• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kebudayaan Melayu sebagai unit kecil dalam kebudayaan Singapura Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1981 Muhammad Ariff bin Ahmad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kebudayaan Melayu sebagai unit kecil dalam kebudayaan Singapura Muhammad Ariff bin Ahmad. Copyright 1981 Muhammad Ariff bin Ahmad"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Title Kebudayaan Melayu sebagai unit kecil dalam kebudayaan Singapura Author(s) Muhammad Ariff bin Ahmad

(2)

23 November 1981

KEBUDAYAAN MELAYU

sebaga i unit kec i1 da 1 am Kebudayaan Si ngapura oleh: Haji Muhammad Ariff Ahmad.

SINGAPURA adalah negara berbilang bangsa, berbilang bahasa,

berbilang agama dan berbilang budaya. Yang demikian, bahawa keberbilangan itu ad_alah ciri paling menonjol dalam kehidupan negara dan rakyat Singa­ pura. In! bererti juga bahawa dalam segala hal bentuk dan sifat kebangsa­ an Singapura adalah "keberbilangan" itu. Dan, sifat keberbilangan itu dapat kita lihat pada lambang negara kita: satu bulan dan lima (�r­ bilang) bintang di dalamnya. Lam.bang itu dapat juga ditafsirkan bahawa dalam perpaduan kebangsaan kita nyata kelihatan unit-unit anggota perpaduan itu.

Demikianlah juga halnya d�ngan Kebudayaan Kebangsaan ki�a. Dalam · . Kebudayaan Kebangsaan itu haruslah jelas mengandungi dan tampak keber­

bilangannya - tampak kebudayaan Melayunya, kebudayaan Chinanya, kebuda­ yaan Indianya dan kebudayaan lain-lain unit kaum yang menjadi rakyat Singapura. Kalau dibuat perbandingan dengan Kebudayaan Indonesia, misalnya, jelas kelihatan dalam Kebudayaan Indonesia 1tu kebudayaan­ kebudayaan daerahnya - Bali, Sunda, Minangkabau dan J.ain-lainnya.

Untuk mencapai tujuan keberbilangan dalam Kebudayaan Singapura maka Pesta Budaya Melayu 1981 yang dikelolakan oleh Majlis Pusat Per­

tubuhan-pertubuhan Budaya Melayu Singapura (6 - 15 Mac 1981), yang· antara maksudnya·ialah memelihara dan memperkembang warisan Budaya Helayu; memperkenalkan lambang-lambang keperibadian Helayu dan menggali serta mengetengahkan warisan Budaya Helayu menerusi kegiatan-kegiatan sukan, pementasan dan pameran itu, saya kira, adalah satu sumbangan yang bukan tidak bererti.

Dari acara-acara sukan, pementasan dan pameran-pameran itu, kita (terutama generasi muda) telah diperkenalkan dengan beberapa warisan kebudayaan datuk nenek yang jarang-jarang kita hayati dalam kehidupan sekarang.

(3)

kebudayaan •• 2

Acara-acara yang telah dipersembahkan oleh Pesta Budaya Melayu 1981 itu, nampaknya, telah juga inencakup sebahagian aspek-:aspek budaya yang mengenai:

(a) peralatan dan perlengkapan hidup (sekadar pakaian pengan­ tin dan makanan) tidak termasuk perumahan, alat rumah­ tangga, alatan pengeluaran/penghasilan, kenderaan, peng­ angkutan dan sebagainya;

(b) kesenian (termasuk senisuara, senilakun, senitari, seni­ lukis, kraftangan dan hiburan); dan

(c) bahasa dan kesusasteraan (termasuk pameran buku dan dekla­ masi sajak).

Be�wn lagi diacarakan dalam Pesta Budaya Melayu 1981 itu aspek-aspek budaya yang mengenai:

(d) sistem kemasyarakatan (termasuk sistem kekerabatan, pe!­ semendaan, hukwn dan adat, sistem organisasi politik dsb); (e) sistem ekoncimi dan mata pencarian_(termasuk pertanian,

pertern'akan, perindustrian dan perburuhan dsb); (£) sistem pengajaran dan pendidikan; dan

(g) kepercayaan (bukan agama) dan pantang 1arang.

Untuk memenfaatkan Kebudayaan Melayu sebagai salah satu unit kecil dalam unit besar Kebudayaan Kebangsaan Singapura, banyaklah hal-hal

kebudayaan itu yang perlu diperhatikan dan dinilai semula (terutama tentang hal-hal yang tersentuh oleh ajaran agama Islam) kerana nilai hidup orang Melayu adalah terukur menurut nilai-nilai budaya dan nilai-nilai agama secara ·serentak. Hendaknya jangan sampai ada pertembungan y�g kontras antara kedua nilai itu dalam·pengalaman hidup orang Melayu.

Untuk memulakan penelitian itu izinkanlah saya merujuk kepada ke­ simpulan yang telah dibuat oleh Drs Soeharto Rijoatmodjo tentang kebudayaan,

bersandarkan pendapat C Klickhohn, yang menyatakan bahawa:

(a) kebudayaan itu hanya dimiliki oleh masyarakat manusia; (b) kebudayaan itu tidak terturun dari generasi ke generasi

secara biologis, tetapi diperoleh dengan belajar dan

·

diturunkan dengan jalan mengajarkan pula;

(4)

kebudayaan •• 3

(c) kebudayaan itu dapat dianut dan diteruskan oleh manusia sebagai anggota masyarakat; dan

(d) kebudayaan adalah pernyataan atau penjelmaan dari pemikiran, perasaan dan kemahuan (kehendak) manusia. Meminjam pendapat yang tersebut di atas, saya berasa keberatan untuk menerima pendapat orang-orang yang mengatakan bahawa tidak ada tolak ansur dalam amalan kebudayaan. Juga, saya tidak sependapat dengan kaul yang mengatakan bahawa kita harus melakukan sesuatu amalan atau kebiasaan kebudayaan yang pernah dilakukan oleh nenek moyang kita pada zaman-zaman yang lampau tanpa memikir dan merasakan lebi dahulu apakah perlakuan itu sesuai, munasabah, memberi menfaat atau sebaliknya kepada masyarakat yang hidup dalam alam dan zaman kita sendiri.

Kita dan nene.k moyang kita itu hidup dalam alam dan zaman yang tidak sama. Dan,·Ki Hadjar Dewantara pernah menjelaskan bahawa alam dan zaman adalah unsur-unsur yang amat'mempengaruhi kewujudan sesuatu

kebudayaan; justru_kerana itu k�rana perbezaan alam dan zaman itu -maka kita perolehi berbagai-bagai corak dan sifat kebudayaan yang

dialami manusia ini. Te;rdapat perbezaan sifat kebudayaan antara m�usia yang hidup sealam tetapi tidak sezaman; pun antara mereka yang hidup sezaman tetapi tidak sealam.

Kalau ada orang yang menganggap bahawa oleh kerana pada suatu masa dahulu, orang-orang muda tidak berani merokok di hadapan orang tua­ tuanya (sama ada ibubapanya.atau ketua-ketuanya) sebagai suatu cara mereka menghormati orang tua-tuanya, maka tanpa tolak ansur sikap yang

. demikian itu patutlah dikekalkan; saya sama sekali tidak bersetuju

dengan anggapan begitu.

Kita tidaklah.harus mengamalkan sesuatu kebiasaan nenek moyang itu tanpa lebih dahulu menilainya. Kebudayaan adalah penjelmaan dari .cipta, rasa dan karsa; atau apa yang diungkap oleh Ors Soeharto tadi sebagai pemikiran, -perasaan dan kemahuan manusia·. Jadi, sebelum kita lakukan sesuatu kebiasaan itu haruslah kita fikirkan, kita rasakan dan kita pastikan terlebih dahulu sama ada kebiasaan itu diperlukan atau

(5)

kebudayaan.. 4

Kita sedia tahu bahawa amalan merokok itu bukanlah kebiasaan semulajadi dalam kehidupan orang-orang Melayu. Kebiasaan merokok itu telah ditiru oleh nenek moyang kita daripada orang-orang asing yang telah datang ke tanahair kita ini (khabarnya: manusia yang mula-mula mengamalkan perbuatan merokok itu ialah Red Indian di Amerika). Dan, nenek moyang kita meniru kebiasaan merokok itu untuk merasakan dirinya sama setaraf dengan keadaan orang-.orang yang ditirunya itu. Hal ini serupalah keadaannya dengan keadaan anak-anak muda kita sekarang yang suka'meniru kebiasaan berambut panjang (bagi lelaki), berpakaian ala hippi, memakan dadah dan lain-lain daripada pendatang-pendatang yang dianggap lebih maju; lebih bertamadun atau lebih modern daripada mereka.

Keadaan alam dan zaman ini tidak lagi sama dengan alam dan zaman anak-anak muda kita zaman itu. Sekarang orang-orang sudah pada tahu �hawa merokok itu berbahaya kepada tubuh; berbahaya kepada jasmani dan rohani manusia. Fikiran, perasaan dan kemahuan orang-orang sekarang me­ nerima gagasan itu. Jadi, tindakan yang wajar mereka ambil ialah mem­ berhentikan kebiasaan merokok itu - tidak kira sama ada di hadapan atau di belakang orang tua-tua mereka. Juga tindakan tidak merokok itu bukan­ lah kerana menghormati orang tua, tetapi kerana mereka tahu bahawa me­ rokok itu sia-sia dan membazir; malah berbahaya!

Orang-orang yang wajar sikap kebudayaannya: tidak ragu-ragu mengubah kebiasaan yang pernah dilakukan oleh nenek moyangnya - asal sahaja perubahan itu mendatangkan kebajikan kepada kebudayaan yang dianuti serta memberi menfaat dan kesejahte�aan kepada kehidupannya -kerana-kebudayaan itu juga merupakan proses perhijrahan manusia dari tahap primitif ke tahap modern; dari keadaan jahil kepada keadaan bijaksana... Orang-orang yang tidak sanggup mengubah cara hidupnya adalah orang-orang yang sengaja meletakkan dirinya dalam keadaan yang bertentangan dengan gagasan bahawa kebudayaan tidak terturun dari satu generasi ke satu generasi secara biologis, tetapi diperoleh dengan belajar dan diperturun dengan jalan mengajarkan.

(6)

kebudayaan •• 5

Dalam kehidupan masyarakat kita memang banyak kebiasaan-kebiasaan kebudayaan (terutama yang berhubung dengan tradisi) yang perlu kita nilai kembali dan kita perbaiki; kita perkemas dan kita fikirkan semula kalau kita benar-benar mahu kebudayaan itu membahagiakan � menyempurnakan kehidupan kita, kerana alam dan zaman yang kita hayati seicarang ini sudah jauh berbeza dengan·alam dan zaman nenek moyang kita itu •

Bahawa kebudayaan itu menyempurnakan kehidupan sesuatu masyarakat di samping aJaran-ajaran agama. -Agama (ad-Din) ·adalah ajaran-ajaran yang bukan sahaja menghubungkan antara makhluk dengan Khalik tetapi juga yang menghubungkan antara sesama makhluk yang berurusan dalam hidupnya. Jadi, kalau kita mahu kebudayaan Melayu itu membimbing kita mencapai kepuasan hidup berbahagia ia harus diselaraskan dengan ajaran-ajaran Islam yang selain daripada menganjurkan supaya kita berbahagia di dunia disarankan juga supaya kita mendapatkan kesejahteraan di akhirat.

Dalam amalan-amalan kebudayaan yang kita �arisi·dari nenek moyang kita itu ada yang:

(a) selaras dengan ajaran-ajaran Islam;

(b) tidak selaras tetap1 tidak bertentangan dengan ajaran­ ajaran Islam; dan

(c) bertentangan atau kontras dengan ajaran-ajaran Islam. Untuk meletakkan masyarakat kebudayaan kita (masyarakat Melayu/ Islam) dalam kehidupan yang sejahtera dan diredhai Allah, saya sarankan supaya kebudayaan kategori (a) kita kekalkan; kebudayaan kategori (b) kita sesuaikan, tetapi kebudayaan kategori (c) itu kita tinggalkan!

Agama Islam mengajar supaya penganut-penganutnya sentiasa bersih (bersih lahir bathin), bersih jasad dan jiwanya. Kebudayaan sejagat juga menggalakkan manusia supaya bersih. Demikian pula Kebudayaan Melayu mem­ bimbing kita ke arah kehidupan bersih. Orang yang berpura-pura itu: me­ nurut Islam "munafeq"; menurut kebudayaan sejagat "hipocrate"; dan me­ nurut kebudayaan Melayu "pepat di .luar runcing di dalam". Jadi, hidup dalam suasana bersih perlu kita kekalkan.

(7)

kebudayaan ••.. 6 Berpakaian (kecuali menutup aurat) tidak diwajibkan ba.gi lelaki Islam tetapi kebiasaan orang Melayu bersongkok, bertengkolok, berpakaian yang lebih daripada menutup aurat itu tidak bertentang dengan ajaran Islam. Hal demikian ini bolehlah terus kita hayati menurut keadaan alam dan zaman. Fesyen-fesyen pakaian juga (kecuali lelaki meniru memakai pakaian perempuan atau seba.liknya) bolehlah disesuaikan.

Takhyul yang percaya kepada makhluk-makhluk ghaib boleh mendatangkan mudharat kepada manusia dan berkuasa menjadikan manusia sakit itu adalah bertentang dengan ajaran Islam. Percaya kepada yang buJcan-bukan itu boleh

merosakkan aqidah seseorang umat Islam. Maka kebiasaan itu haruslah di­

ba.smi,.walaupwi itulah yang diamalkan oleh nenek moyang kita.

Mudah-mudahan, penelitian, perba.ikan dan perkemasan kebudayaan warisan nenek moyang kita dapat dilaksanakan dengan fikiran, perasaan dan kemahuan yang terbuka. Dengan demikian ia dapat menjadi salah satu unit yang !iuduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan lain-lain unit yang tergabung dalam kesatuan Kebudayaan Keba.ngsaan kita, Kebudayaan Singapura yang berbilangan itu.

Referensi

Dokumen terkait

Oleh kerana majalah-majalah dan suratkhabar yang menyiarkan tulisan kami adalah menggunakan tulisan Jawi, maka soal kebakuan ejaan tidak pernah timbul pada masa itu:

Jika minyak dan air menjadi lambang status tingkat masyarakat, maka peribahasa yang bertanya minyak dengan air adakah bercampur i tu mengungkap bahawa orang

Adapun orang yang berhak menjadi wali hakim itu ialah pe■erintah tertinggi [sultan, raja, presiden atau yang sebagainya] yang beragama Isla■; atau sesiapa lelaki

terungkap da lam perurnpamaan. i,,anaka la peribahasa: terlangsung perahu boleh dibalik; terdorong kata apakan daya ... sekata •• tanµa banya:, bicara •• tidak

Buku Melawat ke -Eropah tengah itu telah dipinjam seorang guru pelatih, Encik Arshad Mohd Amin (almarhum: beliau meninggal sebagai mangsa peluru meriam tentera Jepun 1942)

Datuk Haji Mohd Said memperinci bahawa yang termasuk dalam kiasa11 bahasa itu ialah kiasa11, tamsi/, ibarat, pepatah, bidal, peri umpamaan, perbilangan, kata arif (/idah

mudahan, berkat kesabaran para pendengar mengikuti bincang bicara kita dengan· minat yang penuh maka akan dapatlah pendengar memenfaatkan persembahan MESTIKA PUSAKA

atau dengan pola: siapa luka siapa menyiuk; siapa sakit siapa mengaduh tadi .• tetapi, peribahasa: siapa berkotek siapa bertelur itu membawa makna yang lain