TOPIK: PERANAN ALQURAN DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
ISLAM DAN SAINS CTU087
DISEDIAKAN OLEH:
MARYAM NABILAH BINTI MUSTAFFA (2012874364) MUNIRAH BINTI MOHAMAD NORDIN (2012270352) FATIN NURHANA BINTI ABDUL MATIN (2012424666)
NUR SYAHIRAH BINTI BASRI (2012425622) NUR HAZIRAH BINTI HARITH (2012288122)
GROUP : PI080F1 (KUMPULAN 5)
DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZAH SYUHAIDA IDHA BINTI ABD RAHIM
PENGHARGAAN
هتكربو هللا ةمحرو مكيلع ملسلا Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan ke hadrat Ilahi, dengan
keizinannya dapat kami selesaikan kertas kerja ini dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw, kerana usaha Baginda, kita dapat hidup dengan nikmat Iman dan Islam.
Jutaan penghargaan kami tujukan kepada pensyarah subjek CTU087 kerana banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan demi menjayakan proses penghasilan kertas kerja ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang sentiasa memberikan dorongan dan motivasi untuk kami terus berusaha mencapai cita-cita.
ISI KANDUNGAN
Penghargaan Pengenalan
Peranan al-Quran dalam Bidang Biologi - Asas Utama Kehidupan
- Proses Kejadian Manusia
- Kehidupan Manusia Berpasangan - Komuniti Haiwan
- Lebah
- Semut
- Tekanan Oksigen di Altitud Tinggi - Kegelapan Lautan dan Lapisan
Ombak
- Peranan al-Quran dalam bidang Teknologi - Kejuruteraan Kimia
- Proses Pembentukan Besi
- Kejuruteraan Awam - Kejuruteraan Mekanikal
-- Peranan al-Quran dalam bidang Perubatan - Madu
- Kurma - Zaitun
- Anggur - Susu Ibu
- PENGENALAN
- Tajuk yang telah diberikan kepada kami ialah Peranan Al Quran dalam Sains dan Teknologi. Dalam topik ini, kami telah melalukan beberapa penyelidikan melalui pembacaan, melayari internet dan lain-lain. Hasilnya, kami telah menemui banyak ayat al Quran yang mengetengahkan topik-topik berkenaan sains dan teknologi. Ia telah mendorong ramai saintis di seluruh dunia untuk mengkaji sekali gus membuktikan kebenaran al-Quran di samping membuat pelbagai penemuan baru.
- Kami telah memilih tajuk ini kerana ia sangat bersesuaian dengan matlamat kami untuk menjadi muslim profesional. Kami berhasrat untuk mengintegrasikan ilmu Islam dengan ilmu sains supaya dapat membentuk generasi Ulul Albab yang menyahut seruan ALLAH untuk memerhati dan meneliti hikmah di sebalik penciptaan alam.
- Selain itu, kami mengharapkan, dengan kajian ini, kami mampu membuka mata hati kami untuk lebih mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi sekali gus menjadi insan yang sentiasa meningkatkan iman dan taqwa kepada ALLAH swt.
- Semoga dengan penghasilan kertas kerja ini, dapat melayakkan kami memperoleh keredaan ALLAH swt dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
-- Peranan al-Quran dalam Bidang Biologi
- Dalam tajuk ini kita akan membahaskan kemukjizatan al-Quran dari segi ilmiah. Mukjizat Ilmiah bermaksud al-Quran mampu merangkumi seluruh kelengkapan manusia melalui ayat-ayat yang terkandung di dalamnya. Ini termasuk di dalam bidang ilmiah secara spesifiknya ilmu Biologi. Al-Quran merupakan asas kepada penemuan ilmu sains yang kita pelajari pada hari ini. Dari segi Biologi terutamanya, al-Quran telah banyak menerangkan maklumat-maklumat yang lebih terkehadapan(advanced) daripada apa yang lahir hasil daripada pemikiran manusia. Kemukjizatan al-Quran dalam bidang ini sangat jelas apabila di dalam ayat-ayat itu sendiri jelas diterangkan proses-proses yang apabila dikaji memang benar kesahihannya dari segi saintifik.
-- 1) Asas Utama kehidupan
- Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai
bahawa
- sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda
- yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air,
tiap-tiap
- benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
- (Al-Anbiya', 30)
-- Ayat ini menceritakan tentang setiap makhluk Allah itu diciptakan daripada air, daripada sekecil-kecil ciptaan sehingga ke sebesar-besar makhluk Allah. Air merupakan satu sumber yang sangat penting dalam kehidupan manusia dan merupakan satu nikmat yang sangat berharga bagi kita. Kajian telah membuktikan bahawa tubuh badan manusia
al-Quran telah pun terlebih dahulu menerangkan asas penciptaan sesuatu makhluk di muka bumi iaitu air.
- Di dalam al-Quran juga menerangkan penciptaan manusia daripada air :
- Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya
- (mempunyai) keturunan dan musaharah 1 dan Tuhanmu adalah Maha Kuasa
- sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).
- [Al-Furqan, 54]
- Selain itu, ayat al-Quran dari surah ini memberitahu bahawa secara jelas manusia itu diciptakan daripada air. Allah telah menciptakan manusia mempunyai titisan baka (air mani) bagi meneruskan lagi zuriat memakmurkan bumi ini.
- 2) Proses Kejadian Manusia
- Proses kejadian manusia diceritakan daripada awal sehingga ke akhir di dalam al-Quran sebelum manusia mampu memikirkan proses itu sendiri.
-- “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal)
dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh2;
- Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami
ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”.
[Al-Mu’minun: 12-14].
-1 Musaharah ;hubungan kekeluargaan yang berasal dari hubungan penikahan, seperti menantu mertua dan sebagainya
- Ayat di atas menceritakan proses pembentukan manusia, seperti mana yang didedahkan kepada kita hari ini. Ayat ini telah menerangkan secara sempurna mengenai proses pembentukan manusia.
- Pada mulanya manusia tercipta dari pati yang merujuk kepada tanah. Kejadian ini adalah ketika penciptaan manusia pertama iaitu peristiwa Allah menciptakan Nabi Adam daripada tanah. Bermula daripada cantuman air mani (sperma dan ovum) kemudian
bergumpal menjadi darah beku (alaqah) yang tergantung di dinding Rahim. Seterusnya, gumpalan darah itu membesar menjadi seketul daging (mudghah). Ketulan daging itu pula akan terbentuk beberapa tulang (tulang belakang), yang kemudiannya disempurnakan rupanya dengan balutan daging yang akhirnya membentuk janin.
- 3) Kehidupan Manusia Berpasangan
- Tiada satu pun makhluk di muka bumi ini Allah ciptakan keseorangan. CiptaanNya semua dijadikan berpasangan supaya mereka sentiasa mengingati kebesaran kuasa Allah. Ini juga menunjukkan ciptaan Allah yang berpasangan ini mempunyai sifat saling melengkapi.
- Dua ayat yang menerang unsur berpasangan dalam ciptaanNya:
- Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya
berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh Bumi,
- atau dari diri mereka, atau dari apa yang telah mereka tidak mengetahuinya
- [Yasin:36]
- Sebagai contoh seperti kejadian siang dan malam. Kejadian siang dan malam tidak berlaku dalam satu waktu yang sama. Pada satu masa Allah jadikan suasana gelap dengan sedikit cahaya, dan kemudian Dia menciptakan suasana yang terang benderang dengan cahaya matahari yang mampu menerangkan seluruh alam.
cahaya supaya keadaan menjadi terang (siang) supaya manusia dapat menjalankan aktiviti seharian masing-masing.
- Engkau memasukan siang ke dalam malam, dan memasukkan malam ke dalam siang.
- Dan Engkau mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup dan Engkau memberikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan
- [al-Imran:27]
-- Selain itu juga, adanya jantina lelaki dan perempuan, pahala dan dosa, syurga dan neraka. Setiap ciptaan Allah itu lengkap dan seimbang. Keterangan di dalam ayat-ayat Allah menunjukkan kewujudan semua ciptaan di dunia ini secara berpasangan.
4) Komuniti Haiwan
- Al Quran telah menyatakan mengenai kewujudan umat-umat selain manusia, seperti umat haiwan dan sebagainya. Ia bermaksud bahawa haiwan juga hidup bermasyarakat, mempunyai tingkatan-tingkatan sosial yang tersendiri. Perkara ini dapat dilihat di sekeliling kita, di mana kita mampu melihat kawanan-kawanan burung dan kumpulan-kumpulan haiwan hidup bersama-sama.
5) Lebah
surih (trace elements), vitamin, campuran beraroma dan polifenol yang amat diperlukan oleh tubuh manusia.3Sebagaimana telah dinyatakan dalam al Quran,
- Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat
sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan
yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaandan
buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturanTuhan mu yang
diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akankeluarlah dari dalam
badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yangmengandungi penawar bagi
manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnyapada yang demikian itu, ada tanda
(yang membuktikan kemurahan Allah) bagiorang-orang yang mahu berfikir. (An-Nahl,
68-69)
6) Semut
- Di samping itu, nama semut juga turut diangkat dalam kisah Nabi Sulaiman yang telah direkodkan dalam al Quran. Menurut ayat 17-18 dalam Surah an Naml, Nabi Sulaiman dan bala tenteranya telah melalui Waadin-Naml yang dihuni oleh semut. Maka, seekor semut telah bertindak menyeru sekalian semut untuk masuk ke dalam sarang demi mengelakkan mereka dipijak secara tidak sengaja oleh bala tentera Nabi Sulaiman.
Berdasarkan kisah ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa semut juga hidup di dalam komuniti yang ramai serta berkomunikasi sesama sendiri. Ia dibuktikan oleh beberapa kajian secara saintifik oleh para saintis. Antaranya, semut mempunyai sistem komunikasi yang
3 Due to the variation of botanical origin honey differs in appearance, sensory perception and composition. The main nutritional and health relevant components are carbohydrates, mainly fructose and glucose but also about 25 different oligosaccharides. Although honey is a high carbohydrate food, its glycemic index varies within a wide range from 32 to 85, depending on the botanical source. It contains small amounts of proteins, enzymes, amino acids, minerals, trace elements, vitamins, aroma compounds and polyphenols. The review covers the composition, the nutritional contribution of its components, its physiological and nutritional effects. It shows that
sangat kompleks melibatkan bahan kimia serta mereka juga mempunyai tingkatan sosial seperti permaisuri, pekerja dan sebagainya.
7) Tekanan Oksigen di Altitud Tinggi
- Sebagai tambahan, al Quran juga ada menerangkan mengenai keadaan sesak nafas apabila naik ke langit. Firman ALLAH swt: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-olah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (QS (Surah al-An’am, ayat 125) . Berdasarkan ayat ini, saintis telah membuat kajian dan mendapati bahawa tekanan gas oksigen pada altitud tinggi telah menyebabkan semakin kurang kandungan oksigen yang disedut ke dalam saluran pernafasan, lalu membawa kepada kadar pernafasan yang lebih tinggi. Ia mampu memberikan kesan seperti sesak nafas, keletihan terlampau serta kepeningan.4
8) Kegelapan Lautan dan Lapisan Ombak
- Dalam bidang sains marin pula, kewujudan dua lapisan ombak di laut dan kegelapan di dasar laut dinyatakan dengan jelas di dalam surah an Nur, ayat 40. Apabila dikaji, sememangnya wujud ombak pada lapisan kedua laut (internal tide), yang mana kewujudannya dapat dilihat secara jelas hanya dari angkasa. Malah, ombak dalaman ini mempunyai amplitud yang jauh lebih tinggi berbanding amplitud ombak di permukaan air, dengan ketinggiannya mampu mencecah 300 meter. Kewujudan dua ombak ini disebabkan perbezaan pada ketumpatan air laut. Selain itu, kegelapan dasar laut pula dibuktikan apabila
4
Acute Mountain Sickness (AMS)manusia mula mampu menyelam sehingga ke dasar dengan bantuan peralatan moden. Kegelapan secara total ini disebabkan penyerapan spektrum cahaya oleh lapisan laut yang menyebabkan tiada cahaya yang mampu menembusi hingga ke dasar. Hasilnya, dasar lautan menjadi tempat yang sangat gelap dan makhluk-makhluk yang hidup di dasar laut
mempunyai ciri-ciri unik untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan keadaan dasar laut yang sangat sejuk dan bertekanan tinggi.5
-- Peranan al-Quran dalam Bidang Teknologi
- Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyeru manusia supaya mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yang diciptakan oleh Allah s.w.t tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada di langit dan di bumi adalah hak Allah s.w.t untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat. Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan tuhan bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud : “Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahan muapa yang ada di langit dan di bumi, dan telah
memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah
melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.”(Surah Luqman: 20).
- Oleh itu, kita seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita kerana di dalam Al-Quran telah tercatat segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun mati.
Bidang kejuruteraan juga ada disebut di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan ramai
tokoh-tokoh Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji bidang
kejuruteraan sehingga mereka dapat mencipta peralatan yang berguna hingga kini.
- Kejuruteraan Kimia
1) Proses Fotosintesis dan Proses Pembakaran Sempurna
- Di dalam Al-Quran terdapat fenomena sains yang boleh dikaitkan dengan kejuruteraan kimia iaitu “proses fotosintesis” dan “proses pembakaran
sempurna”. Firman Allah swt : “Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati)
dari pohon-pohon hijau yang basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu
menyalakan api dari pohon-pohon itu”. (Surah Yasin: 80) “Akhirnya, tidakkah kamu
melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? Kamukah yang
menumbuhkan pokok kayunya atau Kami yang menumbuhkannya?” (Surah
al-Waqi’ah : 71-72).
- Beribu-ribu tahun yang lalu dan zaman sekarang membuktikan kandungan Al-Quran menepati ilmu sains dan teknologi. Ini kerana orang zaman
dahulu menyalakan api daripada pokok kayu dan sekarang manusia menggunakan
petrol, gas dan sebagainya untuk menyalakan api. Jika kita memikirkan di zaman
dulu, tentu kita takjub bagaimana daripada kayu yang hijau itu boleh mengeluarkan
api. Di zaman kita pula, kita masih merasai ketakjuban di atas penggunaan petrol dan
gas yang boleh menghasilkan api untuk kegunaan seharian. Sebenarnya, petrol,
diesel, gas, arang batu dan sebagainya yang dikeluarkan dari perut bumi berasal
daripada pokok-pokok yang tertimbus jutaan tahun yang lalu. Ini dapat meyakinkan
sekarang itu adalah berasal dari pokok. Allah s.wt juga menggunakan perkataan
“al-syajarah al-akhdar” (tumbuhan hijau) dalam Surah Yasin ayat-80 kerana perkataan ini
boleh diertikan dengan tumbuhan hijau yang mempunyai klorofil. Menurut kajian
sains tumbuhan hijau melakukan proses fotosintesis yang menghasilkan gas oksigen
dan unsure karbon hasil daripada tindak balas cahaya matahari dan gas karbon
dioksida. Kedua-dua unsur ini (karbon dan oksigen) merupakan unsur penting untuk
menghasilkan api daripada proses pembakaran sempurna.
- Oleh itu, firman Allah swt dalam Al-Quran yang menyatakan tentang proses fotosintesis dan proses pembakaran sempurna tidak ada sebarang keraguan dan
sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui sesuatu.
2) Proses Pembentukan Besi
- Firman Allah s.w.t : "Dan kami telah menurunkan besi, padanya ada kekuatan yang hebat serta berfungsi berbagai manfaat untuk manusia." (Surah
Al-Hadid : 25) Terdapat satu surah di dalam Al-quran yang menggunakan nama logam
iaitu Surah Al-Hadid yang bermaksud besi. Dalam Surah Al-Hadid ayat 25, Allah
telah berfirman “waanzalnaalhadiid” yang boleh diterjemahkan “dan kami turunkan
besi”. Ayat ini memberi satu pertanyaan kepada kita umat manusia tentang asal usul
besi. Sebenarnya, besi berasal dari langit yang tercipta daripada bintang-bintang
melalui proses nukleosintesis. Ketika bintang-bintang itu mati (padam) lantaran
kehabisan bahan bakar hidrogen(H) , besi itu (bersama-sama unsur lain) dihamburkan
ke ruang angkasa. Unsur berat dalam alam semesta ialah dihasilkan oleh nuklid
bintang besar . Sistem solar kita bagaimanapun tidak mempunyai struktur sesuai
untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan oleh bintang yang
besi mencapai amaun melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini
tidak lagi dapat menampungnya dan akhirnya meletup dalam satu letupan yang
dipanggil nova atau supernova. Hasil daripada letupan ini, meteor yang mengandungi
besi berserakan keseluruh alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang di
angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala. Selain itu,
elemen utama pada pusat bumi iaitu teras bumi yang berjejari 3470 km ialah besi (Fe)
dengan kandungannya 90% dan nikel (Ni) dan belerang (S). Fungsi utama besi di
pusat bumi Allah telah jelaskan dalam ayat yang berbunyi “fiihiba'sunsyadiid”
(padanya ada kekuatan hebat). Besi di pusat bumi itu menimbulkan kekuatan yang
hebat yang berupa magnet dan tarikan graviti. Firman Allah selanjutnya pada Al
hadiid (ayat 25) yang bermaksud serta berbagai manfaat untuk manusia. Manfaat yang
perlu disebutkan paling dahulu (sebab manusia sering lupa) ialah bahawa besi
merupakan salah satu unsur yang membangun haemoglobin, protein dalan darah yang
berfungsi mengikat oksigen yang kita menghirupnya dari udara. Ketika oksigen
masuk ke dalam paru-paru kita, oksigen itu segera ditangkap oleh besi dalam
haemoglobin, kemudian dihantar oleh darah keseluruh tubuh kita untuk proses
metabolisme. Jelas sekali Allah memelihara kelangsungan hidup kita melalui besi.
Oleh itu, kita sebagai manusia perlulah sentiasa bersyukur di atas nikmat yang
diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita.
3) Kejuruteraan awam
- Kubah dan menara masjid yang di bina menunjukkan kefahaman dan
kemahiran sarjana-sarjana Islam dahulu dalam bidang sains bangunan dan seni bina. Dalam kejuruteraan awam hidrologi6, orang-orang Islam juga memberi sumbangan penting. Pada zaman pemerintahan khalifah ‘Umar, beberapa terusan telah di bina. Saiyidina Umar pula
telah mengarahkan pembinaan satu terusan yang panjangnya lebih kurang 10 km yang mengalirkan air dari sungai Furat. Terusan ini di beri nama Terusan Abu Musa Asy’ari, pemerintah Basrah ketika itu. Satu lagi terusan ialah Terusan Ma’akal yang di bina di bawah penyeliaan Ma’akal Ibnu Yasar. Teknologi air bawah tanah juga telah di usahakan di
Parsi.Bandar Isfahan di kelilingi oleh padang pasir. Teknologi ini telah di tulis oleh Syaikh Bahauddin al- A’mili seorang ahli sufi Safavid yang mahir dalam matematik dan keagamaan.
- Bagi negara yang yang di kelilingi oleh padang pasir, teknologi ini amat berguna kerana ia dapat mengelakkan pengewapan air. Bukti ini menunjukkan bahawa mereka juga telah meneliti bukan sahaja tentang pembinaannya, bahkan mengambil berat tentang perancangan dan penyelenggaraan projek tersebut.
-4) Kejuruteraan mekanikal
- Boleh dikatakan sumbangan sarjana sains dan teknologi Islam yang banyak ialah dalam bidang mekanik. Sumbangan Banu Musa terkandung di dalam buku Kitab Peranti (The Books of Artifices) yang telah disebut dahulu. Ibnu Sina pula walaupun beliau lebih terkenal dalam bidang perubatan dan pembedahan, namun beliau banyak memberi sumbangan yang mengagumkan dalam bidang mekanik. Di antara saranan Ibnu Sina ialah prinsip inersia yang terkandung di dalam kata-katanya yang berbunyi “tidak ada jasad yang mula bergerak atau berhenti dengan sendiri.” , “masa tidak boleh di bayangkan tanpa gerakan.” , “daya hanya boleh di sukat dalam sebutan kesan-kesannya.” , “dalam sesuatu mesin mudah, apa yang diperoleh dalam bentuk kuasa adalah kehilangan dalam
sama ialah jasad-jasad yang bergerak di dalam cecair dari titik tunggak melalui jarak yang sama dalam masa yang sama.” Teknologi yang mendapatkan tenaga dari udara dan air telah mendapat perhatian orang serata dunia dan ia merupakan ‘Penggerak Perdana” yang utama sehinggalah kuasa tenaga stim diperkenalkan semasa Revolusi Perindustrian. Antara contoh rekaan ialah jam air gajah, pam air dua silinder, pam air enam silinder selari, perangan jet stim. Ini jelas mengambarkan manusia pada zaman nabi juga mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang ilmu dalam bidang teknologi dan ini seterusnya memberi manfaat kepada manusia sejagat.
-- Peranan al-Quran dalam Bidang Perubatan
- Bidang perubatan tidak terkecuali daripada dirakamkan ALLAH SWT di dalam kitab suci AlQuran.Setelah ditafsir oleh para mufassirin,didapati bahawa bidang perubatan ini sebenarnya terselindung di sebalik beberapa jenis makanan dan minuman yang telah disebut ALLAH SWT di dalam AlQuran. Setelah dikaji oleh para saintis mutaakhirin, terbukti bahawa makanan-makanan dan minuman-minuman ini mempunyai pelbagai khasiat dan zatnya yang tersendiri.
- Walau bagaimanapun,kami tidak akan membicarakan secara terperinci tentang kesemua jenis makanan dan minuman tersebut,sebaliknya akan memfokuskan kepada
beberapa jenis sahaja.Antaranya ialah khasiat dan kelebihan madu, kurma, buah zaitun, anggur dan susu ibu dari segi perubatan.7
1) Madu
- Pertama sekali,madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut dalam al-Quran ( Surah an-Nahl : 68-69 ) dan hadis Nabi SAW. Dalam kitab perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan minda.Antara kelebihan madu ialah mampu menyembuhkan sehingga 77 jenis penyakit kerana ianya merupakan agen penyembuhan yang berkesan. Ia juga
merupakan antioksidan dan anti-penuaan semula jadi yang mampu mengembalikan keremajaaan kulit.Selain itu,madu dapat menghilangkan kedinginan dan lendir dalam hati,sekaligus mencegah batuk yang berpanjangan. Dalam kitab Al-Has Ali Al-Hafizul Ilmi
oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan yang bermaksud:
"Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik untuk ingatan."Diriwayatkan daripada Imam Ja’far Ash-Shadiq r. a ,beliau berkata,:”Rasulullah SAW sangat menyenangi madu.”8
2) Kurma
- Bukan itu sahaja,buah kurma juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan untuk manusia dan ini dibuktikan melalui kekerapan buah kurma disebut di dalam alQuran iaitu lebih daripada 20 kali. Kurma atau tamar ini disebut antaranya dalam surah Maryam ayat 25,surah al-An’am ayat 99 dan 141 dan surah ar-Ra’du ayat 4.Antara khasiatnya ialah mengelakkan Mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.Selain itu ia dapat memudahkan proses bersalin dan pencernaan.Kurma juga dapat mencegah pengaruh sihir terhadap seseorang seperti yang pernah dikatakan oleh Abu Abdillah a.s. :“Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.Di samping itu,kurma dapat membunuh cacing di dalam tubuh seperti kata Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s.:“Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”. Akhir sekali,Rasulullah SAW pernah
bersabda,: ” Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”9
3) Zaitun
- Buah zaitun tidak terkecuali daripada memiliki khasiatnya yang tersendiri. Buah ini disebut di dalam surat at-Tiin ayat 1,surah al-An’am ayat 99 dan 141 serta surah an-Nur ayat 35 yang membicarakan dengan khusus tentang minyak zaitun. Antara kelebihan minyak zaitun ialah mengandungi vitamin E dan K yang baik untuk kesihatan kulit
terutamanya untuk rawatan kecantikan wanita.Ia juga bagus digunakan sebagai minyak rambut. Dalam kitab Sunan al-Tarmizi dan Ibnu Majah, terdapat sebuah hadith daripada Abdullah bin Umar yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh berkat."Selain itu,minyak zaitun berperanan menambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut,membantu pesakit gastrik dan mereka yang mengalami masalah buah pinggang.Ia juga boleh diambil sebagai sapuan luaran, selain bertindak sebagai pelican dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis. Akhir sekali, Minyak zaitun boleh melawan racun dalam badan dengan bertindak sebagai
laxative dan menyingkir cacing di dalam badan.
4) Anggur
- Makanan terakhir yang akan dibincangkan khasiatnya secara ringkas ialah buah anggur. Buah yang mempunyai keajaiban rasa dan khasiat ini dirakamkan ALLAH SWT dalam surah ar-Ra’du ayat 4,surah al-An’am ayat 99 dan surah ‘Abasa ayat 28. Tiga jenis warna anggur yang paling digemari ramai iaitu anggur hitam, anggur merah, dan
anggur hijau dan setiap warna anggur mempunyai khasiat yang berbeza. Ketua Program Kualiti, Kesihatan dan Pemakanan di Scottish Crop Research Institute (SCRI), Dr Derek Stewart, mengiktiraf anggur hitam sebagai “Superfruit No.1” kerana hasil penyelidikannya telah menemui bahawa anggur hitam mempunyai kandungan vitamin, mineral dan bahan antioksida lebih tinggi berbanding 20 buah lain yang telah diuji. Anggur merah pula merupakan sumber antioksidan yang tinggi dan kaya dengan kalium untuk melambatkan proses penuaan. Kandungan antioksidan dalam anggur juga mempunyai khasiat sebagai pelindung sel dari radikal bebas penyebab penyakit degeneratif, seperti penyakit jantung, kanser, dan beberapa penyakit akibat penuaan. juga di percayai boleh mencegah dan membantu proses penyembuhan penyakit bawaan virus seperti influenza. Akhir sekali, Anggur hijau mempunyai banyak khasiat bagi kesihatan kerana kandungan kimia yang berada di dalamnya, salah satu di antaranya adalah flavonoid yang dapat mencegah oksidasi LDL (kolesterol jahat) 20 kali lebih kuat daripada vitamin E, yang selama ini dikenal
sebagai antioksidan semula jadi yang sinonim dalam proses menguruskan badan.
5) Susu Ibu
- Penutup bicara, kami akan membincangkan serba sedikit mengenai kelebihan susu ibu yang ada disebut oleh ALLAH SWT dalam surah Luqman ayat 14.Antara kelebihan susu ibu atau dipanggil “kolostrum alami” ini adalah mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul bagi bayi yang masih tidak mampu makan dan minum melainkan menyusu dengan ibunya sahaja.Susu ibu juga mengandungi antibodi semula jadi untuk melawan pelbagai penyakit.Bayi yang menyusu dengan ibunya terbukti lebih sihat
meningkatkan kecerdasan otak bayi. Bukan itu sahaja,si ibu juga mendapat manfaat apabila menyusukan bayinya. Antaranya ialah tubuh lebih segar,terasa ringan dan sihat. Naluri keibuan juga semakin terserlah dan ikatan kasih sayang yang paradosikal antara ibu dan anak semakin kukuh.Itulah keajaiban susu ibu sehingga digelar susu terbaik di dunia.10
-- KESIMPULAN
- Konklusinya, al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad saw mempunyai peranan yang sangat penting dalam bidang sains dan teknologi. Galakan al-Quran untuk mengkaji dan merenungi penciptaan alam telah menjadi titik utama untuk mendorong para saintis Islam melakukan kajian.
- Justeru, kita sebagai generasi muda Islam yang bakal menerajui bidang-bidang profesional ini mestilah bertindak bijak dengan mengamalkan segala ajaran al-Quran dan mengkaji penciptaan alam semesta agar dapat bertemu dengan hikmahnya serta meningkat ketaatan kepadanya, sekali gus mewujudkan baldatun toiyyibatun wa rabun ghafur.
-- BIBLIOGRAFI
- Abd Aziz, H. (2008, APRIL 16). [Web log message]. Retrieved from ctu551.blogspot.com/2008/04/sains-teknolgi-menurut-islam.html
- Alvarez-Suarez, J. M., Tulipani, S. Romandini, S., Bertoli, E., & Battino, M. (2010). Contribution of honey in nutrition and human health: a review. Mediterranean Journal of Nutrition and Metabolism 3, no. 1 (2010): 15-23.
- Bogdanov, S., Jurendic, T., Sieber, R., & Gallmann, P. (2008). Honey for nutrition and health: A review.Journal of the American College of Nutrition,,27(6), 677-689. Retrieved from http://www.jacn.org/content/27/6/677.full.pdf
- Curtis, R. (n.d.). Outdoor Action Guide to High Altitude: Acclimatization and Illnesses. Retrieved March 14, 2013, from
http://www.princeton.edu/~oa/safety/altitude.shtml
- Danial, Z. A. (2012). Islam: The misunderstood religion. (Revised ed., pp. 45-112). Selangor, Malaysia: PTS Millenia.
- Deep sea. (2013). Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Deep_sea.
-- Harun, Y. (2004). The quran leads the way to science. (2nd ed.). Turkey: Global Publishing. DOI: www.harunyahya.com
- Ibrahim, I. (1997). A brief illustrated guide to understanding islam. (2nd ed., pp. 20-21). Texas, USA: Darussalam Publishers and Distributors. Retrieved from
http://www.islam-guide.com/islam-guide.pdf
- Littin, S. (2011, MAY 20). Ants give new evidence for interaction networks. UANews. Retrieved from http://uanews.org/story/ants-give-new-evidence-interaction-networks
- Miller, G. (1992). The amazing quran. Abul Qasim Publishing House. Retrieved from
http://d1.islamhouse.com/data/en/ih_books/single/en_the_amazing_Quran1.pdf
- Muhammad Mujahid, I. M. F. (2013). Mukjizat al quran. In M. H. Shahrizan & I. M. F. Muhammad Mujahid (Eds.), Mahabbatur Rasul (1 ed., pp. 88-89). Kedah,
Malaysia: Pustaka Paksi.
- Peacock AJ. ABC of oxygen: Oxygen at high altitude. Br Med J. 1998;317:1063– 1066.
- Pelinovsky,E., Talipova,T., Holloway, P. E., (1997). Strongly Nonlinear Internal Waves on the Australian North West Shelf . Retrieved from
http://www.whoi.edu/science/AOPE/ISW98workshop/text/holloway/holloway-ht.html.