Pada awal tahun 1942, penandatangani Piagam Atlantika telah dilaksana bertujuan untuk memudahkan perbincangan berkaitan organisasi sebagai pengganti kepada kegagalan Liga Negara-Negara. Sebelum perang dunia tamat, pemimpin- pemimpin dunia telah mula menyediakan perancangan untuk masa depan yang lebih aman. Menurut Shulman (2011), peperangan dan pertikaian antara negara boleh diselesaikan dengan perbincangan dan kerjasama. Oleh itu, pembentukan struktur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah dipersetujui oleh 51 buah negara. Struktur PBB telah ditandatangan pada 26/06/1945 dan dikuatkuasa pada 24/10/1945 (United Nation, 2010). Dengan itu, PBB menjadi sebagai organisasi antarabangsa terbesar dengan matlamat menyediakan platform untuk berdialog dan berbincang berkaitan isu-isu kesengsaraan peperangan. Selepas setengah abad berikutnya, PBB telah dianggotai oleh pelbagai negara tidak mengira kaya atau miskin dan besar atau kecil untuk bersama-sama membincangkan dan melontarkan idea pembangunan ekonomi dan isu-isu berkaitan alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal (Shulman, 2011).
Sempena penubuhan PBB, lima tema asas telah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai panduan iaitu Undang-undang Antarabangsa, Keselamatan Antarabangsa, Pembangunan Ekonomi, Perkembangan Sosial, dan Hak Asasi Manusia. Enam buah organisasi telah dibentuk di bawah infrastruktur PBB sebagai tenaga penggerak utama iaitu Majlis Pemegang Amanah, Majlis Keselamatan, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, dan Setiausaha. Setiap Organisasi mempunyai matlamat dan misi
19
yang tersendiri dan sentiasa mengambil perhatian terhadap isu-isu dan keperluan semasa (United Nations, 2010). Tindakan berkaitan alam sekitar dan pengurusan sisa mula dibincangkan selepas era peperangan sehingga ke hari ini (Shulman, 2011).
Pada era selepas peperangan (1945-1970), perubahan ekonomi, sosial dan politik berlaku dengan drastik dikebanyakan negara. Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (Organisation for Economic Co-operation and Development, OECD) telah dibentuk pada tahun 1960 dengan ahli seramai 20 negara. OECD berfungsi sebagai ruang forum bebas yang demokrasi untuk perindustrian dalam merancang strategi pembangunan ekonomi dan sosial yang melibatkan negara-negara membangun. Sehingga kini, 31 negara telah menjadi ahli untuk memberi perhatian terhadap isu-isu alam sekitar, ekonomi, sosial agar strategi pembangunan lestari dapat diintegrasi dalam polisi peringkat nasional (Shulman, 2011). Persidangan PBB berkait Perdagangan dan Pembangunan (United Nations Conferences on Trade and Development, UNCTAD) telah diadakan pada tahun 1964 untuk berhadapan dengan isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan dengan menyokong negara-negara membangun untuk terlibat dalam perkembangan ekonomi dunia dan memastikan polisi di peringkat domestik dan nasional tidak bercanggah dengan konsep pembangunan lestari.
Pada era globalisasi, pembangunan teknologi dan inovasi yang rancak telah menyebabkan peningkatan globalisasi komersial. Globalisasi komersial telah memburukkan lagi masalah alam sekitar dan memerlukan penyelesaian di peringkat global dan tempatan. Oleh itu, Program Alam Sekitar PBB (United Nations
20
Environment Programme, UNEP) dan Kovensyen Basel telah dibentuk untuk membantu negara-negara terpinggir supaya menjadi sebahagian dari pendorong pembangunan ekonomi dunia. UNEP dibentuk pada tahun 1972 untuk memudahkan urusan persetujuan antarabangsa berkait pelaksanaan polisi alam sekitar, pembangunan polisi berkait alam sekitar, dan mengenal pasti impak alam sekitar kepada penduduk dunia. Manakala Konvensyen Basel dibentuk pada 1989 dibawah UNEP untuk melengkapkan jurang yang terdapat diantara mandat sedia ada dengan pemantauan terhadap aktiviti dagangan dunia agar selaras dengan objektif kelestarian. Sepanjang 20 tahun kemudiannya, kedua-dua organisasi ini telah melaksanakan program kesedaran berkaitan alam sekitar secara menyeluruh untuk kerajaan tempatan, kerajaan nasional, organisasi bukan kerajaan (NGO), industri, dan orang awam di peringkat global dan tempatan. Pelbagai pergerakan dan strategi berkaitan pengurusan sisa telah direncana merentasi sempadan dengan memberi perhatian terhadap pengurangan penjanaan sisa pepejal (Shulman, 2011).
Sehubungan itu, Mesyuarat Stockholm diadakan pada Jun 1972 sebagai persediaan Persidangan PBB berkenaan Alam Sekitar dan Pembangunan (United Nations Conference on Evironment and Development, UNCED) merupakan satu titik permulaan sebuah era yang baru untuk memperkembangkan aktiviti pembangunan lestari di seluruh dunia. Menurut Shulman (2011), pelbagai organisasi antarabangsa telah ditubuhkan untuk berhadapan dengan isu berkenaan sisa dan alam sekitar (Jadual 2.1). Pada Jun 1992, UNCED telah diadakan di Rio Janeiro dengan matlamat membentuk strategi dan tindakan alternatif yang boleh diguna pakai dalam jangka masa yang singkat, sederhana dan panjang untuk memastikan integrasi kesejahteraan alam sekitar, ekonomi dan sosial diambil kira dalam proses pembangunan. Di dalam
21
konteks sisa pepejal, kerangka konseptual telah dibentuk dengan menerokai pelbagai pendekatan untuk menilai keupayaan potensi sasar berkaitan impak alam sekitar. Analisis Kitaran Hidup (Life Cycle Assessment, LCA) telah diambil sebagai pendekatan yang efektif dalam mengenal pasti dan menilai aktiviti yang memberi impak negatif kepada alam sekitar dan mencari penyelesaian dengan melontarkan cadangan dan pilihan alternatif yang sesuai (Shulman, 2011).
Jadual 2.1: Organisasi Antarabangsa yang Ditubuhkan Berkaitan Sisa Organisasi Antarabangsa Matlamat Persidangan PBB berkenaan
Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED)
Merancang dan membentuk strategi dan pelan tindakan untuk menghentikan tindakan yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan mempromosi pembangunan lestari di seluruh dunia Organisasi untuk Kerjasama
Ekonomi dan Pembangunan (OECD)
Sebuah pertubuhan di bawah UNCTAD ditubuhkan untuk membantu menghapuskan apa-apa halangan dan memudahkan aktiviti dagangan antara negara- negara ahli dan bukan ahli, memastikan bahan, produk, dan apa-apa yang didagangkan tidak memberi impak negatif kepada alam sekitar dan manusia
Persidangan PBB berkait Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD)
Mempromosi dagangan antara negara yang mempunyai perbezaan sistem sosial dan ekonomi, menyediakan pusat untuk aktiviti dagangan dan pembangunan polisi kerajaan dan kumpulan ekonomi
Program Alam Sekitar PBB (UNEP)
Merupaka pihak berkuasa global dan serantau berkenaan isu alam sekitar. Dibentuk sebagai badan penyelaras pembangunan polisi alam sekitar yang telah dipersetujui dan membawa isu-isu alam sekitar yang timbul kepada komuniti antarabangsa untuk tindakan selanjutnya
Kovensyen Basel (di bawah UNEP)
Secara spesifik sebagai sebuah pertubuhan yang mengawal pengerakan sisa berbahaya dan lain-lain sisa merentasi sempadan dari negara-negara OECD ke negara-negara bukan OECD. Bertanggugjawab mengenalpasti produk-produk dan bahan-bahan yang berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan kepada negara yang menerima
22
Pada masa kini, konsep pembangunan lestari telah menjadi sumber inspirasi terpenting kepada pembangunan pengurusan sisa pepejal yang efektif untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dipelbagai negara sama ada di negara berstatus membangun mahupun negara berstatus maju (Baud et al., 2001). Kebanyakan ahli akademik dan ahli falsafah daripada latar belakang yang berbeza mempunyai kefahaman yang tersendiri dalam mengambarkan definisi kelestarian (Jadual 2.2). Definisi yang paling popular dan sering digunakan oleh para penyelidik pada masa kini diambil daripada Our Comman Future versi laporan Brudtland 1987 yang disahkan semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Berdasarkan laporan Brudtland, pembangunan lestari merupakan:
“pembangunan yang memenuhi keperluan dan kehendak generasi pada masa kini
tanpa menjejaskan keupayaan generasi masa hadapan untuk memenuhi keperluan
mereka” (WCED, 1987)
Namun, definisi ini masih lagi umum dan sukar untuk diterjemahkan untuk menghadapi cabaran pembangunan yang semakin kompleks dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, konsep pembangunan lestari telah diberi perhatian dalam Agenda 21 untuk memberi penjelasan yang lebih baik kepada masyarakat. Menurut Agenda 21, definisi ini telah dikemukakan oleh National Strategy for Sustainable Development
dengan menjelaskan:
“Pembangunan lestari sepatutnya dibina dan diharmonikan dengan pelbagai sektor melibatkan dasar dan perancangan ekonomi, sosial dan alam sekitar yang beroperasi di dalam sesebuah negara”(OECD, 2006).
23
Jadual 1.2: Takrifan Kelestarian Menurut Berberapa Kajian
Prinsip Kelestarian Penulis Penyataan Perlindungan dan
peningkatan impak alam sekitar dan menyelesaikan
masalah yang timbul
Wrigley (2006) “kelestarian adalah lebih besar dari individu, kumpulan atau sebuah negara. Merangkumi skop, skala, permintaan penting yang pernah berlaku dengan penyelesaian yang pantas kepada perlindungan alam sekitar dan lain-lain masalah yang kompleks”
Keadilan kepada sosial, alam sekitar dan kehidupan manusia
Leeuw (2006) “hidup dalam keadaan harmoni dengan keadaan sosial dan alam semulajadi yang berasaskan rasa kesaksamaan dan keadilan”
Menyedari impak tindakan individu kepada alam sekitar dan mencari penyelesaian masalah
Redman (2007)
“kelestarian merupakan kesedaran berkenaan hubungan antara dunia dan implikasi tindakan kita. Mencari penyelesaian melalui pendekatan inovasi, memperluas pilihan masa depan dengan mengamalkan penjagaan alam sekitar, membina institusi tadbir urus yang sentiasa mempelajari dan menanam nilai yang menggalakkan keadilan”
(Sumber: Olahan Pengkaji, 2012)
PBB dan Local Government for Sustainability telah menjadikan Triple Bottom Line (TBL) sebagai pendekatan holistik dalam perancangan dan pembangunan bandar serta komuniti. Merujuk kepada laporan yang bertajuk “Livable Cities”
(2007), sebuah Bandar Eko hendaklah memenuhi keperluan alam sekitar, ekonomi dan sosial (Rajah 2.1). Dalam konteks pengurusan sisa pepejal yang cekap, pembangunan lestari telah diambil sebagai teras pembangunan melalui modul Triple Bottom Line (TBL). Menurut pelan pengurusan sisa pepejal Peace River Regional District (2008), TBL hendaklah digunakan untuk membuat keputusan, perancangan dan dalam pertimbangan pelaksanaan program berkaitan pengurusan sisa pepejal yang efektif.
24
Rajah 2.1: Modul “Triple Bottom Line” (Sumber: CGSS, 2009)
Dalam konteks alam sekitar, penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah perlu dielakan kerana timbunan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah akan memberi impak yang negatif kepada kehidupan sosial masyarakat dan pembangunan ekonomi. Sistem pengurusan sisa pepejal yang diguna pakai oleh kebanyakan negara berstatus membangun seperti Malaysia adalah dengan menghantar semua sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah. Peningkatan populasi penduduk di bandar ketika ini telah menyumbang penjanaan sisa pepejal yang meningkat secara drastik. Kesannya, pihak pentadbir bandar atau pihak berkuasa tempatan terpaksa membuka tapak pelupusan yang baru untuk menampung sisa pepejal yang dijana. Pembukaan tapak perlupusan sampah yang tidak dikawal akan menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar kerana tapak pelupusan sampah salah satu punca berlaku pencemaran air, pencemaran udara, dan perubahan iklim (Kathiravale dan Yunus, 2008).
25
Merujuk konteks ekonomi, pengurusan sisa pepejal yang cekap mampu menyumbang kepada kebersihan dan kecantikan bandar. Kesannya, bandar yang bersih dan cantik mampu menarik kedatangan pelancong asing ke bandar. Namun terlalu fokus kepada pembangunan ekonomi dan mengabaikan alam sekitar dan pembangunan sosial adalah tidak wajar. Fenomena peningkatan jumlah sisa pepejal sangat berkaitan dengan gaya hidup masyarakat dan pembangunan ekonomi. Penggunaan bahan mentah yang tidak terkawal akan memberi impak yang positif kepada pembangunan ekonomi dan keperluan masyarakat, namun impak yang negatif untuk kesejahteraan alam sekitar (Cointreau, 2006). Oleh itu, pengurusan sisa pepejal yang lestari seperti pelencongan sisa pepejal daripada terus ke tapak pelupusan sampah adalah sangat penting. Pada masa kini, peluang peniagaan produk kitar semula telah mendapat perhatian pengguna kerana harga yang murah. Peluang ini telah diambil dengan sebaiknya oleh negara-negara maju untuk meningkatkan ekonomi disamping menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang cekap.
Dalam konteks sosial, pengurusan sisa pepejal hendaklah mempunyai matlamat untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Pengurusan sisa pepejal yang kurang efektif adalah disebabkan strategi yang dibentuk kurang mantap dan tidak mengambil kira konsep pembangunan lestari. Kesannya, pelbagai pencemaran berlaku dengan pembukaan tapak perlupusan sampah yang tidak terkawal (Kathiravale dan Yunus, 2008; Pandey et al., 2012). Sebagai contoh, sisa organik yang dibawa ke tapak perlupusan sampah akan membebaskan gas metana. Kombinasi antara gas metana dengan gas-gas yang lain di tapak pelupusan sampah sangat berbahaya kepada kesihatan manusia. Manusia akan terdedah kepada penyakit berkait respiratori seperti penyakit brokhitis, dan serangan asthma (Kampa dan
26
Castanas, 2008). Disamping itu, kerjasama daripada masyarakat adalah sangat penting untuk mencapai kelestarian dalam pengurusan sisa pepejal. Hal ini kerana, masyarakat adalah penyumbang kepada penjanaan sisa pepejal yang terbesar. Maklumat berkaitan pengurusan sisa pepejal yang cekap perlu disampaikan kepada masyarakat supaya mereka tidak keliru dan mengetahui tanggungjawab mereka. Menurut Tanaka (2007), sebuah masyarakat yang lestari mengamalkan pengurusan sisa pepejal yang cekap dan mampu meningkatkan kualiti hidup masyarakat disekelilingnya.
Modul pembangunan lestari adalah sangat penting untuk dijadikan sebagai panduan kepada pengurusan sisa pepejal yang cekap. Gabungan yang simfoni antara ketiga-tiga komponen iaitu alam sekitar, ekonomi dan sosial dalam pengurusan sisa pepejal merupakan satu kombinasi yang mampan untuk pembangunan bandar lestari.