• Tidak ada hasil yang ditemukan

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN PERSEDIAAN MENGHADAPI PENGUMUMAN HARGA BARU PRODUK PETROLEUM BERKUATKUASA PADA 1 JANUARI 2015

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MINIT MESYUARAT PENYELARASAN PERSEDIAAN MENGHADAPI PENGUMUMAN HARGA BARU PRODUK PETROLEUM BERKUATKUASA PADA 1 JANUARI 2015"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

MINIT MESYUARAT

PENYELARASAN PERSEDIAAN MENGHADAPI PENGUMUMAN HARGA BARU PRODUK PETROLEUM BERKUATKUASA PADA 1 JANUARI 2015

Tarikh : 30 Disember 2014 (Selasa) Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Ixora Aras 4 (Menara)

Bahagian Perdagangan Dalam Negeri KPDNKK

Pengerusi : YBrs. Encik Abu Samah Bin Shabudin

Bil. Perkara Catatan

1.0 Kata Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat walaupun diberi notis singkat.

1.2 Tujuan mesyuarat diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan mengenai penyelarasan menghadapi pengumuman harga baru produk petroleum yang akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2015.

1.3 Sebagaimana dijanjikan Kerajaan, harga minyak akan dikaji secara bulanan mengikut kaedah penetapan harga menerusi kaedah pengapungan terkawal. 1.4 Bahagian Perdagangan Dalam Negeri (PDN) telah

menghubungi Kementerian Kewangan (MOF) dan dimaklumkan bahawa pengumuman harga baru akan dikeluarkan seawal-awalnya pada jam 5 petang 31 Disember 2014.

1.5 PDN telah menerima cadangan dan pandangan (Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi akibat dari pengenalan kaedah manage float. 2.0 Pembentangan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak

Malaysia (PDAM)

2.1 Persediaan Harga Baru Produk Petroleum

2.1.1 Pihak pengusaha telah bersedia untuk menghadapi perubahan harga minyak. Sebagai contoh, sekiranya penurunan adalah sebanyak 26 sen, purata setiap pengusaha akan menanggung kerugian sekurang-kurangnya RM 7,800 mengambil kira stok simpanan minimum

(2)

30,000 liter sahaja. Jumlah ini berkemungkinan lebih besar sekiranya pengusaha mempunyai stok simpanan yang lebih besar jumlahnya. 2.1.2 Pihak PDAM memaklumkan, kebanyakan

stesen telah dibekalkan dengan stok melebihi dari jumlah minima 3 hari jualan.

2.1.3 Buat masa ini, antara pelan jangka pendek yang dicadangkan oleh pihak PDAM adalah seperti berikut:

2.1.3.1 Pengusaha stesen minyak tidak dianiaya dengan dibekalkan stok minyak melebihi keperluan penjualan bagi tempoh 2-3 hari sebelum harga baru berkuatkuasa.

2.1.3.2 Syarikat minyak tidak mengambil tindakan atau mengenakan sebarang caj penalti sekiranya pengusaha stesen minyak membuat keputusan untuk menolak dari menerima stok yang melebihi keperluan.

2.1.3.2 Pihak Kerajaan memberi pertimbangan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap stesen minyak yang berlaku stock out semasa tempoh peralihan harga ini sekiranya stesen mempunyai sebab yang munasabah.

2.1.4 PDAM berharap agar kos kerugian yang bakal dihadapi dapat ditanggung bersama di antara stesen minyak, syarikat minyak dan pihak Kerajaan.

2.2 Kenyataan akhbar oleh Ketua Setiausaha (KSU) KPDNKK

2.2.1 Menurut PDAM, kenyataan akhbar dari KSU yang menyatakan pengusaha stesen minyak mengambil kesempatan dan menimbulkan masalah telah menjejaskan kewibawaan pengusaha-pengusaha stesen minyak di

(3)

Malaysia.

2.2.2 Intipati kenyataan akhbar tersebut adalah seperti berikut:

2.2.2.1 Pengusaha stesen minyak enggan dapatkan bekalan kerana telah menjangkakan harga minyak turun dan selain itu pengusaha stesen minyak mahu untung lebih. Menurut PDAM, komisyen bagi penjualan minyak adalah tetap. Oleh itu, tiada kepentingan kepada pengusaha ketika harga minyak naik atau turun juga sekiranya pengusaha tidak mahu mendapatkan bekalan.

2.3 Cadangan Jangka Panjang bagi Mengatasi Masalah Harga yang Tidak Menentu

2.3.1 PDAM mencadangkan agar penghantaran minyak dari pembekal kepada stesen-stesen minyak dilakukan secara consignment dan bukannya pembayaran terus secara tunai apabila menerima bekalan.

3.0 Maklum Balas dari Petronas

3.1 Petronas mengambil maklum akan perkara-perkara yang dibentangkan oleh PDAM dan akan memanjangkan hal ini kepada pihak atasan untuk dibincangkan secara lebih lanjut.

4.0 Maklum Balas dari Shell

4.1 Shell memohon pengusaha stesen minyak untuk memberikan data bacaan tangki yang tepat supaya kejadian seperti yang berlaku di Gua Musang tidak berulang selain dari dapat menyediakan pembekalan minyak kepada stesen minyak dengan lebih jitu. 4.2 Pada masa yang sama, Shell bersetuju untuk memberi

ruang kepada pengusaha stesen minyak untuk hanya menyimpan stok bagi keperluan penjualan 3 hari. 4.3 Pihak Shell akan setiasa berhubung dengan MOF

(4)

pengusaha stesen minyak dapat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

4.4 Sebarang pembatalan penghantaran perlulah dilaporkan kepada Shell sebelum jadual penghantaran dikeluarkan oleh pihak Shell menerusi faks dan menerusi sistem online.

5.0 Maklum Balas dari Petron

5.1 Petron menerangkan kepada PDAM bahawa ketika kejatuhan harga minyak, syarikat minyak juga mengalami kerugian malahan kerugian syarikat minyak adalah lebih besar dan melibatkan banyak perkara dari segi kargo, depo, penghantaran dan juga inventori.

5.2 Bagi membantu pengusaha stesen minyak menghadapi kesan kerugian akibat penurunan harga minyak, Petron bersetuju mengurangkan tempoh syarat stok minimum dari 3 hari ke 2 hari sahaja. 6.0 Maklum Balas Chevron (Caltex)

6.1 Chevron memaklumkan, masalah ini akan berlanjutan selagi harga minyak masih tidak menentu dan negara melaksanakan kaedah managed float kerana harga akan berubah setiap bulan.

6.2 Bagi hal berkaitan pembatalan penghantaran bekalan, mohon kerjasama pengusaha stesen minyak memaklumkan sebelum penghantaran dibuat dan bukan ketika lori sudah berada di stesen.

7.0 Maklum Balas BHP

7.1 BHP telah sedia ada melaksanakan sistem simpanan stok minimum 2 hari

7.2 BHP juga berkongsi tentang trend pengguna yang akan menunggu untuk mengisi minyak pada 1 Januari 2015 oleh yang demikian banyak stock out yang boleh berlaku pada tarikh tersebut.

7.3 BHP mengalu-alukan cadangan PDAM untuk Kementerian memberikan pengecualian kepada stesen yang stock out disebabkan permintaan luar

(5)

jangka atau simpanan stok yang minimum. 8.0 Maklum Balas Bahagian Penguatkuasa KPDNKK

8.1 Isu kenaikan harga adalah sama seperti situasi sebelum ini namun memandangkan kaedah semakan harga bulanan menyebabkan kebimbangan semua pihak lebih kritikal kerana dapat menjangkakan bila perubahan akan berlaku. Oleh yang demikian, BPGK boleh memberi pertimbangan sewajarnya secara budi bicara sekiranya kes terjadi di luar kawalan atau luar jangka.

9.0 Keputusan Mesyuarat

9.1 Pengerusi meminta syarikat minyak agar tidak mengenakan sebarang caj dan penalti sekiranya pengusaha tidak mahu menerima stok yang melebihi syarat stok minima stesen.

9.2 Maksimum stok yang perlu disimpan oleh pengusaha adalah sebanyak 2 hingga 3 hari.

9.3 Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku stock out disebabkan keengganan pengusaha stesen menerima stok dari syarikat minyak, pihak Penguatkuasa KPDNKK perlu mengambil tindakan tegas kepada pihak berkaitan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. 10.0 Hal-Hal Lain

10.1 PDAM memaklumkan apabila sesuatu stesen minyak dilanda banjir, akan timbul isu seperti stok dimasuki air, dan setelah banjir surut, proses condition electrical wiring, proses kalibrasi pam, dan harga barangan perlu dikemaskinikan yang mana penyelenggaraan-penyelenggaraa ini akan mengambil sedikit masa untuk dipulihkan ke asal . Oleh yang demikian, PDAM memohon jasa baik pihak Kementerian untuk memahahami keadaan ini.

10.2 Caltex sedang di dalam rangka kerja bagi mencari jalan membantu pengusaha-pengusaha stesen minyak memulihkan operasi stesen selepas banjir walaupon majoriti stesen minyak Caltex adalah di bawah sistem ‘dealer owned dealer operate’. Caltex juga akan memberikan masa yang munasabah untuk

(6)

stesen memulakan operasi semula selepas banjir. 10.3 BHP sedang bekerjasama dengan Jabatan Kerja

Raya untuk mencari laluan alternatif yang tidak dinaiki air atau terlibat banjir bagi menghantar stok minyak ke stesen-stesen di negeri-negeri pantai timur.

(7)

SENARAI KEHADIRAN:

1. Encik Abu Samah Bin Shabudin - Pengerusi

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

2. Encik Abdul Halim Bin Pakri Pegawai Penguatkuasa Bahagian Penguatkuasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

3. Encik Ahmad Nazri Bin Md Nor

Bahagian Perdagangan Dalam Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

4. YBhg. Dato’ Abu Samah Bin Bachik PDAM

5. Encik Yap Choh Tee PDAM

6. Encik Abdul Aziz Bin Ibrahim PDAM

7. Encik Khairul Anuar PDAM

8. Puan Fazmi Amyza Abdul Sani PDAM

9. Encik Nor Manshor Bin Abdul Gafar PDAM

10. Encik Megat Bin Abdul Halim SHELL Malaysia

11. Cik Mardhiyyah Binti Hasan SHELL Malaysia

12. Encik Mohd Khairuddin Bin Saimon SMART STREAM

(8)

13. Encik Sa’adon Bin Sharif PETRON

14. Encik Moktar Ali Bin Ismail CHEVRON

15. Encik Khairul Bin Anuar BURAQOIL

16. Encik Rizal Bin Bakar BURAQOIL

17. Encik Hafiz Bin Mohd Nor BHP

18. Encik Supian Bin Salleh PETRONAS

19. Puan Thilagavathy a/p Manikesavan PETRONAS

URUS SETIA

1. Encik Mohamad Azlan Bin Abdul Majid Bahagian Perdagangan Dalam Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

2. Encik Mohd Sharwadi Bin Mahamood Bahagian Perdagangan Dalam Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

3. Puan Shahirah Binti Mohd Nor

Bahagian Perdagangan Dalam Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

4. Cik Nur Zakiah Hanis Binti Zainon Bahagian Perdagangan Dalam Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Referensi

Dokumen terkait

alasan yang jelas, anak yang tidak divaksinasi tetap rentan. Anak dengan varicella mengekspos kontak dewasa di rumah tangga, sekolah, dan pusat penitipan anak dengan risiko

Kondisi dimana kapal memiliki lengan penegak negatif (G di atas M) ⎯ Lengan penegak akan membantu memiringkan kapal (Capsizing lever). Kondisi stablilitas seperti ini sangat

Karakteristik akseptor Intra uterine Devices (IUD) di Kecamatan Purwokerto Timur Kabupaten Banyumas. tahun

Hal ini menunjukkan bahwa penggunaan metode mind mapping cukup efektif diterapkan dalam proses pembelajaran yang dilakukan untuk meningkatkan informasi siswa dalam

Hasil uji hipotesis dapat diketahui bahwa tidak terdapat pengaruh penambahan ekstrak kunyit pada selai daging kulit durian terhadap daya terima konsumen.Kesimpulan

Data hasil analisis indikator orientasi masa menunjukkan rata-rata anak jalanan binaan Rumah Singgah Anak Mandiri telah memiliki motif untuk bekerja di masa depan,

Adapun hasil yang dicapai dari seluruh kegiatan yang dilaksanakan pada tahun 2012 setelah dilakukan penghematan anggaran sesuai dengan Surat Menteri keuangan nomer

praperadilan, polemik mengenai pemeriksaan sah tidaknya penetapan tersangka kemudian memasuki area hukum materiil dari praperadilan itu sendiri, yaitu apa objek