• Tidak ada hasil yang ditemukan

Proses Penilaian Risiko Pemantauan Risiko & Kajian Semula

Pantau dan Kaji Semula

Komunikasi dan Perundingan

Daftar Risiko Institut

Tinggi

Ketara

Sederhana

Rendah

Menurut Seksyen 9 Akta, kuasa umum Majlis ialah untuk menguruskan Institut dan dananya. Secara khususnya, menurut Seksyen 10 Akta, Majlis mempunyai kuasa untuk:

• menggubal undang-undang kecil • melantik kakitangan

• mengambil maklum tentang apa-apa perkara yang mempengaruhi Institut atau tingkah laku profesional ahlinya

• berkomunikasi dengan badan lain yang serupa dan dengan ahli profesion dari pelbagai tempat

• menubuhkan cawangan

• mewakilkan menurut budi bicara mutlaknya, apa-apa kuasanya, keistimewaan dan budi bicaranya

• melantik Jawatankuasa Institut

• melaksanakan semua kuasa, keistimewaan dan budi bicara yang tidak perlu dilaksanakan oleh ahli pada mesyuarat tahunan dan • menggunakan meterai rasmi Institut.

Presiden Institut merupakan Pengerusi Majlis. Pelantikan dan komposisi ahli Majlis adalah menurut Seksyen 8(1) Akta.

Jawatan ini merupakan jawatan tanpa ganjaran dan ahli Majlis berkhidmat demi kepentingan awam.

Majlis bertanggungjawab untuk penyeliaan dan tadbir urus Institut. Dalam tahun kewangan, Majlis mengadakan sepuluh (10) mesyuarat. Semasa mesyuarat ini Majlis membincangkan, antara lainnya, perkara-perkara berikut:

1. Pindaan kepada Undang-undang Kecil MIA (Etika, Tingkah Laku dan Amalan Profesional) Institut Akauntan Malaysia

2. Pelan Operasi MIA dan Belanjawan bagi tahun 2020/2021 3. Kemas kini ke atas cadangan Akta Akauntan yang baharu 4. Respons MIA kepada krisis COVID-19

5. Cadangan Memorandum Persefahaman dengan Organisasi Perakaunan Profesional lain

6. Usul daripada Pasukan Petugas Tadbir Urus Korporat dan Piagam

7. Pelan Operasi Rangka Tindakan Teknologi Digital 3 tahun MIA 8. Platform Pengesahan Bank Elektronik di Seluruh Industri 9. Kelulusan Penyata Kewangan bagi Tahun Kewangan Berakhir 30

Jun 2019

10. Rangka Kerja Baharu Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA)

Komposisi dan Kehadiran

Majlis, pada mesyuaratnya yang diadakan pada 22 November 2018 telah meluluskan bahawa Jawatankuasa akan terdiri daripada lima (5) ahli, yang mana empat (4) adalah ahli Majlis yang bukan merupakan ahli Jawatankuasa Penyeliaan Institut dan satu (1) ahli MIA yang bukan merupakan ahli Majlis. ARMC mengadakan empat (4) mesyuarat dalam tahun kewangan dan rekod kehadiran ahli didedahkan dalam Laporan Majlis yang terkandung dalam Laporan Tahunan ini.

Fungsi utama ARMC ialah untuk membantu Majlis dalam memenuhi tanggungjawab berkanun dan fidusiarinya. ARMC mengkaji semula penyata kewangan dan proses pelaporannya, sistem kawalan dalaman, pengurusan risiko perusahaan, proses audit dan proses pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan. Ia mempunyai akses langsung kepada juruaudit dalaman dan luaran dan mempunyai budi bicara mutlak untuk menjemput mana-mana Eksekutif menghadiri mesyuaratnya.

ISU UTAMA DIPERTIMBANGKAN OLEH ARMC

Dalam Tahun Kewangan berakhir 30 Jun 2020, Jawatankuasa melaksanakan fungsinya dan menjalankan tugasnya seperti yang terkandung dalam Bidang Tugasnya (ToR). Antara isu utama yang dipertimbangkan dan dibincangkan oleh ARMC adalah:

Pelaporan Kewangan

• Dalam menyelia proses pelaporan kewangan MIA, AMRC mengkaji semula penyata kewangan teraudit tahunan 2019/2020 pada dua (2) mesyuarat khas bertarikh 12 Ogos 2020 dan 18 Ogos 2020. Jawatankuasa membincangkan perkara-perkara penting yang dibangkitkan dan menerima maklumat terkini kemajuan daripada Pengurusan mengenai tindakan yang diambil untuk penambahbaikan.

4

Ahli Majlis

1

Bukan Ahli Majlis Jawatankuasa

ISU UTAMA DIPERTIMBANGKAN OLEH ARMC (sambungan)

Pelaporan Kewangan (sambungan)

• Untuk menjaga integriti maklumat, Pengarah Eksekutif Divisyen Teknikal dan Amalan Profesional, yang bertanggungjawab untuk pengurusan kewangan Institut, telah memberikan jaminan kepada ARMC bahawa:

i. Dasar perakaunan yang sesuai telah diterima dan diguna pakai secara tekal;

ii. Pertimbangan berhemat dan anggaran munasabah telah dibuat menurut keperluan yang terkandung dalam MFRS; iii. Proses dan kawalan yang memadai tersedia bagi memastikan

pelaporan kewangan dan pendedahan di bawah MFRS yang efektif dan efisien; dan

iv. Penyata Kewangan Tahunan tidak mengandungi salah nyata yang material tetapi memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan Institut serta keputusan operasi dan aliran tunai Institut.

Audit Luar

• Juruaudit Luar telah mengadakan pertemuan dengan ARMC sebanyak dua (2) kali untuk mengkaji semula penyata kewangan, isu berkaitan MFRS dan bahagian yang membangkitkan kebimbangan yang telah dikenal pasti.

• Pada 24 Jun 2020, ARMC mengkaji semula Memorandum Perancangan Audit 2019/2020 Juruaudit Luar yang menggariskan skop kerjanya, pendekatan audit dan yuran bagi audit berkanun. Menerusi Pelan Audit 2019/2020, Juruaudit Luar turut membentangkan kepada ARMC tentang pasukan dalam keterlibatannya, garis masa audit, bahagian penekanan audit dan bahagian yang menjadi tumpuan.

Risiko dan Kawalan

Majlis dan Pengurusan mempunyai tanggungjawab menyeluruh untuk mengekalkan sistem pengurusan risiko dan sistem kawalan dalaman yang teguh yang mengukuhkan persekitaran kawalan Institut. Dalam tahun kewangan, Jawatankuasa telah menjalankan aktiviti berikut dalam menyelia risiko dan kawalan Institut:

• Menilai keberkesanan dasar dan prosedur Institut berhubung sistem kawalan dalaman dengan mengkaji semula kerja Jabatan Audit Dalaman (IAD) dan juruaudit luar, dan laporan berkala daripada pengurusan, termasuk laporan ke atas pengurusan risiko. Institut telah menerima pakai mekanisme kawalan yang diperlukan untuk memantau dan mematuhi Akta Akauntan 1967 dan keperluan pengawalseliaan lain;

• Risiko utama Institut, profil risiko dan tindakan pemulihan dilaporkan kepada dan dibincangkan oleh ARMC setiap setengah tahun, yang mana ringkasannya dilaporkan kepada Majlis; • Penyeliaan yang teguh dan input daripada ARMC dalam

memastikan risiko dikenal pasti, dinilai dan diberikan respons yang sewajarnya oleh Pengurusan; dan

• Kawalan dalaman dan perkara berkaitan risiko yang memerlukan perhatian Majlis dicadangkan oleh ARMC kepada Majlis untuk kelulusannya dan perkara atau keputusan yang dalam skop ARMC dikemas kini untuk diambil maklum atau diambil tindakan oleh Majlis.

Laporan Tahunan

• Mengkaji semula dan meluluskan Penyata ARMC untuk dimasukkan dalam Laporan Bersepadu bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2020.

Pengurusan Risiko Perusahaan (ERM) MIA menyediakan platform yang diperlukan untuk Pengurusan menilai kesan COVID-19, sama ada kesan tersebut mencetuskan penilaian semula risiko perniagaan, risiko kawalan dan keberkesanan kawalan berkaitan. Oleh sebab pandemik COVID-19 memberi kesan ke atas cara operasi perniagaan berjalan, Jawatankuasa berusaha untuk memahami kesan perubahan dalam persekitaran kawalan dan memastikan tiada isu material dibawa ke hadapan Majlis.

Fungsi Audit Dalaman

Misi Audit Dalaman (IA) adalah memberikan perkhidmatan jaminan dan rundingan yang objektif yang bebas direka bentuk untuk menambah nilai dan memperbaiki operasi Institut. IA membantu MIA untuk mencapai objektifnya dengan menggunakan pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menambahbaikkan keberkesanan proses pengurusan risiko, proses kawalan dan tadbir urus.

IA melaporkan fungsinya kepada ARMC dan dari segi pentadbirannya kepada Ketua Pegawai Eksekutif (KPE). Untuk memastikan tanggungjawab IA dijalankan sepenuhnya menurut Piagamnya dan Rangka Kerja Amalan Profesional Antarabangsa untuk Juruaudit Dalaman, ARMC mengkaji semula kecukupan skop dan sumber fungsi IA serta kecekapan dan pengalaman juruaudit dalaman. IA tidak terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan prosedur atau sistem dasar, manakala kakitangan dalam jabatan IA adalah bebas daripada aktiviti yang diaudit oleh mereka. ARMC juga meluluskan Pelan Audit Dalaman (IAP) dua (2) tahun bagi FY2020/2021 dan FY2021/2022.

Fungsi Audit Dalaman (sambungan)

Selain daripada menjalankan kajian semula secara bebas, berkala dan sistematik ke atas sistem kawalan dalaman MIA untuk memastikan sistem tersebut terus beroperasi dengan cekap dan berkesan, IA juga membuat susulan bagi maklum balas Pengurusan terhadap isu yang diserlahkan oleh Juruaudit Luar dalam Surut Pengurusannya sehingga isu itu selesai. Fungsi IA menerima pakai pendekatan audit berasaskan risiko dan menjalankan semakan berdasarkan pelan audit dalaman dua tahun merangkumi perkhidmatan jaminan dan rundingan. Fungsi IA juga mengamalkan pendekatan perancangan audit boleh suai yang memberikan fleksibiliti yang diperlukan untuk bertindak balas terhadap risiko baru muncul dan yang berpotensi. Jawatankuasa membincangkan laporan IA dan mengarahkan Pengurusan untuk merumuskan dan melaksanakan kawalan yang diperlukan untuk mengukuhkan pengurusan risiko dan sistem kawalan dalaman bagi mencegah berulangnya kesilapan. Apabila dianggap penting, kekurangan kawalan, termasuk kesilapan, bersama dengan pelan tindakan yang disyorkan, dipanjangkan kepada Majlis untuk dibincangkan. IA membuat susulan ke atas isu yang dilaporkan untuk memastikan tindakan yang telah dipersetujui dilaksanakan oleh Pengurusan.

JAWATANKUASA PENYELIAAN (OC)

Jawatankuasa Penyeliaan (dahulu dikenali sebagai Jawatankuasa Eksekutif), atau OC, telah ditubuhkan oleh Majlis sebagai pengantara antara Majlis dan Pengurusan. OC memastikan dasar, strategi perniagaan dan sebarang isu operasi utama diuruskan secara efektif dan cekap dan memastikan amalan tadbir urus korporat yang baik dipatuhi.

Bidang Tugas OC telah diluluskan oleh Majlis. OC terdiri daripada Presiden sebagai Pengerusi, Nabi Presiden, wakil daripada Jabatan Akauntan Negara dan 3 orang lagi ahli Majlis.

Dalam tahun kewangan, OC mengadakan enam belas (16) mesyuarat dan membincangkan, antara lain perkara yang berikut:

1. Semakan Prestasi Institut untuk FY2019/2020 2. Pelan Operasi MIA dan Belanjawan untuk 2020/2021 3. Respons MIA kepada Krisis COVID-19

4. Platform Pengesahan Bank Elektronik untuk Semua Industri 5. Pelan Strategik IT MIA

6. Pelantikan Vendor bagi Transformasi Infrastruktur IT

7. Peningkatan Fasa 2 Sistem Maklumat Pengurusan Keahlian (MMIS)

untuk Skim Insurans Indemniti Profesional MIA 9. Pindaan kepada Struktur Organisasi MIA

10. Laporan Forum Ekonomi Dunia mengenai “Masa Depan Pekerjaan” dan implikasi ke atas profesion

LAPORAN JAWATANKUASA PENCALONAN (NC)

NC telah ditubuhkan oleh Majlis dan objektif utamanya ialah untuk mewujudkan mekanisme bagi penilaian formal bagi setiap calon sebelum disyorkan kepada Majlis untuk dilantik sebagai ahli Jawatankuasa/Lembaga Institut atau apa-apa tanggungjawab lain seperti yang diarahkan oleh Majlis. Jawatankuasa memastikan ahli yang dilantik mempunyai ciri-ciri yang memenuhi gabungan keperluan tanggungjawab, kemahiran dan pengalaman.

NC terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, empat (4) ahli Majlis dan wakil daripada Jabatan Akauntan Negara. Jawatankuasa akan mengadakan mesyuarat sekiranya dianggap perlu. Jawatankuasa dipengerusikan oleh ahli Majlis daripada kalangan ahli Jawatankuasa Pencalonan (pengecualian bagi Presiden, Naib Presiden dan wakil daripada Jabatan Akauntan Negara).

Dalam tahun kewangan, Jawatankuasa mengadakan lapan (8) mesyuarat di mana Jawatankuasa membincangkan dan mengesyorkan kepada Majlis perkara-perkara termasuk:

• Pelantikan dan pelantikan semula ahli kepada Jawatankuasa dan Lembaga Institut

• Panel Temu duga bagi Penyelesai Diluluskan dan Juruaudit Diluluskan

• Cadangan daripada Pasukan Petugas Tadbir Urus dan Piagam mengenai Bidang Tugas dan kriteria ahli Lembaga/Jawatankuasa • Perbincangan mengenai ahli Majlis MIA yang akan bersara; dan • Kekosongan dan cadangan berkaitan bagi Tawaran Mengisi

Kekosongan oleh IFAC.

Presiden Naib Presiden

Jawatankuasa Pencalonan Ahli Majlis Jabatan Akauntan Negara

Nama Jawatan Seksyen Status Kehadiran

Huang Shze Jiun Presiden 8(1)(g) Dipilih sebagai Presiden pada 27 Ogos 2019 9/10

Prof. Madya Dr. Zuraeda Ibrahim

Naib

Presiden 8(1)(b)

Dilantik semula pada 16 Julai 2019 7/9 Dipilih sebagai Naib Presiden pada

19 September 2019

Ahmad Zahirudin Abdul Rahim Ahli 8(1)(f) Dilantik pada 25 Februari 2019 8/10

Andrew Heng Ahli 8(1)(g) Dipilih pada 29 September 2018 9/10

Arief Putera Mohd Sharipudin Ahli 8(1)(f) Bersara pada 28 September 2019 5/5

Aznorashiq Mohamed Zin Ahli 8(1)(f) Bersara pada 15 Oktober 2019 5/5

Chan Kuan Chee, James Ahli 8(1)(f) Dilantik pada 17 Februari 2020 1/1

Chong Hou Nian, Steven Ahli 8(1)(g) Bersara pada 28 September 2019 5/5

Dato’ Abdul Rauf Rashid Ahli 8(1)(f) Bersara pada 16 Ogos 2019 1/1

Dato’ Dr. Lukman Ibrahim Ahli 8(1)(f) Bersara pada 1 Disember 2019 6/7

Dato’ Gan Ah Tee Ahli 8(1)(e) Bersara pada 1 Oktober 2019 4/5

Dato’ Merina Abu Tahir Ahli 8(1)(d) Bersara pada 1 Disember 2019 6/7

Dato’ Zamimi Awang Ahli 8(1)(a) Bersara pada 11 November 2019 3/5

Datuk Bazlan Osman Ahli 8(1)(f) Dilantik pada 1 Disember 2019 2/3

Dr. Azrie Tamjis Ahli 8(1)(f) Dilantik semula pada 15 Januari 2020 5/9

Dr. Veerinderjeet Singh Ahli 8(1)(c) Dilantik pada 25 Mei 2019 8/10

Irvin George Luis Menezes

Ahli 8(1)(d) Bersara pada 16 Julai 2019 3/5

Dilantik pada 1 November 2019

Jafril Junit Ahli 8(1)(f) Bersara pada 1 Disember 2019 1/7

Jeremy Nasrulhaq Ahli 8(1)(f) Dilantik pada 1 Julai 2018 6/10

K. Renganathan Kannan Ahli 8(1)(g) Bersara pada 28 September 2019 5/5

Khaw Hock Hoe, Alex Ahli 8(1)(g) Dipilih pada 30 September 2017 7/10

Leong Kah Mun Ahli 8(1)(g) Dipilih pada 29 September 2018 9/10

Leong Wai Leng Ahli 8(1)(f) Bersara pada 15 Oktober 2019 5/5

Lim Fen Nee

Ahli 8(1)(d) Meletak jawatan pada 1 Disember 2019 7/9 Dilantik pada 16 Disember 2019

Lim Thiam Kee, Peter Ahli 8(1)(g) Dipilih pada 29 September 2018 10/10

Mohamad Faisal Abdul Malik Ahli 8(1)(g) Dipilih pada 28 September 2019 5/5

Mohd Redzuan Hasan Ahli 8(1)(a) Dilantik pada 11 November 2019 4/5

Nasran Omar Ahli 8(1)(f) Dilantik pada 1 November 2019 5/5

Ong Chee Wai Ahli 8(1)(g) Dipilih pada 30 September 2017 5/10

Ooi Thiam Poh, Alex Ahli 8(1)(f) Dilantik pada 1 November 2019 3/5

Poon Yew Hoe Ahli 8(1)(e) Dilantik pada 1 November 2019 3/5

Prof. Dr. Maliah Sulaiman Ahli 8(1)(b) Bersara pada 16 Julai 2019 Tidak berkenaan

Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf Ahli 8(1)(b) Dilantik semula pada 1 Disember 2019 5/10

Prof. Dr. Norman Mohd Saleh Ahli 8(1)(b) Dilantik pada 1 Ogos 2019 5/9

Prof. Madya Dr. Mazlina Mustapha Ahli 8(1)(b) Dilantik pada 1 Ogos 2019 8/9

Prof. Madya Dr. Romlah Jaffar Ahli 8(1)(b) Bersara pada 16 Julai 2019 Tidak berkenaan

Prof. Madya Dr. Zarina Zakaria Ahli 8(1)(b) Dilantik pada 25 Februari 2019 5/10

Salihin Abang

Ahli 8(1)(g) Bersara sebagai Presiden pada 23 Ogos 2019 5/5 Bersara pada 28 September 2019

Sharman Arumugam Ahli 8(1)(d) Dilantik pada 25 Februari 2019 8/10

Tai Yoon Foo Ahli 8(1)(g) Dipilih pada 28 September 2019 3/5

Wan Ahmad Ikram Wan Ahmad Lotfi Ahli 8(1)(f) Dilantik pada 1 November 2019 4/5

Yee Wing Peng Ahli 8(1)(g) Dipilih pada 28 September 2019 3/5

Irvin George Luis Menezes Pengerusi Dilantik sebagai Pengerusi pada 19 November 2019 4/5

Dato’ Zamimi Awang Ahli Bersara pada 11 November 2019 4/4

Huang Shze Jiun Ahli Dipilih sebagai Presiden pada 27 Ogos 2019 8/8

Jeremy Nasrulhaq Ahli Dilantik semula pada 19 November 2019 6/8

Lim Thiam Kee, Peter Ahli Dilantik semula pada 19 November 2019 5/7

Mohd Redzuan Hasan Ahli Dilantik pada 19 November 2019 3/4

Prof. Dr. Norman Mohd Saleh Ahli Dilantik pada 19 November 2019 3/4

Prof. Madya Dr. Zuraeda Ibrahim Ahli Dipilih sebagai Naib Presiden pada 19 September 2019 5/6

Salihin Abang Ahli Bersara sebagai Presiden pada 23 Ogos 2019 2/2

Dokumen terkait