• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN SARJANA MUDA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2012/2013

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN SARJANA MUDA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2012/2013"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

A.

PEMERIKSAAN KESIHATAN

B.

BAYARAN YURAN

C.

PANDUAN MEMBAYAR YURAN

D.

BIASISWA/PINJAMAN

E.

ETIKA PAKAIAN PELAJAR

F.

LAPOR DIRI

G.

TAKWIM AKADEMIK

PANDUAN PENDAFTARAN

PROGRAM PENGAJIAN SARJANA MUDA

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

(2)

A.

PEMERIKSAAN KESIHATAN

1. Saudara/i dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan termasuklah pemeriksaan air kencing untuk dadah dan x-ray dada.

2. Saudara/i dikehendaki menggunakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan

Kesihatan semasa menjalani pemeriksaan kesihatan.

3. Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan sama ada di hospital/klinik Kerajaan atau hospital/klinik swasta oleh pegawai perubatan diiktiraf dan bertauliah.

4. Saudara/i hendaklah mendapatkan pengesahan sebagaimana diperlukan pada surat keizinan pembedahan dengan mengisi Borang AKAD A/08 Perakuan Kebenaran Bius dan Pembedahan.

5. Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan, Borang AKAD A/08 Perakuan Kebenaran Bius dan Pembedahan yang telah lengkap diisi dan filem x-ray dada hendaklah diserahkanpada haripendaftaran.

B.

BAYARAN YURAN

1. Bayaran yuran hendaklah saudara/i jelaskan sebelum hari pendaftaran melalui

mana–mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

2. Untuk membayarnya, saudara/i hendaklah menggunakan slip pembayaran bil (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan BIMB. Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip tersebut dengan jelas dan terang termasuklah nama, nombor pelajar (sila rujuk nombor daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 112xxxx), nombor telefon dan tujuan bayaran dibuat di bahagian bawah muka hadapan slip tersebut dengan jelas dan terang. Pastikan bahawa bayaran tersebut dibuat atas nama Bendahari USIM, nombor akaun BIMB 05058010008884.

3. Bayaran yuran yang perlu dijelaskan adalah mengikut jumlah penuh atau minimum berdasarkan program pengajian yang ditawarkan dan hendaklah dijelaskan mulai 16Julai 2012.

(3)

4. Selepas BIMB mengesahkan penerimaan slip pembayaran bil tersebut, saudara/i hendaklah mendapatkan kembali satu (1) salinan slip tersebut sebagai bukti bahawa pembayaran telah dibuat atas nama Bendahari USIM, nombor akaun BIMB 05058010008884.

5. Selepas pembayaran dibuat, saudara/i perlu mengisi dan mengesahkan maklumat pembayaran dalam http://esst.usim.edu.my. Proses pendaftaran universiti saudara/i tidak dapat diteruskan sekiranya saudara/i gagal berbuat demikian.

6. Sekiranya saudara/i menghadapi kesulitan menjelaskan bayaran yuran yang ditetapkan, saudara/i boleh menghubungi Jabatan Bendahari di talian 06-798 8036 / 8213 (En. Azhar Khozin / Pn. Azreen Fillzah Ahmad Azizan).

Kadar Bayaran Yuran Mengikut Program Pengajian*

KOD PROGRAM BAYARAN PENUH (RM) BAYARAN MINIMUM (RM)

QP21 QA02 QA19 QE02 QI05 QI10 QI11 QI08 QL04 Q107 QC13 QS10 QG07 QM00 QD00 QS43 QB05 QG00 QS21 QE06 QP49 QI13 1,945.00 1,945.00 1,945.00 1,945.00 1,945.00 1,945.00 1,945.00 1,945.00 1,945.00 1,945.00 2,035.00 2,035.00 2,035.00 2,345.00 2,345.00 2,035.00 1,945.00 2,035.00 2,035.00 1,945.00 1,945.00 1,945.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00

(4)

Struktur Yuran Sarjana Muda Mengikut Program Pengajian (Warganegara Malaysia)

-Program Perubatan - semua program pengajian yang bermula dengan pangkal kod QM -Program Pergigian - semua program pengajian yang bermula dengan pangkal kod QD

-Program Sains - semua program pengajian yang bermula dengan pangkal kod QG, QS, QC -Program Ekonomi - semua program pengajian yang bermula dengan pangkal kod QP, QE

-Program Sastera - semua program pengajian yang bermula dengan pangkal kod QI, QB, QA, QL

* kadar sebenar yuran pengajian akan diselaraskan kembali setelah pelajar mendaftar kursus pada sesuatu semester yang dikira berdasarkan bilangan jam kredit yang diambil sebagaimana berikut: 1 jam kredit = RM40.00 bagi semua kursus ketegori sains dan 1 jam kredit = RM30.00 bagi semua kursus kategori lain

** pengecualian yuran makmal bagi pelajar program Sains (Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko) (QS10), program Sains Matematik Kewangan (QS43) serta program Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) (QC13)

*** dicaj tujuh (6) semester sahaja secara berturut-turut (Semester I hingga Semester VI pengajian) dan jumlah caj yuran tersebut, setakat mana yang telah dicaj dan dibayar akan dikembalikan jika pelajar meninggal dunia, menarik diri daripada pengajian atau diberhentikan daripada pengajian sama ada disebabkan tindakan tatatertib atau kegagalan dalam peperiksaan

**** dicaj enam (6) semester sahaja secara berturut-turut (Semester I hingga Semester VI pengajian) dan jumlah caj yuran tersebut, setakat mana yang telah dicaj dan dibayar akan dikembalikan jika pelajar meninggal dunia, menarik diri daripada pengajian atau diberhentikan daripada pengajian sama ada disebabkan tindakan tatatertib atau kegagalan dalam peperiksaan

Yuran Program Perubatan (RM) Program Pergigian (RM) Program Sains (RM) Program Ekonomi (RM) Program Sastera (RM) (1) Yuran Pendaftaran (bayaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian) Pendaftaran Kebajikan

Minggu Suai Kenal

Aktiviti Fakulti dan Buku Panduan Lain–lain Perkhidmatan Kad Matrik Alumni 50.00 30.00 150.00 35.00 30.00 10.00 50.00 50.00 30.00 150.00 35.00 30.00 10.00 50.00 50.00 30.00 150.00 35.00 30.00 10.00 50.00 50.00 30.00 150.00 35.00 30.00 10.00 50.00 50.00 30.00 150.00 35.00 30.00 10.00 50.00 JUMLAH (A) 355.00 355.00 355.00 355.00 355.00 (2) Yuran Pengajian, Penginapan dan Lain-lain (bayaran berulang setiap semester) Pengajian* Penginapan Kemudahan Peralatan Perpustakaan

Ko–Kurikulum dan Sukan Komputer

Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar Aktiviti Kolej Kediaman

Pengangkutan Insurans Makmal** Konvokesyen*** Antarabangsa**** 900.00 550.00 25.00 50.00 20.00 100.00 50.00 40.00 25.00 5.00 50.00 100.00 75.00 900.00 550.00 25.00 50.00 20.00 100.00 50.00 40.00 25.00 5.00 50.00 100.00 75.00 590.00 550.00 25.00 50.00 20.00 100.00 50.00 40.00 25.00 5.00 50.00 100.00 75.00 550.00 550.00 25.00 50.00 20.00 100.00 50.00 40.00 25.00 5.00 - 100.00 75.00 550.00 550.00 25.00 50.00 20.00 100.00 50.00 40.00 25.00 5.00 - 100.00 75.00 JUMLAH (B) 1,990.00 1,990.00 1,680.00 1,590.00 1,590.00 JUMLAH BESAR ((A) + (B)) 2,345.00 2,345.00 2,035.00 1,945.00 1,945.00

(5)

Struktur Yuran Pelajar Sarjana Muda Pada Semester Praktikum/Latihan Industri

(Warganegara Malaysia)

A Program Sains - semua program pengajian yang bermula dengan pangkal kod QG, QS, QC

B Program Ekonomi - semua program pengajian yang bermula dengan pangkal kod QP, QE

C Program Sastera - semua program pengajian yang bermula dengan pangkal kod QI, QB, QA, QL * kadar sebenar yuran pengajian akan diselaraskan kembali setelah pelajar mendaftar kursus pada sesuatu semester yang dikira berdasarkan bilangan jam kredit yang diambil sebagaimana berikut: 1 jam kredit = RM40.00 bagi semua kursus ketegori sains dan 1 jam kredit = RM30.00 bagi semua kursus

kategori lain

** sekiranya menginap di kolej kediaman

Yuran Semester Praktikum/Latihan Industri A Program Sains (RM) B Program Ekonomi (RM) C Program Sastera (RM) Pengajian Penginapan Kemudahan Peralatan Perpustakaan

Ko–Kurikulum dan Sukan Makmal Komputer

Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar Aktiviti Kolej Kediaman

Pengangkutan Insurans Makmal * 3.60/hari** - 50.00 - - 25.00 - - 5.00 - * 3.60/hari** - 50.00 - - 25.00 - - 5.00 - * 3.60/hari** - 50.00 - - 25.00 - - 5.00 -

(6)

C.

PANDUAN MEMBAYAR YURAN

1. Yuran ini dibahagikan kepada dua (2) komponen yang utama, iaitu (1) bayaran sekali sepanjang tempoh pengajian dan (2) bayaran berulang setiap semester.

2. Katakan saudara/i pelajar baru warganegara Malaysia program Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian (QI05) dan akan mendaftar mulai Semester I, Sesi Akademik 2012/2013, saudara/i perlu membayar JUMLAH (A) dan JUMLAH (B) dan lihat JUMLAH BESAR ((A) + (B)) untuk tujuan penjumlahan iaitu RM1,945.00 (lihat Perkara B. BAYARAN YURAN - Struktur Yuran Sarjana Muda Mengikut Program Pengajian (Warganegara Malaysia).

3. Walau bagaimanapun, apabila saudara/i mendaftar pada Semester II, Sesi

Akademik 2012/2013, saudara/i hanya perlu membayar JUMLAH B iaitu

RM1,590.00 sahaja (lihat Perkara B. BAYARAN YURAN - Struktur Yuran Sarjana Muda Mengikut Program Pengajian (Warganegara Malaysia)).

4. Seterusnya, apabila saudara/i mendaftar pada sesi berikutnya, katakan Semester I, Sesi Akademik 2013/2014, saudara/i akan membayar JUMLAH B sahaja iaitu RM1,590.00 dan pada sesi itu saudara/i berada di Tahun 2. JUMLAH A hanya dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian (lihat Perkara B. BAYARAN YURAN - Struktur Yuran Sarjana Muda Mengikut Program Pengajian (Warganegara Malaysia).

SUMBANGAN KERAJAAN MALAYSIA DALAM PEMBIAYAAN KOS PELAJAR DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

5. Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang tidak bermotifkan keuntungan, USIM seperti juga IPTA yang lain, menerima pembiayaan daripada Kerajaan Malaysia bagi membolehkan saudara/i tidak menanggung bebanan membayar yuran yang tinggi.

6. Menurut kajian Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) pada tahun 1998, kos sebenar pembiayaan bagi setiap pelajar setahun adalah seperti berikut:

(7)

Purata Kos Sebenar Bagi Setiap Pelajar Setahun di IPTA Malaysia

PROGRAM PENGAJIAN PURATA KOS (RM)

Kejuruteraan 12,593.00

Teknologi Maklumat dan Sains Komputer 10,962.00

Perubatan 47,278.00

Pergigian 37,802.00

Farmasi 14,090.00

Sains Veterinar 14,361.00

Kesihatan Bersekutu 12,883.00

Senibina dan Senireka 8,809.00

Senilukis/Senireka 8,776.00 Undang-Undang 11,589.00 Ekonomi 11,131.00 Pendidikan 8,860.00 Perakaunan 9,549.00 Pengurusan 8,741.00

Hotel dan Pelancongan 10,674.00

Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan 9,271.00

Pengajian Bahasa 9,778.00 Sains Tulen 12,424.00 Sains Gunaan 9,760.00 Pertanian 11,964.00 Perhutanan 8,997.00 Sains Sukan 11,026.00

(8)

7. Sebagai contoh jika saudara/i warganegara Malaysia mengikuti program Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian selama 5 tahun (10 semester), saudara/i hanya perlu membayar RM15,555.00 sahaja (berdasarkan kiraan yuran berulang setiap semester untuk 10 semester + yuran pendaftaran + yuran konvokesyen bagi enam (6) semester + yuran antarabangsa bagi enam (6) semester, tidak termasuk yuran pelarasan jam kredit dan tertakluk pindaan) untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian daripada kos keseluruhan RM57,945.00. Sejumlah RM42,390.00 lagi disubsidikan oleh Kerajaan Malaysia (lebih kurang 74%).

8. Sumbangan besar Kerajaan Malaysia yang memperolehi sumber kewangan

daripada pembayar cukai atau daripada rakyat umumnya sewajarnyalah saudara/i terima dengan penuh kesyukuran dan berterima kasih. Saudara/i perlu bertekad untuk mencapai kecemerlangan dan seterusnya menabur bakti kepada negara dan rakyat selepas saudara/i dianugerahkan ijazah kelak.

D.

BIASISWA/PINJAMAN

1. Saudara/i boleh memohon biasiswa/pinjaman daripada Kerajaan-kerajaan Negeri,

Badan–badan Berkanun dan sektor swasta. Iklan tentang tawaran

biasiswa/pinjaman ini lazimnya dikeluarkan melalui akhbar–akhbar utama.

2. USIM juga akan memaklumkan dari semasa ke semasa jika terdapat sebarang tawaran biasiswa/pinjaman daripada pihak tersebut.

3. Saudara/i dinasihatkan supaya merujuk dan meneliti maklumat Pembiayaan Pendidikan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) yang boleh dimuat turun daripada laman web www.ptptn.gov.my (PTPTN) dan www.jpa.gov.my (JPA).

PERINGATAN: Sediakan dua (2) salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil SPM,

diploma/matrikulasi/ /STPM/STAM/, slip keputusan MUET, surat tawaran kemasukan, muka depan buku akaun BIMB atau slip membuka akaun BIMB dan slip gaji ibu dan bapa /penjaga atau surat pengesahan pendapatan yang telah disahkan oleh pegawai Kerajaan kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk permohonan pinjaman dengan PTPTN.

(9)

4. Saudara/i dikehendaki membuka akaun simpanan di BIMB (Wadi’ah) sebelum hari pendaftaran dan saudara/i juga dikehendaki mengisi dan mengesahkan maklumat nombor akaun BIMB dalam http://esst.usim.edu.my.

E.

KEPERLUAN PAKAIAN PELAJAR

1. Selaku pelajar USIM, saudara/i hendaklah berpakaian sesuai dengan amalan biasa masyarakat Malaysia. Saudara/i hendaklah mengamalkan pemakaian yang bersih, kemas dan sopan terutama sekali semasa berada di khalayak ramai seperti menghadiri kuliah, majlis rasmi atau berurusan dengan mana-mana pejabat.

2. Saudara/i juga dinasihatkan supaya membawa bersama secukupnya pakaian lain dengan keperluan minimum sebagaimana berikut:

Lelaki

 satu (1) bantal tidur, sarung bantal dan cadar

 empat (4) helai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan tali leher  dua (2) helai seluar panjang (slack)

 satu (1) helai baju Melayu lengkap dengan kain samping dan songkok  dua (2) helai baju T lengan pendek berkolar

 dua (2) helai seluar panjang sukan (track bottom) dan kasut sukan Perempuan

 satu (1) bantal tidur, sarung bantal dan cadar

 empat (4) pasang baju kurung

 dua (2) helai baju T lengan panjang berkolar

(10)

PAKAIAN MINGGU TA’ARUF (LELAKI)

PAKAIAN RASMI MINGGU TA’ARUF BAGI PELAJAR LELAKI

1. Setiap pelajar diperlukan memakai pakaian rasmi Minggu Ta’aruf ini sepanjang program Minggu Ta’aruf berlangsung.

2. Keperluan pakaian rasmi tersebut adalah seperti berikut:

 Kemeja lengan panjang berwarna biru seperti tertera di gambar (sebaik-baiknya dua (2) helai).

 Seluar panjang berwarna hitam.  Kasut berwarna hitam.

 Tali leher (dibeli ketika pendaftaran universiti). 3. Pakaian rasmi tersebut hendaklah dipakai ketika hadir

mendaftar.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia Telefon: 06- 798 6158 / 6157 / 6151

(11)

PAKAIAN MINGGU TA’ARUF (PEREMPUAN)

PAKAIAN RASMI MINGGU

TA’ARUF BAGI PELAJAR PEREMPUAN

1. Setiap pelajar disarankan memakai pakaian rasmi Minggu Ta’aruf ini sepanjang program Minggu Ta’aruf berlangsung. 2. Keperluan pakaian rasmi tersebut adalah seperti berikut:

 Mini jubah (separas lutut) berwarna biru seperti tertera di gambar (sebaik-baiknya dua (2) helai).

 Seluar panjang berwarna hitam.  Kasut berwarna hitam.

 Kain tudung berwarna putih.

3. Pakaian rasmi tersebut hendaklah dipakai ketika hadir mendaftar

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia Telefon: 06- 798 6158 / 6157 / 6151

(12)

F.

LAPOR DIRI

1. Saudara/i dikehendaki melapor diri untuk pendaftaran pada hari dan masa seperti yang tercatat pada surat tawaran kemasukan.

2. Pendaftaran akan dilaksanakan di lokasi sebagaimana alamat yang dinyatakan dalam surat tawaran kemasukan. Sila ikuti arahan dan panduan daripada Pengawal Keselamatan USIM dan Urus Setia Pendaftaran.

3. Pastikan saudara/i membawa dokumen asal sebagaimana berikut:

i. kad pengenalan (warganegara Malaysia), ii. surat tawaran kemasukan.

4. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan/masalah tentang lapor diri, saudara/i boleh menghubungi:

Tawaran Kemasukan: Bahagian Pengajian Prasiswazah

Tel : 06-798 8144 / 8331 (Pn. Nor Haizan Shaari / Cik Halina Mohd Khan)  Penginapan: Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Tel : 06-798 6167 / 6175 (En. Hazrul Fareeza Harun / Pn. Azlin Mahmud)  Pendaftaran dan Minggu Taaruf: Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Tel : 06-798 6152 / 6158 (En. Muhammad Rahmat Abdullah / Pn. Azura Baharudin)

Biasiswa/Pinjaman: Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Tel : 06-798 6151 / 6160 (Pn. Siti Khadijah Mohamad / Pn. Haslinda Roslan)  Bayaran Yuran: Jabatan Bendahari

(13)

G.

TAKWIM AKADEMIK

TAKWIM AKADEMIK SARJANA MUDA

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

SESI AKADEMIK 2012/2013

AKTIVITI SEMESTER I

* TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Universiti Pelajar Baru 1 September 2012 1 hari

Pendaftaran Kursus Pelajar Baru 2 September 2012 1 hari

Minggu Ta’aruf Pelajar Baru 3 – 9 September 2012 1 minggu

Pendaftaran Kursus Pelajar Senior (secara

online) 6 – 9 September 2012 4 hari

Program Sokongan Bahasa I 6 – 9 September 2012 4 hari

Perkuliahan 10 September – 25 Oktober 2012 7 minggu

Cuti Pertengahan Semester I 26 Oktober – 4 November 2012 1 minggu

Perkuliahan 5 November – 23 Disember 2012 7 minggu

Cuti Ulangkaji 24 Disember 2012 – 1 Januari 2013 1 minggu

Peperiksaan 2 – 20 Januari 2013 3 minggu

Cuti Semester I 21 Januari – 17 Februari 2013 4 minggu

Program Sokongan Bahasa II 21 Januari – 2 Februari 2013 2 minggu

AKTIVITI SEMESTER II

* TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Kursus (secara online) 14 – 17 Februari 2013 4 hari

Perkuliahan 18 Februari – 7 April 2013 7 minggu

Cuti Pertengahan Semester II 8 – 14 April 2013 1 minggu

Perkuliahan 15 April – 2 Jun 2013 7 minggu

Cuti Ulangkaji 3 – 9 Jun 2013 1 minggu

Peperiksaan 10 – 30 Jun 2013 3 minggu

Cuti Semester II 1 Julai – 1 September 2013 9 minggu

Program Sokongan Bahasa III 1 – 12 Julai 2013 2 minggu

* Tertakluk kepada pindaan

(14)

SENARAI HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN, NEGERI SEMBILAN DAN SELANGOR

HARI KELEPASAN AM * TAHUN

2012 2013

Tahun Baru 1 Januari (Ahad) 1 Januari (Selasa)

Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

(Kampus Nilai sahaja)

14 Januari (Sabtu) 14 Januari (Isnin)

Tahun Baru Cina 23 dan 24 Januari

(Isnin dan Selasa)

10 dan 11 Februari (Ahad dan Isnin)

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. 5 Februari (Ahad) 24 Januari (Khamis)

Hari Thaipusam 7 Februari (Selasa) 27 Januari (Ahad)

Hari Pekerja 1 Mei (Selasa) 1 Mei (Rabu)

Hari Wesak 5 Mei (Sabtu) 25 Mei (Sabtu)

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang

di-Pertuan Agong 2 Jun (Sabtu) 1 Jun (Sabtu)

Israk dan Mikraj

(Kampus Nilai Sahaja) 17 Jun (Ahad) 6 Jun (Khamis)

Hari Nuzul al-Quran

(Kampus Pandan Indah sahaja) 6 Ogos (Isnin) 26 Julai (Jumaat)

Hari Raya Puasa 19 dan 20 Ogos

(Ahad dan Isnin)

8 dan 9 Ogos (Khamis dan Jumaat)

Hari Kebangsaan 31 Ogos (Jumaat) 31 Ogos (Sabtu)

Hari Malaysia 16 September (Ahad) 16 September (Isnin)

Hari Raya Qurban 26 Oktober (Jumaat) 15 Oktober (Selasa)

Hari Deepavali 13 November (Selasa) 3 November (Ahad)

Awal Muharram 15 November (Khamis) 5 November (Selasa)

Hari Keputeraan Sultan Selangor

(Kampus Pandan Indah sahaja) 11 Disember (Selasa) 11 Disember (Rabu)

Hari Krismas 25 Disember (Selasa) 25 Disember (Rabu)

(15)

TAKWIM AKADEMIK SARJANA MUDA FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI AKADEMIK 2012/2013 TAHUN 1

AKTIVITI SEMESTER I

* TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Universiti 1 September 2012 1 hari

Pendaftaran Kursus 2 September 2012 1 hari

Minggu Ta’aruf 3 – 9 September 2012 1 minggu

Perkuliahan 10 September – 4 November 2012 8 minggu

Cuti Pertengahan Semester I 5 – 11 November 2012 1 minggu

Perkuliahan 12 November 2012 – 6 Januari 2013 8 minggu

Minggu Ulangkaji 7 – 13 Januari 2013 1 minggu

Peperiksaan 14 – 27 Januari 2013 2 minggu

Cuti Semester I 28 Januari – 10 Mac 2013 4 minggu

AKTIVITI SEMESTER II

* TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Kursus 11 Mac 2013 1 hari

Perkuliahan 11 Mac – 7 April 2013 8 minggu

Cuti Pertengahan Semester II 8 – 21 April 2013 2 minggu

Perkuliahan 22 April – 16 Jun 2013 8 minggu

Minggu Ulangkaji 17 – 23 Jun 2013 1 minggu

Peperiksaan Akhir Semester 24 Jun – 7 Julai 2013 2 minggu

Cuti Semester II 8 – 21 Julai 2013 2 minggu

AKTIVITI SEMESTER III

* TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Kursus 22 Julai 2013 1 hari

Perkuliahan 22 Julai – 4 Ogos 2013 2 minggu

Cuti Raya Eidulfitri 5 – 11 Ogos 2013 1 minggu

Perkuliahan 12 Ogos – 29 September 2013 7 minggu

Cuti Pertengahan Semester III 30 September – 6 Oktober 2013 1 minggu

(16)

AKTIVITI SEMESTER III

* TARIKH TEMPOH

Perkuliahan 21 Oktober – 15 Disember 2013 8 minggu

Minggu Ulangkaji 16 – 29 Disember 2013 2 minggu

* Tertakluk kepada pindaan

(17)

TAKWIM AKADEMIK SARJANA MUDA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

SESI AKADEMIK 2012/2013

TAHUN 2

AKTIVITI SEMESTER I

* TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Kursus 27 Ogos 2012 1 hari

Perkuliahan 27 Ogos – 21 Oktober 2012 8 minggu

Cuti Pertengahan Semester I 22 Oktober – 4 November 2012 2 minggu

Perkuliahan 5 November – 23 Disember 2012 7 minggu

Minggu Ulangkaji 24 – 30 Disember 2012 1 minggu

Peperiksaan 31 Disember 2012 – 13 Januari 2013 2 minggu

Cuti Semester I 14 Januari – 10 Februari 2013 4 minggu

AKTIVITI SEMESTER II

* TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Kursus 11 Februari 2013 1 hari

Perkuliahan 11 Februari – 31 Mac 2013 7 minggu

Cuti Pertengahan Semester II 1 – 14 April 2013 2 minggu

Perkuliahan 15 April – 2 Jun 2013 7 minggu

Minggu Ulangkaji 3 – 16 Jun 2013 2 minggu

Peperiksaan Akhir Semester dan

Peperiksaan Profesional Pertama 17 – 30 Jun 2013 2 minggu

Cuti Semester II 1 Julai – 18 Ogos 2013 7 minggu

Peperiksaan Ulangan Profesional Pertama 12 – 18 Ogos 2013 1 minggu

* Tertakluk kepada pindaan

(18)

TAKWIM AKADEMIK SARJANA MUDA

FAKULTI PERGIGIAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

SESI AKADEMIK 2012/2013

TAHUN 1

AKTIVITI SEMESTER I

* TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Universiti Pelajar Baru 1 September 2012 1 hari

Pendaftaran Kursus Pelajar Baru 2 September 2012 1 hari

Minggu Ta’aruf Pelajar Baru 3 – 9 September 2012 1 minggu

Pendaftaran Kursus Pelajar Senior (secara

online) 6 – 9 September 2012 4 hari

Perkuliahan 10 September – 11 November 2012 9 minggu

Cuti Pertengahan Semester I 12 November – 18 November 2012 1 minggu

Perkuliahan 19 November 2012 – 20 Januari 2013 9 minggu

Cuti Ulangkaji 21 – 27 Januari 2013 1 minggu

Peperiksaan 28 Januari – 10 Februari 2013 2 minggu

Cuti Semester I 11 – 24 Februari 2013 2 minggu

AKTIVITI SEMESTER II

* TARIKH TEMPOH

Pendaftaran Kursus (secara online) 21 – 24 Februari 2013 4 hari

Perkuliahan 25 Februari – 28 April 2013 9 minggu

Cuti Pertengahan Semester II 29 April – 5 Mei 2013 1 minggu

Perkuliahan 6 Mei – 30 Jun 2013 8 minggu

Cuti Ulangkaji 1 – 14 Julai 2013 2 minggu

Peperiksaan 15 – 28 Julai 2013 2 minggu

Cuti Semester II 29 Julai – 1 September 2013

5 minggu

Peperiksaan Ulangan 26 – 30 Ogos 2013

* Tertakluk kepada pindaan

Referensi

Dokumen terkait

Secara khusus penulis mengucapkan banyak terima kasih kepada Bapak Evo Sampetua Hariandja,Ir., MM selaku pembimbing yang telah banyak membantu, membimbing, mendukung mengarahkan

Ide penulis adalah bagaimana merancang ulang design pintu mobil istrik agar pintu mobil listrik yang terbuat dari bahan komposit dapat berfungsi dengan baik,

3.7.2 Menganalisis peran BPUPKI dan PPKI bagi tujuan perjuangan bangsa Indonesia 3.7.3 Mengaitkan peristiwa Rengasdengklok dengan peristiwa perumusan teks proklamasi 3.7.4

Sentuhan kulit : Tiada kesan yang penting atau bahaya kritikal yang diketahui:. Pendedahan kepada kepekatan bawaan udara melebihi had pendedahan statutori atau yang dicadangkan

Sebelumnya penjadwalan dan kegiatan rapat dilaksanakan secara offline, namun seiring dengan berkembangnya teknologi penjadwalan dan kegiatan rapat dapat dilakukan

Dari seluruh uraian atau analisis data di atas dapat disimpulkan sebagai berikut ini. 1) Banyak sekali terjadi kesalahan-kesalahan dalam menuliskan aksara Bali

14 Seseorang yang memiliki kecenderungan bahwa melakukan suatu tingkah laku akan menghasilkan hal yang positif atau negatif, akan mendorong niat seseorang untuk

Berdasarkan hal-hal tersebut, Pimpinan Pusat Muhammadiyah menyatakan bahwa Muhammadiyah mendukung pelaksanaan vaksinasi sebagai bagian dari upaya penanganan pandemi Covid-19