• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pola Sistem Pendidikan Islam di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pola Sistem Pendidikan Islam di Malaysia"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Pola Sistem Pendidikan Islam di Malaysia:

Agenda Pendidikan Insan Sepanjang Hayat

Solahuddin bin Ismail Mohd Sobri bin Don@Wahab PhD

Zaheruddin bin Othman PhD

Kertas kerja ini dibentangkan di 3rd Lifelong Learning International Conference 2014 di Hotel Promenade Kota Kinabalu Sabah pada 20-21 November 2014.

Abstrak

Sistem Pendidikan Islam di Malaysia telah mendepani perjalanan masa yang sangat panjang. Ia kekal ampuh mendominasi ruang lingkup pemikiran masyarakatnya walaupun menghadapi pelbagai tantangan modenisasi dan globalisasi. Keterujaan Muslim untukmengaplikasi sistem ini di dalam kehidupan harian mereka telah menghasilkan dwi bentuk sistem pendidikan Islam di negara kita iaitu pendidikan Islam formal dan pendidikan Islam tidak formal. Ia menjadi pemangkin dalam mengangkat Islam sebagai agama yang amat mementingkan pendidikan dan perlu dilaksanakan serta diamalkan sepanjang hayat penganutnya. Penekanan ini semestinya bermula dari pendidikan awal kanak-kanak sehinggalah mencapai usia emas. Pendekatan yang ditonjolkan oleh Islam dalam mengurus pendidikan ummah seharusnya diberi perhatian yang mendalam kerana sistem ini bukan sahaja konsisten dalam pelaksanaannya tetapi juga mampu membentuk pengaruh yang luas ke atas masyarakat Muslim di Malaysia serta memberi ruang dan alternatif untuk rakyat menjana pengetahuan di dalam kehidupan mereka.

Kata Kunci: Islam, Pendidikan, Pendidikan Islam, Pendidikan Sepenjang Hayat

1. PENDAHULUAN

(2)

dengan usaha mereka jua Islam diangkat menjadi agama majoriti rakyat negara dan dinobatkan sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Malaysia.

Bidang pendidikan sangat diberi tumpuan dan perhatian dalam ajaran Islam. al-Quran menyatakan bahawa orang yang berilmu akan diangkat kedudukan mereka di sisi manusia (al-Mujadalah:11) dan sunnah menekankan bahawa menuntut ilmu itu merupakan satu kefarduan bagi setiap Muslim (Hadis Riwayat Ibnu Majah) tanpa mengira jantina. Gambaran umum ini sangat jelas tentang pandangan Islam yang amat menekankan aspek pendidikan. Kelangsungan pendidikan juga telah dinukilkan oleh sarjana Islam bahawa proses menuntut ilmu perlu bermula dari dalam buaian (kanak-Kanak) hingga ke liang lahad (menemui kematian). Justeru, ruang pendidikan sepanjang hayat telah lama dilaksanakan oleh Islam sebagai kerangka mempersiapkan diri menghadapi cabaran dunia dan alam akhirat.

Perjuangan ini telah lama bergerak sejak Islam mula bertapak di negara kita. Pelbagai bentuk pengajian telah dianjurkan oleh cerdik pandai Islam dalam memastikan masyarakat Islam kaya dengan ilmu pengetahuan. Rupa bentuk berjaya disesuaikan oleh ulama Islam agar ia menepati kehendak dan keperluan semasa. Persoalannya, apakah bentuk dan pola sistem pendidikan Islam negara yang telah diketengahkan sehingga ia mampu bertahan hingga masa kini?. Justeru kertas ini berusaha untuk membincangkan pola sistem pendidikan Islam di Malaysia yang - pada pandangan penulis - menjadi agenda negara untuk kelangsungan pendidikan sepanjang hayat masyarakat Muslim secara khususnya.

2. LATAR SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM

Proses mengembang ajaran Islam semestinya tidak dapat lari dari unsur pendidikan. Ia selari dengan perintah Allah SWT dalam surah al-Alaq ayat 1 hingga 4. Pembacaan akan menambahkan ilmu dan ilmu hanya mampu ditawan dengan pendidikan. Perkembangan pendidikan Islam boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu zaman pra kolonial, zaman kolonial dan zaman pasca kolonial. Secara umum, ketiga-tiga zaman ini memperlihatkan wujud pasang surut proses pergerakan keilmuan Islam di Malaysia.

Semasa zaman pra kolonial, pendidikan Islam mula disalurkan melalui surau, rumah dan masjid (Fazlullah Shuib, 1995). Pelajaran yang diajar ilmu asas fardu ain dan fardu kifayah. Sarjana menggelarkannya sebagai sekolah al-Quran. Setelah Islam mendapat kestabilan dan disambut dengan baik oleh masyarakat, aras pendidikan telah diangkat ke tahap yang lebih tinggi menerokai disiplin tasawuf dan ketuhanan. Hal yang demikian telah dibuktikan di dalam Sejarah Melayu semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Majlis ilmu di rumah guru mula mendapat perhatian dan limpahan pelajar terutama dari luar kawasan telah memaksa guru bergotong royong membina rumah-rumah kecil yang dikenali sebagai pondok untuk memudahkan pelajar luar menginap (Abdullah Jusuh, 1990). Ia merupakan satu bentuk sistem pendidikan Islam pertama yang secara terbuka diperkenalkan kepada rakyat.

(3)

perkembangan dakwah dan pendidikan Islam yang dijalankan (Abdullah Ishak, 1995). Struktur pemerintahan kolonial yang hanya memberi kuasa kepada sultan melayu menjaga agama dan adat istiadat (Mohammad Redzuan Othman, 2005) sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada perkembangan pendidikan Islam. Kekurangan dana menyebabkan sistem pendidikan ini bergerak secara mandiri dan bergantung kepada infak dan wakaf dari masyarakat. Selain itu, ia juga menghadapi persaingan dengan sistem pendidikan tajaan kolonial yang lebih menguntungkan dari aspek peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi. Namun masyarakat Islam tidak terpikat dengan sekolah kolonial kerana menganggapnya sebagai agenda tersembunyi kolonial untuk mengembangkan dakyah Kristian kepada rakyat. Penubuhan sekolah Islam ala Inggeris seperti Madrasah al-Hamidiah di Limbong Kapal Kedah (1806), Madrasah Iqbal di Singapura (1907), Madrasah Hadi di Melaka (1915) dan Madasah al-Mashoor di Pulau Pinang (1926) masih kurang meyakinkan masyarakat Islam Tanah Melayu untuk menerima sistem pendidikan bersifat dualism. Sekolah pondok terus dipilih sebagai keutamaan dalam kelangsungan hayat mereka.

Zaman awal kemerdekaan kurang menampakkan masyarakat Islam Tanah Melayu cenderung untuk memilih pendidikan alternatif sama ada sekolah Melayu atau pun Sekolah Inggeris. Fasa awal kemerdekaan masih memperlihatkan kekuatan pendidikan Islam. Institusi pendidikan tradisional seperti sekolah pondok masih kukuh terpahat di minda masyarakat yang meyakini bahawa ia adalah yang suatu sistem pendidikan terbaik pada masa tersebut. Bentuk pengajian tradisional kekal mendominasi ruang pendidikan Islam masyarakat. Sekolah al-Quran dan sekolah Pondok sangat menarik perhatian rakyat bagi kelangsungan pendidikan anak-anak mereka walaupun ia dijalankan secara tidak formal dan berada dalam keadaan serba kekurangan.

Walaupun sistem pendidikan Islam tradisional kekal menguasai pasaran pendidikan Tanah Melayu fasa awal kemerdekaan, ianya sedikit sebanyak telah menimbulkan masalah terutama dalam aspek pentadbiran agama. ia berlaku akibat dari acuan sistem pentadbiran kolonial berkehendakkan sijil sebagai tanda kelayakkan bagi menjawat sesuatu jawatan dalam pentadbiran termasuklah institusi keagamaan. Maka institusi pendidikan Islam ala Inggeris yang muram sebelumnya telah diberi pengiktirafan dan diangkat sebagai institusi pendidikan Islam formal bagi melahirkan para birokrat agama untuk turut terlibat dalam jawatan pentadbiran negara. Maktab Mahmud (1936), Kolej Islam Kelang (1955) dan banyak lagi telah giat melahirkan ‘ulama bersijil’ sebagai memenuhi keperluan pentadbiran tersebut. Ia menjadi pencetus kepada kelahiran sistem persekolahan agama seperti yang ada pada masa kini.

(4)

menjadi insan yang bukan sahaja beramal tetapi berpengatahuan agama. Malahan terdapat institusi pondok khusus untuk warga emas seperti Pondok Haji Abdul Majid, Pondok Haji Hussain Dol, Pondok Lanai, Pondok Chegar dan banyak lagi di Kedah yang menyediakan tempat bagi warga emas untuk menghabiskan sisa hidup mereka belajar agama. Hal ini membuktikan bahawa Islam sangat menitik beratkan pendidikan bermula seawal usia kanak-kanak hinggalah ke peringkat warga emas. Persediaan sistem pendidikan ini berlaku secara berperingkat dan mengikut kesesuaian usia. Ia sebagai langkah untuk membentuk kefahaman Islam yang mendalam kepada masyarakat agar menjadi Muslim yang sempurna mengikut tatacara yang dituntut dan ditekankan oleh Islam.

3. KONSEP DAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Bukti pertama menunjukkan Islam amat mementingkan pendidikan adalah melalui wahyu pertama yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w. melalui Jibril a.s. yang menghendaki Baginda membaca seperti yang terdapat dalam surah al-Alaq (96:1-5). Menurut el-Muhammady (1991), surah ini telah memberi perhatian yang serius terhadap kepentingan menuntut ilmu (pendidikan). Terdapat empat teras utama yang ditekankan iaitu pembacaan, pengajaran, penulisan dan pengetahuan. Penguasaan teras utama ini merupakan asas kepada pembinaan insan dan peradaban hidup manusia. Secara umum, pendidikan boleh diertikan sebagai proses merubah dan memindahkan nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat melalui pengajaran, latihan dan indoktrinasi (Hasan Langgulung,1979).

Menurut Abdul Halim el-Muhammady (1991), pendidikan Islam merupakan proses mendidik dan melatih akal, jasmani dan roh manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan wahyu - al-Quran dan al-Sunnah – bagi melahirkan manusia yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata. Beliau menegaskan bahawa pendidikan Islam sangat menekankan konsep-konsep berikut:

1. Pendidikan seumur hidup.

2. Pembangunan seluruh potensi manusia.

3. Menyampaikan dwi fungsi manusia; hamba Allah dan khalifah Allah. 4. Memakmurkan alam dengan iman dan pengetahuan.

(5)

sedia ada (Abdul Halim Mat Diah, 1989). Pengaruhnya amat luas dan keupayaannya juga boleh mengubah perjalanan hidup manusia sama ada ke arah kebaikan atau pun keburukan. Jika pendidikan berupaya ditangani dengan baik dan sempurna, ia akan dapat melestarikan alam. Namun jika ia bergerak secara tidak sempurna, ilmu yang diperolehi boleh memberi kemudaratan dan kecelakaan kepada kehidupan manusia seperti firman Allah SWT: “Telah nyata kerosakan di darat dan di lautan disebabkan oleh tangan manusia..” (al-Rum:41). Justeru, pendidikan sepatutnya mampu memandu manusia ke arah kebenaran dan boleh memberi kebahagiaan kepada manusia.

Falsafah pendidikan di Malaysia telah wujud dan berkembang sejak Islam disebarkan ke Alam Melayu. Islam yang didagangkan kepada umat Melayu pada masa itu telah dipersembahkan dalam bentuk yang tersurat dan tersirat. Pembentukan akidah ummah melalui pendidikan terutamanya ilmu kalam atau teologi secara tidak langsung mengangkat martabat falsafah apabila perbincangan dibuat mengenai konsep ketuhanan, konsep hamba dan sebagainya yang terdapat di dalam rukun iman. Pembentukan asas akidah ini dicerna melalui ilmu-ilmu teologi yang banyak membahaskan persoalan berkaitan roh, jiwa, sifat-sifat Allah SWT yang dikenali sebagai Sifat Dua Puluh dan banyak lagi dengan matlamat untuk mengikat jiwa masyarakat Islam agar sentiasa menjaga persoalan tentang iman agar tidak berlaku kegelinciran akidah yang boleh merosakkannya.

Proses modenisasi dan globalisasi telah membentuk satu paradigm baru dalam pembentukan falsafah pendidikan Islam. Usaha yang dibina oleh sistem pendidkan Islam moden yang berjaya menyatupadukan ilmu agama dan ilmu sekular menjadi gagasan dan acuan ke arah melahirkan pendidikan Islam yang sempurna serta mampu memberi sumbangan ke arah kemakmuran negara. Justeru, falsafah pendidikan menjadi cerminan dalam memberi pedoman, arah tuju serta pandangan khususnya dalam hal yang berkaitan dengan pendidikan dunia dan akhirat. Ia menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Pada tahun 1988M, Falsafah Pendidikan Islam turut diperkenalkan oleh kerajaan sebagai langkah untuk memperkukuhkan sistem pendidikan Islam dalam negara. Ia menjadi pemangkin dalam membentuk hala tuju yang jelas agar boleh dijadikan pedoman bagi sistem pendidkan Islam moden berkembang dengan lebih baik. Dengan matlamat dan tujuan yang jelas, Falsafah Pendidikan Islam dijadikan teras untu melahirkan Muslim yang sempurna dan mengetahui peranan serta tanggungjawab mereka sebagi hamba dan khalifah untuk memakmurkan negara. Gagasan Falsafah Pendidikan Islam Malaysia adalah seperti berikut:

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat.

(6)

Perlembagaan Negara Fasal 1 Perkara 37 yang memartabatkan Islam sebagai agama rasmi negara. Asas inilah yang menjadi tonggak dan dasar utama dan diterjemahkan melalui Falsafah Pendidikan Islam agar individu yang dihasilkan melalui sistem pendidikan Islam mewujudkan hubungan yang harmonis dengan Allah SWT, sesama insan dan alam persekitaran. Ia juga secara tidak langsung telah memberi penekanan dalam aspek metafizik, epestimologi, aksiologi dan logik yang sempurna selari dengan tuntutan Islam melalui pembentukan kurikulum yang jelas dalam aspek keimanan, ilmu, akhlak, penghayatan, amalan dan matlamat untuk melahirkan Muslim yang beriman, beramal salih dan berkeperibadian tinggi agar memperoleh kebaikan hidup di dunia dan di akhirat (Asmawati Suhid dan Fathiyah Mohd Fakhruddin, 2012). Falsafah pendidikan Islam secara asas telah mengikat ilmu dengan wahyu dari Allah SWT. Ia membimbing manusia ke arah mencapai kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Pedoman Islam telah membuka jalan yang terang untuk orang-orang Islam memperkasakan ilmu demi kemajuan diri dan ummah. Falsafah yang menjalinkan hubungan diantara hamba dan Pencipta, hubungan sesama manusia dan peranan mereka terhadap alam persekitaran merupakan intipati ilmu yang yang dimanifestasikan melalui tiga prinsip Islam utama iaitu akidah syariah dan akhlak. Prinsip-prinsip ini jika dilakukan dengan ikhlas akan memberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ia lambang bagi kesempurnaan insan yang bergelar Muslim sepanjang hayat mereka.

4. BENTUK DAN POLA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

Perkembangan Islam yang berdepan dengan tiga zaman - pra kolonial, kolonial dan pasca kolonial - telah memberi kesan yang mendalam ke atas perubahan sistem pendidikannya. Cabaran yang dihadapi semasa proses perkembangan tersebut telah membentuk dua kategori sistem iaitu sistem pendidikan Islam formal dan sistem pendidikan Islam tidak formal pada masa kini.

4.1 Sistem Pendidikan Islam Formal

Secara umum, sistem pendidikan Islam formal boleh dibahagikan kepada tiga peringkat pelaksanaan iaitu sistem pendidikan Islam pra sekolah, sistem persekolahan Islam dan sistem pengajian tinggi Islam. Ia dibentuk bagi menjana ilmu bermula dari peringkat asas hingga ke peringkat tertinggi mengikut acuan moden/barat supaya nilai ilmu yang dipelajari berupaya untuk bersaing dengan sistem pendidikan sekular sedia ada. Disiplin ilmu dunia dan akhirat telah digabungkan untuk membentuk pelajar yang bukan sahaja mendalami ilmu keagamaan tetapi juga memperolehi ilmu keduniaan supaya pelajar memperolehi keseimbangan pendidikan di dalam kehidupam mereka.

(7)

sebelum memasuki sekolah rendah (Mahyuddin Ashaari: 2004). Perkembangan ini diikuti oleh PARTI Islam SeMalaysia (PAS) dengan menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) pada 1988. Ia kemudiannya berkembang sehingga membentuk pelbagai institusi pra sekolah dengan pelbagai kaedah pengajian seperti yang sedia ada pada masa kini. Walaupun banyak institusi pendidikan Islam pra sekolah dibina, namun konsep dan falsafahnya adalah sama dalam membentuk kanak-kanak Islam menjadi Muslim yang sejati berasaskan panduan al-Quran dan sunnah.

Kelangsungan pendidikan agama diteruskan lagi ke peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia terbahagi kepada dua bentuk iaitu sekolah rendah/menengah kerajaan dan sekolah rendah/menengah swasta. Sistem yang digunakan adalah sama seperti kurikulum, buku teks dan tahap peperiksaan. Cuma mungkin kelebihan sekolah rendah/menengah swasta lebih memberi penekanan dalam aspek pembelajaran subjek agama. Penubuhan Sekolah Rendah Islam (SERI-1989) dan Sekolah Menengah Islam (SEMI-1989) diasaskan untuk mewujudkan rangkaian pendidikan Islam swasta setaraf dengan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan. Ini kerana Sekolah Menengah Agama Kerajaan menawarkan tempat yang sangat terhadap kepada pelajar Islam. Justeru penubuhan sekolah swasta Islam menjadi alternatif kepada ibu bapa yang berkehendakkan anak-anak mereka terlibat dengan sistem tersebut.

Pada masa kini, terdapat pelbagai sekolah agama sama ada milik kerajaan atau pun swasta. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk. Mohd Kamal Hasan (1993) membahagikan sekolah agama kepada empat jenis iaitu sekolah agama/Arab di bawah kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia, Sekolah agama/Arab di bawah kerajaan negeri, sekolah agama/Arab di bawah Majlis Agama Isalm Negeri dan sekolah agama/Arab peringkat rendah dan menengah. Manakala Richard G. Kraince (2009) membahagikan sekolah agama di Malaysia kepada lima jenis iaitu Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Swasta, Sekolah Agama Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan.

(8)

Manakala Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi ditubuhkan pada tahun 1970M hasil gabungan antara Kolej Islam Malaya dengan UKM. Terdapat tiga jabatan yang dikendalikan oleh Fakulti Pengajian Islam UKM iaitu Jabatan Syariah, Jabatan Usuluddin dan Jabatan Pengajian Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Kuliah pengajian dikendalikan dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab (Abdullah Muhammad Zain at all.). Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak pula ditubuhkan pada tahun 1983M di bawah Akta Syarikat (Compony Act) oleh Kerajaan Malaysia dengan tajaan bersama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Negara-negara Islam lain seperti Libya, Mesir, Maldives, Arab Saudi, Pakistan, Turki dan Bangladesh. Penubuhan UIA di bawah Akta Syarikat bertujuan untuk membolehkan kuliah pengajian diajar dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab kerana perundangan Malaysia hanya membenarkan penggunaan bahasa Malaysia. UIA mempunyai empat fakulti yang dinamakan sebagai ‘kulliyah’ iaitu Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Kulliyah Ekonomi dan sains Pengurusan, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan dan Kulliyah Perubatan. Ia juga mempunyai sebuah pusat matrikulasi sebagai persediaan dari kalangan pelajar Malaysia untuk memasuki UIA (Abdullah Muhammad Zain at all.2005). Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai wujud hasil naik taraf Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Ia ditubuhkan pada tahun 2000M dengan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Kumpulan pelajar pertama adalah seramai 200 orang. KUIM mempunyai empat fakulti iaitu Fakulti Syariah dan Kehakiman, Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah, Fakulti Dakwah dan Pengurusan Islam dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (Abdullah Muhammad Zain at all., 2005).

4.2 Sistem pendidikan Islam Tidak Formal

Jaringan ilmu yang semakin melebar dalam arus modenisasi sebenarnya memberi kelebihan kepada sistem pendidikan Islam tidak formal untuk bergerak dengan lebih pesat. Kepelbagaian medium boleh dijana untuk memperkayakan lagi kegiatan pendidikan Islam. Wujud dua bentuk pendekatan yang popular yang diguna pakai untuk menyebarkan ilmu agama bagi menjadikan sistem pendidikan Islam tidak formal ini lebih efisyen dalam tindakan mereka mendidik masyarakat tentang Islam. Ilmu melalui sistem ini boleh disampaikan secara santai dan tidak mendesak serta terbuka luas kepada masyarakat umum.

(9)

keluaran jabatan Perdana Menteri dan sebagainya. Inilah kelebihan sistem pendidikan Islam tidak formal yang sentiasa memperkayakan ilmu agama melalui majlis-majlis ilmu agar ia dapat dihayati dan diamalkan sepanjang hayat Muslim.

Kedua, penggunaan laman media elektronik dan laman media sosial seperti radio, television dan internet dalam menyebarkan dakwah Islam. Hal ini telah dilakukan oleh Radio dan Television Malaysia (RTM), Radio IKIM, TV al-Hijrah dan sebagainya. Pelbagai program keagamaan dipersembahkan kepada penonton bagi mendekatkan diri masyarakat dengan ajaran Islam. Begitu juga dengan ruang maya telah digunakan secara maksimum oleh pendakwah untuk menyampaikan ilmu agama. Pelbagai laman sesawang dicipta dalam pelbagai bahasa untuk memberi kemudahan kepada masyarakat mendapatkan ilmu. Namun, harus diingat bahawa pembaca seharusnya menyemak semula bahan agama yang diperolehi dengan guru yang berautoriti bagi menentukan kesahihan ilmu-ilmu tersebut. Langkah ini perlu agar ilmu melalui laman sesawang terbukti tulin dan selari dengan kehendak ajaran Islam.

5. PENUTUP

(10)

RUJUKAN

Wan Hussein Azmi, 1980, Islam di Malaysia: Kedatangan dan Perkembangan Abad ke 7 hingga 20 Masihi dalam Tamadun Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Fadzlullah Shuib, 1995, Kecemerlangan Ilmu dalam Sejarah dan Tamadun Islam: Penginstitusian Ilmu di Zaman Abbasiyah 750-1258, KL; Pustaka Warisan.

Abdullah Jusuh 1990, Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia, KL: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Ishak, 1995, Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, KL; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Redzuan Othman, 2005, Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, Kuala Lumpur; Penerbit Universiti Malaya.

el-Muhammady Abdul Halim, 1991, Pendidikan Islam; Falsafah, Disiplin dan Peranan Pendidik, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Hasan Langgulung, 1997, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Halim Mat Diah, 1989, Islam dan Demokrasi Pendidikan, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Asmawati Suhid dan Fathiyah Mohd Fakhruddin, Gagasan pemikiran Falsafah Dalam Pendidikan Islam: Hala Tuju dan Cabaran dalam Journal of Islamic and Arabic Education, 4 (2) 2012

Mahyuddin Ashaari, Sejarah Pendidikan ABIM dalam Jurnal Pendidikan Islam, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM, jil. 10 bil. 4, 2004.

Mohd Kamal Hasan at all., Konsep pendidikan Islam dan Matlamat Persekolahan Agama dan Arab di Malaysia dalam Ismail Ab. Rahman, 1993, penyut, Pendidikan Islam di Malaysia, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Richard G. Kraince, Reforming Islamic Education In Malaysia: Doctrine or Dialogue? in Robert W. Hefner, 2009, (edt.), Making Modern Muslim: the politics of Islamic Education In Southeast Asia, Honolulu: University Of Hawai’i Press.

Referensi

Dokumen terkait

mencari kekuatan, peluang serta ancaman terhadap suatu media yang diusulkan agar media yang telah dihasilkan memenuhi fungsi dan kegunaan yang dikehendaki oleh lembaga

Sistem yang dibangunkan ini adalah bertujuan untuk mcnycdiakan pakej pembelajaran tiga bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa lnggcris dan aha Cina yang khusus

Sesuai dengan latar belakang dan rumusan masalah yang telah dijabarkan, penelitian ini dilaksanakan dengan tujuan sebagai berikut : “ Untuk mengetahui pengaruh

Pakistan misalnya, mempunyai 7 (tujuh) juta hafizh, Palestina 60 ribu hafizh, Libya 1 (satu) juta hafiz, sementara Saudi arabiya lebih sedikit dengan jumlah 6

Saran yang dapat direkomendasikan dari hasil penelitian ini adalah perlu dilakukan penelitian uji banding nilai radiansi terhadap jenis citra satelit dari lain

Bahan tambahan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk wasilah juga dan boleh digunakan sebagai bahan perbincangan dalam halaqah dengan syarat bahan asasi perlu dihabiskan juga

perhatian penuh dari pemerintah pada tahun 2018 alokasi anggarannya masih berada di bawah belanja pegawai dan belanja barang. 12) Komponen belanja modal dalam APBN dan

Menurut Poedji Rochyati (2008),deteksi dini faktor resiko kehamilan trimester III dan penanganan serta prinsip rujukan kasus:.. 1) Menilai faktor resiko dengan skor Poedji Rochyati