• Tidak ada hasil yang ditemukan

B10.1 Bekalan Air (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "B10.1 Bekalan Air (1)"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

BIDANG B

PERANCANGAN SPATIAL

B1.0

Guna Tanah Dan Fizikal

B2.0

Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor Pembangunan

B3.0

Pertanian, Perhutanan Dan Perlombongan

B4.0

Perindustrian

B5.0

Perumahan Dan Kejiranan Hijau

B6.0

Kemudahan Masyarakat, Rekreasi Dan Sukan

B7.0

Pelancongan

B8.0

Perniagaan dan Perkhidmatan

B9.0

Perhubungan Dan Pengangkutan

B10.0

BEKALAN AIR, ELEKTRIK, GAS, TELEKOMUNIKASI DAN JALUR LEBAR

B11.0

Saliran Dan Perparitan

B12.0

Sistem Pembentungan

B13.0

Pengurusan Sisa Pepejal Dan Toksid

B14.0

Alam Sekitar Dan Pengurusan Sumberjaya

(3)

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi dan Jalur Lebar

B10-1

B10.0

BEKALAN AIR, ELEKTRIK, GAS, TELEKOMUNIKASI DAN JALUR LEBAR

B10.1

BEKALAN AIR

Kajian sistem bekalan air akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek penting yang

meliputi pengurusan sumber air, keupayaan rawatan air bersih dan sistem agihan air

bersih kepada pengguna.

B10.1.1 Keupayaan Sumber Air Mentah Negeri Selangor

i. Sumber Air Mentah Daripada Sungai

Sungai merupakan sumber air mentah utama Negeri Selangor, yang mana 6 daripada 7

lembangan utama sungai Negeri Selangor merupakan lokasi penting abstraksi air

mentah dan muka sauk bagi Loji Rawatan Air (LRA) yang terdapat di Negeri Selangor,

Kuala Lumpur dan Putrajaya (Rajah B10.1).

Lembangan Sungai Selangor merupakan sumber air mentah utama Negeri Selangor

iaitu 63% daripada jumlah keseluruhan abstraksi air permukaan untuk kegunaan

domestik, perniagaan, perdagangan, industri dan kegunaan-kegunaan lain oleh

penduduk Negeri Selangor; diikuti oleh Lembangan Sungai Langat (27%) dan

Lembangan Sungai Klang (8%). Jadual B10.1 menunjukkan kaitan antara lembangan-lembangan sungai utama Negeri Selangor dan kepentingan kepada sumber air mentah

Negeri Selangor.

Jadual B10.1: Sumber Bekalan Air Mentah Negeri Selangor

Sumber /Kawasan Tadahan Utama

Kadar Abstraksi

(JLH) Bagi Tahun

2011

Peratus Pembekalan

Sumber Air Mentah

Jumlah Loji Rawatan

Air

Bilangan Empangan

Bekalan Air Mentah

Lembangan Sungai Bernam

50 1.2% 3 -

Lembangan Sungai Tengi

30 0.7% 3 -

Lembangan Sungai Selangor

2,663 63.1% 9 2

Lembangan Sungai Klang

333 8.0% 9 3

Lembangan Sungai Langat

1,138 27.0% 10 2

Lembangan Sg. Sepang/ Sepang Kecil

- - - -

Jumlah 4,214JLH 100% 34 7

(4)
(5)

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi dan Jalur Lebar

B10-3

Air mentah ini diabstrak dari sungai-sungai yang terdapat di dalam

lembangan-lembangan tersebut dan akan melalui proses rawatan, seterusnya diagihkan dan

kemudian digunakan untuk pelbagai kegunaan.

ii. Sumber Air Bawah Tanah

Air bawah tanah juga merupakan sumber air mentah bagi Negeri Selangor, tetapi tidak

digunakan untuk pembekalan air pada skala yang besar dan tidak menjadi sebahagian

dari aktiviti utama sistem bekalan air bersih dan tidak dirawat melalui Loji Rawatan Air

(LRA) yang terdapat di Selangor.

Kerja-kerja abstraksi air bawah tanah hanya dijalankan untuk kegunaan perdagangan

seperti industri besi/keluli, industri pembuatan barang-barang dari getah, peralatan

elektronik, industri pemakanan dan minuman, industri simen/konkrit, industri

automobil serta aktiviti-aktiviti perkilangan yang lain. Pihak Lembaga Urus Air Selangor

(LUAS) mengeluarkan permit dan lesen serta memantau aktiviti-aktiviti yang berkaitan

dengan abstraksi air bawah tanah ini. Maklumat kadar abstraksi air bawah semasa

adalah seperti dalam Jadual B10.2 berikut.

Abstraksi/ Sumber Air Permukaan

http://www.antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/langat%202.JPG

Muka Sauk

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.111254.1355111733 !/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg

Sumber Air Permukaan

(6)

B10-4

Jadual B10.2: Maklumat Abstraksi Air Bawah Tanah Negeri Selangor

Nama Lembangan

Jumlah Abstraksi Air Bawah Tanah

(Meter Padu) Bagi Tahun 2011

Pemegang Lesen Sehingga

2011

Kegunaan Utama

Lembagan Sg.

Langat 7.87 Juta

21

i) Industri Besi/Keluli ii) Industri Pemakanan dan

Minuman

iii) Industri Peralatan Elektronik

iv) Industri Pembuatan Peralatan Getah (Glove) Lembangan

Sg. Selangor

1.35 Juta 21

i) Industri Am ii) IndustriPeralatan

Getah(Glove) iii) Industri

Pembuatan Sabun iv) Industri Automobil Lembangan

Sg. Klang

2.70 Juta 65

i) Industri Elektronik ii) Industri Am

iii) Industri Simen /Konkrit iv) Pertanian

Jumlah 11.92 Juta

Sumber: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 2012

Abstraksi / Sumber Air Bawah Tanah

(7)

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi dan Jalur Lebar

B10-5

iii. Sumber Air Mentah Alternatif daripada Kolam (Tasik dan Bekas Lombong)

Kerajaan Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengambil langkah

untuk meningkatkan lagi kebolehdapatan sumber air di kawasan lembangan sungai

selain daripada empangan sedia ada. Pihak LUAS telah mewartakan 19 kolam (tasik dan

bekas lombong) di Negeri Selangor sebagai Zon Perlindungan Kolam Sumber Air

Alternatif melibatkan keluasan melebihi 2,276.75 hektar dengan anggaran isipadu air

sebanyak 245 juta meter padu (Rajah B10.2). Kesemua kolam takungan ini mampu

bertahan selama 2 bulan, namun kadar abstraksinya dikawal mengikut jumlah tertentu

pada setiap hari.

Jadual B10.3: Senarai Kolam (Tasik dan Bekas Lombong) Sumber Air Alternatif

Bil. Nama Kolam Mukim /

Daerah Keluasan Zon Perlindungan (Hektar) Keluasan Kolam (Hektar)

1. Kolam Saujana Putra Mukim Tanjung Dua

Belas, Kuala Langat 186.30 114.32

2. Kolam Labohan

Dagang MC8 & MC9

Mukim Tanjung Dua

Belas, Kuala Langat 190.00 99.63

3.

Kolam Petaling Tin, Bukit Cheding & Kolam Agro-Tech, Olak Lempit

Mukim Tanjung Dua

Belas, Kuala Langat 529.80 479.64

4. Kolam Sungai

Rawang-Serendah

Bandar Serendah,

Hulu Selangor 45.44 31.66

5. Kolam Taman Desa

Anggerik

Mukim Serendah,

Hulu Selangor 18.20 11.23

6.

Kolam Takungan ‘1’, Batu 31, Jalan Rawang-Batang Berjuntai

Mukim Serendah dan Mukim Sg. Tinggi, Hulu Selangor

220.40 132.60

7.

Kolam Takungan ‘2’, Batu 31, Jalan Rawang-Batang Berjuntai1

Mukim Serendah dan Mukim Rawang, Hulu Selangor

217.31 176.44

8.

Kolam Takungan ‘3’, Batu 31, Jalan Rawang-Batang Berjuntai

Mukim Serendah dan Mukim Rawang, Hulu Selangor

172.80 65.20

9. Kolam Takungan ‘2’,

Kg. Sg. Darah

Pekan Bestari Jaya,

Seksyen 4 45.20 21.10

10. Kolam Takungan ‘1’,

Kg. Sg. Darah

Pekan Bestari Jaya,

Seksyen 4 234.50 182.80

11.

Kolam Takungan Kg. Timah

Mukim Hulu Yam dan Mukim Batang Kali, Hulu Selangor

40.10 25.50

1

(8)

B10-6

Jadual B10.3: Senarai Kolam (Tasik dan Bekas Lombong) Sumber Air Alternatif (Samb…)

Bil. Nama Kolam Mukim /

Daerah

Keluasan Zon Perlindungan

(Hektar)

Keluasan Kolam (Hektar)

12. Kolam Takungan

Rasa

Mukim Rasa, Hulu

Selangor 11.70 5.60

13. Kolam Takungan ‘1’,

Kg. Keliang

Bandar Kalumpang dan Mukim Kuala

Kalumpang, Hulu Selangor

25.60 11.80

14. Kolam Takungan ‘2’,

Kg. Keliang

Mukim Kuala Kalumpang, Hulu Selangor

5.70 3.90

15. Kolam Takungan

Kg. Serigala, Batu 62

Mukim Hulu Bernam,

Hulu Selangor 18.00 10.10

16. Kolam Takungan ‘A’,

‘B’ & ‘C’ (Kolam ABASS)

Mukim Dengkil, Sepang 194.90 106.41

17. Kolam Takungan

Kg. Hang Tuah

Mukim Bestari Jaya,

Kuala Selangor 120.80 63.41

18/ 19

Kolam Berjuntai Tin dan Kolam KL-Larut,

Mukim Pasangan, Mukim Batang Berjuntai dan Mukim Hulu Tinggi, Daerah Kuala Selangor

Semakan JUPEM Selangor

2,276.75 1,541.34

Sumber: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 2014

Selain itu, bagi menambah keupayaan sumber air mentah di Negeri Selangor, LUAS kini

dalam pelaksanaan 2 projek mega iaitu ;

a) Projek membangunkan sumber air tambahan dari kolam takungan bekas lombong di

Bestari Jaya, Daerah Kuala Selangor melibatkan keluasan 4,360.32hektar dengan

anggaran kuantiti takungan 301.40 juta meter padu.

b) Projek membangunkan sumber air tambahan dari kolam tebatan banjir di Sungai

Rasau, Daerah Sepang melibatkan anggaran keluasan 202.35 hektar dengan

anggaran kuantiti takungan 60.71 juta meter padu.

Jumlah keseluruhan simpanan air mentah dari sumber ini adalah sebanyak 607.11 Juta

Meter Padu (dengan mengambil kira 17 bekas lombong, kolam takungan bekas lombong

Bestari Jaya, Kuala Selangor dan kolam tebatan banjir Sungai Rasau, Sepang).

Dengan mengambil kira kadar abstraksi semasa (4,500 Juta Liter SeHari), kapasiti

simpanan ini mampu menampung keperluan permintaan bekalan air bersih bagi Lembah

Klang selama 4.50 bulan dan ini selaras dengan polisi kerajaan Negeri Selangor supaya

simpanan air mentah dari punca alternatif ini mestilah mampu bertahan selama

sekurang-kurangnya dua (2) bulan.

2

(9)
(10)

B10-8

B10.1.2 Empangan dan Kapasiti Simpanan Air Mentah dari Sungai

Sebanyak tujuh (7) empangan yang terdapat di Negeri Selangor telah diwartakan

sebagai Zon Perlindungan Kawasan Tadahan Air (KTA) di bawah Seksyen 48, Enakmen

LUAS 1999 (Rajah B10.3). Tujuan pembinaan empangan adalah untuk menstabilkan

aliran air sungai-sungai yang menjadi muka sauk dan lokasi proses abstraksi air sungai

untuk dirawat. Apabila hujan lebat berlaku, empangan-empangan tersebut akan

menjadi penuh untuk simpanan air mentah dan akan dilepaskan ketika keadaan aliran

sungai menjadi rendah dan sedikit ketika cuaca kering dan kemarau. Kebanyakan

empangan ini beroperasi sebegitu kecuali beberapa Loji Rawatan Air (LRA) yang

mengambil air secara proses ‘direct abstraction’ terus dari empangan seperti LRA Bukit

Nanas (Empangan Klang Gates), LRA Sungai Batu (Empangan Sungai Batu) LRA North

Hummock (Empangan Tasik Subang). Jadual B10.4 menerangkan secara terperinci

maklumat fizikal dan keupayaan penyimpanan empangan-empangan berkenaan.

Jadual B10.4: Empangan Untuk Pembekalan Air Negeri Selangor

Nama Empangan Keupayaan Simpanan (Juta Liter) Lembangan Sungai Keluasan Kawasan Tadahan (km persegi) Keluasan Empangan (km persegi)

Kegunaan No.

Pelan Warta

Empangan Sg. Tinggi

109,529 Sg. Selangor 24 4.8 Bekalan Air

Sahaja PW 1560

Empangan Sg. Selangor

235,000 Sg. Selangor 197 5.0 Bekalan Air

Sahaja

PW 1558

Empangan Tasik Subang

3,500 Sg.Klang 6.5 0.23 Bekalan Air

Sahaja

PW 1561

Empangan Sg. Batu

30,199 Sg. Klang 50 2.5 Bekalan Air

Dan Tebatan Banjir PW 1527 Empangan Klang Gates

32,013 Sg. Klang 77 2.7 Bekalan Air

Sahaja

PW 1526

EmpanganSg. Langat

37,480 Sg. Langat 54 2.5 Bekalan Air

Dan Tebatan Banjir PW 1557 Empangan Sg. Semenyih

59,071 Sg. Langat 41 2 Bekalan Air

Dan Tebatan Banjir

PW 1559

Jumlah 506,792 Juta

Liter (3.75 bulan rizab berdasarkan permintaan harian sebanyak 4,500 Juta Liter Padu Sehari)

(11)

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi dan Jalur Lebar

B10-9

Jumlah kapasiti bagi kesemua tujuh (7) empangan yang menjadi sumber air mentah

kepada Negeri Selangor adalah sebanyak 506,792 juta liter atau 506.792 Juta Meter

Padu. Dengan kadar abstraksi sebanyak 4,500 JLH mengikut keperluan semasa,

simpanan tersebut mampu bertahan selama 3.75 bulan. Ini bertepatan dengan dasar

kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan bahawa rizab bekalan air mentah dari

sumber ini (sungai) mestilah mampu bertahan antara 3 hingga 4 bulan.

B10.1.3 Unjuran Keperluan Simpanan Air Mentah dan Kadar Abstraksi dari Sungai

Jadual B10.5 menunjukkan unjuran keperluan simpanan air mentah dankadar abstraksi

air mentah dari sungai-sungai utama Negeri Selangor untuk mengekalkan 100 hari rizab

bekalan air bersih.

Secara amnya, unjuran keperluan simpanan air mentah daripada sumber air sungai

daripada 2012 sehingga 2035 menunjukkan keperluan simpanan dan kadar abstraksi air

larian permukaan meningkat dari 26% kepada 46.82% bagi tempoh tersebut. Walaupun

begitu, keupayaan simpanan sebenar (tidak berubah iaitu 506.8 Billion Liter) dan

tempoh rizab untuk mengekalkan rizab air mentah adalah semakin berkurangan (jika

tiada pembangunan baru) dari 112 hari pada tahun 2012 kepada 64 hari pada tahun

2035. Pengurangan yang paling tinggi berlaku antara tahun 2015 dan 2020.

Empangan Sungai Tinggi

Sumber :

http://asiabaruconstruction.com.my/projects_details.php?mid=11

Empangan Batu

Sumber : http://www.travelinmalaysia.com/2013/01/empangan

Empangan Tasik Subang

Sumber :

http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=9596

Empangan Klang Gates

(12)

B10-10

Jadual B10.5: Unjuran Keperluan Simpanan Air Mentah (Sungai) dan Kadar Abstraksi untuk Mengekalkan 3.5 Bulan (100 hari) Rizab Air Mentah

Tahun 2012 2015 2020 2025 2030 2035

Unjuran Keperluan Simpanan

(untuk mengekalkan 100 hari rizab air mentah) 450 Billion Liter 476 Billion Liter 549 Billion Liter 622 Billion Liter 704 Billion Liter 796 Billion Liter Unjuran Kadar Abstraksi Air Larian Permukaan (berdasarkan unjuran permintaan) 4,500 JLH 4,760 JLH 5,490 JLH 6,220 JLH 7,040 JLH 7,960 JLH

Jumlah Air Larian

Permukaan Semasa 17,000 JLH

17,000 JLH 17,000 JLH 17,000 JLH 17,000 JLH 17,000 JLH Unjuran Keperluan Peratus Kadar Abstraksi Berbanding Jumlah Air Larian Permukaan (untuk mengekalkan 100 hari rizab air mentah)

26% 28% 32% 36% 41% 46.82%

Keupayaan Simpanan Sebenar (tiada pembangunan baru) 506.8 Billion Liter 506.8 Billion Liter 506.8 Billion Liter 506.8 Billion Liter 506.8 Billion Liter 506.8 Billion Liter Tempoh Rizab (tiada pembangunan baru) 112 Hari 107 Hari 92 Hari 81 Hari 72 Hari 63 Hari

Sumber: KajianRancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

Jadual B10.6: Unjuran Keperluan Simpanan Air Mentah (Keseluruhan) dan Kadar Abstraksi untuk Mengekalkan 3.5 Bulan (100 hari) Rizab Air Mentah

Tahun 2012 2015 2020 2025 2030 2035

Unjuran Keperluan Simpanan

(untuk mengekalkan 100 hari rizab air mentah) 540 Juta Meter Padu Setahun 584 Juta Meter Padu Setahun 677 Juta Meter Padu Setahun 785 Juta Meter Padu Setahun 910 Juta Meter Padu Setahun 1,055 Juta Meter Padu Setahun Unjuran Permintaan Bekalan Air dan NRW (berdasarkan unjuran permintaan) 1,942 Juta Meter Padu Setahun 2,102 Juta Meter Padu Setahun 2,436 Juta Meter Padu Setahun 2,825 Juta Meter Padu Setahun 3,275 Juta Meter Padu Setahun 3,800 Juta Meter Padu Setahun Kapasiti Simpanan Semasa Termasuk Empangan Sungai, Air Bawah Tanah & Bekas Lombong/Kolam 1,418 Juta Meter Padu Setahun 1,418 Juta Meter Padu Setahun 1,418 Juta Meter Padu Setahun 1,418 Juta Meter Padu Setahun 1,418 Juta Meter Padu Setahun 1,418 Juta Meter Padu Setahun

Jangka Masa Tempoh Bertahan Dengan Kapasiti Semasa 8.76 Bulan 8.10 Bulan 7 Bulan 6 Bulan 5.20 Bulan 4.50 Bulan

(13)

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi dan Jalur Lebar

B10-11

Empangan Sungai Langat

Sumber

:http://iwrims.luas.gov.my/images/uploadImages/SgTinggi/tinggi3.jpg

Empangan Sungai Semenyih

Sumber :

http://www.mps.gov.my/image/image_gallery?uuid=61a74748-248b-481b-94e6-49d4f384fa46&groupId=16920&t=1352106126981

Pemandangan Empangan Sungai Selangor Ketika Limpahan (Overflow)

Sumber : http://iwrims.luas.gov.my/images/uploadImages/TasikSubang/tsubang2.jpg

Tiada Limpahan (Pemandangan Pada 3 September 2012) Empangan Sungai Selangor.

(14)

B10-12

B10.1.4 Keupayaan Loji Rawatan dan Permintaan Bekalan Air Bersih

Di Negeri Selangor terdapat 34 loji rawatan air (LRA) yang beroperasi untuk

menjalankan kerja-kerja rawatan air mentah untuk kegunaan domestik, perdagangan

dan perindustrian bagi keperluan di dalam Negeri Selangor. Untuk memudahkan

analisis, Loji-Loji Rawatan Air ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Loji Utama (10

buah) dan Loji Kecil (24 buah) (Rajah B10.3). Loji-loji utama adalah loji yang mempunyai

kapasiti reka bentuk yang tinggi dan pengagihan ke kawasan-kawasan utama dan

permintaan air bersih yang tinggi di Lembah Klang3. Manakala loji kecil mempunyai

kapasiti reka bentuk yang kecil dan cuma membekalkan ke kawasan-kawasan setempat

dan tertentu sahaja. Contohnya Loji Rawatan Air Sungai Buaya cuma membekalkan air

bersih ke Bandar Baru Sungai Buaya dan kawasan sekitarnya sahaja. Jadual B10.7 dan

B10.8 menunjukkan maklumat loji rawatan air (LRA) yang terdapat di Negeri Selangor.

Jadual B10.7: Maklumat Loji Rawatan Air Bersih (Loji Utama) Negeri Selangor

Bil. Nama Loji Rawatan Air (LRA)

Muka Sauk /Lokasi Abstraksi

Keupayaan Reka Bentuk

(JLH)

Kapasiti Yang Boleh Diagihkan (JLH)

1. LRA Sungai

Selangor Plant 1 (SSP1)

Sungai Selangor (‘Intake’ Batang Berjuntai)

950.00 800.00

2. LRA Sungai

Selangor Plant 2 (SSP2)

Sungai Selangor (‘Intake’ Batang Berjuntai)

950.00 965.00

3. LRA Sungai

Selangor Plant 3 (SSP3)

Sungai Selangor (‘Intake’ Batang Berjuntai)

800.00 700.00

4. Loji Rawatan Air

Rasa

Sungai Selangor

(‘Intake’ Rasa) 250.00 150.00

5. Loji Rawatan Air

Semenyih

Sungai Semenyih

545.00 665.00

6. Loji Rawatan Air

Sungai Langat

Sungai Langat

386.00 472.56

7. Loji Rawatan Air

Bukit Nenas

Empangan Klang

Gates 136.00 136.00

8. Loji Rawatan Air

Sungai Batu

Empangan Batu

113.70 130.00

9. Loji Rawatan Air

Sungai Labu

Sungai Labu

105.00 105.00

10. Loji Rawatan Air

Wangsa Maju

Empangan Klang Gates

45.00 45.00

Jumlah 4,281.70 4,168.56

Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2012

(15)
(16)

B10-14

LRA Sungai Selangor bagi SSP1, SSP2 dan SSP3 mempunyai keupayaan yang tinggi dari

800 JLH sehingga 950 JLH. Secara amnya terdapat 10 Loji Rawatan Air (LRA) Utama di

Selangor, namun 4 daripada LRA tersebut yang beroperasi melebihi kapasiti reka bentuk

(overloading) seperti LRA SSP2, LRA Semenyih, LRA Sungai Langat dan LRA Sungai Batu.

Loji-loji yang beroperasi di bawah kapasiti reka bentuk pula melibatkan LRA SSP1, LRA

SSP3, LRA Rasa dan LRA Sungai Labu. Keterbatasan operasi yang jauh lebih rendah

daripada kapasiti sebenar adalah di sebabkan oleh perancangan asal pengagihan

keperluan bekalan air di kawasan sasar tidak seiring dengan keperluan bekalan air

semasa.LRA Sungai Labu telah mula beroperasi pada 20 Mac 2012 untuk menampung

keperluan permintaan bekalan air bersih di Selangor yang semakin meningkat dengan

pertambahan 45 JLH.

Jadual B10.8: Maklumat Loji Rawatan Air Bersih (Loji-Loji Kecil) Negeri Selangor

Bil. Nama Loji Rawatan Air (LRA)

Muka Sauk /Lokasi Abstraksi

Keupayaan Reka bentuk

(JLH)

Kapasiti Yang Boleh Diagihkan (JLH)

1. LRA Bernam River

Headworks

Sg. Bernam

40.60 40.60

2. LRA Felda Sg. Dusun Sg. Dusun 1.30 1.30

3. LRA Sg. Selisik Sg. Selisik 1.30 1.30

4. LRA Felda Sg. Tenggi Sg. Tengi 1.30 1.30

5. LRA Kalumpang Sg. Inki 6.70 6.70

6. LRA Kuala Kubu Bharu Sg. Selangor 6.70 6.70

7. LRA Batang Kali Sg.Batang Kali 20.30 20.30

8. LRA Felda Sg. Buaya Sg. Buaya 0.90 0.90

9. LRA Sg. Sireh Terusan Sireh 27.00 27.00

10. LRA Rantau Panjang Sg. Selangor 31.50 31.50

11. LRA North Hammock Tasik Subang 22.50 22.50

12. LRA Sg. Rangkap Sg. Rangkap 9.00 9.00

13. LRA Sg. Kroh Sg. Keroh 0.50 -

14. LRA Sg. Rumput Sg. Gombak 2.80 4.50

15. LRA Kepong Sg. Kepong 4.40 2.30

16. LRA Sg. Gombak Sg. Gombak 22.50 22.50

17. LRA Ampang Sg. Ampang 18.00 18.00

18. LRA Sg. Pusu Sg. Lolo 1.04 3.00

19. LRA Sg. Lolo Sg. Lolo 0.40 0.40

20. LRA Sg. Pangson Sg. Pangsoon 1.80 1.80

21. LRA Cheras Batu 11 Sg. Langat 27.00 27.00

22. LRA Sg. Serai Sg. Langat 0.90 0.90

23. LRA Bukit Tampoi Sg. Langat 31.50 32.64

24. LRA Salak Tinggi Sg. Labu 10.80 10.80

Jumlah 290.74 292.94

(17)

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi dan Jalur Lebar

B10-15

Hasil analisis perbandingan mendapati kapasiti reka bentuk bagi kesemua 34 buah loji

rawatan air di Negeri Selangor tahun 2013 berjumlah sebanyak 4,606 JLH. Jumlah yang

boleh diagihkan pula sebanyak 4,661 JLH. Manakala penemuan terhadap RSN Selangor

2020 adalah terdapat 31 buah loji rawatan air sahaja dengan keupayaan keseluruhan

pada 2002 adalah 3,573 JLH. Pertambahan keupayaan pengeluaran dan bilangan loji

rawatan adalah dengan pembinaan LRA Sungai Selangor Plant 2 (SSP2), LRA Sungai

Selangor Plant 3 (SSP3) dan Loji Rawatan Air Sungai Labu. Daripada kesemua loji-loji

kecil (24 buah) tersebut, hanya LRA Bukit Tampoi sahaja yang beroperasi melebihi

kapasiti reka bentuk.

Secara rumusannya, purata pengeluaran dan kapasiti yang boleh diagihkan adalah

seperti Rajah B10.4 yang menunjukkan peningkatan dari tahun 2008 sehingga 2015 (Tempoh 5 tahun). Kapasiti pengeluaran pada 2008 secara puratanya sejumlah 3,867

JLH meningkat kepada 4,271 JLH pada 2012 berbanding kapasiti yang boleh diagihkan

untuk tahun terkini 2012 sebanyak 4,411 JLH dan 4,661 JLH pada tahun semasa 2013.

Jadual B10.9 menunjukkan kapasiti reka bentuk loji rawatan air berjumlah 4,606 JLH

berbanding dengan keupayaan agihan sebenar kira-kira 4,661 JLH bagi tahun 2012.

Tahap keupayaan agihan ini telah meningkat berbanding keupayaan keseluruhan

bekalan air pada tahun 2002 iaitu sebanyak 3,573 JLH4. Kadar air tidak terhasil atau

NRW pada tahun 2012 adalah masih tinggi iaitu sebanyak 32%. Walau bagaimanapun

kadar ini adalah lebih rendah berbanding pada tahun 2002 iaitu sebanyak 40% dan ia

juga lebih rendah daripada kadar NRW Semenanjung Malaysia yang secara puratanya

pada kadar 36%.

4

Sumber: Laporan Pemeriksaan RSN Selangor 2020

Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih

Sumber :

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2012/0226/Kosmo/Negara/ne_03. 1.jpg

LRA Sungai Selangor Plant 2 (SSP2)

Sumber : infrastructure21.com

LRA Sungai Selangor Plant 1 (SSP1)

Sumber : www.kosmo.com.my

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh

Sumber :

(18)

B10-16

B10.4: Keupayaan Agihan dan Operasi Loji

Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2012

Jadual B10.9: Ringkasan Keupayaan Agihan Sistem Bekalan Air Negeri Selangor dari Segi Penawaran, Permintaan dan Kadar Air Tanpa Akaun (NRW)

Kapasiti Reka bentuk Loji Rawatan Air

Keupayaan Agihan

(JLH)

Pengeluaran Sebenar

Semasa (2013)

Kadar air Tanpa

Hasil (NRW)

Liputan Kawasan Perkhidmatan

4,606 JLH 4,661 JLH 4,641.17 JLH

(Purata Bulan Mei, 2013)

32% 100%

Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), 2012

Panjang keseluruhan paip agihan adalah kira-kira 25,927km dengan keupayaan tangki

simpanan termasuk tangki sedutan sejumlah 1,414 buah. Bilangan pam penggalak

sejumlah 498, manakala bilangan injap sebanyak 53,878 (Jadual B10.10). Liputan

perkhidmatan bekalan air meliputi 100% kawasan di Selangor merangkumi kategori

penggunaan bagi sektor domestik, perdagangan dan industri iaitu melebihi 7.5 juta

(19)

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi dan Jalur Lebar

B10-17

Jadual B10.10: Ringkasan Maklumat Paip Agihan, Tangki Simpanan, Pam dan

Injap yang Terlibat di dalam Proses Agihan Air Bersih untuk Selangor.

Panjang Keseluruhan

Paip Agihan

Bilangan Tangki Simpanan Termasuk Tangki

Sedutan

Bilangan Pam Penggalak

Bilangan Injap

Kategori Penggunaan

25,927 KM 1,414 498 53,878 Domestik : 85%

Bukan Domestik : 15%

Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), 2012

Analisis dari aspek bebanan loji dan keperluan sebenar bekalan air Negeri Selangor pada

tahun 2012 menunjukkan keupayaan LRA menghasilkan air bersih dan permintaan

sebenar air bersih harian bagi Negeri Selangor adalah hampir sama. Ini bermakna rizab

air bersih adalah pada tahap 0% (plus minus di bawah 3%). Jadual B10.11 menunjukkan

pada tahun 2012 keupayaan pengeluaran semua LRA di Selangor menghampiri permintaan sebenar bekalan air bersih Negeri Selangor. Keterbatasan operasi yang jauh

lebih rendah daripada kapasiti sebenar adalah di sebabkan oleh perancangan asal

pengagihan keperluan bekalan air di kawasan sasar tidak seiring dengan keperluan bekalan air semasa.

Jadual B10.11: Maklumat Operasi Loji Rawatan Air dan Penggunaan Semasa

Bil. Nama Operator Jumlah Loji Rawatan

Kapasiti Reka bentuk (JLH)

Kapasiti Boleh Agih

(JLH)

Pengeluaran Purata Mei

1.

Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH)

3 2,000 1,835 1,859

2.

Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS)

1 454 665

666

3. Puncak Niaga (M)

Sdn Bhd (PNSB) 29 1,956 2,056

2,012

4.

Konsortium Air Selangor Sdn Bhd (KASB)

1 105 105

101

Jumlah Keseluruhan 34 4,606 4,661 4,641.17

Jumlah Kapasiti Reka Bentuk Asal Semua Loji 34 LRA : 4,606 JLH Pengeluaran Semasa Semua 34 LRA/

Jumlah Permintaan Semasa Bekalan Air

Bagi Purata BeberapaHari Pada Bulan Mei, 2013 (plus NRW) : 4,641.17 JLH Kapasiti Boleh Agih Semua 34 LRA

(Purata Beberapa Hari Dalam Bulan Mei, 2013) : 4,661 JLH Rizab Air Bersih Bagi Purata Beberapa Hari Dalam Bulan Mei, 2013 : 0.50%

(20)

B10-18

B10.1.5 Potensi Pemakaian Teknologi Hijau di dalam Sistem Bekalan Air

Bagi sektor bekalan air, penerapan teknologi hijau adalah melalui penjimatan pengunaan

air. Sistem menuai air hujan (rain-water harvesting) dan menggunakannya untuk

penggunaan air dalam bangunan dan lanskap dapat mengurangkan kegunaan air dari

paip SYABAS. Air dari sinki (grey water) boleh digunapakai semula untuk air tandas.

Teknik memilih tanaman landskap dan sistem pengairan seperti air pancuran dan

lelehan (dripping) juga boleh menjimatkan penggunaan air.

Penggunaan atau aplikasi teknologi hijau juga boleh dilaksanakan di dalam proses kerja

atau amalan hidup seharian. Masyarakat digalakkan membawa air minum dalam bekas

tanpa keperluan membeli botol-botol air.

B10.1.6 Unjuran

Pada tahun 2035 permintaan bekalan air bersih adalah berjumlah 7,961.11 JLH. Bagi

menampung permintaan ini keupayaan loji rawatan air sedia ada perlu dipertingkatkan

beserta pengurangan kadar kehilangan air dan penggunaan teknologi baru. Menjelang

tahun 2018, pembinaan loji rawatan air baru diperlukan bagi menampung permintaan

(Jadual B10.12).

Jadual B10.12: Pengiraan Rizab Air Bersih Berdasarkan Perbandingan Unjuran Permintaan Air Dan Program Keupayaan Rawatan Air Bersih Sehingga Tahun 2035(Berdasarkan Kenaikan Permintaan Purata 3% Setahun)

Bil. Tahun Permintaan Air

Bersih @ 3.0% Setahun (JLH)

Keupayaan Rawatan Sebenar

Rizab Air Bersih

1. 2012 4,360.45

(Purata Permintaan Mei & Jun 2012)

4,411 1.14%

2. 2013 4,491.26 4,516

(Penambahan 105JLH dengan

pelaksanaan Projek Naik Taraf

LRA Sg. Labu

0.55%

3. 2014 4,626.00 4,690

(Penambahan 174 JLH dengan

pelaksanaan Projek Mitigasi I & Program Pengurangan NRW

F1)

1.36%

4. 2015 4,764.78 4,842

(Penambahan 152JLH dengan Program Pengurangan NRW F2

dan

Projek Baik Pulih LRA Bukit Jelutong dengan Teknologi

Membrance )

(21)

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi dan Jalur Lebar

B10-19

5. 2016 4,907.72 5,112

(Penambahan 270 JLH dengan

pelaksanaan Projek Mitigasi II)

4.01%

6. 2017 5,054.96 5,112 1.13%

7. 2018 5,206.61 6,264

(Penambahan 1,130JLH dengan

pelaksanaan Projek

LRA Langat 2, Fasa I)

16.89%

8. 2019 5,362.80 6,242 14.09%

9. 2020 5,496.87

(Pengiraan Permintaan Air Bersih Menurun Kepada 2.5% dengan program Pengurangan NRW

sehingga 22% menjelang 2020)

6,242 11.93%

10. 2021 5,634.30 6,242 9.73%

11. 2022 5,775.15 6,242 7.48%

12. 2023 5,919.53 6,242 5.16%

13. 2024 6,067.52 6,242 9.47%

14. 2025 6,219.21 6,242 2.80%

15. 2026 6,374.69 7,442

(Penambahan 1,200 JLH dengan

pelaksanaan Projek

LRA Langat 2, Fasa II)

14.35%

16. 2027 6,534.06 7,442 12.20%

17. 2028 6,697.41 7,442 10.01%

18. 2029 6,864.84 7,442 7.76%

19. 2030 7,036.46 7,442 5.45%

20. 2031 7,212.37 7,442 3.09%

21. 2032 7,392.68 7,442 0.67%

22. 2033 7,577.50 8,642

(Penambahan 1,200 JLH dengan

pelaksanaan Projek

LRA Langat 2, Fasa III)

12.32%

23. 2034 7,766.94 8,642 10.13%

24. 2035 7,961.11 8,642 7.88%

(22)

B10-20

Jadual B10.13: Asas Pengiraan: Berdasarkan Rekod-Rekod Terdahulu dengan Purata Kenaikan Sebanyak 3.0 % Setahun

Bil. Tahun Permintaan Air

Berdasarkan Pengeluaran Loji

Kenaikan

1. 2008 3,867 JLH -

2. 2009 3,923 JLH 1.45 %

3. 2010 4,063 JLH 3.56 %

4. 2011 4,143 JLH 1.95%

5 2012 4,360 JLH 5.2%

Purata 3.04%

Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

Berdasarkan unjuran bekalan dan permintaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur

dan Putrajaya ; perlaksanaan Loji Rawatan Air Langat 2 perlu dilaksanakan dalam tiga

(3) fasa untuk menampung keperluan sehingga 2035.

Jadual B10.14: Unjuran Permintaan Air dan Keupayaan Rawatan Air Bersih Sehingga Tahun 2035 (Berdasarkan Unjuran dari Sektor Perumahan, Perniagaan dan Perindustrian)

Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

Kategori Tahun

2010 2015 2020 2025 2030 2035

Perumahan Unit : 1,322,220 1,538,900 1,810,684 2,040,474 2,246,622 2,432,649 Kadar : (Setiap Unit) 1,100 sehari 1,100 sehari 1,100 sehari 1,100 sehari 1,100 sehari 1,100 sehari

Keperluan : 1,454 JLH 1,693 1,992 JLH 2,244 JLH 2,472 2,676 JLH

Perniagaan Ruang Lantai : (m2)

31,646,205 34,420,205 37,320,205 40,265,805 43,047,405 45,800,205

Kadar (Setiap 100m2) 1,000 sehari 1,000 sehari 1,000 sehari 1,000 sehari 1,000 sehari 1,000 sehari

Keperluan : 316 JLH 344 JLH 373 JLH 402 JLH 430 JLH 458 JLH

Industri Hektar : 16,288 19,167 23,202 25,521 28,073 30,880

Kadar : (Setiap Hektar) 30,000 sehari 30,000 sehari 30,000 sehari 30,000 sehari 30,000 sehari 30,000 sehari

Keperluan : 488 JLH 575 JLH 696 JLH 765 JLH 842 JLH 926 JLH

Jumlah Selangor

2,457 JLH 2,843JLH 3,332 JLH 3,718 JLH 4,080 JLH 4,425 JLH

Putrajaya dan Kuala Lumpur (35%)

860 JLH 995 JLH 1,166JLH 1,301 JLH 1,428 JLH 1,549 JLH

Jumlah (Tanpa NRW)

3,317JLH 3,838 JLH 4,498 JLH 5,019JLH 5,508 JLH 5,974 JLH

NRW 32% 30% 25% 25% 25% 25%

Jumlah Permintaan Dengan NRW

4,378JLH 4,989JLH 5,758 JLH 6,274 JLH 6,885 JLH 7,468 JLH

(23)

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi dan Jalur Lebar

B10-21

B10.1.7 Indikator Dan Sasaran

Jadual B10.15: Indikator, Pencapaian dan Sasaran Bekalan Air

Indikator Penanda Aras (Amalan Terbaik)

Pencapaian Semasa

(2012)

Sasaran (Tahun 2035)

Nisbah Kedapatan Sumber Air Mentah Kepada Penduduk.

5,555 Liter/Hari/Kapita

(WHO)

3,100 Liter/Hari/Kapita

5,555 Liter/Hari/Kapi

ta

Peratus Penduduk Yang Mendapat Akses Air Besih Yang Dirawat

100% (WHO)

100% 100%

Jadual B10.15: Indikator, Pencapaian dan Sasaran Bekalan Air (Samb…)

Indikator Penanda Aras (Amalan Terbaik)

Pencapaian Semasa

(2012)

Sasaran (Tahun 2035)

Kuantiti Air Yang Digunakan Oleh Setiap Penduduk Untuk Aktiviti Domestik

150 Liter Sehari (Singapura /Australia)

230 Liter Sehari 180 Liter Sehari

Peratus Masa (Harian) Kedapatan Air Bersih Kepada Penduduk

24 jam (WHO)

24 jam 24 jam

Kadar ‘Non-Revenue Water’ (NRW) Sistem Bekalan Air

12% (Pulau Pinang)

31.5% 20%

Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

Nota: Penanda Aras (Amalan Terbaik) adalah merupakan satu ukuran yang menunjukkan prestasi indikator yang terbaik bagi sesebuah negeri /negara

B10.1.8 CADANGAN AM

i. Pelaksanaan Peraturan Baru Berkaitan Pencemaran Di Negeri Selangor

Satu peraturan baru bagi mengawal pencemaran iaitu ‘Peraturan-Peraturan

Kemasukan/Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012’ telah diwartakan pada

19 April 2012 dan berkuatkuasa pada 20 April 2012. Peraturan ini memberi kuasa

kepada LUAS untuk melesenkan dan mengawalselia pelepasan bahan pencemar

daripada tujuh (7) jenis aktiviti berikut yang mempunyai kesan kepada pencemaran

sumber air, iaitu :

a) Akuakultur air tawar dalam kolam atau sangkar

b) Akuakultur udang laut dalam kolam

c) Pembangunan atau kerja tanah

(24)

B10-22

e) Penternakan babi

f) Peliharaan haiwan kesayangan

g) Aktiviti berkaitan perlombongan

ii. Pelaksanaan Peraturan Baru Berkaitan Navigasi Vesel Di Sungai Negeri

Selangor

Satu peraturan baru bagi mengawal selia navigasi jalan air pedalaman yang dipanggil

‘Peraturan-peraturan Navigasi Jalan Air Pedalaman (Negeri Selangor) 2012’ telah

diwartakan pada 19 April 2012 dan berkuatkuasa pada 20 April 2012. Peraturan ini

memberi kuasa kepada LUAS untuk melesenkan dan mengawal selia vesel-vesel yang

beroperasi di sungai, tasik dan jalan air pedalaman di luar kawasan pelabuhan di dalam

Negeri Selangor. Kegiatan/aktiviti navigasi perlu memohon lesen daripada LUAS.

iii. Sumber Air

a) Pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih rapi dan sistematik perlu

dijalankan untuk memastikan kawasan tadahan lembangan-lembangan

sungai utama terpelihara dari pencemaran dan penerokaan haram yang

boleh menjejaskan kualiti air mentah. Peruntukan undang-undang perlu

dikaji semula atau undang-undang baru dikuatkuasakan bagi memastikan hukuman yang setimpal untuk penceroboh dan penerokaan haram

kawasan tadahan utama lembangan-lembangan sungai berkenaan.

b) Bagi perancangan jangka panjang, sumber air mentah alternatif perlu

diterokai, justeru berkemungkinan Projek Penyaluran Air Mentah Dari

Negeri Pahang untuk kegunaan masa hadapan Negeri Selangor dan Lembah

Klang boleh dilaksanakan.

c) Penerokaan sumber air alternatif kolam (tasik dan bekas lombong) seperti

yang dilaksanakan oleh pihak LUAS bagi menambah keupayaan sumber air mentah di Negeri Selangor.

d) Pewartaan kawasan sumber air yang berpotensi sebagai zon perlindungan

di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999 juga perlu dilaksanakan segera bagi memelihara dan mengelakkan kawasan ini dikacauganggu dan

dicerobohi. Kawasan yang dicadangkan adalah sungai dan badan air

(kolam, tasik dan bekas lombong).

iv. Keupayaan Merawat Air Bersih

Pelan dan perancangan untuk mempertingkatkan keupayaan rawatan air bersih bagi Negeri Selangor dan Lembah Klangterbahagi kepada dua fasa, iaitu jangka masa pendek

dan jangka masa panjang. Program-program jangka pendek adalah tertumpu kepada

menaiktaraf LRA sedia ada untuk menampung keperluan jangka pendek.

(25)

LAPORAN TINJAUAN Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi dan Jalur Lebar

B10-23

Manakala program jangka panjang adalah pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang

dibahagikan kepada tiga (3) fasa sebagaimana Jadual B10.19.

Jadual B10.16: LRA Sungai Labu Dan Projek Mitigasi Fasa I

Nama Projek Baru Tarikh Siap

Kapasiti Tambahan (JLH) Kos

(RM) 2011 2012 2013 2014 Jumlah

Skim Sistem Bekalan Air KLIA Sg. Labu

Mac 2012

- 70 35 - 105 RM179

Juta

Projek-Projek Mitigasi Fasa I

Projek Pemulihan Muka Sauk Loji SSP1

Mac 2013

- - 100 - 100 RM90

Juta Projek Pemasangan Sistem Pam Penggalak Untuk BRH Mei 2013

- - 25 - 25 RM15

Juta

Penggantian Paip Air Lama

2013-2014

- - - RM170

Juta

Jumlah Mitigasi Fasa I

- - 125 - 125 RM275

Juta

Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), 2012

Jadual B10.17: Projek Mitigasi Fasa II

Nama Projek Baru Tarikh Siap

Kapasiti Tambahan (JLH) Kos (RM)

2013 2014 2015 Jumlah

Pengagihan Semula Kapasiti Naiktaraf Loji SSP1

2015 - - 50 50 RM67

Juta

Pengagihan Semula Kapasiti Reka bentuk SSP3

2015 - - 120 120 RM81

Juta

Program NRW Tambahan

2013-2014 49 52 - 101

RM76 Juta Pengagihan Semula LRA

Rasa 2015 - - 100 100

RM74 Juta Asset Replacement

Programme (ARP) bagi meneruskan operasi melebihi kapasiti (overload) di Loji Sg. Semenyih

Jun 2013 - RM33

Juta

Baik pulih Loji Rawatan Air Bukit Jelutong dengan Teknologi Membrance

2015 100

Jumlah Mitigasi Fasa II 49 52 270 471 RM331

Juta Jumlah Keseluruhan

(Program Jangka Pendek)

701 JLH RM785 Juta

(26)

B10-24

Jadual B10.18: Program Perlaksanaan Loji Rawatan Air Langat Untuk Memenuhi Permintaan Bekalan Air Negeri Selangor dan Lembah Klang Sehingga 2035

Bil. Tahun

Siap

Tahun Siap

Kapasiti Fasa

1. 2014

2018

1,130 Jlh I

2. 2022

2026

1,200 Jlh II

3. 2029

2033

1,200 Jlh III

Jumlah 3,530 Jlh

Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

v. Program Pengurangan NRW

Program pengurangkan NRW perlu dilaksanakan berterusan mengikut jadual untuk

memastikan sistem agihan yang lebih efisien dan mengurangkan kerugian kos

pengendalian sistem bekalan air bersih. Menjelang tahun 2020, kadar NRW bagi Negeri

Selangor dan Lembah Klang mestilah dapat dikurangkan ke tahap 22% dan 20%

menjelang tahun 2035.Antara langkah pengurangan NRW yang dilakukan adalah :

a) Kerja-kerja penggantian paip sistem pengagihan bekalan air bersih dari

jenis asbestos cement kepada paip yang berkualiti tinggi seperti HDPE, Mild

Steel dan UPVC untuk mengurangkan kejadian paip bocor/pecah.

b) Kawalan dan penguatkuasaan berjadual untuk mengurangkan kecurian air

yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

vi. Program/Kempen Penjagaan Sumber Air Bersih

a) Program kesedaran masyarakat setempat di dalam pengurusan sumber air.

b) Aktiviti kitar semula sisa minyak masak kepada Biodiesel dan

dipromosikan di kalangan masyarakat melalui kerjasama daripada

komuniti, pengusaha restoran, gerai dan pasar malam.

c) Gotong-royong pembersihan sungai untuk memupuk kesedaran terhadap

kebersihan persekitaran sumber air yang menjadi nadi kepada kehidupan

seharian.

d) Program pembersihan pantai dan penanaman pokok bakau di lokasi yang

Referensi

Garis besar

Dokumen terkait

pembinaan dan pengawasan terhadap pelaksanaan peran Badan permusyawaratan Desa, seperti yang dimaksud dalam Pasal 32 Ayat (2) Peraturan Daerah Kabupaten Katingan

4 Prioritas Renstra 8 Kegiatan Kampus Merdeka 8 Indikator Kinerja Utama 3 Tranformasi Pendanaan Pertukaran Pelajar Magang/Praktik Kerja Asistensi Mengajar di Satuan

5 tahun 1999 tentang pedoman penyelesaian maslah hak ulayat masyarakat hukum adat, yang dimaksud dengan hak ulayat adalah yang menurut adat dipunyai oleh masyarakat

Sekiranya semua keperluan teknikal dipatuhi atau hanya terdapat pindaan-pindaan kecil mengikut pertimbangan Jurutera (HQ)/ Juruteknik (Wilayah) pada pelan sistem

Salinan untuk resit pembayaran tersebut hendaklah diserahkan kembali kepada Pembantu Tadbir atau Juruteknik Pentadbiran (HQ) dan Pembantu Tadbir (Wilayah) untuk

Secara keseluruhan dari uraian tersebut dapat disimpulkan bahwa, pembentukan profesionalisme aparat di lingkungan birokrasi Dinas Kependudukan dan Catatan Sipil

Database (bahasa Indonesia: basis data) adalah kumpulan informasi yang disimpan di dalam komputer secara sistematik sehingga dapat diperiksa menggunakan suatu program

Sumber data pada penelitian ini yaitu data sekunder yang dikumpulkan dengan teknik dokumentasi, yang diperoleh dari situs resmi Bursa Efek Indonesia (BEI) atau website