2.4 Sisa Pepejal
2.5.1 Ringkasan Sejarah dan Evolusi Kitar Semula
Aktiviti kitar semula telah mula diamalkan oleh individu dengan mengumpul barang berharga yang diperolehi daripada timbunan sisa jalanan sejak tahun 1800 (Pichtel, 2005). Manakala program kitar semula yang pertama dilaksanakan adalah di Baltimore pada tahun 1874, namun program kitar semula tersebut tidak berjaya (Gerlet, 1999; Vesilind et al., 2002). Semasa perang dunia pertama pada lewat tahun 1800, kebanyakan sisa mentah digunakan oleh petani sebagai bahan makanan binatang ternakan untuk meningkatan penghasilan makanan untuk manusia. Pada tahun 1917, sebanyak 35% bandar di seluruh dunia menggunakan bahan mentah sebagai makanan binatang ternakan. Peratusan bilangan bandar yang melaksanakan aktiviti ini meningkat kepada 44% pada tahun 1925 dan menurun kepada 39% pada tahun 1930 (Hering dan Greeley, 1921; Blumerg dan Gottlieb, 1989).
56
Pada tahun 1898, Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula (Material Recovery Facilities) yang pertama telah dibina di bandar New York. Fasiliti ini bertujuan untuk memproses sisa yang dijana oleh 116 000 orang penduduk di bandar New York dan telah berjaya memulihkan sehingga 37% daripada sisa pepejal yang dijana (Pichtel, 2005). Kemudiannya, Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula (MRF) telah dibina di Berlin, Hamburg, dan Munich. Menurut Bilitewski et al. (1997), MRF di berlin mampu memproses melebihi 275 metrik tan sisa setiap hari. Walaupun MRF yang pertama dibina di bandar New York, namun negara-negara di Eropah telah mendahului Amerika Syarikat dalam pelaksanaan kitar semula (Pichtel, 2005). Semasa awal perang dunia kedua pada tahun 1939, setiap isi rumah yang berada di Jerman dijangka mengasingkan sisa pepejal seperti kertas, botol, logam, dan lain-lain besi ferus daripada sisa yang jana di rumah masing-masing (APWA, 1941; Alexender, 1993).
Kesedaran berkaitan penjagaan alam sekitar mula mendapat perhatian masyarakat dunia pada lewat tahun 1980. Isu-isu seperti ruang yang terhad untuk pembukaan tapak pelupusan sampah, impak negatif akibat gas rumah hijau, dan ozon atmosfera semakin menipis menjadi pemangkin kepada peningkatan kesedaran masyarakat dunia terhadap alam sekitar. Penjanaan sisa pepejal yang meningkat menyebabkan pembukaan pertambahan tapak pelupusan sampah yang baru. Akibatnya, kos pengurusan untuk pelupusan sisa pepejal semakin meningkat dan menarik minat industri, kerajaan dan orang awam untuk mengamalkan kitar semula. Pelbagai inisiatif komuniti terhadap program kitar semula dilaksanakan untuk mengurangkan sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan sampah untuk mengurangkan pembayaran cukai. Oleh itu, banyak pusat pengumpulan bahan kitar
57
semula dan Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula (MRF) dibina disebabkan desakan orang awam (Pichtel, 2005).
Terdapat dua jenis pendekatan utama dalam pengasingan sisa pepejal perbandaran untuk dikitar semula iaitu:
a) Pengasingan: merangkumi pengasingan bahan mengikut komponen sisa pepejal seperti tin aluminiun, kertas, kaca, dan plastik dikutip dan dihantar ke fasiliti tertentu untuk diproses dan dijual
b) Kemudahan Medapatkan Semula Bahan Kitar Semula (Material Recovery F acilities): kemudahan ini samada menerima bahan yang bercampur atau bahan yang telah diasingkan. Bahan kitar semula yang bercampur akan dihantar ke fasiliti dengan sistem conveyor untuk diasingkan mengikut jenis dengan menggunakan tangan atau mesin
Kedua-dua pendekatan ini memepunyai perbezaan berkaitan kecekapan operasi, modal, penggunaan tenaga, kos pekerja, dan faktor-faktor yang lain (Pichtel, 2005).
58 2.5.2 Istilah Berkaitan Kitar Semula
Menurut Pichtel (2005), berberapa istilah berkaitan kitar semula telah disalah guna. Oleh itu, penerangan istilah berkaitan kitar semula amat penting untuk mengelakan kekeliruan. Antara istilah berkaitan kitar semula adalah:
a) Pengasingan Sumber: memindahkan bahan yang berpotensi untuk dikitar semula dari aliran sisa
b) Penggunaan Semula: menggunakan bahan berdasarkan fungsi asal. Sebagai contoh botol air digunakan semula untuk mengisi air
c) Kitar Semula: menggunakan bahan dalam bentuk yang sama dengan kegunaan asal. Sebagai contoh surat khabar dijadikan kotak atau surat kabar yang baru.
d) Sisa kepada Tenaga: Pengubahan sisa pepejal perbandaran (sisa organik) kepada tenaga melalui pembakaran yang dikawal dengan incinerator. Tenaga haba yang dihasilkan digunakan kepada tenaga elektrik.
e) Pemulihan Sumber: Pemindahan tenaga dan bahan daripada sisa. Istilah ini berkait dengan kesemua istilah di atas.
59
Rajah 1.6: Simbol Kitar Semula (Sumber: Pichtel, 2005)
Berdasarkan istilah berkaitan kitar semula, sistem kitar semula boleh digambarkan seperti Rajah 2.6. Satu anak panah menunjukan pengasingan sumber dari aliran sisa. Dua anak panah menunjukan simbol pemprosesan bahan kitar semula kepada produk yang baru. Tiga anak panah menunjukan produk yang dihasilkan dari proses dijual dan dibeli oleh pengguna dalam pasaran. Sebagai contoh, sisa tin aluminum dari kawasan perumahan dikutip dan dikumpul dengan menggunakan lori menunjukkan satu anak panah. Kemudian tin aluminium dijual kepada broker dan pengedar supaya timbunan tin aluminum ini dapat ditumpatkan sebelum di jual kepada syarikat yang menyediakan perkhidmatan peleburan. Semasa di tahap peleburan, bahan tin aluminium dicairkan dan dibentuk kepada bentuk tin aluminum yang baru sebelum dihantar ke kilang pengeluaran minuman ringan melambangkan dua anak panah. Akhirnya, tin minumam aluminium yang diperbuat daripada bahan kitar semula dijual dan dibeli oleh pengguna menunjukkan anak panah ke-3.
60
Ketiga-tiga anak panah ini saling berhubung dan boleh digambarkan seperti sistem yang berulang kali. Oleh itu, ketiga-tiga anak panah membentuk satu rantaian sistem yang sangat penting untuk mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan sampah. Oleh itu, sisa pepejal tidak boleh dipertimbangkan sebagai telah dikitar semula jika tidak melalui proses yang melibatkan ketiga-tiga anak panah (Rajah 2.5). Namun, proses pengasingan bahan kitar semula telah menjadi masalah kepada industri dan syarikat swasta yang terlibat kerana kos alatan yang tinggi. Selain itu, harga pasaran bahan kitar semula yang tidak stabil meyebabkan produk bahan kitar semula menjadi lebih mahal dari produk yang menggunakan bahan mentah asal. Kesannya, kurang permintaan produk kitar semula daripada pasar raya, kedai dan pengguna (Pichtel, 2005).