• Tidak ada hasil yang ditemukan

KECERDASAN EMOSI DAN KEPEMIMPINAN PENDID

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KECERDASAN EMOSI DAN KEPEMIMPINAN PENDID"

Copied!
0
0
0

Teks penuh

(1)

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30(1) 113

KECERDASAN EMOSI DAN KEPEMIMPINAN PENDIDlKAN

DALAM PEMBENTUKAN SEKOLAH BERKESAN

Shahril@ Charil Marzuki

Yahya Bin Don

Jabatan Pengurusan Perancangan&Dasar Pendidikan Fakulti Pendidikan

Universiti Malaya

This article suggests that emotional intelligence of school leadership plays a central role in school improvement and effectiveness. Emotional intelligence is the ability to understand and manage emotions in the self, teachers, staff and students. Four major aspects of emotional intelligence, namely appraisal and expression of emotion, the use of emotion to enhance cognitive process and decision making, knowledge about emotions, and management of emotions are described. This article also discusses how emotional intelligence contributes to school effectiveness by focusing on elements of school leadership: emotional intelligence; development of collective goals; instilling an appreciation of the importance of work activities; generating and maintaining enthusiasm, confidence, optimism, cooperation and trust; encouraging flexibility in decision making; and, establishing and maintaining a meaningful school identity.

Pemimpin sekolah merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga pelajar daripada mementingkan gaya atau stail kepemimpinan (Meindl, 1990). Terdapat banyak teori kepemimpinan pendidikan yang disokong dengan pelbagai dapatan kajian, namun begitu bagaimana kepemimpinan pendidikan berjaya atau gagal mempengaruhi guru dan pelajar dalam memajukan sesebuah sekolah masih menjadi persoalan. Selain itu, pelbagai kajian yang berorientasikan aspek kognitif dalam kepemimpinan juga telah mendapat perhatian meluas, terutamanya kepada aspek- aspek emosi pemimpin dan emosi subordinat yang mempengaruhi komitmen dan tahap ketahanan mereka menghadapi cabaran dan halangan dalam organisasi (George & Brief, 1996). Antara kajian awal yang membincangkan persoalan emosi dan perasaan ialah kajian oleh George dan Bettenhausen (1990). Kajian mereka mendapati pemimpin yang berkerja dalam emosi yang positif dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan jika dibandingkan dengan pemimpin yang kurang berpengalaman.

(2)

dan mencadangkan aspek perasaan merupakan aspek utama dan penting dalam proses kepemimpinan. Oleh itu, peranan emosi dalam proses kepemimpinan pendidikan merupakan sesuatu yang perlu dikaji dan diperluas menerusi penyelidikan terutamanya dalam usaha untuk meningkatkan jumlah sekolah berkesan di Malaysia.

Emosi dan Kepimpinan

Emosi menunjukkan pelbagai tujuan dalam perhubungan antara manusia dan ianya memainkan peranan penting dalam aspek kepemimpinan. George dan Bettenhausen (1990) dan George (1995) meneliti beberapa faedah yang diperolehi daripada emosi. Pemimpin yang mempunyai emosi yang positif dapat mempengaruhi keberkesanan dalam kepemimpinan. Emosi yang positif akan mendorong kepada pemprosesan informasi yang sistematik dan berhati-hati dan akan memberi kelebihan sekiranya seseorang pemimpin berhadapan dengan masalah yang kompleks dan berisiko tinggi (Sinclair & Mark, 1992). Namun begitu, secara relatifnya kecenderungan emosi yang negatif mungkin dapat mendorong secara tidak langsung perhatian pemimpin ke atas sesuatu isu yang memerlukan perhatian segera (Forgas, 1993). Kepemimpinan yang telah mempunyai pengalaman tidak senang ke atas tingkah laku guru atau pelajarnya di sekolah mungkin boleh ditunjukkan melalui tindakan emosi. Rasa tidak senang merupakan amaran daripada seseorang pemimpin dan membantu mengurangkan masalah tersebut dalam organisasi (Forgas, 1993).

Adalah sesuatu yang amat sukar untuk menyenaraikan pengalaman pemimpin ke atas bentuk emosi bagi sesuatu kes. Hal yang demikian ini mungkin dapat dibina melalui konstruk senario pengalaman seseorang pemimpin bagi emosi yang tertentu. Pemimpin yang seringkali berhadapan dengan situasi kemarahan akan sukar untuk membina hubungan yang baik dan kurang memberi kepercayaan kepada subordinat (Jolly, 2001). Hal yang sama juga berlaku bagi pemimpin yang sentiasa mempunyai emosi yang positif terhadap sesuatu tugas, mungkin akan gagal untuk memberi kenyataan dan melihat kemantapan subordinat dalam masa yang singkat (George, 2000).

(3)

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30(1) 115

Kecerdasan Emosi

Kecerdasan emosi (emotional intelligence atau EI) merujuk kepada kemampuan memahami emosi, menyelaminya, dan membina hubungan bagi meningkatkan pengetahuan dalam memahami emosi diri dan orang lain (Mayer & Salovey, 1997). EI juga dihubungkait dengan keberkesanan kepemimpinan. Kecerdasan ini merujuk kepada kemampuan pemimpin untuk menghubungkan emosi dengan penyebab, menggunakan emosi untuk membina penyebab dan penyebab kepada kesejahteraan emosi (Mayer & Salovey, 1997). Dengan lain perkataan, EI merupakan 'bekas' untuk meneruskan kemampuan kognitif manusia.

Menurut Goleman (1995), EI juga dikaitkan dengan pengalaman tertentu yang diperolehi dalam membentuk trait yang positif atau negatif. EI dapat dibahagikan kepada empat aspek iaitu:

1. Penilaian dan ekspresi emosi.

2. Emosi dan proses membuat keputusan. 3. Pengetahuan mengenai emosi.

4. Pengurusan emosi.

Oleh itu, pemimpin sekolah perlu menguasai empat dimensi kecerdasan emosi tersebut dan memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik serta dapat mengurus emosi secara efektif sejajar dengan perkembangan proses kognitif guru-guru dan pelajar.

Penilaian dan Ekspresi Emosi

Penilaian dan ekspresi emosi memberi kesan kepada kepemimpinan pendidikan dan guru serta pelajar. Perbezaan antara guru bergantung kepada darjah kewaspadaan terhadap emosi dan pengalaman mereka sarna ada secara verbal atau non-verbal semasa di sekolah atau luar sekolah. Dengan lebih tepat lagi, penilaian emosi akan membantu meningkatkan input emosi dalam membuat keputusan dan pengadilan di dalam bilik darjah dan sekolah. Emosi yang tepat akan memastikan seseorang itu mampu berkomunikasi secara efektif dengan guru dan pelajarnya dalam usaha untuk mencapai objektif falsafah pendidikan kebangsaan.

(4)

Manusia berbeza dalam kemampuan untuk mengekspresi emosi yang tepat. Sesetengahnya merujuk kepada simptom alexithymics, iaitu tidak boleh menilai emosi dirinya dan tidak berkebo1ehan berkomunikasi berdasarkan bahasa yang disenanginya (Kushman, 1992). Alexithymic ialah masalah psikologi dan berkaitan dengan kemampuannya untuk mempamerkan emosi (Salovey, Hsee, & Mayer, 1993). Manusia berbeza-beza kemampuan dalam menunjukkan emosi sarna ada secara verbal atau non- verbal (ereksi muka dan badan) (Burckle, 2000) dan kemampuan untuk memahami dan menyelami perasaan orang lain (Mehrabian & Epstein, 1972). Empati menyumbang kepada EI, yang merupakan elemen penting dalam memperkukuhkan hubungan interpersonal (Mayer, Salovey, & Caruso, 2002). Dalam hal ini kepemimpinan sekolah perlu meningkat dan memperkukuhkan kompetensi emosi, terutamanya berkaitan penilaian dan ekspresi emosi dalam kalangan subordinat. Menurut Goleman (1995), kecerdasan emosi merupakan aspek yang bo1eh dipe1ajari dan dipertingkatkan kemahirannya.

Emosi dan Proses Membuat Keputusan

Kepemimpinan pendidikan yang mencapai tahap EI yang baik bukan sahaja dapat mengawal emosi dirinya sebagai seorang guru dan pemimpin di seko1ah tetapi dapat mengaplikasikannya untuk pelbagai faedah; pertama EI boleh digunakan untuk mendapat pertimbangan dan amaran apa yang sepatutnya diberi tumpuan; kedua, emosi boleh digunakan untuk menggalakkan penyertaan, membuat pilihan dan keputusan. Ketiga, emosi boleh digunakan untuk membina proses kognitif tertentu, seperti membina emosi yang positif bagi menjana kreativiti, pemikiran integratif dan penyebab induktif. Emosi yang negatif boleh menjana perhatian yang lebih khusus, informasi yang lebih berhati-hati dan mengelak dari kesalahan dan masalah (Isen et al., 1985).

Se1ain itu, perubahan emosi boleh membawa kepada perancangan yang lebih fleksibel, meningkatkan lebih banyak altematif dan pandangan terhadap masalah dengan lebih terbuka (Mayer, Caruso, & Salovey, 1999; Salovey & Mayer, 1990). Bila seseorang itu mempunyai emosi yang positif, ia akan lebih bersifat optimistik dan 1ebih menyukai perkara-perkara yang positif. Seseorang yang berada da1arn emosi yang negatif lebih cenderung kepada sikap pesimistik dan kurang kepada perkara yang positif (Salovey & Mayer, 1990). Mereka yang berada dalam emosi yang positif juga cenderung kepada menonjolkan kejayaan masa depan dan efikasi kendiri (Forgas, Bower, & Krantz, 1984; Kavanagh, MacKinney,& Wolins, 1971). Secara keseluruhannya, berdasarkan penilaian dan peluang yang sarna dan berdasarkan emosi, perbezaan pilihan akan mempengaruhi pemikiran untuk pertimbangan.

(5)

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30(l) 117

Pengetahuan tentang Emosi

Pengetahuan tentang emosi akan menentukan pemahaman mengenai emosi diri dan emosi orang lain, seterusnya kaedah pemimpin dalam membuat perubahan. Manusia berbeza berdasarkan tahap kewaspadaan dan pemahaman mengenai penilaian sesuatu situasi (Bower, 1991). Seseorang pemimpin yang melakukan perubahan akan terperanjat dengan reaksi pertama guru dan staf seperti ketakutan atau anxiety terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Hal yang demikian ini bermakna pemimpin pendidikan tidak mempunyai pengetahuan mengenai pelbagai penentu emosi. Sejak dulu lagi emosi sentiasa berubah (Salovey & Mayer, 1990). Ketakutan dan anxiety akan terlibat secara negatif dengan emosi, empati dan seterusnya lebih cenderung berlawanan dengan kehendak seseorang itu. Dalam pada itu emosi boleh berlaku dalam pelbagai keadaan yang berbeza. Sebagai contohnya enthusiasmboleh mendorong kepada kurangnya perasaan kepunyaan, terutamanya berpunca daripada situasi yang membawa kepada penyebab (Goleman, 1995). Sesetengah orang amat memahami apa yang mereka akan rasa dan akan menggunakan pengetahuan ini dalam pelbagai kaedah. Pemimpin yang mempunyai emosi negatif memilih untuk melewatkan mesyuarat (perbincangan) dengan guru dan staf mengenai perubahan perancangan, tidak berusaha mendapat sokongan guru dan staf, kurang kemampuan untuk berkomunikasi, dan kurang mendapat informasi tentang perubahan yang bakal dilakukan (Mayer & Salovey, 1997).

Oleh itu, dalam usaha untuk meningkatkan jumlah sekolah berkesan di Malaysia, kepemimpin sekolah perlu menguasai dan memahami mengenai pelbagai aspek emosi terutamanya yang berkaitan dengan stres para guru, permasalahan pelajar, bebanan tugas, dan sebagainya. Hal yang demikian ini amat penting dalam era globalisasi, maklumat tanpa batasan, perkembangan teknologi dan kepelbagaian karenah guru dan pelajar. Pemimpin sekolah perlu memahami aspek-aspek emosi yang boleh mendorong guru dan pelajar untuk lebih berusaha dan meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Pengurusan Emosi

EI merangkumi segala tindakan yang berbentuk proaktif terhadap emosi diri sendiri dan orang lain. Kajian menunjukkan terdapat pemimpin yang cuba untuk mempertahankan emosi yang positif (Clark & Waddell, 1983). Emosi yang positif dapat membantu untuk memahami perbezaan individu yang juga merupakan asas kejayaan dalam mengurus emosi dan perasaan. Syarat atau peraturan ini merupakan proses reflektif yang merujuk kepada meta-regulasi emosi (Mayer & Salovey, 1997). Dengan perkataan lain EI merangkumi perbezaan individu iaitu pengetahuan mengenainya secara tepat dapat memberi tindak balas atau refleksi kepada sesuatu emosi dan aspek pengurusannya (Salovey et al., 1993).

(6)

itu perlu berkebolehan untuk menilai ekspresi emosi dan pemahaman mereka mengenai keempat-empat dimensi EI yang dinyatakan di atas. Kebolehan ini juga dapat membantu kepemimpinan pendidikan mengurus emosi guru dan pelajar dengan lebih berkesan.

Empat aspek EI adalah berkaitan antara satu sama lain. Sebagai contohnya kewaspadaan emosi diperlukan dalam pengurusan dan empati mungkin menyumbang kepada perkembangan emosi orang lain (Mayer et al., 2002; Mayer &Salovey, 1997). Secara relatifnya EI merupakan konstruk baru dan mempunyai asas perkaitan dengan kecerdasan sosiaI. Walau bagaimanapun EI lebih merupakan pandangan yang aktif dan berguna serta lebih efektif.

Penguasaan kecerdasan emosi yang baik akan dapat membantu pemimpin sekolah meningkatkan hubungan yang lebih efektif dengan para guru dan pelajar. Pengurusan emosi yang baik dapat meningkatkan kepuasan dan komitmen guru-guru terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Para guru tidak akan rasa terbeban dan akan sanggup untuk bekerja lebih daripada sepatutnya(extra effort)apabila berada dalam situasi yang tenang, gembira, dan dihargai (Bass, 1990).

Kecerdasan Emosi Pemimpin dalam Pembentukan Sekolah Berkesan

Kecerdasan emosi berfungsi kepada pelbagai aspek kehidupan seperti pencapaian dan mewujudkan hubungan yang lebih rapat antara sesama manusia (Goleman, 1995; Salovey & Mayer, 1990). Kajian-kajian telah mendalami beberapa aspek EI iaitu penilaian dan ekspresi emosi, menggunakan emosi untuk menggalakkan proses kognitif dan peranan kecerdasan emosi dalam membuat keputusan. Pengetahuan mengenai emosi dan pengurusan emosi juga didapati menyumbang kepada keberkesanan kepemimpinan dalam meningkatkan pencapaian organisasi (George, 2000).

Untuk melihat implikasi EI pemimpin terhadap pembentukan sekolah berkesan adalah perlu untuk kita mengenal pasti alam kepemimpinan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan kajian sintesis oleh Yukl (1998) dan Conger dan Kanungo (1998), elemen yang khusus boleh dikenal pasti untuk melihat keberkesanan kepemimpinan dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi. Setakat ini belum terdapat teori yang mengkhusus dalam membincangkan elemen-elemen ini dan perbincangan ini hanya boleh diperolehi daripada pelbagai teori tradisi yang asas.

Sehubungan itu, untuk meningkatkan jumlah sekolah berkesan di Malaysia, kecerdasan emosi pemimpin dapat dibina melalui beberapa elemen seperti berikut:

1. Membina perasaan pencapaian terhadap matlamat dan objektif sekolah secara kolektif. 2. Menyuntik budaya ilmu dan menghargai setiap tingkah laku dan hasil kerja guru dan

pelajar.

3. Mendorong dan mengekalkan semangat (enthusiasm), keyakinan dan sikap optimis dalam kalangan guru di sekolah di samping semangat kerjasama dan penuh percaya.

4. Lebih fleksibel dalam membuat keputusan dan perubahan.

(7)

Masalah Pendidikan 2007,Jilid30(1) 119 Membina Perasaan Pencapaian terhadap Matlamat Sekolah Secara Kolektif

Matlamat dan objektif merupakan pertimbangan asas pencapaian yang merujuk kepada visi dan misi kepemimpinan pendidikan di sekolah (Conger & Kanungo, 1998). EI dapat menyumbangkan kepada pelbagai cara pembinaan visi oleh pemimpin dalam sesebuah sekolah. Kepemimpinan sekolah mungkin menggunakan emosinya untuk mendorong proses perubahan seperti tipu helah, membina isu, dan memberi peluang secara terbuka kepada guru dan pelajar dalam sekolah. Kepemimpinan pendidikan sentiasa mempunyai peluang yang terbuka untuk mendapat informasi melalui sesuatu isu yang tidak jelas.

Kajian mendapati pemimpin yang berada dalam emosi positif lebih kreatif dan lebih terdorong untuk menghasilkan pencapaian visi tanpa paksaan (Is en, Johnson, et al., 1985). Sebagai contoh, mereka yang mempunyai emosi yang positif didapati mempunyai pelbagai cara atau teori, mengguna pelbagai kaedah dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan lebih bersifat fleksibel (Isen, Daubman, et al., 1987). Mereka kreatif dalam membentuk visi untuk kemajuan sekolah, lebih merupakan latihan kepada kreativiti, pemikiran yang positif, dan fleksibel dan juga merupakan latihan untuk membentuk emosi yang positif (Isen, Johnson, et al., 1985). Kepemimpinan pendidikan yang mempunyai EI yang tinggi akan mendapat peluang lebih baik dan menggunakan emosi dan perasaan yang positif untuk meningkatkan keberkesanan sesebuah sekolah.

Kepemimpinan pendidikan yang mempunyai EI yang tinggi juga cenderung untuk memperolehi pengetahuan tentang sesuatu fakta. Emosi yang positif mungkin menyebabkan mereka terlalu optimis. Oleh itu untuk memastikan supaya lebih realistik dan sesuai, seseorang pemimpin sekolah perlu melihat kembali keputusan yang dibuat sama ada terlalu neutral atau dalam keadaan emosi yang negatif. Seperti pemimpin organisasi yang lain, kepemimpinan sekolah juga perlu berkebolehan memperbaiki emosi yang negatif yang boleh menghadkan sumber, fleksibiliti dan kreativiti. Secara umumnya mereka boleh menggunakan proses meta-emosi untuk mengurus emosi dan perasaan, supaya dapat berfungsi dalam pelbagai keadaan (Mayer et al., 1999).

(8)

Oleh itu, untuk menghargai setiap kerja guru dan pelajar, kepemimpinan sekolah itu perlu lebih berhati-hati dalam penyelesaian masalah dan berhadapan dengan pelbagai isu yang berpotensi di sekolah. Secara tidak langsung perbuatan ini dapat meningkatkan keyakinan dan kemampuan kepemimpinan pendidikan dalam menyelesaikan masalah, menjadikannya sebagai satu cabaran dan peluang. Pemimpin pendidikan perlu memahami dan mempengaruhi emosi guru dan stafnya. Sebagai contoh beliau perlu lebih berhati-hati dengan persekitaran masalah dan membentuk visi dalam sesebuah sekolah. Beliau akan berasa bersemangat dalam menyelesaikan masalah dan merasa lebih optimis. Pemimpin pendidikan yang mempunyai EI yang tinggi lebih berpengetahuan dan dapat mengurus emosi melalui kaedah ini. Walau bagaimanapun beliau perlu lebih bersikap intuitif dalam proses dan tindakan apabila dipersembahkan sesuatu hasil yang positif dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian sekolah.

Menggalakkan dan Mengekalkan Semangat, Keyakinan dan Lebih Optimistik

Untuk membolehkan kepemimpinan pendidikan menggalakkan dan mengekalkan rangsangan dan lebih bersemangat, mereka mesti berkebolehan untuk menilai bagaimana perasaan para guru dan mempunyai pengetahuan bagaimana untuk mempengaruhi sesuatu perasaan mereka. Mereka mesti berkebolehan melihat dan menilai reaksi para guru atau staf dalam keadaan yang berbeza dan melakukan perubahan yang dapat mengurus dengan efektif reaksi tersebut. Pemimpin perlu berwaspada mengenai sesuatu masalah, berpegang kepada visi dan misi secara kolektif, berkeyakinan untuk menyelesaikan masalah dan merasa optimis tentang tahap efikasi dan penglibatan subordinat.

Walaupun begitu, kepemimpinan pendidikan perlu mampu untuk mengenal pasti antara emosi guru dan stafnya dengan perasaan yang nyata. Kajian mengenai ekspresi emosi menyatakan seseorang itu akan cuba untuk mengawal emosinya (Edmonds, 1979). Keadaan ini menunjukkan emosi bergantung kepada konteks sosial (Mayer & Salovey, 1993). Seseorang pemimpin sekolah semestinya berkebolehan menentukan perbezaan sebagai contohnya kecenderungan dan semangat yang merupakan kepalsuan yang berlawanan dengan kenyataan. Sekiranya semangat merupakan suatu kepalsuan, seseorang pemimpin sekolah perlu menentukan bagaimana untuk mewujudkan dan mengekalkan keikhlasan. Berdasarkan kemampuannya mengurus emosi, pemimpin yang mempunyai EI tinggi seringkali mampu untuk berhadapan apabila ekspresi emosi adalah yang sebenarnya.

(9)

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30(1) 121 rasa penuh yakin dalam sekolah. Ini adalah kerana pemimpin yang mempunyai EI yang tinggi lebih memahami dan mampu mengurus emosinya dan mereka akan lebih terlibat dalam pembinaan kemahiran berfikir, selain itu berusaha membina dan mengekalkan darjah kerjasama dan tahap kepercayaan yang tinggi (George, 2000).

Dalam hal ini, kepemimpinan sekolah yang peka akan EI dapat berada dalam sekolah mereka dengan semangat yang tinggi, dan optimis. Mereka akan lebih berkeyakinan dalam membina hubungan interpersonal yang tinggi kualitinya dengan guru-guru. Hubungan ini dapat melahirkan beberapa kesempatan atau peluang kepada sekolah, pemimpin dan para guru. Dorongan dan tindak balas yang bersesuaian dalam mempengaruhi emosi para guru amat diperlukan oleh pemimpin sekolah untuk membina hubungan interpersonal yang berkualiti tinggi dan kesan positifnya merupakan suntikan yang bermakna bagi meningkat kepercayaan dan keyakinan mereka. Seterusnya, beberapa hal yang bersifat demikianlah akan dapat meningkatkan jumlah sekolah berkesan di Malaysia.

Fleksibel dalam Membuat Keputusan dan Perubahan

Apabila pemimpin telah mengetahui emosi dirinya dan dapat mengurus dengan baik mereka boleh mengaplikasikannya dalam membuat keputusan. Pertama, mereka boleh mendapat petunjuk dan menggunakanya untuk mempertimbangkan keputusan yang segera (Meindl, 1990). Emosi yang berhubungan dengan penyebab dapat membantu memberi maklumat penting untuk digunakan sebagai keutamaan untuk memenuhi permintaan dan juga membantu dalam membuat keputusan yang efektif. Kedua, emosi dapat membantu kepemimpinan pendidikan dalam mendapat maklumat berkaitan masalah dan peluang (Goleman, 1995). Pemimpin yang secara tepat memahami maklumat berkaitan emosi dapat menentukan penyebab apabila emosi dihubungkan dengan peluang, permasalahan atau cadangan tindakan dan menggunakan maklumat tersebut untuk membuat keputusan (Mayer & Salovey, 1997). Mengetahui emosi dan asas sebab musababnya dapat membantu seseorang pemimpin sekolah menggunakan input secara efektif dalam membuat keputusan. Selain itu, kepemimpinan sekolah berdasarkan pengalaman emosi boleh mengambil langkah awal untuk mengelak membuat keputusan yang salah. EI membantu pemimpin dalam menggunakan emosi secara efektif untuk menguruskannya dalam mencapai keputusan yang efektif.

(10)

mendorong seseorang pemimpin sekolah lebih optimistik dan bersungguh-sungguh mengenai penyebab-penyebab tindakannya atau pertimbangan semula tindakan.

Peningkatan terhadap kelenturan yang lahir daripada EI akan membuat pemimpin menyumbangkan kepada keberkesanan sesebuah organisasi. Pemimpin yang efektif mampu untuk mengenal pasti perhubungan antara pelbagai isu yang mereka hadapi dapat membantu mereka bertindak dengan sebaik-baiknya (Yukl & Van Fleet, 1992). Pemikiran yang fleksibel mendorong kepada penjanaan EI dan membantu pemimpin melihat isu-isu yang saling berkaitan.

Sesungguhnya, EI akan dapat menyumbang kepada kemampuan pemimpin untuk lebih berjaya dalam membawa perubahan dalam sesebuah sekolah. Hal yang demikian ini berlaku apabila kepemimpinan sekolah lebih memahami dan mampu mempengaruhi para gurunya. Mereka lebih berkeyakinan dalam mempengaruhi guru dan pelajar berdasarkan emosi tertentu dan dapat mewujudkan kondisi emosi yang mendorong kepada kemahiran untuk melakukan perubahan. Perkembangan kognitif ini sudah tentu menjurus kepada peningkatan jumlah sekolah berkesan.

Mengekal dan Memantapkan Identiti Sekolah

Identiti sesebuah sekolah atau organisasi dibentuk daripada budaya yang tertentu (Tichy & Devanna, 1990). Melalui budaya sekolah, guru dan pelajar membentuk identiti secara kolektif dan bermakna. Dalam hal ini peningkatan dalam kepentingan aktiviti kepemimpinan dapat membentuk dan membina budaya sekolah. Budaya sekolah dilahirkan secara relatifnya melalui perkongsian ideologi yang mengandungi kepercayaan, norma dan nilai tertentu (Tichy & Devanna, 1990). Sebagai contoh, menggunakan teknologi yang lebih maju akan mengurangkan kerja rutin sccara umumnya pada masa hadapan (Tran, 1998). Kurangnya kerja rutin memerlukan pemerhatian dan kawalan secara terus dan membawa organisasi berkemungkinan meningkatkan pergantungan kepada pengaruh budaya. Pembangunan dan ekspresi budaya dan identiti organisasi juga akan meningkatkan kepentingan keberkesanan kepemimpinan.

Emosi akan menentukan nilai dan kelangsungan norma dan kepercayaan dalam sesebuah sekolah atau organisasi. Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, sesuatu yang sukar dan tidak mustahil untuk menentukan apa yang diharapkan atau dipentingkan dalam emosi (Goleman, 1995). Norma terutamanya norma dalaman akan menentukan kemantapan perasaan yang positif dan negatif. Tichy dan Devanna (1990) menyatakan bahawa budaya dapat disemai bersama emosi. Pegangan nilai norma dan budaya memberi keputusan yang kukuh dan membantu para guru dalam sesebuah sekolah menerima nilai- nilai sosial bagi ekspresi emosi mereka.

(11)

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30(1) 123

Kesimpulan

(12)

Rujukan

Bass, B. M. (1990). Bass& Stogdill's handbook of leadership: Theory, research& management applications.New York: Free Press.

Bower, G. H. (1991). Mood congruity of social judgments. Dalam J. P. Forgas (Ed.), Emotion and social judgments(ms. 31-53). Oxford: Pergamon Press.

Burckle, M. (2000). Can you assess your own emotional intelligence? Evidence supporting multi-rater assessment.Hay/McBer Research Report.

Clark, M. S., & Waddell, B. A. (1983). Effects of emotion on thoughts about helping, attraction and information acquisition.Social Psychology Quarterly,46, 31-35.

Conger, J. A., & Kanungo, R. N. (1998).Charismatic leadership in organizations. Thousand Oaks, CA: Sage.

Edmonds, R. (1979). Effective schools for the urban poor. Educational Leadership, 40(3),4-11.

Emmons, R. A.,&Colby, P. M. (1995). Emotional conflict and well-being: Relation to perceived availability, daily utilization, and observer reports of social support. Journal of Personality and Social Psychology,68, 947-959.

Fineman, S. (1993).Emotion in organizations.London: Sage.

Forgas, J. P. (1993). On making sense of odd couples: Mood effects on the perception of mismatched relationships.Personality and Social Psychology Bulletin,19, 59-71.

Forgas, J. P. (1995). Mood and judgment: The affect infusion model.Psychological Bulletin, 117, 39-66.

Forgas, J. P., Bower, G. H., & Krantz, S. E. (1984). The influence of mood on perceptions of social interactions.Journal of Experimental Social Psychology, 20,497 -513.

Gardner, W. L., & Avolio, B. J. (1998). The charismatic relationship: A dramaturgical perspective.Academy of Management Review,23, 32-58.

George, J. M. (1995). Leader positive emotions and group performance: The case of customer service.Journal of Applied Social Psychology,25, 778-794.

George, J. M. (2000). Emotions and leadership: The role of emotional intelligence. Human Relations,53(8), 1027-1054.

George, J. M., & Bettenhausen, K. (1990). Understanding pro-social behavior, sales performance, and turnover: A group level analysis in a service context.Journal of Applied Psychology,75, 698-709.

George, J. M., &Brief, A. P. (1996). Feeling good -- doing good: A conceptual analysis of the mood at work-organizational spontaneity relationship. Psychological Bulletin, 112,310-329.

Goleman, D. (1995).Emotional intelligence.New York: Bantam.

House, R. J. (1995). Leadership in the twenty-first century. DalarnA. Howard (Ed.), The changing nature of work.San Francisco: Jossey-Bass.

(13)

Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30(1) 125 Isen, A. M., Johnson, M. M. S., Mertz, E., &Robinson, G. F. (1985). The influence of positive affect on the unusualness of word associations. Journal of Personality and Social Psychology,48, 1413-1426.

Jolly, A. L. (2001). Mindfulness and meditation as a tool for stress reduction and employee effectiveness. Master thesis, Pepperdine University, The George L. Graziado School of Business and Management.

Kanfer, R., & Klimoski, R. J. (2002). Affect at work: Looking back to the future. Dalam R. G. Lord, R. J. Klimoski, & R. Kanfer (Sid. Ed.),Emotions in the workplace: Understanding the structure and role of emotions in organizational behavior. San Francisco: Jossey, Bass.

Kavanagh, M. J., MacKinney,A. C., & Wolins, L. (1971). Issues in managerial performance: Multitrait-multimethod analysis of ratings.Psychological Bulletin,75(1),34 - 49.

Kushman, J. W. (1992). The organizational dynamics ofteacher workplace commitment: A study of urban elementary and middle schools. Educational Administration Quarterly,28(1), 5- 42.

Mayer, J. D., Caruso, D. R., & Salovey, P. (1999). Emotional intelligence meets traditional standards for an intelligence.Intelligence,27,267-298.

Mayer, J. D., & Salovey, P. (1993). The intelligence of emotional intelligence. Intelligence, 17,433-42.

Mayer, J. D., & Salovey, P. (1997). What is emotional intelligence. Dalam P. Salovey & D. Sluyter,Emotional development and emotional intelligence: Educational implications (ms. 3-34). New York: Basic.

Mayer, J. D., Salovey, P., & Caruso, D. (2002). Competing models of emotional intelligence. Dalam R. J. Sternberg (Sid. Ed.), Handbook of human intelligence. New York: Cambridge UP.

Mehrabian, A., &Epstein, N. (1972). A measure of emotional empathy. Journal of Personality, 40, 525-543.

Meindl, J. R. (1990). On leadership: An alternative to the conventional wisdom. Dalam B. M. Staw & L. L. Cummings (Sid. Ed.), Research in organizational behavior, J. 12. Greenwich, CT: JAI Press.

Salovey, P., Hsee, C. K.,&Mayer, J. D. (1993). Emotional intelligence and the self-regulation of affect. Dalam D. M. Wegner&J. W. Pennebaker (Sid. Ed.),Handbook of mental control.Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Salovey, P., & Mayer, J. D. (1990). Emotional intelligence. Imagination, Cognition, and Personality,9, 185-211.

Sinclair, R. C., & Mark, M. M. (1992). The influence of mood state on judgement and action: Effects on persuasion, categorization, social justice, person perception, and judgmental accuracy. Dalam L. L. Martin & A. Tesser (Sid. Ed.),The construction of social judgments.Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Tichy, N.,&Devanna, M. (1990).The transformational leader(Edisi ke-2). New York: Wiley. Tran, V. (1998). The role of emotional climate in learning organizations. The Learning

(14)

Wasielewski, P. L. (1985). The emotional basis of charisma.Symbolic Interaction,8,207-222. Yukl, G. (1998). Leadership in organizations (Edisi ke-4). Upper Saddle River, NJ: Prentice

Hall.

Referensi

Dokumen terkait

Direktorat Pengembangan Karir dan Hubungan Alumni IPB bekerjasama dengan ARNOTT'S membuka kesempatan bagi lulu san maupun alumni untuk bekerja di perusahaan

Pada pengujian tahap kedua dilakukan peng- ujian secara berpasang-pasangan sembilan bursa saham di Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Philipina, Hongkong, Jepang, Korea

Bagian Persidangan dan Perundang-Undangan mempunyai tugas membantu Sekretaris DPRD dalam menyiapkan bahan dan data untuk menyusun perencanaan, program kegiatan di bidang

[r]

Senyawa pada Cannabidoid bermanfaat sebagai antikejang, antipsikotik, pelindung saraf, antidepresan dan ansiolitik sehingga dapat mambantu pasien yang resisten

Menurut Sudargo Gautama ( 1995 : 147 ), yurisprudensi adalah ajaran hukum yang dibentuk dan dipertahankan Pengadilan, dalam hal pengambilan suatu keputusan oleh

Berdasarkan analisis kesenjangan penerapan teknologi e-log book di Indonesia, maka secara teknologi, e-log book yang dikembangkan sudah siap untuk digunakan dalam

Dengan ketersediaannya koleksi bahan pustaka yang lengkap dan fasilitas memadai, dibutuhkan sebuah bimbingan atau pendidikan untuk para pengguna perpustakaan