• Tidak ada hasil yang ditemukan

2 EDISI JANUARI - APRIL 2021 BULETIN SUHAKAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "2 EDISI JANUARI - APRIL 2021 BULETIN SUHAKAM"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

2 EDISI JANUARI - APRIL 2021 BULETIN SUHAKAM

DICETAK OLEH ARIO PRESS 3-G, Jalan Suria X,

U5/X, Sek U5, Subang Bestari 40150 Shah Alam, Selangor.

PERNYATAAN:

1. Buletin ini adalah hak cipta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). SUHAKAM tidak akan bertanggungjawab akibat menyalin dan menyiarkan semula tanpa keizinan.

2. Buletin ini bukanlah satu dokumen laporan penuh/rasmi yang mewakili pendirian mana-mana pihak termasuklah agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan. Ia lebih bersifat pelaporan aktiviti dalam bentuk buletin. Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi editor.

EDITOR

MISI HAK ASASI MANUSIA

Pembaca yang dihargai,

Norma baharu dalam menjalankan aktiviti dan program secara dalam talian merupakan satu medium penting yang digunakan ketika ini. Kesan pandemik COVID-19, medium dalam talian bukan sahaja menjadi penghubung kepada semua komunikasi dan pelaksanaan kerja malah satu sisi positif, ia telah memudahkan setiap individu menyertai dan mengambil bahagian walau di mana sahaja berada.

Sungguhpun demikian medium ini amat bergantung kepada kemajuan dan kemampuan internet serta pemilikan alat peranti yang baik. Inilah cabaran terbesar yang perlu dipikul oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Malaysia setelah Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19 diumumkan pada 18 Mac 2020 menyebabkan seluruh sistem masyarakat ‘dikurung’. Komunikasi bersemuka terhad malah dihalang, maka medium dalam talian menjadi saluran utama untuk masyarakat berhubung dan meneruskan kehidupan.

Dalam melaksanakan mandatnya, SUHAKAM mengakui kepentingan capaian internet dan pemilikan alat peranti dalam mengekalkan hubungan dengan masyarakat terutamanya golongan rentan dan yang berada di luar bandar atau kawasan terpencil agar isu hak asasi manusia terus dilindungi dan dipelihara. Walaupun sedar bahawa Malaysia dan dunia masih berhadapan ancaman pandemik COVID-19, komitmen dan penyertaan antarabangsa juga perlu dipenuhi oleh SUHAKAM memandangkan pergerakan ke luar negara juga masih tidak dibenarkan.

InshaAllah, Malaysia dan seluruh dunia mampu berhadapan dengan ujian pandemik COVID-19 ini dan sudah pasti kita inginkan agar kehidupan kembali kepada sedia kala.

Salam Hak Asasi Manusia!

Editor

Elza Nadiah bt Shaik Sulaiman [email protected]

Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal (Pesuruhjaya Kanak-kanak)

Syamsul Azhar b. Zamani (Ketua Penolong Setiausaha)

PENASIHAT

Datuk Godfrey Gregory Joitol (Pesuruhjaya)

Elza Nadiah bt. Shaik Sulaiman (Penolong Setiausaha)

Datuk Lok Yim Pheng (Pesuruhjaya)

Noor Azlina bt.

Abd. Jalil (Pembantu Tadbir)

S I D A N G

R

E

D

A

K

S

I

(3)

BULETIN SUHAKAM EDISI JANUARI - APRIL 2021 3

WEBINAR HENTIKAN KEGANASAN TERHADAP KANAK-KANAK

Panel pembentang adalah terdiri daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta aktivis kanak-kanak/ badan bukan kerajaan terdiri daripada En. Syed Azmi Alhabshi, Datin PH Wong (Childline Foundation), Puan Winnie Yee (Sabah Women’s Action- Resource Group - SAWO) dan Dr.

Ling How Kee (SWWS).

4 - 7 8 - 9

10 - 11

12 - 14

15

16

KONSULTASI BERSAMA PENGARAH JABATAN AGAMA NEGERI DAN KETUA HAKIM SYARIE MAHKAMAH SYARIAH NEGERI BERKENAAN ISU PERKAHWINAN KANAK-KANAK

PROGRAM ‘ YOUTH FOR RIGHTS’

SESI PERBINCANGAN DALAM TALIAN BERKENAAN PENGURUSAN TAHANAN DI NEGERI SARAWAK

 FORUM HAK KEPADA AIR BERSIH DI MALAYSIA

 MAJLIS PENGHARGAAN DAN MINUM PETANG BERSAMA PEGUAM PESANAN HAK ASASI MANUSIA

• Program ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tan Sri Othman Hashim, Pengerusi SUHAKAM seterusnya dirasmikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im b. Hj Mokhtar, Ketua Hakim Syarie dan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Panel pembentang terdiri daripada Tuan Mamat Haizan b. Salleh (Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan, JKSM), Tuan Muhammad Nazir b. Alias (Pensyarah Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM), Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj (Pakar Perunding Obstetriks dan Ginekologi, Pusat Perubatan UKM) dan Prof. Madya Dr. Mohd Al Adib Samuri (Fakulti Pengajian Islam, UKM).

• Program yang dijalankan secara dalam talian melibatkan Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBDA), Jitra, Kedah dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor.

• Jabatan Imigresen

• Jabatan Penjara

• Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN)

KANDUNGAN

KANDUNGAN

KANDUNGAN

(4)

4 EDISI JANUARI - APRIL 2021 BULETIN SUHAKAM

Webinar HENTIKAN KEGANASAN terhadap Kanak-kanak!

PENGENALAN

P

ada 8 April 2021, Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) menganjurkan Webinar Hentikan Keganasan terhadap Kanak- kanak secara dalam talian dan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook OCC. Program ini dihadiri lebih 500 orang peserta terdiri daripada guru, ibu bapa, pengusaha/pekerja pusat jagaan kanak-kanak dan tadika, pegawai pelindung serta wakil badan bukan kerajaan (NGO).

Webinar ini bertujuan untuk memberi pendidikan dan kesedaran tentang keganasan terhadap kanak-kanak yang tidak pernah berhenti berlaku malahan makin berleluasa dan meningkat sejak perintah kawalan pergerakan (PKP). Ia juga bertujuan mempromosi hak kanak-kanak kepada semua yang terlibat berkaitan kanak- kanak termasuklah ibu bapa dan orang awam. Topik pembentangan

Tahun Kes

2016 4982

2017 5422

2018 6274

2019 6382

2020 5836

Tahun Pengabaian Seksual Fizikal Emosi

2016 2265 1034 1303 98

2017 2184 1378 1594 61

2018 2046 1705 1703 124

2019 2521 1856 1571 113

2020 1762 1904 1459 171

Tahun Ibu

Kandung Bapa

Kandung Kekasih

kanak-kanak Pengasuh Saudara Mara

2016 1488 975 599 328 198

2017 1551 867 572 396 214

2018 1711 1175 526 428 308

2019 1519 1035 892 435 236

2020 1668 870 884 283 281

Tahun Perbalahan

keluarga Mengikut teman

lelaki

Masalah

kewangan Kecuaian

ibubapa Penagih

2016 929 728 528 526 353

2017 993 657 588 506 360

2018 958 742 870 815 518

2019 839 1032 714 768 648

2020 742 857 530 447 576

Faktor penderaan oleh ibu kandung

1. Perbalahan dalam keluarga antara ibu dan bapa disebabkan masalah peribadi seperti orang ketiga dan juga masalah kewangan sehingga menyebabkan kanak-kanak menjadi mangsa.

2. Sikap panas baran dan hilang kawalan diri kerana mabuk atau pengambilan dadah.

3. Elemen kecuaian seperti meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa seperti jatuh kolam, sungai, bangunan dan kecuaian lain seperti tertinggal mangsa dalam kenderaan.

4. Tingkah laku kanak-kanak yang tidak dapat dikawal atas sebab kenakalan dan sebagainya sehingga berlaku kecederaan tanpa disengajakan.

Pembentangan oleh Encik Arfan b. Sulaiman Pengarah Bahagian

Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

adalah berkaitan statistik keganasan terhadap kanak-kanak, cabaran dalam menyiasat dan mendakwa kes keganasan terhadap kanak-kanak. Manakala aktivis kanak-kanak pula membentangkan isu keganasan terhadap kanak-kanak di lapangan yang dihadapi dan syor mengatasi masalah berbangkit.

Panel pembentang adalah terdiri daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta aktivis kanak-kanak/badan bukan kerajaan terdiri daripada En. Syed Azmi Alhabshi, Datin PH Wong (Childline Foundation), Puan Winnie Yee (Sabah Women’s Action-Resource Group - SAWO) dan Dr. Ling How Kee (SWWS).

Punca kanak-kanak didera Statistik individu yang melakukan penderaan terhadap

kanak-kanak

Statistik penderaan kanak-kanak

dari tahun 2016 hingga 2020 Statistik kategori penderaan kanak-kanak dari tahun 2016 hingga 2020

Sumber statistik: JKM

(5)

BULETIN SUHAKAM EDISI JANUARI - APRIL 2021 5

Tahun Laku

Musnah Berunsur

kelucahan Buli Berunsur

Jenayah

2018 0.06% 0.07% 0.08% 0.18%

2019 0.05% 0.06% 0.07% 0.23%

Program intervensi untuk murid 1. Pembangunan Sahsiah

Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid, Jom ke Sekolah, Anti Buli, Sistem Sahsiah Diri Murid, Ops Ponteng, Transformasi Minda Pendidikan 2. Kaunseling

Program Amalan Penyayang, Mentor Mentee, Kaunseling Berfokus,

Program PEARL, Program Minda Sihat, Program PEKERTI, Intervensi IHSAN 3. Kerjaya

Program Psikometrik, Pengesanan TRACER, Jom Masuk IPT Pembentangan oleh

Encik Saiful Effendi b. Mohd Zahari Ketua Penolong Pengarah

Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (KPM)

Pembentangan oleh

Encik Muhammad Amirul Hafiz Rosly Ketua Jabatan Media Baharu (SKMM) Intervensi oleh KPM (Bagi salah laku oleh guru, KPM akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan JKM)

Pembentangan oleh Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan (PDRM) Bahagian Siasatan Jenayah Seksual

Wanita dan Kanak-kanak (D11)

Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, PDRM

Unit dalam D11 adalah:

1. Unit Siasatan Seksual Unit Siasatan Kanak-kanak 2. Unit Siasatan Keganasan Rumah Tangga

3. Unit Siasatan Siber Seksual Kanak-kanak

Cabaran dalam Siasatan 1. Lewat buat laporan polis

- Keterangan hilang/tercemar terutamanya kes seksual dan menyebabkan cedera terutama sumbang mahram – mangsa naif, rogol berlaku suka sama suka

2. Tarik balik laporan polis

- Mangsa diugut oleh saspek/ahli keluarga tidak menyokong - Tidak berminat teruskan kes – kes suka sama suka

3. Keterangan tidak konsisten

- Umur mangsa terlalu muda/OKU – sukar mendapatkan keterangan - Kejadian telah berlaku dalam suatu tempoh yang lama

4. Saspek

- Identiti tidak lengkap – sukar dikesan – misalnya kenalan baharu di media sosial 5. Limitasi Undang-undang

- Peruntukan undang-undang yang belum menyeluruh dan siasatan terbatas kerana sukar mendapatkan dokumen yang diperlukan misalnya penyimpanan data kamera litar tertutup (CCTV).

Senario jenayah terhadap kanak-kanak di Malaysia 1. Eksploitasi Seksual

• Rogol

• Seks luar tabii

• Cabul

2. Penderaan Fizikal 3. Penderaan Psikologi

Laporan kes salah laku murid tahun 2018 hingga 2019

• Antun seksual (sexual grooming)

• Pornografi kanak-kanak

Sumber : Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM.

(6)

6 EDISI JANUARI - APRIL 2021 BULETIN SUHAKAM

Perkongsian oleh Encik Syed Azmi Alhabshi Pengerusi Pelindung Kanak-kanak Wilayah Persekutuan NGO PuakPayong

Apa peranan KPM jika pelaku keganasan terhadap murid-murid melibatkan guru atau kakitangan sekolah? Saya berpendapat KPM perlu menyatakan maklum balas atau tindakan yang dibuat bagi menyokong situasi kanak-kanak yang berhadapan keganasan serta tidak membiarkan kanak-kanak tanpa sistem sokongan. Walaupun laporan polis telah dibuat dan siasatan dijalankan serta mengakui bahawa pelaku juga berhak mendapatkan keadilan untuk membuktikan dakwaan keganasan, KPM seharusnya membuat penambahbaikan untuk mengelakkan hal ini daripada berlaku. Misalnya jika terdapat khabar angin atau desas desus mengenai isu keganasan, masyarakat harus tahu apakah penambahbaikan yang telah dibuat bagi menangani keadaan ini.

Jika kes keganasan seksual terhadap kanak-kanak, Pegawai Kerja Sosial Perubatan (Jabatan Kerja Sosial Perubatan, KKM) harus memainkan peranan utama dan tidak lagi membebankan Pegawai Pelindung JKM. Jika kanak-kanak telah dibawa ke hospital, maka adalah menjadi tanggungjawab pihak KKM.

Sekiranya kes keganasan seksual kanak-kanak di sekolah sehingga kanak-kanak mengandung, kita sedia maklum bahawa kanak-kanak tidak akan hadir ke sekolah sehingga habis tempoh bersalin, walaupun begitu sangat besar harapan saya agar satu garis panduan atau pekeliling yang jelas bagi membantu kanak-kanak ini meneruskan persekolahannya selepas tempoh melahirkan.

Webinar ini juga memerlukan pembentangan daripada dua agensi iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Agama Islam. Ini penambahbaikan kepada program akan datang.

Sudah tiba masanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memperuntukan kewangan bagi memberi latihan kepada pegawai agama agar lebih cakna dengan isu kanak-kanak.

Hal ini rentetan daripada perkembangan semasa yang mana Mahkamah Syariah telah mula memanggil pegawai pelindung JKM untuk memberi keterangan kes melibatkan kanak-kanak di mahkamah. Saya mencadangkan hal ini kerana kes yang saya tangani lebih kepada kanak-kanak beragama Islam, maka beban tugas ini harus dipikul bersama oleh pegawai agama dan tidak terus berharap kepada pegawai pelindung JKM semata-mata.

Kelakuan seksual kanak-kanak telah bermula seawal umur empat tahun dan keadaan ini bukan kesalahan kanak-kanak walaupun begitu ia tidak boleh dibiarkan kerana jika kanak-kanak telah melepasi usia 10 tahun ke atas berkemungkinan ia tidak boleh dikawal. Ibu bapa mungkin tidak mempunyai pengetahuan/pengalaman berhadapan situasi ini maka cadangan saya agar ada satu agensi khas memainkan peranan rehabilitasi bagi menangani isu ini. Pada masa yang sama kesedaran mengenai ilmu keibubapaan perlu dimantapkan.

Tindakan perlindungan yang dibuat oleh NGO seperti PuakPayong yang memberikan RM1000 kepada ibu untuk melarikan diri/bersembunyi/pindah rumah sewa setelah ibu membuat laporan polis mengenai anaknya dirogol oleh bapa kerana terdapat kes yang mana bapa dibebaskan selepas tempoh reman tamat dan kembali ke rumah. Keadaan ini amat membahayakan ibu dan kanak-kanak.

Penjelasan JKM bahawa ibu adalah pendera utama kanak-kanak, saya berpendapat ibu ini tiada ruang untuk meluahkan dan menangani keadaan dirinya sendiri yang berhadapan tekanan sehingga akhirnya anak-anak menjadi mangsa untuk melepaskan perasaan.

Maklum akan peranan dan fungsi SKMM walaupun begitu apabila pandemik COVID-19 berlaku, kanak-kanak dan gajet tidak dapat dipisahkan lebih-lebih lagi apabila pembelajaran dan pengajaran di rumah dijalankan. Di sinilah bermulanya peluang salah laku seksual dan sikap kanak-kanak yang tidak boleh dikawal sehingga bertindak lari dari rumah dan mengugut untuk membakar rumah akibat tidak diberikan gajet. Sedar akan program-program yang dijalankan oleh SKMM tetapi sangat berharap agar SKMM memainkan peranan yang lebih besar dalam menangani isu ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak.

Penekanan kepada semua agensi kerajaan agar memberi perhatian serius kepada keadaan semasa kanak-kanak selepas laporan polis dibuat dan siasatan dijalankan yang mana kanak-kanak ini perlu ditempatkan di rumah perlindungan serta bentuk perlindungan yang disediakan agar pelaku keganasan tidak terus memberi ancaman kepada kanak-kanak.

(7)

BULETIN SUHAKAM EDISI JANUARI - APRIL 2021 7

P

n. Winnie Yee berkongsi pandangannya mengenai data yang dikemukakan oleh JKM ketika pembentangan iaitu ibu kandung merupakan individu utama yang melakukan penderaan.

Persoalannya apakah intervensi yang dibuat oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) apabila menerima data ini seterusnya membangkitkan mengenai tanggungjawab seorang bapa apabila berlaku keganasan terhadap kanak-kanak.

Pn. Winnie menekankan bahawa kedua-dua ibu bapa perlu memainkan peranan yang seimbang dalam menguruskan keluarga. Apabila data JKM menunjukkan ibu kandung merupakan individu utama pendera kanak-kanak, ini kerana wanita bukan sahaja berhadapan tekanan dan bebanan kerja di rumah termasuklah menguruskan anak-anak tetapi berhadapan dengan emosi yang tidak stabil mungkin akibat letih.

Menurutnya lagi mengambil contoh situasi semasa di Sabah yang mana pegawai dan rumah pelindung (di bawah KPWKM) adalah tidak mencukupi untuk atasi kes keganasan serta menempatkan kanak-kanak. Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu menempatkan semua kes yang berlaku di Sabah dan ini amat membimbangkan.

BIL. NAMA RKK KAPASITI

(ORANG) 1. RKK Taman Bakti Kepala Batas, Pulau Pinang 100

2. RKK Sultan Abd Aziz Kuala Kangsar, Perak 100 3. RKK Tengku Budriah Cheras, Kuala Lumpur 100 4. RKK Tengku Ampuan Fatimah Kuantan, Pahang 100 5. Rumah Budak Lelaki Tun Abdul Aziz, Durian

Daun, Melaka 100

6. Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan

Serendah, Selangor 120

7. RKK Kota Kinabalu, Sabah 100

8. RKK Kuching, Sarawak 100

9. RKK Rembau, Negeri Sembilan 150

10. RKK Sultanah Hajjah Kalsom Kuantan, Pahang 200

11. RKK Pokok Sena, Kedah 50

12. RKK Mini Kelantan 30

13. RKK Mini Johor 30

14. RKK Mini Selangor 30

JUMLAH 1,510

Senarai Rumah Kanak-kanak (RKK), JKM

Sumber: Laman Sesawang KPWKM

https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id

=aFIzU3BRWGNKT2tIU2M4RWhvVzg0dz09 Tarikh kemaskini : 2 Mac 2021

BULETIN SUHAKAM

RUMUSAN DAN SYOR

1. Statistik keganasan dilakukan oleh ibu bapa/pengasuh bagi tahun 2016 hingga 2020 menunjukkan peningkatan pada tahun 2016 hingga 2019 tetapi menurun pada tahun 2020 manakala penderaan emosi pada tahun 2020 meningkat secara drastik iaitu sebanyak 51 peratus. Keadaan ini berkemungkinan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. Faktor penderaan adalah seperti perbalahan dalam kalangan ahli keluarga, sikap panas baran, kecuaian, tingkah laku kanak-kanak yang tidak dapat dikawal/kurang pengetahuan dalam pengurusan anak.

3. Individu paling rapat adalah orang yang menjadi pendera utama kepada kanak-kanak dan statistik menunjukkan ibu kandung merupakan pelaku utama.

4. Kes salah laku yang dilaporkan di sekolah menurun pada tahun 2020 akibat PKP dan antara salah laku berat yang direkodkan adalah salah laku musnah, berunsur kelucahan, buli, berunsur jenayah (paling tinggi).

5. Apabila kes jenayah berlaku di sekolah, pihak sekolah wajib melaporkan kepada pihak berkuasa kerana perlu memastikan kesejahteraan murid dijaga manakala jika melibatkan guru/kakitangan, hukuman gantung kerja perlu dibuat agar murid rasa selamat.

6. Dalam menguatkuasakan undang-undang, ibu bapa, orang dewasa serta komuniti juga perlu diperkasa secara menyeluruh untuk mengawal penggunan internet dalam kalangan kanak-kanak.

7. Kemanakah kanak-kanak akan pergi selepas laporan polis dibuat? Perlunya agensi ataupun cara bagi melindungi kanak-kanak ini agar tidak dibiar begitu sahaja walaupun siasatan masih dijalankan dan tidak pulang/bersama semula dengan pemangsa.

8. Cabaran/isu yang dikenalpasti oleh SWWS adalah kesukaran akses kepada kawasan pedalaman di Sarawak, keperluan lebih banyak program kesedaran, peningkatan fasiliti, pendidikan seksual kesihatan dan reproduktif, serta 3R (recognise, respond & refer) terutamanya bagi kanak-kanak di kawasan pedalaman.

9. Penekanan tentang kepentingan melindungi kanak-kanak dalam kalangan orang dewasa contohnya guru di sekolah serta penerapan pegangan nilai murni yang kukuh dalam kalangan kanak-kanak dari rumah dan masyarakat.

10. Ilmu keibubapaan amat diperlukan dalam menangani masalah melibatkan kanak-kanak pada masa yang sama kanak-kanak perlu diajar dan ditekankan mengenai nilai murni dan hal ini memerlukan kerjasama erat dengan pihak sekolah.

11. Laporan polis mengenai sebarang dakwaan keganasan terhadap kanak-kanak masih boleh dibuat walaupun kejadian jenayah sudah lama berlaku.

(8)

8 EDISI JANUARI - APRIL 2021 BULETIN SUHAKAM

Konsultasi Bersama

Konsultasi Bersama Pengarah Jabatan Agama Negeri dan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Berkenaan Isu Perkahwinan Kanak-kanak

RINGKASAN UCAPAN

HUKUM NIKAH DALAM ISLAM

1. Wajib: bagi seseorang yang merasa yakin dirinya tidak selamat daripada zina jika tidak berkahwin.

2. Sunat: bagi seseorang yang benar-benar berkeinginan dan berkemampuan serta tidak bimbang terjadinya zina jika tidak berkahwin.

3. Haram: bagi seseorang yang tidak mampu menanggung nafkah isteri atau pasti akan melakukan kezaliman terhadap isteri jika berkahwin.

4. Makruh: bagi seseorang yang ingin berkahwin tetapi tidak berkemampuan menyediakan mas kahwin dan nafkah.

DUA ELEMEN PENTING JIKA DIBENARKAN BERKAHWIN 1. Baligh (bermimpi bagi lelaki dan datang haid bagi perempuan).

2. Ar Rushd - Matang (kecerdikan dan kematangan – matang fizikal dan mental). Majoriti mazhab menyatakan dan mempersetujui kenyataan bahawa kematangan (akal dan mental untuk berfikir jauh) adalah aspek yang perlu diberi penekanan.

RINGKASAN UCAPAN

Komitmen Malaysia dalam melindungi hak kanak-kanak dapat dilihat melalui usaha meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak- kanak (CRC). Sehingga hari ini, masih terdapat lima reservasi oleh Malaysia iaitu Artikel 2, 7, 14, 28 (a)(1) dan 37. Hak kanak-kanak yang terkandung dalam CRC adalah selaras dengan Islam antaranya mengajak dan menanam amalan yang baik/terpuji, melindungi, menghormati dan menyayangi kanak-kanak.

Data kes perkahwinan kanak-kanak dari tahun 2007 hingga 2017 menunjukkan sebanyak 14,999 kes yang mana 10,000 adalah dalam kalangan orang Islam.1 Merujuk Artikel 19 dan 34 CRC, kanak-kanak memerlukan perlindungan daripada penganiayaan, keganasan

BULETIN SUHAKAM

PUNCA PERKAHWINAN BAWAH UMUR DI MALAYSIA 1. Punca pendapatan yang rendah dan kemiskinan.

2. Kekurangan atau tiada akses kepada pendidikan kesihatan seksual reproduktif dan ilmu keibubapaan.

3. Kekurangan akses kepada pendidikan dan kehadiran ke sekolah yang rendah.

4. Stigma dan norma sosial terhadap perkahwinan bawah umur yang dijadikan sebagai pilihan terbaik dalam masyarakat untuk menyelesaikan masalah.

5. Undang-undang longgar yang memperuntukkan permohonan berkahwin di bawah 18 tahun.

6. Penyelarasan data perkahwinan dan perceraian bawah umur.

SOP BAHARU OLEH JKSM

Diperkenalkan pada tahun 2019. SOP untuk dirujuk oleh Hakim Syarie bertujuan untuk menyelaras dan memperketat umur perkahwinan bawah umur.

PELAN STRATEGI KEBANGSAAN BAGI MENANGANI PUNCA PERKAHWINAN BAWAH UMUR 2020 – 2025.

Pelan ini adalah sejajar dengan objektif Dasar Kanak-kanak Negara, Dasar Perlindungan Kanak-kanak Kebangsaan, Akta Kanak-Kanak 2001 dan CRC. Kewujudannya adalah berdasarkan kepada konsep yang dipandu oleh prinsip teras CRC iaitu; (i)kelangsungan hidup, (ii)perlindungan, (iii)pembangunan dan (iv)penyertaan.

SYORPenyelarasan undang-undang di seluruh negeri berkenaan had minima umur berkahwin adalah 18 tahun kepada semua lelaki dan perempuan sungguhpun demikian pengecualian diberikan dalam kes tertentu yang difikir sesuai oleh hakim selepas pertimbangan yang terperinci.

fizikal atau mental dan eksploitasi seksual. Komitmen negara pihak seperti Malaysia adalah aku janjinya untuk melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk eksploitasi seks dan penderaan seksual.

Justeru perkahwinan kanak-kanak merupakan suatu bentuk pencabulan yang menyebabkan banyak keburukan antaranya kehilangan hak kepada pendidikan, hak kepada kesihatan terbaik termasuk hak kesihatan reproduktif serta hak kepada perlindungan dan menjalani hidup yang sejahtera dan selamat.

____________________

1 https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/11/10/childmarriage-why-it- is-still-a-problem-in-2018/1691899

PENGENALAN

Pada 19 Januari 2021, Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) telah menganjurkan satu konsultasi berkenaan isu perkahwinan kanak-kanak secara dalam talian melibatkan sebanyak 45 orang wakil daripada jabatan agama dan Mahkamah Syariah setiap negeri. Program ini bertujuan untuk membincangkan pelan kerja terkini dan pendirian jabatan agama dan Mahkamah Syariah setiap negeri serta membincangkan mekanisma penyelesaian kepada isu berkaitan perkahwinan kanak-kanak.

(9)

BULETIN SUHAKAM EDISI JANUARI - APRIL 2021 9

Pembentangan oleh Tuan Mamat Haizan bin Salleh, Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106, bersidang pada 21 hingga 22 Oktober 2014 bersetuju memutuskan:

(i) perkahwinan kanak-kanak hanya boleh dibenarkan dengan syarat ia dilakukan semata-mata untuk memenuhi kemaslahatan kanak-kanak tersebut secara syar’ie.

(ii) pihak berkuasa berkaitan memperketatkan syarat- syarat perkahwinan kanak-kanak dan memastikan pelaksanaannya dijalankan mengikut prosedur.

Prosedur Operasi Standard [SOP]

Permohonan kebenaran berkahwin bawah umur adalah seperti berikut:

• Melalui Pekeliling Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM Bilangan 1 Tahun 2018 bertarikh 28 September 2018

• Pengendorsan pemakaian oleh Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri

• Butiran perlu berdasarkan SOP:

i. Alasan permohonan

ii. Latar belakang keluarga pemohon

iii. Latar belakang keluarga bakal suami pemohon iv. Kemaslahatan (kemampuan, status pendidikan,

sifat peribadi, kesihatan)

v. Latar belakang seksual/reproduktif vi. Kefahaman terhadap perkahwinan vii. Sekufu (sama taraf)

viii. Wali

ix. Laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) &

Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika perlu.

Pembentangan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Al Adib Samuri, Fakulti Pengajian Islam (Universiti Kebangsaan Malaysia) - Penyelidikan mengenai perkahwinan

kanak-kanak

Isu Perkahwinan Kanak-Kanak

• Berlaku merentas bangsa dan agama

• Berlaku dalam kalangan orang Islam, bukan Islam dan semua golongan etnik termasuk pelarian Rohingya.

Banyak kajian literatur dan jurnal akademik tentang kemudaratan perkahwinan kanak-kanak yang telah dibuat.

Naratif dan pengalaman kanak-kanak sendiri:

• Sudah melakukan hubungan seks dan mengandung

• Tidak faham implikasi hubungan seks

• Tidak amalkan seks selamat/tiada kontraseptif

• Mendapat maklumat kesihatan seksual reproduktif daripada rakan

• Berkenalan/bersosial melalui media sosial

Pembaharuan undang-undang demi kebaikan kanak- kanak

• Islam membenarkan kerajaan menetapkan had umur berkahwin berdasarkan siyasah shar’iyyah demi menjaga maslahah kanak-kanak dan menjauhi kemudaratan yang telah dibuktikan daripada kajian/jurnal/soal selidik, literatur merentas geografi dan budaya.

BULETIN SUHAKAM

Sumber: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayanlinnas/2512-bayan- linnas-siri-ke-141-perkahwinan-kanakkanak-mengikut-perspektif-syaria

(10)

10 EDISI JANUARI - APRIL 2021 BULETIN SUHAKAM

’YOUTH FOR RIGHTS’

’YOUTH FOR RIGHTS’ P rogram P rogram

’YOUTH FOR RIGHTS’

PENDAHULUAN

Bahagian Promosi dan Kemasyarakatan (POD) SUHAKAM telah mengadakan program ’ Youth for Rights’ secara dalam talian bersama pelajar Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBDA), Jitra, Kedah (30 Mac) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor (10 April 2021). Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan belia mengenai hak asasi manusia dan SUHAKAM sebagai sebuah Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI).

TAKLIMAT MENGENAI SUHAKAM DAN HAK ASASI MANUSIA Taklimat disampaikan oleh Penolong Setiausaha POD iaitu En. Ahmad Afiifi Ramli, En. Nyak Baqi Kamaruddin dan Pn. Siti Zaihan Zulkarnain berkenaan konsep hak asasi manusia serta penerangan mengenai fungsi dan bidang kuasa SUHAKAM.

Aktiviti yang dijalankan ketika program ini adalah sesi permainan berbentuk kuiz yang mana penceramah mengemukakan beberapa soalan ringkas berdasarkan topik yang dibentangkan bagi menguji kefahaman dan pengetahuan peserta.

SESI SOAL JAWAB

i. Sumber dana SUHAKAM

SUHAKAM menerima dana daripada kerajaan dalam menjalankan operasinya seperti yang dinyatakan dalam seksyen 19, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Akta 597), iaitu pihak kerajaan perlu menyediakan dana mencukupi agar SUHAKAM dapat menjalankan fungsinya. Selain itu berdasarkan seksyen 19(2) dan (3) SUHAKAM tidak boleh menerima dana asing kecuali bagi tujuan memupuk kesedaran dan pendidikan hak asasi manusia.

ii. Pemberian vaksin kepada bukan warganegara Malaysia

SUHAKAM menyokong tindakan kerajaan untuk memberikan vaksin kepada semua golongan secara percuma termasuklah bukan warganegara Malaysia. Keputusan ini wajar kerana hak kepada kesihatan perlu diberikan kepada semua orang tanpa mengira latar belakang dan status. Tambahan lagi, pemberian vaksin membantu mempercepatkan usaha untuk mengatasi penularan dan kematian akibat COVID-19.

iii. Prinsip berkecuali SUHAKAM

SUHAKAM merupakan sebuah NHRI yang bertanggungjawab untuk melindungi hak asasi semua anggota masyarakat di Malaysia tanpa mengira latar belakang. SUHAKAM juga tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dalam sebarang dakwaan pelanggaran hak asasi manusia dan menyiasat sebarang aduan dengan sewajarnya.

iv. Campur tangan kerajaan dalam urusan kerja SUHAKAM

Berdasarkan seksyen 4 (Akta 597) telah jelas dinyatakan fungsi dan kuasa SUHAKAM dalam menjalankan mandatnya justeru sebarang keputusan dan gerak kerja SUHAKAM adalah ditentukan melalui Mesyuarat Suruhanjaya tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.

(11)

BULETIN SUHAKAM EDISI JANUARI - APRIL 2021 11

1. Pada pandangan anda, apa itu hak asasi manusia?

KKBDA UTHM

A. Hak asas yang dimiliki oleh golongan tertentu sahaja 18.9% 7.9%

B. Hak asas dan kebebasan yang dimiliki manusia sejak lahir 78.4% 92.1%

C. Nilai-nilai asing atau ideologi barat 2.7% -

2. Hak asasi manusia melindungi...

KKBDA UTHM

A. Kanak-kanak dan wanita sahaja - - B. Golongan Orang Kurang Upaya sahaja 2.7% 2.6%

C. Semua golongan 97.3% 97.4%

3. Adakah anda setuju sekiranya kerajaan memansuhkan hukuman mati?

KKBDA UTHM

A. Ya 35.3% 5.3%

B. Tidak 48.6% 68.4%

C. Tidak Pasti 37.8% 26.3%

Kaji Selidik Pengetahuan Hak Asasi Manusia dan

SUHAKAM

Kaji Selidik Penilaian Program Mengikut Peratusan (%)

(KKBDA) Kaji Selidik Penilaian Program Mengikut Peratusan (%) (UTHM)

4. Adakah anda setuju sekiranya kerajaan memansuhkan hukuman sebatan di penjara dan merotan di sekolah?

KKBDA UTHM

A. Ya 18.9% 10.8%

B. Tidak 70.3% 73%

C. Tidak Pasti 10.8% 16.2%

5. Apa yang anda faham tentang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)?

KKBDA UTHM

A. Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak

asasi manusia 73% 39.5%

B. Sebuah jabatan kerajaan 16.2% 10.5%

C. Sebuah badan berkanun yang ditubuhkan untuk mempromosi &

melindungi hak asasi manusia 10.8% 50%

*Jawapan: SUHAKAM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia.

DAPATAN KAJI SELIDIK

Bagi menilai kadar kefahaman peserta mengenai SUHAKAM dan hak asasi manusia, sekretariat telah mengedarkan borang kaji selidik kepada 40 dan 50 orang peserta masing-masing dari KKBDA dan UTHM. Berikut adalah dapatannya:

1. Bahan maklumat dan rujukan 2. Masa yang diperuntukkan 3. Maklum balas sesi soal jawab 4. Pembentangan oleh penceramah 5. Kuiz

6. Kefahaman terhadap topik

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 21.6

Baik Sederhana Kurang baik

78.4

2.7 0 0 0

2.7 3.2

27 24.3 8.1

16.2 18.9

70.3 75.7

91.9 78.4

81.1

1. Bahan maklumat dan rujukan 2. Masa yang diperuntukkan 3. Maklum balas sesi soal jawab 4. Pembentangan oleh penceramah 5. Kuiz

6. Kefahaman terhadap topik

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 Baik Sederhana Kurang baik

21.1

81.6

0 2.6 0

0 0 0

21.1 21.1 7.9

21.1 18.4

78.9 76.3

92.1 78.9

78.9

(12)

Jabatan Imigresen Negeri Sarawak 16 Februari 2021

Tahukah anda?

Migran tanpa dokumen juga dikenali sebagai pendatang tanpa izin (PATI).

Semburan detol antiseptik bukan sahaja dilakukan terhadap tahanan tetapi juga kepada kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia ketika operasi bagi proses disenfeksi.

1 2

SESI PERBINCANGAN DALAM TALIAN BERKENAAN PENGURUSAN TAHANAN DI NEGERI SARAWAK SEPANJANG PANDEMIK COVID-19

PENGENALAN

Depot tahanan imigresen merupakan antara pusat tahanan yang berhadapan risiko sekiranya berlaku penularan wabak COVID-19.

Bagi memahami tentang bagaimana pihak Jabatan Imigresen Negeri Sarawak mengendalikan tahanan sewaktu pandemik, SUHAKAM telah mengadakan sesi perbincangan dalam talian.

Proses serahan migran tanpa dokumen

Apabila migran tanpa dokumen ditangkap, tapisan awal perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP). Sekiranya mempunyai dokumentasi yang sah maka majikan akan dihubungi. Sekiranya tiada, individu tersebut akan diserahkan kepada pihak polis.

Ujian COVID-19 akan dilakukan dan sekiranya keputusan negatif, akan dihantar terus ke depot tahanan sebaliknya jika positif akan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sekiranya tangkapan dilakukan oleh agensi lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), polis dan agensi lain, SOP yang ditetapkan perlu dipatuhi. Sebelum ditempatkan ke depot imigresen, keputusan ujian COVID-19 individu mestilah negatif sebanyak dua kali. Semburan detol antiseptik terhadap migran bagi proses disenfeksi seterusnya dibawa ke ruang menunggu dan diberikan pelitup separuh muka. Pemeriksaan kesihatan pula dikendalikan oleh Pembantu Perubatan (MA) dan sekiranya mempunyai simptom akan dirujuk kepada KKM serta merta. Sekiranya normal akan dibawa masuk ke sel tahanan.

SOP pengurusan tahanan

Tahanan mesti memakai pelitup separuh muka, blok tahanan disanitasi sekali sehari, suhu badan diambil dua kali sehari, tahanan baharu akan diasingkan selama dua minggu dan tahanan yang menunjukkan simptom akan terus dihantar ke hospital.

Aspek pengurusan barang tahanan pula, barang akan disimpan dalam peti besi berkunci di bilik berjeriji, terhad kepada dua pegawai rekod untuk merekod pergerakan keluar masuk barang.

Bagi barang yang tidak diisytihar akan dirampas dan barang akan dikembalikan ketika pengusiran.

Prosedur pengurusan pelawat

Sebarang lawatan adalah tidak dibenarkan pada ketika ini bagi mengekang penularan COVID-19. Namun begitu, urusan pembelian tiket pulang ke negara asal adalah dibenarkan. Sekiranya ingin melakukan temujanji, ia haruslah dilakukan menerusi panggilan telefon. Sesiapa yang hadir ke depot tahanan wajib mematuhi kesemua SOP yang telah ditetapkan.

Pengurusan tahanan sakit

Tahanan yang sakit akan ditempatkan di bilik pengasingan, dibawa oleh pegawai yang memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) manakala tahanan mesti memakai pelitup separuh muka. Selepas itu, pemeriksaan akan dilakukan. Sekiranya memerlukan rawatan kecemasan akan dibawa ke hospital dan sekiranya bukan kes kecemasan akan diberikan rawatan awal oleh MA yang bertugas seterusnya dihantar semula ke blok tahanan.

Pengurusan kematian tahanan

Terdapat dua situasi iaitu kematian dalam depot dan kematian di hospital. Sekiranya mati di depot, pengesahan kematian akan dilakukan oleh pegawai perubatan, polis dan koroner. Sekiranya di hospital, fail kematian tahanan akan dibuka seterusnya pengecaman si mati akan dilakukan dan siasatan kematian akan dijalankan oleh pegawai perubatan, polis dan koroner.

Pengurusan tuntutan mayat

Kedutaan akan diminta untuk menuntut mayat menerusi perakuan bertulis kepada hospital dan selepas itu barang simati akan diserahkan kepada wakil simati. Sekiranya mayat terbiar dan tidak dituntut selepas 14 hari maka makluman bertulis daripada agensi akan dikeluarkan bagi mendapatkan permit pengebumian dan sijil kematian.

ISU DAN CABARAN

1. Tanpa kewarganegaraan

Isu tanpa kewarganegaraan merupakan antara cabaran utama kepada Depot Tahanan Imigresen Negeri Sarawak kerana pihak imigresen lazimnya akan mengalami masalah mengenalpasti taraf kewarganegaraan dan ini pastinya melambatkan proses pengusiran.

2. Kekangan pengusiran

Di saat pandemik COVID-19 melanda, kebanyakan negara di dunia termasuklah Malaysia menutup pintu sempadannya bagi mengekang penularan COVID-19. Oleh itu, proses pengusiran menjadi lebih rumit. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kekurangan penerbangan ke luar negara maka ramai tahanan yang tidak dapat diusir.

3. Tiada maklum balas/kerjasama daripada pihak kedutaan Pihak imigresen menghadapi masalah untuk proses pengusiran

kerana tiada maklum balas dan kerjasama daripada pihak kedutaan untuk proses penghantaran pulang tahanan ke negara asal.

12 EDISI JANUARI - APRIL 2021 BULETIN SUHAKAM

(13)

Jabatan Penjara Negeri Sarawak 18 Februari 2021

PENGENALAN

Kegagalan untuk meminimumkan kemungkinan atau potensi penyebaran COVID-19 di penjara akan menambahkan beban pengurusan sistem kesihatan negara dan kesejahteraan tahanan, kakitangan serta penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan penjara. Maka amat penting untuk melaksanakan langkah- langkah pencegahan dan strategi untuk mengatasi kesan langsung COVID-19 di penjara supaya dapat meminimumkan risiko jangkitan serta penyebarannya. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengeluarkan dan mencadangkan garis panduan interim (lihat hlm. 14) yang disarankan agar digunapakai oleh pusat tahanan diseluruh dunia sebagai panduan awal untuk mencegah penyebaran COVID-19 dalam pusat tahanan termasuk penjara.

ISU DAN CABARAN

1. Ujian dan saringan COVID-19

Oleh sebab peningkatan jangkitan COVID-19 di Sarawak, terdapat kekangan dari sudut masa untuk dapatkan keputusan ujian dan saringan dengan kadar yang cepat.

2. Kekurangan fasiliti perubatan

Fasiliti perubatan seperti topeng muka oksigen, kanula hidung (nasal cannula) dan sebagainya. Sekiranya berlaku masalah kesesakan nafas pastinya terhad dan perlu dikongsi. Walaupun begitu sekiranya terdapat banduan yang positif COVID-19, banduan tersebut akan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) serta-merta. Malah, sebelum tahanan dibenarkan dan diterima masuk, Jabatan Penjara akan mengadakan ujian dan saringan sebanyak tiga kali dan kesemuanya mestilah negatif, baharulah tahanan tersebut diterima masuk.

3. Garis panduan berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk mengekang wabak adalah tidak sepenuhnya sesuai untuk dilaksanakan pusat tahanan

Garis panduan yang dikeluarkan sesuai untuk orang awam contohnya seperti pelaksanaan penjarakan fizikal. Namun, dalam konteks pusat tahanan penjarakan fizikal adalah merupakan konsep yang tidak wujud di mana-mana pusat tahanan. Senario semasa iaitu tahanan berkongsi tandas, tempat mandi dan tempat tidur turut dikhuatiri akan lebih memburukkan keadaan.

Pusat klinikal dan rawatan sedia ada di penjara bukanlah dibina untuk mengekang penyebaran sebarang wabak dalam skala yang besar. Bagi mengatasi masalah jangkitan terdapat tahanan yang terpaksa dipindahkan ke pusat tahanan lain supaya penjarakan fizikal dapat dilaksanakan. Apabila situasi seperti ini berlaku, terdapat kakitangan yang terpaksa bertugas ditempat baharu mengikut tahanan yang dipindahkan.

4. Kakitangan kesihatan tidak mencukupi dan sangat terhad 5. Keselamatan adalah lebih diutamakan di pusat tahanan

seperti penjara

Jalinan kerjasama yang erat antara kakitangan penjara dan perubatan amat penting sungguhpun demikian kakitangan perubatan tidak selalunya berada di penjara. Tanpa koordinasi yang jitu akan menyukarkan perancangan jika berlakunya jangkitan.

6. Risiko jangkitan penyakit antara pegawai dan tahanan

Kebanyakkan kakitangan ini tidak terlatih untuk memberikan rawatan perubatan atau kecemasan awal terhadap tahanan. Selain itu, mereka tiada kemahiran atau pengetahuan mengendalikan situasi penyakit berjangkit seperti COVID-19 justeru kakitangan mungkin tidak menyedari mereka dijangkiti sewaktu bertugas.

Apabila situasi seperti ini berlaku penularan COVID-19 terhadap ahli keluarga mahupun rakan pasti akan berlaku.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 537

AKTA PENJARA 1995

Sebagaimana pada 1 Mac 2016

SYOR

1. Membebaskan tahanan secara terpilih dan bersyarat untuk mengurangkan kesesakan dalam penjara

Pada Oktober 2020, terdapat perancangan daripada Jabatan Penjara Malaysia untuk membebaskan banduan terpilih dengan syarat banduan tersebut dijatuhi hukuman penjara kurang daripada satu tahun dan banduan yang memiliki baki tahanan kurang daripada tiga bulan. Perancangan seperti ini secara teknikalnya adalah baik memandangkan ia dapat mengurangkan kesesakan di penjara. Namun begitu tahanan perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum dibebaskan. Berdasarkan sudut perundangan, Seksyen 43 Akta Penjara 1995 (Akta 537) membenarkan pembebasan tahanan secara bersyarat namun tertakluk kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa penjara.

2. Ujian dan pengesanan kontak di pusat tahanan mestilah diberikan keutamaan

Penularan COVID-19 di pusat tahanan adalah sangat kritikal dan persekitaran pusat tahanan seperti penjara adalah bersifat tertutup/tidak bebas dan terdapat tahanan, kakitangan yang bertugas, kontraktor yang menjalankan kerja penyelenggaraan dan pelawat.

3. Hospital mesti memasukkan penjara dan pusat tahanan yang berhampiran dalam perancangan pelan pengurusan bencana

4. Penempatan pakar kesihatan awam di penjara dan pusat tahanan

Walaupun kedengaran sukar untuk dilaksanakan, namun sudah masanya kerajaan mempertimbangkan untuk menempatkan pakar kesihatan awam di pusat tahanan mahupun penjara sewaktu pandemik melanda. Khidmat nasihat pakar kesihatan awam berkaitan pelan perancangan kecemasan yang bersesuaian dengan persekitaran pusat tahanan termasuk penjara amat diperlukan.

5. Mewujudkan forum kebangsaan untuk penyebaran, perkongsian serta pertukaran maklumat dan pengetahuan 6. Menghargai dan memberikan sokongan kepada usaha

kakitangan penjara yang juga merupakan barisan hadapan sewaktu pandemik COVID-19

7. Program Vaksinisasi

Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan proses suntikan vaksin COVID-19 secara berperingkat kepada semua tahanan tanpa mengira taraf kewarganegaraan.

Pelepasan banduan secara lesen

43. (1) Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat oleh Menteri, Komisioner Jeneral boleh, pada bila-bila masa jika difikirkannya patut, melepaskan secara lesen dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen, seseorang banduan yang sedang menjalani apa-apa tempoh pemenjaraan.

(2) Komisioner Jeneral boleh, pada bila-bila masa—

(a) mengubah suai atau membatalkan syarat yang tersebut dalam subseksyen (1); atau

Penjara 35 (b) melalui perintah, memanggil balik ke penjara seseorang banduan yang dilepaskan secara lesen di bawah subseksyen (1) tetapi tanpa menjejaskan kuasa Komisioner Jeneral untuk melepaskan semula banduan itu secara lesen.

(3) Jika seseorang banduan dipanggil balik di bawah perenggan (2)(b), lesennya hendaklah terhenti berkuat kuasa dan dia hendaklah, jika masih bebas, disifatkan bebas dengan menyalahi undang-undang dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(4) Seseorang banduan yang tidak mematuhi mana-mana syarat lesen yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

BULETIN SUHAKAM EDISI JANUARI - APRIL 2021 13

(14)

14 EDISI JANUARI - APRIL 2021 BULETIN SUHAKAM

PENGENALAN

SUHAKAM telah mengadakan perbincangan dengan Pn. Winnie Lugit (Timbalan Pengarah AADK Negeri Sarawak Bahagian Penguatkuasaan) dan En. Chairi Ersyad Arshad (Timbalan Pengarah PUSPEN, Kuching) bagi membincangkan cabaran yang dihadapi oleh AADK dan PUSPEN dalam mengurus tahanan.

Perbincangan ini penting kerana dapat memberikan gambaran sebenar tentang cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua agensi ini. Setakat bulan Februari 2021, terdapat seramai 113 orang klien ditempatkan di PUSPEN.

ISU DAN CABARAN 1. Logistik

AADK tidak mempunyai PPE atau dibekalkan untuk melaksanakan operasi pencegahan penagihan dadah. Pada masa ini, AADK hanya mempunyai kelengkapan minimum seperti pelitup separuh muka, sarung tangan, pelindung muka dan langsung tidak mempunyai PPE untuk digunakan.

Menurut Pn. Winnie, keadaan sekaligus mendedahkan kakitangan Bahagian Operasi AADK ketika melakukan tugas. Walau bagaimanapun, sewaktu pandemik ini, AADK hanya menjalankan operasi seperti Operasi Aduan dan tidak menjalankan operasi berskala besar seperti Operasi Perdana. Bagi operasi lain ia bergantung kepada kebenaran yang diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan hanya tertumpu di kawasan hijau sahaja, tidak di kawasan merah yang dilanda COVID-19.

2. Kekangan lawatan keluarga

PUSPEN pula mengalami cabaran daripada segi untuk membenarkan lawatan keluarga dilakukan. Jika sebelum pandemik, klien akan menerima lawatan daripada ahli keluarga sebanyak dua kali sebulan namun, ketika pandemik sebarang lawatan ahli keluarga adalah tidak dibenarkan. Disebabkan itu, terdapat klien yang mengalami masalah tekanan emosi kerana tidak dapat berjumpa dengan keluarga. PUSPEN telah mengambil inisiatif memberikan kebenaran kepada klien melakukan panggilan video kepada keluarga masing-masing.

Malangnya, masih juga terdapat klien yang tidak dapat berbuat sedemikian disebabkan oleh kekangan seperti ahli keluarga klien tidak mempunya akses kepada internet dan tidak memiliki kemampuan untuk membeli telefon yang mempunyai fungsi untuk panggilan video. Peranan kaunselor PUSPEN ketika ini amat dimanfaatkan untuk meredakan tekanan emosi klien.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak &

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching 18 Februari 2021

Garis panduan interim oleh WHO bertujuan untuk melindungi kesihatan, keselamatan serta hak asasi tahanan dan kakitangan di pusat tahanan seluruh dunia.

Tahukah anda?

AADK dan PUSPEN menggunakan perkataan klien merujuk kepada tahanan di PUSPEN.

SYOR

1. Kerajaan perlu menyalurkan keperluan PPE kepada anggota Bahagian Operasi AADK memandangkan mereka juga adalah barisan hadapan yang bertungkus lumus mengekang masalah ketagihan dadah dalam kalangan rakyat Malaysia.

2. Bagi melicinkan inisiatif, PUSPEN membenarkan panggilan video kepada keluarga yang tidak berkemampuan. Selain itu, kerajaan perlu mempertimbangkan pertambahan kewangan kepada PUSPEN bagi pembelian gajet atau telefon pintar.

3. Kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk menambah bilangan kakitangan di bahagian operasi AADK, sedia maklum bahawa Negeri Sarawak adalah sebuah negeri yang besar.

Buat masa kini bilangan pegawai dan kakitangan di AADK adalah seramai 171 orang dan 70 orang ditempatkan di Bahagian Penguatkuasaan.

(15)

BULETIN SUHAKAM EDISI JANUARI - APRIL 2021 15

FORUM HAK KEPADA AIR BERSIH DI MALAYSIA

MAJLIS PENGHARGAAN DAN MINUM PETANG BERSAMA PEGUAM

Bermula tahun 2010, SUHAKAM menjalankan kajian bagi mendapatkan status sebagai amicus curiae kerana peranan ini dilihat amat signifikan lebih-lebih lagi untuk mempromosikan hak asasi manusia dalam konteks perundangan. SUHAKAM telah mengadakan pelbagai siri perbincangan dengan Majlis Peguam bagi mencapai objektif ini. Hal ini akhirnya direalisasikan pada tahun 2011 apabila SUHAKAM secara aktif menjalankan watching brief sehingga sekarang melibatkan pelbagai kes di mahkamah yang berkaitan hak asasi manusia. SUHAKAM amat berterima kasih kepada mahkamah kerana menerima permintaan SUHAKAM ini.

SUHAKAM mengulangi pendiriannya bahawa sistem kehakiman adalah organ penting negara untuk melindungi serta menyediakan semak dan imbang berkenaan dengan hak asasi manusia. Sehubungan itu, SUHAKAM telah menganjurkan Majlis Penghargaan dan Minum Petang bersama peguam pada 5 April 2021 di Kuala Lumpur sebagai tanda terima kasih SUHAKAM kepada semua peguam yang dilantik bagi menjalankan watching brief terhadap kes yang menjadi perhatian SUHAKAM.

Pada 5 April 2021 bertempat di Kuala Lumpur, SUHAKAM telah menganjurkan Forum Hak kepada Air Bersih di Malaysia. Objektif forum adalah:

1. Membincangkan akses kepada air bersih sebagai hak asasi manusia,

2. Menangani jurang dan cabaran dalam merealisasikan hak untuk mendapatkan air bersih di Malaysia,

3. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman daripada peserta mengenai promosi dan perlindungan hak kepada air bersih.

Empat orang penceramah dijemput bagi membincangkan mengenai peranan dan tanggungjawab kerajaan untuk memastikan hak kepada air bersih untuk semua sejajar dengan visi Malaysia.

Pesuruhjaya SUHAKAM Dato’ Mah Weng Kwai bertindak sebagai moderator pada forum ini bersama empat orang penceramah iaitu:

1. Ir. Mohd Jalaludin bin Sulaiman, Pengarah Kanan, Bahagian Operasi Wilayah, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),

2. Prof. Emeritus Datuk Dr. Marimuthu Nadason, Presiden, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA),

3. Prof. Madya Dr. Rasyikah Md. Khalid, Pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 4. Datuk Ir. Abdul Kadir bin Mohd Din, Presiden, Persatuan Air

Malaysia (MWA),

5. En. Edmund Bon, mantan wakil Malaysia ke Suruhanjaya antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia.

Pada masa hadapan SUHAKAM berhasrat menjalinkan libat urus bersama Kementerian Alam Sekitar dan Air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan agensi lain yang berkaitan.

(16)

16 EDISI JANUARI - APRIL 2021 BULETIN SUHAKAM

PESANAN HAK ASASI MANUSIA

Setiap orang mempunyai HAK KEPADA AIR yang MENCUKUPI, SELAMAT, BOLEH AKSES dan

KOS BERPATUTAN

untuk kegunaan peribadi dan domestik.

IBU PEJABAT KUALA LUMPUR Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Tel: 03-2612 5600 | Faks: 03-2612 5620 E-mel: [email protected]

Laman sesawang: http: www.suhakam.org.my

PEJABAT SARAWAK

Suite 8.01, 8.02 & 8.03, Tingkat 8, Tun Jugah Tower Jalan Tunku Abdul Rahman,

93100 Kuching, Sarawak

Tel: 082-234 650 | Faks: 082-254 937 E-mel: [email protected]

PEJABAT SABAH

Suite W1 & E1, Tingkat 8, CPS Tower No. 1 Jalan Centre Point,

88000 Kota Kinabalu

Tel: 088-317 405 | Faks: 088-317 406 E-mel: [email protected]

twitter.com/SUHAKAM www.instagram.com/suhakam_malaysia ADUAN

Aduan boleh dihantar kepada SUHAKAM secara individu/

berkumpulan melalui telefon, faks, e-mel dan sistem aduan SUHAKAM : http://aduan.suhakam.org.my/eApps/system/index.do www.facebook.com/SUHAKAM

Referensi

Dokumen terkait

Payakumbuh, Khazanah— Payakumbuh, Khazanah— Payakumbuh, Khazanah— Payakumbuh, Khazanah— Wali Kota Riza Falepi mengatakan kendala terbesar yang saat ini dihadapi pemerintah

Dari hasil wawancara yang saya lakukan, dapat disimpulkan bahwa terjadi miss komu- nikasi antara masyarakat yakni panitia pemekaran dengan Pemerintah Kab.Bone Selatan,

Puji syukur penulis panjatkan kepada Tuhan YME karena hanya dengan rahmat dan karunia-Nya, penulis dapat menyelesaikan tugas akhir berjudul Perancangan Buku

Green sand moulding adalah suatu metode cetakan pasir dimana logam cair dituang pada cetakan yang mengandung air. Adanya air ini akan menurunkan permeabilitas dan kekuatan cetakan

DalamPasal 1851 ayat (2) hanya dijelaskan tentang kebolehan membuat persetujuan perdamaian mesti harus berbentuk akta otentik. Persetujuan perdamaian adalah bentuk

dengan undang-undang"; Pasal 18 ayat (2): "Pemerintahan daerah provinsi, daerah kabupaten, dan kota mengatur dan mengurus sendiri urusan pemerintahan menurut asas otonomi

usitatus pada tanaman sayuran yang ditemui saat survei di dataran rendah paling tinggi terdapat pada tanaman legume yaitu pada kacang tanah, kacang panjang, kacang

pernikahan yang kedua tersebut tidak mendapatkan izin poligami dari Pengadilan agama, tidak dapat diisbatkan. Gugatan harta bersama setelah perceraian bagi warga Negara