• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab Dua Pembangunan Keusahawanan PKS B

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Bab Dua Pembangunan Keusahawanan PKS B"

Copied!
40
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 2

PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DALAM PKS BUMIPUTERA

2.0 Pengenalan

Pembangunan keusahawanan dalam sesebuah negara berkait rapat

dengan penubuhan dan aktiviti PKS. PKS Bumiputera adalah firma bersaiz kecil

dan sederhana yang dimiliki dan diuruskan oleh kaum Bumiputera di Malaysia.

Bab ini dibincang dalam tujuh bahagian. Pertama, pembangunan keusahawanan

di Malaysia. Kedua, bahagian ini mengulas tentang perkembangan PKS

Bumiputera di Malaysia dengan merujuk kepada peranan Kerajaan dalam

pembangunan PKS Bumiputera dan pemilikan ekuiti kaum Bumiputera dalam

sektor korporat di Malaysia. Ketiga, ciri-ciri PKS Bumiputera dibincangkan

mengikut beberapa pandangan penyelidik dalam kajian yang lepas. Keempat,

pembangunan keusahawanan dalam PKS Bumiputera di Malaysia, Kelima,

perbincangan mengenai PKS Bumiputera serta hubungannya dengan orientasi

keusahawanan, persekitaran yang ditanggap dan prestasi. Keenam, isu dan

cabaran dalam pembangunan PKS Bumiputera dan diakhiri dengan rumusan.

2.1 Pembangunan Keusahawanan di Malaysia

Pembangunan keusahawanan di Malaysia diulas melalui empat aspek.

Pertama, teori dan pendekatan pembangunan keusahawanan. Kedua, tahap

pembangunan keusahawanan. Ketiga, model pembangunan keusahawanan.

(2)

2.1.1 Teori dan pendekatan pembangunan keusahawanan

Alias (1997) mendefinisikan keusahawanan sebagai proses pewujudan

dan pengembangan perniagaan yang secara terkumpul boleh membentuk daya

tenaga pembangunan negara demi kemakmuran masyarakat. Hingga kini teori

keusahawanan adalah sukar untuk dinyatakan secara jelas akibat tidak terdapat

kesatuan membentuk teori tersebut (Alias, 1997). Justeru itu, Hj. Din (2005) dan

Che Sab (1992) mengesyorkan pendekatan antara disiplin seperti ekonomi,

sosiologi, dan psikologi, manakala Alias (2004) mencatatkan beberapa disiplin

lain seperti teologi, psikologi sosial, gelagat organisasi, pengurusan perniagaan

dan pengurusan strategik.

2.1.2 Tahap pembangunan keusahawanan di Malaysia

Hj. Din (2005) mencadangkan supaya pembangunan keusahawanan di

Malaysia dilakukan melalui empat tahap. Pertama, tahap pembangunan budaya

keusahawanan. Kedua, tahap memulakan perniagaan. Ketiga, tahap penakatan

atau survival. Keempat, tahap pertumbuhan dan pengembangan.

Tahap pertama dalam model pembangunan keusahawanan menjurus

kepada pembentukan budaya keusahawanan dari peringkat sekolah rendah

hingga ke peringkat universiti dilakukan secara formal atau tidak formal. Manakala

tahap kedua ialah apabila perniagaan telah dimulakan dengan penubuhan

syarikat dan menjalankan aktiviti perniagaan. Seterusnya, tahap ketiga iaitu

(3)

menunjukkan perniagaan bertumbuh dan berkembang pada tahap firma yang

lebih kukuh.

Di Malaysia, tahap pembangunan keusahawanan boleh dikaitkan dengan

pembangunan PKS yang dipelopori oleh Kerajaan melalui sembilan Rancangan

Malaysia yang telah dirangka selepas kemerdekaan pada 1957. Dalam setiap

Rancangan Malaysia penekanan pembangunan PKS adalah secara berperingkat.

Mohamad (2000) melaporkan bahawa tiga fasa Rancangan Malaysia iaitu fasa

satu (1958-1970), fasa dua (1971-1985) dan fasa tiga (1986-2000) telah

dilaksanakan oleh Kerajaan manakala fasa empat (2001-2020) masih dalam

perlaksanaan.

2.1.3 Model pembangunan keusahawanan

Memandangkan kesatuan teori dalam bidang keusahawanan masih tidak

dapat dijelaskan maka pendekatan antara disiplin digunakan untuk membentuk

model pembangunan keusahawanan (Alias, 2004; Hj. Din, 2005).

Rajah 2.1 menjelaskan proses pembangunan keusahawanan yang berlaku

mengikut empat tahap. Setiap tahap memerlukan pendekatan pembangunan

yang berbeza-beza. Tahap pertama ialah dengan menjurus kepada pembentukan

budaya keusahawanan terhadap individu bermula dari peringkat kanak-kanak

hingga ke peringkat dewasa yang berterusan meningkat ke tahap kedua

menyaksikan keputusan yang diambil oleh individu untuk memulakan perniagaan.

(4)

dilaksanakan untuk memastikan perniagaan terus hidup. Tahap keempat pula

ialah apabila perniagaan melalui peringkat pertumbuhan dan perkembangan.

Pertumbuhan dan pengembangan Tahap

Penakatan (survival)

Memulakan

Masa perniagaan

Pekerjaan Dewasa Kolej dan

Universiti

Budaya

Sekolah Menengah Remaja Keusahawanan Sekolah Rendah

Pra Sekolan Kanak-Kanak Taman asuhan kanak-kanak

Rajah 2.1 Tahap pembangunan keusahawanan. Sumber: Hj. Din (2005)

Setiap tahap pembangunan keusahawanan tersebut berkait rapat dengan

tahap dalam kitaran hayat sesebuah firma. Menurut Cooper (1982), tahap

perkembangan sesebuah firma bermula dengan tahap pra permulaan atau pre-start-up, diikuti dengan memulakan perniagaan, diikuti pula oleh pertumbuhan awal dan pertumbuhan lanjut. Setiap tahap perkembangan firma ini memerlukan

penyediaan keperluan dan perhatian yang berbeza-beza (Cooper, 1982).

Beberapa pengkaji lain seperti Miller (1963), Buchele (1967), Parks (1977) dan

Baumback dan Mancuso (1975) telah menghasilkan penemuan yang serupa. Pembangunan

tahap firma

(5)

2.1.4 Pembangunan keusahawanan PKS Bumiputera dalam rancangan Malaysia

Pembangunan keusahawanan untuk PKS Bumiputera masih belum diberi

perhatian mengikut tahap perkembangan PKS yang sewajarnya dalam

Rancangan Malaysia. Keadaan ini boleh dibuktikan dengan merujuk kepada

pencapaian PKS Bumiputera dalam setiap Rancangan Malaysia. Berdasarkan

laporan oleh Mohamad (2000), pendekatan pembangunan keusahawanan di

Malaysia dilakukan melalui empat fasa rancangan pembangunan negara. Setiap

fasa memberikan penekanan terhadap dasar dan program yang menjurus kepada

pembentukan PKS di peringkat awal penubuhannya. Malah pembentukan budaya

keusahawanan juga masih dianggap penting dalam semua Rancangan Malaysia.

Pembangunan keusahawanan di Malaysia masih memerlukan pendekatan

yang lebih jitu. Hj. Din (2005) mencatatkan bahawa belum lahir satu model

pembangunan keusahawanan yang dapat diterima sepenuhnya di Malaysia.

Sehubungan dengan itu maka PKS di Malaysia masih memerlukan kajian

mendalam untuk mengisi kekurangan pengetahuan dalam pembangunan

keusahawanan sesuai dengan tahap perkembangannya (Hj. Din, 2005).

Selepas hampir 50 tahun Malaysia memulakan rancangan pembangunan

ekonominya, kini tibalah masanya pembangunan keusahawanan di selaraskan

(6)

2.2 Perkembangan PKS Bumiputera di Malaysia

PKS Bumiputera mula diberikan perhatian khusus oleh Kerajaan Malaysia

dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan dalam tahun 1970 melalui

Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (INTAN, 1982). DEB dilancarkan untuk

mencapai matlamat membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum, dan menyusun

semula masyarakat berdasarkan fungsi ekonomi. Oleh kerana kaum Bumiputera

hanya memiliki 2.4% ekuiti dalam sektor ekonomi pada tahun 1970, maka DEB

dilancarkan untuk tempoh 20 tahun iaitu antara 1970 hingga 1990. Matlamat DEB

berhubung dengan penyusunan semula masyarakat berdasarkan fungsi ekonomi

ialah supaya kaum Bumiputera memiliki sekurang-kurang 30% ekuiti dalam

ekonomi negara menjelang 1990 (INTAN, 1982). DEB berkembang melalui empat

fasa iaitu Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971-1975), Rancangan Malaysia

Ketiga (RMK3) (1976-1980), Rancangan Malaysia Keempat (RMK4) (1981-1985)

dan Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) (1986-1990).

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) menggantikan DEB

untuk meneruskan hasrat negara Malaysia dalam pembangunan ekonomi

berteraskan pembangunan seimbang (Hitam, 1999). DPN berkembang melalui

empat fasa lagi iaitu Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) (1991-1995),

Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7) (1996-2000), Rancangan Malaysia Kelapan

(RMK8) (2001-2005) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) (2006-2010).

Sehubungan dengan itu juga, DPN dilancarkan seiringan dengan Wawasan 2020

(1991-2020) untuk mencapai pembangunan menyeluruh dengan membentuk

(7)

nilai moral dan etika yang tinggi, demokratik, liberal, penyabar, penyayang, adil

dan seimbang dalam ekonomi. Wawasan 2020 juga menggariskan matlamat

untuk membentuk sebuah masyarakat yang progresif dan makmur dengan

memiliki ekonomi yang berdaya saing, dinamik, kukuh dan berdaya tahan (Hitam,

1999).

2.2.1 Peranan Kerajaan dalam pembangunan PKS Bumiputera

Dasar yang dilaksanakan sebelum DEB telah menguntungkan industri

besar milik asing dan bukannya PKS tempatan (Mohamad, 2000). Justeru itu

agenda menyusun semula masyarakat mengikut fungsi ekonomi menjadi teras

kepada DEB seiringan dengan agenda membasmi kemiskinan. Langkah Kerajaan

memperkenalkan DEB telah menyaksikan perubahan yang ketara apabila kadar

kemiskinan telah berkurangan dan penyertaan kaum Bumiputera ke dalam sektor

ekonomi semakin meningkat. Namun demikian matlamat asal DEB masih belum

dapat dicapai sepenuhnya. DEB juga menyerlahkan peranan Kerajaan dan

swasta dalam membangunkan usahawan dengan menyediakan berbagai

kemudahan dan undang-undang baru.

Strategi utama DEB telah melibatkan Malaysia secara langsung dalam

bidang perindustrian, oleh sebab itu Akta Penyelarasan Perindustrian (ICA)

digubal dalam tahun 1975 untuk memenuhi dua tujuan utama. Pertama, ICA

bertujuan untuk menyelaras dan mengawal perkembangan aktiviti perindustrian

dengan lebih teratur supaya negara mendapat faedah maksimum daripada sektor

(8)

berkenaan dengan perindustrian bagi memudahkan penggubalan polisi dan

rancangan perindustrian (Mohamad, 2000). Walaupun sektor industri adalah

merupakan sektor yang dikuasai oleh usahawan bukan Bumiputera, ICA

bertujuan supaya usahawan Bumiputera dapat berusahasama dengan usahawan

bukan Bumiputera.

Dalam tahun 1986 Kerajaan merangka Pelan Induk Perindustrian (PIP)

untuk mengemaskinikan lagi rancangan pembangunan industri. Pelan ini

mencadangkan dasar perindustrian yang harus dilaksanakan oleh Kerajaan dan

strategi tertentu untuk menjayakannya (Mohamad, 2000). Buang (2000)

mencatatkan kandungan dalam PIP adalah seperti berikut:

.... Terdapat 22 laporan cadangan dan tiga bahagian utama dalam pelan ini. Bahagian utama memuatkan penerangan umum mengenai rancangan ini termasuk ringkasan penting tentang laporan yang disediakan dalam konteks pembangunan dasar pada peringkat makro. Bahagian kedua pula menghuraikan rancangan pembangunan terhadap 12 jenis industri yang telah dipilih. Dalam bahagian ketiga pula, penampilan kajian-kajian khas yang dikemukakan sebagai panduan rancangan perkembangan mengikut sektor-sektor industri turut dihuraikan. Dasar sokongan ini mengambil kira beberapa pertimbangan seperti pelaksanaan DEB, perkembangan perindutrian negara, pembangunan pasaran, Dasar Perindustrian Berat, sistem insentif latihan dan keperluan tenaga buruh, penyelidikan dan pembangunan, dasar-dasar perkembangan teknologi hubung jalin antara industri dan penilaian terhadap sumber pelaksanaan dasar (ms.125).

Dalam tahun yang sama Akta Galakan Pelaburan 1986 juga digubal

bertujuan untuk menyediakan galakan pelaburan dalam sektor pembuatan,

pengilangan, pertanian dan pelancongan. Ketua Setiausaha MITI dalam Seminar

Penggerak ke arah Keusahawanan Berkualiti pada 21-22 Oktober 1991

menggariskan galakan yang diperuntukkan kepada sektor industri adalah seperti

(9)

a) galakan taraf perintis,

b) elaun cukai pelaburan,

c) pengurangan daripada pendapatan terlaras,

d) elaun pelaburan semula,

e) galakan untuk eksport,

f) potongan dua kali ke atas kos latihan,

g) galakan untuk penyelidikan dan pembangunan

h) beberapa galakan cukai dan bukan cukai lain yang telah diperuntukkan

kepada perusahaan kecil melalui belanjawan tahun 1981 dan masih

berkuatkuasa sehingga hari ini seperti cukai bangunan, duti setem, cukai

jualan dan pinjaman, dan

i) pengecualian sepenuhnya daripada duti atau cukai ke atas mesin, bahan

mentah, komponen dan kelengkapan yang diimport di mana bahan-bahan

tersebut tidak boleh diperoleh di dalam negeri (Buang, 2000).

2.2.2 Pemilikan ekuiti dalam sektor korporat di kalangan kaum Bumiputera di Malaysia

Berdasarkan petunjuk pemilikan ekuiti dalam syarikat, pencapaian ekuiti

Bumiputera adalah pada kadar 19.3% pada penghujung tahun 1990 (Malaysia,

(10)

kadar 20% dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) dan Ketujuh

(RMK7). Namun demikian, pemilikan ekuiti Bumiputera menurun kepada 19.1%

dalam tahun 1999 (Malaysia, 2001). Kedudukan ekuiti Bumiputera semakin

ketinggalan berbanding dengan pemilikan bukan Bumiputera dan syarikat asing

sebagaimana yang dilaporkan dalam Kajian Separuh Penggal RMK8 (Malaysia,

2003). Kajian Separuh Penggal RMK8 ini menunjukkan pemilikan saham atau

ekuiti Bumiputera menurun kepada 18.7% pada akhir tahun 2002 (Kajian Separuh

Penggal RMK8, 2003, m.s 76). Jadual 2.1 menerangkan taburan pemilikan ekuiti

atau hak milik modal saham syarikat secara terperinci di antara 1990 hingga

2002.

Dalam tempoh RMK8 (2001-2005) pemilikan ekuiti kaum Bumiputera

didapati terus menurun di mana dalam Laporan RMK8 (2001) dan Laporan

Separuh Penggal RMK8 (2004) mencatatkan penyertaan Bumiputera di dalam

sektor korporat semakin menurun pada kadar 18.7% dalam tahun 2002

berbanding 18.9% dalam tahun 2000 dan 19.1% dalam tahun 1999.

Sehubungan dengan itu juga, Laporan Separuh Penggal RMK8 (2004)

mencatatkan hanya 19.6% syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat

Malaysia (SSM) dan 21.5% syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, milik

Bumiputera. Manakala pemilikan premis perniagaan oleh syarikat Bumiputera

hanya pada kadar 11.6% sahaja (Jelani, 2005). Ini menandakan PKS Bumiputera

masih terus ketinggalan untuk memiliki ekuiti ekonomi setara dengan kaum lain di

(11)

Jadual 2.1

Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat Berhad1, 1990, 1995,1999, 2000 dan 2002 (RM Juta)

Tahun/Peratus

Kumpulan Hak Milik 1990 % 1995 % 1999 % 2000 % 2002 % Bumiputera

Individu & Institusi Agensi Amanah2

Bukan Bumiputera Cina India Lain-lain Rakyat Asing Syarikat Terpilih (Sykt. Nominee) Jumlah

20.9 19.3 15.3 14.2 5.6 5.1

50.8 46.8 49.3 45.5 1.1 1.0 0.4 0.3

27.5 25.4 9.2 8.5

108.4 100

37.1 20.6 33.4 18.6 3.6 2.0

78.0 43.4 73.6 40.9 2.7 1.5 1.8 1.0

49.8 27.7 15.0 8.3

179.8 100

59.4 19.1 54.0 17.4 5.3 1.7

125.0 40.3 117.4 37.9 4.8 1.5 2.9 0.9

101.3 32.7 24.4 7.9

310.1 100

63.0 18.9 9.8 3.0 5.8 1.7

137.4 41.3 129.3 38.9 5.1 1.5 3.0 0.9

103.9 31.3 28.1 8.5

332.4 100

73.2 18.7 11.6 3.0 6.4 1.6

169.0 43.2 159.8 40.9 6.0 1.5 3.2 0.8

112.7 28.9 36.0 9.2

390.8 100 Nota:

1 Tidak termasuk pegangan Kerajaan (Kecuali agensi amanah).

2 Merujuk kepada saham yang dipegang oleh agensi amanah seperti Permodalan

Nasional Berhad (PNS) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Sumber: Malaysia (1989), Malaysia (2001), Kajian Separuh Penggal RMK8 (2004)

Berdasarkan kepada pembahagian pemilikan ekuiti korporat seperti yang

diterangkan jelas menunjukkan keseimbangan ekonomi di Malaysia masih belum

tercapai sepenuhnya.

2.3 Ciri-ciri PKS Bumiputera di Malaysia

PKS Bumiputera adalah terdiri daripada perniagaan berbentuk milik

tunggal dan perkongsian, hanya sebahagian kecil sahaja terdiri daripada

perniagaan berbentuk Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Berhad.

(12)

Pejabat Pendaftar Perniagaan dan Pendaftar Syarikat adalah 33% daripada

semua PKS di Malaysia. Sejumlah 366,790 (38.7% daripada semua entiti) adalah

entiti Bumiputera berdaftar di Pejabat Pendaftar perniagaan pada tahun 1995

(Malaysia, 2001). Bilangan entiti ini telah meningkat kepada sebanyak 743,550

(45.3% dari semua entiti) pada tahun 1999. Begitu juga dengan bilangan entiti

Bumiputera di Pejabat Pendaftar Syarikat yang berjumlah 97,500 pada tahun

1999 berbanding 69,700 pada tahun 1995 (19% dari semua entiti).

Struktur modal PKS Bumiputera adalah kebanyakannya bertaraf kecil jika

dibandingkan dengan PKS di negara lain (Malaysia, 2003) (rujuk Jadual 2.2).

Sebanyak 70% daripada bilangan semua PKS Bumiputera adalah firma yang

mempunyai modal berbayar tidak lebih daripada RM 100,000 dengan bilangan

pekerja tidak melebihi 150 orang (Malaysia, 2001). Sehubungan dengan itu juga

Hashim dan Abdullah (1999) melaporkan bahawa definisi PKS di Malaysia masih

tidak seragam dan sentiasa berubah mengikut keperluan organisasi sokongan.

Pendefinisian dilakukan hanya untuk memenuhi keperluan tertentu dan bersifat

ad-hoc (Hashim dan Abdullah, 1999). Kebanyakan definisi yang dibuat adalah terlalu umum berbanding dengan perbezaan yang ketara di kalangan PKS,

lantaran itu perlaksanaan pembangunan terhadap PKS boleh dipersoalkan

(Hashim dan Abdullah, 1999).

Jadual 2.2

Definisi PKS Berdasarkan Bilangan Pekerja dan Jumlah Modal Mengikut Negara

Negara

Indeks Malaysia Jepun AS China Korea Taiwan

(13)

Jumlah modal/aset/pusing ganti jualan <RM25 juta <yen100 juta <USD5 juta4 RMB50 juta WON20-80 juta <NT$60 juta

1 Indeks umum digunakan oleh Bank Dunia, UNDP dan agensi antarabangsa lain.

2 Berdasarkan PKS dalam sektor pembuatan, 3 Pembuatan, 4 Bukan pembuatan.

Sumber: Malaysia (2003)

Taburan PKS mengikut sektor ekonomi menunjukkan PKS lebih cenderung

untuk terlibat dalam sektor perdagangan, pembuatan dan perkhidmatan

(Malaysia, 2003). Kebanyakan aktiviti perniagaan PKS tertumpu dalam industri

perdagangan dan peruncitan mewakili lebih daripada 30% berbanding sektor lain.

Sektor kedua terbesar ialah dalam sektor kewangan dan bank iaitu 25% daripada

semua sektor. Walaupun PKS di sektor pembuatan hanya 7% daripada jumlah

kesemua PKS di Malaysia, mereka merangkumi lebih daripada 90% daripada

jumlah 51,606 entiti pembuatan. Perincian taburan semua PKS di Malaysia

mengikut sektor adalah seperti dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.3

Taburan PKS Mengikut Sektor

Sektor Peratus

Perdagangan, restoran dan perhotelan Kewangan dan bank

Pembinaan Pembuatan 33 25 9 7 Jadual 2.3... sambungan

(14)

Di dalam sektor pembuatan, PKS menguasai industri berasaskan sumber,

seperti pembuatan umum, kayu dan produk kayu, makanan dan minuman serta

industri berasaskan kayu termasuk kertas dan keluaran kertas yang mewakili

lebih daripada 15% daripada semua sektor (Malaysia, 2003). Manakala industri

lain yang berasaskan teknologi tinggi diwakili kurang daripada 10% daripada

semua sektor. Jadual 2.4 memperincikan taburan aktiviti PKS dalam sektor

pembuatan.

Jadual 2.4

Taburan Aktiviti PKS dalam Sektor Pembuatan

Aktiviti Peratus

Pembuatan umum Kayu dan produk kayu

Makanan, minuman dan tembakau Kertas dan produk kertas

Mesin dan peralatan Tekstil, pakaian dan kulit Getah dan plastik

Elektrik dan elektronik

Kimia, petrolium dan arang batu Besi

Galian bukan logam Peralatan pengangkutan Lain-lain Jumlah 13.09 12.76 9.95 9.91 9.57 8.82 7.39 7.13 6.51 4.43 3.91 3.57 3.19 100.00 Sumber: Malaysia (2003)

Penglibatan PKS Bumiputera dalam sektor strategik adalah masih kekal

rendah. Oleh itu lebih banyak usaha diperlukan untuk menggalakkan PKS

Bumiputera melibatkan diri dalam sektor tersebut. Persediaan dalam bentuk

latihan dan khidmat nasihat untuk memperkasakan keupayaan PKS Bumiputera

untuk menceburi bidang yang lebih mencabar ini perlu disegerakan.

(15)

Usaha membangunkan PKS Bumiputera di Malaysia dilakukan oleh

beberapa buah kementerian dan agensi (Malaysia, 2003). Sehingga tahun 2005,

sekurang-kurangnya 18 Kementerian dan lebih daripada 70 agensi Kerajaan dan

swasta terlibat dalam pembangunan PKS Bumiputera (rujuk Jadual 2.5).

Jadual 2.5

Kementerian dan Agensi Kerajaan dan Swasta yang Terlibat dalam Pembangunan PKS di Malaysia

Kementerian Agensi

1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

2. Kementerian Kewangan

3. Jabatan Perdana Menteri

a. Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA)

b. Pusat Daya Pengeluaran Negara (NPC) c. Unit Penyertaan Bumiputera

d. Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC)

e. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

f. Perbadanan Pembangunan Kewangan Malaysia (MIDF)

g. Syarikat Estet Industri Malaysia (MIEL)

a. Jabatan Hasil Dalam Negeri b. Bahagian Perlesenan c. Bank Negara Malaysia d. Bank-bank Perdagangan

e. Tabung Industri Kecil dan Sederhana (SMIF)

a. Unit Perancang Ekonomi (EPU) b. Koridor Raya Multimedia (MSC) Jadual 2.5 ... sambungan

4. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

c. Permodalan Nasional Berhad (PNS)

a. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

b. Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK)

c. Perbadanan Pembangunan Kewangan Malaysia (MIDF)

d. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) e. Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) f. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB)

g. Lembaga Industri Makanan Malaysia (FIMA) h. Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)

(16)

5. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar

6. Kementerian Kemajuan Tanah dan Luar Bandar

7. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

8. Kementerian Pendidikan

9. Kementerian Buruh

Bumiputera (MPPB) k.Unit Vendor/Francais

l. Unit Penyelarasan Perlaksanaan (UPP) m.Perbadanan Jaminan Kredit (CGC)

n. Lembaga Promosi Kraftangan Malaysia (MHPB) o. Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

p. Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Malaysia (LPKP)

a. Jabatan Pembangunan Masyarakat (KEMAS) b. Perbadanan Batik Malaysia (BMB)

c. Karyaneka

d. Institut Usahawan Bumiputera Malaysia (IUB) e. Institut Pembangunan Luar Bandar (INFRA) f. Lembaga Pembangunan Kawasan (KEDA, KETENGAH, KEJORA, KESEDAR)

a. Lembaga Industri Getah dan Pekebun Kecil (RISDA) b. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) c. Lembaga Pemulihan Tanah Negara (FELCRA)

a. Institut Penyelidikan Industri dan Piawaian Malaysia (SIRIM)

b. Taman Teknologi Malaysia

c. Pusat Maklumat Teknologi dan Sains Malaysia (MASTIC)

a. Pusat Pembangunan Usahawan (MEDEC) UiTM b. Pusat Perniagaan Kecil, UPM

c. Institut Pembangunan Keusahawanan (IPK) UUM d. Pusat Inovasi Perundingan (BPP) USM

e. Pusat Perundingan dan Biro Inovasi, UTM f. Unit Penyelidikan Kualiti Makanan dan Biro Perundingan dan Pembangunan, UKM

a. Jabatan Buruh dan Tenaga Rakyat b. Unit Penyertaan Bumiputera

Jadual 2.5 ...sambungan

10. Kementerian Belia dan Sukan

11. Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan

12. Kementerian Kerja Raya

13. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

a. Institut Latihan Perindustrian (ILP) b. Tabung Usahawan Muda

c. Pusat Latihan Belia d. Rakan Muda

a. Perbadanan Pembangunan Pelancongan

a. Pusat Khidmat Kontraktor

a. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) b. Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)

c. Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)

(17)

14. Kementerian Perusahaan Utama

15. Kementerian Peumahan dan Kerajaan Tempatan

16. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna

17. Kementerian Perpaduan Negara dan Komuniti

18. Kementerian Tenaga,

Telekomunikasi dan Multimedia

19. Lain-lain

e. Tabung untuk Makanan

a. Lembaga Industri Pembalakan Malaysia (MTIB) b. Perkampungan Perabut

c. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) d. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

a. Majlis Bandaraya

b. Majlis Perbandaran dan Tempatan c. Majlis Daerah

a. Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia b. Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Nasional (NASMEM)

c. Persatuan Pengilang Malaysia (FMM) d. Dewan Perniagaan Melayu

e. Dewan Perniagaan dan Industri Nasional f. Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Nasional

Sumber: Disesuaikan dari Buang (2000) dan Hashim (2000a)

Kesungguhan Kerajaan Malaysia untuk membangunkan usahawan lebih

menyerlah lagi dengan penubuhan sebuah kementerian khusus untuk tujuan

tersebut. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KPUn) telah

ditubuhkan pada 8 Mei 1995 bertujuan untuk mempercepatkan proses untuk

melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Penubuhan kementerian ini telah menempatkan agensi Kerajaan yang terlibat

secara langsung untuk membangunkan usahawan di bawah sebuah organisasi

khusus untuk tujuan tersebut.

Matlamat KPUn adalah selaras dengan kajian Mohamed (1995) di mana

(18)

Bumiputera daripada persaingan bebas. Peranan yang dimaksudkan ialah

dengan menyediakan peluang perniagaan, kemudahan infrastruktur, skim latihan,

perundingan perniagaan, promosi dan pemasaran, galakan perniagaan dan

kemudahan pinjaman kewangan (Buang, 2000).

Strategi Kerajaan dalam program membangunkan usahawan didapati

berubah bermula dari RMK5 (1985-1990) hingga kini iaitu RMK8 (2001-2005)

(Buang, 2000). Sebelum RMK5 usaha Kerajaan tertumpu kepada pembangunan

usahawan individu dengan menyediakan peluang perniagaan kepada kaum

Bumiputera. Tetapi, kini usaha Kerajaan cenderung kepada pembangunan

korporat atau keusahawanan tahap firma dengan menggalakkan usahawan

menceburi bidang perusahaan, francais, usahasama Bumiputera dengan Bukan

Bumiputera, vendor, eksport, pembekalan dan peruncitan (Buang, 2000). Laporan

Ekonomi 2003/2004 (Malaysia, 2003) mencatatkan dua program PKS bertahap

firma dilaksanakan iaitu program rantaian industri dan program pembekal global.

Manakala dalam Laporan Ekonomi 2004/2005 (Malaysia, 2004) mencatatkan

pembangunan yang berlaku dalam projek usahawan Bumiputera dalam bidang

peruncitan (PROSPER).

Program Pembangunan Francais (PPF) adalah program pemasaran

bertujuan membangunkan PKS Bumiputera dalam sektor komersial,

perkhidmatan dan perindustrian. Sistem perniagaan francais telah diperkenalkan

sejak tahun 1940-an lagi, tetapi ia hanya berkembang sekitar tahun 1960-an

(19)

(Buang, 2000). Pembangunan PPF diperkukuhkan lagi dalam tahun 1992 apabila

Majlis Pembangunan Negara telah mewujudkan Pusat Francais Setempat

dibawah kelolaan Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Dalam tahun 1995 PPF telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan

Usahawan yang baharu sahaja dibentuk (Buang, 2000). Selain daripada itu juga,

Persatuan Francais Malaysia (MFA) turut membantu PKS beroperasi dalam

rangkaian antarabangsa dan perniagaan yang lebih besar.

Program Usahasama Tulen dilancarkan dalam 1995 bertujuan untuk

membangunkan PKS di Malaysia secara usahasama di antara tiga kaum terbesar

di Malaysia. Mohamad (2000) mencatatkan kenyataan berikut:

Jemaah Menteri turut memutuskan supaya badan-badan perniagaan seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Dewan-dewan Perniagaan Cina Malaysia (ACCCIM) dan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) menubuhkan sebuah syarikat usahasama tulen sesama mereka bagi dijadikan model contoh (ms. 205).

Terdapat tiga bentuk kerjasama yang telah dicadangkan dalam Program

Usahasama Tulen. Pertama, menubuhkan syarikat bersama di antara usahawan

Bumiputera dengan usahawan bukan Bumiputera. Kedua, usahawan Bumiputera

menyertai secara ekuiti dan pengurusan ke dalam syarikat bukan Bumiputera

atau sebaliknya. Ketiga, usahawan Bumiputera bergabung dengan usahawan

bukan Bumiputera bergabung untuk menguasai ekuiti dan pengurusan dalam

syarikat-syarikat asing. Keutamaan dalam kerjasama tersebut adalah dalam

bidang pembuatan, perkhidmatan, pembangunan hartanah, infrastruktur sosial

(20)

Program Pembangunan Vendor (PPV) yang telah dilancarkan pada tahun

1988 bertujuan membangunkan PKS Bumiputera supaya menjadi pengeluar dan

pembekal komponen dan perkhidmatan kepada syarikat besar dan multinasional

melalui rantaian industri dengan kerjasama daripada institusi kewangan (Buang,

2000). Industri yang diberi keutamaan dalam program ini ialah dalam bidang

automotif, elektrik dan elektronik, plastik, getah, mesin dan kejuruteraan, perabot

kayu, telekomunikasi, perfileman, seramik, eksport dan perdagangan, pembinaan

dan pembaikan kapal, motosikal, makanan, perkhidmatan dan tekstil (Buang,

2000).

Projek Usahawan Bumiputera dalam Bidang Peruncitan (PROSPER)

dilancarkan dalam tahun 2000 bertujuan untuk meningkatkan bilangan dan kualiti

usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan serta menempatkan mereka

dalam rantaian nilai strategik sektor berkenaan (Malaysia, 2004). Program yang

dilaksanakan oleh PROSPER ialah seperti berikut:

 membangunkan bidang baru peruncitan melalui kerjasama dengan

syarikat-syarikat Bumiputera;

 meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang peruncitan sedia ada

di kompleks membeli belah dan kawasan bandar baru atau bandar sedia

ada yang masih belum diteroka oleh peruncit Bumiputera;

 menyediakan pembiayaan dan menyokong perniagaan francais yang

berdaya maju;

 meluaskan skop perkhidmatan meliputi perkhidmatan profesional seperti

(21)

 penglibatan aktif di dalam rantaian pembekalan (Malaysia, 2004).

Program rantaian industri (ILP) bertujuan menggalakkan PKS Bumiputera

menjadi pembekal yang berwibawa dan berdaya saing bagi membekalkan

peralatan dan komponen atau perkhidmatan kepada industri besar atau LI dan

syarikat multinasional atau MNC. Manakala program pembekal global (PPG)

merupakan salah satu program untuk merealisasikan program rantaian industri.

PPG adalah program latihan dan pembangunan kemahiran untuk meningkatkan

pengetahuan dan kemampuan PKS Bumiputera sebagai pembekal perkhidmatan

dan produk bertaraf dunia (Malaysia, 2003).

Penglibatan PKS Bumiputera dalam keusahawanan tahap firma ini

disenaraikan dalam Jadual 2.6 yang menerangkan bilangan PKS Bumiputera

yang terlibat, sasaran pencapaian dalam RMK8, pencapaian sehingga tahun

2005 dan agensi yang bertanggung jawab menyelaras program tersebut.

Jadual 2.6

Penyertaan PKS Bumiputera dan Agensi Amanah yang terlibat dalam Program Bertahap Firma yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia dalam RMK8.

Program Tahun

Penubuhan

Sasaran Pencapaian Agensi

Pembangunan Vendor Pembangunan Francais Skim Usahasama Tulen Usahawan Teknologi (SMT) Pembangunan Eksport Pembekalan Global PROSPER 1988 1992 1995 1997 1997 1999 2000 300 1,200 100 440 407 681 54 353 12 361 1,417 SMIDEC PNS PUNB PUNB PNS, PUNB SMIDEC PUNB

Sumber: Omar (1998), Mohamad (2000), Buang (2000), Malaysia (2002), Malaysia (2004).

(22)

SMT = Skim Modal Teroka, PROSPER = Projek Usahawan Bumiputera dalam Peruncitan.

2.4.1 Pembangunan PKS Bumiputera di bawah beberapa agensi Kerajaan

Jadual 2.7 di atas memaparkan penyertaan PKS Bumiputera di dalam

beberapa program yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui agensinya

dalam RMK8 (2001-2005). Beberapa agensi Kerajaan yang memainkan peranan

penting dalam RMK7 (1996-2000) dan RMK8 (2001-2005) seperti PUNB,

SMIDEC dan PNS bertanggung jawab menyelaras dan membantu PKS

Bumiputera yang terlibat dalam program yang berkenaan. Penubuhan ketiga-tiga

agensi tersebut adalah berasaskan matlamat Kerajaan untuk memajukan PKS

Bumiputera sejajar dengan matlamat MPPB yang termaktub di dalam RMK8.

Pertama, PUNB ditubuhkan pada 17 Julai 1991 bertujuan untuk

membangunkan usahawan Bumiputera yang terlibat dalam perniagaan strategik

dan berpotensi tinggi selaras dengan DPN untuk membangunkan MPPB yang

dinamik, berdaya tahan dan progresif. PUNB adalah milik penuh Yayasan

Pelaburan Bumiputera yang bertindak selaku badan penyelaras bagi aktiviti

pelaburan untuk agensi Kerajaan, syarikat dan individu Bumiputera. PUNB

ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan sebanyak

RM300 juta dan modal berbayar sebanyak RM250 juta (PUNB, 2005).

Omar (1998) mencatatkan bahawa PUNB telah membuktikan

kemampuannya membangunkan PKS Bumiputera dalam bidang teknologi. Begitu

(23)

peruncitan yang telah meraih kejayaan dengan bimbingan PUNB. Dalam tempoh

RMK7 dan RMK8 PUNB telah berjaya membangunkan 54 PKS dalam Program

Usahasama Tulen, 353 usahawan teknologi, 12 PKS Bumiputera dalam

perniagaan eksport. Namun demikian hasil yang menggalakkan ini hanya

dinikmati oleh PKS Bumiputera yang beroperasi di peringkat pusat sahaja, justeru

itu Omar (1998) menyarankan agar PUNB meluaskan lagi khidmatnya ke setiap

negeri di Malaysia.

PROSPER yang juga diselaras oleh PUNB telah menunjukkan

perkembangan yang memberangsangkan menurut Laporan Ekonomi 2004/2005

(Malaysia, 2004). Sehingga 2004 sebanyak 1,417 buah PKS Bumiputera telah

dibangunkan dan seramai 7,300 usahawan berdaftar dengan PROSPER.

Manakala dalam tahun 2005 sebanyak 200 usahawan Bumiputera lagi akan

dibangunkan oleh PUNB di bawah skim ini (Malaysia, 2004). PUNB juga telah

mengambil inisiatif mewujudkan program Kedai Konsep seperti Kedai Leaderpac

Tayar dan servis. Sehingga 2004, PUNB telah membangunkan 12 kedai konsep

dan 80 outlet runcit di bawah skim PROSPER (Malaysia, 2004).

Kedua, SMIDEC atau Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan

Sederhana ditubuhkan pada 2 Mei 1996 bertujuan untuk menggalakkan

pembangunan PKS dengan menawarkan khidmat nasihat, bantuan kewangan

dan fiskal, infrastruktur, pasaran serta lain-lain program pembangunan PKS

(24)

Di antara kejayaan yang telah diraih oleh SMIDEC ialah dalam program

pembangunan rantaian industri di bawah Program Pembangunan Vendor (PPV)

dan Program Pembekalan Global (PPG). Program-program ini bertujuan untuk

meningkatkan rantaian dan integrasi antara PKS Bumiputera dengan syarikat

besar. Sehingga pertengahan tahun 2003, sebanyak 192 buah PKS Bumiputera

yang dibimbing oleh SMIDEC telah diberi peluang untuk membekalkan peralatan

dan komponen kepada syarikat besar melalui kontrak jangka panjang. Bidang

industri yang diberikan keutamaan di bawah program ini ialah industri elektrik dan

elektronik, peralatan pengangkutan, kejenteraan dan kejuruteraan serta asas

sumber (Buang, 2000).

SMIDEC juga berjaya membantu PKS Bumiputera dalam Program

Perolehan Teknologi dengan meningkatkan keupayaan teknikal dan teknologi di

kalangan PKS Bumiputera. Bantuan SMIDEC adalah dengan memperuntukkan

dana di bawah Dana Perolehan Teknologi yang diuruskan oleh Perbadanan

Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC). Dana Perolehan Teknologi digunakan

untuk membantu PKS Bumiputera mendapatkan kemudahan teknologi dan

proses pengeluaran terkini dengan membeli peralatan dan mesin berteknologi

tinggi, peleseanan, perolehan hak paten, prototaip dan reka bentuk (Buang,

2000).

SMIDEC juga telah melahirkan Program Peningkatan Kemahiran yang

bertujuan untuk menggalakkan PKS Bumiputera meningkatkan kemahiran dan

(25)

Bumiputera dalam bidang teknologi maklumat, reka bentuk industri, Pengurusan

Kualiti Menyeluruh (TQM), pemasaran dan pembungkusan. Buang (2000)

melaporkan bahawa SMIDEC telah memperuntukkan lebih dari RM1.7 juta untuk

disalurkan kepada tujuh buah pusat pembangunan kemahiran bagi menjalankan

latihan tersebut. Melalui program ini juga SMIDEC telah mengambil inisiatif

meningkatkan kualiti latihan kemahiran dengan kerjasama dari organisasi latihan

antarabangsa dan institusi luar negara. SMIDEC juga telah menganjurkan

lawatan sambil belajar ke luar negara, umpamanya, dengan kerjasama

Perbadanan Promosi Industri Kecil dan Sederhana (SMIPC), Republik Korea, dua

sesi latihan dalam sektor elektrik dan elektronik telah dijalankan di Institut Latihan

Perniagaan Kecil (SBTI) di Republik Korea untuk PKS Bumiputera.

Ketiga, PNS atau Perbadanan Nasional Berhad yang sebelum ini dikenali

sebagai PERNAS yang ditubuhkan pada 29 November 1969 telah diswastakan

dalam bulan September 1996 melalui proses pembelian pengurusan (MBO).

Harta PERNAS telah diambil oleh PERNAS International Holdings Berhad

manakala operasinya diambilalih oleh KPUn selaku pemegang saham terbesar.

PNS telah menjalankan operasi komersial barunya di premis baru di Tingkat 9

Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. PNS telah diluluskan untuk

beroperasi dengan modal yang dibenarkan sehingga RM1 billion dan diberikan

peruntukan modal berbayar dari Kementerian Kewangan sebanyak RM751 juta

(26)

PNS yang mempunyai pengalaman dan sumber yang besar telah

melaksanakan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan penyertaan ke dalam MPPB

dengan merangka dan melaksanakan beberapa strategi. Selain dari menyediakan

kemudahan untuk pembangunan PKS Bumiputera, PNS juga menyediakan

program untuk meningkatkan tahap profesional, kemahiran perniagaan serta

tahap etika dan disiplin di kalangan PKS Bumiputera.

PNS berperanan menawarkan skim kewangan khusus kepada industri

francais untuk tujuan meningkatkan dan membangunkan PKS Bumiputera kelas

pertengahan (Buang, 2000). Antara program yang diselaras oleh PNS adalah

dalam bidang perniagaan francais dengan menggalakkan penyertaan syarikat

besar tempatan dan syarikat multinasional sebagai francaisor. Sehingga

pertengahan tahun 2003, sebanyak 20 syarikat multinasional telah dilantik

sebagai francaisor utama, sementara 69 syarikat besar tempatan menyertai

program sebagai francaisor. Sebanyak 681 PKS Bumiputera telah mendapat

manfaat dari program ini dengan jumlah geran yang disalurkan sebanyak RM27.3

juta (Malaysia, 2003).

Walaupun beberapa agensi berkaitan Kerajaan seperti yang dibincangkan

telah menunjukkan pencapaian yang mengalakkan, namun pencapaian prestasi

PKS Bumiputera masih di tahap yang boleh dipersoalkan berbanding prestasi

yang ditunjukkan oleh PKS bukan Bumiputera. Justeru itu, perancangan yang

lebih jitu perlu dirangka dengan kadar segera. Disamping menjana pembangunan

(27)

untuk PKS Bumiputera yang telah mencapai tahap pertumbuhan seharusnya

mula diberikan sokongan yang sewajarnya.

2.4.2 Pembangunan PKS Bumiputera di utara Semenanjung Malaysia

Kawasan utara semenanjung Malaysia merangkumi tiga buah negeri iaitu

Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Kawasan ini terletak di utara pantai barat

Semenanjung Malaysia di mana negeri Kedah dan Perlis bersempadan dengan

negara Thailand di sebelah utara. Laporan RMK8 (Malaysia, 2001)

menyenaraikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri lebih maju, manakala Kedah

dan Perlis sebagai negeri kurang maju.

PKS Bumiputera di kawasan utara Semenanjung Malaysia merangkumi

20% dari semua PKS di Malaysia (Mohamad, 2000). PKS Bumiputera di Pulau

Pinang, Kedah dan Perlis terlibat dalam bidang pembuatan, dan perkhidmatan

telah menyumbang melebihi 10% dari KDNK sepanjang RMK8. Pencapaian ini

adalah berdasarkan bilangan, potensi guna tenaga, dan pelaburan modal projek

pembuatan yang diluluskan untuk ketiga-tiga negeri berdasarkan laporan RMK8

(Malaysia, 2001) (rujuk Jadual 2.7).

Jadual 2.7

Projek Pembuatan yang Diluluskan untuk Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dalam RMK8 (2000 - 2005)

Negeri Bilangan Projek Potensi Guna

Tenaga

Pelaburan Modal (RM juta)

Pulau Pinang Kedah Perlis

519 233 13

29,508 34,393 1,327

(28)

2.4.3 PKS bumiputera di bawah program MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah badan berkanun untuk

membangunkan usahawan Bumiputera di Malaysia. MARA ditubuhkan pada 1

Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil dari

resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera. Objektif penubuhan MARA ialah untuk

membaiki kelemahan dalam sosioekonomi Bumiputera khususnya orang Melayu

dalam bidang pendidikan, perniagaan dan perindustrian (Buang, 2000; Hj Din,

1999). MARA berperanan untuk membangunkan usahawan Bumiputera

khususnya di luar bandar.

MARA merupakan sebuah agensi yang bernaung di bawah Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan menerima peruntukan terbanyak

berbanding dengan agensi Kerajaan yang lain. Dalam tahun 1995 MARA

diperuntukkan dengan peruntukan mengurus pada kadar 52.7% atau RM 85 juta

meningkat kepada 79.5% atau RM 379.5 juta dalam tahun 1996 (Mohamad,

2000). Dalam laporan Kementerian Pembangunan Usahawan pula mencatatkan

peruntukan untuk MARA dalam RMK7 adalah melebihi 50% manakala untuk

RMK8 lebih dari 60%. Ini merupakan peruntukan terbesar Kementerian tersebut

untuk MARA berbanding dengan peruntukan untuk agensi lain di bawah

naungannya. Peruntukan Kerajaan yang terus meningkat kepada MARA adalah

bertujuan untuk memastikan supaya entiti tersebut dapat beroperasi dengan

cekap dan berkesan dalam membangunkan usahawan Bumiputera di seluruh

(29)

MARA berperanan membangunkan usahawan Bumiputera melalui

Bahagian Bimbingan Usahawan yang beroperasi dalam 6 buah zon, Zon 1

merangkumi negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Zon 2 merangkumi negeri

Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Zon 3 merangkumi Negeri Sembilan,

Melaka dan Johor. Zon 4 merangkumi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Zon 5 negeri Sabah dan Zon 6 negeri Sarawak (Mohamad, 2000).

Kajian Mohamad (2000) melaporkan dalam tempoh 3 tahun (1994-1996)

dianggarkan sebanyak 35,000 usahawan Bumiputera terlibat dalam beberapa

program yang dianjurkan oleh MARA. Angka ini dijangka meningkat melebihi 30%

setiap tahun. Antara program pembangunan yang dianjurkan oleh MARA di

seluruh negara ialah Program Pembentukan Usahawan, Program Peningkatan

Usahaniaga, Program Sokongan dan Sampingan. Sejumlah hampir 1,500 buah

PKS Bumiputera dikenalpasti oleh penyelidik telah mengikuti program latihan dan

pembiayaan yang di anjurkan oleh MARA di setiap negeri di kawasan utara

Malaysia. Melalui maklumat yang diperolehi dari Pejabat MARA Negeri dalam

tahun 2003 menunjukkan Kedah mencatatkan hampir 400 buah PKS Bumiputera

yang terlibat dalam program latihan MARA, manakala di Pulau Pinang dan Perlis

kedua-duanya melebihi 300 buah PKS Bumiputera yang mengikuti program

latihan MARA. Berdasarkan sumber yang diperolehi dari setiap Pejabat MARA

Negeri, Program pembiayaan MARA mencatatkan bilangan peminjam sebanyak

(30)

Perangkaan mengenai bilangan PKS Bumiputera di seluruh negara masih

belum dapat dipastikan lagi. Menurut Hashim (2000a) beberapa kajian

melaporkan bilangan semua PKS di Malaysia ialah di antara 10,000 hingga

30,000 tetapi dalam kajian lain bilangan PKS mencecah sehingga 300,000.

Perbezaan bilangan PKS di Malaysia adalah berpunca dari definisi yang berbeza

tentang PKS (Hashim dan Abdullah, 1999). Namun demikian anggaran tentang

bilangan PKS Bumiputera yang terlibat dengan MARA adalah besar peratusannya

berbanding dengan PKS Bumiputera yang tidak terlibat dengan MARA

(Mohamad, 2000).

Berma et al. (2004) melaporkan bahawa lebih dari 60% pembiayaan dan

pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia dilakukan oleh

MARA terhadap IKS Bumiputera di Malaysia. Ini bermakna sebahagian besar dari

PKS Bumiputera terlibat dengan program MARA di kawasan masing-masing.

Oleh itu sampel PKS Bumiputera daripada kalangan peserta program MARA

adalah mewakili semua PKS Bumiputera dari setiap negeri dalam kajian.

Kajian tentang PKS Bumiputera yang menggunakan sampel di kawasan

utara Semenanjung Malaysia adalah agak terhad memandangkan kebanyakan

penyelidik mengkaji isu tertentu dan mengutip sampel dari seluruh negara

(Hashim et al., 2003, 2004).

(31)

MEDEC adalah singkatan kepada Malaysian Entrepreneurship Development Center atau Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia yang dikelolakan oleh Universiti Teknologi MARA. MEDEC ditubuhkan dalam tahun

1975 bertujuan untuk merancang dan mengendali rancangan pendidikan, latihan

dan penyelidikan keusahawanan (MEDEC, 2000).

Program utama yang ditawarkan oleh MEDEC termasuklah program

latihan, pendidikan keusahawanan dan khidmat perundingan untuk usahawan

dan bakal usahawan Bumiputera di seluruh negara. Program latihan utama yang

dilakukan oleh MEDEC setiap semester pengajian ialah Program Pembangunan

Usahawan dan Program Skim Latihan dan Galakan Perniagaan bagi Kakitangan

Kerajaan Kumpulan B, C dan D.

Semua peserta program MEDEC adalah terdiri daripada kaum Bumiputera

yang berminat untuk memulakan perniagaan atau yang berhasrat untuk

mengembangkan perniagaan masing-masing. Setiap tahun lebih dari 100

usahawan Bumiputera yang berjaya menamatkan program latihan yang

dianjurkan oleh MEDEC. Oleh sebab itu, kini jumlah usahawan yang telah

mengikuti program MEDEC menjangkau lima ribu orang di seluruh negara.

Mengikut pemerhatian rambang penyelidik dalam program susulan MEDEC tahun

2000, 20% daripada semua usahawan tersebut telah menubuhkan atau berjaya

mengembangkan perniagaan mereka di kawasan utara Malaysia. Ini bermakna

lebih dari seribu PKS Bumiputera yang telah mengikuti program MEDEC sedang

(32)

Memandangkan perkembangan yang berlaku dalam ekonomi Malaysia,

MEDEC juga telah menjalankan program keusahawanan tahap firma seperti

Program Usahawan Berjaya Utama (UBU), Program Pembangunan Eksport

(PPE) dan Program Pembangunan Francais (PPF) (MEDEC, 2000). Walaupun

penyertaan usahawan Bumiputera dalam program ini masih terhad tetapi berlaku

peningkatan setiap tahun.

Justeru itu, fungsi MEDEC adalah selaras dengan MARA dalam peranan

membangunkan usahawan Bumiputera dan telah sama menyumbang ke arah

pencapaian DEB, DPN dan DWN. MEDEC juga merupakan agensi Kerajaan yang

penting berhubung dengan PKS Bumiputera di kawasan utara Semenanjung

Malaysia.

2.4.5 Justifikasi peranan Kerajaan dalam pembangunan PKS Bumiputera

Peranan Kerajaan melalui agensinya dalam pembangunan PKS

Bumiputera adalah sangat menggalakkan. Kesungguhan dan komitmen pihak

Kerajaan akan dapat menghasilkan prestasi yang lebih tinggi jika tumpuan

diberikan secara khusus mengikut tahap pembangunan keusahawanan di

kalangan PKS Bumiputera. Dalam semua Rancangan Malaysia yang telah

dilancarkan dalam tempoh hampir 50 tahun yang lalu tumpuan mengikut tahap

pembangunan keusahawanan PKS Bumiputera nampaknya tidak diberikan

(33)

mengadakan program selaras dengan tahap pembangunan keusahawanan

sesuai dengan tahap perkembangan PKS Bumiputera. Sehubungan dengan itu

juga, data demografik secara terperinci berdasarkan tahap perkembangan di

kalangan PKS perlu dikutip untuk memudahkan usaha pembangunan tersebut.

2.5 Hubungan PKS Bumiputera dengan Orientasi Keusahawanan, Persekitaran yang ditanggap dan Prestasi

Kajian berhubung dengan strategi keusahawanan di kalangan PKS

Bumiputera masih belum dilakukan secara menyeluruh dan terperinci lagi. Kajian

yang telah dilakukan oleh beberapa penyelidik seperti Sulaiman (1993), Mohd Jan

(1996), Abu Bakar, Smith dan Sapuan (1997), Sim dan Yap (1997, 2000), Zulkifli

dan Jamaluddin (2000), dan Hashim et al. (2003, 2004) menyiasat aspek-aspek

tertentu sahaja tanpa memberikan perhatian khusus kepada seluruh konstruk

orientasi keusahawanan atau strategi keusahawanan.

Sulaiman (1993) mengkaji perbezaan dalam hubungan antara strategi,

struktur organisasi dan persekitaran yang ditanggap dengan firma pengilangan

yang berprestasi tinggi dan firma yang berprestasi rendah. Mohd Jan (1996)

mengkaji hubungan antara keusahawanan organisasi dengan strategi dan

prestasi.

Konsep strategi adalah penting untuk PKS di Malaysia apabila Hashim

(2000b) mencadangkan suatu rangka kerja berstrategi untuk mengkaji strategi

(34)

konteks strategi yang dikaji oleh Abu Bakar et al. (1997) mendapati PKS sebagai

entiti yang penting untuk menyokong pembangunan syarikat yang besar. Ghosh

et al. (1990) mencadangkan supaya gelagat perancangan strategi dikaji dalam

PKS di Malaysia dan juga di Singapura. Manakala Zulkifli dan Jamaluddin (2000)

mengesyorkan supaya amalan strategi pengilangan dan perniagaan diutamakan

di kalangan PKS untuk mengatasi persaingan.

Konsep inovasi dan sikap inovatif yang dikaji oleh Mohamed (1993) dalam

lapan syarikat pengilangan di Malaysia mencadangkan supaya konsep dan sikap

inovatif juga dikaji dalam PKS di Malaysia untuk meningkatkan daya saing negara

dalam persaingan global. Kajian yang lain seperti kajian oleh Hashim et al. (2003,

2004) menggariskan hubungan beberapa pemboleh ubah penentu seperti amalan

pengurusan sumber manusia yang menerangkan aktiviti inovasi dalam PKS di

Malaysia.

Sikap proaktif pula didapati sesuai dalam entiti perniagaan di Malaysia

untuk menghadapi persaingan dan membangunkan perniagaan ke tahap global.

Dalam kajian oleh Sim dan Yap (1997, 2000) merumuskan bahawa strategi jenis

prospector yang dibangunkan oleh Miles dan Snow (1967) sesuai digunakan di dalam syarikat pengilangan di Malaysia dan Singapura.

Sikap berdaya saing juga penting untuk diamalkan dalam PKS Bumiputera,

Zulkifli dan Jamaluddin (2000) mengesyorkan supaya konsep kualiti dan kos

(35)

Bumiputera. Sehubungan dengan itu juga resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera

1999 menggariskan supaya diujudkan usahawan yang berdaya saing dan

berdaya tahan untuk menghadapi era globalisasi dan liberalisasi (Hitam, 1999).

2.6 Isu dan Cabaran dalam Pembangunan PKS Bumiputera

Isu dan cabaran dalam pembangunan PKS Bumiputera pernah

dibentangkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat yang diadakan pada

10-11 September 1999 (Hitam, 1999). Bahagian ini dibincangkan dengan lebih

lanjut di bawah dua tajuk kecil.

2.6.1 Isu dalam pembangunan PKS Bumiputera

a) Pencapaian PKS Bumiputera masih rendah dan di bawah matlamat

Pemilikan ekuiti PKS Bumiputera dalam sektor ekonomi adalah

semakin menurun selepas berakhirnya DEB, malah dalam DPN juga

angka pemilikan ekuiti tersebut masih terus menurun berbanding

dengan PKS Bumiputera.

b) Penglibatan dan penguasaan hanya dalam syarikat kecil

Dalam RMK8 masih menunjukkan sebahagian besar dari syarikat yang

dikuasai oleh PKS Bumiputera memiliki saiz modal tidak melebihi

RM100,000. Manakala sebahagian daripada PKS Bumiputera tersebut

memiliki saiz modal kurang dari RM10,000.

c) Penyertaan dalam sektor pembuatan berkurangan

Pemilikan dan penguasaan PKS Bumiputera dalam syarikat

(36)

d) Bilangan dalam Industri Teknologi Tinggi kekal minima

PKS Bumiputera adalah merupakan peserta yang paling lewat

menyertai ekonomi negara. Justeru itu PKS Bumiputera masih kekal

dengan bilangan penyertaan yang rendah dalam semua sektor ekonomi

(Malaysia, 2001).

e) PKS Bumiputera masih bergantung kepada bantuan dan program

Kerajaan

Laporan RMK8 (Malaysia, 2001) masih menunjukkan PKS Bumiputera

secara berterusan memerlukan alat dasar daripada Kerajaan.

Faktor-faktor seperti kurang pengalaman dalam bidang yang diceburi,

kekurangan modal, kesukaran menerokai pasaran dan kesukaran

mendapatkan premis di lokasi strategik masih dialami oleh PKS

Bumiputera.

f) Sikap keusahawanan untuk berdaya saing masih lemah

Sikap usahawan Bumiputera masih kekal dengan sindrom “ingin cepat

kaya” yang berterusan menjadikan mereka kurang berdaya tahan,

berdaya maju dan berdaya saing. Sikap ini nampaknya mengalami

perubahan terutama dalam menyertai MPPB, tetapi proses perubahan

adalah lebih lambat berbanding dengan perubahan dalam persekitaran

(Hitam, 1999).

2.6.2 Cabaran dalam pembangunan PKS Bumiputera

PKS Bumiputera terus menjadi tumpuan dalam dasar Kerajaan dalam

(37)

Kongres Ekonomi Bumiputera 1999 oleh Dato’ Dr. Samsudin Hitam dijangka

masih relevan.

a) Melahirkan usahawan berdaya tahan, berdaya saing dan berdikari serta

bertaraf kelas dunia

Usaha ini hendaklah dijadikan agenda utama negara secara berterusan

bagi memastikan PKS Bumiputera menjadi semakin mapan, berdaya

maju, berdaya saing serta mampu berdikari. Manakala PKS Bumiputera

bertaraf dunia hendaklah dibentuk supaya mampu bersaing dalam era

globalisasi dan liberalisasi, serta dapat mengambil peluang daripada

pembangunan tersebut.

b) Mengembleng sumber modal yang berlibat ganda

Usaha ini adalah sangat penting untuk digembleng bagi menyediakan

sumber modal yang mencukupi demi membangunkan PKS Bumiputera.

Keperluan modal sudah pasti semakin meningkat seiringan dengan

peningkatan dalam pasaran modal dunia dan juga peningkatan harga

sumber penting dunia dan tempatan.

c) Meningkatkan tahap penguasaan teknologi tinggi

Peningkatan penguasaan Bumiputera dalam teknologi tinggi masih

tidak setara dengan penguasaan oleh bukan Bumiputera di negara ini.

Justeru itu, pendekatan yang lebih efektif dan kreatif diperlukan.

d) Menerap sikap dan nilai keusahawanan tulen di semua peringkat

masyarakat

Kesinambungan dalam pembangunan usahawan melalui program sedia

(38)

Kongres Ekonomi Bumiputera menegaskan bahawa penjanaan ilmu

keusahawanan secara efektif juga perlu diterap dari peringkat sekolah

rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Dengan itu, pewujudan

generasi usahawan muda berwawasan akan menjadi lebih mudah.

Masalah graduan universiti yang menganggur sepatutnya tidak

berterusan meningkat jika ilmu keusahawanan diterap dengan efektif di

setiap peringkat pengajian mereka. Sehubungan dengan itu,

memasukkan ilmu baru ke dalam kurikulum sedia ada juga perlu

dilaksanakan demi membentuk sikap keusahawanan sejajar dengan

persekitaran semasa.

e) Meningkatkan tahap pencapaian dan daya saing dalam era globalisasi

dan liberalisasi

Pengukuran pencapaian atau prestasi dalam keusahawanan hendaklah

lebih berdaya saing dan selaras dengan pengukuran yang dibuat oleh

usahawan berjaya. Suatu tanda aras prestasi dan sikap keusahawanan

yang setanding dengan amalan firma yang bertaraf global perlu

dibentuk dan dijadikan asas panduan yang seragam untuk semua PKS

di Malaysia.

f) Meninggikan keupayaan untuk menyertai secara efektif dalam ekonomi

berasaskan pengetahuan di alaf baru

Cabaran ekonomi berasaskan pengetahuan, kemahiran dan kreativiti

atau inovasi didapati masih berkurangan di kalangan PKS Bumiputera

(Hitam, 1999). Justeru itu, PKS Bumiputera perlu melengkapkan diri

(39)

technologies semasa seperti di dalam bidang IT, ICT dan multimedia. Sehubungan dengan itu, cabaran melahirkan modal manusia yang

berdaya saing, berdaya tahan dan bertaraf dunia sebagaimana yang

diseru oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana

Menteri Malaysia perlu menjadi keutamaan dalam pembangunan PKS

Bumiputera.

g) Menyesuaikan strategi pembangunan PKS Bumiputera selaras dengan

tahap pembangunan keusahawanan PKS

Model pembangunan usahawan yang dicadangkan oleh Hj. Din (2005)

memerlukan tindakan sewajarnya oleh KPUn untuk diambilkira sebagai

agenda penting dalam RMK berikutnya. Tumpuan pembangunan

keusahawanan di kalangan PKS Bumiputera hendaklah bertepatan

dengan tahap kitaran hayatnya. Sehingga tahun 2004, lebih dari

613,000 buah PKS yang berdaftar (Malaysia, 2004). Tindakan

selanjutnya dari pihak KPUn ialah supaya pembahagian mengikut

tahap pembangunan keusahawanan setiap PKS diperlu. Pembahagian

ini akan memudahkan usaha menyesuaikan strategi dengan tahap

pembangunan keusahawanan PKS tersebut.

2.7 Rumusan

Pembangunan keusahawanan di Malaysia adalah agenda penting dalam

perancangan pembangunan negara melalui penyediaan kemudahan dan

sokongan kepada PKS. PKS Bumiputera merupakan entiti yang penting untuk

(40)

ekonomi antara kaum. Peningkatan bilangan dan prestasi PKS Bumiputera

menunjukkan perubahan yang besar selepas pelancaran DEB dalam tahun 1970

hingga kini. Sokongan Kerajaan melalui DEB dan peruntukan yang besar dalam

belanjawan negara memainkan peranan yang penting untuk pembangunan PKS

Bumiputera, tetapi, peningkatan prestasi PKS Bumiputera masih belum tercapai

sepenuhnya. KPUn dan beberapa kementerian lain melalui agensinya yang

mewakili Kerajaan dalam usaha memajukan PKS Bumiputera telah meningkatkan

tahap penyertaan Bumiputera menyaingi kaum yang lain. Walaupun keprihatinan

pihak Kerajaan untuk membangunkan PKS Bumiputera dengan menyediakan

peruntukan yang besar setiap tahun, namun demikian, isu dan cabaran dalam

membangunkan usahawan PKS Bumiputera menuntut pendekatan dan kaedah

yang terkini. Kajian mendalam adalah perlu untuk memastikan strategi

keusahawanan yang digunakan oleh PKS Bumiputera sesuai dengan tahap

Referensi

Dokumen terkait

Tabel 2.66 Jumlah Ruang Kelas Menurut Kondisi Bangunan Pada Sekolah SD Sederajat Menurut Kabupaten/Kota di Jawa.. Timur Tahun 2012

tiup kepala. Misalkan seandainya orang yang sakit tidak datang cukup kita bawakan air kita baca ayat yang tadi sebanyak dua kalau yang pertama di baca stengah

[r]

Bahan utama dari produk kami adalah tahu‘abiantubu’yang sangat mudah didapatkan karena pengusaha tahu tersebut merupakan konsumen tetap dari usaha distributor

dan rata-rata penyusutan alat untuk petani kelapa sawit kelompok iga sebesar Rp 122.000,- dari hasil tersebut terlihat bahwa untuk biaya penyusutan alat petani

Upaya yang telah dilakukan oleh SPPI cabang Kota Bukittinggi dalam penyeselesaian perselisihan hubungan industrial antara Peraturan Direksi atau KD dengan Peraturan

Dari seluruh hal di atas terlihat bahwa proses ini membentuk 3 pola, yaitu (1) Pola Datang, yaitu bagaimana melibatkan dan memobilisasi warga jemaat untuk terlibat; (2)

Kualitas Pelayanan (X) berpengaruh secara signifikan terhadap Kepuasan Wajib Pajak (Y) Temuan penelitian ini menunjukkan bahwa Kualitas Pelayanan memiliki pengaruh yang