• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sinopsis Kursus Teras Pusat (WP) Pusat Pengajian Perakaunan

Dalam dokumen Buku Panduan Prasiswazah FE P (Halaman 103-107)

EPPA2013 Perakaunan dan Pelaporan Kewangan I

Kursus ini adalah kursus pertama dalam pengkhususan program Perakaunan. Matlamat utamanya adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang penyediaan pelaporan kewangan di Malaysia berasaskan kepada kerangka kerja konseptual. Pelajar akan didedahkan dengan tatacara perakaunan bagi tajuk-tajuk terpilih yang berdasarkan kepada kerangka kerja konseptual, piawaian yang diterima pakai serta pematuhan kepada Jadual 9 Akta Syarikat 1965. Prasyarat: EPPD1033.

Bacaan Asas

Akta Syarikat 1965 & Piawaian Perakaunan yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) dan Teknikal Buletin MICPA.

Keiso, D.E., Weygandt, J.J. & Warfield, T.D. 2011. Intermediate accounting. IFRS Ed.

USA: John Wiley & Sons.

Lazar, J. & Huang, C.C. 2010. Financial reporting standard. 3rd Ed. McGraw-Hill.

Lam, N. & Lau, P. 2012. Intermediate financial reporting. IFRS perspective. 2nd Ed.

Mc-Graw Hill.

Tan, L.T. 2010. Financial accounting & reporting in Malaysia. Vol. 1, 3rd Ed. Kuala

Lumpur: PAAC.

EPPA2023 Perakaunan dan Pelaporan Kewangan II

Kursus ini bertujuan untuk mendalami konsep dan perlakuan perakaunan, di samping memberi pendedahan dalam pelaporan kewangan bagi tajuk-tajuk terpilih. Penekanan diberikan kepada keperluan perundangan yang diterima pakai di Malaysia seperti Akta Syarikat 1965, Piawaian Pelaporan Kewangan dan juga piawaian yang di luluskan oleh MASB. Prasyarat: EPPA2013

Bacaan Asas

Akta Syarikat 1965.

Keiso, D.E., Weygandt, J.J. & Warfield, T.D. 2011. Intermediate accounting. IFRS Ed.

USA: John Wiley & Sons.

Lam, N. & Lau, P. 2012. Intermediate financial reporting. IFRS perspective. 2nd Ed. Mc-

Graw Hill.

Lazar, J. & Choo, H.C. 2010. Financial reporting standard for Malaysia. 3rd Ed. Kuala

Lumpur: McGraw-Hill.

Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB).

EPPA2033 Perakaunan Kos

Kursus ini memperkenalkan konsep-konsep asas, istilah, prinsip dan kaedah berkaitan perakaunan kos pada peringkat operasi. Liputan kursus merangkumi pengenalan kepada elemen-elemen kos, teknik asas pengumpulan kos dan pelbagai kaedah pengekosan termasuk pendekatan kontemporari dalam menentukan kos produk yang dikeluarkan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Prasyarat: EPPD1033

Bacaan Asas

Blocher, E.J., Stout, D.E. & Cokins, G. 2010. Cost management-a strategic emphasis. 5th Ed. Singapore McGraw-Hill.

Drury, C. 2012. Management and cost accounting. 8th Ed. Singapore: Cengage Learning.

Hansen D.R., 2013. Cornerstones of Cost Management. International Ed. 2nd Ed.

Singapore:Cengage Learning.

Hilton R.W. & David E.P. 2013. Managerial accounting: creating value in a global business environment. 9th Ed. Singapore:McGraw-Hill-Irwin.

Horngren, C.T., Foster, G., Datar, S.M., Rajan, M. & Ittner, C. 2009. Cost accounting- a managerial emphasis.2012. 14th Ed. Prentice Hall.

EPPA3013 Pengauditan

Kursus ini merupakan pengenalan kepada pengauditan yang akan mendedahkan pelajar kepada konsep dan asas pengauditan. Penekanan akan diberikan kepada audit statutori dan peranan juruaudit luaran. Pelajar akan didedahkan kepada prinsip dalam melaksanakan tugasan audit. Kandungan kursus ini termasuk perancangan audit, pengumpulan bukti, penilaian sistem kawalan dalaman, dokumentasi audit sehingga pengeluaran laporan audit. Metodologi audit bagi kitaran penyata kewangan seperti kitaran jualan dan penerimaan, kitaran belian dan pembayaran, dan kitaran tunai dan inventori juga akan dibincangkan. Ilmu asas yang diperolehi daripada kursus ini akan dikembangkan dengan lebih lanjut dalam kursus Audit Lanjutan. Prasyarat: EPPA 2013.

Bacaan Asas

Arens, A., Elder, R. and Beasley, M. 2011. Auditing and assurance services. an integrated approach. 14th Ed. New Jersey: Prentice Hall.

Gul F.A. and Mahzan N. 2013. Auditing:theory and practice in Malaysia. CCH Asia Pte Limited.

Messier, W.F. & Boh, M. 2007.Auditing and assurance services in Malaysia. 3rd Ed.

McGraw Hill.

Malaysia approved standard on auditing (MASA). 2007. Kuala Lumpur: Malaysia Institute of Accountants.

Malaysia Institute of Accountants By-Law on Professional Ethics, Conduct and Practice (Effective Jan 2011).

EPPA3023 Percukaian I

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada aspek percukaian di Malaysia. Antara topik yang dibincangkan ialah maksud percukaian, jenis-jenis cukai, pihak yang dikenakan cukai, serta bagaimana pengiraan cukai dilakukan dengan mengambilkira item-item yang diberi perlepasan dan pengecualian cukai. Fokus kursus adalah ke atas cukai pendapatan individu dan cukai pendapatan perniagaan di Malaysia. Prasyarat: EPPD1033

Bacaan Asas

Akta Cukai Pendapatan 1967 & Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. 2007. Panduan percukaian individu. LHDN : Malaysia.

Choong Kwai Fatt. 2012. Malaysian taxation, principles and practice. Infoworld. Faridah Ahmad & Loo Ern Chen. 2006. Fundamentals of Malaysian taxation. 2nd Ed.

Pearson Prentice Hall.

Jeyapalan Kasipillai. 2012. A guide to Malaysian taxation. McGraw Hill.

Veerinderjeet Singh. 2005. Malaysian taxation - administrative and technical aspects. 5th Ed. Longman.

EPPA3034 Perakaunan dan Pelaporan Korporat

Kursus ini merupakan lanjutan kepada kursus-kursus perakaunan kewangan. Ia bermatlamat meningkatkan keupayaan pelajar dalam menyediakan dan membuat interpretasi penyata kewangan kumpulan serta memberi maklumat-maklumat kewangan dalam bentuk yang dikehendaki oleh pengguna. Prasyarat: EPPA2023.

Bacaan Asas

Akta Syarikat 1965 & Piawaian Perakaunan yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) dan Teknikal Buletin MICPA.

Lazar, J. & Tan, L.L. 2011. Company and group financial reporting. 7th Ed. Pearson:

Prentice Hall

Ng, E.J. 2007. Consolidated financial statements (Malaysian). Malaysia: McGraw Hill. Shaari Isa. 2005. Advanced accounting. Pearson Prentice Hall.

Tan, L.T. 2011. Consolidated financial statements. 7th Ed. CCH Asian Pte Limited.

EPPA3043 Sistem Maklumat Perakaunan dan Kawalan

Kursus ini menggunakan pendekatan ‘hands-on’ dalam mendedahkan pelajar kepada kitaran-kitaran perniagaan melalui bantuan teknologi maklumat. Prasyarat: EPPD1033, EPPD1063.

Bacaan Asas

Manual Perisian terpilih.

Romney, M.B. & Steinbart, P.J. 2012. Accounting information systems. 12th Ed. Essex,

UK, Prentice Hall.

Stair, M.R. and Reynolds, G. 2012. Principles of information systems. 10th Ed. Cengage

EPPA3053 Perakaunan Pengurusan

Kursus ini memperkenalkan teknik-teknik perakaunan pengurusan untuk menyediakan maklumat bagi tujuan perancangan, kawalan dan pembuatan keputusan. Topik-topik yang diliputi termasuk analisis kos volum untung, perbelanjawan dan analisis sisihan, pembuatan keputusan jangka pendek dan jangka panjang beserta isu-isu etika yang berkaitan. Prasyarat: EPPA2033.

Bacaan Asas

Blocher, E.J., Stout, D.E. & Cokins, G. 2010. Cost management- a strategic emphasis. 5th Ed. McGraw-Hill.

Drury, C. 2008. Management and cost accounting. 8th Ed. Singapore: Cengage Learning.

Hilton, R.W. & David E.P. 2013. Managerial accounting: creating value in a global business environment. 9th Ed. McGraw-Hill, Irwin.

Hongren, C.T., Sundem, G.L. & Stratton, W.O., Burgstahler, D & Schatcberg J.O. 2014. Introduction to management accounting. 16th Ed. Prentice Hall.

Mowen, M.M. & Hansen D.R. 2013. Cornerstone of cost management. 2nd Ed. South-

Western Cenggage Learning.

EPPA409C Latihan Industri Perakaunan

Kursus ini bertujuan menyediakan pendedahan kepada pelajar perakaunan berkaitan persekitaran sebenar alam pekerjaan dengan menempatkan mereka bekerja di organisasi di luar universiti. Sebagai tambahan, kursus ini membolehkan pelajar menerapkan konsep dan teori yang dipelajari dalam bidang perakaunan yang berkaitan di alam pekerjaan. Prasyarat: Lulus semua kursus teras yang lain.

Sinopsis Kursus Wajib Modul (WM)

Dalam dokumen Buku Panduan Prasiswazah FE P (Halaman 103-107)