ك ا لا ا م ر ش يف و ش لا عد لا وج لا ننسلا
SUNNAH YANG HAMPIR DITINGGALKAN &
BIDAAH YANG MENJADI BUDAYA
DI BULAN RAMADHAN
Muqaddimah
نب دمحم انديس ىلع ماسلاو ةاصلاو .اريذن نيملاعلل نوكيل باتكلا دبع ىلع لزنأ يذلا نيملاعلا بر ه دمحلا
هيلع ها لضف ناكو ملعي نكي مل ام هملعو ملكلا عماوجو ةمكحلا اتآو سا لل ةمحر ىلاعت ها هلسرأ يذلا ها دبع
نيدلا موي ىلإ ناسحإب مهعبت نمو هبحصو هلآ ىلعو اميظع
،
دعب امأ
،
Bulan Ramadhan adalah bulan terbaik menambahkan amalan dan mendidik jiwa untuk
mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi ramai dari kalangan kita yang tergelincir daripada
jalan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW (semoga Allah lindungi saya dan tuan-puan).
Justeru itu, kami telah menyediakan satu kajian berkaitan dua perkara yang saling
bertentangan. Iaitu Sunah dan Bidaah di bulan Ramadhan.
Mungkin sebahagian kajian kami ini tidak disenangi oleh sebahagian pihak. Maka kami
cadangkan pihak berkenaan supaya menghantar kajian mereka di email berikut:
Semoga Allah tambah amalan dan ketaqwaan kita.
Amin!
___________
Syihabudin Ahmad, Sungai Buloh, Selangor.
ISI KANDUNGAN
Muqaddimah ... 1
BAB 1: SUNNAH YANG HAMPIR DITINGGALKAN ... 3
1. Berdoa dengan doa yang dibacakan Nabi ketika melihat anak bulan. ... 3
2. Mengucapkan tahniah kerana berjaya sampai ke bulan Ramadhan ... 4
3. Menyegerakan berbuka ... 5
4. Berbuka dengan beberapa biji kurma basah. ... 6
5. Bersahur ... 7
6. Melewatkan sahur ... 9
7. Meninggalkan kata-kata keji dan dusta ... 10
8. Mandi junub sebelum fajar ... 11
9. Tidak berbekam dan seumpamanya ... 12
10. Berdoa sewaktu berbuka ... 13
11. Menyediakan makanan untuk mereka yang berbuka puasa ... 14
12. Berkata Aku Berpuasa apabila berlaku perselisihan ... 15
13. Beriktikaf ... 15
14. Perbanyakkan amalan kebaikan ... 16
BAB 2: BIDAAH YANG POPULAR ... 17
Mengenali Bidaah ... 17
1- Bersandar Kepada Kiraan Kalender Semata-Mata ... 18
2- Berhaid Tetapi Berpuasa ... 19
3- Berhaid tetapi menahan diri dengan kelaparan kerana menyangka ada kelebihannya. ... 20
4- Sengaja melambatkan azan Maghrib dan berbuka ... 21
5- Mengejutkan orang kampung atau taman untuk bersahur ... 23
6- Sengaja meninggalkan sahur kerana mahu lebih penat dan beryakinan itu ada kelebihannya 25 7- Waktu Imsak ... 26
BAB 1: SUNNAH YANG HAMPIR DITINGGALKAN
Puasa mempunyai sunah yang banyak secara umum dan khusus. Tetapi di dalam kajian ini,
kami hanya nyatakan sebahagian daripada sunah-sunah puasa yang khusus yang telah kami
ketahui dengan pengajian yang singkat dan ilmu yang terhad.
Kami ringkaskan seperti berikut:
1. Berdoa dengan doa yang dibacakan Nabi ketika melihat anak bulan.
Imam at-Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan bahawa Talhah bin Ubaidillah telah bercerita bahawa Rasulullah SAW pernah berdoa apabila melihat anak bulan:
«
،مَ ْسإا مَسلا اميإا ن ْميلاب انْيلع
لل ْهأ هللا
ْ
ُ للا ب ي ب
»
Ya Allah! Yang telah menampakkan awal bulan kepada kami dengan aman dan iman,
selamat dan Islam. Tuhaku dan Tuhanmu adalah Allah.
(HR at-Tirmizi di dalam Sunan at-Tirmizi, bilangan: 3451)
Imam at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Ghorib
Doa ini hanya dibaca oleh orang yang melihat anak bulan. Manakala orang yang tidak
2. Mengucapkan tahniah kerana berjaya sampai ke bulan Ramadhan
Imam Ahmad dengan sanadnya meriwayatkan bahawa Abu Hurairah bercerita:
ُ
ْ
فا ، ابم ْهش ، اضم ْ ك اج ْ ق " : باح ْصأ شبي لس ْيلع ه لص ه س اق
ََ
ُنج
لا با ْبأ يف حت ْفت ، مايص ْ كْيلع ه
ْ
يف ، يطايشلا يف لغت ، يحج
لا با ْبأ يف لْغت ،
ْ
،" م ح ْ قف اهَْيخ م ح ْنم ، ْهش
لأ ْنم َْيخ لْيل
ْ
Rasulullah pernah berucap ketika memberikan khabar gembira kepada para sahabat baginda: “Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kalian berpuasa padanya. Dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu
al-Jahim (neraka), diikat para syaitan pada bulan Ramadhan. Padanya juga terdapat satu
malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, sesiapa yang dimuliakan dengan kebaikannya,
maka ia telah dimuliakan.”
(HR Ahmad di dalam Musnad Imam Ahmad, bilangan: 8991) Syeikh Syuaib al-Arnaouth menyatakan bahawa hadis ini sahih.
Ibnu Rejab al-Hanbali berkata: Sebahagian ulama berpendapat, hadis ini adalah asal usul bagi
amalan ucapan tahniah antara satu sama lain pada bulan Ramadhan.1
Orang Arab, apabila tiba bulan Ramadhan mereka sering mengucapkan: Barakallah,
Ramadhan al-Mubarak, Kullu Am wa antum bi khair, dan sebagainya. Maka kita ucapkanlah
ucapan-ucapan yang mengembirakan kita apabila datangnya bulan Ramadhan. Ucapan yang
terbaik ialah doa yang baik-baik.
1
3. Menyegerakan berbuka
Ibadah ini dilakukan sejurus setelah diyakini tenggelamnya matahari. Jangan
bertangguh-tangguh atau melambatkannya. Apabila ada makanan dihidangkan, maka berdoa yang
pendek-pendek (sebaik-baik doa makan adalah Bismillah.) kemudian teruslah makan. Ini
sunah!
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Sahl bin Sa`id bahawa Nabi SAW pernah berkata:
«
ُ
طفلا ا لجع ام َْيخب انلا ا ي ا
ْ
»
“Manusia akan terus berada dalam kebaikan selagimana mereka terus menyegerakan berbuka”.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1957)
Perbuatan sengaja melambat-lambatkannya dengan doa yang panjang lebar, nasyid dan
qasidah adalah bertentangan dengan ajaran Nabi SAW. Ia akan diterangkan pada bahagian
4. Berbuka dengan beberapa biji kurma basah.
Kurma mempunyai pelbagai kategori. Kurma basah disebut rutob, kurma kering disebut
tamar, manakala kurma asli disebut balah. Yang paling afdhal ialah berbuka dengan buah
kurma yang basah (ب ). Jika tidak dijumpai kurma basah, maka berbukalah dengan kurma
kering (ر ت), sekiranya tidak ada juga, maka dengan air.
Imam at-Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Anas bin Malik. Beliau berkata:
ُْ ل ْ ف ، ابط لع ي
لصي ْ أ لْبق ط ْفي لس ْيلع للا لص بنلا اك
، اَْيمتف ابط ْنكت
ب ام ْنم ا سح اسح اَْيمت ْنكت ْ ل ْ ف
Nabi saw berbuka sebelum solat (Maghrib) dengan beberapa biji kurma basah. Sekiranya
tidak ada kurma basah, maka baginda berbuka dengan tamar kering. Sekiranya tidak ada juga, maka Baginda menghirup beberapa teguk air.”
(HT at-Tirmizi di dalam Sunan at-Tirmizi, bilangan: 696) Imam at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Ghorib
Sebahagian orang telah membuat kesilapan apabila mereka terus menggantikan kurma
dnegan buah-buahan yang lain. Lalu mereka sandarkan kepada agama. Ini adalah sandaran
yang tidak tepat.
Pada zaman Nabi SAW tidak hanya ada kurma sahaja. Tetapi ada pelbagai jenis
buah-buahan. Mengapa Nabi menyuruh kita memilih kurma untuk di dahulukan? Kerana ia syariat.
Sesiapa yang melakukannya mendapat pahala ibadah.
Sekiranya kita mahu berbuka dengan buah-buah yang lain ketika wujudnya kurma, maka
dahulukan kurma kemudian barulah dimakan buah-buah yang lain.
Di dalam hadis di atas juga dinyatakan bahawa Rasulullah berbuka dengan beberapa biji
kurma. Maka janganlah kita menunggalkan kurma itu kepada 1 biji sahaja. Jadikanlah ia
5. Bersahur
Sahur ( وح سلا) dengan dibariskan fathah huruf sin bermaksud makanan yang dimakan pada
akhir malam. Apabila sesuatu makanan itu dimakan dengan niat ibadah, maka ia menjadi
sunat sekalipun ia sedikit.
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
«
ُ ك ب حسلا يف ف ا حست
»
“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah”
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1923)
Hikmah disunatkan sahur adalah untuk menguatkan diri melakukan puasa.
Ibnu Majah dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ibnu `Abbas bahawa Nabi SAW
bersabda:
ُ اهنلا مايص لع حسلا ماعطب ا نيعت ْسا
“Dapatkanlah bantuan dengan makanan sahur untuk menguatkan puasa pada siang hari”.
(HR Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah, bilangan: 1693) Syeikh Syuaib al-Arnaouth berkata: Sanad hadis ini Dhoif
kerana kedaifan perawi bernama Zam`ah bin Soleh.
Waktu Sahur
Masuknya waktu sahur ialah dengan berlalunya separuh malam. Fadhilat sahur diperolehi
dengan memakan sesuatu, tidak kira banyak ataupun sedikit ataupun sekadar meminum air
sahaja.
ام نم عْ جب ْ ل ا حست
“Bersahurlah kamu walaupun dengan seteguk air”.
(HR Ibnu Hibban di dalam Sahih Ibnu Hibban, bilangan: 2476) Syeikh Syuaib al-Arnaout menyatakan isnad hadis ini hasan.
Imam an-Nawawi di dalam kitab al-Majmu` menyatakan: Waktu sahur ialah waktu di
antara pertengahan malam sehingga terbit fajar.
Di dalam Hasyihah ad-Dusuki disebutkan:
املك َيخأا ليللا صنب حسلا تق لخ ي
يلع ه لص بنلا أ د قف ،لضفأ اك خ ت
لع ي يسمخ اقلا أ قي ام ق جفلا يب نم غا ف يب ام كي ثيحب ه خ ي اك لس
ُ ا حس سيل ليللا صن لبق لكأا أ هانلق امم
.
هتنا
.
6. Melewatkan sahur
Ini dilakukan dengan berhenti makan dan minum ketika fajar hampir terbit. Waktu yang
terbaik ialah memulakan sahur pada 30-10 minit sebelum masuk waktu subuh dengan
perkiraan bacaan 50 ayat al-Quran.
Imam Ahmad dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu Dzar bahawa Rasulullah SAW
bersabda:
«
اام ٍرْياخب يتمأ لاازات اَ
اروحسلا اورخاأاو ،ارااطْف ْْا اولجاع
»
“Umatku terus berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur”.
(HR Ahmad di dalam Musnad Ahmad, bilangan: 21312)
Syeikh Syuaib al-Arnaouth berkata: Isnadnya Dhoif. 2
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan bahawa Zaid bin Sabit berkata:
«
Kami bersahur bersama-sama Nabi SAW kemudian kami bangun untuk bersolat. Lalu Anas
bertanya: Berapakah jaraknya di antara azan dan sahur? Beliau menjawab: kadar 50 ayat.3
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1921)
2
Ibnu Lahi`ah –perawi hadis ini- adalah lemah di dalam hafalan.
3
7. Meninggalkan kata-kata keji dan dusta
Kata-kata yang mesti dijauhi seperti mencela, menipu, mengumpat dan menghasut hendaklah
dihentikan pada bulan Ramadhan. Ia menjadi permulaan pendidikan jiwa dan sosial yang
baik untuk menghadapi bulan-bulan berikutnya.
Seseorang yang berpuasa juga hendaklah menahan dirinya daripada perkara-perkara syahwat
seperti melihat wanita dan mendengar lagu-lagu dan novel-novel yang melalaikan. Terutama
adalah lagu-lagu yang bercanggah dan novel yang tidak memberi faedah.
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:
«
ُ با ش ماعط ي ْ أ يف جاح لل سْيلف ، ب لمعلا لا ْ ق ْ ي ْ ل ْنم
»
“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal denganya maka Allah tidak memerlukannya untuk meninggalkan makan dan minumnya.”
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1903)
Ketahuilah bahawa mencela, menipu, mengumpat, menghasut dan seumpamanya merupakan
perkara yang sememangnya diharamkan. Namun perkara baru dalam masalah ini bagi
orang-orang yang berpuasa ialah selain ia adalah dosa ia akan menghapuskan pahala puasa
walaupun hukum puasanya adalah sah dan dikira telah melaksanakan kewajipan. Oleh itu
perkara-perkara ini dianggap sebagai adab dan sunat-sunat puasa yang mesti dijaga.
8. Mandi junub sebelum fajar
Ini dilakukan untuk memastikan dirinya bersih daripada awal puasa lagi. Ini bermakna junub
tidak membatalkan puasa tetapi yang lebih afdhal ialah menyelesaikannya sebelum fajar.
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Aisyah. Beliau bercerita:
،مَت ْحا َْيغ امج ْنم ا بنج حب ْصيل اك ْ لس ْيلع ه لص للا س لع ه ْشأ
ُ م صي ث
“Aku menyaksikan bahawa Rasulullah saw pernah bangun pagi di dalam keadaan junub kerana jima’
tanpa bermimpi kemudian baginda mandi dan berpuasa”.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1931)
Wanita haid dan nifas juga disunatkan agar mandi sebelum fajar apabila telah sempurna suci
dan darah berhenti sebelum itu.
Sebahagian orang menyangka bahawa apabila telah bangun lewat sehingga terlepas waktu
subuh dan berada di dalam keadaan berjunub, maka puasanya tidak akan dikira. Tetapi hadis
di atas membuktikan sebaliknya.
Menjadi perkara yang terbaik apabila seseorang bangun pagi di dalam keadaan tersebut lalu
9. Tidak berbekam dan seumpamanya
Ini kerana ia akan melemahkan diri orang yang berpuasa. Apabila ia tidak melemahkan, maka
tidak menjadi masalah untuk berbekam.
Imam Ibnu Majah dengan sanadnya meriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
ُم ج ْح
ْا جاح
ْ
لا ط
ْ
فأ
ْ
Telah tidak berpuasa bagi orang yang membekam dan dibekam.
(HR Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah, bilangan: 1679, Sahih)
Kemudian hadis ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat al-Bukhari (1940) berikut:
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Adam bin Abi Iyas, diceritakan kepada kami Syu`bah,beliau berkata: Aku mendengar Sabit al-Bunani
berkata: Anas bin Malik bertanya:
: اق ؟ ئاصلل ماجحلا ه ْكت ْ تْنكأ : ْنع للا ض لام نْب سنأ لئس
«
ل ْجأ ْنم ا ،ا
ُ ْعضلا
»
Adakah kamu tidak suka untuk berbekam bagi orang berpuasa? Beliau menjawab: Tidak, melainkan kerana melemahkan.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1940)
Dia juga hendaklah meninggalkan merasa masakan kerana dibimbangi sesuatu akan masuk
10. Berdoa sewaktu berbuka
Ketahuilah wahai saudaraku muslimin, bahawa doa orang yang berpuasa sangat mustajab.
Mari kita ambil kesempatan itu untuk banyak berdoa dengan hati yang ikhlas, mengikuti
sunnah Rasulullah saw, dan berkeyakinan bahawa doa kita akan dikabulkan oleh Allah.
Imam Ibnu Hibban dengan sanadnya meriwayatkan hadis yang panjang daripada Abu
Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:
ُْفي يح ئاصلا داع
لا مام
ْ
إا : هت ْعد د ت ا ثَث
ْ
ُم ل
ظ
ْ
ْا ْعد ط
ْ
Tiga doa yang tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa ketika mahu berbuka, dan doa orang yang dizalimi.
(HR Ibnu Hibban di dalam Sahih Ibnu Hibban, bilangan: 7387) Syeikh Syuaib al-Armaout menyatakan Hadis ini Sahih dengan syawahid.
Antara doa yang baik untuk dibaca ialah:
11. Menyediakan makanan untuk mereka yang berbuka puasa
Amalan memberi makan dan minum dengan cara bertukar-tukar juadah telah menjadi adat
yang baik di dalam masyarakat kita. Namun dengan kemajuan bandar dan berkurangnya
orang di kampung-kampung yang mengamalkan adat tersebut, akhirnya ia menjadi suatu
amalan yang kian dilupakan.
Kesannya, para jiran tidak lagi sering bertemu dan setiap orang hanya hidup dengan cara
mereka sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Jadilah orang yang beragama itu hanya
memperbaiki diri sendiri tetapi bukan orang lain.
Amalan memberi makan kepada orang lain untuk berbuka puasa sangat subur di tanah-tanah
arab. Sebahagian mereka mengumpulkan para pelajar di rumah mereka atas tujuan tersebut
selama 30 hari berturut-turut.
Sekiranya tidak mampu memberikan mereka makan, dia hendaklah memberikan buah kurma
ataupun minuman untuk mereka berbuka. Itulah yang disebutkan di dalam mazhab
asy-Syafii.
Imam at-Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«
ا ئْيش ئاصلا ْجأ ْنم صقْني ا نأ َْيغ ،ه ْجأ لْثم ل اك ا مئاص طف ْنم
»
Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia mendapat ganjaran sepertinya (orang berpuasa) tanpa dikurangkan ganjaran orang yang berpuasa itu
sedikitpun”.
12. Berkata Aku Berpuasa apabila berlaku perselisihan
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
، ْله ْجي ا ْثفْ ي َف نج ماي صلا
ُ ْيت م ئاص ي ن : ْلقي
لف متاش ْ أ لتاق ْما
ْ
Puasa adalah pelindung. Maka janganlah kamu mencarut dan melakukan perkara bodoh.
Sekiranya diajak bergaduh, maka katalah: ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa.’ Sebanyak
dua kali.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1894)
13. Beriktikaf
Dalil disyariatkan iktikaf ialah firman Allah swt:
: قبلا ك جاس
ْا يف فكاع ْ تنأ نه شابت ا {
ْ
ت81
ب
“Dan janganah kamu setubuhi mereka ketika kamu sedang beriktikaf di masjid”
(Al-Baqarah: 187)
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan bahawa Aisyah berkata:
َللا ُاَفَوَ ت ىَتَح َناَضَمَر ْنِم َرِخاَوَأا َرْشَعلا ُفِكَتْعَ ي َناَك ،َمَلَسَو ِهْيَلَع ُها ىَلَص َيِبَلا َنَأ
ُهُجاَوَْْأ َفَكَتْعا َمُُ ،ُه
ِم
ِِدْعَ ب ْن
“Nabi Saw telah beriktikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadan. Kemudian isteri-isteri Baginda
beriktikaf selepas kewafatannya”.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 2026)
14. Perbanyakkan amalan kebaikan
Memperbanyakkan amalan kebaikan adalah dituntut pada bulan Ramadhan. Apatah lagi ia
adalah bulan yang dinilai pahalanya oileh Allah sendiri. Satu perkara yang perlu diberi
perhatian besar di dalam bulan Ramadan ialah peluang untuk mendapat pahala berganda.
Imam al-Bukhari dengan sanadnya daripada Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah
SAW telah menyebutkan hadis Qudsi :
«
ل مد نْبا لمع لك
ُم ْ صلا ا
ْنم للا ْنع ي
طأ ئاصلا ف ف لخل ، ب ْجأ انأ يل ن ف ،
ْ
ُْا حي
ُ ْس
»
“Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk aku (Allah) dan akulah yang langsung membalasnya. Perubahan bau bagi orang
yang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah berbanding wauan kasturi.”
BAB 2: BIDAAH YANG POPULAR
Mengenali Bidaah
Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan Bidaah? Apa pula maksud Bidaah Hasanah
menurut Imam Asy-Syafiie?
▶ Jawapan :
Imam Asy-Syatibi memberikan makna Bidaah menurut Islam," Jalan yang direka di dalam
agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam
mengabdikan diri kepada Allah."
Maksud Bidaah menurut Imam Asy-Syafiie,
"“Bid‘ah itu ada dua jenis: Bid‘ah Mahmudah (dipuji) dan Bid‘ah Mazmumah (ةموم م) (dikeji). Apa yang menepati sunnah maka ia dipuji. Apa yang menyanggahi sunnah maka ia dikeji.”
▶ Fakta :
ᬚ - Bidaah dari sudut bahasa Arab membawa maksud : Mengadakan sesuatu tanpa ada sebarang contoh.
ᬛ Menurut Hadis, semua Bidaah adalah dikeji. Ini adalah bidaah dari sudut ibadah baru dalam agama sedangkan ia sudah sempurna. Bidaah ini yang dimaksudkan oleh Imam
Asy-Syatibi.
ᬜ - Bidaah Hasanah yang yang dimaksudkan oleh Imam Asy-Syafiie merupakan Bidaah dari sudut bahasa. Ia baik jika mempunyai sandaran Sunnah, dan ia dikeji jika tiada sandaran
sunnah.
▶ Pesan Ulama | Kata-kata Abdullah bin Mas`ud,
1- Bersandar Kepada Kiraan Kalender Semata-Mata
Penetapan bulan Ramadan adalah berdasarkan salah satu daripada dua perkara berikut:
Pertama: Melihat anak bulan Ramadan (Rukyah al-Hilal) pada malam 30 Sya’ban. Ini boleh
berlaku apabila seorang saksi yang adil menyatakan kesaksiannya di hadapan qadi bahawa
dia telah melihat anak bulan.
Kedua: Mencukupkan 30 hari bulan Sya’ban. Ini berlaku apabila susah melihat anak bulan disebabkan awan tebal ataupun saksi yang adil tidak datang menyatakan bahawa dia telah melihat anak bulan. Maka disempurnakan bulan Sya’ban sebanyak 30 hari kerana itu adalah asal keadaan selagimana tidak datang perkara lain yang bertentangan dengannya.
Imam al-Bukhari dengan sanadnya telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«
ُ يثَث ابْعش ع ا لم ْك ف ْ كْيلع بغ ْ ف ، تي ْ ل ا ط
فأ تي ْ ل ا م ص
ْ
»
Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya dan berbuka kerana melihatnya, sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya maka sempurnakanlah bilangan Sya’ban selama 30 hari.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1909)
Para ulama telah bersepakat bahawa, masuknya bulan Ramadhan, Syawal dan sebagainya
hendaklah berdasarkan kepada melihat anak bulan. Tetapi mereka berbeza pendapat apabila
anak bulan tidak kelihatan. Adakah sekadar terus mencukupkan kiraan Syaaban kepada 30
hari, atau menggunakan kajian hisab falak.
Para ulama semasa seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa kaedah kiraan falak
boleh dijadikan hujah apabila anak bulan tidak kelihatan. Jadi, apa yang menjadi bidaah?
Yang menjadi bidaah ialah apabila kita mengabaikan kaedah penetapan yang pertama, lalu
kita terus menggunakan kaedah kiraan. Ini adalah satu perkara bidaah yang ditegah oleh
agama. Kerana kita mengambil sesuatu yang tidak disepakati dan mengabaikan yang
2- Berhaid Tetapi Berpuasa
Ini adalah contoh bidaah yang sangat besar. Orang yang berhaid diharamkan berpuasa.
Apabila mereka berpuasa, maka mereka telah mengingkari perintah Allah. Lalu berdosa.
Haid dan nifas merupakan keuzuran yang menghalang sahnya puasa. Sekiranya wanita yang
berpuasa keluar haid ataupun nifasnya pada sebahagian daripada siang maka batallah puasanya. Dia wajib mengqada’ puasa hari tersebut.
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu Sa`id al-Khudri. Ketika Rasulullah ditanya sebab kurangnya agama bagi wanita, Baginda menjawab,
«
ُْ صت ْ ل لصت ْ ل ْتضاح ا سْيلأ
»
“Bukankah apabila dia sedang haid dia tidak sembahyang dan puasa?”
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 304)
Ibnu al-Haj al-`Abdari al-Maliki (737H/1336M)4 berkata:
نهمع لع اضم م ص لع اهنم ظفاحم اهتضيح مايأ يف نهضعب م ص يف يجعلا جعلا
Sangat ajaib di dalam puasa sebahagian daripada mereka ketika hari-hari mereka berhaid
apabila mereka menjaga diri atas sangkaan mereka dengan berpuasa Ramadhan. 5
4
Beliau adalah seorang ulama yang nama dan pendapatnya banyak dinukilkan oleh Ibnu Hajar di dalam fathul Bari.
3- Berhaid tetapi menahan diri dengan kelaparan kerana menyangka ada kelebihannya.
Wanita ini tidak berpuasa kerana dia tahu bahawa dia berhaid. Tetapi dia bersikap seprti
orang puasa yang dihalang daripada makan dan minum. Lalu dia tidak makan dan minum
sehingga menyebabkan dia kelaparan sedangkan dia boleh makan dan minum.
Ini adalah contoh perbuatan bidaah yang mempunyai sifat nyata: Jalan yang direka di dalam
agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam
mengabdikan diri kepada Allah.
Ibnu al-Haj berkata:
نأ نع جي نهنكل ،ضيحلا مايأ يف طفت نم نهنم
،اه حن متلا لع نها ح طفتف يف نهسف
ل ب ني تلا يف مث يه ، ع ب ا ه ،با ثلا ل يف نهل أ نمع ي
“Sebahagian daripada wanita itu tidak berpuasa pada hari-hari dia berhaid. Tetapi dia membiarkan diri kelaparan serta hanya makan kurma satau yang sepertinya sahaja. Mereka
menyangka dengan melakukan perbuatan tersebut akan mendapat pahala. Ini adalah satu
4- Sengaja melambatkan azan Maghrib dan berbuka
Sebahagian para bilal dengan sengaja melambat-lambatkan azan Maghrib dengan dakwaan
supaya ia lebih menambah pahala orang yang berpuasa. Sebahagian penceramah dan
pendakwah pula sengaja mengajak anak-anak yatim untuk berdoa panjang-panjang sehingga
mengabaikan waktu Maghrib.
Ini adalah satu bidaah dan jenayah di dalam agama. Perbuatan ini bercanggah dengan suruhan
Nabi untuk mempercepatkan berbuka apabila masuk waktu.
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Sahl bin Sa`id bahawa Nabi SAW pernah berkata:
«
ُ
طفلا ا لجع ام َْيخب انلا ا ي ا
ْ
»
“Manusia akan terus berada dalam kebaikan selagimana mereka terus menyegerakan berbuka”.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1957)
Imam Ibnu Hajar berkata: “Di antara bid‘ah-bid‘ah yang munkar ialah apa yang berlaku di zaman ini iaitu melaungkan azan kedua sebelum waktu subuh dengan anggaran satu pertiga
jam pada bulan Ramadhan, di samping memadamkan pelita-pelita yang dijadikan tanda
pengharaman makan dan minum bagi mereka yang ingin berpuasa.
Perbuatan ini dianggap satu usaha berjaga-jaga dalam ibadat. Perkara ini tidak diketahui
kecuali oleh segelintir manusia. Perbuatan ini juga telah menarik mereka untuk tidak
melaungkan azan kecuali selepas terbenamnya matahari seketika untuk memastikan waktu –
pada sangkaan mereka-.
Dengan ini mereka telah melewatkan berbuka dan mencepatkan bersahur dan mereka telah
menyalahi al-Sunnah. Disebabkan inilah kebaikan menjadi sedikit di kalangan mereka dan
keburukan menjadi banyak di antara mereka. Allah jualah yang dipohon pertolongan.”6
Imam asy-Syafii pula berkata:
يف لضفلا ي ن ك ل مع ا هَيخ ت ه كأ امن ،هَيخ ت ت طفلا ليجعت حأ
“Aku lebih suka dicepatkan berbuka dan meninggalkan untuk melambatkannya. Lebih aku tidak sukai apabila melambatkannya dengan sengaja seolah-olah ada kelebihan pada hal tersebut.”7
5- Mengejutkan orang kampung atau taman untuk bersahur
Perbuatan ini merupakan salah satu bid’ah yang tidak pernah dilakukan pada masa Rasulullah SAW, beliau tidak pernah memerintahkan hal ini. Perbezaan tatacara membangunkan sahur
dari tiap-tiap tempat juga menunjukkan tidak disyariatkannya hal ini. Padahal jika seandainya
perkara ini disyariatkan maka tentunya mereka tidak akan berselisih.
Orang yang melakukan hal ini menggangap ia sebagai satu ibadah yang mendapat pahala.
Sedangkan agama tidak ajarkan begitu. Sekiranya baik, nescaya ganerasi awal telah
mendahalui kita.
Ditambah lagi, kebiasaannya perbuatan itu sering kali menggangu orang yang tidur setelah
penat bekerja dan beribadah, menyakiti hati ibu-ibu yang mempunyai bayi yang baru
dilahirkan dan sebagai. Sedangkan perkara ini ditegah oleh Allah SWT berdasarkan
firman-Nya di dalam ayat 58, surah al-Ahzab:
58. dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan
orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat
dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul
kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.
(Al-Ahzab: 58)
Syaikh Abdul Qodir al-Jazairi berkata: “Apa yang dilakukan oleh sebagian orang jahil pada
zaman sekarang di negeri kita berupa membangunkan orang puasa dengan beduk merupakan kebid’ahan dan kemunkaran yang seharusnya dilarang dan diingatkan oleh orang-orang yang berilmu”.8
8
Ibnu al-Haj pula berkata:
ملو ،هب رمأ او ملسو هيلع ها ىلص يب لا دهع يف نكي مل هنأ ؛ ريحستلا نم ناضمر رهش يف وُدحأ امع نينذؤملا ىه يو
مهل عابتاا يف هلك ريخلاو ،ىضم نم لعف نم نكي
Dilarang para muazzin terhadap apa yang mereka lakukan pada bulan Ramadhan daripada
mengejutkan orang bangun bersahur (ريحستلا), kerana ia tidak pernah wujud pada zaman Nabi
SAW dan tidak diperintahkan untuk melakukannya. Tidak juga dilakukan orang orang yang
selepas baginda (para sahabat). Dan kebaikan itu adalah segala yang mengikuti mereka.9
Sekalipun begitu, jika orang tertentu minta dikejutkan untuk bersahur, maka sunat
melakukannya kerana kerelaannya.
Sekiranya mereka mahu melakukannya juga, maka memadailah mereka
mengumandangankan azan pertama sebelum azan subuh seperti mana yang dilakukan oleh
Bilal bin Rabbah.
Imam Muslim dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ibnu Mas`ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Janganlah azannya Bilal itu menghalangi salah seorang di antara kalian dari sahurnya.
Karena Bilal menyerukan adzan di malam hari supaya orang-orang yang solat malam kembali beristirahat sejenak dan orang yang masih tidur segera bangun”
(HR Muslim di dalam Sahih Muslim, bilangan: 1093)
Imam An-Nawawi menjelaskan maksud hadits (مكمئان ظقويو) “membangunkan orang yang masih tidur” : “Iaitu untuk mempersiapkan diri menjelang waktu subuh bagi seseorang yang ingin melakukan amal-amal (yang disyari’atkan) seperti solat tahajjud ringan, solat witir bagi
mereka yang belum melaksanakan witir, makan sahur bagi mereka yang ingin melaksanakan puasa, mandi, berwudu’, atau yang lainnya dari apa-apa yang ingin dilaksanakan sebelum Fajar” (Syarh Shahih Muslim hal. 793).
6- Sengaja meninggalkan sahur kerana mahu lebih penat dan beryakinan itu ada kelebihannya
Syeikh Mahmud Syaltut ketika menyebutkan tentang mempengaruhkan akal pada hal ibadat:
“Di antaranya ialah bidaah yang dilakukan dengan niat untuk mendapatkan tambahan pahala di sisi Allah dan menyangka bahawa jalan yang membawa kepada kesusahan pada
diri itu adalah sejenis ibadah kepada Allah. Perkara ini kadangkala berlaku dengan
menambah sesuatu amalan yang tidak disyariatkan kepada sesuatu amalan yang
disyariatkan. Kerana menyangka ia akan menambah maksud disyariatkan.
Di antara contohnya ialah beribadah dengan meninggalkan sahur kerana ia
menambahkan kesusahan diri yang menjadi maksud pensyariatan puasa.10”
7- Waktu Imsak
1. Adakah waktu imsak ini sebahagian dari syariat Islam?
2. Adakah Nabi Muhamad melalui hadisnya ada mengajarkan waktu imsak bagi
mereka yang berpuasa Ramadhan?
Al-Quran dan al-Hadis tidak menyebutkan amalan ini. Bahkan, ia menolak amalan seperti ini.
Amalan ini bercanggah dengan pelbagai faktor.
Firman Allah: fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam.
(Al-Baqarah: 187)
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan hadis daripada Adi bin Hatim yang menjelaskan maksud benang putih dan benang hitam.
`Adi berkata:
Apabila turun ayat:
: قبلا[ كد ْسأا طْيخلا نم ضيْبأا طْيخلا كل يبتي تح{
ت81
]
Aku telah ikat tali hitam dan tali putih. Lalu aku letakkan kedua-duanya di bawah bantalku.
Aku melihatnya pada waktu malam, tetapi ia tidak jelas kepadaku. Lalu aku pergi bertemu
Rasulullah dan aku menceritakan apa yang berlaku. Lantas Rasulullah berkata:
«
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1916)
«
ُ ْجفلا عل
طي تح ي ا ن ف ،م ت ْكم مأ نْبا ي تح ا ب ْشا ا لك
ْ
»
Makan dan minumlah sehingga sampai azan Ibnu Ummi Maktum. Dia tidak azan melainkan telah terbit fajar.
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1918)
Dari kedua-dua dalil ini jelas bahawa umat Islam adalah dibenarkan untuk makan minum
serta berjimak (rujuk pangkal al-Baqarah 187) sehingga masuk waktu subuh iaitu apabila
telah keluar fajar sodiq. Tidak ada sebarang dalil untuk umat Islam berjaga-jaga kira-kira 10
minit sebelum waktu subuh.
Kini sudah jelas bahawa amalan waktu imsak adalah berlawanan dengan dua dalil di atas. Al
Quran dan hadis mengizinkan kita makan minum sehingga masuk waktu subuh.
Sebahagian telah tersilap di dalam memahami hadis. Mereka menyatakan bahawa terdapat
hadis yang menyatakan bahawa imsak itu wujud pensyariatannya. Tetapi apabila kami
melihat hadis berkenaan, kami dapati ia menguatkan hujah bahawa imsak tidak disyariatkan.
Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan bahawa Zaid bin Sabit berkata:
«
Kami bersahur bersama-sama Nabi SAW kemudian kami bangun untuk bersolat. Lalu Anas
bertanya: Berapakah jaraknya di antara azan dan sahur? Beliau menjawab: kadar 50 ayat.11
(HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1921)
Dari hadis ini jelas menyatakan bahawa waktu makan sahur yang terbaik adalah kira-kira
bacaan 50 ayat dari Al Quran. Jika membaca ayat-ayat pendek mungkin tempohnya kira-kira
10 minit dan sekiranya membaca ayat-ayat panjang mungkin tempuhnya 25 – 30 minit.
Malangnya, tempoh yang terbaik itu pula disangka sebagai tempoh untuk berhenti makan dan
minum. WallahuA`lam.
11
8- Zikir kuat berjemaah selepas solat tarawih
Ibnu al-Haj berkata:
هتا صأ عف نم ،حي اََلا َص نم يتميلست لك عب ك لا نم ه ث حأ ام نجتي أ ل يغبني
بلا نم لك ل ف ، حا ص لع شْا ، ل ب
Hendaklah baginya ditinggalkan apa yang mereka lakukan daripada zikir selepas dua salam solat Tarawih. Dengan cara mengangkat suara dan berlalu pada satu suara. Semua itu adalah antara perkara bidaah.12