• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sistem Kitar Semula

Dalam dokumen Tesis Pengurusan Sisa Pepejal pdf (Halaman 74-85)

2.4 Sisa Pepejal

2.5.3 Sistem Kitar Semula

Penyediaan kemudahan sistem kitar semula yang efektif kepada komuniti sangat penting untuk menggalakan mereka mengamalan kitar semula (Kehmeyer et al., 2011). Operasi sistem kitar semula bermula dari rumah iaitu pengguna dengan mengasingkan barangan kitar semula kemudian dikumpul sebelum dipadatkan dan diproses semula sehingga menjadi produk baru seperti yang digunakan kembali oleh pengguna dalam Rajah 2.7 (Arena et al., 2003).

61

Rajah 2.7: Operasi Sistem Kitar Semula (disesuaikan dari Arena et al., 2003)

Tong kitar semula merupakan kaedah lazim yang digunakan di peringkat global dan tempatan. Bahan kitar semula dikumpul mengikut tong yang berlainan mengikut jenis bahan kitar semula seperti plastik, kertas, dan kaca yang dikenali sebagai salah satu curbside collection system (Abdelnaser, 2008). Sistem ini boleh beroperasi melalui tiga kaedah iaitu pengguna mengasingkan barangan kitar semula sebelum pengumpulan dibuat, pekerja mengasingkan barangan kitar semula semasa pengumpulan, dan pengasingan barangan kitar semula di Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula (Material Recovery Facilities). Namun, kaedah ini memerlukan kos yang tinggi tetapi memberi kemudahan kepada pengguna untuk menyertai program kitar semula (Kimball et al., 2005). Pada masa kini, terdapat dua jenis sistem kitar semula berkonsepkan Curbside Collection System iaitu sistem kitar semula satu aliran dan sistem kitar semula pelbagai aliran (Kehmeyer et al., 2011).

62

Selain itu, kaedah drop-off center juga merupakan kaedah alternatif pengumpulan bahan kitar semula. Melalui kaedah ini, pengguna atau penduduk membawa sendiri bahan kitar semula ke pusat pengumpulan dan disimpan di dalam kontena yang sesuai. Pusat pengumpulan terletak di lokasi yang strategik agar mudah dicapai komuniti. Dalam konteks pengurusan, kaedah ini memerlukan pengurusan yang lebih terperinci. Oleh itu, petugas perlu dilantik untuk menguruskan pusat pengumpulan bahan kitar semula ini (Lund, 1993). Menurut Kimball et al., (2005), antara tugas pekerja di pusat pengumpulan bahan kitar semula adalah memastikan pengasingan barangan kitar semula dibuat dengan betul, mengeluarkan bahan yang tidak boleh dikitar semula dari tempat pengumpulan, memastikan pusat pengumpulan sentiasa bersih dan membantu mendidik pengguna berkaitan amalan kitar semula.

Buy-back Center juga merupakan salah satu kaedah pengumpulan bahan kitar semula yang sama konsep dengan drop-off center, tetapi pusat ini membeli bahan kitar semula dari pengguna (Kimball et al., 2005). Oleh itu, pengguna perlu membawa barangan kitar semula ke pusat pengumpulan untuk dijual. Konsep membeli barangan kitar semula dari pengguna ini mampu meningkatkan penyertaan dalam kalangan komuniti. Namun, harga barangan kitar semula yang tidak sekata mengikut jenis menyebabkan pengguna hanya menjual barangan kitar semula tertentu sahaja. Salah satu contoh yang menggunakan konsep pengumpulan bahan kitar semula ini adalah bank kitar semula (Norizan et al., 2012).

63

i) Curbside Collection: Sistem Kitar Semula Pelbagai Aliran (Multi Stream)

Sejak tahun 1980, pendekatan sistem kitar semula pelbagai aliran sudah dikenali ramai dan diguna pakai oleh kebanyakan negara kerana beberapa faktor seperti mengelakkan bahan kitar semula dari tercemar dan menjimatkan kos pemprosesan. Sebagai contoh, bahan kitar semula seperti kertas yang mudah rosak dan tercemar apabila tidak disimpan dan diurus dengan cara yang betul. Pencegahan pencampuran antara bahan mampu mengekalkan kualiti bahan kitar semula dan boleh diguna dengan lebih efisien. Kos perbelanjaan pemprosesan bahan kitar semula bergantung kepada kualiti bahan kitar semula yang dikumpul. Kos untuk pemprosesan bahan akan rendah apabila kualiti bahan masih dalam keadaan baik (Kehmeyer, 2011). Menurut Kahmeyer et al. (2011), sistem kitar semula pelbagai aliran melibatan pengasingan barangan kitar semula kepada beberapa bekas yang spesifik seperti bekas palstik, kertas dan kaca.

Namun, sistem kitar semula pelbagai aliran masih mempunyai pelbagai kelemahan. Menurut Norizan et al. (2012), penglibatan masyarakat dalam program kitar semula berkait dengan tingkah laku dan persepsi masyarakat terhadap program kitar semula yang dijalankan. Walaupun terdapat banyak kajian telah dilaksanakan untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam program kitar semula, namun penglibatan dalam kalangan masyarakat masih kurang kerana sikap tidak ambil peduli terhadap kepentingan amalan kitar semula. Kesedaran terhadap amalan kitar semula masih menjadi persoalan walaupun program kesedaran telah banyak dijalankan di peringkat global dan tempatan (Norizan et al., 2012). Menurut

64

Kehmeyer et al. (2011), kos penyediaan bekas mengikut jenis bahan yang tinggi menjadi masalah kepada isi rumah untuk memulakan amalan kitar semula di rumah.

Antara contoh sistem kitar semula pelbagai aliran yang banyak digunakan dibeberapa negara adalah set kitar semula tiga tong yang mempunyai fungsi yang berbeza untuk setiap tong mengikut warna. Sistem ini banyak dilaksanakan di Eropah dan di Asia termasuk Malaysia. Antara warna yang digunakan untuk membezakan fungsi tong adalah jingga, biru dan coklat. Tong berwarna biru digunakan untuk mengumpul barangan kertas, kadbod dan kotak, manakala tong berwarna jingga digunakan untuk mengumpul barangan tin aluminium dan botol plastik. Tong berwarna coklat digunakan untuk mengumpul barangan kaca (Hamidi Abdul Hamid, 2009).

ii) Curbside Collection: Sistem Kitar Semula Satu Aliran (Single Stream)

Kitar semula satu aliran merupakan program inovasi yang bermula pada awal 1990 di Amerika Syarikat. Namun, sistem kitar semula satu aliran ini lebih dikenali sebagai Sistem Kitar Semula Bekas Biru (Blue Box Recycling System, BBRS) di Kanada sejak 1980. Menurut Wang (2006), banyak perdebatan berlaku antara ahli akademik dan penyelidik berkaitan kecekapan dan keberkesanan antara sistem kitar semula satu aliran dan pelbagai aliran. Perbezaan yang ketara antara kedua-dua sistem ini adalah penggunaan bekas untuk pengumpulan setiap bahan yang boleh dikitar semula. Sistem kitar semula satu aliran tidak mengaplikasikan langkah

65

pengasingan mengikut jenis bahan dengan hanya menyediakan satu bekas yang boleh mengumpul semua barangan yang boleh dikitar semula.

Pada asasnya, sistem kitar semula satu aliran diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan dan masalah yang dihadapai sistem kitar semula pelbagai aliran. Pengguna tidak perlu lagi bimbang untuk mengasingkan bahan kitar semula mengikut kepelbagaian jenis. Menurut Wang (2006), petukaran sistem kitar semula dari pelbagai aliran kepada satu aliran menunjukkan peningkatan penglibatan masyarakat. Penyediaan bekas pengumpulan bahan kitar semula menjadi lebih mudah, menjimatkan kos dan menjimatkan ruang. Sebagai contoh, lokasi peletakan bekas pengumpulan bahan kitar semula boleh diperluaskan kerana hanya satu bekas diperlukan untuk mengumpul kepelbagaian bahan kitar semula. Kos pengumpulan bahan kitar semula dapat dikurangkan dengan hanya menggunakan satu trak yang boleh mengumpul kepelbagaian bahan kitar semula dengan cara manual atau menggunakan mesin automatik sebelum dihantar ke pusat pengurusan bahan kitar semula (Kehmeyer et al., 2011).

Sistem Kitar Semula Bekas Biru (Blue Box Recycling System, BBRS) merupakan salah satu contoh sistem kitar semula satu aliran yang berjaya dilaksana dengan berjaya di Kanada. Sejak 1960, teknologi pembungkusan pakai buang yang baru telah dipelbagaikan kerana produk makanan mula diperdagangkan di serata tempat (Blumberg dan Gottlieb, 1989). Industri pembungkusan moden telah menjadi antara industri yang paling besar dan kukuh kerana didorong oleh permintaan pengguna yang mementingkan kesenangan dan keinginan peruncit makanan untuk

66

mengurangkan perkhidmatan pelanggan di kedai-kedai (McRobert, 1994). Terdapat lambakan penyelidikan dan kajian berkaitan teknologi pembungkusan yang cekap untuk meningkatkan kualiti produk pembungkusan. Oleh itu, persaingan yang sengit antara pembuat bungkusan untuk mengekalkan produk masing-masing terutamanya antara industri bungkusan plastik dan kaca serta pembuatan bekas tin aluminium dan

tinplate.

Namun, produk pembungkusan ini merupakan sumber penjanaan sisa pepejal yang terbesar. Jumlah produk pembungkusan yang digunakan dan dibuang meningkat sepanjang tahun di Kanada sejak 1980. Oleh itu, pengawalan undang- undang di Kanada berkaitan sisa produk pembungkusan di bawah tanggungjawab kerajaan pusat, kerajaan negeri dan majlis perbandaran (Shrybman dan Lindgren, 1989). Di bawah akta konstitusi 1867, kerajaan pusat mempunyai kuasa untuk mengawal aktiviti perdagangan di Kanada antara negeri-negeri dan negara lain. Kerajaan pusat memainkan peranan penting dalam pembentukan Protokol Pembungkusan Kebangsaan sebagai inisiatif mengurangkan sisa di Kanada dengan menyediakan sistem operasi kitar semula dan program pelencongan sisa pepejal (McRobert, 1994).

Inisiatif awal mempromosi pemungutan palbagai bahan kitar semula dengan kaedah curbside tidak menunjukan hasil yang diharapkan kerana harga bahan kitar semula yang rendah dan tidak menentu dan terdapat subsidi tersembunyi dengan penggunaan bahan mentah yang asal. Hanya berberapa inisisatif awal dilihat menunjukan hasil yang positif seperti bahan yang dihasilkan dari kertas. Syarikat

67

pembuatan kertas swasta menyokong penggunaan bahan kertas terpakai kerana dapat mengurangkan kos pemprosesan dan penggunaan tenaga (Stauffer, 1989). Pada tahun 1975, penyelidik siasatan pencemaran telah membuat analisis sosio-ekonomi yang terkandung di dalam laporan yang bertajuk Recycling: Identifying the Barriers. Menurut laporan tersebut:

“kepercayaan kerajaan dan industri yang rapuh untuk melaksanakan program kitar semula menjadi penghalang terbesar kejayaan” (McRobert, 1994)

Pada tahun 1980, Kementerian Alam Sekitar Kanada telah memperkenalkan dasar menggalakan pengasingan sumber yang boleh dikitar semula dari sistem sisa. Pelbagai sokongan diberikan seperti peruntukan untuk melaksanakan Program Pengasingan Sumber di kawasan perumahan. Akhirnya, BBRS telah diperkenalkan sebagai sistem pengurusan sisa pepejal pada tahun 1981. BBRS mula dilaksanakan berasaskan konsep Ontario yang dibentuk sendiri dalam kerjasama sekumpulan ahli alam sekitar, industri minuman dan inovasi. Program BBRS yang pertama dilaksanakan pada tahun 1983 di bandar Kitchener, Ontario sebagai percubaan yang diuruskan oleh sebuah kontraktor pengurusan sisa pepejal iaitu Ontario Total Recycling System Ltd. Sehingga kini, BBRS telah dijadikan sebagai sebahagian daripada pengurusan sisa pepejal yang utama dalam operasi.

68

iii) Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula (Material Recovery Facilities, MRF)

Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula (MRF) merupakan operasi atau sistem kitar semula yang semakin popular pada masa kini. MRF yang pertama dibina di bandar New York pada tahun 1898. Pada tahun 1991, 40 buah MRF telah beroperasi dan bilangan MRF semakin bertambah kepada 166 buah pada tahun 1993. Namun, kadar pertambahan bilangan MRF sedikit merosot pada tahun 1997 (Berenyi, 2001). Sejak 1995, program kutipan barangan kitar semula curbside

menyebabkan MRF dikenali di pelbagai negara terutamanya di kawasan yang dikenakan pembayaran perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang tinggi. Oleh itu, kebanyakan syarikat swasta melihat keadaan ini sebagai satu peluang untuk melabur dalam perniagaan kitar semula. Secara asasnya, MRF mempunyai dua jenis fasiliti yang menguruskan bahan kitar semula iaitu MRF yang bersih (bahan kitar semula yang telah diasing) dan MRF yang kotor (bahan kitar semula yang bercampur) (Pichtel, 2005).

Unit operasi di MRF merangkumi proses saringan, pengasingan bahan kitar semula dengan magnet, pencarikan, dan klasifikasi udara (Jadual 2.12). Menurut Tchobanoglous et al. (1993), operasi unit MRF bermatlamat untuk:

1) Mengubah suai ciri-ciri fizikal bahan kitar semula supaya mudah untuk dipindahkan

2) Memindahkan komponen bahan yang spesifik dan berguna dari aliran sisa 3) Menyingkirkan bahan pencemar dari aliran sisa

69

4) Menyedia dan memproses bahan yang telah diasing untuk kegunaan seterusnya

Jadual 2.12: Unit Operasi untuk Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula (MRF) dan Fungsi-fungsi

Unit Operasi Fungsi

Pencarikan Pengurangan saiz bahan

Saringan Pengasingan bahan mengikut saiz

Pengasingan Siklon Pengasingan bahan mudah terbakar dari aliran udara

Pengasingan Udara Pengasingan bahan mudah terbakar dari aliran udara

Pengasingan Magnet Pengasingan logam ferus dari bahan campuran Penumpatan Pemadatan dan perataan bahan

Fasiliti Penimbang Sebagai rekod operasi Pemindahan

 Conveyor belt

 Picking belt

 Movable equipment

Pengangkutan semua jenis bahan kitar semula Pengasingan manual bahan

Mengendalian dan pemindahan semua jenis bahan Pengumpulan dan Simpanan Penyimpanan semua jenis bahan yang telah

dipulih

(Sumber: Tchobanoglous et al., 1993)

Walaupun sistem MRF lebih menggunakan jentera, tenaga pekerja masih diperlukan. Sebagai contoh, bahan-bahan yang tidak boleh dikitar semula dan berbahaya seperti cat, racun serangga, dan bateri hanya boleh disingkirkan dari sistem MRF dengan cara pengasingan manual (Pichtel, 2005).

Di Malaysia, satu majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd, Worldwide Holding Sdn Bhd dan MDS Sdn Bhd dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara berkenaan kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula (MRF) yang pertama pada 12 November 2012,. Kemudahan ini ditempatkan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari, Jeram yang

70

dioperasi oleh Worldwide Landfills Sdn. Bhd. MRF dilihat melengkapi pengurusan sisa pepejal yang bersepadu dimulakan dengan pengasingan sisa dari orang awam dan disokong dengan kemudahan yang disediakan di tapak pelupusan sampah (KPKT, 2012). Oleh itu, Kemudahan Mendapatkan Semula Bahan Kitar Semula (MRF) akan dibina oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara di kesemua sembilan buah projek membina baru tapak pelupusan sisa pepejal sanitari di Malaysia (KPKT, 2012).

2.6Rumusan

Kitar semula merupakan salah satu pengurusan sisa pepejal yang sangat penting di dalam pembangunan lestari pada masa kini. Kesan daripada lambakan sisa pepejal terutamanya di bandar banyak memberi impak negatif kepada pembangunan bandar. Oleh itu, pelbagai inisiatif telah dijalankan di peringkat global, wilayah dan tempatan untuk meningkatkan amalan kitar semula. Namun, kadar kitar semula di Malaysia masih rendah berbanding negara jiran. Hal ini disebabkan amalan kitar semula di Malaysia merupakan aktiviti tidak formal dalam kalangan masyarakat walaupun telah banyak akta telah dibentuk. Penyediaan kemudahan sistem kitar semula yang efektif merupakan salah satu kunci kejayaan program kitar semula di barat. Oleh itu, penyelidikan untuk meningkatkan kecekapan sistem dan teknologi kitar semula di Malaysia perlu dilakukan dengan lebih meluas untuk memastikan program kitar semula dapat dijalankan dengan berkesan.

71 BAB III

KAEDAH PENYELIDIKAN DAN KAWASAN KAJIAN

3.1Pengenalan

Bab ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama membincangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam kajian. Proses penyelidikan dihuraikan dengan sepenuhnya dalam setiap peringkat bermula dengan tinjauan awal hingga peringkat menganalisis data. Sehubungan itu, instrumen kajian turut dibincangkan secara terperinci berkenaan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat. Di dalam kajian ini data primer diperolehi dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Manakala terdapat sebahagian data sekunder diperolehi menerusi ulasan kepustakaan. Perbincangan dalam bahagian dua berkaitan pemilihan kawasan kajian yang merangkumi justifikasi pemilihan kawasan kajian, latar belakang dan populasi komuniti di kawasan kajian.

Dalam dokumen Tesis Pengurusan Sisa Pepejal pdf (Halaman 74-85)