• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Ben

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Ben"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Perpaduan kaum bermaksud semua kaum di dalam sesebuah negara saling

bekerjasama atau berganding bahu dalam membentuk sesebuah negara yang aman dan

makmur. Perpaduan kaum ini sukar diwujudkan apabila Inggeris mula campur tangan

dalam pentadbiran di Tanah Melayu pada tahun 1824. Inggeris campur tangan di

Negeri-negeri Melayu yang lainnya bermula dengan Perjanjian Pangkor di Negeri-negeri Perak.1 Ini

disebabkan oleh dasar-dasar inggeris yang diperkenalkan untuk memperkukuhkan

kedudukan mereka di Tanah Melayu. Sebelum penemuan bijih timah oleh Long Jaafar di

Taiping Perak pada tahun 1948, kesemua penduduk di Tanah Melayu rata-ratannya adalah

orang melayu. Hanya sedikit sahaja golongan cina yang datang sebagai pedagang dan

membuka penempatan di Melaka,Kuala Terengganu, Sungai Johor, Sungai Pahang, dan

Kelantan. Dalam pada masa yang sama, terdapat juga kaum India yang bekerja sebagai

buruh di ladang-ladang kopi dan tebu yang terdapat di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Namun, sejak Inggeris mula bertindak untuk campur tangan dalam pentadbiran

negeri-negeri Melayu , berlaku penghijrahan secara beramai-ramai imigran Cina dan India ke

Tanah Melayu. Kemasukan imigran ini mendapat galakan malah dibawa oleh British

tanpa had.2 Fenomena ini berlaku disebabkan dasar kapitalisme penjajah Inggeris yang

membawa orang-orang asing masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di

lombong-lombong bijih timah dan juga di ladang-ladang getah. Penghijrahan beramai-ramai

tersebut telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Kemajmukan

1 Tajuddin Hussein, Robiah Alias (Ed.). (2009).Malaysia negara kita. :MDc Publishers Sdn.Bhd.ulu Kelang Kuala Lumpur, hlmn 192

(2)

penduduk di Tanah Melayu telah menyebabkan Inggeris mentadbir Negara dengan

menggunakan dasar ‘Pecah dan Perintah’ ( Divide And Rule ) iaitu di mana kaum

Melayu,Cina dan India dipisahkan dari segi social dan ekonomi.3 Kesan pengamalan

dasar ‘Pecah dan Perintah’ untuk jangka masa yang panjang ialah berlakunya

pengasingan penempatan, perbezaan agama, pengasingan pendidikan, kewujudan akhbar

pelbagai bahasa serta kewujudan Persatuan pelbagai kaum yang menjurus kepada jurang

perbezaan antara kaum yang menyukarkan perpaduan antara satu dengan yang lain.

2.0 SOSIAL

2.1PENGASINGAN PENEMPATAN

Pengasingan penempatan iaitu kaum-kaum di Tanah Melayu tinggal berasingan

mengikut kegiatan ekonomi iaitu kaum cina tinggal dikawasan pemacu ekonomi iaitu di

bandar, kaum india pula diletakkan dikawasan perladangan aktiviti pertanian yang

terletak diluar bandar.4 Sementara kaum melayu, mereka tinggal di kawasan

perkampungan. Walaupun peratusan penduduk yang tinggal di kawasan bandar

meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum melayu yang tinggal di

bandar-bandar baru kekal kecil. Hanya golongan elit Melayu sahaja yang diambil bekerja di

pejabat pentadbiran British. Perbezaan tempat dan pekerjaan menyebabkan satu kaum

dengan kaum yang lain kurang berinteraksi antara satu dengan yang lain kerana masa

banyak diluangkan di tempat kerja. Hubungan komunikasi hanya banyak berlaku sesama

kaum sahaja. Kesannya, wujud perasaan prasangka buruk antara kaum.

3.0 EKONOMI

3.1 PERBEZAAN TUMPUAN EKONOMI

3 Tajuddin Hussein, Robiah Alias (Ed.). (2009).Malaysia negara kita. :MDc Publishers Sdn.Bhd.ulu Kelang Kuala Lumpur, hlmn 202

(3)

Pembawaan masuk tenaga kerja asing yang ramai dari Cina dan India pada awal

abad ke-19, telah mengubah struktur ekonomi masyarakat melayu. Perubahan ekonomi

ini telah membawa kepada kemunculan beberapa buah bandar baru seperti Por Weid

(Perak), Kuala Lumpur (Selangor) dan lain-lain sebagai sebuah pusat ekonomi baru.

Walaupun adanya bandar-bandar baru ini, namun kaum melayu masih dikekalkan di

perkampungan masing-masing. Akibat daripada sikap berat sebelah inggeris dalam

menguruskan pentadbiran ekonomi , prestasi orang melayu di zaman penjajahan inggeris

tidak mencapai kemajuan. Penjajah inggeris sengaja tidak mahu memajukan orang-orang

melayu terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar. Keadaan ini mewujudkan jurang

pendapatan yang tidak seimbang dan seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati dalam

kalangan kaum. Inggeris hanya memberikan tumpuan kepada kawasan yang mempunyai

sumber-sumber kekayaan terutama sekali di bahagian Barat Semenanjung. Kegiatan

ekonomi yang hanya tertumpu kepada keuntungan ini, secara tidak langsung

menimbulkan masalah sosio-ekonomi. Ini mendorong kepada suasana ‘dual economy’

dimana dapat dilihat ekonomi moden adalah dibahagian Pantai Barat Semenanjung

dengan adanya ladang,lombong dan aktiviti perdagangan. Sementara, ekonomi secukup

hidup tradisioanal pula di kawasan luar bandar iaitu di Pantai Timur dimana kemajuannya

adalah kurang.

(4)

Pembangunan ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan kuasa penjajah

adalah bergantung kepada sektor pertanian dan perikanan. Masyarakat melayu tidak

mempunyai masalah dalam mencari nafkah kerana adanya tanah-tanah yanag subur dan

laut yang banyak dengan ikan. Selain itu, sumber-sumber hutan juga senang diperoleh

seperti buah-buahan, kayu-kayuan, rotan dan sebagainya. Pekerjaan penduduk Tanah

Melayu kebanyakkannya adalah petani, pemungut hasil hutan dan terlibat dalam

mengeluarkan hasil-hasil bumi.

Namun setelah pengenalan dasar pecah perintah di Tanah Melayu, pembahagian

kawasan penempatan dan sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan

ekonomi antara kaum. Contohnya, orang melayu tidak digalakkan untuk terlibat dalam

industri bijih timah dan getah oleh Inggeris. Ini menyebabkan orang melayu hanya kekal

dalam kegiatan pertanian. Melalui bertani sahajalah mereka dapat menampung keperluan

makanan keluarga. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang

pendapatan antara masyarakat bandar dan luar bandar. Ketidakseimbangan ini

menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu dengan yang lain. Misalnya, orang

melayu cemburu dengan kemewahan dan kejayaan yang diperoleh oleh orang cina.

Manakala, orang cina dan India pula cemburu akan kelebihan orang melayu yang

mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran dimana golongan elit melayu

diambil bekerja dalam pentadbiran British. Keadaan ini menyebabkan timbulnya rasa

tidak puas hati dan persaingan ekonomi yang tidak sihat. Setiap kaum tidak mahu satu

kaum yang lain lebih berjaya dan menonjol daripada mereka.

(5)

4.1PENGASINGAN PENDIDIKAN

Sebelum kedatangan penjajah, kanak-kanak melayu mendapat pendidikan di

surau, masjid dan sekolah pondok. Pendidikan melayu ketika ini hanyalah tertumpu

kepada membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum hakam

agama dan kemahiran menulis, membaca dan mengira. Dari aspek kurikulum, tahapnya

adalah sempit kerana pembelajarannya terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Contoh

sekolah-sekolah seperti ini masih boleh dilihat di negeri Kelantan, Terengganu dan

Kedah.

Namun pada zaman pemerintahan Inggeris , tanah melayu langsung tidak

mempunyai sistem pendidikan yang jelas. Sistem pendidikan Vernakular yang

diperkenalkan oleh Inggeris telah menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. Sistem

vernakular ini bermaksud pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum

masing-masing sebagai bahasa pengantara dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan

(P&P) di sekolah. Antara sekolah vernakular tersebut ialah sekolah vernakular melayu,

vernakular cina, vernakular india dan vernakular inggeris. Inggeris melaksanakan dasar

pendidikan secara sistem Divide and Rule adalah untuk memecahkan perpaduan kaum

dan juga untuk menebalkan semangat kedaerahan dalam kalangan rakyat.5 Dengan

demikian, inggeris sengaja untuk tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan

pendidikan guru. Bagi sekolah cina dan india, guru-guru diambil dari negara asal mereka.

Pada masa itu, orang-orang melayu tidak mendapat pendidikan yang tinggi. Mereka

hanya membuat pekerjaan sara diri sahaja. Tindakan inggeris ini jelas menunjukkan

bahawa inggeris hanyalah mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan mereka

sahaja.

(6)

Inggeris menubuhkan vernakular melayu hanyalah untuk memenuhi keperluan

politik mereka sahaja disamping mengambil hati pembesar-pembesar melayu. Ini kerana

lulusan sekolah melayu hanyalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di peringkat

rendah dan untuk menjadi pekebun dan nelayan sahaja sesuai dengan matlamat inggeris

yang ingin anak melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya. Kaum melayu

dengan sekolah pondok yang bersifat tradisional memperlihatkan kokurikulum dan mutu

pendidikan yang amat terbatas. Sekolah-sekolah melayu didirikan atas daya usaha

mereka sendiri. Contohnya, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang diwujudkan

pada tahun 1922 bertujuan melatih guru sekolah melayu merupakan satu-satunya institusi

lanjutan sekolah rendah bagi orang melayu.

Vernakular cina juga wujud atas usaha kaum cina sendiri. Kebanyakkan

sekolah-sekolah itu menumpang di rumah-rumah ketua masyarakat cina, bangunan tokong atau di

rumah perniagaan.6 Sekolah cina mempunyai struktur sukatan pelajaran dan kokurikulum

yang sama seperti di Cina. Malah, guru-guru yang mengajar di vernakular cina ini

didatangkan dari negeri Cina. Sekolah-sekolah cina ini dibiayai oleh individu cina

sendiri, Persatuan Cina Daerah dan Persatuan suku kaum. Derma bulanan juga turut

diberikan kepada institusi pendidikan cina.

Sementara vernakular Tamil pula disediakan Inggeris di kawasan bandar.

Pembiayaan sekolah ini ditanggung oleh pihak pengurusan ladang. Kumpulan-kumpulan

mubaligh Kristian juga turut banyak memberi sumbangan kepada perkembangan

pendidikan formal dalam bahasa tamil. Pendidikan tamil ini berorientasikan sistem

pendidikan negara asal mereka. Sekolah ini menggunakan sukatan pelajaran , buku,

tenaga pengajar dari India. Manakala, bahasa tamil digunakan sebagai bahasa pengantar.

(7)

Sekolah tamil yang pertama diwujudkan di Tanah Melayu ialah Sekolah Tamil

Vivekananda iaitu pada tahun 1912 di Seremban.

Vernakular Inggeris pula pada peringkat awalnya adalah usaha para mubaligh

kristian dan badan sukarela sahaja. Pendidikan aliran Inggeris adalah terhad dan bermula

seawal pertengahan abad kesembilan belas, bermula di Pulau Pinang, kemudiannya di

Singapura dan Melaka.7 Pendidikan ini kemudiannya diperkenalkan di Tanah Melayu

pada awal abad ke-20. Sekolah ini dianggap sekolah elit kerana terletak di bandar dan

pelajar-pelajarnya adalah berasal daripada golongan atasan. Kokurikulum sekolah

inggeris pula disusun berasaskan sistem pendidikan di England. Universiti Malaya di

Singapura merupakan universiti yang terawal ditubuhkan oleh Inggeris di Tanah Melayu. Disini dapat disimpulkan bahawa sistem pendidikan vernakular yang diamalkan

oleh Inggeris mendorong kepada perasaan prasangka dan prejudis yang menebal dalam

kalangan kaum di Tanah Melayu. Setiap kumpulan etnik menggunakan bahasa pengantar

masing-masing dan lokasi sekolah juga adalah berbeza mengikut sektor ekonomi yang

diceburi oleh kaum masing-masing. Keadaan ini jelas menunjukan jurang perbezaan

penerimaan tahap pembelajaran dimana dapat dilihat fikiran dan anspirasi setiap kaum

berbeza dimana masing-masing mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri

seperti di negara Cina, India dan England.

5.0 POLITIK

5.1 KEWUJUDAN AKHBAR PELBAGAI BAHASA

Akhbar merupakan media yang rapat dengan rakyat dan berkesan untuk memupuk

perpaduan masyarakat. Melalui akhbar, idea-idea berkaitan dengan perjuangan

(8)

kebangsaan dapat disalurkan kepada rakyat.8 Semasa penjajahan Inggeris, akhbar adalah

alat untuk meniup dan menyemarakan semangat perkauman di dalam kalangan pelbagai

kaum yang terdapat di Tanah Melayu. Akhbar-akhbar diterbitkan mengikut kemahuan

setiap kaum dimana akhbar-akhbar diterbit menggunakan Bahasa Melayu,

Mandarin,Tamil dan juga Inggeris. Contoh akhbar-akhbar melayu yang diterbitkan oleh

kaum melayu ialah Wanita Malaya, Majlis dan Utusan Melayu. Sementara akhbar Cina

pula ialah Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News.

Akhbar india pula ialah Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamu Murasu. Setiap akhbar ini

berperanan melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi suku kaum

masing-masing. Disamping itu, akhbar-akhbar ini turut menyiarkan berita ringkas tentang

peristiwa yang berlaku di dalam dan luar negeri. Bagi akhbar Cina dan india,

akhbar-akhbar mereka turut menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara asal mereka.

Kebanyakan akhbar-akhbar ini memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang berkaitan

dengan hal ehwal dan masyarakat mereka sahaja.

Di sini jelas menunjukkan setiap kaum cuba untuk menonjolkan berita, budaya dan

perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara asal

mereka. Mereka ingin menunjukkan semangat kecintaan mereka terhadap tanah air dan

kaum mereka sahaja. Pandangan dan semangat yang sempit ini telah menyebabkan

mereka tidak ingin untuk memahami bahasa,budaya dan sensitiviti kaum lain.

Kesimpulannya, penggunaan akbar yang berbeza bahasa telah menyebabkan semangat

perkauman menyemarak dalam keadaan tertentu sehingga ianya kelihatan boleh

mencetuskan rusuhan antara kaum.

(9)

5.2 KEWUJUDAN PERSATUAN PELBAGAI KAUM

Pelbagai persatuan kebajikan, sukan, dan pertubuhan-pertubuhan sosial ditubuhkan oleh

setiap kaum untuk mengendalikan aktiviti kaum masing-masing. Walaupun antara

persatuan dan pertubuhan sosial tersebut terdapat pertembungan dengan persatuan

kaum-kaum, tetapi pertemuan ini berlaku dalam bentuk hanya untuk menonjolkan identiti,

persaingan dan semangat kekauman masing-masing. Kebanyakkan persatuan ini

diadakan khusus untuk kepentingan satu kaum sahaja. Misalnya, pada tahun 1937 orang

India menubuhkan persatuan India. Persatuan ini ditubuhkan bertujuan untuk mendesak

kerajaan Inggeris mengambil tindakan untuk membaiki keadaan pekerja-pekerja India ke

arah yang lebih baik.

Terdapat juga parti-parti politik yang berbentuk perkauman kadangkala mengangkatkan

perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum seperti membangkitkan isu-isu

sensitif yang berkaitan dengan bahasa, budaya, ekonomi, dan hak-hak keistimewaan. Hal

ini mewujudkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang

lain. Selain itu, terdapat juga penubuhan persatuan-persatuan sukan. Pertandingan sukan

persahabatan kerap dilakukan antara kaum, namun ianya dianggap sebagai satu

persaingan antara kaum. Keadaan ini mendorong kepada semangat perkauman kerana

setiap kaum akan cuba untuk memenangkan persatuan sukan kaum mereka sahaja.

Dapat disumpulkan disini bahawa penubuhan persatuan yang berasaskan kaum

(10)

persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kaum-kaum yang

diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum lain.

6.0 AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, agama adalah sistem yang mengatur

kata keimanan (kepercayaan) dan peribadatan kepada Tuhan Yang Mahakuasa serta

tatakaedah yang berhubung dengan pergaulan manusia dan manusia serta

lingkungannnya. Kepercayaan menurut Moorman (1993) ialah ketika seseorang

mengambil keputusan, ia akan lebih memilih keputusan berdasarkan pilihan daripada

yang kurang dipercayai. Sebelum penjajahan Inggeris pada awal abad ke-19, agama yang

terdapat di Tanah Melayu ialah agama Islam dimana penduduk asalnya adalah rata-rata

orang melayu. Namun, penghijrahan secara beramai-ramai imigran Cina dan India ke

Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung turut membawa sekali agama dan

kepercayaan mereka. Jadinya, agama Islam dianuti oleh kaum melayu, agama Buddha

pula dianuti oleh kaum Cina , sementara agama Hindu dianuti oleh orang India.

Bagi penganut agama Islam, mereka menunaikan ibadah mereka di surau dan masjid.

Masjid merupakan tempat untuk beribadah, berkumpul dan berdoa dalam melaksanakan

ajaran-ajaran Islam. Penganutnya dikehendaki untuk menunaikan solat 5 waktu satu hari

iaitu solat subuh, zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Kepercayaan agama Islam ialah kepada

Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul. Bagi penganut agama Buddha pula, mereka

beribadah di Tokong. Mereka mengamalkan ajaran Siaharta Gautama Buddha yang

(11)

Selain itu, kaum Cina mempercayai nasib dan tuah yang disebut sebagai ‘Ong’ dan juga

‘Feng Shui’. Bagi agama Hindu, penganutnya mengamalkan kepercayaan kepada dewa

dewi. Mereka mempercayai balasan baik dan buruk selepas kematian. Di samping itu,

mereka mempercayai Sungai Ganges di India adalah tempat yang paling suci untuk

membersihkan dosa-dosa. Disebabkan masing-masing kurang memahami dan mengenali

agama dan kepercayaan kaum lain dan mereka senang menganggap bahawa mereka yang

terbaik. Ini menguatkan perasaan buruk sangka sehingga menghalang mereka untuk

bergaul baik antara satu dengan yang lain. Masalah perpaduan ini bukannya disebabkan

pengaruh agama yang dianuti untuk memusuhi agama lain tetapi disebabkan sikap jahil

terhadap agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja

menyinggungkan perasaan penganut agama lain.

7.0 PENUTUP

Disini dapat dirumuskan bahawa perlaksanaan dasar-dasar Inggeris di Tanah

Melayu menyumbang kepada penghalang perpaduan kaum. Faktor politik iaitu dasar

pecah perintah memberikan ketegangan yang buruk antara kaum. Perlaksanaan dasar ini

mewujudkan syak wasangka di antara kaum. Disamping itu,aktiviti ekonomi yang

berlainan juga menyebabkan pergaulan antara kaum terhad disebabkan mereka hanya

hidup dalam komuniti mereka tanpa ada pergaulan yang luas dengan kaum yang lain.

Perbezaan sosial seperti agama, bahasa, kebudayaan menjarakkan lagi jurang pergaulan

antara kaum. Mereka masing-masing jahil akan kebudayaan dan adat kaum lain selain

(12)

perpaduan kaum melalui aspek sosial. Faktor-faktor ini boleh dirumuskan akibat sikap

orang Melayu yang ingin mempertahankan kepentingan mereka dan sikap kaum bukan

Melayu yang ingin menjaga kepentingan mereka juga. Kemuncak kepada keretakan

hubungan kaum ialah pada peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa pertelingkahan kaum

ini yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda mempunyai perkaitan

yang rapat dengan Pilihanraya 1969.Hal-hal sensitif seperti bahasa kebangsaan,

kedudukan istimewa dan hak kerakyatan.

Oleh yang demikian, sebagai sebuah negara yang mempunyai kaum yang berbilang

kaum, kita seharusnya mengubah prinsip pecah perintah dimana kita haruslah bersatu dan

berganding bahu dalam menjaga keharmonian serta keamanan negara kita sendiri.

Dengan demikian, peristiwa pertelingkahan kaum ini tidak akan berulang untuk kedua

kalinya. Hal ini kerana sifat perkauman ini adalah punca utama keharmonian negara

terjejas. Keharmonian tidak akan dinikmati tanpa perpaduan ibarat ‘ bersatu kita teguh,

bercerai kita roboh’. Untuk mengelakkan kesan-kesan negatif timbul daripada masalah

perpaduan dalam masyarakat, penghayatan Rukun Negara amat penting dan perlu

dipraktikkan setiap hari kerana ia mengingatkan kita tentang kepentingan perpaduan dan

kedaulatan negara. Perpaduan kaum perlu dijadikan Rukun dalam kehidupan seharian

kerana tanpa adanya perpaduan , negara kita mudah dijajah oleh pihak luar.

(13)

Abd. Rahim Abd. Rashid (2004). Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala Lumpur :

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Ali Seman, Warti Bt Kimi (2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur :

Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Guru Kampung (2005). Sejarah Pendidikan Negara. Diperoleh pada Oktober 24 2013 daripada

http://gurusejarah.blogspot.com/

Hassan Ahmad (2006). Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal. Selangor : Alaf 21 Sendirian Berhad.

Kassim Tukiman (Ed.).(1948). Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Johor : Universiti

Teknologi Malaysia.

Lee Sin Lian, Aleeya Atiqah Ammar (Ed.) (2009). Focus Ace Pmr 2009 Sejarah. Malaysia :

Pelangi Publishing Group Bhd.

Mahzan Arshad (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu:Strategi Perancangan dan

Perlaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohamad B.Abd Karim (2009). Sejarah British Di Tanah Melayu. Diperoleh pada Oktober 18

2013 daripada

http://mohdkarimassigmentbloggerscom.blogspot.com/2009/10/sejarah-british-di-tanah-melayu.html

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim(2009),

(14)

Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris (Ed.).(2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di

Malaysia : Pengalaman 50 tahun Merdeka. Kuala Lumpur : Utusan Publications &

Distributor Sdn. Bhd.

Noriah Dzen (2009). Skor A Dalam PMR. Selangor : Pelangi Sdn. Bhd.

Philippe Ries (2006). BADAI ASIA : Kisah di Sebalik Krisis Ekonomi Asia. Kuala Lumpur :

Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Shahril @ Charil Marzuki (2005). Mengurus & Membiayai Pendidikan di Malaysia. Pahang :

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Tajuddin Hussein, Robiah Alias (Ed.). (2009). Malaysia negara kita. Kuala Lumpur : MDC

Publishers Sdn.Bhd.

Tan Mee Hiang (2008). Skor A Dalam PMR. Selangor : Pelangi Publishing Group Bhd.

Wan Hashim (2011). Hubungan Etnik Di Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara

Referensi

Dokumen terkait

komoditas pertanian yang paling diandalkan adalah tembakau sedangkan untuk tanaman perkebunan lainnya yaitu tebu, kelapa, kopi, pinang,.. kapuk, cengkeh, panili, jambu mete

Kajian ini yang bertumpu kepada kaum 'Jawi Peranakan' di Pulau Pinang, cuba memaparkan bagaimana proses etnogenisis yang berlaku sejak daripada generasi ketiga atau

Negara Malaysia dikenali sebagai masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India, serta bumiputera Sabah dan Sarawak.Sejak Malaysia

Orang Melayu yang bermukim atau memilih menjadi warga negara Indonesia yang hidup di Kepulauan Riau seperti di Tanjung Pinang, Pulau Batam, Karimun, Natuna dan termasuk

Semasa darurat terdapat juga sebilangan kaum Melayu dan India yang terlibat terlibat dengan Parti Komunis Malaya contohnya di negeri Pahang, namun pengabungan ketiga-tiga

Orang Melayu yang bermukim atau memilih menjadi warga negara Indonesia yang hidup di Kepulauan Riau seperti di Tanjung Pinang, Pulau Batam, Karimun, Natuna dan termasuk

Jelasnya aktiviti ini menunjukkan suatu komoditi yang sangat penting malah merupakkan pengerak awal ekonomi khususnya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada

18 Antara buruh Jepun direkrut agen migrasi ialah buruh kontrak ladang pertanian di Lahad Datu Estate pada 1893 dan 1894.Terdapat juga peranan pemodal persendirian yang