• Tidak ada hasil yang ditemukan

Profil Kompetensi Asas EQ Guru-Guru Sebelum dan Selepas Latihan Menggunakan Modul EQ Yang Dibina

RUMUSAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

5.3 PERBINCANGAN HASIL KAJIAN

5.3.4 Profil Kompetensi Asas EQ Guru-Guru Sebelum dan Selepas Latihan Menggunakan Modul EQ Yang Dibina

Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan skor terhadap kompetensi EQ yang diberikan intervensi menggunakan modul EQ yang dibina dalam kajian ini. Peningkatan skor tersebut dapat dilihat berdasarkan perbandingan hasil ujian yang diperolehi oleh subjek sebelum dan setelah mendapatkan latihan. Dapatan ini menggambarkan tentang manfaat latihan yang diberikan kepada subjek menggunakan modul yang dibina. Latihan yang diberikan kepada subjek adalah mengambil kira pelbagai aspek yang telah dikongsikan oleh pakar dan orang-orang berjaya tentang pembinaan sesebuah modul dan pelaksanaan sesebuah latihan. Kemungkinan perkara inilah yang menyumbang terhadap kejayaan latihan yang diberikan kepada subjek tersebut. Sebagai contoh untuk menimbulkan kesedaran emosi subjek, dalam latihan telah ditunjukan apakah sepatutnya yang perlu dilakukan agar mereka dapat melihat ke dalam diri mereka sendiri, untuk merasakan dan mengenal pasti emosi yang sedang mereka rasakan? Latihan sebegini didapati membuatkan subjek dapat menyedari keperluan mereka mengenal pasti keadaan emosi mereka, yang sebelumnya kurang mereka sedari kepentinganya. Seperti dinyatakan oleh salah seorang subjek:

... Saya banyak belajar tentang diri saya sendiri, selama ini saya ingatkan saya sebagai seorang guru yang hebat, rupa-rupanya tidak hebatpun. When I feel to controll the class yesterday memberikan tamparan yang agak hebat untuk diri saya..., and than saya belajar benda baru juga, rupa-rupanya saya boleh

menggunakan kedua-dua belah otak saya, rupa-rupanya saya seorang yang buat kerja secara sistematik yang selama ini saya jenis yang hentam kromo sahaja...”.

Demikian juga dengan kompetensi-kompetensi yang lain, masing-masing aktiviti yang bersesuaian telah digunakan untuk menyentuh subjek supaya mendapatkan celik akal, dan merasakan kepentingan setiap kompetensi tersebut sehingga mereka sendiri merasakan bahawa mereka perlu meningkatkan kompetensi EQ yang mereka miliki untuk memperbaiki kehidupan mereka, sama ada dalam kehidupan peribadi mahupun kehidupan sosial, seprti dinyatakan oleh salah seorang subjek;

Apa yang saya dapati daripada training ini, sedar tentang pentingnya kenal dengan diri sendiri... bila kita dah tahu tentang itu baru kita boleh kenal ataupun fahan tentang emosi orang lain...”.

Kemungkinan keadaan inilah yang menyumbang terhadap peningkatan skor setiap kompetensi yang disentuh dalam latihan tersebut. Dapatan ini selari dengan kajian Chrusciel, Don (2006) yang menyatakan bahawa sesebuah latihan akan memberikan pengaruh yang positif apabila latihan tersebut dapat menyentuh peserta dengan kaedah yang berkesan.

Melatih kebiasaan kognitif umumnya lebih mudah berbanding melatih kecerdasan emosi (Ary Ginanjar 2005; Goleman Boyatzit 1999). Melatih seseorang untuk mempergunakan sebuah peralatan seperti komputer, alat menghitung, menghafal angka-angka dan sebagainya yang menyangkut dengan kebiasaan kognitif mempergunakan otak kiri kebiasaanya lebih mudah, walaupun masa yang diperlukan bagi setiap orang tidak sama untuk mempelajari perkara-perkara tersebut. Berbeza dengan melatih keterampilan EQ seperti melatih seseorang menjadi individu yang konsisten dalam kehidupan (menyelaraskan antara ucapan dengan perlakuan), melatih seseorang untuk menjadi individu yang mempunyai komitmen yang tinggi, bersikap jujur, memiliki keyakinan diri yang tinggi dan sebagainya. Untuk melatih keterampilan ini tidak cukup hanya dengan berupa pelatihan kognitif tetapi seseorang perlu merasakan sendiri pengalaman tersebut sehingga berkesan bagi mereka. Justeru,

latihan yang dilakukan dalam kajian ini telah mengambil kira sepenuhnya pandangan ini, menerusi data-data yang diperolehi sebelum latihan dimulakan.

Kebiasaan yang sering berlaku dalam sesebuah latihan adalah kesan latihan yang diberikan hanya sesaat, semasa latihan seakan-akan seseorang mendapatkan energi baru daripada latihan tersebut, namun kesan latihan itu akan beransur berkurang seiring dengan perjalanan masa. Justeru, latihan yang hanya menyentuh aspek kognitif cenderung berdampak seperti itu. Seperti yang telah disentuh sebelumnya untuk keterampilan EQ diperlukan latihan secara berterusan sehingga menjadi satu kebiasaan dan akhirnya menjadi satu budaya yang tidak mungkin dapat dipisahkan dengan kehidupan seseorang. Menurut Ary Ginanjar (2005) apabila sikap baru telah tercipta dalam diri seseorang, ianya akan menggantikan kebiasaan buruk yang selama ini menjadi amalan dirinya. Goleman (1999) menyatakan kecekapan merupakan sekumpulan kebiasaan yang terkoordinasi antara apa yang difikirkan, dirasakan dan kerjakan agar sesuatu tugas dapat terlasana dengan baik. Juteru Covey (2001) merumuskan satu istilah yang menggambarkan tentang internalisasi sesuatu pengalaman baru menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan ”taburlah gagasan, petiklah perbuatan, taburlah perbuatan, petiklah kebiasaan, taburlah kebiasaan petiklah tingkah laku (karakter), taburlah karakter, petiklah nasib. Pandangan ini menunjukkan untuk pembinaan keterampilan EQ memerlukan latihan secara berterusan seperti didapati dalam kajian ini. Justeru, latihan ini telah mengambil kira aspek-aspek tersebut untuk menjadikan latihan ini dapat memberikan kesan berpanjangan. Sebagai contoh yang dilakukan dalam latihan ini adalah membudayakan senyum dalam kehidupan, dimulakan pada hari pertama latihan, terus dilakukan sepanjang latihan. Seterusnya dinyatakan apakah faedah senyuman tersebut dalaman kehidupan, kemudian ditunjukkan bagaimana senyuman tersebut dipraktikan, sehingga peserta latihan dapat menjadikan senyum menjadi karakter diri mereka, dan akhirnya menjadi satu budaya yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan mereka.

Goleman (1999) kecerdasan emosi dapat dipelajari bila-bila masa sepanjang hayat seseorang. Beliau menyatakan bahawa seseorang yang selama ini pemarah, pemalu, kurang keyakinan diri, sukar berkomunikasi dengan orang lain, dan sebagainya, dengan usaha dan keyakinan bersungguh-bersungguh kebiasaan negatif

tersebut dapat dirobah kepada sifat-sifat positif. Justeru, latihan yang dilandasi dengan kesedaran yang tinggi, sesuai dengan bisikan nurani semua manusia merupakan jalan yang telah dipilih sebagai metode dalam latihan ini, sehingga seseorang dapat berlatih secara berterusan untuk menjadikan kehidupan lebih bermakna. Iaitu berusaha semaksimum yang mungkin untuk menerapkan nilai-nilai positif, dan mengurangi, bahkan menghilangkan kebiasaan negatif dalam kehidupan akan menghantarkan seseorang pada tujuan tersebut.

5.3.5 Pandangan Subjek Tentang Latihan Kecerdasan Emosi Menggunakan Modul