• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sinopsis Kursus Wajib Modul (WM) Pusat Pengajian Ekonom

Dalam dokumen Buku Panduan Prasiswazah FE P (Halaman 68-100)

EPPE2113 Organisasi Industri

Kursus ini membincangkan isu-isu dalam bidang organisasi industri. Matlamat utama kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan bidang organisasi industri moden. Fokus kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan yang berkaitan

dengan gelagat firma, struktur pasaran dan interaksi strategik antara firma. Pasaran yang

akan dibincangkan ialah pasaran persaingan sempurna, monopoli dan oligopoli. Di samping itu, kesan daripada persekitaran struktur pasaran juga akan turut dibincangkan. Antara kesan tersebut ialah diskriminasi harga, kepelbagaian produk, pengiklanan, kesejahteraan masyarakat, penggabungan serta ikatan produk. Selepas mengikuti kursus ini pelajar seharusnya boleh memahami dan menerangkan aspek yang berkaitan dengan ciri-ciri organisasi industri yang wujud dalam pelbagai bentuk pasaran dan tingkah laku masing-masing.

Bacaan Asas

Cabral, L.M.B. 2000. Introduction to industrial organization. New York: The MIT Press.

Carlton, D.W. & Perloff, J. 2004. Modern industrial organization. New York: Adddison Wesley.

Martin, S. 1998. Industrial economics: economic analysis and public policy. New York: Macmillan Publishing Company.

Pepall, L. et al. 2005. Industrial organization: contemporary theory and practice. 3rd

Ed. New York: South-Western College Publishing.

Waldman, D.E. & Jensen, E.J. 2000. Industrial organization: theory and practice. New York: Addison Wesley.

EPPE2123 Statistik untuk Kajian Industri

Kursus ini memberi pengetahuan kepada pelajar kaedah-kaedah statistik untuk menganalisis prestasi industri dalam ekonomi dan kaedah kawalan kualiti produk dalam sesebuah perusahaan. Di samping beberapa statistik perihalan dan penakbiran yang bersesuaian untuk kajian industri, kursus ini secara terperinci membincangkan beberapa alat kawalan kualiti seperti carta Pareto, carta proses, carta alir, carta kawalan pemboleh ubah dan carta kawalan atribut. Kursus ini juga membincangkan beberapa kaedah untuk membuat keputusan dan kaedah pensampelan untuk kawalan kualiti. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar boleh memahami kaedah-kaedah statistik yang diaplikasikan dalam industri, melakukan pensampelan, mentafsirkan carta kawalan, menilai kualiti produk dan membuat keputusan.

Bacaan Asas

Bettely, G., Mattrick, N., Sweeney, E. & Wilson, D. 1994. Using statistics in industry: quality improvement through total process control. Boston: Prentice Hall.

Grant, E.L. & Leavenworth, R.S. 1999. Statistical quality control. 7th Ed. New York:

Mc Graw Hill.

Kebett, R.S. & Zacks, A. 1998. Modern industrial statistics: design and control of quality and reliability. Belmont: Duxbury Press.

Nur Riza Mohd Suradi, Zainol Hj. Mustafa & Faridatul Azna Ahmad Shahabudin. 2000. Kawalan proses statistik, aplikasi di industri. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Smith, G.M. 1998. Statistical process control and quality improvement. Boston: Prentice Hall.

EPPE2133 Kerajaan dan Pembangunan Industri

Kursus ini membincangkan peranan kerajaan dalam membangunkan sektor pembuatan di Malaysia. Tajuk utama yang dibincangkan ialah penglibatan kerajaan, institusi dan insentif yang disediakan dalam proses industrialisasi negara. Tajuk lain seperti sumber untuk pembangunan industri, cabaran dan prospek perindustrian turut dibincangkan bagi menangani persaingan global di alaf baru. Di akhir kursus, pelajar seharusnya dapat merangka dasar industri dan perdagangan untuk membangunkan sektor pembuatan.

Bacaan Asas

Ahmad Atory Hussain. 2000. Analisis dasar awam: peranan kerajaan mengatasi masalah ekonomi dalam sistem pasaran bebas. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Ishak Yusoff, Nor Aini Idris & Basri Abdul Talib. 2006. Ekonomi Malaysia ke arah

pascaindustri. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Aini Haji Idris, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor, Nafisah Mohamed

& Md. Zahir Kechot. 2004. Peranan kerajaan dalam pembangunan industri pembuatan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rasiah, R. 1995. Foreign capital and industrialisation in Malaysia. New York: St. Martin Press.

Saiful Azhar Rosly. 1994. Dasar perdagangan dan gunatenaga Malaysia kepada sektor perkilangan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

EPPE2213 Ekonomi Monetari

Kursus ini membincangkan teori dan aplikasi penawaran dan permintaan wang. Perbincangan dalam aspek penawaran wang terfokus kepada struktur sistem kewangan, peranan bank pusat dan teori penentu penawaran wang, manakala dalam aspek permintaan pula, perbincangan tertumpu kepada teori permintaan wang Klasik, Keynesian dan teori permintaan wang moden serta kajian empirik terhadap fungsi permintaan wang. Selain itu, teori penentuan kadar bunga, struktur tempoh kadar bunga, perlaksanaan dasar kewangan dan proses mekanisme transmisi juga turut dibincangkan. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar seharusnya dapat menerangkan aspek penawaran dan permintaan wang dan membincangkan proses dasar kewangan dalam ekonomi.

Bacaan Asas

Bank Negara Malaysia. 1999. The central bank and financial system in Malaysia: a decade of change. Kuala Lumpur.

Cecchetti, S.G. 2008. Money, banking and financial markets. 2nd Ed. New York: Mc

Graw-Hill.

Hubbard, R.G. 2008. Money, the financial system and the economy. 6th Ed. New

Jersey: Prentice Hall.

Hadjimichalakis, M.G. & Hadjimichalakis, K.G. 1995. Contemporary money, banking and financial market: theory and practise. Chicago: Irwin.

Mishkin, F.S. 2010. The economics of money, banking and financial market. 9th Ed.

Boston: Prentice Hall.

EPPE2223 Perbelanjaan Awam

Kursus ini bertujuan untuk mengkaji kegiatan ekonomi kerajaan daripada aspek perbelanjaan yang berasaskan pengalaman Malaysia. Penumpuan perbincangan diberikan terhadap topik kegagalan mekanisme pasaran yang memerlukan campur tangan kerajaan, analisis pembekalan optimum barang awam tulen dan tidak tulen, eksternaliti pengeluaran dan penggunaan, masalah pasaran monopoli dalam ekonomi,

isu agihan optimum polisi fiskal dalam pilihan awam serta penentuan prinsip penilaian

perbelanjaan awam. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar seharusnya boleh menganalisis teori pertumbuhan perbelanjaan awam, struktur dan prestasi perbelanjaan awam di Malaysia.

Bacaan Asas

Holcombe, R. 2006. Public sector economics. New Jersey: Pearson Prentice Hall. Hyman, D.N. 2002. Public finance: a contemporary application of theory to policy. 7th

Ed. New York: Harcourt College Publishers.

Md. Zyadi Md. Tahir. 1995. Pengenalan perbelanjaan awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Musgrave, R. & Musgrave, P. 1989. Public finance in theory and practice. 5th Ed. New

York: McGraw Hill.

Wellisch, D. 2004. Theory of public finance in a federal state. Cambridge: Cambridge University Press.

EPPE2313 Pengantar Ekonometrik

Kursus ini bertujuan untuk memberi fahaman kepada pelajar tentang regresi bagi persamaan tunggal. Liputan kursus termasuklah pengenalan ekonometrik; regresi mudah dan berbilang; model regresi pemboleh ubah dami; masalah-masalah dalam regresi; multikolineariti, heteroskedastisiti, autokorelasi dan pemodelan ekonometrik. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar diharap dapat membina model persamaan tunggal dalam penyelidikan ekonomi.

Bacaan Asas

Gujarati, D.N. & Porter, D.C. 2009. Basic econometrics. 5th Ed. Boston:McGraw Hill.

Hill, R.C., Griffiths, W.E. & Lim, C. 2012. Principles of econometrics. 4th Ed. New

Jersey:John Wiley & Sons.

Maddala, G.S. & Lahiri, K. 2009. Introduction to econometrics. 4rd Ed. New Jersey:

John Wiley & Sons, Ltd.

Stock, J.H. & Watson, M.W. 2011. Introduction to econometrics. 3rd Ed. New

Jersey:Prentice Hall.

Wooldridge, J.M. 2009. Introductory econometrics – a modern approach. 4th Ed.

Ohio:South-Western.

EPPE2323 Pengantar Penyelidikan Kendalian

Kursus ini bertujuan membincangkan kaedah-kaedah pengoptimuman asas dalam bidang penyelidikan kendalian. Antara tajuk yang dibincangkan adalah pengenalan kepada penyelidikan kendalian dan aplikasinya di Malaysia, pemprograman linear, kaedah simpleks dan ciri-ciri penyelesaian. Analisis pasca optimum, masalah dual dan hubungannya dengan masalah primal turut juga dibincangkan. Perbincangan tentang model pengangkutan, pemprograman integer linear dan analisis keputusan mengakhiri kursus ini. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar diharap berupaya mengenalpasti dan mengaplikasi kaedah-kaedah penyelidikan kendalian dalam industri.

Bacaan Asas

Hillier, F. & Lieberman, G. 2010. Introduction to operations research. 9th Ed.

Singapore: McGraw Hill.

Karlof, J. 2006. Integer programming: theory and practice. Boca Raton: URC Press. Taha, H. 2011. Operations research: an introduction. 9th Ed. New Jersey: Prentice

Hall.

Vanderbie, R. 2008. Linear programming: formulations and extensions. 3rd Ed. New

York: Springer.

Winston, W.L. 2004. Operations research:applications and algorithms. 4th

Ed.Belmont:Brooks/Cole.

EPPE2333 Analisis Data Ekonomi

Kursus ini bertujuan memberi fahaman tentang teknik menganalisis data dengan menggunakan perisian statistik seperti SPSS. Perbincangan meliputi statistik dan analisis data, pengenalan kepada SPSS, pemerihalan data, penganggaran dan ujian hipotesis, analisis korelasi dan regresi. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar seharusnya berupaya untuk mengenal pasti teknik analisis yang sesuai dengan objektif kajian serta meringkas, mempersembah dan membincangkan keputusan analisis secara logik dan kritis.

Bacaan Asas

Berenson, M.L., Levine, D.M. & Krehbiel, T.C. 2012. Basic business statistics. 12th Ed.

Boston:Pearson Education.

Gujarati, D.N. & Porter, D.C. 2009. Basic econometrics. 5th Ed. Boston: McGraw-

Hill..

IBM SPSS Statistics Base 22.

IBM SPSS Statistic 22 Core System User’s Guide.

Weiers, R.M. 2010. Introduction to business statistics. 7th Ed. Cengage Learning.

EPPE2343 Pengantar Sistem Maklumat

Kursus ini bertujuan memberi fahaman tentang sistem maklumat yang digunakan dalam organisasi masa kini. Tajuk yang dibincangkan ialah konsep sistem dan sistem maklumat; peranan sistem maklumat dalam organisasi dan jenis sistem maklumat; asas teknikal sistem maklumat; aplikasi sistem maklumat dalam era digital: aplikasi enterprise, e-dagang, sistem menyokong keputusan dan pengurusan pengetahuan; mendapatkan sistem maklumat: perancangan sistem maklumat, pembangunan sistem maklumat; isu etika dan sosial. Selepas mengikuti kursus ini pelajar dapat memahami dan mengenal sistem maklumat serta mereka bentuk sistem maklumat secara konsep.

Bacaan Asas

Laudon, K.C. & Laudon, J.P. 2010. Management information systems managing the digital firm. 11th Ed. New Jersey: Pearson Education. Inc.

Laudon, K.C. & Laudon, J.P. 2010. Essentials of management information systems. 9th

Ed. New Jersey: Pearson Education. Inc.

O’Brien, M. 2007. Enterprise information systems. 13th Ed. New York: McGraw-Hill.

Rainer, Jr. R.K., Turban, E. & Potter, R.E. 2007. Introduction to information systems supporting and transforming business. New York: John Wiley & Sons.

Stair, R. & Reynolds, G. 2008. Principles of information systems. 8th Ed. Boston:

Course Technology Cengage Learning.

EPPE2353 Kaedah Pensampelan

Kursus ini bertujuan memberi fahaman tentang beberapa kaedah pensampelan yang lazim digunakan dalam suatu penyelidikan. Tajuk yang dibincangkan ialah pengenalan dan istilah penting dalam pensampelan, pensampelan rawak mudah, berstrata, bersistem dan berkelompok. Fokus utama perbincangan ialah anggaran bagi min, varians, kadaran bagi populasi menerusi anggaran titik dan selang, di samping penentuan saiz sampel bagi setiap kaedah. Tajuk tertentu dalam pensampelan akan tertumpu kepada pensampelan populasi hidupan liar dan model respon rawak. Selepas mengikut kursus ini, pelajar berupaya mengaplikasikan pelbagai kaedah pensampelan untuk membuat penakbiran yang jitu dan boleh percaya.

Bacaan Asas

Ardilly, P. & Tille, Y. 2006. Sampling methods: exercises and solutions. New York: Springer Secience Inc.

Cochran, W. 2009. Sampling techniques. 3rd Ed. New Delhi: Wiley India Pvt Led.

Govindarajulu, Z. 1999. Element of sampling theory and methods. New Jersey: Prentice Hall.

Keller, G. & Warrack, B. 2005. Statistics for management and economics. 7th Ed.

Belmont: Duxbury Press.

Scheaffer, R. & Mendenhall, W. & Ott, R. 2006. Elementary survey sampling. 6th Ed.

Belmont: Durbury Press.

EPPE2363 Analisis Statistik Sosio-Ekonomi

Kursus ini memberi fahaman tentang beberapa isu dalam sosio-ekonomi serta teknik menganalisis data statistik. Tajuk yang dibincangkan adalah sumber data sekunder,

demografi, tenaga buruh dan pengangguran, kemiskinan dan agihan pendapatan, pengeluaran perindustrian, inflasi, indeks pasaran saham dan petunjuk kualiti hidup di

Malaysia. Selepas mengikuti kursus ini pelajar diharapkan dapat memahami maksud dan kegunaan statistik sosio-ekonomi serta berupaya menganalisis data tersebut.

Bacaan Asas

Donald, T.R. 2003. Demographic methods and concepts. Volume 1. Oxford: Universiti Press.

Gary, E.C., Martin, G.G. & Feng Guo. 2009. A guide to everyday economic statistics. 7th

Ed. Boston: McGraw-Hill.

Keller & Warrack. 2003. Statistics for management and economics. 6th Ed. Duxbury:

Thomson Learning.

Mansor Jusoh. 1990. Inflasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Osman Rani, H. 1994. Analisis pendapatan negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

EPPE2413 Analisis Ekonomi Islam

Kursus ini bertujuan memberi fahaman dan kemahiran menganalisis kemungkinan kesan perubahan sikap dan gelagat agen ekonomi daripada amalan ekonomi konvensional kepada ekonomi Islam. Pelajar akan diperkenalkan kepada gelagat dan peranan agen ekonomi sebelum dan selepas perubahan sikap, serta implikasi perubahan sikap terhadap aktiviti ekonomi. Perbincangan meliputi teori ekonomi yang lazim seperti penggunaan, pengeluaran, sistem pasaran, agihan pendapatan faktor, keseimbangan pendapatan negara dan dasar ekonomi negara. Di akhir kursus, pelajar seharusnya dapat menganalisis kesan perubahan sikap dan gelagat agen ekonomi ke atas kebajikan ekonomi dan rohani serta ekonomi negara secara agregat.

Bacaan Asas

Adiwarman Karim. 2003. Ekonomi mikro Islam. Terj. Jakarta: IIIT Indonesia.

Faridi, F.R. 1997. Essays in Islamic economic analysis. Kuala Lumpur: Percetakan Sooriya.

Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad & Hairunizam Wahid. 2010. Analisis ekonomi Islam: satu pendekatan analisis. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sayid Tahir, Aidit Ghazali & Syed Omar Syed Agil (pnyt.). 1992. Readings in microeconomics: an Islamic perspective. Petaling Jaya: Longman Malaysia. Zubair Hasan. 2006. Introduction to microeconomics: an Islamic perspectives. Petaling

Jaya: Prentice Hall-Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

EPPE2423 Pengenalan kepada Fiqh Ekonomi

Kursus ini bertujuan memberi fahaman tentang kontrak muamalat yang digunakan dalam aktiviti ekonomi. Pelajar akan diperkenalkan kepada konsep dan aplikasi sesuatu

kontrak dalam amalan sebenar. Perbincangan akan meliputi konsep asas fiqh iaitu hak,

milik dan harta, dan beberapa kontrak muamalat seperti jualbeli, salam, istisna’, wadiah, wakalah, kafalah, hawalah, ijarah, qard, rahnu, musyarakah, dan mudarabah. Selepas mengikuti kursus ini pelajar seharusnya dapat memahami beberapa kontrak muamalat dan boleh mengaplikasikan dalam amalan ekonomi semasa.

Bacaan Asas

Abdul Halim El-Muhammady. 2001. Undang-undang muamalat dan aplikasinya kepada produk perbankan Islam. Puchong: Percetakan Bintang.

Faizah Ismail. 1995. Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hailani Muji Tahir & Sanep Ahmad. 2009. Aplikasi fiqh muamalat dalam kewangan Islam. Shah Alam: UPENA.

Kharofa, Ala’Eddin. 2000. Transactions in Islamic law. Kuala Lumpur: A.S. Noordin. Md Akhir Yaakob. 1997. Penjelasan istilah fiqh muamalat. Kuala Lumpur: Al-

Rahmaniah.

EPPE2433 Perbankan Islam

Kursus ini bertujuan menghuraikan asas kontrak dan operasi perbankan Islam. Pelajar diberi fahaman mengenai beberapa kontrak yang mendasari operasi perbankan Islam. Perbincangan dalam kursus ini meliputi aspek pengoperasian, pengurusan dan pengawalseliaan perbankan Islam, serta pengurusan modal, aset dan liabiliti. Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat merumuskan pengaplikasian kontrak dalam operasi perbankan Islam dan kaedah pengurusan modal, aset dan liabiliti.

Bacaan Asas

Abdul Ghafar Ismail. 2010. Money, Islamic banks and real economy. Kuala Lumpur: Cengage Learning Asia Pte. Ltd.

Hassan, M.Kabir, kayed, Rasem N. & Oseni, Umar A. 2013. Introduction to Islamic banking & finance:principles and practices. England:Pearson.

Hassan, M.Kabir & Lewis, Mervyn K. 2007. Handbook of Islamic banking. UKM:Edward Elgar Publishing Limited.

ISRA. 2011. Islamic financial system:principles and operations. Kuala Lumpur:ISRA (International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance).

Nik Norzrul Thani, Mohamed Ridza Mohamed Abdullah & Megat Hizaini Hassan. 2010. Law and practices of Islamic banking and finance. 2nd Ed. Petaling Jaya:

Sweet & Maxwell Asia.

EPPE2513 Analisis Demografi Ekonomi

Kursus ini bertujuan memberi fahaman kepada para pelajar mengenai analisis demografi

menurut perspektif ekonomi. Tajuk yang dibincangkan meliputi pengukuran asas

demografi, pembinaan jadual hayat, analisis mortaliti dan fertiliti, model populasi, tenaga

buruh dan migrasi, kaedah penganggaran dan pelunjuran populasi dan penggunaan jadual

‘multiple decrement’ dalam demografi ekonomi. Selepas mengikut kursus ini, pelajar harus dapat menjelaskan pembolehubah penting demografi seperti fertiliti, mortaliti dan migrasi serta menyelesaikan permasalahan demografi menurut perspektif ekonomi.

Bacaan Asas

Hinde, A. 1998. Demographic methods. London: Arnold.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2004. Jadual hayat ringkas 2001-2003. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pollard, A.H., Farhat Yusuf & Pollard, G.N. 1987. Demographic techniques. Australia: Pergamon Press.

Shryock, H.S., Siegel, J.S. & Elizabeth, A.L. 1980. The methods and materials of demography. 4th Ed. Washington DC: US Government Printing Office.

Weeks, J.R. 2007. Population: an introduction to concepts and issues. 10th Ed. United

States: Wadsworth.

EPPE2523 Analisis Sosial dan Politik dalam Pembangunan

Kursus ini bertujuan memberi fahaman kepada pelajar prinsip, konsep dan teori asas pembangunan ekonomi, sosial dan politik; hubungkait institusi sosial dengan pembangunan ekonomi dan teori dengan perkembangan sosio-ekonomi semasa. Kursus ini meliputi kepentingan faktor bukan ekonomi dalam pembangunan ekonomi; teori

ekonomi, sosial dan politik; institusi sosial; stratifikasi sosio-ekonomi, masalah sosial,

penilaian kesan sosial; serta kepentingan dan keperluan dasar sosial dan ekonomi dalam pembangunan ekonomi negara membangun. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar berupaya menjelas dan membincang prinsip, konsep dan teori asas pembangunan ekonomi, sosial dan politik, menjelas hubungkait institusi sosial dan pembangunan ekonomi dan membincang teori dengan perkembangan sosio-ekonomi semasa.

Bacaan Asas

Le Grang, Julian & Ray Robinson. 1984. The economics of social problems: the market versus the state. Hampshire: Macmillan

Norlaila Abu Bakar, et al. 2000. Analisis sosial dan politik dalam pembangunan. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh.

Schaefer, R.T. & Lamm, R.P. 1998. Sociology. 6th Ed. New York: MacGraw Hill.

Szirmai, A. 1997. Economic and social development: trends, problems and policies. London: Prentice Hall.

Wan Azmi Ramli. 1982. Dasar sosial di Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

EPPE2533 Pertumbuhan Ekonomi dan Agihan

Kursus ini bertujuan memberi fahaman kepada pelajar mengenai isu pertumbuhan ekonomi dan agihan pendapatan dalam kalangan penduduk. Tajuk yang dibincangkan termasuk konsep pertumbuhan, pembangunan, agihan pendapatan, kemiskinan dan guna tenaga; teori agihan pendapatan, kemiskinan dan guna tenaga; pengukuran agihan pendapatan dan kemiskinan; impak dan sebab-sebab ketaksetaraan agihan pendapatan; kemiskinan, guna tenaga serta peranan institusi dalam mengurangkan ketaksetaraan agihan pendapatan dan kemiskinan. Kajian kes berkait hubungan proses pertumbuhan dengan agihan pendapatan dan kemiskinan juga turut dibincangkan. Di akhir kursus, pelajar diharap dapat menerangkan hubungkait antara pertumbuhan ekonomi dengan agihan pendapatan, kemiskinan dan guna tenaga; serta berupaya membincang dan menilai keberkesanan peranan institusi dalam mengurangkan ketaksetaraan agihan pendapatan, kemiskinan dan gunatenaga.

Bacaan Asas

Field, G.S. 2003. Distribution and development: a new look at the developing world. Cambrigde, London: MIT Press.

Milanovic, B. 2007. Worlds Apart: Measuring International and Global Inequality. Second Edition. Princeton University Press. New Jersey.

Piketty, T. 2014. Capital in the Twenty-First Century. The Belknap Press of Harvard University Press. Cambridge.

Rahmah Ismail, Ishak Yussof & Mohd Nasir Mohd Saukani. 2011. Modal Insan dan Agihan Pendapatan di Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

Xue, J. 2012. Growth with Inequality: An International Comparison on Income Distribution. World Scientific Publishing Co. Pte. Ltd. Singapore.

EPPE2613 Ekonomi dan Pengurusan Sumber

Kursus ini bertujuan memberi fahaman kepada pelajar tentang aspek ekonomi dan pengunaan sumber. Topik perbincangan meliputi konsep asas ekonomi dan sumber, penggunaan dan masalah sumber, teori kecekapan peruntukan dan pengurusan sumber serta kaitan pengurusan sumber dan alam sekitar. Diakhir kursus pelajar seharusnya berupaya membandingkan teori dan realiti yang berlaku dalam pengurusan sumber dan mampu membuat penilaian dengan cekap.

Bacaan Asas

Camp, W.G. 1997. Managing our natural resources. 3rd Ed. New York: International

Thomson Publishing Inc.

James, R.K. 1998. The economic approach to environmental and natural resources. 2nd

Ed. New York: The Dryden Press.

Nik Hashim Mustapha & Redzuan Othman. 1990. Peruntukan sumber asli: masalah dan penyelesaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Randall, A. 1995. Resource economics. 5th Ed. New York: John Wiley & Son.

Tietenberg, T.H. 2006. Environmental and natural resource economics. 7th Ed. New

York: Pearson Education, Inc.

EPPE2623 Ekonomi dan Pengurusan Alam Sekitar

Kursus ini bertujuan memberi fahaman kepada pelajar tentang aplikasi teori ekonomi dalam pengurusan alam sekitar. Antara topik yang dibincangkan ialah konsep asas ekonomi dan alam sekitar, teori asas ekonomi dan alam sekitar, kegagalan pasaran dan permasalahan alam sekitar, pengurusan alam sekitar mengikut pendekatan konvensional dan pasaran, pembangunan lestari dan kerajaan dalam pengurusan alam sekitar. Setelah mengikuti kursus ini, pelajar seharusnya dapat membincangkan hubungan antara manusia dengan alam sekitar.

Bahan Asas

Callan, S.J. & Thomas, J.M. 2009. Environment economics and management: theory policy and application. 5th Ed. Orlando: The Dryden Press.

Field, B.C. & Martha, K.F. 2002. Environmental economics: an introduction. 3rd Ed.

New York: McGraw Hill Irwin.

Kahn, J.R. 1995. The economic approach to environmental and natural resources. New York: Dryden Press.

Pearce, D.W. & Turner, R.K. 1990. Economic of natural resources and environment. New York: Harvester Wheatsheaf.

Tietenberg, T. 2000. Environmental and natural resources economics. 5th Ed. New

York: Addision Wesley.

EPPE2633 Ekonomi Pengeluaran Pertanian

Tujuan utama kursus ini memberi fahaman kepada pelajar mengenai penggunaan beberapa teori mikroekonomi kepada pengeluaran pertanian. Topik utama yang dibincangkan dalam kursus ini fungsi input-output, input-input, output-output, pemprograman liner dan analisis input-output. Kursus ini juga memperkenalkan kepada pelajar kaedah empirik untuk menganggar fungsi pengeluaran bagi memahami aspek teori dan empirikal kaedah pengoptimuman pengeluaran pertanian. Setelah mengikuti kursus ini, pelajar dijangka berupaya mengaplikasikan beberapa teori ekonomi khususnya dalam bidang pertanian.

Bacaan Asas

Beattie, B.R. & Taylor, C.R. 1985. The economics of production. New York: John Wliey & Sons.

Debertin, D.L. 1986. Agricultural production economics. New York: Macmillan

Dalam dokumen Buku Panduan Prasiswazah FE P (Halaman 68-100)