• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keberkesanan penggunaan perbincangan ata. pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Keberkesanan penggunaan perbincangan ata. pdf"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PERBINCANGAN ATAS TALIAN

DALAM PORTAL MY GURU 2 TERHADAP PEMBELAJARAN DI UPSI

Mahizer Hamzah

Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjung Malim, Perak mahizer@upsi.edu.my

ABSTRAK

Portal MY Guru 2 merupakan satu platform e-pembelajaran yang baru digunakan di UPSI bermula Januari 2007. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan perbincangan atas talian oleh pelajar menggunakan portal tersebut dalam pembelajaran mereka. Seramai 400 orang responden daripada pelajar tahun 3 yang mengambil subjek Rekabentuk Instruksional dan Teknologi dipilih untuk kajian ini. Dalam kajian rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.76. Data yang diperolehi menjawab aspek-aspek seperti kandungan perbincangan, interaksi dalam forum, maklumbalas pensyarah, strategi pensyarah dan rupabentuk am My Guru2. Dapatan kajian ini dianalisis secara kuantitatif yang akan dijadikan panduan kepada penambaikan portal ini.

PENGENALAN

Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak merupakan universiti pendidikan yang terunggul di negara ini. Sebelum penubuhannya, ianya pernah dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC) iaitu institusi pendidikan guru pada tahun 1922 dan seterusnya kepada maktab perguruan dan institut perguruan sebelum dinaiktaraf sebagai sebuah universiti pada tahun 1997.

Dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), UPSI telah mengorak langkah dalam memartabat penggunaan ICT dalam pengurusan pengajaran dan pembelajarannya. Penubuhan Unit Pembelajaran Berasaskan Komputer (UPBK) pada bulan Jun 1999, merupakan permulaan kepada perkembangan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) dan berasaskan komputer seiring dengan pembelajaran kovensional. Dibawah projek ELIT ( Electronic Instruction and Learning), UPSI telah mengariskan objektif yang hendak dicapai iaitu ,

1. membina bahan elektronik terutama berasaskan web dan pembelajaran berbantukan komputer,

2. menggunakan secara sinkronous dan asinkronous internet dan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran, dan

3. menggunakan bahan pembelajaran berasaskan ICT seiring dengan kaedah konvensional dalam pengajaran dan pembelajaran.

(Yusup & Razmah, 2005) Bertitik tolak daripada perkembangan projek ELIT, UPSI memilih untuk menggunakan WebCT bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian pertamanya. Sistem pengurusan kursus secara atas talian ini merupakan sistem yang dibangunkan oleh University of British Columbia, Vancouver, Kanada. Peringkat awal penggunaan WebCT, pensyarah diberi latihan membina bahan pengajaran digital menggunakan perisian persembahan PowerPoint dan pemprosesan perkataan Word. Bahan-bahan ini kemudiannya dimuat naik ke dalam sistem rangkaian WebCT agar menjadi rujukan pelajar secara atas talian.

(2)

memberi sokongan dan bantuan. Pada semester II sesi 2006/2007, UPSI sekali lagi mengorak langkah dengan menaiktaraf sistem pengajaran dan pembelajaran atas taliannya dengan menggantikan sistem lama My Guru kepada My Guru 2. Sistem yang lebih mesra pengguna ini mempunyai pelbagai ciri-ciri tambahan antaranya perbincangan atas talian, pengumuman, berkongsi fail dan pemantauan. Sistem ini juga membenarkan pensyarah mengawal serta membuat pengubahsuaian terhadap paparan dan kandungan sistem selaras dengan tajuk-tajuk yang diajar.

PERNYATAAN MASALAH

Penggunaan My Guru 2 yang baru diaplikasi dalam sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran di UPSI bermula semester II 2006/2007 mempunyai matlamat yang besar terutama bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, satu kajian bagi mengenalpasti keberkesanan penggunaan perbincangan atas talian My Guru 2 di peringkat awal lagi bagi memastikan sistem ini benar-benar membantu pengajaran dan pembelajaran di UPSI.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan perbincangan atas talian di kalangan pelajar UPSI di dalam proses pembelajaran berdasarkan aspek berikut:

a) kandungan perbincangan b) interaksi dalam forum c) maklumbalas pensyarah d) strategi pensyarah e) rupabentuk am My Guru 2 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Skop dan batasan kajian ini adalah seperti berikut :

a) Penyelidikan ini tertumpu kepada pelajar yang mengambil subjek KPT2063 Rekabentuk Instruksional dan Teknologi semester II 2006/2007.

b) Penyelidikan ini berdasarkan persepsi pelajar mengenai keberkesanan penggunaan perbincangan atas talian dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

KEPENTINGAN KAJIAN Kepentingan kajian ini ialah :

a) Dapat mengetahui keberkesanan penggunaan perbincangan atas talian My Guru 2

b) Dapat mengenalpasti faktor-faktor yang membantu meningkatkan penggunaan My Guru2

c) Memberi maklumbalas kepada pihak UPSI dalam meningkatkan keupayaan sistem My Guru 2 dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran

METODOLOGI

Rekabentuk kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan yang melibatkan pelajar-pelajar yang menggunakan perbincangan atas talian sebagai salah satu kaedah pembelajaran. Kajian ini menggunakan soalselidik sebagai instrumen untuk penyelidikan dan dibahagikan kepada 2 bahagian A dan B. Bahagian A merupakan maklumat asas responden manakala bahagian B mempunyai 23 soalan bagi mengumpul data berkaitan persepsi pelajar terhadap keberkesanan forum atas talian My Guru 2. Bahagian ini terbahagi kepada 5 komponen dan menggunakan skala pengukuran interval iaitu skala Likert 5 mata iaitu Amat Setuju (AS), Setuju (S), Sederhana Setuju (SS), Tidak Setuju (TS) dan Amat Tidak Setuju (ATS). Borang soalselidik ini diubahsuai dari soalselidik yang direkabentuk oleh Abtar Kaur (2004).

(3)

secara rawak daripada 12 kumpulan berdasarkan kepada kaedah Krejcie dan Morgan (1970). Data yang dikumpulkan akan dikodkan, direkod dan dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Proses penganalisisan adalah menggunakan kaedah peratus dan skor min (item skala likert).

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan data demografik yang diperolehi daripada sejumlah 400 yang menjawab soalselidik yang dikemukakan, 77 orang merupakan pelajar lelaki manakala 323 merupakan pelajar perempuan. Jadual 1 di bawah menunjukkan jumlah pelajar mengikut program yang telah mengisi borang soal selidik. Program Sains merupakan jumlah yang tertinggi iaitu 137 orang (34.3%) diikuti dengan program Matematik seramai 111 orang (27.8%). Hanya seorang sahaja pelajar pelajar daripada program Pendidikan Sekolah Rendah mengisi borang soal selidik ini.

Jadual 1 : Taburan pelajar mengikut program

Program Jumlah Peratus (%)

Bahasa Melayu 15 3.8

Seni dan Visual 13 3.3

Pendidikan Khas 38 9.5

Pendidikan Sekolah Rendah 1 0.3

Matematik 111 27.8

Sains 137 34.3

Teknologi Maklumat dan Komunikasi 48 12.0

Perakaunan 21 5.3

Geografi 8 2.0

Sains Sukan 8 2.0

Jumlah 400 100.0

Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Forum Atas Talian My Guru 2

Persepsi pelajar terhadap keberkesanan forum atas talian My Guru 2 dilihat dari enam aspek iaitu kandungan perbincangan, interaksi dalam forum, maklumbalas pensyarah, strategi pensyarah, rupabentuk am My Guru dan tahap penglibatan atas talian.

Kandungan perbincangan

Jadual 2 menunjukkan persepsi pelajar terhadap kandungan perbincangan atas talian. Majoriti pelajar (90.5%) mendapati tajuk perbincangan sesuai dengan kursus yang diambil, mencabar minda mereka (72.8%), membantu memahami perkara yang sukar (55.6%), merupakan kesinambungan topik yang diajar semasa kuliah bersemuka (74.6%) dan mendapati bahan rujukan banyak membantu mereka dalam kursus (72.6%).

Jadual 2 : Kandungan perbincangan atas talian

No Pernyataan AS S SS TS ATS Min

1 Tajuk perbincangan sesuai dengan kursus yang saya ambil

19.5% (78)

71% (284)

9% (36)

0.5% (2)

4.10 2 Topik perbincangan mencabar

minda saya

13.5% (54)

59.3% (237)

23.8% (95)

3.3% (13)

0.3% (1)

3.83 3 Perbincangan atas talian

membantu saya lebih memahami perkara yang sukar

5.8% (23)

49.8% (199)

36.8% (147)

7.3% (29)

0.5% (2)

3.53

4 Perbincangan atas talian merupakan kesinambungan topik yang diajar semasa kuliah bersemuka

12.8% (51)

61.8% (247)

18.8% (75)

6.8% (27)

3.81

5 Bahan rujukan ( cth. pautan, nota ) banyak membantu di dalam kursus

15.8% (63)

56.8% (227)

23.5% (94)

3.3% (13)

0.8% (3)

3.84

(4)

Interaksi dalam forum

Interaksi dalam forum atas talian pula mendapati perbincangan antara pelajar dan pensyarah berjalan secara konsisten (61.6%), perbincangan antara rakan sekursus banyak membantu mempertingkatkan kefahaman (60.8%). Manakala 45.8% mendapati ramai rakan mereka yang menyertai perbincangan. 65.1% daripada responden mendapati pensyarah mereka mengalakkan pelajar berinteraksi antara satu dengan lain dan interaksi mereka dengan pensyarah membantu dalam kursus (68%).

Jadual 3 :Interaksi dalam forum atas talian

No Pernyataan AS S SS TS ATS Min

6 Perbincangan antara pensyarah dan pelajar berjalan secara konsisten sepanjang semester

4.8%

7 Perbincangan antara rakan sekursus banyak membantu mempertingkatkan kefahaman saya

8 Ramai rakan sekursus yang menyertai perbincangan atas talian

5.3% 9 Pensyarah saya menggalakkan

pelajar berinteraksi antara satu dengan lain di atas talian

13.8%

10 Interaksi antara pensyarah dan pelajar membantu saya di dalam kursus ini

9.5%

Keseluruhan 3.57

Maklumbalas pensyarah

Jadual 4 menunjukkan 60.1% pensyarah memberi maklumbalas segera terhadap persoalan yang dikemukakan, pensyarah memberi jawapan seperti yang dikehendaki (62.6%), pensyarah memberi maklumat tambahan yang diperlukan (64.3%) dan 70.5% memahami maklumbalas yang disampaikan oleh pensyarah.

Jadual 4 : Maklumbalas dari pensyarah

No Pernyataan AS S SS TS ATS Min

11 Pensyarah memberi maklumbalas segera terhadap persoalan saya

8.8% 12 Pensyarah memberi jawapan yang

saya kehendaki

5.8% 13 Pensyarah memberi maklumat

tambahan yang saya perlukan

9.3% 14 Saya memahami maklumbalas yang

disampaikan oleh pensyarah

7.5%

Keseluruhan 3.67

Strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah

(5)

Jadual 5 : Strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah

No Pernyataan AS S SS TS ATS Min

15 Pensyarah menggalakkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbincangan

16 Pensyarah memberi motivasi dan galakan apabila saya hadir di dalam perbincangan

11.5%

17 Pensyarah menggunakan maklumbalas saya bagi menggalakkan perbincangan selanjutnya

18 Pensyarah memberi motivasi dengan bagi menggalakan semua pelajar menyertai perbincangan

11.3%

Keseluruhan 3.80

Rupabentuk Am My Guru 2

Dalam menilai rupabentuk am My Guru 2, 97.3% menyatakan yang mereka tahu mengakses My Guru 2, mereka boleh mengakses My Guru 2 dengan mudah (57.8%). Sebanyak 50.3% pelajar menyatakan mereka suka paparan perbincangan atas talian My Guru 2 manakala 47.8% pula bersetuju maklumbalas yang mereka hantar jarang hilang. Sebilangan kecil (20%) sahaja pelajar bersetuju server memproses maklumat yang dihantar dengan cepat.

Jadual 6 : Rupabentuk Am My Guru 2 20 Saya boleh mengakses My Guru 2

dengan mudah

17.5% 21 Apabila saya menghantar

maklumbalas, server memprosesnya dengan cepat

3.5%

22 Apabila saya menghantar maklumbalas, maklumbalas yang saya hantar jarang hilang

8%

23 Saya suka dengan paparan perbincangan atas talian My Guru

5.3%

Keseluruhan 3.53

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

(6)

Seterusnya aspek maklumbalas dari pensyarah yang mempunyai min keseluruhanya 3.67. Ini menunjukkan pensyarah perlu merancang dengan teliti setiap perbincangan yang dijalankan serta memberi maklumbalas yang tepat dan sesuai dengan kehendak pelajar bagi mengalakkan pelajar terus berbincang di atas talian. Ini juga disokong oleh Aviv & Golan (1998) yang menyatakan dalam perbincangan secara elektronik, kebanyakan pelajar terlibat secara pasif dan hanya sedikit sahaja yang mengemukakan soalan. Ianya juga mencadangkan perbincangan secara elektronik boleh mewujudkan pengalaman pembelajaran sekiranya ianya dirancang dengan baik, berfokus dan mempunyai panduan sepanjang proses. Bagi aspek interaksi atas talian, min keseluruhannya masih berada pada tahap yang kuat iaitu 3.57. Aspek ini membuktikan perbincangan secara konsisten banyak memberi faedah kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan mereka. Ini selaras dengan kajian di New Jersey Institute of Technology terhadap 116 pelajar oleh Wu dan Hiltz (2003) mendapati secara keseluruhannya, perbincangan atas talian memberi menafaat kepada kemahiran belajar dan meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.

Aspek rupabentuk am My Guru 2 menyumbang min keseluruhan yang rendah dalam kajian ini iaitu 3.53. Walaubagaimanapun ianya masih berada pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan bahawa rupa am sesuatu portal perbincangan atas talian juga memainkan peranan yang penting bagi menarik minat pelajar untuk menggunakannya. Ini sependapat dengan Lynch, Marguerita (2002) yang mendapati pelajar ghairah dan tertarik dengan e-pembelajaran jika antaramukanya direkabentuk dengan menarik dan teratur. Namun demikian item 21 iaitu apabila saya menghantar maklumbalas, server memprosesnya dengan cepat mempunyai min yang terendah iaitu 2.78. Ini menunjukkan bahawa faktor kemudahan mengakses maklumat memberi kesan terhadap penggunaan perbincangan atas talian oleh pelajar. Peters (2001) yang mengatakan kepuasan pelajar terhadap pembelajaran atas talian adalah kerana ianya mudah diakses, felksibel dalam interaksi antara guru dan pelajar. Ini juga disokong oleh Davis, Fred D. (1989) yang menyatakan kesenangan penggunaan bagi sesuatu sistem itu mampu mengalakkan seseorang menggunakannya. Oleh itu, sistem sedia ada perlulah dipertingkatkan bagi memastikan masalah server dapat diatasi.

RUJUKAN

Abtar Kaur, (2004). Effectiveness of Online Forum at OUM. Tidak terbit, Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

Aviv & Golan, (1998). Pedagogical Communication Patterns in Collaborative Telelearning. Journal of Education Technology Systems.

http://www.cjlt.ca/content/vol29/cjlt29-3_art6.html.

Davis, Fred D. (1989).”Perceived usefulness, perceived ease of use, & user acceptance of information technology.” MIS Quater. 13, pp. 319 – 340.

Horton, S. (2000). Taking Discussion online.

http://www.dartmouth.edu/~webteach/artices/discusssion.html.

Ismail Zain (2003). “Pelajar Cemerlang: Melangkah Ke Alam Siber.” Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kearsley et al. (1995). “The effective & impact of online learning in graduate education.” Education Technology, pp. 37-42

Lynch, Marguerita (2002). “The Online Educator.” London & New York : Routledge Falmer. McDonald, J. (2002). Is “ As Good as Face-to-Face” As Good As It Gets?

http://www.sloan-c.org/publications/jaln/v6n2/v6n2_macdonald.asp.

Peters, L. (2001). Through the Looking Glass: Students Perception of Online Learning. http://ts.mivu.org/default.asp?show=article&id=907.

Wu, Dezhi & Hiltz, Starr Roxanne. (2003). Discussions and Perceived Learning. http://www.alnresearch.org/Data_Files/articles/full_text/wu_Hiltz(2003).pdf.

(7)

Mahizer

 

Hamzah

 

(2007).

 

Keberkesanan

 

penggunaan

 

perbincangan

 

atas

 

talian

 

dalam

 

portal

 

My

 

Guru

 

2

 

terhadap

 

pembelajaran

 

di

 

UPSI.

 

Proceedings of the 1st International Malaysian 

Referensi

Dokumen terkait

Kabupaten Musi-Rawas Propinsi Sumatera Selatan, Direktorat Inventarisasi Sumber Daya Mineral bekerjasama dengan Dinas Pertambangan Daerah melakukan kegiatan pendataan bahan

Oleh sebab itu, pada penelitian ini dilakukan pembuatan karet alam berpengisi selulosa dari serat TKKS yang dimodifikasi dengan penambahan coupling agent 3-

Bentuk strategi pemasaran apakah yang tepat menurut situasi dan kondisi yang dimiliki oleh Dwi Sapta Advertising dalam memenangkan persaingan periklanan di Jakarta.

aktor-faktor yang mempengaruhi p$ tanah adalah unsur-unsur yang terkandung dalam tanah, konsentrasi ion $ (  dan ion &$ - , mineral tanah, air hujan dan bahan induk,

Spermatogenesis adalah suatu rangkaian perkembangan sel spermatogonia dari epitel tubulus seminiferus yang mengadakan proliferasi dan selanjutnya berubah menjadi spermatozoa

Untuk itu dalam mengukur keberhasilan dari tujuan dan sasaran kinerja Sekretariat DPRD Kabupaten Jombang tahun 2015, maka ditetapkan rencana tingkat capaian kinerja

pola hubungan guru dan murid untuk mendapatkan gambaran bagaimana hubungan guru murid yang tertuang dalam kitab Ta’lim al-Muta’allim, yang ditulis pada Bab IV

Manometer kolom cairan biasanya digunakan untuk pengukuran tekanan yang tidak terlalu tinggi (mendekati tekanan atmosfir). Manometer adalah alat yang digunakan secara luas