Kertas ini bertujuan menjelaskan persoalan pluralist dilemma di dalam pembentukan asas asas kurikulum sejarah di negara ini. Malaysia, secara realiti sosialnya adalah sebuah negara majmuk. Secara sejarahnya, kerencaman budaya etnik yang wujud dan sentiasa berinteraksi secara sosial, di dalam banyak keadaan berupaya menimbulkan perdebatan dan konflik. Peristiwa 13 Mei 1969 adalah petunjuk kepada fenomena ini. Perdebatan di dalam ruang pendidikan juga tidak terkecuali. Malah jika tidak difahami dan diuruskan dengan baik, ruang pendidikan juga cenderung untuk menjadi punca kepada perdebatan dan konflik antara etnik. Di negara ini, para pengubal dasar pendidikan dan pembina kurikulum seringkali menghadapi situasi pluralist dilema di dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Mereka berhadapan dengan keadaan perlu membuat keputusan apakah bentuk dasar atau kandungan kurikulum yang perlu dilaksnakan di dalam institusi pendidikan. Pengubal dasar dan pembina kurikulum sejarah juga menghadapi situasi ini. Malah sejarah sebagai satu displin ilmu kemasyarakatan lebih terdedah kepada pluralist dilema di dalam sektor pendidikan. Apakah yang perlu dimasukan sebagai sukatan pelajaran sejarah dan apa pula yang tidak perlu dimasukkan. Apakah kriteria yang dijadikan sebagai panduan di dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Kertas ini cuba mengutarakan tiga faktor sebagai knowledge baseline bagi membincangkan persoalan pluralist dilema tersebut. Pertama, pembentukan masyarakat plural. Kedua, pengaruh ilmu kolonial terhadap pendidikan sejarah dan ketiga, kewujudan perdebatan ‘bangsa impian’ (nations‐of pada tahun 1951 sebenarnya satu isyarat awal untuk kita fahami bahawa cita cita mewujudkan satu sistem kebangsaan di negara ini akan melalui liku liku yang sukar di era pasca merdeka. Pengekalan sistem pendidikan vernakular berasaskan bahasa ibunda di dalam Penyata Pelajaran Razak 1956 pula menjadi satu simbol kepada perlaksanaan persefahaman dan kesepaduan sosial melalui sistem pendidikan yang cuba dimulakan sejurus selepas merdeka. Malah dikekalkan perlaksanaanya hingga ke hari ini.
1 Beliau merupakan pensyarah Pendidikan Sejarah di Fakulti Pendidikan UKM. Beliau boleh dihubungi di email: anuarahmadukm@gmail.com
Pada tahun 1991, di dalam ucapannya bertajuk The Way Forward, Tun Mahathir Mohammad telah mengistiharkan cabaran pertama dari senarai sembilan cabaran utama untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 ialah membina sebuah bangsa Malaysia. Pengistiharan oleh pucuk kepimpinan negara ini sekaligus menjelaskan kepada kita bahawa dari perspektif pemimpin sebuah kerajaan, sebuah bangsa Malaysia masih belum wujud dan sedang dalam proses pembikinan ketika itu. Sehingga hari ini pun, kita masih menggunakan pengistiharan ini sebagai satu ‘model bayangan’ di dalam proses menyediakan sebuah ‘bangsa Malaysia’ menjelang tahun 2020. Sebahagian hasrat ini diterjemahkan di dalam dasar pendidikan seperti PIPP‐ 1996 dan juga terbaru dalam dokumen dasar pendidikan terbaru PPPM 2013‐2025.
Salah satu agenda utama perlaksanaan sistem pendidikan kebangsaan pasca merdeka ialah membina masyarakat Malaysia yang sayangkan negara, bangsa dan sentiasa bersatu padu dan harmoni. Sistem pendidikan kebangsaan yang formal merupakan institusi sosial yang berperanan mengawal dan membangunkan kestabilan dan kesepaduan sosial masyarakat di dalam sesebuah negara. Pendidikan menurut Lall (2009),
“…as the most logical entry point for the process of change in society. Goverments have long used education and the school curriculum amongst other vehicles fordisseminating political ideologies with a view to tranforming societes and subjecting them to more effective state control.This has been done both convertly and overtly. In all societes, but perhaps especially in post‐colonial countries, emphasis has been placed by political elites on the role of education‐and particularly schooling‐as a tool for shaping and sustaining political systems.”
air. Matlamat kurikulum sejarah dipenuhi dengan konsep konsep besar lagi penting seperti kesedaran patriotisme, toleransi, saling menghormati, menghargai orang lain, nilai kebanggaan dan rasa setianegara (Pusat Perkembangan Kurikulum 2004).
Kita di satu sisi cuba memahami dan menguruskan kepelbagaian etnik dalam masyarakat Malaysia dan di satu sisi yang lain cuba untuk menyediakan kurikulum sejarah atas semangat membina ‘bangsa Malaysia yang satu’ untuk diterima oleh semua seperti yang digagaskan. Kertas kerja ini cuba menjelaskan bagaimana wujudnya pluralist dilemma ini, dengan menggunakan tiga kerangka asas berkaitan proses kewujudan kepelbagaian etnik2 dalam masyarakat di negara ini iaitu pengamalan ilmu kolonial dalam pendidikan, kedua, proses pembentukan masyarakat plural, dan ketiga pembentukan konsep nation‐of intents.
Pembinaan Korpus Ilmu Kolonial dalam Pendidikan Sejarah.
Proses pembinaan ‘colonial knowledge’ telah memberikan klasifikasi kepada pembentukan identiti etnik kepada masyarakat di negara ini. Profesor Shamsul di dalam empat tulisan beliau yang bertajuk “Colonial Knowledge and the Construction of Malay and Malayness: Exploring the Literacy Component” (1999); “Identity Contestation
2 Etnik merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang berasaskan keturunan yang sama. Mereka mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Identiti etnik merupakan aras identifikasi seseorang yang didefinisikan secara kolektif di dalam sesebuah masyarakat, setakat atau sejauh mana rasa kepunyaan dirasakan olehnya dapat pada masa yang sama dirasakan oleh ahli‐ahli kumpulan masyarakat yang sama. Penelitian awal ini akhirnya membawa kepada dua kesimpulan utama iaitu identiti etnik merujuk kepada perbezaan dengan etnik lain (the others) dan keduanya etnisiti terbentuk berasaskan kepada ciri utama yang sama dimiliki oleh sesuatu kumpulan etnik (Eriksen 2002). Konsep etnik telah membuka perdebatan berkaitan bagaimana kumpulan manusia boleh dikategorikan bukan berasaskan warisan biologikal tetapi juga boleh dimaksudkan sebagai ”ranging from the essence of an ethnic group to the feeling of belonging to such a group to the marker of difference from other ethnic groups (Tonkin.1989). Geertz (1963) menekankan tentang kewujudan etnisiti dalam masyarakat dengan merujuk kepada pertalian primordial. Beliau menakrifkan pertalian primordial sebagai pertalian yang berasaskan perkara‐perkara yang wujud secara semulajadi dalam sesebuah komuniti seperti pertalian agama, bahasa, dialek, dan adat resam. Terdapat pengkaji yang melihat etnisiti berkaitan dengan fenomena pembinaan jaringan sosial yang harus dibuat di dalam sesebuah masyarakat. (Lihat misalnya perbincangan oleh Anderson.1991:Barth.1969: Royce. 1982). Selain itu terdapat pula pengkaji yang berpandangan bahawa etnisiti merupakan gabungan pandangan yang telah diberikan di atas. Idea ini (berasaskan pergabungan) ini telah diketengahkan oleh pengkaji seperti Feoron (1999), Laitin (1998). Hutchinson dan Smith (1996) juga memberikan penjelasan yang mereka maksudkan sebagai kumpulan etnik. Pada mereka “ ethnic refer to other peoples who, like animals, belong to some group unlike one’s own”. Eriksen (2002) menyatakan bahawa etnisiti boleh difahami sebagai ”classification of people and group relationships”. Kewujudan etnik dan etnisiti pada akhirnya membina identifikasi etnik (Eriksen:2002). Identifikasi etnik di dalam sesebuah masyarakat secara langsung menyebabkan wujudnya masyarakat plural hasil dari proses ethnic differentiation dan boundary maintenance (Eriksen.2002).
in Malaysia: A Comparative Commentary on ‘Malayness’ and Chineseness’ (1999); ‘A History of an Identity, An Identity of a History: The Idea and Practice of ‘Malaysness’ in
Malaysia Reconsidered, (2001) dan “Ilmu Kolonial Dalam Pembentukan Sejarah Inteletual Malaysia: Satu Pandangan (2011), telah membuat penelitian bagaimana ilmu kolonial bukan sekadar digunakan sebagai lensa untuk pemerintah dan pegawai kerajaan kolonial memerhati dan memahami masyarakat yang dijajah, yang lebih utama ialah ilmu kolonial adalah cukup penting sebagai alat ideologikal untuk melentur pemikiran mereka yang dijajah dalam satu bentuk atau arah tertentu.
Ilmu kolonial itu akhirnya dicerna, disisip sulam dan diinstitusikan ke dalam sistem pendidikan kolonial bagi tujuan ideologikal berkenaan (Shamsul:2008). Beliau meneliti tentang wujudnya apa yang beliau kenalkan sebagai ‘penaklukan epistemologi’ (Shamsul 1997, 2008). Apa yang beliau maksudkan ialah berlakunya penaklukan sistem pemikiran dan ilmu pengetahuan pribumi oleh sistem pemikiran dan ilmu pengetahuan Eropah yang dibawa dan diperkenalkan di tanah jahahan seperti India dan Tanah Melayu. Penelitian beliau telah membina kefahaman kita berkaitan ilmu kolonial yang merujuk kepada suatu bentuk ilmu yang khusus dicipta oleh penjajah menguruskan masyarakat yang dijajah, tanpa mengira di mana sahaja di dunia ini, sebagai sumber maklumat dan strategi untuk mendominasi pemikiran dan budaya probuni. Penjajah telah bertindak membina metodologi pembinaan ilmu dan digunakan dalam menghimpunkan segala bentuk ‘fakta’ dan maklumat, apa juga kandungan, kuantiti dan kualiti mengenai masyarakat yang mereka jajah (Shamsul 2008).
Terdapat enam peringkat bagaimana proses pembentukan ilmu kolonial berlaku di tanah jajahan termasuk di Tanah Melayu (Shamsul:1996). Pertama, pihak kolonial akan memastikan penguasaan bahasa pribumi sebaik yang mungkin. Penguasaan bahasa pribumi memungkinkan mereka menyerap masuk sedalam mungkin apabila berkomuniaksi dengan anak anak pribumi, khususnya apabila ada keperluan untuk melakukan penguatkuasaan sistem perundangan yang mereka gubal atau bawa dari negara mereka.
Kedua, pihak kolonial akan melakukan secara sistematik survei atau perekodan bagi tujuan mengumpulkan maklumat yang terperinci berkaiatan semua hal berkaitan kehidupan sosial masyarakat pribumi. Selain itu mereka juga merekodkan tentang alam sekitar masyarakat pribumi. Hasilnya mereka berjaya mengeluarkan peta, daftar penduduk, berbagai laporan rasmi kerajaan yang kemudiannya digunakan dalam sistem pentadbiran kolonial ke atas negara tanah jajahan.
Ketiga, ilmu kolonial dibina melalui pengumpulan maklumat yang berbentuk statistikal mengenai tanah jajahan dalam bentuk bancian penduduk tempatan. Bagi mengemaskan maklumat, mereka membina kategori sosial bagi tujuan memudahkan mereka mengenalpasti setiap kumpulan warga atau kelompok. Dari klasifikasi sosial inilah kemudian label label bersifat etnisiti dimulakan yang dikatakan sebagai ‘kenyataan sosiologikal’ oleh Shamsul (2008).
Keempat, satu sistem penyimpanan yang teratur telah dibangunkan oleh pihak kolonial bagi menyimpan dan mempamerkan semua bahan dan artifak yang telah dikumpulkan samada dalam bentuk institusi muzium, zoo, taman taman bunga dan koleksi peribadi bagi membuktikan kepada masyarakat yang dijajah berkaitan ‘sejarah’ dan kedudukan peradaban masyarakat pribumi berbading peradaban sejagat (Shamsul 2008). Malah pembinan imej‐imej ini kemudian menjadi sinonim dengan sesuatu masyarkat misalnya Melayu dengan songkok dan kain pelikat, Cina dengan cheongsam dan India dengan sari.
mereka ialah sistem ini adalah sangat penting bagi pihak kolonial memastikan jaminan keselamatan dan kestabilan politik pemerintahan kolonial yang secara langsung juga akan menjamin ketenteraman awam masyarakat pribumi terjamin. Ini dilakukan dengan pelaksanaan sistem pengesanan ‘identiti rasmi’ dan peribadi seseorang melalui dengan penggunaaan cap jari, kad pengenalan dan sebagainya.
Keenam, pihak kolonial memastikan diwujudkan sistem kepustakaan histriografi atau persejarahan yang dikenali sebagai hak pribumi, kemudiannya sumber histrografi ini akan dijadikan sebagai bahan pembelajaran yang diajarkan secara turun temurun dari satu generasi ke genarasi yang lain melalui mass education yang dikuasai oleh pihak kolonial. Melalui ‘mass education’ inilah anak anak pribuni akan menghayati sejarah bangsanya, tinggal lagi yang menjadi asas ilmu histrografi ini masih lagi bertunjangkan sistem klasifikasi dan teori sosial Eropah (Shamsul 2008). Perkaitan antara pembentukan dasar kolonialisme dan berlakunya pengembangan ilmu kolonial dilakukan sehingga berjaya mempengaruhi dan kemudiannya menguasai pelaksanaan pendidikan di Tanah Melayu adalah sesuatu yang telah berlaku bukan secara kebetulan. Shamsul (1999) menjelaskan;
“... the growth of public education and its rituals fosters official beliefs in how things are and how they ought to be because the schools are crucial ‘civiling’ institutions and seek to produce moral and productive citizens. Through schools much of the ‘facts’ amassed through the officialising procedures or investigatives modalities are channeled to the youger population thus shaping their own perception of what social reality is, most of which is contructed by colonial knowledge. More than that, with the existence of Chinese, Malay, tamil and English schools, ethnic boundaries become real and ethnic identities becomes essentialised and ossified through elements such as language and cultural practices”
“Peraturan Segala raja‐raja sebagai Sejarah Melayu atau Malay Annal (Reid:1997). Begitu juga seperti yang ditimbulkan oleh Shamsul (1999), bagaimana dengan cara yang sama pihak British menamakan semula ‘Peninsular” sebagai tanah asal orang Melayu dan memperkenalkannya sebagai Tanah Melayu. Malah penegasan konsep dan pengkategorian Melayu yang dilakukan oleh Stamford Raffles di dalam karyanya “ On the Malayu Nation, with a Translation of its Maritime Institution”(Asiatic Researches,
Vol.12.1818 ori. 1809) dianggap telah membuka perbincangan yang berterusan di kalangan peneliti dan pengkaji tentang makna identiti ‘Melayu’.
Pembentukan Masyarakat Plural: Pengalaman Malaysia
Masyarakat Malaysia ditakrifkan sebagai masyarakat plural dengan komuniti Melayu, Cina dan India hidup sebelah menyebelah tetapi berasingan dari segi kepercayaan, budaya dan bahasa. Situasi ini sebenarnya hasil dasar dasar kolonial yang dilaksanakan di Tanah Melayu. Dasar ini telah berjaya dilaksanakan di Burma, Malaysia dan Vietnam (Mukhreje dan Jasbir, 1985). Tidak seperti kuasa Portugis (1511‐1641) dan Belanda (1641‐1824), bermulanya kuasa Inggeris sebagai kuasa kolonial di Tanah Melayu, orang Melayu, Cina, India dan sebagainya termasuk di Sabah dan Sarawak telah mula dikategorikan melalui dokumen rasmi seperti dokumen undang undang Tanah Simpanan Melayu 1913 dan dokumen banci penduduk (census). Secara langsung ini merupakan satu permulaan kepada pembentukan identiti etnik sebagai yang kategori sosial di dalam masyarakat Tanah Melayu (Shamsul 1996).
tulisan Furnivall (1965). Pertama, masyarakat plural yang dimaksudkan ialah masyarakat di kawasan tropika di bawah kuasa penjajah yang terdapat perpecahan dan konflik di antara kumpulan‐kumpulan etnik yang berbeza. Kedua, masyarakat plural itu terdiri daripada berbilang etnik yang mempunyai asas‐asas primordial yang berbeza sehingga menyebabkan wujudnya perpisahan. Ketiga, masyarakat plural cenderung mewujudkan ketegangan dan pergaduhan di antara kumpulan‐ kumpulan etnik kerana tidak wujud unsur‐unsur atau nilai yang boleh didukung bersama. Keempat, masyarakat yang berpecah dan terpisah itu diikat bersama oleh tekanan kuasa luar iaitu kuasa penjajah. Teori masyarakat plural Furnivall telah menjadi sumber rujukan utama dalam analisis sesebuah masyarakat majmuk oleh para penyelidik. Namun begitu, pandangan beliau telah dikritik kerana terdapat kelemahan dalam aspek‐aspek tertentu. Kenyataan Furnivall yang menyatakan bahawa kumpulan‐kumpulan etnik dalam masyarakat plural cenderung berkonflik mendapat tentangan daripada sarjana seperti Morris (1956), Crowley (1957), dan Benedict (1965).
Manakala konsep pluralisme pula telah dijelaskan oleh Mazrui (1969) dengan menyatakan bahawa setiap masyarakat mempunyai sifat‐sifat kemajmukan, dan beliau telah membezakan dan mengaitkan pluralisme dengan kemajmukan etnik, kemajmukan budaya, kemajmukan agama, dan kemajmukan institusi yang merujuk kepada ekspresi politik apabila beliau menyatakan walaupun wujud ketidakstabilan dalam sistem multi parti, tetapi buat sementara waktu sesebuah negara itu masih mempunyai ruang untuk mempertahankan kemajmukan institusi yang kompetitif. M.G Smith seorang ahli sosiologi telah membuat analisis dan penilaian tentang idea Furnivall tentang masyarakat plural. Menurut Smith (1969), pluralisme ialah satu keadaan di mana individu‐individu bagi satu masyarakat umum, pada dasarnya adalah dibezakan oleh asas‐asas perbezaan praktik institusi. Beliau menyatakan bahawa penjelasan tentang pluralisme dari sudut politik yang paling ekstrem dan signifikan boleh ditemui dalam “masyarakat plural”. Menurut Kuper (1971), perkataan yang sinonim dengan ’plural society’ termasuklah divided society, communally fragmented societies, societes bi‐communautaires, societes
tricommunautaires, societes pluri‐communautaires, multi‐ethnic, multi‐national,
ialah sebuah masyarakat di mana perhubungan antara kumpulan‐kumpulan etnik yang menjadi warga negara berkenaan adalah berpecah, terpisah, berkonflik, dan sukar untuk mencapai kata sepakat, muafakat, persefahaman, dan perpaduan di bawah satu unit politik dan satu kuasa autoriti tunggal. Sehubungan dengan kerumitan dan keunikan politik masyarakat plural, maka banyak sarjana telah mengemukakan teori masyarakat plural masing‐masing.
Persoalan masyarakat plural sangat berkaitrapat dengan latar belakang dan sejarah bermulanya pembentukan identiti etnik (identity formation) di negara ini. Ini tidak dapat dielakkan dalam usaha memahaminya sebagai satu realiti sosial masyarakat Masyarakat plural yang memiliki sejarah identiti etnik yang berbeza juga boleh dalam keadaan keadaan yang tertentu berada dalam persaingan etnik (identity contestation) kerana mempunyai harapan dan ‘bangsa impian’ yang berbeza beza antara satu sama lain. Walaupun kepelbagaian kumpulan etnik dalam masyarakat atau pluraliti telah wujud lama sebelum bermulanya penjajahan, penulis bersetuju dengan pandangan beberapa sarjana bahawa dasar kolonialisme telah menjadi punca kepada berlaku fenomena etnisiti dan masyarakat plural di negara tanah jajahan. Beberapa sarjana tempatan telah meneliti proses pembentukan masyarakat plural di Malaysia (Shamsul3:1996; Nordin: 2011). Shamsul (1996) menyatakan bahawa;
“That Malaysia is a “plural society” is not in question. Indeed, many societies in the world today, in the industrialized and non‐industrialized world alike, are “plural societies”. Plural societies are those in which there are several large ethnic groupings, involved in the same political and economic order but otherwise largely distinct from one another. As a result of colonization, most post‐colonial societies, including those in Asia and Oceania, are plural societies because of political unification imposed on a variety of pre‐existing cultures (indigenous and immigrant).”
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, lanskap masyarakat pluralyang sedia ada sebenarnya di warisi daripada dasar penjajahan British. Kepelbagaian etnik atau masyarakat plural di Malaysia telah berkembang apabila dasar kolonialisme British menggerakkan migrasi secara besaran besaran orang Cina dan
3 Beberapa tulisan yang sangat berkaitan dalam membincangkan pembentukan masyarakat plural dan identiti etnisiti di Malaysia ialah “Debating about Identity in Malaysia: A Discourse Analysis (Shamsul.1996); Nations of Intents in Malaysia (Shamsul 1996); The Making of a ‘Plural’ Malaysia (Shamsul.1997); Identity Contestation in Malaysia: A Comparative Commentary on “Malayness” and “Chineseness” (Shamsul. 1999); “A History od an Identity, an Identity od a History: The Idea and Practice of “Malayness” in Malaysia Reconsidered (Shamsul. 2001); Ethnicization and Identity Contruction in Malaysia (Holst 2012).
India ke Tanah Melayu pada awal abad ke 19 atas pengaruh ekonomi. Bagi negara negara yang pernah melalui era kolonialisasi seperti Malaysia, konsep masyarakat plural sangat berkaitan dengan proses migrasi. Malah migrasi dilihat sebagai asas kepada bermulanya masyarakat plural (Shamsul.1997).
Terdapat tiga gelombang utama proses pembentukan masyarakat plural di Malaysia. Gelombang pertama ditandai dengan ’age of commerce’ pada abad ke 12 hingga abad ke 14 masehi di perairan kepulauan dunia Melayu. Gelombang migrasi ke Tanah Melayu ketika era ini datangnya dari masyarakat nusantara yang bermigrasi antara pulau pulau dan tanah besar di kepulauan Melayu ketika itu. Masyarakat dari Sumatera, Sulu, Borneo Champa, Makasar dan sebagainya bergerak atas tujuan perdagangan dan mencari kehidupan yang baru. Pada ketika yang sama kepulauan Melayu juga telah mula di datangai oleh para pedagang China, Arab India dan Eropah. Selain aktiviti pedagang yang berniaga, kepulauan Melayu juga menerima kehadiran para pendakwah dan mubaligh agama yang menyebarkan agama Hindu, Buddha dan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara. Banyak tinggalan lama yang kekal sehingga ke hari ini yang membuktikan aktiviti perdagangan dan penyebaran pelbagai agama di lakukan sejak 1800 tahun dahulu seperti pengamalan Hinduisme orang Bali, Candi Borobudur di Jogjakarta, tinggalan tapak Candi di Lembah Bujang Kedah, Batu Bersurat di Kuala Terangganu, Hukum Kanun Melaka dan sebagainya. Malah kewujudan masyarakat Nyonya Baba di Melaka, India Muslim dan keturunan Melayu Arab membuktikan berlakunya interaksi masyarakat sejak dahulu yang telah sebenarnya membentuk masyarakat plural gelombang pertama di Tanah Melayu (Shamsul.1997).
kenegaraan yang dikenali sebagai tanah jajahan. Kolonialisme telah merombak rupabentuk masyarakat di Tanah Melayu apabila penjajahan bermula pada tahun 1786 di Pulau Pinang. Dasar membawa masuk imigran dari China dan India telah secara langsung memperkenalkan kepada masyarakat negara ini kepada konsep etnisiti melalui polisi, undang‐undang serta pembentukan ilmu pengetahuan kolonial (colonial knowledge) di Tanah Melayu (Shamsul 1996). Kehadiran imigran Cina dan India ke Tanah Melayu akibat dasar ekonomi British khususnya pelombongan bijih timah dan perladangan getah telah menyebabkan lanskap masyarakat berubah sama sekali. Etnisiti berlaku apabila polisi penjajah yang menggunakan ciri ciri etnik berasaskan warna kulit, kumpulan status sosial dan kepercayaan telah dilaksanakan untuk mengelompokkan kumpulan masyarakat di semua tanah jajahan di seluruh dunia (Holst. 2012). Pengenalan identiti etnik bermula ketika gelombang kedua bila wujudnya persatuan perniagaan Cina dan juga penubuhan sekolah sekolah Cina di Tanah Melayu (Shamsul 1996). Satu perkara yang ketara wujud dalam masyarakat plural gelombang kedua ialah pengasingan ruang politik dan ekonomi di kalangan orang Melayu, Cina dan India. Secara politiknya, kuasa penjajah British menguasai sepenuhnya pentadbiran poltik di negeri Negeri Selat, mengambil alih sebahagian besar kuasa pentadbiran elit Melayu di negeri Negeri Melayu Bersekutu kecuali urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu dan campurtangan berasaskan kepentingan British dengan persetujuan elit Melayu di negeri Melayu Bersekutu tak Bersekutu. Bagi menguruskan masyarakat Cina dan India, wakil wakil setiap kumpulan masyaraklat ini dilantik oleh British. Alam Melayu mula berubah kepada sempadan sempadan kenegaraan tertentu yang ditadbir secara berasingan oleh kuasa kuasa barat. Kuasa barat juga memperkenalkan konsep negara bangsa bagi setiap kumpulan masyarakat di bawah kuasa jajahan mereka. Beberapa siri perjanjian antara kuasa barat dilakukan untuk mengesahkan sempadan wilayah masing masing. Penjanjian Inggeris‐ Belanda 1824 misalnya mengesahkan kuasa jajahan British ke atas wilayah Tanah Melayu dan Singapura manakala kuasa Belanda menguasai pulau Jawa, Pulau Sumatera dan kepulauan sekitarnya.
Hasilnya bermulalah ‘modernization project” di dalam ruang politik, ekonomi dan sosial di malaysia seperti dasar Ekonomi Baru, dasar dasar pendidikan pasca Merdeka seperti Laporan Razak (1956), Dasar Pembangunan nasional, Wawasan 2020 dan sebagainya. Malah dengan kehadiran lebih sejuta imigran (Shamsul 1996) pada masa kini, secara sah dan tidak sah, apakah akan wujud masyarakat plural gelombang keempat pada masa depan. Kerangka teori masyarakat plural Furnivall (1948) yang melihat tidak wujud interaksi inter‐etnik telah di tolak oleh beberapa pengkaji lain misalnya Maurice Freedman (1960), Husin Ali (1984) dan Stenson (1980) yang melihat telah wujud interaksi antara etnik di Tanah Melayu khususnya pasca merdeka.
Nations‐of Intent di Malaysia
Di dalam tulisannya ”Nations‐of Intent in Malaysia”, Shamsul(1996), beliau menjelaskan bahawa konsep ini sebagai;
”By nation‐of‐intent I mean a more or less precisely defined idea of the form of a nation, i.e. its territory, population, language, culture, symbols and institutions. The idea must be shared by a number of people who perceive themselves as members of that nation, and who feel that it unites them. A nation‐of intent may imply a radical tranformation of a given state, and the exclusion or inclusion of certain groups of people. It may also imply the cretaion of a new state, but it does not necessarily imply an aspiration for political self‐rule on the part of the group of people who are advancing their nation‐of‐intent. It may be an inclusive construct, open to others, and which is employed as the basis for a political platform voicing dissent or a challenge to the established notion of nation. In any case, the concept nation‐of‐intent depits an idea of a nation that still needs to be constructed or reconstructed. It promises the citizens (some of them) an oppurtunity to participate in a ’grand project’ which the can claim as theirs. It therefore bridges the authority defined and the every defined idea of a nation.
berteraskan kepada bumiputera Melayu sahaja. Mereka (minoriti) menuntut kepada konsep yang lebih plural di dalam membicarakan soal identiti nasional. Akhirnya ini menjelaskan tentang wujudnya kepelbagaian tanggapan tentang maksud ’bangsa impian’ di kalangan masyarakat negara ini.
Kepelbagaian Etnik dan Perlaksanaan Kurikulum Sejarah Di dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Bila dikaitkan dengan pendidikan sejarah, penelitian menggunakan tiga kerangka konseptual iaitu pembentukan masyarakat majmuk, pengamalan ilmu kolonial dan kewujudan nation‐of intents secara langsung menunjukkan wujudnya pluralist dilemma yang membawa pengertian bahawa cita‐cita untuk pendidikan sejarah membina perpaduan dan ke arah memyumbang kepada sebuah ’negara bangsa’ akan mengharungi satu situasi yang sangat sukar.
Bagi mengukuhkan pernyataan di atas, tiga sumber kajian telah digunakan untuk di buat penelitian berkaitan pluralist dilemma di dalam pergubalan kurikulum sejarah. Pertama, kajian yang telah dilakukan oleh Nelson (2009) berkaitan pandangan pelajar Iban yang mewakili kumpulan minoriti terhadap pendidikan sejarah. Kedua kajian oleh Helen Ting (2013) berkaitan konsep “Ketuanan Melayu” di dalam buku teks sejarah dan ketiga, kajian oleh Sandra K. Manickham (2005) yang menjalankan kajian berkaitan buku teks dan pembinaan bangsa di negara ini.
Kajian Nelson (2009) di Sarawak mendapati pelajar Iban yang telah mempelajari sejarah bersetuju dengan menunjukan skor sikap yang tinggi bahawa aspek kandungan sukatan pelajaran Sejarah lebih bercorak sejarah orang Melayu di Semenanjung Malaysia. Dapatan ini juga menyokong penemuan kajian oleh Ahmad Ali Seman pada tahun 2008 yang mendapati bahawa mata pelajaran Sejarah lebih bercorak Sejarah orang Melayu di Tanah Semenanjung .
mempunyai pandangan yang sama. Malah beliau telah meneliti akan wujudnya kepelbagaian konsep yang difahami secara berbeza oleh pelajar yang berbeza etnik yang menggunakan buku teks sejarah. Konsep ‘rakyat’ dan ‘rakyat tempatan’, konsep bangsa, konsep warganegara dikatakan berbeza pemahamannya antara pel;ajar Melayu‐ bumiputera dengan pelajar bukan Melayu. Malah kajian beliau juga mengungkap konsep ‘rakyat’ yang dikatakan berbeza antara era sebelum merdeka dan selepas merdeka di antara kumpulan pelajar yang berbeza etnik.
Kertas ini tidak bercadang membincangkan secara mendalam perdebatan yang telah ditimbulkan berkaitan isu ‘ketuanan melayu’ dan juga pemahaman pelajar Melayu‐ bukan Melayu terhadap isi kandungan kurikulum pendidikan Sejarah Malaysia. Semua pandangan tersebut menjuruskan untuk dirumuskan sebagai wujudnya perdebatan dalam masyarakat masyarakat yang tidak dapat menerima secara keseluruhan kurikulum sejarah Malaysia sedia ada kerana dilihat bersifat dominasi Melayu. Apa yang ingin cuba diperjelaskan ialah wujudnya perdebatan tentang apa yang terkandung di dalam kurikulum sejarah yang dilihat telah membawa maksud ‘nations of intent’ dalam mencapai cita cita membina satu bangsa dari perspektif pendidikan sejarah.
Mengurus Kepelbagaian dalam Kurikulum Sejarah di dalam kerangka Kesepaduan Sosial.
Sekadar kita memahami mengapa wujudnya perdebatan tentang sejarah siapa untuk diangkat menjadi sejarah Malaysia tidak bermakna perdebatan ini akan selesai. Malah perdebatan ini akan berterusan untuk satu tempoh yang pastinya panjang. Maka pengalaman lebih 50 tahun menguruskan pendidikan sejarah di negara ini sejak merdeka memberikan kita satu ‘kekuatan’ untuk meneruskan apa yang sedia ada. Tentunya usaha ini tidak akan memuaskan hati semua pihak, tetapi data data sebelum ini membuktikan pendidikan sejarah yang sedia ada sekarang telah memberikan kita harapan untuk membina masyarakat untuk saling belajar hidup bersama dengan harmoni.
masyarakat yang sedia ada. Pendidikan sejarah harus sentiasa berfungsi sebagai ‘agen’ untuk membangunkan jatidiri kebangsaan, menerima dan mempraktiskan kesepaduan sosial dan wasilah mengeratkan ikatan yang positif kenegaraan demi pembangunan masyarakat. Malah bagi sebuah negara pasca kolonial seperti Malaysia, fungsi pendidikan sejarah untuk mencapai perpaduan menjadi lebih kritikal. Para pengkaji pendidikan bersetuju bahawa satu sistem pendidikan yang seragam sangat diperlukan (Green. 2006, Singelton.1977, Awang Had Salleh 1990). Begitu juga dengan penguatkuasaan penggunaan satu bahasa pengantar, falsafah pendidikan yang dikongsi bersama, membina kurikulum pendidikan (termasuk sejarah) yang seragam serta menyediakan ciri budaya persekitaran persekolahan yang sama (Moore 2009).
Bacaan Tambahan
Abdullah, M. R. T. (2010). Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia: perspektif Sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari, 2(1), 61‐84.
Ahmad Fauzi bin Mohamed.1997. Pendemokrasian Pendidikan: Suatu Pentafsiran Serta Perlaksanaannya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia.
Awang Had Salleh (1980), Pendidikan Ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti.
Azwani bin Ismail, Abdul Razaq bin Ahmad, Zahara binti Aziz & Sharifah Nur Puteh.
t.th. Kurikulum Sejarah Ke Arah Pembentukan Perpaduan Kaum Di Universiti Kebangsaan Malaysia. www.mara.gov.my/c/.../get_file?uuid... [20 Mac 2013].
Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad, 1990, Kolonialisme di Malaysia dan Negara‐Negara Lain. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Chua, K. H. (2007). Pembangunan patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah tingkatan dua: perbandingan antara empat jenis sekolah. Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.
Faaland, J., Parkinson, J. R., & Saniman, R. (2005). Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan negara dan pencapaian ekonomi orang Melayu: Utusan Publications.
Hazri Jamil (2006), Historical Overview of Malaysia Exprerience in Enhancing
Equity and Quality of Education: Focusing on Management and Mediation of Multiethnic Issues. http.//aadcice.hiroshima.u.ac.jp/e/publication/sosho4_1.06.pdf
Husein Hj. Ahmad. 1993. Pendidikan dan Masyarakat : Antara Dasar, Reformasi dan wawasan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Putaka.
Kamaruzzaman Yahya. 2011. Keberkesanan penggunaan prasarana kompleks Sekolah Wawasan Subang Jaya dalam usaha menggalakkan interaksi antara semua murid warga sekolah. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Lee Hock Guan (2012), “Education of The Chinese in Malaysia”, in Lee Hock Guan and Leo Suryadinata (edited), Malaysian Chinese: Recent Development and Prospects. Institute of Southeast Asian Studies. Singapore.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 2010. Cabaran integrasi antara kaum di Malaysia: Perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Jurnal Hadhari. 3: 61‐84
Nelson Tandang (2009). Sikap Pelajar Iban Terhadap Perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Sejarah. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia
Razak, M. R. A. (2009). Pembinaan negara bangsa Malaysia: peranan pendidikan sejarah dan dasar pendidikan kebangsaan. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 36, 90‐106.
Rosnani Hashim (2004). Educational Dualism in Malaysia: Implications for Theory
and Practice (2nd edition). The Other Press.
Shahril Marzuki & Habib Mat Som.(1999). Isu Pendidikan di Malaysia: Sorotan dan Cabaran. Utusan. Kuala Lumpur.
Shamsul A.B. (1996). “Debating about Identity in Malaysia: A Discource Analysis”, Southeast Asia Studies (Kyoto),34(3), pp 476-499.
Shamsul A.B. (1996). “Nations‐of‐Intent in Malaysia,” in Asia Forms of The Nation,
edited by Stein Tonneson and Hans Antlov, London. Curzon and Nordic Institute of Asian Studies
Shamsul A.B. (1997) “The Making of a “Plural” Malaysia: A Brief Survey”, in
Emerging Pluralism in Asia and The Pacific, edited by David Y.H. Wu, Humphrey McQueen, Yamamoto Yasushi, Institute of Asia‐Pacific Studies, The Chinese University of Hong Kong. Shamsul A.B. (2001), “A History of an Identity, an Identity of a History: The Idea
and Practice of “Malayness” in Malaysia Reconsidered, Journal of Southeast Asian Studies, 32(3)
Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Hubungan etnik di Malaysia: Mencari dan mengekal kejernihan dalam kekeruhan. Siri Kertas Kajian Etnik UKM, Bil.1, November 2008,Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Singleton. J (1977). “Education and Ethnicity”, Comparative Education Review.
Tan Liok Ee. (2008). The Chinese Schools of Malaysia: A Protean Saga (4th edition).
Malaysian Centre for Ethnic Studies, New Era College. Kajang. Selangor. Tan Liok Ee, The Politics of Chinese Education in Malaya 1945‐1961. New
York:Oxford University Press, 1997
Tan Liok Ee (2000), “Chinese Schools in Malaysia: A Case of Cultural Resilience,”
dalam The Chinese in Malaysia, eds. Lee Kam Hing dan Tan Chee‐Beng. New York: Oxford University Press,: 236.
Tan Yoa Sua dan R. Santhiram (2010). The Education of Ethnic Minorities: The
Case of The Malaysian Chinese. Strategic Information and Research Development centre. Petaling Jaya.
Ting, Helen. 2009. “Malaysian History Textbooks and the Discourse of Ketuanan Melayu” in Race and Multiculturalism in Malaysia and Singapore, (eds) Daniel Goh, Philip Holden, Matilda Gabrielpillai & Khoo Gaik Cheng, London & New York: Routledge, 36‐52.