• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengumpula Data

Dalam dokumen Tesis Pengurusan Sisa Pepejal pdf (Halaman 87-93)

3.2 Proses Kajian

3.2.2 Pengumpula Data

Prinsip utama pengumpulan data dan maklumat adalah untuk mencapai objektif kajian (Mohd Majid, 1990). Penyelidik menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif untuk memperolehi data dalam kajian ini. Menurut Robinson (1998), gabungan data kuantitaif dan kualitatif dapat memberi data yang

74

lebih baik. Data yang diperoleh dalan kajian ini terbahagi kepada dua iaitu data primer dan data sekunder.

i) Data Primer

Menurut Syed Arabi Idid (1992), data primer merupakan data asal yang diperolehi penyelidik semasa menjalankan kajian dan data tersebut tidak pernah diperolehi daripada mana-mana kajian sebelum ini. Dalam konteks kajian ini, data primer diperolehi menerusi pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Data kualitatif tidak dinyatakan dalam sifat perangkaan, manakala data kuantitatif dinyatakan dalam bentuk perangkaan. Butir penyataan yang diperoleh dari pendekatan kualitatif adalah berdasarkan tindak balas komuniti terhadap pelaksanaan sistem kitar semula satu aliran. Di samping itu, butiran maklumat yang diperolehi daripada pendekatan kuantitif adalah lebih spesifik berkaitan penglibatan komuniti terhadap sistem kitar semula satu aliran yang dilaksanakan.

Data kuantitatif diperolehi melalui pengedaran borang kajian soal selidik dan penimbangan sisa pepejal yang dijana serta bahan kitar semula. Menurut Hopkins (2008), kajian kuantitatif bertujuan mengukur hubungan antara pemboleh ubah. Untuk kajian ini, pembolehubah yang digunakan adalah berat bahan kitar semula dan tindak balas komuniti terhadap sistem kitar semula satu aliran. Hubungan antara pemboleh ubah boleh dibuktikan dengan statistik seperti chi-square (Hopkins, 2008). Berat bahan kitar semula ditimbang dengan menggunakan alat penimbang elektronik

75

mudah alih. Manakala tindak balas dan penglibatan komuniti dinilai dengan pengedaran borang kajian soal selidik kepada responden.

Sehubungan itu, data kualitatif diperolehi melalui pemerhatian turut serta. Pengkaji memilih untuk berperanan sebagai total-researcher semasa penyelidikan (Robinson, 1998). Menurut Syed Arabi Idid (1992), kaedah pemerhatian turut serta dianggap satu kajian penerokaan. Dalam pemerhatian turut serta, pengkaji mengumpul data dan maklumat menerusi pemerhatian tingkah laku komuniti yang dikaji tanpa mempengaruhi situasi dan kelakuan biasa komuniti tersebut (Suriati dan Colonius, 2008).

ii) Data Sekunder

Pengumpulan data sekunder diperolehi daripada buku-buku ilmiah, terbitan jurnal, kertas seminar dan persidangan, laman sesawang, keratan akhbar, dan risalah- risalah berkaitan. Penyelidik membuat bacaan daripada bahan-bahan sekunder untuk memantapkan lagi maklumat dan pemahaman konsep. Kaedah analisis kandungan dilakukan dengan menyimpan dan merekod segala maklumat yang diperolehi di dalam fail untuk memudahkan penyelidik merujuk semula data. Merujuk Mohd Majid Konting (1990), kaedah analisis kandungan dapat mengklasifikasi dokumen atau data berdasarkan tema atau isu yang telah dikenal pasti berkaitan dengan kajian. Maklumat atau data daripada sumber sekunder ini amat penting untuk menyokong dan menguatkan hujah-hujah semasa proses menganalisis data.

76 3.2.3 Analisis Data

Analisis data dilakukan untuk menjawab persoalan kajian dan seterusnya mencapai ketiga-tiga objektif yang telah dibentuk. Terdapat dua jenis data iaitu data kuantitatif dan data kualitatif. Oleh itu, setiap data dianalisis dengan menggunakan kaedah yang berbeza mengikut kesesuian.

i) Analisis Data Kuantitatif

Dalam kajian ini, data kuantitatif diperolehi dari soal selidik dan penimbangan berat barangan kitar semula. Dua pendekatan statistik digunakan untuk menganalisis data kuantitatif iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi.

a) Statistik Deskriptif

Statistik deskriptif atau dikenali sebagai statistik perihalan digunakan untuk meringkaskan data kuantitatif agar mudah difahami (Mohd Majid, 1990). Menurut Mohd Majid (1990), langkah pertama dalam dalam statistik deskriptif adalah mengenal pasti pemboleh ubah yang dikaji. Dalam kajian ini berberapa pemboleh ubah telah dikenalpasti iaitu jantina, umur, bangsa, taraf pendidikan, dan status perkahwinan. Seterusnya penyusunan data kuantitatif dilakukan menerusi perisisan komputer iaitu Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 17.0 dan

77

Microsoft Excel versi 2010. Dalam kajian ini, data kuantitatif diperolehi daripada borang kajian soal selidik. Teknik statistik dalam bentuk frekuensi digunakan untuk melihat profil demografi responden. Manakala data yang diperolehi daripada uji kaji lapangan akan direkod dan dianalisa menggunakan Microsoft Excel versi 2010. Menurut Mohd Salleh dan Zaidatun (2001), kedua-dua perisisan komputer ini mudah digunakan untuk membuat pelbagai analisis statistik dan pengurusan data.

b) Statistik Inferensi

Menurut Mohd Majid (1990), statistik inferensi digunakan untuk merumuskan data mentah dengan membuat berberapa pengukuran dan ujian. Dalam kajian ini, ujian chi-square digunakan untuk mendapatkan perkaitan antara dua pemboleh ubah. Perbezaan antara kadar digunakan untuk menentukan sama ada wujud perbezaan bererti antara frenkuensi kategori-kategori yang digunakan untuk mengelaskan sesuatu pemboleh ubah (Mohd Majid 1990). Sebelum melakukan analisis chi-square, pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar ditentukan terlebih dahulu untuk melihat perhubungan antara kedua-dua pemboleh ubah.

Dalam kajian ini, perhubungan antara berberapa pemboleh ubah dikenal pasti iaitu pemboleh ubah bersandar merangkumi kesedaran responden terhadap penjagaan alam sekitar, pengetahuan berkenaan sistem kitar semula, kesedaran terhadap kepentingan amalan kitar semula, tahap penglibatan terhadap sistem kitar semula

78

satu aliran, dan tahap penerimaan terhadap sistem kitar semula dengan pemboleh ubah tidak bersandar merangkumi jantina, bangsa, dan taraf pendidikan, status perkahwinan, jenis perkerjaan, dan pusat pengajian. Pengiraan chi-square dibuat dengan mengunakan perisian SPSS untuk mendapatkan nilai chi-square. Jika nilai

chi-square yang dihitung lebih besar daripada nilai chi-square yang dijangkakan seperti jadual di Lampiran 2, hipotesis nol akan ditolak manakala hipotesis alternatif akan diterima. Ini menunjukkan ada perhubungan bererti antara pemboleh ubah bersandar dengan tidak bersandar. Oleh itu, pemboleh ubah tidak bersandar adalah faktor yang boleh menerangkan perbezaan frekuensi pemboleh ubah bersandar di dalam kalangan komuniti di kawasan kajian.

ii) Analisis Data Kualitatif

Data kualitatif yang diperolehi dianalisis menggunakan cara interpretatif dan refleksi. Menurut Robinson (1998), kaedah interpretatif memerlukan pertimbangan makna dan tafsiran di sebalik permerhatian yang telah dibuat. Untuk kajian ini, pengkaji mempertimbangkan pelbagai tafsiran disebalik pemerhatian terhadap tingkah laku komuniti semasa penglibatan mereka terhadap pelaksanaan sistem kitar semula satu aliran. Selain itu, kaedah refleksi digunakan selepas data diperolehi daripada pemerhatian untuk menghasilkan generalisasi dan interpretasi data (Suriati dan Colonius, 2008). Disamping itu, maklumat yang diperolehi dari pemerhatian akan dicatat ke dalam buku nota lapangan kerana maklumat ini penting dan akan digunakan dalam analisis kandungan. Pendekatan analisis kandungan ini telah banyak digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis data kualitatif (Syarilla, 2011;

79

Merriem, 1998). Menurut Suriati Ghazali dan Colonius Atang (2008), analisis kandungan adalah proses pengkategorian dan pengelasan maklumat dan data mengikut tema yang telah dikenal pasti untuk menjawab obejktif kajian.

Dalam dokumen Tesis Pengurusan Sisa Pepejal pdf (Halaman 87-93)