• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sholawat Nurul Al Qiyamah

Dalam dokumen keajaiban-shalawatt.doc (Halaman 177-180)

Semoga kita mendapaktan fadilah dan keberkahan dalam mengamalkan sholawat ini

58. Sholawat Nurul Al Qiyamah

Ya Allah Wahai Tuhan kami

Sholawat ke atas penghulu kami Muhammad dilimpahi Baginda lautan segala nur yang Engkau miliki

Sumber segala asrarMu diperolehi Lisan penegak hujjah kebenaran Ilahi Dalam kerajaanMu baginda disanjung bak mempelai

Imam segala makhluk di hadhrat Ilahi Hiasan kerajaanMu yang tiada terperi Gudang rahmatMu yang tiada dibatasi

Jalan syariatMu yang menunjuki Dalam mentawhidMu kelazatan baginda kecapi

Punca dan sebab wujud segala ciptaan Ilahi Makhluk paling terpilih antara segala pilihan Ilahi Ciptaan terawal daripada sinar cemerlang nur milik Ilahi Shalawat yang kekal abadi dengan berkekalannya Zat Ilahi

Shalawat tiada diketahui kesudahannya selain ilmu Rabbi Shalawat yang Engkau redhai

Shalawat yang diredhai Junjungan Nabi Shalawat yang dengannya kami diredhai Ya Rabbal `Aalamiin, Wahai Tuhan kami.

Shalawat ini terkenal dengan nama "Nurul Qiyamah" dan banyak dinukilkan oleh para ulama kita yang mulia dalam karya-karya mereka. Di antaranya al-`Alim al-`Allaamah Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rahimahullah dalam "Afdhalus Shalawat `ala Sayyidis Saadaat", shalawat ke-27 pada halaman 78. Dinukilkan bahawa Sayyidi Ahmad ash-Shawi rahimahullah dan selain beliau menyatakan bahawa shalawat ini dinamakan dengan "Nur al-Qiyamah" kerana pembacanya akan memperolehi nur yang banyak pada hari kiamat nanti. Menurut sebahagian wali-wali besar shalawat ini diumpamakan dengan 14,000 shalawat.

Dalam shalawat ini juga Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dirujuk sebagai ".. al-mutaqaddim min nuri dhiya-ik".... yakni makhluk yang paling awal diciptakan daripada sinar cemerlang nur yang dimiliki oleh Allah ta`ala, iaitu merujuk kepada awwaliyyah Nur Muhammad yang diterima oleh ramai para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah sebagai makhluk yang paling awal dijadikan Allah ta`ala mengikut tafsiran yang tidak bercanggah dengan aqidah dan syariah. Dan menarik juga untuk dinukilkan di sini bahawa Ra-isul Muhadditsin al-'Alim al-'Allaamah Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi `alaihi rahmatul Bari dalam "Fadhilat Shalawat" karangan beliau yang telah diterjemahkan turut memuatkan shalawat ini. Pada halaman 79 beliau menyatakan bahawa Syaikh Abdul Haq (seorang muhaddith dari Delhi) menulis dalam kitabnya "Targhib Ahli Sadat" menulis bahawa jika seseorang membaca shalawat ini (yakni Shalawat Nurul Qiyamah) 70 kali ketika hendak tidur, dia akan dapat melihat Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam dalam mimpinya. Buku terjemahan "Fadhilat Shalawat" bagi Mawlana Zakaria ini ese nampak udah dicetak dengan cetakan baru yang cantik dan kemas oleh pihak Inteampublishing dengan jodol "Kelebihan Selawat". Eloklah kome dapatkan sebelum habis stok, banyak manfaatnya untuk menambahkan lagi gemar kita bershalawat ke atas Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam.

Artinya:

"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat dan segala kesejahteraan ke atas penghulu dan junjungan kami, Muhammad; lautan cahayaMu, galian rahasiamu, lisan hujahmu, penganti kerajanMu, imam hadratMu, perhiasan kerajanMu, perbendaharaan

rahmat, jalan syariatMu, orang yang berlazat-lezat dengan tauhidmu, insan yang sebenar- benar ada, sebab pada setiap maujud, penghulu segala penghulu makhlukMu, insan yang terdahulu dan cahaya sinar milikMu, dengan solawat yang berkelanjutan dengan berkekalannya ZatMu, yang tidak ada ujung baginya di bawah pengawasan ilmuMu, dengan solawat

yang meridhakan Engkau, meridhakan Baginda dan Engkau meridhai kami, wahai Tuhan semesta alam! "

Ya Allah Wahai Tuhan kami

Sholawat ke atas penghulu kami Muhammad dilimpahi Baginda lautan segala nur yang Engkau miliki

Sumber segala asrarMu diperolehi Lisan penegak hujjah kebenaran Ilahi Dalam kerajaanMu baginda disanjung bak mempelai

Imam segala makhluk di hadhrat Ilahi Hiasan kerajaanMu yang tiada terperi Gudang rahmatMu yang tiada dibatasi

Jalan syariatMu yang menunjuki Dalam mentawhidMu kelazatan baginda kecapi

Punca dan sebab wujud segala ciptaan Ilahi Makhluk paling terpilih antara segala pilihan Ilahi Ciptaan terawal daripada sinar cemerlang nur milik Ilahi Shalawat yang kekal abadi dengan berkekalannya Zat Ilahi

Shalawat tiada diketahui kesudahannya selain ilmu Rabbi Shalawat yang Engkau redhai

Shalawat yang diredhai Junjungan Nabi Shalawat yang dengannya kami diredhai Ya Rabbal `Aalamiin, Wahai Tuhan kami. "

Shalawat ini terkenal dengan nama "Nurul Qiyamah" dan banyak dinukilkan oleh para ulama kita yang mulia dalam karya-karya mereka. Di antaranya al-`Alim al-`Allaamah Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rahimahullah dalam "Afdhalus Shalawat `ala Sayyidis Saadaat", shalawat ke-27 pada halaman 78. Dinukilkan bahawa Sayyidi Ahmad ash-Shawi rahimahullah dan selain beliau menyatakan bahawa shalawat ini dinamakan dengan "Nur al-Qiyamah" kerana pembacanya akan memperolehi nur yang banyak pada hari kiamat nanti. Menurut sebahagian wali-wali besar shalawat ini diumpamakan dengan 14,000 shalawat.

Dalam shalawat ini juga Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dirujuk sebagai ".. al-mutaqaddim min nuri dhiya-ik".... yakni makhluk yang paling awal diciptakan daripada sinar cemerlang nur yang dimiliki oleh Allah ta`ala, iaitu merujuk kepada awwaliyyah Nur Muhammad yang diterima oleh ramai para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah sebagai makhluk yang paling awal dijadikan Allah ta`ala mengikut tafsiran yang tidak bercanggah dengan aqidah dan syariah. Dan menarik juga untuk dinukilkan di sini bahawa Ra-isul Muhadditsin al-'Alim al-'Allaamah Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi `alaihi rahmatul Bari dalam "Fadhilat Shalawat" karangan beliau yang telah diterjemahkan turut memuatkan shalawat ini. Pada halaman 79 beliau menyatakan bahawa Syaikh Abdul Haq (seorang muhaddith dari Delhi) menulis dalam kitabnya "Targhib Ahli Sadat" menulis bahawa jika seseorang membaca shalawat ini (yakni Shalawat Nurul Qiyamah) 70 kali ketika hendak tidur, dia akan dapat melihat Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam dalam mimpinya. Buku terjemahan "Fadhilat Shalawat" bagi Mawlana Zakaria ini ese nampak udah dicetak dengan cetakan baru yang cantik dan kemas oleh pihak Inteampublishing dengan jodol "Kelebihan Selawat". Eloklah kome dapatkan sebelum habis stok, banyak manfaatnya untuk menambahkan lagi gemar kita bershalawat ke atas Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam.

Artinya :

“Ya Allah! Limpahkanlah rahmat dan segala kesejahteraan ke atas penghulu dan junjungan kami, Muhammad; lautan cahayaMu, galian rahasiaMu, lisan hujahMu, penganti kerajanMu, imam hadratMu, perhiasan kerajanMu,perbendaharaan rahmatMu, jalan syariatMu, orang yang berlazat-lazat dengan tauhidMu, insan yang sebenar-benar wujud, sebab pada setiap maujud, penghulu segala penghulu makhlukMu,

insan yang terdahulu dan cahaya sinaran milikMu, dengan solawat yang berkekalan dengan berkekalannya ZatMu, yang tidak ada penghujung baginya di bawah pengawasan ilmuMu, dengan solawat yang meridhakan Engkau, meridhakan Baginda dan Engkau meridhai

kami, wahai Tuhan semesta alam!”

Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani :

Telah dikatakan oleh Asy-Syaikh Ahrnad As-Sowi dan [juga oleh para masyaikh] selain beliau, bahwa solawat ini telah ditemui di atas sebuah batu [telah ditulis] dengan tulisan Al-Qudrah, dan ia adalah Solawat Nur Al-Qiyamah.

la telah diberikan nama yang demikian karana banyaknya cahaya yang akan diberikan pada hari itu (Hari Kiamat) kepada orang yang pernah membacanya. Dan di dalam komentar daripada wali-wali besar yang lain bahwa ia (pahalanya) adalah menyamai empat belas ribu solawat.

- diwirid 41x, setelah shalat tahajud, taubat, hajat, istiharoh - diwirid 7x, setelah shalat fardlu

Fadhilah :

- si pembca sholawat ini kelak dihari kiamat akan mendapatkan banyak cahaya - mendapatkan ilmu laduni

- membaca sholawat ini pahalnya sama dengan 14.000 sholawat

Sholawat ini tertulis di batu dengan tulisan KHOTTUL QUDROH, yang ditemukan oleh SAYYID AHMAD AL SHOOWI 59. Sholawat Habib Ahmad bin Hamid al-Kaf

Sholawat dinisbahkan kepada Habib Ahmad bin Hamid al-Kaf

Ya Allah, limpahkanlah sholawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad, sholawat yang dengan keberkatannya Engkau penuhkan hatiku dengan nur, kebaikan dan kegembiraan; Dan dengan keberkatannya Engkau rezekikan aku akan rezeki yang luas mencurah-curah; Limpahkanlah juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda beserta salam kesejahteraan sebanyak bilangannya segala sesuatu. Habib Ahmad bin Hamid al-Kaf rahimahUllah dilahirkan di Kota Pekalongan, Jawa Tengah tetapi membesar di Kota Palembang. Sedari kecil beliau diasuh oleh waliyullah Habib Ahmad bin 'Abdullah bin Thalib al-'Aththas. Pada usia 7 tahun, beliau dihantar ke Hadhramaut untuk mendalami ilmu agamanya dengan para ulama di sana. Antara yang menjadi guru beliau adalah Shohibul Mawlid Simthud Durar, Habib 'Ali al-Habsyi rahimahUllah dan Habib 'Alwi bin 'Abdullah asy-Syahab rahimahUllah.

Habib Ahmad telah menjalani jalan tasawwuf dari kecil lagi dengan melakukan mujahadah dan riyadhah dengan disiplin yang tinggi. Beliau pulang ke Indonesia setelah menghabiskan masa 10 tahun belajar di Hadhramaut. Sekembalinya ke Indonesia, meskipun masih berusia muda, beliau telah terkenal sebagai seorang ulama yang zuhud dan khumul. Di Indonesia, beliau menjalankan kegiatan dakwah dan membuka majlis taklim di berbagai tempat Antara yang berkesempatan menjadi murid beliau adalah Habib Salim bin Ahmad BinJindan, Habib 'Alwi bin Ahmad Bahsin dan Habib Syaikhan al-Ghathmir yang akhirnya menjadi daie dan ulama yang terkenal. Ketinggian ilmunya Habib Ahmad turut mendapat pengiktirafan daripada waliyullah yang masyhur, Habib 'Alwi bin Muhammad al-Haddad @ Habib Kramat

Empang Bogor rahimahUllah.

Selain berdakwah dan menyebarkan ilmu, beliau juga amat kuat melakukan amalan-amalan lain. Wirid sholawat beliau sahaja adalah 100,000 kali sehari. Adakah orang yang mengaku-ngaku mengikut sunnah dan menolak bid`ah ada bersholawat ke atas Shohibus Sunnah sebanyak itu. Ini belum lagi qiyam dan shiyamnya beliau ... Allahu ... Allah. Tatacara beliau menjalani kehidupan zuhud dengan menjauhi berlazat-lazat dengan nikmat duniawi yang sementara amat luar biasa sehingga beliau terkenal dengan

kata-kata:-Aku belum hendak bersenang-senang sebelum aku

tahu:-1. Apakah aku akan mengucap kalimah tauhid di akhir hayatku? 2. Apakah aku akan selamat dari siksa kubur?

3. Apakah timbangan amalku akan lebih berat dari dosaku? 4. Apakah aku akan selamat dari jembatan shirathal mustaqim?

Soalan-soalan inilah menyebabkan Habib Ahmad rahimahUllah tidak memandang kepada kenikmatan dunia yang sementara ini. Habib Ahmad al-Kaf menghembuskan nafas terakhir beliau di Kota Palembang pada 25 Jamadil Akhir 1375H / 25 Jun 1956 Masihi. Mudah-mudahan Allah sentiasa mencurahkan rahmat dan kasihsayangNya kepada beliau dan leluhur beliau serta sekalian muslimin dan muslimat. Moga kita mendapat keberkahan daripada beliau dan nenda beliau, Junjungan Nabi SAW .... al-Fatihah.

********************************************************** Sholawat dinisbahkan kepada Habib Ahmad bin Hamid al-Kaf

Ya Allah, limpahkanlah sholawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad, sholawat yang dengan keberkatannya Engkau penuhkan hatiku dengan nur, kebaikan dan kegembiraan; Dan dengan keberkatannya Engkau rezekikan aku akan rezeki yang luas mencurah-curah; Limpahkanlah juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda beserta salam kesejahteraan sebanyak bilangannya segala sesuatu.

Ya Allah, limpahkanlah sholawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad, sholawat yang dengan keberkatannya Engkau penuhkan hatiku dengan nur, kebaikan dan kegembiraan; Dan dengan keberkatannya Engkau rezekikan aku akan rezeki yang luas mencurah-curah; Limpahkanlah juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda beserta salam kesejahteraan sebanyak bilangannya segala sesuatu. Habib Ahmad bin Hamid al-Kaf rahimahUllah dilahirkan di Kota Pekalongan, Jawa Tengah tetapi membesar di Kota Palembang. Sedari kecil beliau diasuh oleh waliyullah Habib Ahmad bin 'Abdullah bin Thalib al-'Aththas. Pada usia 7 tahun, beliau dihantar ke Hadhramaut untuk mendalami ilmu agamanya dengan para ulama di sana. Antara yang menjadi guru beliau adalah Shohibul Mawlid Simthud Durar, Habib 'Ali al-Habsyi rahimahUllah dan Habib 'Alwi bin 'Abdullah asy-Syahab rahimahUllah.

Habib Ahmad telah menjalani jalan tasawwuf dari kecil lagi dengan melakukan mujahadah dan riyadhah dengan disiplin yang tinggi. Beliau pulang ke Indonesia setelah menghabiskan masa 10 tahun belajar di Hadhramaut. Sekembalinya ke Indonesia, meskipun masih berusia muda, beliau telah terkenal sebagai seorang ulama yang zuhud dan khumul. Di Indonesia, beliau menjalankan kegiatan dakwah dan membuka majlis taklim di berbagai tempat Antara yang berkesempatan menjadi murid beliau adalah Habib Salim bin Ahmad BinJindan, Habib 'Alwi bin Ahmad Bahsin dan Habib Syaikhan al-Ghathmir yang akhirnya menjadi daie dan ulama yang terkenal. Ketinggian ilmunya Habib Ahmad turut mendapat pengiktirafan daripada waliyullah yang masyhur, Habib 'Alwi bin Muhammad al-Haddad @ Habib Kramat

Empang Bogor rahimahUllah.

Selain berdakwah dan menyebarkan ilmu, beliau juga amat kuat melakukan amalan-amalan lain. Wirid sholawat beliau sahaja adalah 100,000 kali sehari. Adakah orang yang mengaku-ngaku mengikut sunnah dan menolak bid`ah ada bersholawat ke atas Shohibus Sunnah sebanyak itu. Ini belum lagi qiyam dan shiyamnya beliau ... Allahu ... Allah. Tatacara beliau menjalani kehidupan zuhud dengan menjauhi berlazat-lazat dengan nikmat duniawi yang sementara amat luar biasa sehingga beliau terkenal dengan

kata-kata:-Aku belum hendak bersenang-senang sebelum aku

tahu:-1. Apakah aku akan mengucap kalimah tauhid di akhir hayatku? 2. Apakah aku akan selamat dari siksa kubur?

3. Apakah timbangan amalku akan lebih berat dari dosaku? 4. Apakah aku akan selamat dari jembatan shirathal mustaqim?

Soalan-soalan inilah menyebabkan Habib Ahmad rahimahUllah tidak memandang kepada kenikmatan dunia yang sementara ini. Habib Ahmad al-Kaf menghembuskan nafas terakhir beliau di Kota Palembang pada 25 Jamadil Akhir 1375H / 25 Jun 1956 Masihi. Mudah-mudahan Allah sentiasa mencurahkan rahmat dan kasihsayangNya kepada beliau dan leluhur beliau serta sekalian muslimin dan muslimat. Moga kita mendapat keberkahan daripada beliau dan nenda beliau, Junjungan Nabi SAW .... al-Fatihah.

**********************************************************

60. Sholawat At Thibubuz Zahir Wal Bathin