• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sinopsis Kursus Wajib Modul (WM) Pusat Pengajian Perakaunan

Dalam dokumen Buku Panduan Prasiswazah FE P (Halaman 107-112)

EPPA2413 Undang-Undang Komersan

Matlamat kursus ini adalah untuk memberi kefahaman dalam aspek perundangan yang berkaitan perdagangan. Topik-topik yang dibincangkan adalah sistem perundangan Malaysia, undang-undang kontrak, undang-undang ejensi, undang-undang sewa beli, undang-undang jualan barang, undang-undang insurans, undang-undang instrumen boleh niaga dan prinsip syariah dalam transaksi komersil.

Bacaan Asas

Beatrix Vohrah & Wu Min Aun. 2002. Undang-undang perdagangan Malaysia. Ed. ke- 2. Kuala Lumpur: Longman.

Halsbury’s Laws of Malaysia Volume 23-24. 2004. Malayan law journal.

Harlina Mohamed On & Rozanah Ab Rahman. 2010.Undang-undang perniagaan Malaysia. Ed-2. Kuala Lumpur: Kumpulan Usahawan Muslim.

Lee Mei Pheng & Ivan Jeron Detta. 2009. Business law. Oxford University Press. Sakina Shaik Ahmad Yusoff & Azimon Abdul Aziz. 2003. Mengenali undang-undang

kontrak Malaysia. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

EPPA2423 Undang-Undang Perkongsian dan Syarikat

Kursus ini bermatlamat menambah pengetahuan pelajar berhubung dengan undang- undang yang berkaitan perniagaan. Pelajar akan didedahkan kepada undang-undang perkongsian dan syarikat. Pelajar akan mempelajari ciri dan sifat yang terdapat dalam perkongsian dan syarikat selain mengenal pasti prinsip-prinsip yang diterima pakai untuk setiap perniagaan tersebut. Kursus ini juga akan membincangkan struktur, kewajipan dan liabiliti pihak-pihak yang mengurus perniagaan serta pembubaran dan penggulungan setiap perniagaan.

Bacaan Asas

Arjunan, K. & Low, C.K. 1995. Lipton & herzberg’s understanding company law in Malaysia. Sydney: Law Business Company.

Ben-Chan, C.C., Phillip-Koh,T.N. & Peter-Lim, S.W. 2006. Malaysian company law. 2nd

Ed. Sweet & Maxwell Asia.

Rau, K.V.P. 2003. Company law of Malaysia [shares, meeting, receivers and managers]. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

Shaikh Mohd Noor Alam, S.M.H. 1987. Undang-undang perkongsian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

EPPA3113 Isu Terpilih dalam Perakaunan dan Pelaporan Korporat

Kursus ini merupakan kursus lanjutan dari EPPA3034 Perakaunan dan Pelaporan Korporat. Matlamat utama kursus adalah memberi fahaman kepada pelajar mengenai konsep dan perlakuan perakaunan bagi topik terpilih seperti perakaunan untuk operasi luar negara, penyata alir tunai disatukan, usahasama, penstrukturan semula syarikat, pembubaran syarikat, penilaian saham dan perniagaan, perkongsian, pentadbiran estet dan amanah serta cawangan. Prasyarat: EPPA3034

Bacaan Asas

Akta Syarikat 1965, Piawaian Perakaunan yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) dan Teknikal Buletin MICPA.

Lazar, J. & Tan, L.L. 2012. Company and group financial reporting. 7th Ed. Kuala

Lumpur Pearson Malaysia.

Ng, E.J. 2012. A practical guide to Malaysia financial reporting standard (MFRS Framework). 4th Ed. Singapore CCH.

Shaari Isa. 2005. Advances accounting. Pearson Prentice Hall.

Tan, L.T. 2013. Consolidated financial statements. 7th Ed. Singapore CCH.

EPPA3513 Percukaian II

Kursus ini merupakan lanjutan dari kursus EPPA3023 Percukaian I. Matlamat utama kursus ini ialah untuk membincangkan lanjutan topik-topik dalam percukaian syarikat dan topik-topik sampingan dalam percukaian bagi membolehkan para pelajar memahami sistem percukaian Malaysia secara keseluruhan. Prasyarat: EPPA3023.

Bacaan Asas

Akta-akta yang berkenaan dan Laman Web LHDN serta Kastam DiRaja Malaysia. Choong Kwai Fatt. 2012. Malaysian taxation, principles & practice. 16th Ed. Infoworld.

Choong Kwai Fatt. 2012. Advanced Malaysian taxation, principles & practice. 13th Ed.

Infoworld.

Mohd Rizal Palil. 2005. Aplikasi cukai korporat di Malaysia. Petaling Jaya: Pearson Prentice Hall.

EPPA3613 Pembangunan dan Aplikasi Strategik Sistem Maklumat Perakaunan

Kursus ini menggunakan pengetahuan asas pelajar berkenaan sistem maklumat perakaunan daripada kursus prasyarat dalam menilai, mencadang dan mengurus projek pembangunan sistem kes dunia sebenar. Prasyarat: EPPA3043

Bacaan Asas

Laudon, K.C. & Laudon, J.P. 2010. Management information system: managing the digital firm. 11th Ed. New Jersey: Prentice Hall.

Perry, J.T. & Schneider, G.P. 2003. Building accounting systems using access. 2002. Ohio: Thomson Learning.

Project Management Institute. 2004. A guide to the project management body of knowledge.

Romney, M.B. & Steinbart, P.J. 2012. Accounting information systems. 12th Ed. Essex,

EPPA4123 Teori dan Amalan Perakaunan

Kursus ini bertujuan memberikan pemahaman kepada pelajar mengenai aspek-aspek teori dan amalan dalam bidang perakaunan. Pelajar diharap dapat memahami dan menggarap persoalan dan permasalahan yang dihadapi dalam bidang perakaunan.

Pelajar juga dilatih untuk berfikir dengan sewajarnya dan berhujah secara kritis dalam

menangani permasalahan perakaunan. Antara topik yang dibincangkan termasuk sejarah dan perkembangan teori perakaunan, pendekatan dalam pembentukan teori perakaunan, model pemikiran dalam perakaunan, kerangka kerja secara konsep perakaunan, isu aset, liabiliti, ekuiti, hasil dan belanja, serta isu semasa dalam perakaunan. Prasyarat: EPPA3034

Bacaan Asas

Deegan, C. 2010. Financial accounting theory. 3rd Ed. Australia : McGraw-Hill Pty.

Limited.

Godfrey, J.M., A. Hodgson, S. Holmes & Tarca, A. 2006. Accounting theory. 6th Ed.

Australia: John Wiley & Sons, Ltd.

Rankin, S., Stanton, P., McGowan, S., Ferlauto, K., & Tiling, M. 2012. Contemporary issues in accounting. 1st Ed. John Wiley & Sons Australia Ltd.

Schroeder, R.G.,M.W., Clark & J.M. Cathey. 2009. Financial accounting, theory & analysis : text and cases. 9th Ed. John Wiley & Sons Inc.

Susela Devi, Hooper, K. & Davey, H. 2006. Accounting theory and practice: a Malaysian perspective. Malaysia: Prentice Hall Pearson Education.

EPPA4133 Perakaunan Sektor Awam

Kursus ini diolah untuk mendedahkan pelajar kepada teori dan amalan sistem perakaunan yang diamalkan oleh institusi kerajaan amnya, dan kerajaan Malaysia khasnya. Isu- isu yang akan diliputi termasuklah perundangan dan peraturan, sistem perakaunan dan kewangan, pengauditan, belanjawan dan pengukuran prestasi serta isu-isu semasa perakaunan sektor awam. Prasyarat: EPPA2023.

Bacaan Asas

Abd. Rauf, F. Yusoff. H. Yatim, N., Poobalan, U.R., Che Salleh, S. dan Othman, R. 2005. Public sector accounting:Malaysian context. 2nd Ed. Kuala Lumpur:Prentice Hall.

Engku Ismail, E.A., Mohamad Sharofi, Syed Soffian, S.I., Siti Zabedah, S. & Zarifah,

A. 2009. Perakaunan sektor awam di Malaysia. Penerbit Universiti Utara Malaysia. International Public Sector Accounting Standards (IPSAS) Asas Tunai dan Asas Akruan;

Piawaian Perakaunan Kerajaan;

Perlembagaan Persekutuan; Akta Acara Kewangan 1957; Akta Audit 1957; Arahan Perbendaharaan; Pekeliling Perbendaharaan; Akta Badan Berkanun; Akta Kerajaan Tempatan; Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.

Jones, R. & Pendlebury, M. 2010. Public sector accounting. 6th Ed. London: Prentice

EPPA4213 Seminar Perakaunan Pengurusan

Kursus ini merupakan lanjutan kepada kursus-kursus perakaunan kos dan perakaunan pengurusan. Ianya direkabentuk untuk memastikan pelajar dapat mengaplikasikan teknik dan budibicara di dalam analisis pembuatan keputusan jangka panjang. Kursus ini juga dapat membentuk keupayaan pelajar untuk mengaplikasikan pelbagai teknik penilaian didalam menganalisis prestasi pengurusan dan prestasi ekonomik sesebuah organisasi. Selain itu, kursus ini membincangkan elemen-elemen perakaunan pengurusan strategik dan evolusi teknik-teknik perakaunan pengurusan dalam persekitaran perniagaan masa kini. Prasyarat: EPPA3053

Bacaan Asas

Blocher, E.J., Stout, D.E. & Cockins. 2010. G. Cost management-a strategic emphasis. 5th Ed. McGraw-Hill.

Hansen, D.R. 2013. Cornerstone of cost management. 2nd Ed. South-Western Cengage

Learning.

Hongren, C.T., Foster, G., Datar, S.M., Rajan, M. & Ittner, C. 2009. Cost accounting. 13th Ed. New Jersey: Prentice Hall.

Hoque, Zahirul. 2006. Strategic management accounting. 2nd Ed. Pearson Education.

Young, S.M. 2011. Readings in management accounting. 6th Ed. McGraw Hill.

EPPA4313 Audit Lanjutan dan Penyiasatan

Kursus ini adalah lanjutan daripada kursus pengauditan. Ia bertujuan untuk memberi kefahaman yang mendalam kepada pelajar mengenai konsep yang menjadi asas kepada amalan pengauditan. Pelajar perlu mengintegrasikan ilmu yang dipelajari dari kursus asas EPPA3013 dalam persekitaran berkomputer dan mendalami topik-topik pengauditan yang khusus dan terpilih. Selain itu, pelajar juga didedahkan kepada konsep urustadbir korporat, perakaunan forensik dan penyiasatan serta pengauditan syariah. Prasyarat : EPPA3013

Bacaan Asas

Arens, A., Elder, R., Beasley, M.,. 2011. Auditing and assurance services. An integrated approach. 14th Ed. Malaysia:Prentice Hall.

Gul F.A. and Mahzan N. 2013. Auditing: theory and practice in Malaysia. CCH Asia Pte Limited.

Malaysian Approved Standards on Auditing (MASA). 2007. Kuala Lumpur: Malaysian Institute Accountants.

Malaysian Institute of Accounting By-Laws on Professional Ethics, Conduct and Practice 9Effective Jan 2011).

Messier W. F. & Boh, M. 2007. Auditing and assurance services in Malaysia. 3rd Ed.

EPPA4716 Kajian Kes Integrasi

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada kes pernigaan sebenar dengan mengintegrasikan pengetahuan dalam bidang perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan, percukaian, pengauditan, kewangan, pengurusan dan perniagaan yang berkaitan, teknologi maklumat dan lain-lain kursus dalam bidang sains sosial. Penggunaan kes akan membolehkan dan membantu membentuk pemikiran yang kritis dan pembuatan yang rasional. Latihan melalui pengalaman secara praktikal turut dimuatkan di dalam kursus ini bagi membantu pembelajaran kendiri. Proses pembelajaran diperolehi melalui perbincangan dan pembentangan dalam kumpulan kecil. Syarat: Diambil pada semester akhir program.

Bacaan Asas

Antheny, R.N., Hawkins, D.F. & Merchant, K.A. 2011. Accounting text and cases. 13th

Ed. Singapore: McGraw-Hill.

Barnes, L.B., Christensen, C.R. & Hansen, A.J. 1994. Teaching and the case method. 3rd

Ed. Boston: Harvard Business School Press.

Ellet, W. 2007. The case study handbook. Boston : Harvard Business Press.

Ershine, J.A., Leenders, M.R. & Mauffette-Leenders, L.A. 2003. Teaching with cases. Canada: Ivey Publishing, The University of Western Ontario, Canada.

Mauffette-Leenders, L.A., Erskine, J.A. & Leenders, M.R. 2007. Learning with cases. Ivey Publishing. The University of Western Ontario, Canada.

Sinopsis Kursus Elektif (PB)

Dalam dokumen Buku Panduan Prasiswazah FE P (Halaman 107-112)