• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN SARJANA MUDA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2015/2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN SARJANA MUDA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2015/2016"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

A.

PEMERIKSAAN KESIHATAN

B.

BAYARAN YURAN

C.

PANDUAN MEMBAYAR YURAN

D.

BIASISWA/PINJAMAN

E.

KEPERLUAN PAKAIAN PELAJAR

F.

LAPOR DIRI

G.

TAKWIM AKADEMIK

PANDUAN PENDAFTARAN

PROGRAM PENGAJIAN SARJANA MUDA

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

(2)

A.

PEMERIKSAAN KESIHATAN

1. Saudara/i dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan termasuklah pemeriksaan air kencing untuk mengesan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada.

2. Saudara/i dikehendaki menggunakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan

Kesihatan semasa menjalani pemeriksaan kesihatan.

3. Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan sama ada di hospital/klinik Kerajaan atau hospital/klinik swasta yang diiktiraf dan bertauliah.

4. Saudara/i hendaklah mendapatkan keizinan pembedahan dengan mengisi Borang

AKAD A/08 Perakuan Kebenaran Bius dan Pembedahan.

5. Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan, Borang AKAD A/08 Perakuan Kebenaran Bius dan Pembedahan yang telah lengkap diisi dan filem x-ray dada

hendaklah diserahkan pada hari pendaftaran universiti.

** Hanya pelajar program Perubatan dan Pergigian diwajibkan mengisi Borang AKAD A/09 Perakuan Keputusan bagi Ujian Darah Hepatitis dan HIV dan diserahkan pada hari pendaftaran universiti.

** Sekiranya ujian analisa darah Hepatitis dan HIV tidak lengkap, Universiti berhak mengarahkan pelajar untuk mengulangi ujian tersebut dengan kos dibiayai oleh pelajar sendiri.

B.

BAYARAN YURAN

1. Bayaran yuran hendaklah saudara/i jelaskan sebelum hari pendaftaran melalui mana–mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

2. Untuk membayarnya, saudara/i hendaklah menggunakan slip pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip tersebut dengan jelas dan terang termasuklah nama, nombor pelajar (sila rujuk nombor daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 115xxxx), nombor telefon dan tujuan bayaran dibuat di bahagian bawah muka hadapan slip tersebut dengan jelas dan terang. Pastikan bahawa bayaran tersebut dibuat atas nama Bendahari USIM, nombor akaun BIMB

05058010021488

.

3. Bayaran yuran yang perlu dijelaskan adalah mengikut jumlah penuh berdasarkan program pengajian yang ditawarkan dan hendaklah dijelaskan mulai 23 Disember

(3)

4. Selepas BIMB mengesahkan penerimaan slip pembayaran bil tersebut, saudara/i

hendaklah mendapatkan kembali satu (1) salinan slip tersebut sebagai bukti bahawa pembayaran telah dibuat atas nama Bendahari USIM, nombor akaun BIMB

05058010021488

.

5. Kegagalan mengemukakan salinan bukti pembayaran tersebut boleh menyebabkan saudara/i dianggap belum menjelaskan yuran pendaftaran.

6. Selepas pembayaran dibuat, saudara/i perlu mengisi dan mengesahkan maklumat pembayaran dalam http://etasjil.usim.edu.my. Proses pendaftaran universiti saudara/i tidak dapat diteruskan sekiranya saudara/i gagal berbuat demikian.

7. Sekiranya saudara/i mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan bayaran yuran yang ditetapkan, saudara/i boleh menghubungi Jabatan Bendahari di talian 06-798 8036

(4)

C.

PANDUAN MEMBAYAR YURAN

1. Yuran ini dibahagikan kepada dua (2) komponen yang utama, iaitu (1) bayaran sekali sepanjang tempoh pengajian dan (2) bayaran berulang setiap semester.

2. Katakan saudara/i pelajar baharu warganegara Malaysia program Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian (QI05) dan akan mendaftar mulai Semester I, Sesi Akademik 2015/2016, saudara/i perlu membayar JUMLAH (A) dan

JUMLAH (B) dan lihat JUMLAH BESAR ((A) + (B)) untuk tujuan penjumlahan iaitu

RM1,915.00 (lihat Struktur Yuran Sarjana Muda Mengikut Program Pengajian (Warganegara Malaysia) untuk keterangan).

3. Walau bagaimanapun, apabila saudara/i mendaftar pada Semester II, Sesi Akademik 2015/2016 (Semester 2 hingga Semester 8), saudara/i hanya perlu membayar JUMLAH B iaitu RM1,310.00 sahaja (lihat Struktur Yuran Sarjana Muda Mengikut Program Pengajian (Warganegara Malaysia) untuk keterangan). JUMLAH

A hanya dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian (lihat Struktur Yuran

Sarjana Muda Mengikut Program Pengajian (Warganegara Malaysia) untuk keterangan).

SUMBANGAN KERAJAAN MALAYSIA DALAM PEMBIAYAAN KOS PELAJAR DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

4. Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang tidak bermotifkan keuntungan, USIM seperti juga IPTA yang lain, menerima pembiayaan daripada Kerajaan Malaysia bagi membolehkan saudara/i tidak menanggung bebanan membayar yuran yang tinggi.

5. Menurut kajian Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) pada tahun 1998, kos sebenar pembiayaan bagi setiap pelajar setahun adalah seperti berikut:

(5)

Purata Kos Sebenar Bagi Setiap Pelajar Setahun di IPTA Malaysia

PROGRAM PENGAJIAN PURATA KOS (RM)

Kejuruteraan 12,593.00

Teknologi Maklumat dan Sains Komputer 10,962.00

Perubatan 47,278.00

Pergigian 37,802.00

Farmasi 14,090.00

Sains Veterinar 14,361.00

Kesihatan Bersekutu 12,883.00

Senibina dan Senireka 8,809.00

Senilukis/Senireka 8,776.00 Undang-Undang 11,589.00 Ekonomi 11,131.00 Pendidikan 8,860.00 Perakaunan 9,549.00 Pengurusan 8,741.00

Hotel dan Pelancongan 10,674.00

Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan 9,271.00

Pengajian Bahasa 9,778.00 Sains Tulen 12,424.00 Sains Gunaan 9,760.00 Pertanian 11,964.00 Perhutanan 8,997.00 Sains Sukan 11,026.00

(6)

6. Jumlah subsidi yuran yang dibiaya oleh kerajaan Malaysia adalah sebagaimana jadual berikut:

7. S

Sumbangan besar Kerajaan Malaysia yang memperolehi sumber kewangan daripada pembayar cukai atau daripada rakyat umumnya sewajarnyalah saudara/i terima dengan penuh kesyukuran dan berterima kasih. Saudara/i perlu bertekad untuk mencapai kecemerlangan dan seterusnya menabur bakti kepada negara dan rakyat selepas saudara/i dianugerahkan ijazah kelak.

BIL. KOD PROGRAM PENGAJIAN YURAN PENGAJIAN KESELURUHAN YANG DICAJ (RM) YURAN PENGAJIAN KESELURUHAN SEBENAR (RM) SUBSIDI (RM) PERATUS SUBSIDI (%) 1 QL04 5,780.00 57,945.00 52,165.00 90 2 QI08 3,830.00 37,084.00 33,254.00 89.7 3 QI05 2,960.00 37,084.00 34,124.00 92 4 QI10 3,320.00 37,084.00 33,764.00 91 5 QI11 3,230.00 37,084.00 33,854.00 91.3 6 QI07 3,740.00 37,084.00 33,344.00 89.9 7 QA19 3,050.00 37,084.00 34,034.00 91.8 8 QA02 3,230.00 37,084.00 33,854.00 91.3 9 QI13 2,780.00 37,084.00 34,304.00 92.5 10 QP21 3,110.00 44,524.00 41,414.00 93 11 QE06 3,110.00 44,524.00 41,414.00 93 12 QE02 4,130.00 38,196.00 34,066.00 89.2 13 QP49 3,110.00 44,524.00 41,414.00 93 14 QE23 3,020.00 44,524.00 41,504.00 93.2 15 QG07 3,680.00 39,040.00 35,360.00 90.6 16 QS10 3,440.00 39,040.00 35,600.00 91.2 17 QC13 3,920.00 39,040.00 35,120.00 90 18 QS43 3,720.00 39,040.00 35,320.00 90.5 19 QS21 3,480.00 39,040.00 35,560.00 91 20 QG00 3,600.00 39,040.00 35,440.00 90.8 21 QH00 4,519.00 26,427.00 21,908.00 83 22 QK86 4,780.00 50,372.00 45,592.00 90.5 23 QM00 14,030.00 283,668.00 269,638.00 95 24 QD00 16,190.00 189,010.00 172,820.00 91.4 25 QB05 3,320.00 37,084.00 33,764.00 91

(7)

D.

BIASISWA/PINJAMAN

1. Saudara/i boleh memohon biasiswa/pinjaman daripada Kerajaan-kerajaan Negeri, Badan–badan Berkanun dan sektor swasta. Iklan tentang tawaran biasiswa/pinjaman ini lazimnya dikeluarkan melalui akhbar–akhbar utama.

2. USIM juga akan memaklumkan dari semasa ke semasa jika terdapat sebarang tawaran biasiswa/pinjaman daripada pihak tersebut.

3. Saudara/i dinasihatkan supaya merujuk dan meneliti maklumat Pembiayaan Pendidikan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan biasiswa JPA yang boleh dimuat turun daripada laman web www.ptptn.gov.my (PTPTN) dan www.jpa.gov.my (JPA).

PERINGATAN: Untuk pembiayaan PTPTN, sila sediakan satu (1) salinan kad pengenalan, sijil SPM, sijil dan transkrip diploma/matrikulasi/STPM/STAM/, surat tawaran kemasukan, muka depan buku akaun BIMB atau slip membuka akaun BIMB dan slip gaji ibu dan bapa /penjaga atau surat pengesahan pendapatan yang telah disahkan oleh pegawai Kerajaan kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk permohonan pinjaman dengan PTPTN.

4. Saudara/i dikehendaki membuka akaun simpanan di BIMB (Wadi’ah) sebelum hari pendaftaran dan saudara/i juga dikehendaki mengisi dan mengesahkan maklumat nombor akaun BIMB dalam http://etasjil.usim.edu.my.

(8)

E.

KEPERLUAN PAKAIAN PELAJAR

1. Selaku pelajar USIM, saudara/i hendaklah berpakaian sesuai dengan amalan biasa masyarakat Malaysia. Saudara/i hendaklah mengamalkan pemakaian yang bersih, kemas dan sopan terutama sekali semasa berada di khalayak ramai seperti menghadiri kuliah, majlis rasmi atau berurusan dengan mana-mana pejabat.

2. Saudara/i juga dinasihatkan supaya membawa bersama secukupnya pakaian lain dengan keperluan minimum sebagaimana berikut:

Lelaki

 satu (1) bantal tidur, sarung bantal dan cadar (warna bebas)

 empat (4) helai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan tali leher

 dua (2) helai seluar panjang (slack)

 satu (1) helai baju Melayu lengkap dengan kain samping dan songkok

 dua (2) helai baju T lengan pendek berkolar

 dua (2) helai seluar panjang sukan (track bottom) dan kasut sukan

Perempuan

 satu (1) bantal tidur, sarung bantal dan cadar (warna bebas)

 empat (4) pasang baju kurung

 dua (2) helai baju T lengan panjang berkolar

(9)

PAKAIAN (LELAKI)

PAKAIAN RASMI BAGI PELAJAR LELAKI

1. Keperluan pakaian rasmi tersebut adalah seperti berikut:

 Kemeja lengan panjang

 Seluar panjang berwarna hitam

Kasut berwarna hitam

2. Pakaian rasmi tersebut hendaklah dipakai ketika hadir mendaftar.

 Tali leher hendaklah dibeli ketika hari pendaftaran Universiti dengan harga RM20.00 (kecuali pelajar lepasan Tamhidi).

 Baju Korporat USIM hendaklah dibeli ketika hari pendaftaran Universiti dengan harga

(10)

PAKAIAN (PEREMPUAN)

.

PAKAIAN RASMI BAGI PELAJAR PEREMPUAN

1. Keperluan pakaian rasmi tersebut adalah seperti berikut:

 Baju kurung

 Kasut berwarna hitam

 Kain tudung

2. Pakaian rasmi tersebut hendaklah dipakai ketika hadir mendaftar.

3. Baju Korporat USIM hendaklah dibeli ketika hari pendaftaran Universiti dengan harga RM69.00 (kecuali pelajar lepasan Tamhidi)

(11)

F.

LAPOR DIRI

1. Saudara/i dikehendaki melapor diri untuk pendaftaran universiti pada hari dan masa seperti yang diarahkan pada surat tawaran kemasukan.

2. Sila ikuti arahan dan panduan daripada Pengawal Keselamatan USIM dan Urus Setia Pendaftaran.

3. Saudara/i dikehendaki membawa KAD PENGENALAN dan SURAT TAWARAN

KEMASUKAN ASAL serta SALINAN surat tawaran, kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil SPM, sijil Diploma/Matrikulasi/STPM/STAM dan slip keputusan MUET pada hari pendaftaran Universiti.

4. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan/masalah tentang lapor diri, saudara/i boleh menghubungi:

Tawaran Kemasukan: Bahagian Pengurusan Akademik

Tel : 06-798 8144 / 8331 (Pn. Noorakmar Hanim Mohd Hanapiah / Puan Zahilah Hussin / Puan Halina Mohd Khan)

Pendaftaran Kolej Kediaman dan Penginapan: Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Tel : 06-798 6113 / 6169 / 6112 (En. Mohd Khairi Md. Azali / Pn. Khairunnisa Ahmad / Pn. Azlin Mahmud)

Hari Taaruf: Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Tel: 06-798 6152 / 6157 (En. Muhammad Rahmat Abdullah / Pn. Noor Syahieda Husra Hussin)

Biasiswa/Pinjaman: Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Tel : 06-798 6151 / 6160 (Pn. Siti Khadijah Mohamad / Pn. Haslinda Roslan)

Bayaran Yuran: Jabatan Bendahari

Tel : 06-798 8036 / 8213 (En. Norman Iskandar Abd Jamal / Pn. Azreen Filzah Ahmad Azizan)

(12)

G.

TAKWIM AKADEMIK

TAKWIM AKADEMIK SARJANA MUDA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

SESI AKADEMIK 2015/2016

(FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN, FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH, FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG, FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT, FAKULTI

SAINS DAN TEKNOLOGI & FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA)

AKTIVITI

SEMESTER I

* TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar

Baharu 2 September 2015 1 hari

Pendaftaran Universiti dan

Pendaftaran Kursus Pelajar Baharu 2 September 2015 1 hari

Hari Ta’aruf Pelajar Baharu 2 – 4 September 2015 3 hari

Pendaftaran Kursus Pelajar Senior

(secara online) 3 – 6 September 2015 4 hari

Ujian Imtihan Kafaah Al-Lughatul

Arabiyyah (IKLA) 3 September 2015 1 hari

Ujian Imtihan Kafaah Al-Lughatul

Arabiyyah (IKLA) (Rayuan) 21 September 2015 1 hari

Perkuliahan 7 September – 08 November 2015 9 minggu

Cuti Pertengahan Semester I 09 – 15 November 2015 1 minggu

Perkuliahan 16 November – 20 Disember 2015 5 minggu

Cuti Ulangkaji 21 – 27 Disember 2015 1 minggu

Peperiksaan 28 Disember 2015 – 17 Januari

2016 3 minggu

Cuti Semester I 18 Januari – 21 Februari 2016 5 minggu

AKTIVITI

SEMESTER II

* TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Kursus (secara online) 18 – 21 Februari 2016 4 hari

Perkuliahan 22 Februari – 10 April 2016 7 minggu

Cuti Pertengahan Semester II 11 – 17 April 2016 1 minggu

Perkuliahan 18 April – 5 Jun 2016 7 minggu

Cuti Ulangkaji 6 – 12 Jun 2016 1 minggu

Peperiksaan 13 Jun – 3 Julai 2016 3 minggu

(13)

SENARAI HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN, NEGERI SEMBILAN DAN SELANGOR

HARI KELEPASAN AM TAHUN

2015 *2016

Tahun Baru 1 Januari (Khamis) 1 Januari (Jumaat)

Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

(Kampus Nilai sahaja)

14 Januari (Rabu) 14 Januari (Khamis)

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)

03 Januari (Sabtu) dan

24 Disember (Khamis) 12 Disember (Isnin)

Hari Thaipusam 3 Februari (Selasa) 23 Januari (Sabtu)

Tahun Baru Cina 19 dan 20 Februari

(Khamis dan Jumaat)

8 dan 9 Februari (Isnin dan Selasa)

Hari Pekerja 1 Mei (Jumaat) 1 Mei (Ahad)

Hari Wesak 3 Mei (Ahad) 21 Mei (Sabtu)

Israk dan Mikraj

(Kampus Nilai Sahaja) 16 Mei (Sabtu) 5 Mei (Khamis)

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong 6 Jun (Sabtu) 4 Jun (Sabtu)

Hari Nuzul al-Quran

(Kampus Pandan Indah sahaja) 4 Julai (Sabtu) 22 Jun (Rabu)

Hari Raya Puasa 17 dan 18 Julai

(Jumaat dan Sabtu)

7 dan 8 Julai (Khamis dan Jumaat)

Hari Kebangsaan 31 Ogos (Isnin) 31 Ogos (Rabu)

Hari Malaysia 16 September (Rabu) 16 September

(Jumaat)

Hari Raya Qurban 24 September (Khamis) 13 September

(Selasa)

Awal Muharram (Maal Hijrah) 14 Oktober (Rabu) 2 Oktober (Ahad)

Hari Deepavali 10 November (Selasa) 30 Oktober (Ahad)

Hari Keputeraan Sultan Selangor

(Kampus Pandan Indah sahaja) 11 Disember (Jumaat) 11 Disember (Ahad)

Hari Krismas 25 Disember (Jumaat) 25 Disember (Ahad)

Referensi

Dokumen terkait

JADWAL MATA KULIAH SEMESTER GANJIL PROGRAM STUDI ILMU KESEHATAN MASYARAKAT1. TAHUN AKADEMIK 2015/2016 SEMESTER I

Jika jatuh pada hari Sabtu, tidak akan diganti (Akta Hari Kelepasan

materi adzan dan iqamah di kelas II MI Tarbiyatul Islam Genuk Semarang semester I tahun pelajaran 2015/2016 dilakukan dengan dengan mempersiapkan skenario

tatacara pakaian bagi setiap pelajar UniMAP di mana ianya menyatakan setiap pelajar tidak boleh memakai purdah (menutupi muka) semasa berada di dalam kampus.. Sekiranya

12/2020 Semua Pelajar Program Prasiswazah Saudara/i, PENGESAHAN KURSUS DAN DRAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II SESI AKADEMIK 2019-2020 Merujuk kepada perkara di atas,