• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sinopsis Kursus Wajib Modul (WM) Pusat Pengajian Pengurusan

Dalam dokumen Buku Panduan Prasiswazah FE P (Halaman 129-151)

EPPM2514 Prinsip Pengurusan Risiko dan Insurans

Kursus ini merupakan kursus asas dalam bidang pengurusan risiko dan insurans. Kursus

ini akan membincangkan konsep asas mengenai risko termasuk definisi, klasifikasi,

istilah-istilah penting dan bebanan risiko. Kursus ini juga akan mendedahkan para pelajar tentang proses pengurusan risiko dan teknik-teknik untuk menguruskan risiko dengan memberikan penekanan kepada teknik insurans sebagai instrumen paling asas yang digunakan dalam pengurusan risiko. Insurans am (insurans harta dan liabiliti), insurans hayat, kontrak insurans dan peruntukan-peruntukan serta klausa-klausa insurans am dan hayat juga akan dibincangkan di dalam kursus ini. Kursus ini juga meliputi aspek yang berkait dengan sistem insurans Islam iaitu Takaful merangkumi prinsip asa, model operasi dan produk.

Bacaan Asas

Dorfman, M.S. & Carter, D. 2013. Introduction to risk management and insurance. 10th

Ed. New Jersey: Prentice Hall.

Hendon Redzuan, Rubayah Yakob & Mohamad Abdul Hamid. 2006. Prinsip pengurusan risiko dan insurans. Edisi 1. Kuala Lumpur: Prentice Hall

Rejda, G.E. & Mc Namara, M.J. 2014. Principles of risk management and insurance. 12th Ed. Pearson International.

Skipper, H.D. and Kwon, W.J. 2007. Risk management and insurance:perspectives in a global economy. Blackwell Pulishing.

Zuriah Abdul Rahman & Hendon Redzuan. 2009. Takaful : the 1st century insurance

innovation. McGraw-Hill. Kuala Lumpur.

EPPM3014 Pengurusan Operasi

Kursus ini memperkenalkan teori, konsep dan isu utama dalam operasi pembuatan dan perkhidmatan. Di antara topik-topik yang diliputi ialah pengurusan operasi dalam era globalisasi, kaedah reka bentuk produk dan perkhidmatan, pengurusan kualiti, pengurusan rantaian bekalan, logistik, peracnangan kapasiti dan lokasi, Produktiviti, pengurusan inventori, penjadualan dan sistem pengurusan sumber. Pelajar juga diberi latihan menerusi permainan simulasi berkaitan pengurusan rantaian bekalan untuk memberi pendedahan kepada pengurusan operasi perniagaan yang sebenar.

Bacaan Asas

Andrew greasley. 2013. Operations management. 3rd Ed. England:John wiley and Sons

Chase.

Jacobs, F.R. & Chase, R.B. 2013. Operations and supply chain management. 14th Ed.

McGraw-Hill.

Russell S. & Taylor, B.W. 2014. Operations and supply chain management. 8th Ed. John

Wiley & Sons (Asia) Pte. Ltd.

Stevenson, W.J & Sum, C.C. 2014. Operations management. 2nd Ed.McGraw Hill (Asia

Global Edition).

Schroeder R.G., Goldstein, S.M. & Rungtusanathan, M.J. 2013. Operations management in supply chain:decisions and cases. 6th Ed. McGraw Hill.

EPPM3024 Pengurusan dan Strategi Pemasaran

Kursus pemasaran ini adalah kursus lanjutan kepada kursus Pengantar Pemasaran dimana pelajar perlu mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari kepada proses dan strategi pemasaran. Tujuan utama kursus ini adalah untuk melatih pelajar membuat keputusan pemasaran yang terbaik serta membentuk strategi dan program

pemasaran yang berkesan bagi mencapai matlamat firma. Kursus ini memerlukan

pelajar mengintegrasikan secara ideal kesemua strategi bagi elemen-elemen campuran pemasaran (4Ps) bagi menghasilkan satu pelan atau rancangan pemasaran yang komprehensif. Prasyarat: EPPM2073.

Bacaan Asas

Aaker, M. & Mills, M. 2005. Strategic marketing management. Singapore: John Wiley & Sons.

Best, R. 2004. Market based management. 4th Ed. London: Prentice Hall.

Doyle, P. 2001. Marketing management and strategy. 3rd Ed. London: Prentice Hall.

Kotler, P., Keller, K.L., Ang, S.H., Leong, S.M. & Tan, C.T. 2009. Marketing management: an Asian perspective. 5th Ed. Singapore: Prentice-Hall.

Pride, W.M. & Ferrall, O.C. 2009. Marketing express. New York: Cengage.

EPPM3113 Teori Organisasi

Kursus ini bertujuan melengkapkan kefahaman tentang pengertian organisasi, masalah- masalah, perubahan-perubahan dalaman dan kesan perubahan luaran terhadap organisasi. Tajuk-tajuk yang akan dipelajari termasuk pengertian organisasi, tujuan dan struktur organisasi, mereka bentuk struktur organisasi berdasarkan pertimbangan tentang strategi, pengaruh luaran, saiz dan lain-lain pengaruh mereka bentuk organisasi antarabangsa dan proses pengurusan yang berkesan dan dinamik bagi organisasi. Prasyarat: EPPM3033.

Bacaan Asas

Daft, R. L. 2013. Understanding the theory and design of organizations. 11th Ed. USA:

Thomson South-Western Publishing.

Hatch. M. J. & Cunliffe A.L. 2000. Organization theory: modern, symbolic, and postmodern perspectives. 2nd Ed. United Kingdom: Oxford University Press.

Jones, G.R. 2007. Organizational theory, design and change. 5th Ed. USA: Prentice Hall.

McAuley, J. Duberly, J & Johnson, P. (2007). Organization theory:challenge and perspective. Prentice Hall:New Jersey

Robbins, S.P. 1990. Organizational theory: structure design and application. New Jersey: Prentice Hall.

EPPM3123 Sains Pengurusan

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang isu dan permasalahan dalam perniagaan menggunakan pendekatan kuantitatif. Permasalahan perniagaan adalah sangat rumit dan pendekatan seperti pengalaman perniagaan dan gerak hati agak kurang relevan untuk digunakan terhadap menyelesaikan situasi pengurusan masa kini. Pengumpulan data, pembinaan model, dan pembuatan keputusan merupakan kemahiran yang diperlukan dan penting dalam menangani isu-isu dalam bidang pengurusan. Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai model pembuatan keputusan dalam sains pengurusan yang kerap digunakan dalam industri dan bagaimana model-model ini dapat memberi impak dalam pelbagai bidang pengurusan perniagaan. Prasyarat: EPPD1043 dan EPPD2023.

Bacaan Asas

Bonini, C. & Hausman, W. 2000. Quantitative analysis for management. 9th Ed. New

Jersey: McGraw Hill.

Brandimarte, P. 2011. Quantitative method : an introduction to business arrangement. Wiley, USA.

Render, B. & Stair, R.M. Jr. Hanna M.E. 2015. Quantitative analysis for management. 12th Ed. McGraw Hill.

Taylor, B.W. 2012. Introduction to management science. 11th Ed. New Jersey: Prentice

Hall.

Turban, E. & Meredith, J.R. 2000. Fundamentals of management science. 7th Ed. USA:

Irwin Publishing.

EPPM3133 Sistem Maklumat Pengurusan

Kursus ini berkaitan dengan perdagangan elektronik. Para pelajar akan didedahkan dengan konsep, teori dan teknologi berkaitan perdagangan elektronik dalam mencapai kelebihan persaingan. Penekanan diberikan kepada perancangan, pembangunan dan pengurusan perdagangan elektronik dalam perniagaan. Aspek sekuriti dan sistem pembayaran atas talian juga diperkenalkan. Isu yang berkaitan dengan etika dan penggunaan internet juga akan didedahkan. Pelajar juga dikehendaki membangunkan pelan perniagaan dan seterusnya membangunkan laman Web untuk tujuan perniagaan. Prasyarat EPPM2123

Bacaan Asas

Kroenke, D.M. 2010. Using MIS. 3rd Ed. New Jersey: Prentice Hall.

Baltzan and Philip. 2010. Business Driven Technology. International Ed. New York: McGraw-Hill Corporation

Laudon, K.C. & Laudon, J.P. 2009. Essentials of management information systems. 8th

Ed. Pearson International Edition.

O’Brien, J.A & Marakas, G.M. 2009. Management information systems. 9th Ed. Boston:

McGraw-Hill.

OZ, E. 2009. Management informations systems. 6th Ed. Cengage Course Technology.

EPPM3143 Pengurusan Kualiti

Kualiti bukan sahaja merangkumi pembangunan ekonomi, malahan juga melibatkan pelbagai aspek lain yang tidak dapat dipisahkan seperti aspek sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan alam sekitar. Untuk itu, kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pengurusan kualiti dan kepentingannya dalam sesebuah organisasi perniagaan. Konsep asas berkaitan dengan pengurusan kualiti, sistem pengurusan kualiti dan audit serta pelbagai alat dan kaedah yang digunapakai dalam merancang, mengawal dan meningkatkan kualiti akan dibincangkan didalam kursus ini. Prasyarat: EPPD1043 dan EPPD2023.

Bacaan Asas

Dale, B.G. (Editor), Vander Wiele, T. (Editor) & Van Iwaerden, Jo. 2007. Managing quality. Blackwell Publishing.

Evans, J.R. & Lindsay, W.M. 2011. Management for quality and performance excellence. 8th Ed. USA: South- Western College Publishing.

Mont, D.C, Jennings, C.L & PFund, M.E. 2010. Managing, controlling and improving quality. 1st Ed. John Wiley & Sons

Sower, V.E. 2010 – Essential of quality:with cases and experiential exercise. 1st Ed.John-

Wiley & Sons

EPPM3154 Evolusi Pemikiran Pengurusan

Kursus ini bertujuan untuk menyingkap perkembangan penguursan di era pengurusan

awal (pra-klasik), era pengurusan saintifik (klasik), era pengurusan sosial dan era

pengurusan moden. Pelajar-pelajar akan diperkenalkan kepada tokoh-tokoh berkenaan serta teori-teori yang dibangunkan dakan digunakan dalah kuliah dimana pelajar dikehendaki melakukan tugasan untuk setiap tokoh yang yang diperkenalkan sepanjang semester. Pelajar juga diminta untuk memikirkan satu projek yang ringkas yang menggabungkan kesemua tokoh-tokoh pengurusan serta sumbangan mereka dalam era tersebut.

Bacaan Asas

Ali, A. 2005. Islamic perspectives on management and organization. Edward Elgar Pub. Certo Samuel C. & Certo S. Trevis. 2009. Modern management: concepts and skills. 11th

Ed. New Jersey: Prentice Hall.

Daft, Richard L. 2010. New era of management. 9th Ed. South-Western/Cengage

Learning.

Witzel, M. 2012. A history of management thought. Routledge.

Wren, Daniel A. & Bedeian, Arthur G. 2010. The evolution of management thought. 6th

Ed. John Wiley & Sons, Inc.

EPPM3163 Pengurusan Dalam Islam

Kursus ini bertujuan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan mengenai pelbagai konsep, prinsip yang berkaitan dengan pengurusan dalam Islam. Ia juga bertujuan melatih pelajar memperoleh kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berhubung isu-isu dengan cara pengurusan dalam Islam dalam organisasi. Tajuk-tajuk meliputi motivasi, pengurusan sumber manusia, dalam pandangan Islam dan termasuk etika dalam pengurusan dan keusahawanan dalam perspektif Islam.

Bacaan Asas

Abbas, J.A. 2005. Islamic perspectives on management and organization. Northampton. Massachusettes: Edward Elgar Publishing.

Didin Hafidhuddin & Hendri Tanjung. 2006. Shariah principles of management in

practices. Jakarta: Gema Insani.

Khaliq A. 2007. Management from Islamic perspective: principles and practices. Kuala Lumpur: IIUM.

Mohiuddin. Md. G. 2009. Islamic management. University Grants Commission of Bangladesh, Dhaka.

Panel Akademik Pengurusan YPEIM. 2005. Pengurusan dalam Islam: menghayati prinsip dan nilai qurani. Akademik Pengurusan YPEIM. Al-Hikmah Sdn. Bhd. Selangor.

EPPM3214 Pengurusan Sumber Manusia

Kursus ini bertujuan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan mengenai pelbagai konsep, prinsip, isu strategik dan taktikal yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia. Ia juga bertujuan melatih pelajar memperoleh kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berhubung isu-isu pengurusan sumber manusia dalam organisasi. Tajuk-tajuk yang diliputi termasuklah cabaran masa kini berkaitan pengurusan sumber manusia, analisis kerja, perancangan sumber manusia, pemilihan kakitangan latihan, pembangunan kerjaya, penilaian prestasi, pentadbiran ganjaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta perhubungan perusahaan. Prasyarat: EPPM3033.

Bacaan Asas

Maimunah Aminuddin. 2008. Human resource management: principles and practices. Selangor: Oxford University Press.

Neo, R.A. & Hollenbeck, J.R. 2015. Human resourse management:gaining competitive advantage. 9th Ed.McGraw-Hill.

Snell, S.A. & Bohlander, G. 2013. Managing human resources. 16th Ed. USA:Cengage Learning.

Zafir Mohamed Makhbul. 2013. Pengurusan sumber manusia. 16th Ed. USA : Cengage

Learning.

Zafir Mohamed Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. 2012. Mengurus sumber manusia

organisasi. Selangor:Leeds Publications.

EPPM3223 Pengurusan Sumber Manusia Antarabangsa

Kursus ini bertujuan memberi tumpuan kepada pengurusan sumber manusia dalam domain antarabangsa. Kursus ini juga akan memberi tumpuan kepada pengurusan sumber manusia ke arah peningkatan keupayaan dan kelebihan daya saing organisasi global atau multinasional. Antara topik tumpuan kursus ini ialah perancangan, pengrekrutan, pemilihan, dan perancangan kerjaya sumber manusia dalam aktiviti ekspatriasi. Pendedahan akan diberikan tentang pengurusan perbezaan dan kesan perbezaan faktor- faktor sosio-budaya, ekonomi dan politik negara hos dan negara asal ke atas pengurusan sumber manusia organisasi. Prasyarat : EPPM3033.

Bacaan Asas

Adler, N. 2008. International dimension of organizational behavior. 5th Ed. USA:

Thompson.

Ang, S. & Van, D, L. (Eds.) 2008. Handbook of cultural intelligence: theory, measurement and applications. New York: M.E. Sharpe.

Evans, P. Pucik V. & Bjorkman, I. 2011. The global challenge int. human resource management. 2nd Ed. New York, U.S.A.. McGraw-Hill Irwin.

Schuler, R. S., Briscoe, D.R. & Claus, L. 2008. International human resource management. 3rd Ed. United Kingdom: Routledge.

Tayeb, M.H. 2004. International human resource management: a multinational company perspective. United Kingdom: Oxford University Press.

EPPM3233 Perancangan Sumber Manusia dan Pengurusan Bakat

Kursus ini bertujuan untuk memberi fahaman kepada pelajar tentang pelbagai konsep dana aktiviti yang dijalankan dalam bidang perancangan sumber manusia. Kursus ini juga akan membincangkan mengenai proses membangunkan dan mengintegrasikan pekerja baharu, membangunkan dan memperkasakan pekerja sedia ada serta mengekalkan minat pekerja yang berkemahiran untuk kekal di dalam organisasi. Kursus ini juga akan membincangkan proses perancangan sumber manusia, ramalan penawaran, ramalan permintaan, proses perbandingan dan pembentukan strategi. Prasyarat: EPPM3033.

Bacaan Asas

Blass, E. 2009. Talent management: cases and commentary. USA: Palgrave Macmillan. Gatewood, R.D. 2008. Human resource selection. 6th Ed. Singapore: Thompson.

Gully, S.M. & Phillips, J.M. 2010. Staffing forecasting and planning - Staffing Strategically Series. USA: Society of Human Resource Management

Michaels, E., Handfield-Jones, H. & Axelrod, B. 2001.The war for talent. USA: Harvard

Business School Publishing.

Schweyer, A. 2004. Talent management systems. USA: Wiley.

EPPM3243 Seminar Pengurusan Sumber Manusia

Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang pengurusan sumber manusia melalui penelitian dan analisis kritikal topik-topik berkaitan pengurusan sumber manusia dengan mendalam. Kursus ini akan memberikan tumpuan kepada perkaitan langsung antara teori-teori pengurusan sumber manusia dan isu-isu terkini dalam amalan semasa. Kursus ini juga akan memberi pendedahan kepada pelajar untuk memahami pengurusan sumber manusia strategik bagi perniagaan domestik dan antarabangsa dalam persaingan era globalisasi. Prasyarat : EPPM3033.

Bacaan Asas

David, L.G.2008.Occupational safety and health.USA: Prentice Hall.

De Simone, R. & Warner, J.M. 2012.Human resource management (International edition). 6thEd. USA: South Western.

Dowling, P.J., Festing, M. & Engle, A. 2007..International human resource management: managing people in a multinational context. 5th Ed. USA: South Western Publishing. Gully, S.M. & Phillips, J.M. 2010. Staffing forecasting and planning - Staffing

Strategically Series. USA: Society of Human Resource Management

MaimunahAminuddin. 2008. Human resource management: principles and practices. Selangor: Oxford University Press.

EPPM3253 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Kursus ini menghuraikan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja dalam organisasi. Ianya memberi penerangan mengenai konteks seorang pengurus dan pekerja. Sehubungan itu, sesi pembelajaran akan menyentuh perkara mengenai teknik/kaedah mengenal pasti, menilai dan mengawal risiko berkaitan hazad pekerjaan di tempat kerja. Semua perundangan dan prosedur yang berkaitan akan juga dibincang dan diaplikasikan bila bersesuaian di sepanjang kursus. Sebagai tambahan, kusus juga akan menjadi landasan yang baik bagi pelajar untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam memahami isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Prasyarat : EPPM3033.

Bacaan Asas

Alli, B.O. 2008. Fundamental principles of occupational health and safety. 2nd Ed.

McGraw Hill.

Geotsch, D. 2014. Occupational safety and health for technologists, engineers and managers. 7th Ed. Edinburgh:Pearson Education Ltd.

Ismail Bahari. 2006. Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. 2nd Ed. Kuala

Lumpur: McGraw Hill.

Stewart, M. & Heyes, F. 2004. Occupational health and safety. Australia:McGraw Hill.

Zafir Mohamed Makhbul. 2013. Pengurusan sumber manusia berdaya saing. Penerbit

UKM.

EPPM3313 Kelakuan Pengguna

Kursus ini bertujuan menyingkap aspek kelakuan pengguna dari dua sudut iaitu pengguna dan pengurusan pemasaran. Kursus ini akan meneliti teori-teori berhubung gelagat pengguna bagi memahami bagaimana pengguna bertindak dalam proses pembelian. Penelitian kelakuan pengguna dibuat dalam tiga perspektif; pengguna sebagai individu, pengguna di dalam persekitaran sosial dan budaya dan pengguna sebagai pembuat keputusan. Kursus ini akan memberi kefahaman komprehensif tentang faktor-faktor intrinsik dan ekstrinsik yang mempengaruhi proses pembuatan keputusan pengguna. Pelajar akan didedahkan kepada proses pembuatan keputusan pengguna. Pelajar juga akan membuat penelitian bagaimana personaliti dan amalan budaya serta kumpulannya mempengaruhi pembuatan keputusan pengguna. Implikasi kelakuan pengguna terhadap pembentukan dan pelaksanaan strategi pemasaran juga akan ditinjau dan dikupas. Prasyarat: EPPM3024.

Bacaan Asas

Blackwell, Roger D., Paul W. Miniard & James F. Engel. Adapted by Pai, Di-ching, Norjaya Mohd Yasin and Wan Jooria, Hood. 2012. Consumer behavior. 10th Ed.

Cengage Learning.

Blackwell, Roger, Claire D’Souza, Mehdi Taghian, Paul Miniard & James Engel. 2007. Consumer behavior: an Asia pacific approach. Australia: Thompson.

Evans, Martin, Ahmad Jamal & Gordon, Foxall. 2006. Consumer behavior. John Wiley & Son Ltd.

Schiffman, L.G. & Kanuk, L.L. 2010. Consumer behavior. 10th Ed. Pearson:New Jersey.

Solomon, Michael R. 2013. Consumer behavior – buying, having and being. 10th Ed.

EPPM3323 Penyelidikan Pemasaran

Keperluan kepada penyelidikan pemasaran bagi mendapatkan maklumat terkini tentang pasaran kian meruncing terutama sekali dalam dunia perniagaan yang begitu kompetitif, bagi membolehkan keputusan pemasaran dapat dibuat secara yang lebih berkesan. Sejajar dengan itu, kursus ini akan mengilustrasikan bagaimana penyelidik pemasaran mengaplikasikan konsep dan teknik penyelidikan dalam usaha memajukan aktiviti pemasaran sesebuah organisasi. Para pelajar akan dibimbing secara terperinci sepanjang proses penyelidikan pemasaran bermula dengan penyediaan kertas cadangan penyelidikan, penyediaan soal selidik, memilih responden, melaksanakan kerja lapangan, dan memproses data, maklumat/data yang berkualiti. Pelajar juga akan didedahkan kepada aplikasi SPSS yang akan membantu dalam membuat keputusan-keputusan perniagaan di peringkat pengurusan atasan. Prasyarat: EPPD2023 dan EPPM3024.

Bacaan Asas

Burns, A.C. & Bush, R.F. 2014. Marketing research. International Ed. Edinburgh Gate Pearson.

Hair, Joseph Jr., Wolfinbarger, Mary, Bush, Robert and Ortinau, David. 2012. Essential

of marketing research. Thompson Learning.

Malhotra, K. Naresh. 2010. Marketing research. 16th Ed. New Jersey: Pearson.

Zikmund, G. W., Babin, J. Barry, Carr, C. Jon, And Griffin, Mitch. 2013. Business

research methods. South-Western, Cengage Learning.

EPPM3333 Pengurusan Jualan

Kursus ini bertujuan membincangkan aspek-aspek menyeluruh tentang aktiviti-aktiviti pengurusan jualan yang perlu dipertanggungjawabkan kepada seseorang pengurus jualan, seperti perancangan, pelaksanaan dan kawalan program-program yang dibuat ke atas sesebuah pasukan jualan. Pelajar akan didedahkan kepada perbincangan tentang aktiviti-aktiviti dan strategi pengurusan pasukan jualan secara keseluruhan. Perbincangan adalah merangkumi pengetahuan tentang konsep dan fungsi kejurujualan, peranan strategik setiap fungsi jualan, pembangunan pasukan jualan yang efektif, pengurusan dan penyeliaan pasukan jualan, penilaian prestasi dan keberkesanan pasukan jualan. Prasyarat: EPPM3024.

Bacaan Asas

Churchill, F. & Ohuss. 2010. Sales force management. New York: McGraw Hill. Cron, W.L. & DeCarlo, T.E. 2006. Sales management. USA: John Wiley & Sons. Dalsymple & Cron. 2006. Sales management. USA: John Wiley & Sons. Douglas, W. & Thomas. 2008. Sales management. John Wiley& Sons.

EPPM3343 Pengurusan Promosi

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang proses mengurus aktiviti komunikasi pemasaran. Kursus ini akan membincangkan bagaimana elemen- elemen komunikasi pemasaran boleh digubal dan diadun secara bersepadu bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi. Kursus ini merangkumi falsafah, strategi dan pelaksanaan program promosi. Gabungan antara teori/konsep dengan aplikasi komunikasi pemasaran melalui tugasan dapat membantu pelajar membina keyakinan untuk membuat keputusan. Penyediaan kempen promosi yang komprehensif serta pembentangan di akhir semester dapat membantu ke arah tujuan ini. Prasyarat: EPPM3024.

Bacaan Asas

Belch, G. & Belch, M. 2012. Advertising and promotion: an integrated marketing communications perspective. Singapore: Mc-Graw-Hill.

Edd, A. 2007. Cases in advertising and marketing management: real situations for tomorrow’s managers. USA: Rowman & Littlefield Publishers, Inc.

Egan, J. 2007. Marketing communications. Singapore: Thompson Learning.

Kitchen, P., Pelsmacker, P., Eagle, L. & Schultz, D. 2005. A reader in marketing communications. London: Routledge.

Shimp, T. 2010. Integrated marketing communications in advertising and promotion. Singapore: Thompson.

EPPM3353 Pemasaran dan Kepenggunaan dalam Islam

Kursus ini memberi tumpuan terhadap isu-isu pemasaran berlandaskan hukum Islam dari dua sudut iaitu pengguna dan pengurusan pemasaran. Tujuan utama kursus ini adalah untuk melatih pelajar membuat keputusan pemasaran yang terbaik dengan mengambilkira hukum halal dan haram dalam Islam. Kursus ini akan meneliti aspek- aspek kepenggunaan dalam Islam selaras dengan pembangunan pemasaran dalam dunia globalisasi. Pelajar juga akan didedahkan mengenai isu-isu semasa tentang kepenggunaan dalam Islam yang memberikan kesan langsung dan tidak langsung kepada pembuatan keputusan pemasaran. Kursus ini juga akan menggalakkan pelajar untuk mengintegrasikan strategi pemasaran konvensional dan strategi pemasaran yang berlandaskan hukum Islam.

Bacaan Asas

Alserhan, B.A. 2011. The principles of Islamic marketing. Gower.

Fischer, J. 2011. The halal frontier:Muslim consumers in a globalized market. Palgrave Mcmillan.

Hermawan Kertajaya & Muhamad Syakir Sula. 2006. Syariah marketing. Bandung: Mizan Mark Plus & Co.

Kalthom Abdullah 2007. Marketing mix from an Islamic perspective: a guide for marketing courses. Kuala Lumpur: Prentice Hall.

Temporal, P. 2011. Islamic Branding and marketing:creating aglobal is law business. Wiley Trading.

EPPM3363 Pengurusan Peruncitan

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan tentang teori, konsep dan strategi yang terlibat di dalam aktiviti pengurusan peruncitan masa kini. Penekanan diberi kepada strategi pasaran runcit, pemilihan lokasi stor, pengurusan sumber manusia, sistem pembelian barangan dagangan, perletakan harga promosi dan pengurusan kedai. Prasyarat: EPPM3024.

Bacaan Asas

Augestien, M. & Strongin, H. 2002. Modern retailing management: principles practices. 3rd Ed. Singapore: Prentice-Hall.

Berman, B. & Evans, J.R. 2013. Retail management: a strategic approach. 12th Ed.

USA: Prentice-Hall.

Dunne & Lunch. 2008. Retailing. USA: Thompson.

Levy, M. & Weitz, B.A. 2009. Retailing management. 7th Ed. North America: McGraw-

Hill Irwin.

Patrick, M. 2005. Retailing. USA: Hartcourt College Publisher.

EPPM3373 Pemasaran Perkhidmatan

Kursus ini membincangkan cabaran-cabaran unik mengurus dan menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan. Ianya menekankan kepada pembentukan perhubungan pelanggan yang kukuh melalui perkhidmatan berkualiti tinggi yang boleh diaplikasikan kepada organisasi yang mana produk terasnya adalah perkhidmatan. Kursus ini mengetengahkan ilmu serta kemahiran kritikal yang diperlukan untuk melaksanakan perkhidmatan berkualiti, berinovasi dan strategi perkhidmatan untuk kelebihan berdayasaing. Penekanan juga diberi kepada rangkakerja pengurusan perkhidmatan berteraskan pelanggan yang memfokus kepada peningkatan kepuasan dan kesetiaan pelanggan. Prasyarat: EPPM3024.

Bacaan Asas

Bateson, J.E.G and Hoffman K.D. 2010. Services marketing. 4th Ed. Cengage Learning.

Dalam dokumen Buku Panduan Prasiswazah FE P (Halaman 129-151)