• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sinopsis Kursus Teras Pusat (WP) Pusat Pengajian Ekonom

Dalam dokumen Buku Panduan Prasiswazah FE P (Halaman 62-68)

EPPE2014 Mikroekonomi II

Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus Mikroekonomi 1. Kursus ini bertujuan memberi fahaman lanjutan kepada pelajar tentang konsep dan teori mikroekonomi. Topik utama yang dibincangkan ialah pasaran input, keseimbangan umum, pilihan antara masa, pasaran aset, ketidak pastian, aset berisiko, maklumat asimetri, teori mainan, barangan awam dan kesan luaran. Selepas mengikuti kursus ini pelajar seharusnya dapat memahami, berupaya menghubungkait dan mengaplikasi isu-isu semasa mikroekonomi dengan lebih baik.

Bacaan Asas

Eaton, C.B., Eaton, D.F. & Douglas, W. 1999. Microeconomics. 4th Ed. New Jersey:

Prentice Hall Inc.

Pindyck, R.S. & Rubinfeld, D.L. 2004. Microeconomics. 6th Ed. New Jersey: Pearson

Prentice Hall International.

Schotter, A. 2009. Microeconomics: a modern approach. 1st Ed. New York: South

Western.

Varian, H.R. 2002. Intermediate microeconomics: a modern approach. 6th Ed. New

York: W.W. Norton & Co.

Wetzsstein, M.E. 2005. Microeconomic: theory, concept and connections. New York: Thompson South Western.

EPPE2024 Makroekonomi II

Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus Makroekonomi I. Kursus ini bertujuan memberi fahaman kepada pelajar tentang konsep, teori dan model makroekonomi dengan penekanan kepada model ekonomi terbuka. Tajuk yang dibincangkan ialah

fungsi penggunaan; pelaburan; inflasi dan pengangguran; model ekonomi Klasik

Baru; model kitaran perniagaan benar; model ekonomi Keynesian Baru, keseimbangan umum pendapatan negara dalam ekonomi terbuka (model IS-LM-BP); permintaan dan penawaran agregat dalam ekonomi terbuka dan pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang. Selepas mengikuti kursus ini pelajar seharusnya berupaya mengaplikasi teori dan model makroekonomi dalam mengenalpasti dan menyelesaikan masalah ekonomi.

Bacaan Asas

Chamberlin, G. & Linda Yueh. 2006. Macroeconomics. London: Thomson Learning. Froyen, R.T. & Linda Low. 2001. Macroeconomics, an Asian perspective. 7th Ed.

Singapore: Prentice Hall International Editions

Froyen, R.T. 2013. Macroeconomics: theories and policies. 10th Ed. England: Pearson

Education Limited.

N. Gregory Mankiw. 2010. Macroeconomic. 7th Ed. New York Publisher.

Rahmah Ismail & Rohaini Mustaffa. 2006. Makroekonomi pertengahan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

EPPE2033 Prinsip Ekonomi Islam

Kursus ini bertujuan memberi fahaman kepada pelajar mengenai prinsip-prinsip asas ekonomi Islam yang perlu diterapkan dalam setiap topik yang dibincangkan. Antara topik utama yang dibincangkan ialah penggunaan, pengeluaran, peranan pemerintah,

pasaran, dasar monetari dan fiskal, perancangan dan pembangunan. Selepas mengikuti

kursus ini, pelajar seharusnya dapat memahami kegiatan ekonomi berasaskan prinsip syariah demi mendapat rahmat, keberkatan dan keredhaan Allah.

Bacaan Asas

Mannan, M.A. 1994. Ekonomi Islam: teori dan praktis. Jil. 1-3. Terj. Radiah Abdul Kader. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen.

Radiah Abdul Kader. 2001. Ekonomi Islam. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn. Bhd.

Surtahman Kastin Hasan & Sanep Ahmad. 2010. Ekonomi Islam: dasar dan amalan. Ed. ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Surtahman Kastin Hasan al-Raja’ie. 2010. Ekonomi Islam sepadu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zubair Hasan. 2006. Introduction to microeconomic: an Islamic perspective. Petaling Jaya: Pearson Prentice Hall.

EPPE2044 Kalkulus untuk Ekonomi

Kursus ini bertujuan membincang kalkulus pembezaan dan kamiran dan aplikasi dalam ekonomi. Tajuk-tajuk yang dibincangkan termasuk had dan keselanjaran, pengenalan kepada kalkulus pembezaan, pembezaan tersirat, pembezaan fungsi berbilang pemboleh ubah, aplikasi pembezaan, pengoptimuman fungsi berbilang pemboleh ubah, pengenalan kepada kalkulus kamiran dan penggunaan kamiran dalam ekonomi. Selepas mengikuti kursus ini pelajar seharusnya dapat menggunakan kalkulus pembezaan dan kamiran dalam penyelesaian masalah ekonomi.

Bacaan Asas

Dowling, C.T. 2001. Introduction to mathematical economics. Schaum’s Outline. New Yok: McGraw-Hill.

Haeussler, E.F. Jr. & Paul, R.S. 2008. Introductory mathematical analysis for business, economics and the life and social sciences. 12th Ed. New Jersey: Prentice Hall.

Mansor Jusoh. 2008. Matematik untuk ekonomi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tan, S.T. 2008. Applied calculus for the managerial, life and social sciences. 7th Ed.

New Belmont: International Student Ed.

Zaini Mahbar & Siti Hajar Mohd Idris. 1993. Kalkulus untuk penuntut ekonomi dan pengurusan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

EPPE2053 Ekonomi Malaysia

Kursus ini bertujuan memberi fahaman kepada pelajar mengenai sejarah perkembangan dan pembangunan ekonomi Malaysia sebelum merdeka sehingga kini. Antara topik yang dibincangkan ialah struktur dan dasar pembangunan ekonomi negara dalam perspektif pembangunan domestik dan global seiring dengan pertumbuhan sektor- sektor utama negara. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar sewajarnya mampu mengulas dan menganalisis prestasi ekonomi negara, memahami dasar kerajaan dan berupaya mengenalpasti faktor ekonomi dan sosial yang mendorong pembangunan ekonomi negara.

Bacaan Asas

Chamhuri Siwar, Surtahman Kastin Hassan & Norshamliza Chamhuri. 2005. Ekonomi Malaysia. Ed. ke-6. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Ishak Shaari & Jomo, K.S. 1990. Memahami ekonomi Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Laporan Ekonomi Malaysia. Kementerian Kewangan (pelbagai keluaran). Rancangan Malaysia. Unit Perancangan Ekonomi (pelbagai keluaran).

Nor Aini Hj. Idris & Ishak Yussof (pnyt.). 2009. Ekonomi Malaysia: Malaysia ke arah pembangunan seimbang. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

EPPE3014 Kaedah Penyelidikan

Kursus ini bertujuan membincang dan mengenalpasti beberapa langkah perlu bagi menjalankan penyelidikan dalam bidang sains sosial khususnya ekonomi. Tajuk- tajuk yang dibincangkan ialah pengertian penyelidikan, etika dalam penyelidikan, pembentukan model ekonomi: model sebab akibat dan model siri masa, skala pengukuran dan pembentukan model, kaedah pungutan data dan reka bentuk borang soal selidik, kaedah pensampelan dan isu-isu yang berkaitan, memproses data dan penulisan laporan penyelidikan. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar seharusnya berupaya mengenalpasti

Bacaan Asas

Ahmad Mohd. Yusof. 2008. Kaedah penyelidikan. Monograf. Bangi: Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keller, G. & Warrock, B. 2005. Statistics for management and economics. 7th Ed.

Belmont: Duxbury Press.

Kothari, C. 2008. Research methodology: methods and techniques. 2nd Ed. New

Delhi: New Age International Publishers.

Kumar, R. 2005. Research methodology: a step by step guide for beginners. 2nd Ed.

London: SAGE Publication Ltd.

Mc Neil, D. 2005. Business to business market research: understanding and measuring business. London: Kogan Page Ltd.

EPPE3023 Ekonomi Antarabangsa

Kursus ini bertujuan memberi fahaman tentang teori dan konsep asas dalam ekonomi antarabangsa. Antara topik yang akan dibincangkan ialah faedah mutlak dan bandingan; model Heckscher-Ohlin; halangan tarif dan bukan tarif; imbangan pembayaran dan pasaran pertukaran asing; dan sistem kewangan dunia. Di akhir kursus ini pelajar seharusnya dapat menganalisis isu semasa yang berkaitan ekonomi antarabangsa dan seterusnya mengemukakan implikasi dasar untuk tindakan kerajaan selanjutnya.

Bacaan Asas

Appleyard, D.R., Field, A.J. & Cobb, S. 2006. International economics. 5th Ed. New

York:McGraw Hill.

Carbaugh, R.J. 2011. Global economics. 13th Ed. Australia: Southwestern College

Publishing.

Krugman, P.R. & Obstfeld, M. 2003. International economics: theory and policy. 6th

Ed. Boston: Pearson Education.

Salvatore, D. 2004. International economics. 8th Ed. Singapore: Macmillan International

Ed.s.

Yarbrough, B.V. & Yarbrough, R.M. 2006. The world economy, trade and finance. 6th

Ed. New Jersey:The Dryden Press.

EPPE3033 Perkembangan Pemikiran Ekonomi

Kursus ini meninjau sejarah aliran ilmu ekonomi. Perbincangan bermula daripada pemikiran ekonomi zaman Merkantalis sehinggalah ke zaman moden. Antara topik yang dibincangkan termasuklah sejarah aliran pemikiran pelbagai kumpulan ahli ekonomi seperti kumpulan Merkantalis, Fisiokrasi, Klasik, Marginalis, Neoklasik, Institutionalis, Kebajikan, Keynesian dan ahli ekonomi pemikiran Chicago. Turut dibincangkan ialah pendekatan ekonomi Sustainomics dan ekonomi Islam. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar seharusnya dapat mengenalpasti dan membincangkan tenet-tenet penting setiap kumpulan ahli ekonomi tersebut dan sumbangan penting tokoh-tokoh ekonomi terkemuka.

Bacaan Asas

Ahmed El-Ashker & Wilson, R. 2006. Islamic economics: a short history. Leiden: Brill. Brue, S. L. & Grant, R. R. 2007. The evolution of economic thought. 7th Ed. Mason:

Thomson-South Western.

Eukland, R.B. & Hebert R.F. 1997. A history of economic theory and method. 4th Ed.

New York: Mc Graw-Hill.

Medema, S.G. & Samuels. W.J. 2003. The history of economic thought: a reader. 1st

Ed. London: Routledge.

Munasinghe, M. 2009. Sustainable development in practice: sustainomics methodology and applications. Cambridge: Cambridge University Press.

EPPE3043 Ekonomi Pembangunan

Kursus ini bertujuan memberi fahaman kepada pelajar tentang konsep dan teori pertumbuhan dan pembangunan ekonomi serta pelaksanaan dasar yang diperlukan untuk membaiki taraf hidup penduduk di negara membangun. Fokus perbincangan tertumpu kepada aspek-aspek berkaitan struktur, proses, ciri-ciri dan masalah yang terdapat di negara membangun serta melihat punca wujudnya masalah tersebut. Perbincangan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pertama, fokus kepada aspek teori dan kedua, mengkaji isu-isu penting dalam proses pembangunan ekonomi. Tajuk-tajuk yang dibincangkan merangkumi teori pertumbuhan dan pembangunan ekonomi, isu penduduk, penghijrahan, kemiskinan, sektor pertanian, sektor industri, sumber-sumber pertumbuhan ekonomi dan tajuk-tajuk terpilih dalam pembangunan ekonomi termasuk gender dan alam sekitar. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar seharusnya berupaya menganalisis secara kritis isu-isu penting dalam proses pembangunan ekonomi.

Bacaan Asas

Nor Aini Haji Idris & Ab. Razak Dan. 2004. Teori pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Bangi: Penerbit UKM.

Perkin, D.H., Radelet, S., Lindauer, D.L., & Block, S.A. 2013. Economics of development. Economics of development (ISE). 7th. Norton.

Rahmah Ismail & Mohd Shukri Haji Noor. 2004. Dimensi ekonomi pembangunan: teori dan realiti. Suntingan. Bangi: Penerbit UKM.

Todaro, M.P. & Stephen, C.Smith. 2011. Economic development. 11th Ed. Pearson

Education Limited.

Van den Berg. H. 2012. Economic growth and development. 2nd Ed. World scientific

Publishing Co. Pte. Ltd. Singapore.

EPPE3098 Latihan Industri

Latihan Industri ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan persekitaran sebenar alam pekerjaan dengan menempatkan mereka bekerja di organisasi di luar universiti. Melalui kursus ini, pelajar boleh menerapkan konsep, teori dan kemahiran ilmu yang diperoleh dalam bilik kuliah ke alam pekerjaan. Selepas mengikuti latihan ini, pelajar seharusnya boleh menggunakan pengalaman yang diperolehi semasa latihan industri untuk meningkatkan kemahiran diri yang berkaitan dengan alam pekerjaan.

EPPE3996 Kertas Ilmiah

Penulisan Kertas Ilmiah bertujuan memberi kemahiran kepada pelajar menjalankan

penyelidikan saintifik dan penulisan kertas penyelidikan. Kertas Ilmiah perlu disiapkan

tidak melebihi 60 halaman bertaip berjarak 1.5 atau tidak melebihi 12,000 perkataan. Isi kandungannya perlu meliputi latar belakang, rasional kajian, tujuan kajian, metodologi, analisis dan rumusan kajian. Selepas menyiapkan Kertas Ilmiah ini pelajar seharusnya

boleh memahami dan mematuhi tatacara menjalankan penyelidikan saintifik serta

Sinopsis Kursus Wajib Modul (WM)

Dalam dokumen Buku Panduan Prasiswazah FE P (Halaman 62-68)