan atau diwariskan kepada orang lain. Ini disebabkan apabila sesuatu harta diwakafkan maka pemilikannya berpindah kepada Allah SWT justeru pewakaf tidak lagi berhak untuk bertasarruf atau melakukan sebarang transaksi yang boleh melupuskan atau menghilangkan status kekal sesuatu wakaf.

Berdasarkan huraian sebelum ini, ketiga-tiga elemen tidak boleh ditarik balik, kekal dan tidak boleh dipindah milik perlu dipertahankan bagi menjamin dan memenuhi konsep wakaf yang sebenar selaras dengan pandangan jumhur fuqaha. Jelas sekali bahawa konsep wakaf itu sendiri adalah unik dan bersifat lestari dalam konteks duniawi dan ukhrawi kerana bercirikan pelaburan bagi meraih ganjaran yang kekal abadi kepada pewakaf. Ini disebabkan pemisahan antara aspek pemilikan aset serta penggunaan manfaat wakaf membolehkan faedah atau manfaat yang dijana daripada aset wakaf dimanfaatkan oleh benefisiari secara berkekalan kerana tidak bergantung kepada pemilik aset yang bersifat sementara dan fana.

Sekilas pandang, ciri-ciri kekal dan tidak boleh ditarik balik sesuatu wakaf berkemungkinan membawa pengertian yang sama. Namun elemen tidak boleh ditarik

287 al-Zuhayli, al-Wasaya wa al-Waqf fi al-Fiqh al-Islami, 205. 288

Ibid. 289

Kahf, “Financing the Development of Awqaf Property”, dalam Readings in Contemporary Waqf

85 balik sebenarnya bermaksud pewakaf tidak boleh membatalkan sesuatu wakaf yang telah dibuat sama ada wakaf bersifat kekal atau sementara (bertempoh). Imam Abu Yusuf misalnya, mengiktiraf wakaf sementara namun menolak amalan membatalkan atau menarik balik wakaf yang dibuat dalam tempoh tersebut.290 Ketetapan ini adalah selaras dengan pandangan Imam al-Shafi‘i yang mengumpamakan wakaf dengan aspek pembebasan hamba yang tidak boleh ditarik balik atau dibatalkan.291 Tegahan ini dibuat bagi menjamin pewakaf mendapat ganjaran pahala yang berterusan daripada Allah SWT.

Elemen tidak boleh dipindah milik juga berbeza dengan prinsip kekal kerana pindah milik bermaksud pemilikan yang bertukar tangan menerusi akad seperti jual beli. Oleh itu, bagi harta wakaf boleh alih (manqul) yang bersifat sementara daripada sudut jangka hayat dan fitrahnya seperti makanan dan lilin yang akan habis setelah digunakan, elemen tidak boleh dipindah milik perlu dipelihara dengan tidak menjual atau memberikannya kepada orang lain sepanjang tempoh wakaf sungguhpun barangan tersebut tidak memenuhi syarat kekal harta wakaf secara fizikal. Ini disebabkan elemen kekal bagi harta wakaf dalam bentuk sedemikian rupa dilihat daripada sudut keupayaannya menyalurkan manfaat kepada benefisiari sepanjang jangka hayat harta tersebut.292

2.11 Konsep Harta dan Pemilikan Menurut Perspektif Syarak dan