• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rajah 2.4: Struktur Wakaf Saham Johor Corporation596

Sehubungan itu, pada tahun 2009 WANCorp telah mengambil langkah drastik bagi menangani isu kemerosotan nilai wakaf saham dengan menggantikan saham tersenarai yang lemah dengan saham yang lebih berkualiti melalui proses istibdal saham Johor Land yang dikeluarkan daripada papan bursa dan digantikan dengan unit-unit saham Al-‟Aqar Healthcare REIT (dahulunya dikenali sebagai Al-‟Aqar KPJ REIT).597 Al-‟Aqar Healthcare REIT merupakan REIT Islam pertama di dunia dan REIT Islam berkaitan kesihatan pertama di Asia.

Proses istibdal tersebut melibatkan 12.62 juta unit saham Al-‟Aqar Healthcare REIT yang bernilai RM13 juta.598 yang turut disokong oleh satu keputusan fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor bagi memelihara kekekalan aset wakaf dalam bentuk

596

Sumber: Waqaf An-Nur Corporation 2015. 597

Mohd. Nazarudin Ali (Pengurus Besar Waqaf An-Nur Corporation Berhad), dalam temu bual dengan penulis, 10 Disember 2014.

598

Abd. Shakor Borham, “Pelaksanaan Pembangunan Wakaf Korporat Johor Corporation Berhad (JCorp): Satu Tinjauan”, 7.

5% Majlis Agama Islam Johor JCORP 25% program fi sabililillah WANCorp 70% pelaburan semula dan pembangunan modal

insan 12.35 juta saham Kulim (M) Berhad 4.16% 18.6 juta saham KPJ Healthcare 8.95% 50.33 juta saham Larkin Central 61% 12.62 juta saham Al-’Aqar Healthcare REIT 0.38% 225 ribu saham Tiram Travel 75% 75 ribu saham Capaian Aspirasi 75%

163 saham. 599 Meskipun saham Al-‟Aqar Healthcare REIT telah melalui proses istibdal bagi menggantikan saham Johor Land Berhad, saham-saham tersebut tidak dilabel sebagai “wakaf REIT” sebaliknya kekal sebagai wakaf saham.

Situasi ini menggambarkan bahawa pengurusan wakaf saham tidak terlepas daripada risiko ketidaktentuan pasaran yang boleh mengakibatkan kehilangan modal asal wakaf. Sehubungan itu, pengurus wakaf saham hendaklah sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan berhemah dalam menguruskan wakaf saham dengan menitik beratkan aspek pengurusan risiko yang efisien bagi memelihara modal asal wakaf. Dari segi hukum syarak, jumlah modal wakaf saham yang hilang hendaklah diganti oleh pengurus dana bagi memastikan jumlah wakaf yang asal kekal dan terpelihara.600

Setakat 31 Disember 2012, nilai aset bersih saham anak-anak syarikat JCorp yang diwakafkan adalah sebanyak RM445 juta berbanding dengan nilai aset bersih di awal penubuhan yang bernilai RM250 juta. Sementara itu jumlah nilai pasaran syarikat– syarikat yang diwakafkan ialah sebanyak RM525 juta. Manakala perolehan dividen yang telah diwakafkan adalah berjumlah RM58 juta. Dividen bersih yang diterima bagi tahun 2012 telah diagihkan mengikut peruntukan sebagaimana hujah wakaf iaitu pelaburan semula dan pembangunan modal insan sebanyak RM40.31 juta (70%), peruntukan kebajikan umum atau manfaat fi sabilillah berjumlah RM14.39 juta (25%) dan MAIJ sebanyak RM2.86 juta (5%).601 Nilai hartanah-hartanah ini juga telah mencatat peningkatan kira-kira tiga kali ganda daripada RM486 juta pada tahun 2006

599

“Fatwa Berhubung Dengan Cadangan Istibdal Bagi Wakaf Saham Tersenarai Milik WANCorp”, laman sesawang e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dicapai pada 7 Mei 2015, e-http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-cadangan-istibdal-waqaf-saham-tersenarai-WANCorp.

600

Luqman Abdulah (Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya merangkap Ahli Jawatankuasa Fatwa/Meysuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan), dalam temubual dengan penulis, 22 Oktober 2013.

601

164 kepada RM1.4 bilion pada tahun 2012602. Setakat tahun 2014, nilai dana amanah hartanah yang dimiliki oleh JCorp adalah sebanyak 580 juta unit saham.603

Apa yang lebih signifikan, dapatan kajian oleh penulis mendapati bahawa sebahagian daripada unit-unit Al-‟Aqar Healthcare REIT yang diletakkan di bawah inisiatif wakaf604 secara tidak langsung telah menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat dalam bidang agama, sosial dan ekonomi. Perkembangan ini jelas membuktikan bahawa instrumen yang berasaskan dana amanah pelaburan hartanah seperti I-REIT mempunyai prestasi yang meyakinkan dalam membiayai kos penambahbaikan infrastruktur milik KPJ ke arah menaik taraf perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Malah sebahagian unit-unit saham I-REIT yang diwakafkan telah disalurkan bagi tujuan wakaf khayri (kebajikan).605 MAIJ sebagai pemegang amanah tunggal terhadap harta-harta wakaf juga mendapat manfaat dan pendapatan menerusi pembayaran dividen oleh JCorp. Perkembangan ini membuktikan bahawa instrumen I-REIT turut menyumbang kepada kemajuan wakaf khususnya di negeri Johor menerusi aplikasi wakaf saham yang telah direalisasikan oleh JCorp.

Bagi pihak KPJ sebagai penaja (sponsor), I-REIT berperanan sebagai instrumen kewangan untuk meraih modal daripada pelabur bagi tujuan membiayai pembelian peralatan kesihatan bagi rangkaian hospital milik KPJ606 serta menambah baik infrastruktur bangunan sedia ada di samping berupaya untuk mengambil alih lebih banyak aset baharu untuk disuntik ke dalam portfolio I-REIT menerusi penyenaraian REIT di bursa (initial public offering, IPO).607 Bilangan hartanah di dalam porfolio juga telah meningkat daripada enam kepada 25 meliputi hospital, kolej kejururawatan serta

602

Damansara REIT Managers Sdn. Bhd., Laporan Tahunan Al-‟Aqar Healthcare, 2012, 41. 603

Johor Corporation, Laporan Tahunan Johor Corporation 2014, Johor Bahru: Johor Corporation, 2. 604

Nazarudin Ali, (Pegawai Eksekutif Agama, Waqf An-Nur Corporation (WANCorp) dan Dahniar Abdul Rahman, Timbalan Pengurus, WANCorp), dalam tembual dengan penulis, 25 Mei 2012.

605

Nooh Gadot, “Transformasi Pengurusan Wakaf Johor: Pemangkin Sosio Ekonomi Ummah” (makalah, Seminar Waqaf Antarabangsa, Hotel Istana, 8-10 Disember 2014), 10-11.

606

Md. Nurdin Ngadimon, (Pengurus Besar, Jabatan Pasaran Modal Islam, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia), temubual dengan penulis pada 21 November 2011.

607

Ismail bin Kamat, (Penasihat Undang-Undang Al-‟Aqar Healthcare Berhad, Abdul Raman Saad & Associates), tembual dengan penulis pada 28 Ogos 2013.

165 pusat penjagaan warga emas dan persaraan yang diuruskan oleh anak syarikatnya iaitu KPJ Healthcare Berhad.608 Nilai hartanah-hartanah ini juga telah mencatat peningkatan kira-kira tiga kali ganda daripada RM486 juta pada tahun 2006 kepada RM1.4 bilion pada tahun 2012.609

Inisiatif perkhidmatatan kesihatan berasaskan konsep wakaf juga dilaksanakan oleh JCorp melibatkan 18 klinik Waqaf An-Nur di beberapa buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak termasuk sebuah Hospital Waqaf An-Nur di Pasir Gudang, Johor.610 Bayaran minimum RM5.00 dikenakan bagi setiap rawatan termasuk ubat611 adalah bagi membolehkan golongan yang kurang berkemampuan mendapat perkhidmatan kesihatan. Di samping itu, terdapat lima buah masjid yang diuruskan oleh WANCorp meliputi 33 buah masjid, surau jumaat dan surau di dalam ladang-ladang di bawah pengurusan Kulim (Malaysia) Berhad.612 WANCorp turut melancarkan skim Waqaf Dana Niaga dengan menyediakan bantuan kewangan kepada 256 individu berjumlah RM402,200.00 sebagai modal permulaan perniagaan mereka.613

Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dalam pengurusan wakaf saham, WANCorp terus komited dalam melaksanakan pendekatan pelaburan secara strategik bagi memastikan modal asal saham-saham yang diwakafkan terus kekal dan pada masa yang sama menjana manfaat untuk diagihkan kepada benefisiari. Dalam pada itu, terdapat keperluan agar pakar-pakar kewangan Islam serta pengawal selia industri pasaran modal Islam iaitu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkongsi khidmat nasihat kepakaran dengan institusi korporat yang melaksanakan wakaf saham seperti JCorp dalam mencari formula bagi memastikan saham-saham yang diwakafkan terjamin

608

Rangkaian hospital tersebut termasuklah dua di Indonesia, satu di Thailand dan sebuah pusat penjagaan orang tua dan persaaan di Jeta Gardens, Brisbane, Australia.

609

Al-‟Aqar Healthcare REIT, Laporan Tahunan Al-‟Aqar Healthcare 2012, 41. 610

Johor Corporation, Laporan Tahunan Johor Corporation 2013, 70.

611

Rawatan dialisis juga disediakan di lima buah Klinik Waqaf An-Nur (KWAN). Bayaran yang dikenakan ialah RM9.00 bagi setiap rawatan. Lihat Abdul Shakor Borham, “Pelaksanaan Pembangunan Wakaf Korporat Johor Corporation Berhad (JCorp): Satu Tinjauan”, 8.

612

Waqaf An-Nur Corporation, Laporan Tahunan Waqaf An-Nur Corporation 2012, 27-28. 613

166 kekekalannya selaras dengan konsep wakaf. Sehubungan itu, terdapat keperluan agar satu garis panduan berkaitan strategi pengurusan risiko aset wakaf dalam bentuk saham wajar diwujudkan sebagai panduan kepada syarikat seperti JCorp.

Aspek pemeliharaan modal merupakan perkara mandatori yang diberikan perhatian dalam pelaburan wakaf. Oleh itu, pelaburan wakaf hendaklah menetapkan objektif dan strategi pelaburan yang jelas bagi mengelakkan berlakunya kerugian. Dalam hal ini, Magda telah mencadangkan model wakaf tunai yang mana hasil pelaburan wakaf hendaklah diagihkan kepada pecahan tertentu iaitu 70% diagihkan kepada benefisiari, 20% bagi tujuan pengurusan dan 10% bagi tujuan rizab atau pelaburan semula.614 Menerusi pelaburan, modal atau aset wakaf tidak akan terhad kepada jumlahnya yang asal sebaliknya dapat berkembang bagi menjana pendapatan untuk masa hadapan dan bagi memenuhi keperluan semasa. Oleh itu, terdapat keperluan agar polisi pelaburan harta wakaf turut menetapkan berkenaan jumlah peningkatan modal wakaf yang wajar dijadikan sandaran fokus dalam mana-mana pelaburan wakaf misalnya 5% hingga 10% setahun bagi memastikan aset wakaf terus berkembang dan bertambah daripada semasa ke semasa.

(b) Dana Wakaf Maybank Islamic Berhad (MIB)

Maybank Islamic Berhad (MIB) telah merealisasikan inisiatif berimpak tinggi dengan mewakafkan wang tunai berjumlah RM20 bilion sebagai langkah memobilisasi modal ke arah kesejahteraan ekonomi ummah yang mana secara tidak langsung telah memperluaskan penyertaan sektor korporat dalam arena wakaf. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWPKL) selaku pemegang amanah tunggal

614

167 harta wakaf secara rasmi telah melantik MIB sebagai pengurus projek bagi menguruskan dana wakaf tersebut secara cekap dan mampan.615