• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh Proposal Sains Sosial (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Contoh Proposal Sains Sosial (1)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Dasar luar sesebuah negara merupakan perlakuan dalam hubungan sesebuah negara diperingkat antarabangsa di mana ia termasuklah hubungan dua hala dan pelbagai hala. Hubungan Malaysia dengan Singapura terbentuk sejak Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada tahun 1965. Hubungan dua hala ini boleh dibahagikan kepada 3 era sebelum pucuk pimpinan diterajui oleh Dr. Mahathir Mohamad. Dasar luar ketika era Tun Mahathir pada tahun berikut lebih memberi penekanan untuk bersahabat baik dengan semua negara tanpa mengira kerajaan asalkan negara tersebut tidak mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin yang menggunakan kaedah pendekatan dan perbincangan terbuka dalam menyelesaikan masalah. Semasa era pemerintahan Dr. Mahathir, kerjasama secara rasmi memberi keutamaan kepada negara-negara Asean, di ikuti dengan Negara-negara Islam (OIC), seterusnya negara-negara berkecuali dan akhirnya negara-negara Komanwel. Perkembangan dasar luar era Dr. Mahathir menunjukkan perbezaan ketara dengan dasar luar sebelum pemerintahan beliau.

(2)

1.2 PEMILIHAN KAJIAN

Dasar luar Era Dr. Mahathir dipilih disebabkan beliau merupakan seorang yang tegas, dan bijak dalam menyelesasikan masalah yang wujud akibat hubungan dua hala. Selain itu, dasar luar era Dr. Mahathir berbentuk bilateral, yang menjadikan ia unik, berbanding era pemerintah sebelumnya. Tindakan berani Dr. Mahathir dapat dilihat dengan memulaukan persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel pada tahun 1981, memulaukan mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan APEC di Seattle pada tahun 1993. Selain itu, Dr. Mahathir telah mengenakan tekanan terhadap dasar luarnya dengan British, melalui kempen Buy British Last akibat layanan buruk British terhadap Malaysia. Seterusnya, beliau merupakan pemimpin yang berani mengkritik sikap Kuasa-kuasa barat yang tidak telus dalam menyelesaikan isu alam sekitar, hak-hak asasi manusia, masalah Bosnia, Isu Palestin, dan Pelarian di Afrika. Disamping itu, Dr. Mahathir, juga mengkritik Institusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang tidak demokratik, kerana tidak menyelesaikan masalah dengan adil.

Hubungan Malaysia dengan Singapura, merupakan hubungan yang istimewa kerana faktorfaktor geografi, sejarah, ekonomi, budaya dan etnik. Sejarah hubungan Malaysia -Singapura menunjukkan berlaku pertelagahan secara terbuka dalam isu-isu yang berkaitan sempadan, keselamatan, dan politik. Selain itu, tindakan Dr. Mahathir seakan-akan bersikap menyerah kalah terhadap beberapa isu dan kritikan yang telah dilemparkan oleh Singapura. Tindakan ini sedikit sebanyak sepatutnya menghadirkan kritikan yang selalu dilontarkan Dr. Mahathir terhadap setiap isu, tetapi tidak berlaku. Malaysia, tidak mengambil tindakan yang tegas dan keras terhadap perlakuan Singapura ke atas Malaysia seperti yang dilakukan terhadap negara-negara lain. Malah, Singapura diangkat martabatnya apabila Dr. Mahathir inginkan supaya Republik tersebut dijadikan model. Situasi, ini merupakan dasar yang bertentangan untuk bersahabat dengan negara yang mencampuri hal ehwal dalam negeri Malaysia.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Mengenalpasti isu-isu dalam hubungan dua hala Malaysia-Singapura.

1.3.2 Mengenalpasti Faktor penyebab wujudnya ketegangan antara Malaysia-Singapura.

(3)

1.4 LIMITASI KAJIAN

1.4.1 Dasar Luar Era Dr. Mahathir

Dasar luar Dr. Mahathir serta hubungan Malaysia dan Singapura telah dipilih sebagai salah satu bahan kajian atas beberapa sebab. Pada tahun-tahun awal pentadbirannya, Dr. Mahathir telah melancarkan Dasar Pandang ke Timur, di mana kerajaan berpaling kepada negara-negara Timur yang maju seperti Jepun dan Korea Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan, pendidikan tinggi dan aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuaian. Selain itu, tajuk ini dipilih kerana keberkesanan peranan beliau melalui idea-ideanya.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui pelaksanaan kempen Bersih, Cekap, Amanah yang mana bertujuan meningkatkan produktiviti dan menanamkan etika kerja serta usaha ke arah kecemerlangan. Menyusul selepas itu, sumbangan Dr. Mahathir yang paling signifikan ialah idea dan inisiatifnya dalam membawa Malaysia dari sebuah ekonomi berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri. Berikutan langkah berani dalam percubaan menyaingi negara-negara maju semenjak penubuhan HICOM dan pengeluaran kereta nasional pertama, Proton Saga pada 1985, Dr. Mahathir memperkenalkan pula Koridor Raya Multimedia (MSC) yang mana membawa Malaysia ke taraf negara maju menjelang 2020.

Dalam buku Karminder Singh Dhillon, iaitu Malaysian Foreign Policy in the Mahathir Era, ada menerangkan tentang pengaruh Mahathir dari aspek politik, ekonomi dan masyarakat serta budaya. Keadaan tersebut turut mempengaruhi dan menyumbang kepada dasar luar Malaysia. Dalam tempoh masa 1983, peranan Dr. Mahathir telah dilihat dalam dasar penswastaan. Objektif dasar ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan kewangan kerajaan, meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja, menggalakkkan pertumbuhan ekonomi dan kekesanan negara serta mempercepat pencapaian matlamat dasar ekonomi baru.

1.4.2 Tahun 1981-1995 ( Hubungan Malaysia-Singapura)

Kajian mengenai hubungan dua hala antara Malaysia-Singapura dipilih semasa tahun 1981-1995 kerana tempoh masa tersebut merupakan tempoh masa yang dominan semasa era Dr. Mahathir.

(4)

semenjak tahun 1957 lagi. Antara contoh hubungan tersebut adalah mengenai Perjanjian Bekalan Air Johor - Singapura. Kedudukan Singapura dianggap sebagai "water-stressed country" kerana mengalami kekurangan sumber bekalan air yang mana Singapura amat bergantung kepada Johor bagi mendapatkan bekalan air tambahan untuk menampung keperluan negara tersebut dan bagi menampung peningkatan populasi.

Singapura bergantung kepada Malaysia terhadap import bekalan air mentah menerusi dua treati air, salah satunya telah tamat pada tahun 2011 dan yang kedua pada tahun 2060. Jelasnya, kajian ini mengaitkan hubungan Malaysia dengan Singapura semasa pemerintahan Dr. Mahathir mengikut tempoh masa antara 1981 sehingga 1995. Peranan beliau dilihat dalam pelbagai aspek menangani konflik oleh Singapura termasuklah dasar luar yang telah dilaksanakan

1.5 Kepentingan Kajian

Pertamanya, kepentingan kajian untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan pembaca faktor-faktor penyebab ketegangan yang menyebabkan timbulnya pelbagai isu yang rumit dalam hubungan dua negara. Selain itu, ialah untuk melihat peranan pemimpin dalam menyelesaikan masalah yang wujud dalam mewujudkan kesefahaman.

Kedua, untuk melihat perkembangan dalam pelaksanaan dan strategi dasar luar Malaysia dalam hubungan Malaysia – Singapura yang dilihat berbeza dengan dasar luarnya terhadap negara lain. Pada awalnya Dr. Mahathir menghadapi masalah The Malay Dilema, kemudian pendirian Dr. Mahathir berubah kepada hubungan ke arah yang lebih liberal. Perubahan ini sebenarnya telah menyumbangkan kepada dasar domestik yang lebih normal.

(5)

1.6 Metodologi kajian

Metodologi merupakan penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan. Metodologi kajian ialah analisis terhadap sumber sekunder yang terbuka termasuklah buku, media cetak dan elektronik. Kajian Reka Bentuk Sejarah Mengkaji rekod dan penulisan lampau secara sistematik dengan mengumpul, menilai, mengesah dan sintesiskan fakta untuk menghubungkait dengan perisitiwa kini atau akan datang

1.7 Hipotesis

Hipotesis merupakan kesimpulan awal yang perlu dikaji untuk mengaitkan dengan teori. Hipotesis yang ingin dikaji berkaitan dengan sejauh manakah tindakan Singapura yang mula mengkritik Malaysia, akan diselesaikan dengan kerjasama atau melalui peperangan melalui perspektif liberalisme. Seterusnya, ingin melihat, peranan negara dari perspektif realism, melihat sejauh manakah peranan negara dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Disamping itu, ingin melihat sejauh manakah kebergantungan negara Malaysia dan Singapura dari sudut pandang pendokong Dependency teori. Terakhir, ingin melihat sejauh mana aktor yang terlibat mula mempersoalkan faedah yang diperolehi, melalui perspektif kontruktivisme.

1.8 Pendekatan teori 1.8.1 Teori Liberalisme

Pendekatan Liberalisme menekankan aspek kerjasama sebagai jalan penyelesaian. Dalam situasi, hubungan dua hala Malaysia-Singapura lebih melihat Malaysia dalam mengaplikasikan teori tersebut. Dasar tidak campur tangan berkaitan krisis dalam negeri sesebuah negara tersebut mencerminkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap sederhana tidak berhasrat untuk bersaing, mengancam dan mencetuskan kedinginan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara.

(6)

khususnya Kuan Yew dalam memperkatakan hubungan sebenar Malaysia - Singapura. Malaysia tidak mengambil tindakan terhadap Singapura seperti tindakan terhadap negara lain seperti mengkritik dasar Aparteid, malah lebih mengambil sikap mengalah bagi mengekalkan keharmonian sebagai negara yang pernah duduk dalam pentadbiran yang sama.

1.8.2 Teori Realisme

Realisme merupakan teori yang menekankan peranan negara lebih penting berbanding peranan aktor seperti NGO. Disamping itu, golongan realisme menekankan kepentingan kuasa dalam menjamin keselamatan dengan meningkatkan ketenteraan. Golongan realisme melihat peperangan sebagai jalan akhir, dan tidak mempercayai kerjasama seperti yang diperjuangkan oleh golongan liberalism.

Dalam isu hubungan Malaysia-Singapura, elemen realisme lebih dilihat kepada pihak Singapura. Tindakan Kuan Yew ketika menjawat jawatan Menteri Kanan Singapura mengalu-alukan serangan dari negara serantau pada 7 Oktober 2000 setelah berjaya membuat pembelian 100 unit perluru berpandu permukaan ke udara Surface to Air Missile (SAM) jenis AIM-120C daripada Amerika Syarikat (AS) menimbulkan ketidakselesaan rakan-rakan serantau. Kenyataan seumpama itu tidak dinafikan mampu menjejaskan kestabilan dan kekukuhan hubungan dua hala Malaysia - Singapura.

1.8.3 Dependent Teori

Pada asasnya, teori lebih menekankan berkaitan kepergantungan negara sedang membangun kepada negara maju. Tetapi, teori ini lebih melihat Malaysia sebagai negara yang mempunyai kelebihan dalam kekayaan sumber air, dan Singapura ditafsirkan sebagai negara yang sedang membangun disebabkan Singapura bergantung berkaitan dengan bantuan air. Selain itu, dalam aspek ekonomi dan keselamatan, kedua-dua negara saling bergantungan kepada negara maju seperti Amerika dan Rusia.

1.8.4 Teori Konstruktivisme

(7)

bertanya apakah faedah yang boleh diperoleh daripada tindak tanduk mereka atau orientasi kepentingan mereka, tetapi juga mengharapkan apa yang boleh diperolehi berasaskan ideal, nilai dan norma masyarakat itu.

Oleh itu, Konstuktivisme sosial menekankan bahawa pembentukan institusi atau organisasi sosial secara umumnya dan organisasi serantau secara khususnya. Sebagai contoh, Singapura mula menyuarakan perasaan tidak berpuas hati, apabila Malaysia menaikkan harga air, sedangkan hakikatnya, Singapura memiliki kelebihan dalam mengambil keuntungan terhadap perjanjian tersebut.

1.9 Sorotan Literatur

R.s Milne dan Diane k. Mauzy dalam bukunya Malaysian Politics under Mahathir menyatakan bahawa Hubungan Malaysia-Singapura menyamai hubungan Malaysia-British disebakan dua negara tersebut mempunyai hubung kait di bawah pemerintahan British. Hubungan dua hala wujud disebabkan faktor keselamatan dan demi kepentingan ekonomi sama ada bilateral atau menerusi ASEAN. Penulis melihat hubungan tersebut bersifat Zero Sum game walaupun wujud kerjasama dalam meneylesaikan beberapa isu yang wujud. Wujud pelbagai isu antaranya kritikan Perdana Menteri Singapura iaitu Lee Kuen Yuew terhadap masalah jenayah di Johor Bahru, Perebutan Pulau, dan masalah air.

Rusdi Omar dalam bukunya hubungan Malaysia-Singapura Era Mahathir menyatakan hubungan dua hala yang wujud adalah bersifat unik. Pelbagai isu-isu yang menjurus kepada konflik telah menggugat hubungan antara kedua-dua negara. Penulis telah mengupas isu-isu utama dalam hubungan dua hala Malaysia-Singapura, antaranya ialah Isu Pulau Batu Putih, Isu Tanah Milik KTM Berhad, Isu Penempatan CIQ di Tanjong Pagar. Disamping itu, aspek sejarah hubungan Malaysia-Singapura cukup ditekankan dalam kajian beliau. Analisis pendekatan dasar luar Malaysia dengan melihat faktor penyebab ketegangan dan faktor dasar luar Malaysia terhadap Singapura.

(8)

dalam negeri Singapura itu sendiri, iaitu kempen bercakap Mandarin dan penekanan terhadap ajaran Konfusius.

Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi (1990) dalam menganalisis hubungan Malaysia-Singapura menyatakan ia amat bergantung kepada cara Malaysia mengurus hubungan tersebut. Ini kerana hubungan ini berpontesi untuk memberi beban dan pada masa yang sama ia juga boleh membawa kepada kesenangan kepada kedua-dua negara. Beliau menegaskan bahawa hubungan dua hala Malaysia-Singapura harus kekal baik dan erat dan sebarang tindakan yang diambil oleh mana-mana pihak harus mengambil kira sensitiiti pihak yang satu lagi.

The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew (1998) merupakan karya yang menceritakan Sikap Kuan Yew yang suka mencetuskan ketegangan dan kedinginan apabila beliau secara terang-terangan menyatakan ketidakpuasan hatinya ketika Singapura berada di bawah Malaysia (1963-1965) dan menentang dasar-dasar Perdana Menteri Malaysia Tuanku Abdul Rahman dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kuan Yew turut menyimpulkan hubungan Singapura-Malaysia ketika era kedua-dua pemimpin ini merupakan hubungan yang tidak menentu (unsteady) berbanding hubungan Singapura dengan negara-negara ASEAN lain.

(9)

1.10 Kesimpulan

Kesimpulannya, hubungan dua hala antara Malaysia-Singapura perlu diberi perhatian dengan teliti agar hubungan itu akan terus mantap. Semangat kerjasama, keikhlasan dan perasaan muhibbah harus wujud terutamanya di peringkat pemimpin yang menerajui kedua-dua negara. Dasar luar Malaysia pada era Dr. Mahathir adalah berbaik-baik dengan semua negara terutamanya negara-negara jiran tanpa wujud perasaan curiga antara satu sama lain.

Pergantungan kedua-dua negara adalah seimbang sama ada melihat dari segi faktor sejarah, ekonomi, politik maupun sosial. Situasi loose-loose akan berlaku jika kedua-dua negara berhasrat untuk melancarkan peperangan. Kedua-dua saling bergantung dalam aspek ekonomi. Nilai dan keluaran perdagangan kedua-dua negara dikatakan yang terbesar di Asia Tenggara. Sebarang gangguan terhadap perdagangan ini kan memberi kesan kepada perdagangan serantau.

Isu-isu utama dalam hubungan dua hala Malaysia-Singapura melibatkan isu air yang hakikatnya hanya mewujudkan situasi Malaysia kalah dan Singapura menang. Kedua, isu Pulau Batu Putih, walaupun kedudukannya berada di perairan Johor, namun Mahkamah Keadilan dunia telah memberi hak kemenangan kepada Singapura. Isu tambakan laut merupakan isu yang cukup tegang, disebabkan keluasan tanah milik Singapura yang terhad. Seterusnya, isu Tanah Milik KTM berhad, apabila Singapura mempunyai niat serta muslihat untuk mengambil semula tanah milik KTM Berhad di negara tersebut yang dipajakkan selama 999 tahun mulai tahun 1918

Faktor penyebab wujudnya ketegangan antara Malaysia-Singapura ialah peranan media massa kedua-dua negara. Hal ini demikian kerana, terdapat media massa yang telah mengembar-gemburkan isu-isu sensitif tanpa merujuk kepada sumber-sumber yang boleh dipercayai sama ada berita yang disiarkan itu benar atau salah. Disamping itu, terdapat golongan yang mensalah tafsiran isu yang sekaligus boleh menjejaskan proses perundingan antara kedua-dua negara.

(10)

sukar bagi menentukan bentuk pendekatan yang telah dan bakal diambil oleh negara yang terlibat dalam menyelesaikan isu-isu pertelingkahan yang wujud.

RUJUKAN

Bilveer, S. 1988. Singapore: Foreign Policy Imperatives of a small states. Singapore: Heinemann Publisher Asia pte. Ltd.

Kuan Yew Lee. The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew. 1998. Singapore: Singapore Press Holdings.

Kuan Yew Lee. 2000. From Third World to First: The Singapore Story: 1965-2000. Singapore: HarperCollins.

Kenneth N. Waltz. 2010. Theory of International Politics. United States:

Waveland Press

R.s Milne, Diane k. Mauzy. 1999. Malaysian Politics underMahathir. London: Routledge.

Referensi

Dokumen terkait

Peningkatan layanan TB yang bermutu meliputi: peningkatan jejaring layanan TB melalui campuran pemerintah-swasta (public-private mix); penemuan aktif berbasis

Dari hasil analisis, berdasarkan persepsi pengguna jasa, faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakefektifan kinerja terminal bus Haumeni adalah tidak adanya bus yang masuk

Di dalam pergaulan masyarakat, dianggap secara bersama-sama memberikan pimpinan secara nyata, yang ditujukan bukan untuk dirinya sendiri, melainkan secara

Laporan triwulanan wajib sudah diterima oleh Bank Indonesia paling lambat 1 (satu) bulan setelah periode laporan. Dalam hal batas waktu penyampaian laporan jatuh pada hari libur

321 RANGKASBITUNG MUARA CIUJUNG TIMUR NURUL AEN P pindah. 322 SAJIRA MEKARSARI TURSINAH

Penelitian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang difokuskan pada pengembangan taman nasional mandiri melalui pendekatan model bisnis meliputi perancangan model

1) Munculnya berbagai rangsangan yang membingungkan. Rangsangan tersebut dapat berupa tuntutan atau harapan dari luar yang menimbulkan ketegangan pada atlet untuk mengikuti

Selain HSS ada juga pahat bubut yang terbuat dari proses metalurgi serbuk seperti pahat karbid ( c arbide) dengan sifat dan ketahanan panas yang tinggi.. Urut an pr oses carb u riz