Berdasarkan Rajah 2.5, MIB akan melantik pengurus dana untuk menguruskan pelaburan Dana Wakaf dalam usaha memastikan pertumbuhan dan kekekalan dana berkenaan melalui pelaburan dalam portfolio meliputi simpanan tetap, ekuiti, dana
615
Zainal Abidin Jaafar, “Pengurusan dan Pelaksanaan Wakaf: Pengalaman MajlisAgama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)” (makalah, Seminar Wakaf Kebangsaan 2014, Hotel Istana, Kuala Lumpur, 8-10 Disember 2014).
616
Sumber: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PEWAKAF Maybank Islamic Portfolio Pelaburan [100%] PENGURUS PROJEK Maybank Islamic DANA WAKAF MAIWP Pemegang Amanah
Projek Pembiayaan pendidikan Keuntungan
Pembiayaan Mikro
Sektor Hartanah
Pembayaran n
168 seimbang (balanced fund) dan hartanah.617 Hasil keuntungan yang bakal diperoleh akan diagihkan kepada benefisiari wakaf meliputi usaha pembangunan dan pembiayaan pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan pendanaan mikro kepada usahawan muda. Sebagai langkah permulaan, MIB akan bertindak sebagai pewakaf pertama bagi Dana Wakaf. Untuk fasa seterusnya, MIB bercadang untuk membuka penyertaan kepada orang awam dan syarikat-syarikat swasta yang berminat menyertai skim Dana Wakaf ini bagi meningkatkan saiz dana pada masa hadapan.
Pendekatan yang diambil oleh MIB adalah bertepatan dengan konsep wakaf yang mana modal wakaf tunai adalah dikekalkan menerusi pelaburan manakala hanya hasilnya sahaja diagihkan kepada benefisiari. Pendekatan ini diharapkan akan dapat memberi inspirasi kepada syarikat-syarikat lain di Malaysia untuk mengambil pendekatan yang sama dalam melaksanakan wakaf korporat dengan melantik pengurus pelaburan dana wakaf yang cekap bagi merancakkan lagi perkembangan wakaf di negara ini.
( c) Wakaf Korporat oleh Awqaf Holdings Berhad
Awqaf Holdings Berhad merupakan anak syarikat yang bernaung di bawah Dewan Perdagangan Muslim Malaysia (DPIM) merupakan antara syarikat korporat di Malaysia yang turut menginfakkan sebahagian daripada asetnya bagi tujuan wakaf. Pada 26 Mac 2015, Awqaf Holdings Berhad yang diwakili oleh Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan Timbalan Pengerusi, Mohammad Sahar Mat Din, menandatangani Perjanjian Jual-beli bersama Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. (PJH) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azlan Abdul Karim. Perjanjian tersebut membabitkan pembelian tanah seluas 2.2 ekar di Putrajaya dengan harga RM35 juta oleh Awqaf
617
“Maybank Islamic Announces RM20M Waqf Fund”, 28 Oktober 2014, laman sesawang NST Online, dicapai 14 Disember 2014, Maybank Islamic announces RM20m Waqf Fund, 28 Oktober 2014, http://www.nst.com.my/node/47113?d=1.
169 bertujuan untuk memajukan sebuah projek Taman Korporat (Corporate Park) yang bakal mengandungi kompleks pejabat dan ruang komersil.
Bangunan tersebut terdiri daripada sebuah blok Menara Awqaf yang menempatkan sebuah Maktab Tahfiz dan Dewan Awam, bertujuan menjayakan matlamat wakaf yang menjadi agenda Awqaf Holdings Bhd.618
2.20.3 Sukuk Musharakah
Kaedah pensekuritian bagi tujuan meraih modal untuk membangunkan harta wakaf telah direalisasikan buat julung kalinya oleh Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) yang telah mencipta sejarah dengan menerbitkan bon Islam atau sukuk musharakah pada tahun 2000. Pada peringkat awal, terdapat pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh MUIS untuk menerbitkan sukuk musharakah lebih-lebih lagi dalam persekitaran pasaran modal di Singapura yang tidak mempunyai pasaran modal Islam pada ketika itu apatah lagi untuk menerbitkan sukuk wakaf.619 Namun, MUIS telah berjaya meneruskan hasratnya dengan mendapat bantuan kepakaran kewangan daripada UOB Asset Management serta nasihat perundangan daripada Allen & Gledhill. Hasil daripada kreativiti dan inovasi MUIS dalam membangunkan harta wakaf menggunakan instrumen pasaran modal Islam ini, MUIS sebagai penerbit sukuk telah menerima anugerah berprestij Shaikh Mohammad al-Makhtoum di Dubai atas kejayaan mencipta dan memperkenalkan instrumen tersebut.620
Modal sebanyak S$60 juta telah berjaya diraih oleh MUIS menerusi penerbitan sukuk musharakah iaitu sebanyak S$25 juta bagi tujuan pembelian bangunan di 11 Beach Road dan S$35 juta bagi tujuan pembangunan di Bencooleen Street melibatkan
618
“Kenyataan Media Waqaf Korporat Peluang Umat Islam Berwakaf & Melabur Memperkukuh Ekonomi Umat”, laman sesawang Dewan Perdagangan Islam Malaysia, dicapai 25 Jun 2015, http://dpim.com.my/wp-content/uploads/2015/03/Kenyataan-Media-Waqaf-Korporat.pdf.
619
Shamsiah Abdul Karim, “Contemporary Waqf Administration and Development in Singapore: Challenges and Prospects”, 115.
620
Shamsiah Abdul Karim , “Contemporary Shari„ah Structuring for the Development and Management of Waqf Assets in Singapore”, 5.
170 pembinaan masjid yang baharu bagi menampung keperluan jemaah yang kian meningkat, pembinaan 104 buah apartmen servis dan bangunan komersial 4 tingkat termasuk pembelian bangunan komersil 6 tingkat di 11 Beach Road Singapura. Menerusi struktur sukuk musharakah ini, Baitulmal yang menyumbang sebanyak S$35 juta mewakili para pelabur telah menyediakan modal bagi tujuan pembinaan. Wakaf pula menyumbang daripada sudut tanah dan sejumlah modal, manakala Warees Investments Pte. Ltd. membayar jumlah nominal dan menyediakan kepakaran. Baitulmal sebagai penyumbang terbesar mendapat pulangan dalam bentuk hasil sewa atau pajakan apartmen berservis untuk tempoh 99 tahun yang disewa oleh Ascott Pte. Ltd. Baitulmal turut memeterai perjanjian perkongsian keuntungan perniagaan daripada apartment tersebut dengan Ascott selaku pengurus apartmen. Manakala Warees menerima pulangan pelaburan secara nominal termasuk yuran pengurusan profesional dalam menguruskan pembangunan berteraskan sukuk musharakah. Wakaf pula mendapat pulangan dalam bentuk pembinaan masjid yang baharu dan lebih besar termasuk bangunan komersil 4 tingkat yang menjana pendapatan bagi menampung kos penyelenggaraan dan operasi masjid.
Dalam situasi di mana wakaf tidak mempunyai modal, menerusi mekanisme pembangunan yang dinamik, wakaf kini menikmati pulangan manfaat menerusi pajakan aset kepada Baitulmal untuk tempoh selama 99 tahun dengan pulangan yang tinggi sebanyak $S20,000 sebulan berbanding sebelum ini yang hanya berjumlah S$400 sebulan. Selepas tamat tempoh pajakan 99 tahun, aset berkenaan akan kembali kepada wakaf. Di sesetengah negara seperti Mesir dan Syria, “penjualan” harta wakaf menerusi akad pajakan untuk tempoh yang lama pernah popular pada kurun ke-12 semasa era pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah. Namun amalan tersebut telah dimansuhkan pada kurun ke 20 bagi mengelakkan berlakunya insiden kehilangan kawalan dan kehilangan aset-aset wakaf disebabkan status aset-aset tersebut sukar untuk dijejaki dan
171 diuruskan kesan daripada tempoh pajakan yang terlalu lama.621 Walau bagaimanapun, mengambil kira kemaslahatan harta wakaf yang perlu dibangunkan selaras dengan pembangunan di sekitarnya, maka kaedah pajakan untuk tempoh yang lama adalah diharuskan kerana hanya dengan berbuat demikian harta wakaf dapat dibangunkan menerusi aplikasi pembangunan secara inovatif.
2.20.4 Kaedah “Internal REIT” di Singapura
Berdasarkan kepada pengalaman Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), ketika dana tunai wakaf hanya berbaki $S20,000 yang tidak mencukupi untuk membiayai sebarang projek pembangunan wakaf berskala besar,622 MUIS telah melaksanakan langkah inovatif dengan memperkenalkan struktur pengurusan pembangunan aset wakaf berteraskan konsep “internal REIT” atau “property fund”. Realitinya, terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh MUIS dalam menguruskan harta-harta wakaf yang berselerak di seluruh Singapura. Pertama, kerana ia melibatkan kos penyelenggaraan dan pengurusan yang tinggi; kedua, kesukaran untuk menguruskan banyak perjanjian sewa dengan pelbagai jenis permintaan dan perniagaan oleh penyewa; dan ketiga, kebanyakan rumah-rumah kedai ini berada di lokasi yang diisytiharkan sebagai kawasan warisan yang tertakluk kepada pelbagai sekatan, justeru, menyukarkan usaha MUIS untuk membuat penambahbaikan dan pengubahsuaian bangunan kerana perlu mendapat kebenaran daripada Urban Redevelopment Authority di Singapura. Memandangkan pembangunan semula terhadap bangunan-bangunan bersejarah ini adalah terbatas, secara tidak langsung ia turut menjadi suatu halangan bagi MUIS untuk menaikkan kadar sewa bangunan wakaf.623
621
Gabriel Baer, G. (ed.), Encyclopaedia of Islam, 2008, Brill Online, dicapai pada 13 April 2015, http: www.brillonline.nl.ezphost.dur.ac.uk
622
Shamsiah Abdul Karim, “Contemporary Waqf Administration and Development in Singapore: Challenges and Prospects”, 92-93.
623
172