• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perubahan Iklim Pencetus Kepada Pembangu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perubahan Iklim Pencetus Kepada Pembangu"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Perubahan Iklim Pencetus Kepada Pembangunan Bandar Hijau.

Satu kajian kes di Putrajaya

Mohd Yusoff Hussain1 Khairulizam Othman2 dan Zarina Haron3 Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Perubahan iklim merupakan fenomena yang nyata dan menjadi satu ancaman kepada penduduk dunia ini. Kesan perubahan iklim sudah mula menjejaskan kesejahteraan manusia termasuk di negara Malaysia. Beberapa kajian menunjukkan impak akibat perubahan iklim pada masa hadapan akan menjadi satu cabaran dalam usaha Kerajaan mengekalkan kelestarian negara. Masalah dan isu perubahan iklim merupakan isu global dan di Malaysia, isu ini perlu ditangani oleh semua pihak tetapi yang paling penting adalah peranan Kerajaan memperkenalkan dasar dan peraturan yang boleh disesuaikan dengan kesan perubahan iklim yang berlaku. Selaras dengan perubahan iklim dunia, kajian ini bertujuan menilai peranan Kerajaan dalam merangka dasar dan polisi berkaitan pembangunan lestari. Kajian ini memfokus kepada usaha Perbadanan Putrajaya dalam merealisasikan Putrajaya sebagai bandar hijau karbon rendah menjelang 2025 dan seterusnya menilai peranan Perbadanan Putrajaya sebagai pihak pelaksana untuk mencapai objektif yang disasarkan oleh Kerajaan. Maklumat dan data utama kajian ini berdasarkan kepada hasil kajian lepas dan juga pengalaman negara-negara lain yang mempunyai impak yang sama dengan Malaysia. Selain itu, dokumen rasmi Kerajaan dan artikel yang berkaitan juga menjadi rujukan kepada kajian ini. Hasil kajian ini boleh membantu Kerajaan membuat penambahbaikan terhadap dasar, peraturan dan garis panduan sedia ada agar projek pembangunan bandar hijau boleh diperluaskan di bandar-bandar lain di Malaysia. Selain itu, diharapkan langkah mitigasi dan adaptasi perubahan iklim dapat dilaksanakan di Malaysia terutamanya melalui perancangan projek pembangunan bandar hijau.

Kata kunci: Perubahan iklim, pembangunan lestari, bandar hijau.

Climate Change Triggers Development Of Green City. A Case Study in

Putrajaya

ABSTRACT

(2)

will be detrimental to the Government’s efforts in maintaining the sustainability of the country. Climate change has become a global concern and in Malaysia, the concern must be addressed by all parties, most significantly the Government in introducing policies and regulations to address the consequences of climate change. In regards to climate change, this study aims to evaluate the roles of the Government in formulating sustainable development policies. This study focuses on the efforts of Putrajaya Holdings in realizing Putrajaya as a low carbon green city by 2025, and next investigates the roles of Putrajaya Holdings as the implementing agency in achieving the Government’s objectives. This study explores the findings of prior research, along with reviews of countries that experience similar patterns on the impacts of climate change. In addition, the Government's official documents and relevant articles are also referred to in this study. Findings from this study can help the Government to improve policies, procedures and guidelines so that the existing development of green city project can be expanded to other cities in Malaysia. It is hoped that measures to mitigate and adapt to climate change can be implemented in Malaysia primarily through the development of green city projects.

Keyword: Climate change, sustainable development, green urban development

PENGENALAN

Merujuk kepada kajian oleh Kazmierczak dan Carter (2010), perubahan cuaca yang melampau dan berlaku secara kerap menyebabkan kerugian yang besar seperti berlakunya kejadian banjir, kebakaran hutan secara tidak terkawal, ribut taufan, tanah runtuh dan gelombang haba. Kejadian seumpama ini boleh mencetuskan tindakan segera untuk menyesuaikan diri dengan keadaan perubahan iklim yang berlaku. Manakala kajian oleh Kamal-Chaoui, L., et al. (2011) mendapati kesan perubahan iklim menimbulkan ancaman besar kepada penduduk bandar, infrastruktur dan kesejahteraan ekonomi. Bandar yang menjadi tumpuan manusia, infrastruktur dan aktiviti ekonomi turut diancam oleh perubahan iklim. Bandar yang berada berhampiran pantai atau sungai, berisiko mengalami cuaca yang melampau terutamanya melibatkan aktiviti ekonomi yang sensitif terhadap iklim.

(3)

Amerika Syarikat, Jepun, China dan sebahagian negara di Eropah. Malaysia juga telah membuat komitmen bersyarat semasa penganjuran Copenhagen Climate Change Conference yang berlangsung di Denmark pada 7 Desember hingga 18 Desember 2009 (COP15) untuk mengurangkan pelepasan karbon sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020 berbanding tahap pada 2005.

Kerajaan perlu mengambil tindakan mitigasi yang bertujuan untuk mengurangkan impak fenomena perubahan iklim. Bagaimanapun, sekiranya tiada langsung langkah mitigasi dilaksanakan, sistem semula jadi bumi tidak mampu untuk menyesuai dengan kesan perubahan iklim. Di peringkat ini, sebarang tindakan adaptasi yang diambil akan melibatkan kos sosial dan ekonomi yang amat tinggi. Sehubungan itu, beberapa dasar dan peraturan serta garis panduan perlu diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memastikan tindakan adaptasi dan mitigasi terhadap perubahan iklim dilaksanakan secara bersepadu dan menyeluruh (Dasar Perubahan Iklim Negara, 2009).

PUTRAJAYA DAN BANDAR HIJAU

Putrajaya pada 19 Oktober 1995 telah diwartakan menjadi Wilayah Persekutuan yang ketiga, selepas Kuala Lumpur dan Labuan. Putrajaya berperanan sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baharu, manakala Kuala Lumpur akan kekal sebagai ibu negara serta pusat utama kewangan dan perdagangan. Pelaksanaan pembangunan bandar baru ini telah bermula pada Ogos 1995. Sekiranya bandar ini dibangunkan sepenuhnya, Putrajaya boleh menawarkan sejumlah 64,000 unit perumahan yang dapat menampung keperluan lebih kurang 320,000 orang penduduk. Putrajaya yang mempunyai keluasan 4,931 hektar terletak dalam lingkungan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang strategik. Ia terletak di lokasi 25km ke selatan Kuala Lumpur dan 20km ke utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA dan KLIA 2).

(4)

Merujuk kepada Laporan Perbadanan Putrajaya (2012), Pelan Induk Putrajaya yang dihasilkan pada tahun 1995 menerapkan konsep pembangunan berteraskan ‘Bandar dalam Taman’ yang mengutamakan prinsip pembangunan mapan di samping menggalakkan interaksi manusia dengan alam semula jadi. Ini bermakna landasan yang kukuh telah tersedia sebagai prasyarat untuk Putrajaya bergerak ke arah matlamat sebagai bandar hijau karbon rendah pada tahun 2025. Sasaran Bandar Hijau Putrajaya ini terhasil daripada pengumuman Perdana Menteri Malaysia semasa pembentangan Belanjawan Malaysia 2010 pada 23 Oktober 2009, untuk menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai bandar Teknologi Hijau yang menjadi pelopor kepada pembangunan bandar lain dan salah satu langkah untuk menggalakkan pembangunan aktiviti teknologi hijau di Malaysia (Kementerian Kewangan Malaysia, 2009). Bandar Hijau ini bertujuan meminimumkan impak negatif kepada alam sekitar dan penggunaan sumberjaya, meningkatkan kualiti hidup, memastikan kesejahteraan ekonomi yang maksima dan menggalakkan hubungan semula manusia dengan alam semulajadi berdasarkan kepada Agenda 21 (Laporan Inisiatif Bandar Hijau Karbon Rendah Putrajaya, 2012).

Bandar karbon rendah pula boleh ditakrifkan sebagai sebuah bandar yang terdiri daripada masyarakat yang menggunakan teknologi hijau yang mampan, melaksanakan amalan bercirikan persekitaran dan mengeluarkan karbon yang rendah atau GHG berbanding amalan hari ini untuk mengelakkan kesan buruk ke atas perubahan iklim pada masa akan datang (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, 2011). Manakala merujuk kepada Laporan Akhir Green Cities Programme Methodology (2016), bandar hijau dimaksudkan sebagai bandar yang menunjukkan prestasi yang tinggi berkaitan dengan alam sekitar sebagai penanda aras daripada segi kualiti aset alam sekitar (udara, air, tanah dan biodiversiti), penggunaan sumber yang cekap (air, tenaga, tanah dan bahan-bahan) dan pengurangan, dan menyesuaikan diri dengan, risiko yang berasal daripada perubahan iklim, sambil memaksimumkan bersama-faedah ekonomi dan sosial dan mempertimbangkan konteks (saiz, struktur sosio-ekonomi dan ciri-ciri geografi dan iklim). Selain itu, merujuk kepada Laporan Inisiatif Bandar Hijau Karbon Rendah Putrajaya (2012) pula, bandar hijau ditafsirkan sebagai sebuah bandar yang dirancang dengan prinsip bandar mapan, mempunyai program-program dan inisiatif-inisiatif bagi memelihara alam sekitar dan sumber-sumber semula jadi dengantujuan untuk mengurangkan kesan negatif aktiviti manusia ke atas alam sekitar.

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu mengenai perubahan iklim dan juga dasar serta peraturan pembangunan badar hijau, beberapa isu utama telah dibincangkan dalam dapatan kajian di mana ia melibatkan peranan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan, masyarakat serta syarikat atau pihak pemaju. Selain itu, terdapat juga kajian yang merujuk kepada kaedah mitigasi dan adaptasi ke atas perubahan iklim yang berlaku.

Keperluan kawasan hijau

(5)

merangkumi pokok-pokok di jalanan, tanaman persendirian dan tanaman di taman-taman di bandar menyediakan perkhidmatan ekosistem penting yang akan menjadi lebih kritikal di bawah perubahan iklim. Keutamaan bagi perancang dan pengurus terhadap penyediaan ruang hijau adalah untuk memastikan bahawa fungsi ruang hijau adalah difahami dengan betul dan bahawa apa yang wujud perlu dipulihara. Maka ia perlu memastikan supaya kawasan hijau di lokasi yang kritikal perlu disediakan sebagai contoh penanaman pokok teduhan di pusat bandar, sekolah dan hospital. Peluang untuk meningkatkan kawasan perlindungan hijau juga perlu dilaksanakan terutamanya melibatkan pembangunan semula projek bandar dan projek pembangunan baru.

Peranan Kerajaan

Kajian mengenai peranan Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dalam menggalakkan keperluan kawasan hijau di kawasan pembangunan dikongsi oleh Kazmierczak and Carter (2010). Kajian kes di beberapa buah bandar di beberapa buah negara didapati terdapat keputusan Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang membuat dasar dan menyediakan insentif kepada pihak pemaju untuk menggalakkan penyedian ruang atau kawasan hijau di kawasan pembangunan. Ringkasan beberapa kajian kes mengenai peranan Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan mengadaptasi kesan perubahan cuaca adalah seperti di Jadual 1.

Jadual 1: Kajian beberapa kes peranan Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan mengadaptasi kesan perubahan cuaca

Negara (bandar)

Pelaksanaan/Tindakan Kerajaan

Chicago Jabatan Bangunan Chicago telah membangunkan satu program pemberian insentif yang menggalakkan pemaju untuk menggabungkan elemen-elemen reka bentuk alam sekitar, termasuk bumbung hijau di bangunan baru. Ini dikenali sebagai Green Permit Program. Insentif ini akan mempercepatkan proses mendapatkan permit di mana pemaju boleh menjimatkan masa dan wang. Inisiatif ini bertujuan untuk menjadikan persekitaran binaan Chicago lebih hijau dan lebih mapan.

Basel Building regulations for green roofs. Penggunaan bumbung hijau dirangsang oleh gabungan insentif kewangan dan peraturan bangunan oleh pihak berkuasa di Basel. Peraturan tersebut menyatakan keperluan penggunaan tumbuh-tumbuhan di atas bumbung sejak pelaksanaan peraturan pada tahun 2002. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan penyediaan bumbung hijau di Basel selaras dengan program penjimatan tenaga dan kemudiannya oleh pemuliharaan biodiversiti.

North West England

Kerajaan telah memperkukuhkan Pelan Tindakan Perubahan Iklim sedia ada dengan menekankan peranan infrastruktur hijau yang bertindak sebagai mitigasi dan adaptasi perubahan iklim yang berlaku.

(6)

kawasan lapang dan kawasan hijau. Piawaian ini juga merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan kualiti dan ciri-ciri kawasan terbuka, seperti peratusan keluasan dipersetujui, peratusan kawasan dilindungi pokok dan kebolehcapaian oleh masyarakat.

Seattle Peraturan dalam Kod Perbandaran Seattle telah diperkenalkan yang mana kod ini termasuk keperluan penyelenggaraan dan pemulihan tumbuh-tumbuhan di kawasan yang terdedah kepada tanah runtuh. Selain itu, peraturan ini juga turut dibentangkan oleh Jabatan Perancangan dan Pembangunan Seattle kepada penduduk melalui memo dan mesyuarat awam.

New Orleans Pihak berkuasa bandar New Orleans telah memperkenalkan Pelan Induk New Orleans di bawah tajuk infrastruktur hijau dan daya tahan bandar untuk mempromosikan wetland yang bertindak menangani kejadian banjir yang berlaku. Pemuliharaan wetland dan pemulihan aktiviti yang terkandung dalam Pelan Induk New Orleans merupakan isyarat perubahan yang ketara terhadap taktik penampan banjir di rantau ini.

Berlin Peraturan bagi rancangan pembangunan bangunan baru telah diperkenalkan di mana setiap kawasan pembangunan perlu ada kawasan yang dikekalkan sebagai kawasan hijau yang juga disebut sebagai Biotope Area Factor. Peraturan itu adalah merangkumi perancangan landskap, reka bentuk landskap dan perlindungan spesies.

London Borough of

Sutton

Pihak berkuasa Perancang Tempatan telah menyediakan pelbagai dasar perancangan ruang inovatif yang bertujuan untuk memastikan masa depan pembangunan kawasan Sutton dapat disesuaikan sepenuhnya terhadap kesan perubahan iklim terutamanya dalam menangani kejadian banjir di kawasan berkenaan.

Sumber: Kazmierczak and Carter (2010)

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan

(7)

bermakna kerajaan tempatan memainkan peranan yang penting membangunkan dan melaksanakan dasar awam bagi tujuan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.Selain itu, pihak berkuasa tempatan atau Kerajaan tempatan kerap dinamakan sebagai faktor utama dalam melaksanakan transformasi kearah masyarakat yang lestari. Banyak keputusan di peringkat tempatan memberi kesan langsung kepada persekitaran seperti peraturan pihak berkuasa tempatan terhadap sektor pengangkutan, sektor pembinaan, perancangan ruang dan lain-lain aktiviti ekonomi (OECD, 2014).

Penglibatan dan persepsi masyarakat

Dalam menangani isu perubahan iklim yang berlaku, dasar dan teknologi yang diperkenalkan oleh Kerajaan perlu diterima oleh semua pihak termasuk masyarakat. Merujuk kepada kajian oleh Maria Lee et al. (2012), inovasi teknologi termasuk dalam skala besar infrastruktur pembangunan dan dijangkakan memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan karbon yang rendah. Pengenalan sesuatu teknologi untuk menangani isu perubahan iklim adalah sebahagiannya tidak dapat dijelaskan dengan tepat lebih-lebih lagi melibatkan aspek sosial, ekonomi atau tingkah laku manusia. Ia adalah sukar untuk menggalakkan penggunaan teknologi bagi menangani isu perubahan iklim tanpa penglibatan dan kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat. Manakala hasil kajian oleh Bord et al. (1998) menyatakan bahawa masyarakat (i) memaparkan kesedaran alam sekitar yang kukuh dan sokongan terhadap matlamat alam sekitar secara umum, (ii) menunjukkan kesedaran umum dan keprihatinan terhadap pemanasan global, (iii) mempunyai pemahaman yang agak terhad terhadap pemanasan global disebabkan oleh penggunaan model pencemaran umum, (iv) menganggap terdapat ancaman besar daripada pemanasan global tetapi tahap ancaman agak rendah berbanding daripada masalah alam sekitar dan masalah sosial yang lain, dan (v) menyatakan kesediaan untuk membayar dan berkorban bagi menangani masalah alam sekitar dan pemanasan global secara khusus tetapi kesediaan ini mungkin terhad. Secara keseluruhannya kajian ini menjelaskan bahawa majoriti masyarakat dunia di kebanyakan negara menyokong inisiatif kebangsaan dan antarabangsa yang direka untuk menghadapi pemanasan global dan perubahan cuaca selagi inisiatif ini tidak menjejaskan perubahan gaya hidup yang ketara.

Penglibatan pihak swasta dan korporat

(8)

dasar alam sekitar dan kelakuan firma boleh memberi maklumat berharga kepada pengurus yang bertanggungjawab untuk menentukan strategi korporat.

Selain itu, kajian oleh Reichert, Webb & Thomas (2000) pula menyatakan bahawa terdapat kaitan antara jenis industri dan dasar dan amalan dan etika alam sekitar. Industri seperti komputer dan elektronik dan saintifik dan sektor foto grapfik, yang terlibat dengan produk ketepatan tinggi dan industri, seperti perlombongan, minyak mentah, dan penapisan petroleum, yang menggunakan sumber semula jadi adalah lebih cenderung untuk mempunyai formal kod etika dan tanggungjawab sosial. Selain itu, industri yang menggunakan sumber semula jadi mempunyai dasar dan amalan alam sekitar yang formal berbanding industri lain. Manakala merujuk kepada kajian oleh Xepapadeas & de Zeeuw (1999) pula menyatakan bahawa pengecilan dan pemodenan syarikat tertakluk kepada dasar alam sekitar yang akan meningkatkan purata produktiviti dan akan mempunyai kesan positif ke atas penurunan marginal keuntungan dan kerosakan alam sekitar. Berdasarkan kepada kajian di atas, didapati sokongan pihak korporat dan swasta adalah diperlukan dalam menyokong polisi alam sekitar dan pengwujudan bandar hijau tercapai.

KAJIAN DAN ANALISA

Berdasarkan kepada dapatan kajian yang dijalankan oleh penyelidik sebelum ini, didapati pelaksanaan bandar hijau akibat daripada perubahan cuaca sememangnya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti dasar kerajaan, penglibatan masyarakat dan industri, peranan pihak berkuasa tempatan dan juga teknologi yang digunakan. Bagi kajian kes bandar hijau di Putrajaya, didapati faktor yang menyokong pelaksanaan bandar hijau sememangnya bersamaan dengan pengalaman bandar hijau di negara-negara lain seperti mana yang disebutkan di dlam sorotan kajian di atas.

Peranan dan komitmen Kerajaan Persekutuan

(9)

Di peringkat antarabangsa pula, Malaysia juga telah membuat komitmen bersyarat semasa penganjuran Copenhagen Climate Change Conference yang berlangsung di Denmark pada 7 Desember hingga 18 Desember 2009 (COP15) untuk mengurangkan pelepasan karbon sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020 berbanding tahap pada tahun 2005. Didapati bahawa peranan Kerajaan amat penting dalam memberikan komitmen yang tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, menentukan dasar dan garis panduan dan menetapkan sasaran terhadap pembangunan bandar hijau Putrajaya selaras dengan kesan perubahan iklim yang berlaku.

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan

Bagi mencapai hasrat Kerajaan untuk menjadikan Putrajaya sebagai bandar hijau karbon rendah menjelang 2025, Perbadanan Putrajaya (PPj) selaku pihak berkuasa tempatan yang menguruskan pembangunan Putrajaya telah mengambil langkah drastik dengan membentuk Pelan Tindakan Bandar Hijau bagi Putrajaya. Sebagai langkah pertama, Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa ‘Green Cities’ selama 2 hari pada 23 hingga 24 Februari 2010 dimana persidangan ini merupakan platform untuk Perbadanan Putrajaya belajar, memahami dan menimba pengalaman dari negara-negara lain yang telah melaksana program bandar hijau. Ia juga telah membantu PPj mengenal pasti hala tuju, konsep dan definisi bandar hijau yang dihasratkan dalam pembangunan Putrajaya. Manakala di peringkat Kebangsaan pula, Malaysian Green Forum (MGF) diadakan pada 26 hingga 27 April 2010 dan dihadiri oleh pegawai-pegawai tertinggi kerajaan, ketua-ketua industri dan badan bukan kerajaan serta pihak berkepentingan yang lain bertujuan untuk mendalami isu-isu berkaitan alam persekitaran semula jadi dan alam bina di Malaysia serta komitmen Malaysia dalam mempertingkatkan alam persekitaran di peringkat nasional dan wilayah di samping merangka resolusi dan memperbaharui komitmen untuk menangani isu-isu berkaitan dengan lebih komprehensif dan holistik.

(10)

Rajah 2: Fokus utama Putrajaya ‘Bandar Rendah Karbon’

Kesimpulannya, peranan PPj sebagai pihak berkuasa tempatan adalah amat penting dalam mengaturkan perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti untuk mencapai sasaran PGC2025. Setiap perancangan yang dibuat perlu mengambil kira penglibatan dari semua pihak termasuk pihak Kerajaan dan juga pihak swasta (industri) termasuk pihak institusi pengajian tinggi selaku pihak yang mengkaji dan menilai kejayaan program yang dilaksanakan oleh PPj.

Pelan Perancangan Yang Sistematik

(11)

Rajah 3: 7 Skop Tumpuan PGC2025

KESIMPULAN

(12)

RUJUKAN

Bord, Richard J., Ann Fisher, and E. O. Robert. 1998. Public perceptions of global warming: United States and international perspectives."Climate research 11.1 (1998): 75-84.

Fabiana Barbi and Leila da Costa Ferreira. 2013. Climate change in Brazilian cities: Policy strategies and responses to global warming. International Journal of Environmental Science and Development.Vol. 4, No. 1. February 2013.

Gill, S.E., Handley, J.F., Ennos, A.R. and Pauleit, S. 2007. Adapting cities for climate change: the role of the green infrastructure. Built environment, 33(1), pp.115-133.

Hasnah Ali et al. 2012. Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi. Malaysia journal of society and space 8 issue: 64-75.

Kazmierczak, A. and Carter, J., 2010. Adaptation to climate change using green and blue infrastructure. A database of case studies. The University of Manchester. Lamia Kamal-Chaoui, Fabio Grazi, Jongwan Joo and Marissa Plouin. 2011. The

implementation of the Korean green growth strategy in urban areas. OECD Regional Development Working Papers 2011/02, OECD Publishing.

Maria Lee, Chiara Armeni, Javier de Cendra, Sarah Chaytor, Simon Lock, Mark Maslin, Catherine Redgwell and Yvonne Rydin. 2012. Public participation and climate change infrastructure. Journal of Environmental Law. Vol. 25 Issue 1. P33-62.

Organisation for Economics Co-operation and Development (OECD). 2014. Cities and climate change. Policy perspective. National governments enabling local action. OECD Publishing, Paris.

Perbadanan Putrajaya. 2010. Laporan Tahunan 2010. Kemajuan pelaksanaan program LA 21 Putrajaya. Putrajaya Corporation.

Perbadanan Putrajaya. 2012. Laporan inisiatif bandar hijau karbon rendah Putrajaya. Putrajaya Corporation.

Perbadanan Putrajaya. 2014. Laporan Tahunan PPj 2014. Putrajaya Corporation. Perbadanan Putrajaya. 2014. Technical Report Inventory of Putrajaya Greenhouse Gas Emissions 2012. Putrajaya Corporation.

Perbadanan Putrajaya. 2014. Towards Putrajaya Green City 2025. Putrajaya Corporation.

Perbadanan Putrajaya. Putrajaya Low Carbon Green City Initiative Report. 2015. Putrajaya Corporation.

Reichert, A. K., Webb, M. S., & Thomas, E. G. 2000. Corporate support for ethical and environmental policies: a financial management perspective. Journal of Business Ethics, 25(1), 53-64.

Reid, E. M. and Toffel, M. W. 2009. Responding to public and private politics: corporate disclosure of climate change strategies. Strategic Management Journal, 30: 1157–1178. doi:10.1002/smj.796.

(13)

Rugman, Alan M., and Alain Verbeke. 1998. Corporate strategy and international environmental policy. Journal of International Business Studies 29.4 (1998): 819-833.

Unit Perancang Ekonomi. 2010. Rancangan Malaysia Kesebelas2016-2020.

World Bank. 2011. Green cities : Cities and climate change in Brazil. Washington, DC: World Bank.

Referensi

Dokumen terkait

Tidak seperti kompresor pada lemari es biasa yang mendinginkan dengan menyalakannya dulu secara manual/menutup pintu, kompresor Inverter secara otomatis menciptakan udara dingin

Untuk menetapkan khiyâr disyaratkan beberapa syarat berikut. 1) Adanya cacat pada waktu jual beli atau setelahnya sebelum terjadinya penyerahan. Jika terjadi setelah

bahan baku.misal mengurangi lapisan puring yang semula berjumlah 8 lembar menjadi 4 lembar karena tujuan dari pemberian puring ini adalah untuk menahan

atas rahmat dan hidayahNya sehingga dapat menyelesaikan penyusunan tesis yang berjudul “ Pemberian Salep Ekstrak Daun Mengkudu ( Morinda citrifolia L ) Meningkatkan Proses

Pada semua variabel yang diamati menunjukkan bahwa perlakuan MOL rebung bambu 50 ml dapat memberikan pertumbuhan yang terbaik terhadap tinggi tanaman, luas daun, jumlah daun,

Dari identifikasi tersebut dapat dibuat perumusan masalah bahwa dengan pening- katan keterampilan dokter kecil di Madrasah Ibtida’iyah Matholi’ul Falah akan mening- katkan aktivitas

pembelajaran debat dan pengaruh mengenai fakta-fakta yang diperoleh kurang dipahami oleh siswa, sehingga argumen yang disampaikan kurang tepat. Hal yang menjadi dasar

Bagaimana merancang sebuah sistem informasi akademik yang dapat membantu pihak sekolah dalam melakukan pengolahan data-data seperti data siswa, data orang tua, data