• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sinopsis Kursus Teras Fakulti (WF) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Dalam dokumen Buku Panduan Prasiswazah FE P (Halaman 51-56)

EPPD1013 Mikroekonomi I

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang model, konsep dan metodologi mikroekonomi dalam memahami masalah ekonomi pada peringkat

pengguna dan firma. Pelajar akan didedahkan kepada tajuk-tajuk utama mikroekonomi

yang meliputi aspek permintaan, penawaran, keseimbangan harga, keanjalan, teori pilihan pengguna, fungsi pengeluaran, kos dan struktur pasaran. Di akhir kursus, pelajar seharusnya dapat mengaplikasikan pendekatan mikroekonomi dalam menyelesaikan masalah persekitaran ekonomi dan pengurusan.

Bacaan Asas

Noor Aini Khalifah & Tham Siew Yean. 1993. Mikroekonomi pertengahan untuk peringkat universiti. Kuala Lumpur: Tropical Press.

Perloff, J.M. 2010. Microeconomics. 5th Ed. Boston: Pearson-Addison Wesley.

Petersen, H.C. & Lewis, W.C. 2008. Managerial economics. 4th Ed. Singapore: Pearson

International Edition.

Pindyck, R.S. & Rubinfeld, D.L. 2009. Microeconomics. 7th Ed. New Jersey: Pearson

Prentice Hall International.

Schotter, A. 2009. Microeconomics: a modern approach. 1st Ed. Mason, Ohio: South-

Western Cengage Learning.

EPPD1023 Makroekonomi I

Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang konsep asas makroekonomi yang meliputi pengukuran dan keseimbangan pendapatan negara, peranan bank pusat, bank perdagangan dan proses penciptaan kredit, pasaran wang

dan penentuan kadar bunga, implikasi dasar fiskal dan monetari terhadap pendapatan negara, pengangguran dan inflasi, perdagangan antarabangsa, imbangan pembayaran

dan pasaran pertukaran asing serta globalisasi dan pertumbuhan ekonomi. Di akhir kursus, pelajar seharusnya dapat mengaitkan ilmu tersebut dengan isu ekonomi semasa dalam persekitaran global dan setempat.

Bacaan Asas

Case, K. & Fair, R.C. 2007. Principles of economics. 8th Ed. New Jersey: Prentice

Hall.

Frank, R.H. & Bernanke, B.S. 2007. Principles of economics. 3rd Ed. Boston: McGraw

Hill.

Froyen, R.T. 2002. Macroeconomics: theories and policies. Singapore: Prentice Hall. Rahmah Ismail & Rohaini Mustaffa. 2004. Makroekonomi pertengahan. Bangi:

Penerbit UKM.

Shahida Shahimi, Norain Mod Asri, Mohd Adib Ismail, Norlida Hanim Mohd Salleh, Wook Endut, Md. Zyadi Md. Tahir & Noreha Halid. 2012. Makroekonomi. Singapore: Cengage Learning Asia Pte. Ltd.

EPPD1033 Prinsip Perakaunan

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada konsep dan prinsip asas serta rasional yang mendasari amalan perakaunan. Kitaran perakaunan disentuh secara terperinci yang meliputi proses penjurnalan, Pengeposan, penyediaan imbangan duga, pelarasan, penyediaan penyata kewangan dan catatan penutup. Perbincangan meliputi kitaran perakaunan bagi jenis operasi berbeza seperti perniagaan perkhidmatan, pembarangan dan perkilangan serta konteks pemilikan berbeza yang meliputi pemilikan tunggal, perkongsian, syarikat dan organisasi tidak bermotifkan keuntungan.

Bacaan Asas

Norton, C.L. & Porter, G.A. 2013. Introduction to financial accounting. 8th Ed. South-

Western, Cengage Learning.

Reeve, J.M., Warren, C.S. & Duchac, J.E. & Wang, W. 2011. Principles of financial accounting with conceptual emphasis on IFRS. Cengage Learning Asia Pte Ltd. Stice. E.K., Stice, J.D. & Alberch, W.S. 2011. Financial accounting concepts. South-

western. Cengage Learning.

Weygandt, J.J., Kimmel, P.D. & Kieso, D.E. 2011. Accounting principles. 10th Ed. John

Wiley & Sons (Asia) Pte Ltd.

Wild, J.J., Shaw, K.W., Chiappetta, B. Kwok, W. & Venkatesh, S. 2013. Fundemental accounting principles. McGraw-Hill Companies Inc.

EPPD1043 Matematik untuk Ekonomi dan Perniagaan

Kursus ini memberi fahaman kepada pelajar beberapa aspek asas dalam matematik. Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan ialah fungsi; matriks; matematik kewangan: bunga, anuiti, pelupusan pinjaman; had dan keselanjaran; pembezaan dan pengamiran serta kegunaannya. Selepas mengikuti kursus ini pelajar seharusnya dapat menggunakan teknik-teknik di atas untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan perniagaan.

Bacaan Asas

Barnett, R.A., Ziegler, M.R. & Byleen, K.E. 2008. Finite mathematics for business, economics, life sciences and social sciences. 11th Ed. USA: Pearson Prentice Hall.

Haeussler, E.F. Jr., Paul, R.S. & Wood, R.J. 2011. Introductory mathematical analysis for business, economics and life and social sciences. 13th Ed. New Jersey: Prentice

Hall.

Harshbarger, R.J. & Reynolds, J.J. 2009. Mathematical applications for the management, life and social sciences. 9th Ed. USA: Brooks Cole, Belmont.

Mansor Jusoh. 2008. Matematik untuk ekonomi. Bangi: Penerbit UKM.

Tan, S.T. 2007. Applied mathematics for the managerial, life and social sciences. 4th

Ed. USA: Thompson Brooks/Cole.

EPPD1053 Pengantar Pengurusan

Kursus ini menekankan pengetahuan asas tentang persekitaran organisasi, konsep, amalan, fungsi, kepimpinan dan gelagat dalam pengurusan sesebuah organisasi. Kursus ini turut memberi pendedahan tentang amalan pengurusan perniagaan masa kini ke arah pembentukan dan pengekalan dayasaing organisasi.

Bacaan Asas

Bateman, T.S & Snell, S.A 2009. Management: leading & collaborating in the competitive world. 8th Ed. USA: McGraw-Hill International Edition.

Daft, R.L. 2014. Management. 11th Ed. Singapore:South-Western Cengage Learning.

Jaafar Muhamad, Mohd Hizam Hanafiah & Zafir Mohd Makhbul. 2001. Pengantar

pengurusan. Leeds Publications

Williams, C. 2010. Managing effectively. 4th Ed. China: Cengage Learning.

Zafir Mohd Makhbul, Mohd Hizam Hanafiah & Fazilah Mohamad Hasun. 2009.

Pengurusan organisasi. Kuala Lumpur: Cengage Learning.

EPPD1063 Aplikasi Komputer

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang konsep asas sistem maklumat dan penggunaan praktikal aplikasi komputer terkini dalam bidang ekonomi dan perniagaan. Kursus ini memperkenalkan konsep teknologi maklumat seperti perkakasan, perisian, sistem pengoperasian, konsep pangkalan data, rangkaian, internet dan telekomunikasi. Elemen utama kursus ini merangkumi lima aplikasi komputer yang asas bagi kegunaan

dalam pengurusan dan perniagaan iaitu aplikasi Microsoft Office yang terdiri daripada

Bacaan Asas

Dean, Damon and Cowitt Andy. 2003. Macromedia Studio MX. Wiley Publishing New York.

O’Leary, T.J., and O’Leary, L.I. 2008. Computing essentials.. Mc Graw Hill, International Edition.

Norazila Mat, Noor Azuan Hashim and Rosmah Mat Isa. 2004. Aplikasi komputer. Prentice Hall:Petaling Jaya.

Shelly, G.B., Cashman, T.J., and Vermaat, M.E. 2011. Microsoft Office 2007:introductory concepts & techniques. Course Technology, Cengage Learning.

Shelly, Cashman., and Vermaat. 2010. Discovering computers 2010. Thomson Learning:Massachusets.

EPPD2023 Statistik untuk Ekonomi dan Perniagaan

Kursus ini bertujuan memberi fahaman kepada pelajar mengenai konsep dan kaedah statistik yang digunakan dalam bidang ekonomi dan perniagaan. Perbincangan akan meliputi pengenalan kepada statistik, perihal data secara visual dan numerik, pengenalan kepada kebarangkalian, taburan kebarangkalian selanjar, taburan pensampelan, penganggaran, ujian hipotesis, analisis varian, ujian khi-kuasa dua, kaedah statistik tak berparameter, kolerasi, regresi linear mudah dan berbilang. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar seharusnya boleh mentafsir maklumat statistik yang diperolehi dalam konteks ekonomi dan perniagaan.

Bacaan Asas

Anderson, D.R., Sweeney, D.J. and Williams, T.A. 2011. Statistics for business and economic. 11th Ed. Ohio. South-Western.

Berenson, M.L., Levine, D.M. & Krehbiel, T.C. 2012. Basic business statistics. 12th Ed.

Boston:Pearson Education.

Keller, K. 2012. Managerial statistics. 9th Ed. Cengage Learning.

McClave, J.T., Benson, P.G. & Sincich, T. 2014. Statistics for business and economics. 12th Ed. Boston:Pearson Education.

Weiers, R.M. 2010. Introduction to business statistics. 7th Ed. Cengage Learning.

EPPD2033 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

Matlamat utama kursus ini adalah untuk memberi pemahaman kepada pelajar-pelajar terhadap asas-asas perniagaan menurut perspektif Islam. Pelajar didedahkan dengan konsep-konsep asas perniagaan dalam Islam, instrumen-instrumen kewangan Islam dan etika pengurusan Islam. Kursus ini juga akan meningkatkan pengetahuan pelajar untuk membezakan teknik-teknik urusniaga yang dianjurkan Islam dengan urusniaga konvensional. Disamping itu juga, kursus ini akan membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan asas perniagaan menurut perspektif Islam.

Bacaan Asas

Azman Ismail & Md Habibur Rahman. 2013. Islamic legal maxims: essentials & applications. IBFIM, KL Malaysia.

ISRA. 2011. Islamic financial system, principles and operations. International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).

Razli, Ramli et al. 2013. Issue in Islamic finance from the practitioners perspective. IBFIM. Kl, Malaysia.

Saiful Azhar Rosly. 2008. Critical issues on Islamic banking and financial markets: Islamic economics, banking & finance, Investments, takaful dan financial planning. 3rd Ed. Dinamas Publishing, Kuala Lumpur Malaysia.

Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Muhammad Nasri Md. Hussain & Mohd

Dalam dokumen Buku Panduan Prasiswazah FE P (Halaman 51-56)