• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 6: ISU-ISU SEMASA DAN MASA DEPAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BAB 6: ISU-ISU SEMASA DAN MASA DEPAN"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 6:

ISU-ISU SEMASA DAN

MASA DEPAN

Oleh:

Norazilah Bt Buhari

6.1 PENGENALAN

Kepelbagaian peradaban adalah sesuatu yang

unik.

Membuka ruang dan peluang untuk saling

kenal-mengenali dan hormat-menghormati.

6.2 DUNIA

BERBILANG

TAMADUN

Terdapat pelbagai tamadun di dunia seperti

tamadun Barat, Timur dan Asia.

Tamadun Barat bersifat mendominasi.

Tamadun Timur dan Asia bersifat harmoni

dengan bertunjangkan nilai toleransi dan

persefahaman.

6.3 CABARAN GLOBALISASI

(A)

Aspek positif globalisasi:

Peluang pekerjaan yang meluas.

Peningkatan mobiliti sosial.

Penyebaran ilmu dan maklumat.

Jaringan komunikasi yang luas.

Kemudahan berinteraksi.

Kepelbagaian idea dapat diketengahkan.

Hak asasi kaum wanita dapat ditonjolkan.

(B) Aspek negatif globalisasi:

Penyebaran budaya

yang bertentangan

dengan nilai.

Kadar pengangguran

yang semakin tinggi.

Wang sebagai komoditi

keuntungan semata.

Keperluan asas

golongan miskin teus

terabai.

Pembangunan yang

tidak seimbang.

Pengantarabangsaan

penyakit.

Kemerosotan kualiti

alam sekitar.

Pengabaian kursus

berbentuk ilmu

kemanusiaan dan

kemasyarakatan di IPT.

Pembentukan budaya

global yang homogen.

Pembanjiran maklumat

yang tidak bermanfaat.

Pendominasian politik

dunia oleh negara Barat.

Pengantarabangsaan

jenayah.

1) DAMPAK BUDAYA KEBENDAAN

BARAT

Penyebaran

isme seperti:

i.

Sekularisme

ii.

Materialisme

iii.

Hedonisme

(2)

Kuasa penjajahan Barat begitu dominan

pengaruhnya menyebabkan masyarakat di

bawah penjajahannya mengalami perasaan

rendah diri

meninggalkan sejarah dan

warisan bangsa mereka sendiri.

Tamadun Barat dijadikan sebagai kemuncak

pencapaian ketamadunan manusia

piawaian

untuk menilai pencapaian masyarakat sendiri.

2) DOMINASI POLITIK

Negara kuasa besar menguasai politik

antarabangsa yang didominasi oleh kuasa besar

seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis.

Blok Barat ini berjaya menjajah negara yang

lemah dan mundur yang tidak sehaluan dengan

mereka.

Menggunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB) untuk mengekalkan kuasa mereka.

Sistem hubungan antarabangsa yang ada pada

hari ini dicipta dan dikawal sepenunya oleh Barat.

Undang-undang antarabangsa yang dicipta

menyebelahi kepentingan Barat.

Contoh:-

(a) Pengeboman Sudan dan Afghanistan (1998)

dengan helah memusnahkan tempat-tempat

yang dikatakan sebagai sarang pengganas.

(b) Iraq diserang oleh AS tanpa restu PBB (2003)

(c) Larangan keras ke atas Korea Utara dan Iran

daripada mempunyai program nuklear.

3) DOMINASI EKONOMI

Negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat,

United Kingdom, negara-negara Eropah

termasuk Jepun menguasai kegiatan

perdagangan antarabangsa.

Mendominasi penggunaan sumber semulajadi,

pengeluaran hasil perindustrian, perkembangan

sains dan teknologi (S&T) dan sistem kewangan

antarabangsa.

Ekonomi negara-negara kecil terpaksa

bergantung kepada negara kuasa besar.

Wujudnya institusi global di bawah pengaruh

Barat seperti

International Monetary Fund

(IMF),

Bank Dunia dan

World Trade Organisation

(WTO).

4) DOMINASI MEDIA

Penguasaan dan peranan media berkaitan

dengan pengekalan hegemoni dan globalisasi.

Hampir keseluruhan media cetak dan elektronik

penting dunia hari ini dikuasai oleh Barat

Cable News Network

(CNN), BBC,

Associated

(3)

5) DOMINASI BUDAYA

Pengaruh hiburan yang berteraskan hedonisme

melalui muzik, filem, nyanyian, kartun dan komik

dari Barat tersebar luas di kalangan masyarakat

seluruh dunia.

Contoh : Rancangan

American Idol

ditiru di

beberapa negara lain termasuk Malaysia.

Pembudayaan dari konteks makanan, pakaian

dan hiburan ala-Amerika dalam kehidupan.

Contoh:-

Jenama Coca-

cola, McDonalds, Levi’s.

Syarikat multinasional Barat juga menjadi

pemain utama dalam mengeksport budaya

mereka melalui produk-produk perniagaan.

KESAN DOMINASI BARAT KEPADA

MASYARAKAT DI MALAYSIA

i.

Isu keruntuhan akhlak

.

ii.

Rapuhnya institusi keluarga.

iii.

Kegelisahan jiwa dan kecelaruan akal.

iv.

Kegiatan jenayah meningkat.

v.

Tuntutan hak asasi.

vi.

Tuntutan isu-isu wanita.

Remaja mengikuti budaya hedonisme.

Hiburan menjadi pilihan utama

artis menjadi

pujaan.

Contoh:- budaya Hip-hop, skin head, hippies,

mafia, gangster, tarian break dance.

Keluarga bukan lagi tempat yang tenang dan

selamat.

Contoh:- menjual anak, tuntutan nafkah kaum

lelaki dari kaum wanita yang lebih kaya, ibu

sewaan, menghindari kelahiran, menggugurkan

anak, gejala seks bebas dll.

Pesakit mental semakin meningkat.

Tertekan dan gelisah.

Bunuh diri.

(4)

Statistik kegiatan jenayah semakin meningkat.

Jenis dan bentuk jenayah semakin pelbagai

dan menakutkan.

Contoh:- pengedaran dan ketagihan dadah,

rogol, ragut, pecah rumah, bunuh, dll.

Hak Asasi Manusia (HAM) mula dibincangkan semasa

berlakunya Perang Dunia Ke-2 (1948).

HAM dibahagikan kepada 4 kebebasan utama:

1. kebebasan daripada ketakutan.

2. kebebasan daripada kemahuan.

3. kebebasan bersuara.

4. kebebasan kepercayaan.

Akhir abad ke-20, HAM tanpa batasan mula diamalkan

dengan mengenepikan hukum agama.

HAM diolah mengikut apa yang difahami oleh Barat.

҉

Wanita dibenarkan melahir atau menggugurkan

kandungannya ( tidak kira sama ada anak itu

hasil perkahwinan, penzinaan, perkosaan, dll).

҉

Mengiktiraf perkahwinan sejenis

2010, PM

Iceland, Johanna Sigudardottir mengumumkan

penyatuan rasmi beliau dengan pasangan seks

sejenisnya.

6.4 TEORI

PERTEMBUNGAN

BUDAYA

1.

Teori

‘The End of History’

oleh Francis

Fukuyama

2.

Teori

‘The Clash of Civilization’

oleh Samuel

P.Huntington

Menyatakan bahawa dunia akan menjadi

homogen dengan dicirikan oleh pemikiran

liberalisme dan demokrasi Barat.

Hampir menjadi kenyataan apabila kuasa-kuasa

besar blok Timur dilihat mula menerima

liberalisme dan demokrasi Barat dalam

menentukan hala tuju sosial, ekonomi dan

menjangkakan akan berlaku pertembungan antara

tamadun Barat dengan tamadun-tamadun lain yang akan

mencorakkan politik sejagat.

Teori ini didasarkan kepada 3 andaian:

i.

Selepas era perang dingin perbezaan yang paling

ketara antara masyarakat sejagat bukan lagi ideologi,

politik dan ekonomi tetapi

budaya

.

(5)

1)

Dampak Peristiwa 11 September

• Peristiwa 11 September 2001 dilihat sebagai kemuncak konflik dunia Islam dengan dunia Barat. Sebelum peristiwa ini, terdapat peristiwa lain yg melibatkan Barat dan Islam. Antaranya:

- 1993: World Trade Center pernah diserang oleh Ramzi Ahmes Yousef dikatakan seorang fundamentalis Islam.

- 1999: seramai 19 orang tentera AS telah terbunuh dan 300 lagi cedera dalam serangan di Khobar Towers di Dhahran, Arab Saudi. - 1998: kedutaan AS di Dares Salaam dan Nairobi telah dibom

menyebabkan 250 terkorban.

- Oktober 2000: Kapal USS Cole telah diserang di Yemen menyebabkan 17 orang mati dan 38 cedera.

Kesemua peristiwa di atas dikaitkan dengan pengganas Muslim sehinggakan banyak pihak mula curiga terhadap masyarakat Islam keseluruhannya. Penduduk Islam asal di negara mereka yg berjuang demi kebebasan mereka turut dilabel sebagai pengganas seperti di Palestin, Kashmir dan Chechnya.

 Operasi ketenteraan yg diketuai oleh AS di Afghanistan dan Iraq dilihat sebagai satu pencabulan dan penjajahan ke atas masyarakat Islam. Pelbagai sekatan telah dikenakan seperti penyebaran sains dan teknologi, masyarakat Islam hampir tiada peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan teknologi di AS dan UK. Malah Jepun juga turut memikirkan dasar hubungan mereka dengan negara Islam.

 Selepas peristiwa 11 september, ada banyak dialog antara masyarakat Islam minoriti di AS. Hasil daripada dialog dan melalui bacaan sendiri tentang Islam maka lebih ramai masyakat bukan Islam majoriti di AS lebih memahami ajaran Islam. Sesetengah pihak berpendapat, masyarakat Islam di AS boleh menyumbang ke arah mewujudkan persefahaman yg lebih baik antara AS dengan dunia Islam pada masa depan.

 Oleh itu, perlu ditegaskan bahawa peristiwa-peristiwa serangan yg berlaku seperti digambarkan media Barat adalah pandangan prejudis dan tidak berasas terhadap masyarakat Islam.

6.5 DIALOG PERADABAN SEBAGAI

MEKANISME MENGHADAPI

CABARAN

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun

Dialog Tamadun

dicadangkan oleh Presiden

Iran ketika itu, Mohammad Khatami.

Dialog Tamadun mewujudkan persefahaman di

antara satu tamadun dengan tamadun yang

lain.

Negara barat menganggap mereka adalah kuasa besar dan sentiasa campurtangan dalam urusan negara lain atas nama keamanan. Namun mereka tidak mengotakan apa yg disarankan sebaliknya mereka terus menakluk dan menguasai budaya, pemikiran dan mencabar nilai-nilai orang Asia.

Pergaduhan, perbalahan dan konflik sering berlaku di antara negara-negara di dunia. Konflik belaku akibat daripada perbezaan bangsa, kaum, etnik yg berbeza dari segi budaya, agama, politik, ekonomi dan sebagainya.

Akibat daripada tiada persefahaman dalam perbezaan ini, maka sering berlaku konflik. Salah satu cara untuk menangani konflik adalah dengan cara mengadakan dialog. Atau juga dikenali sebagai Dialog Peradaban.

A) Peringkat Lokal:-

Usaha mewujudkan persefahaman di antara

pelbagai kaum di Malaysia.

Membincangkan perkara-perkara yang boleh

disepakati merangkumi kehidupan beradab,

nilai kemanusiaan dan alam tabii.

(B) Peringkat Antarabangsa:-

(6)

1)

Definisi Dialog

 Dialog peradaban merujuk kepada perbuatan mendengar kepercayaan, pengadilan, kerisauan masyarakat bukan hanya terhadap budaya yang berlainan, etnik atau latar belakang kepercayaan tetapi juga perbezaan politik, kedudukan sosial dan kekuatan ekonomi.

 Dialog – satu istilah yg merujuk kepada satu pertemuan dan perbincangan antara individu atau kumpulan yg berlainan agama dan ideologi. Dialog bertujuan untuk saling mempelajari diantara peserta sehingga setiap peserta boleh mengubah pandangannya terhadap sesuatu pemahaman yg lebih baik dan dapat meningkatkan pengalamannya.

 Dr Abdel Kader Fustok menulis artikel bertajuk A Monologue about Dialogue menyatakan dialog adalah satu proses yg luas dan mempunyai maksud yg mendalam. Dialog berasal dr perkataan Yunani “Dia” bermaksud ‘melalui’ dan “Logos” bermaksud ‘kata -kata’ atau ‘makna’. Oleh itu dialog bermaksud proses penyampaian

 Dialog tidak sama dengan debat atau diskusi. Ini kerana diskusi lebih kepada tujuan memecahkan sesuatu masalah. Debat pula bertujuan mengalahkan pendapat orang lain. Sedangkan dialog mengandungi makna yg lebih luas membawa kepada keadaan semua pihak mendapat manfaat atau dikenali sebagai win-win situation.

 Perlaksanaan dialog dilihat penting dan perlu seiring dengan perkembangan pendidikan, komunikasi dan perjalanan yg semakin mudah ditempuhi, peningkatan ekonomi, cabaran globalisasi dan pemanasan global. Perkembangan khazanah budaya dan peradaban juga menyebabkan keperluan dialog semakin relevan.

2)

Definisi Peradaban.

 “keadaan serta tingkat kemajuan dalam kehidupan dari segi jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat, atau keadaan masyarakat manusia yg didasarkan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain); negara yg penduduknya telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran; budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman); dan keadaan pemikiran (budaya dan moral yg halus)” (Tengku Iskandar:1986)

 Prof Syed Muhammad Naguib al-Attas (1977) mendifenisikan peradaban sebagai keadaan kehidupan insan yg bermasyarakat yg mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yg luhur bagi seluruh masyarakatnya.

 Muhammad Jabbar Beg (1985) berpandangan tamadun adalah pencapaian manusia yg mengandungi elemen-elemen yg kompleks dlm menghasilkan bentuk kota, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan rangka kerja politik.

3)

Kepentingan Dialog Peradaban.

Perbezaan dan kepelbagaian peradaban yg wujud

adalah penting untuk dikenali oleh semua manusia

sebagai sesuatu yg unik dan merupakan satu peluang

untuk saling kenal mengenali, mempelajari keunikan

peradaban

lain

yg

akhirnya

akan

melahirkan

perngkayaan peradaban.

The primary motive of civilization dialogue must be a

global convivencia, a harmonious and enriching

experience of living together among people of diverse

religions and cultures

(Asian Renaissance, 1996).

4)

Matlamat dan Tujuan Dialog

Peradaban.

1) Yusuf Al-Qaradhawi (2001) berpendapat bahawa Allah s.w.t. telah menjadikan langit, bumi, berlainan bahasa dan warna kulit seperti yg disebut dalam surah al-Rum ayat 22, adalah anugerah Allah, begitu juga dalam surah Hud ayat 118-119 yg bermaksud Allah menciptakan manusia berjenis-jenis dan berlainan antara satu dengan yg lain.

Oleh itu dengan kepelbagaian perbezaan di kalangan manusia ini adalah penting untuk untuk manusia berinteraksi, bergaul dan bekerjasama atas prinsip kebajikan dan taqwa. Beliau menyeru supaya membuka dialog agar manusia saling dapat memahami bahawa tujuan dialog adalah untuk mendekatkan dan bersefahaman di antara manusia tetapi tidak menghilangkan kewajipan menyeru kepada aqidah dan risalah Islam.

5)

Kepentingan dan Tujuan Dialog Peradaban.

2) Dapat membincangkan antara dua pihak atau lebih pihak bagi mencari

jalan penyelesaian yg kreatif dan baru di dalam menangani konflik dan masalah yg dihadapi oleh manusia.

3) Osman Bakar (1997) menyatakan tujuan utama dialog peradaban ialah

(7)

6)

Ciri-ciri Dialog Peradaban.

Menurut Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban 2001, ciri-ciri dialog peradaban antaranya ialah:

- Saling memahami terhadap nilai, norma, pengalaman sejarah dan realiti kebudayaan yg wujud.

- Sikap toleran terhadap pemikiran peradaban yg lain. Ini merujuk kepada sikap sedia mendengar dari peradaban orang lain.

- Sikap lapang dada dan keterbukaan terhadap pandangan semesta orang lain dengan ekomodasi dalam perspektif diri.

7)

Objektif Dialog Peradaban

Dr Abdulaziz Othman Altwaijri (1997) telah menggariskan beberapa objektif dialog peradaban:

- Saling menghormati dalam perspektif Islam merupakan wadah asas dalam dialog sebagaimana dalam al-Quran dan surah al-An’am ayat 108 yg bermaksud; “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yg mereka sembah yg lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah

secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan”.

- Persamaan dan keadilan dalam perspektif Islam merupakan tapak asas memungkinkan berlakunya perbincangan antara dua atau lebih pihak demi mencapai persetujuan bersama. Tiada pihak yg direndahkan atau diremehkan dan mendapat perhatian secara saksama dan adil di semua tahap dan peringkat.

- Tolak sikap fanatik dan perkauman dengan minda yg terbuka luas dan mengamalkan sifat sederhana dlm semua perkara dapat menjamin penolakan terhadap sikap fanatik dan perkauman.

8)

Masa Depan dan Dialog Peradaban

 Gagasan dan pemikiran mengenai dialog mulai mendapat tempat apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membahaskan perlunya mencari pemikiran baru bagi mencari jalan untuk menyelesaikan konflik, pergadyhan dan pertikaian yg berlaku antara negara-negara di dunia.

 PBB telah mengishtiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Peradaban. Ini bg menggalakkan perbincangan dan pertemuan antara individu, kelompok, organisasi dan masyarakat dari pelbagai peringkat dan latarbelakang mencari cara untuk berkongsi pemikiran, persefahaman, bekerjasama demi keharmonian sejagat.

 Aspek nilai yg menjadi sasaran dalam perbincangan dlm dialog antaranya ialah kemanusiaan, toleransi, kejujuran, kerjasama, komunikasi, interaksi, kerjasama global, kualiti hidup manusia dan kesejahteraan masyarakat global yg memberikan faedah kepada semua manusia sejagat.

PBB juga menerangkan beberapa faktor yg boleh dibangunkan dan dimanfaatkan menerusi dialog peradaban antaranya:

1) Pengetahuan – dialog dapat meningkat ilmu pengetahuan yg mana dapat

membantu dalam usaha saling mengenali dan memahami nilai-nilai, pengalaman sejarah dan budaya sesuatu peradaban bangsa. Ini dapat mengelakkan dan mengurangkan prejudia dan ancaman sesama manusia.

2) Toleran – sentiasa bersedia menerima pendapat dan pemikiran orang lain

untuk mencapai matlamat dialog.

3) Penyertaan – dialog terbuka kepada semua orang dan mesti berusaha

untuk melaksanakannya di peringkat global.

4) Bersedia untuk berubah – kejayaan dialog antara peradaban hanya mencapai matlamatnya jika sikap ingin melihat perubahan jika dapat menerima pandangan orang lain dengan terbuka dlm aspek politik, pendidikan, budaya, sains, media dll.

9)

Elemen Penting Dalam Dialog

Peradaban.

Toleransi agama adalah teras utama kepada perlaksanaan dialog peradaban.

Ini merujuk kepada kesediaan menghormati dan menerima pendapat agama-agama lain. Usaha yg lebih diperlukan bagi mengurangkan ketegangan perbezaan sesama Islam terlebih dahulu bagi mengelakkan salah faham di kalangan bukan Islam dan umat Islam perlulah mempamerkan sikap toleransi kepada bukan Islam. Manakala pihak bukan Islam seharusnya cuba memahami realiti yg dihadapi oleh umat Islam dan tidak memberi satu persepsi yg berat sebelah. (Mahathir Mohamed, 1994)

PERANAN DIALOG ANTARA TAMADUN

a.

Menjana keterbukaan dan kerjasama.

b.

Mengetengahkan agama sebagai dasar

utama.

(8)

6.6 PEMUPUKAN NILAI-NILAI SEPUNYA

MENERUSI DIALOG TAMADUN

Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan.

Nilai-nilai sepunya dikongsi bersama dalam

dialog berdasarkan kepentingan tertentu.

Memberi kesedaran kepada masyarakat

masing-masing.

Menanamkan minat di kalangan generasi

tentang cabaran semasa muda untuk

mengekalkan identiti dan budaya

masing-masing.

6.7 ISU-ISU

DALAM

DIALOG

TAMADUN

Antara isi dalam dialog tamadun adalah:

i.

Keganasan dan ketidakadilan.

ii.

Perebutan kuasa politik dan ekonomi.

iii.

Kejahilan tentang tamadun lain.

iv.

Layanan buruk.

 Keganasan dan ketidakadilan – isu ini berpunca daripada kegagalan pelbagai golongan yang terlibat untuk mengatasi masalah yang dihadapi melalui meja rundingan.

 Perebutan kuasa politik dan ekonomi – terdapat masalah yg berpunca drp perebutan kuasa politik atau ekonomi antara dunia Islam dengan Barat seperti perebutan telaga minyak di Teluk Parsi.

 Kejahilan tentang tamadun lain – wujud unsur kejahilan di kalangan pihak terbabit hingga mencetus keganasan yg dapat memusnahkan sesuatu tamadun.

 Layanan buruk – layanan buruk terhadap orang Islam yg tinggal di negara Barat boleh mengakibatkan tindak balas yg tidak terkawal.

6.8

DIALOG TAMADUN:

DIMENSI DALAMAN & DIMENSI

LUARAN

1)

DIALOG ANTARA TAMADUN DI

MALAYSIA

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam

konteks ini di Malaysia ialah:

a.

Persefahaman antara kaum yang berasaskan

nilai budaya dan tamadun sepunya.

b.

Rukun Negara sebagai asas tamadun

Malaysia.

c.

Mengambil kira kepercayaan dan amalan

setiap budaya dan tamadun di Malaysia.

 Pusat Dialog Peradaban telah ditubuhkan di Universiti Malaya pada tahun 1996 yg bertujuan untuk membentuk proses saling belajar dan saling memahami di kalangan para peserta dialog.

 Perlunya dialog peradaban di malaysia adalah kerana negara ini terdiri daripada pelbagai budaya yang berpotensi kepada perbezaan hubungan dan tekanan antara budaya.

Aktiviti Dialog Peradaban Peringkat

Kebangsaan (Malaysia).

 13/1/2001 - “Muslim-Christian Relations” Seminar kedua Intra Malay Civilization Dialogue: “Wagas Islam, Warisan Melayu dan Weltanschuung

Malaysia”.

 15/3/2001 – Bengkel sehari “Gender and Civilization” oleh Gender Studies Programme, Faculty of Arts & Sciences and Center for Civilization Dialogue.

(9)

2)

Dimensi Luaran: Aktiviti Dialog

Peradaban

Peringkat Antarabangsa.

 2-5/9/2001 – International Seminar on Science & Religion: Perspectives of Islamic Civilizations. Dengan kerjasama Center for Theology and Natural Sciences (CTNS).

 7-8/1/2002 – Symposium on Environmental, Ethics and Regulation – Case studies in Japan and Malaysia, dengan kerjasama JSPS-VCC Japan.

 Jun 2002 – International Conference on Dialogue of Covilations: Exploring the Relationship between Faith and Development, dengan kerjasama SEDS, Malaysia.

 18/3/2002 – Public Lecture “Buddist Perspective on Environmental Ethics” oleh Profesor Alastair Stephen Gunn, Chair Philosophy Department, University of Waikato New Zealand.

3)

Isu Semasa: Islam dan Isu

Keganasan.

 Apakah pandangan Islam mengenai keganasan?

Perkataan Islam daripada kata dasar “SLM” yg bererti salam, selamat dan aman.

Perkataan SLM juga membawa maksud tunduk, patuh kepada Allah s.w.t. dan orang yg mentaati segala tuntutan Tuhan disebut MUSLIM. Sebagai seorang Muslim terdapat tiga komponen utama iaitu Iman (Faith), Amal (Action) dan Ihsan (God-conciousness).

Islam menolak dan mengutuk menggunakan kekerasan untuk mencapai apa-apa matlamat. Selagi ada cara yg terbuka untuk selesaikan masalah atau tidak puas hati terhadap apa-apa perkara, keganasan tidak harus jadi pilihan.

Islam menentang keganasan di mana-mana sahaja dan oleh sesiapa sahaja. Keganasan bukan monopoli orang Islam kerana kita dapat lihat orang lain seperti Yahudi, Hindu, Buddist, Kristian juga terlibat dengan keganasan.

4) DIALOG ANTARA TAMADUN BARAT

DENGAN

TAMADUN ISLAM & TAMADUN

ASIA

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam konteks ini ialah:-

a.

Nilai-nilai sepunya.

b.

Menghormati realiti dunia berbilang tamadun.

c.

Saling kebergantunga dalam pembangunan ketamadunan.

d.

Memahami isu-isu yang memisahkan antara tamadun Barat

dan tamadun Islam.

e.

Memahami isu keganasan bukan sahaja dari perspektif

Barat tetapi juga dari perspektif masyarakat Islam dan Asia.

6.9

KESIMPULAN

Dialong antara tamadun merupakan mekanisme terbaik

menangani isu-isu ketamadunan.

Dialong antara tamadun suatu kaedah yang relevan

dalam mendepani cabaran globalisasi.

Referensi

Dokumen terkait

Bertitik-tolak daripada situ, pembinaan garis panduan syariah ini dibina adalah untuk memberi panduan kepada ibu bapa dan rujukan untuk guru, masyarakat dan pihak yang

Puji dan syukur penulis panjatkan kepada Allah SWT atas rahmat dan hidayah-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan laporan akhir ini yang berjudul “ Pengaruh

Selanjutnya, bagaimana kemudian sehingga pelayanan bergeser atau berpindah/pemekaran dari desa Borgo ke desa Ranowangko yang sekarang sebagai suatu jemaat mandiri

SNI ISO/ IEC 27001 yang diterbitkan pada tahun 2009 dan merupakan versi Indonesia dari ISO/ IEC 27001:2005, berisi spesifikasi atau persyaratan yang harus dipenuhi dalam

Berdasarkan hasil penyusunan kinerja Rencana Kerja Dinas Kehutanan Kabupaten Tambrauw, mencakup sasaran, program dan kegiatan yang dilaksanakan pada tahun lalu

Uji minimum inhibitory concentration (MIC) ini dilakukan dengan metode Macrodilution (NCLLS 2005) dengan beberapa modifikasi. Uji MIC ini dilakukan pada dua macam hasil

Di era sekarang ini dan sebuah keamanan menjadi perhatian utama bagi teknologi elektronik (Niranjanamurthy and Chahar 2013) agar tetap aman seiring meningkatnya

Studi Karakteristik Biofisik Habitat Peneluran Penyu Hijau (Chelonia mydas) di Pangumbahan Sukabumi, Jawa barat.. Departemen Ilmu dan Teknologi