• Tidak ada hasil yang ditemukan

SAKPKR1311

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SAKPKR1311"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

2.2.

Bagi melaksanakan arahan tersebut, prosedur dan kaedah penyediaan

perakuan bayaran sedia ada perlu disemak semula supaya proses bagi

semua bayaran kepada kontraktor dapat dipercepatkan, di samping

memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan atau lebihan bayaran.

1.0

PENYERAGAMAN PENYEDIAAN BAYARAN BAGI KONTRAK KERJA

3.1

Penyediaan bayaran interim bagi Kontrak Kerja termasuk Bayaran

Pendahuluan dan Akaun Muktamad hendaklah mengikut peraturan yang

telah ditetapkan dengan merujuk kepada

Buku Panduan Pentadbiran

Kontrak Kerja Raya di dalam Laman Web Rasmi Cawangan Kontrak dan

Ukur Bahan di alamat: http://rakan.jkr.gov.my/ckub/ .

3.2

Pemakaian semua proses kerja dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)

JKR bagi Kontrak Kerja adalah diwajibkan melalui Surat Arahan KPKR

bertarikh 12 April 2004. Semua proses kerja bagi bayaran interim,

Bayaran Pendahuluan dan Akaun Muktamad boleh merujuk kepada

prosedur Pentadbiran Kontrak [JKR.PK(O).04A] dalam Laman Web Rasmi

JKR di alamat: http://spk.jkr.gov.my/ .

2.0

PENAMBAHBAIKAN KEPADA PROSEDUR PENYEDIAAN BAYARAN

4.1.

Bayaran Pendahuluan

4.1.1. Penyediaan Perakuan Bayaran Wang Pendahuluan

i)

Perakuan bagi Bayaran Wang Pendahuluan disediakan

apabila kontraktor mengemukakan permohonan berserta

dengan Jaminan bagi Bayaran Pendahuluan dalam tempoh

tiga (3) bulan dari tarikh milik tapak.

ii)

Perakuan

Bayaran

Wang

Pendahuluan

hendaklah

disediakan menggunakan Borang JKR 66 di dalam SKALA

Workflow 

  bagi memastikan bayaran Wang Pendahuluan

telah dibuat kepada kontraktor dan bagi tujuan pemantauan

bayaran balik Wang Pendahuluan.

(3)

iii)

Bagi

membantu

mempercepatkan

penyediaan

dan

pengeluaran Wang Pendahuluan kepada kontraktor, Senarai

Semakan SPK berikut hendaklah digunapakai dan disimpan

sebagai bukti pematuhan SPK:

Penyediaan Bayaran Pendahuluan

[Borang JKR.PK(O).04A-1]

4.1.2. Bayaran Balik Wang Pendahuluan

i)

Apabila Wang Pendahuluan telah dibayar kepada kontraktor,

Pegawai Penguasa/Pengarah Projek (P.P.) atau Wakil P.P.

hendaklah memastikan potongan bagi bayaran pendahuluan

dibuat melalui Perakuan Bayaran Interim yang kena dibayar

kepada Kontraktor apabila nilai kerja dilaksanakan termasuk

nilai bahan/barang tak pasang

mencapai 25% dan

pemotongan

bagi

bayaran

balik

hendaklah

dibuat

sepenuhnya apabila nilai kerja dilaksanakan termasuk nilai

bahan/barang tak pasang telah mencapai 75% daripada

Nilai Kerja Pembina. Tempoh pembayaran balik Bayaran

Pendahuluan ini tidak boleh melebihi keseluruhan tempoh

kontrak.

ii)

P.P. hendaklah sentiasa berhati-hati dan memastikan

tempoh sah laku Jaminan bagi Bayaran Pendahuluan tidak

luput selagi pembayaran balik wang tersebut belum

diselesaikan sepenuhnya. Jika berlaku kelewatan dalam

penyiapan projek, tindakan serta merta hendaklah diambil

untuk memastikan tempoh sah laku Jaminan dilanjutkan

oleh kontraktor mengikut tempoh yang diperuntukkan dalam

Jaminan.

Sekiranya pihak kontraktor gagal melanjutkan

tempoh sah laku Jaminan tersebut, baki Bayaran

Pendahuluan yang belum dibayar balik hendaklah

dituntut

daripada

Penjamin

yang

mengeluarkan

Jaminan

tersebut dalam tempoh sah laku Jaminan.

(4)

4.2.

Bayaran Interim

4.2.1 Waran Peruntukan atau Sub-Waran

i)

Adalah didapati prosedur penyediaan bayaran interim di JKR

masih tidak seragam walaupun pemakaian proses kerja di

dalam SPK JKR telah diwajibkan. Ini adalah kerana dasar

mengenai penyaluran waran peruntukan atau sub-waran

adalah berbeza-beza di antara Cawangan-Cawangan JKR

dan juga Agensi-agensi Pelanggan yang menyebabkan

proses kerja SPK JKR tidak dapat dipatuhi sepenuhnya.

ii)

Bagi tujuan penyeragaman dan supaya tidak melewatkan

proses bayaran interim bagi kontrak Kerja dalam tempoh

yang ditetapkan,

adalah wajar waran peruntukan atau

sub-waran disalurkan terus ke pejabat Wakil Pegawai

Penguasa/Pengarah Projek Utama (Wakil P.P. Utama)

yang dilantik oleh P.P. melalui Surat Perwakilan Kuasa

supaya bayaran boleh diuruskan oleh pejabat berkenaan.

Mengikut Surat Arahan KPKR Bil. 6/2009, Wakil P.P. Kerja

Utama adalah diberi kuasa menandatangani Perakuan

Bayaran Interim (Borang JKR 66).

4.2.2 Carta Aliran Bayaran Interim

Carta Aliran Penyediaan Bayaran Interim telah disediakan

mengikut

proses

kerja

SPK

[JKR.PK(O).04A]

dengan

mengambilkira di mana waran peruntukan disalurkan,

Syarat-Syarat Kontrak JKR yang baru dan peraturan baru tempoh

bayaran interim kontrak Kerja [SAKPKR Bil. 9/2011] seperti di

Lampiran A

.

4.2.3 Penilaian Kerja di Tapak

i)

Tempoh aliran kerja bermula dari tarikh akhir penilaian di

tapak dilaksanakan. Tarikh akhir penilaian ini hendaklah

dinyatakan sebagai

Tarikh Penilaian

 dalam Borang JKR 66.

ii)

Mengikut kehendak Syarat-syarat Kontrak JKR 203/203A,

penilaian kerja di tapak hendaklah dibuat

sekurang-kurangnya setiap bulan (atau lebih kerap atas budi bicara

(5)

P.P./Wakil P.P. Utama), dengan syarat nilai kerja yang

dilaksanakan termasuk bahan/barang tak pasang di tapak

telah mencapai nilai minimum yang ditetapkan dalam

kontrak. Penilaian kerja hendaklah dibuat tanpa perlu

menunggu tuntutan dibuat oleh pihak Kontraktor.

iii)

P.P./Wakil P.P. Utama hendaklah menetapkan

Tarikh

Penilaian Bersama

  yang dipersetujui oleh Wakil P.P.

Utama/Jurutera

Tapak

dengan

semua

 

Wakil

P.P.

Pakar/Wakil P.P.(Ukur Bahan) dan Kontraktor bagi menilai

kerja yang dilaksanakan oleh Kontraktor berdasarkan

kemajuan kerja di tapak.

iv) Sekiranya penilaian kerja-kerja pakar termasuk kerja

mekanikal dan elektrik tidak dapat dibuat pada Tarikh

Penilaian Bersama yang ditetapkan, penilaian di tapak bagi

kerja-kerja pakar hendaklah dibuat

sebelum

  penilaian kerja

lain dibuat dan pengesyoran dikemukakan kepada Wakil P.P

Utama/Wakil P.P. (Ukur Bahan)

selewat-lewatnya pada

Tarikh Penilaian Bersama.

v)

Semua Wakil P.P. Pakar yang bertanggungjawab (Pegawai

Penilai) hendaklah mengesahkan (Pengesahan Pegawai

Penilai) pada ringkasan butiran penilaian (summary page)

bahawa kerja-kerja yang disyorkan untuk bayaran telah

dilaksanakan

dengan

sempurna

mengikut

Lukisan,

Spesifikasi dan peruntukan Kontrak. Dalam membuat

penilaian kerja yang dilaksanakan, Pegawai Penilai/Pegawai

Pengesyor hendaklah juga merujuk kepada

Laporan

Ketidakpatuhan Produk (NCR)

  yang dijadikan sebahagian

daripada Minit Mesyuarat Tapak. Sebarang Laporan

Ketidakpatuhan hendaklah ditutup dahulu sebelum sesuatu

bayaran interim disyorkan.

vi)

Bagi projek yang diselia oleh perunding, pihak perunding

dikehendaki membuat deklarasi untuk mengesahkan

bahawa pihaknya telah melawat tapak dan kerja-kerja yang

dilaksanakan oleh kontraktor telah menepati Lukisan dan

Spesifikasi seperti di dalam Kontrak (rujuk

Surat Arahan

KPKR bertarikh 30 September 2000

).

(6)

vii)

Deklarasi perunding ini hendaklah dicatatkan pada

ringkasan butiran penilaian (summary page) bayaran interim

yang disediakan oleh perunding dan ditandatangani oleh

 jurutera/arkitek yang bertauliah daripada firma perunding

berkenaan dan diserahkan kepada P.P./Wakil P.P.

bersama-sama Perakuan Bayaran Interim (Borang JKR 66).

viii) Penilaian bagi pelarasan perubahan turun naik harga

(V.O.P.) dan kerja-kerja perubahan termasuk tuntutan

kontraktor hendaklah dibuat mengikut peruntukan di dalam

Kontrak dan peraturan semasa Jabatan.

ix)

Projek Reka dan Bina

a.

Mengikut

peruntukan

Kontrak,

penilaian

kerja

hendaklah dibuat setiap bulan oleh P.P./Wakil P.P.,

dengan syarat, bagi

bayaran interim pertama, pihak

Kontraktor telah mengemukakan kepada Kerajaan

salinan Perjanjian Perunding (Consultancy Agreement)

selaras dengan

Fasal 35.1 Syarat-syarat Kontrak.

b.

Kontraktor hendaklah mengemukakan tuntutannya

secara bertulis kepada P.P./Wakil P.P. mengikut tarikh

dan format yang ditetapkan yang pada pendapatnya

adalah amaun yang patut dibayar kepadanya.

c.

Selaras dengan

Fasal 53.2 Syarat-syarat Kontrak,

permohonan

kontraktor

hendaklah

mengandungi

perkara-perkara berikut:

1.

nilai kerja-kerja yang telah dilaksanakan dengan

sempurna;

2.

amaun yang dinilai bagi kerja-kerja perubahan

yang diluluskan oleh P.P. (Fasal 24);

3.

amaun yang dinilai bagi Wang Peruntukan

Sementara yang dibelanjakan selaras dengan

Fasal 25;

4.

nilai bahan/barang-barang tak pasang mengikut

peruntukan di dalam Kontrak; dan

(7)

5.

Laporan Penyeliaan Perunding yang telah

ditentusahkan dan diperakukan oleh perunding

yang dilantik oleh kontraktor selaras dengan

Fasal 13.1 Syarat-syarat Kontrak.

Laporan Penyeliaan Perunding ini adalah

menjadi syarat terdahulu kepada apa-apa

bayaran

yang

layak

dibayar

kepada

kontraktor.

Sekiranya

kontraktor

gagal

memenuhi syarat ini, Kerajaan berhak

menahan bayaran kepada kontraktor.

4.2.4 Penyediaan Borang JKR 66

i)

Perakuan

Bayaran

Interim

hendaklah

disediakan

menggunakan Borang JKR 66 di dalam SKALA Workflow.

Format Perakuan Bayaran Interim [Borang JKR 66

(Pin.1/2011)] sedia ada seperti di

Lampiran B  masih

digunapakai, dengan sedikit pindaan di mana berkenaan.

Bagi

mempercepatkan

pengiraan

bayaran,

adalah

disarankan Pakej komputer bagi Bayaran Interim digunakan

yang boleh diperolehi melalui Pakej ICT Ukur Bahan di

Laman Web Rasmi Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan di

alamat: http://rakan.jkr.gov.my/ckub/ .

ii)

Perakuan Bayaran

Interim hendaklah disyorkan dan

ditandatangani oleh

Pegawai Pengesyor 

 di dalam

tempoh

tidak melebihi enam (6) hari dari Tarikh Penilaian

 kerja di

tapak.

iii)

Pegawai Pengesyor hendaklah yang dilantik oleh P.P.

melalui Surat Perwakilan Kuasa (Wakil P.P. Pakar) ataupun

Jurutera Daerah (J.D.)/Ketua Bahagian (K.B.), sekiranya

J.D/K.B. bukan W.P.P. Utama.

iv) Pelarasan Harga Kontrak hendaklah disediakan seberapa

segera bagi memastikan Harga Baru Kontrak sentiasa

dikemaskini dan mencukupi untuk dibuat bayaran seperti

yang diperakukan.

(8)

v)

Bagi memastikan penyediaan dan pengeluaran Perakuan

Bayaran Interim (Borang JKR 66) adalah lengkap dan teratur

serta mengelakkan kelewatan, Senarai Semakan berikut

hendaklah digunapakai dan disimpan sebagai bukti

pematuhan SPK :

Penyediaan Bayaran Interim [Borang JKR.PK(O).04A-3]

4.2.5 Kelulusan Borang JKR 66

i)

Mengikut Surat Arahan KPKR Bil. 6/2009, kuasa untuk

memperakukan Perakuan Bayaran Interim boleh diturunkan

kepada Wakil P.P. Kerja Utama. Bagi mempercepatkan

kelulusan Perakuan Bayaran Interim, Wakil P.P. Kerja

Utama hendaklah diberi kuasa untuk meluluskan Borang

JKR 66 dan waran/sub-waran dihantar kepada pejabat yang

memperakukan bayaran.

ii)

Perakuan Bayaran Interim hendaklah diperakukan dan

ditandatangani

oleh

Pegawai

Yang

Diberi

Kuasa

Memperakukan

  di dalam

tempoh tidak melebihi sepuluh

(10) hari dari Tarikh Penilaian

 kerja di tapak.

4.2.6 Penyediaan Baucar

Baucar hendaklah disediakan dan ditandatangani oleh

Pegawai

Pelulus Yang Diberi Kuasa

  di dalam

tempoh tidak melebihi

dua belas (12) hari dari Tarikh Penilaian

 kerja di tapak.

4.2.7 Pihak Pembayar

Cek (ataupun urusan pindah masuk akaun Penerima) oleh

Pejabat Akauntan hendaklah disediakan dan diluluskan di dalam

tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari dari Tarikh

Penilaian

 kerja di tapak.

4.2.8 Rekod Tindakan Kerja Bagi Bayaran Interim

i)

Bagi tujuan memantau pematuhan proses kerja dan tempoh

yang diambil, borang

Rekod Tindakan Kerja Bagi

Bayaran Interim

  seperti di

Lampiran C

hendaklah

(9)

dikepilkan bersama dengan Borang JKR 66

 dan disimpan

dalam fail bayaran.

ii)

Setiap

pegawai

yang

bertanggungjawab

hendaklah

menandatangani di borang tersebut setelah tindakan diambil.

Sebarang catatan atau penjelasan (sekiranya tidak

mematuhi tempoh yang ditetapkan) hendaklah dicatat di

dalam ruang

’Catatan’ supaya se

kiranya berlaku kelewatan

dalam bayaran, puncanya dapat dikesan.

iii)

Mengikut peraturan baru SAKPKR Bil. 9/2011, semua

pejabat yang bertanggungjawab bagi mengendalikan

bayaran kemajuan projek dikehendaki menyediakan laporan

status bayaran interim dan dihantar ke pejabat ’Project

Office’ Negeri setiap du

a (2) minggu untuk dikumpul dan

seterusnya

dikemukakan

kepada

’Portfolio

Office’

(PROKOM) di Ibu Pejabat JKR pada setiap bulan mengikut

format yang ditetapkan oleh PROKOM.

4.2.9 Lejar Kontrak

Bagi tujuan merekod dan memantau semua urusniaga bayaran

kepada kontraktor, Lejar Kontrak yang seragam hendaklah

disediakan dan dikemukakan bersama-sama Borang JKR 66.

Format Lejar Kontrak serta panduan pengisiannya adalah seperti

di

Lampiran D

.

4.3

Perakuan Muktamad

4.3.1

Mengikut

Surat Arahan KPKR bertarikh 20 September 2000

,

Perakuan Muktamad hendaklah dikeluarkan dalam tempoh

enam

(6) bulan

 selepas Perakuan Siap Kerja (PSK) dikeluarkan.

4.3.2

Bagi memastikan Kontraktor dibayar dalam tempoh masa yang

ditetapkan, semua penilaian perubahan kerja, pengukuran

semula kuantiti sementara dan pelarasan-pelarasan yang perlu

dibuat di bawah Kontrak termasuk Pelarasan Harga Kontrak

hendaklah dibuat dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan dari tarikh

(10)

4.3.3

Walau bagaimanapun, sekiranya kualiti kerja tidak memuaskan

dan terdapat kecacatan yang ketara yang tidak dibaiki oleh

Kontraktor di dalam tempoh 6 bulan dari tarikh PSK serta P.P.

mempunyai asas bahawa kemungkinan Kontraktor gagal

membaiki kecacatan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan di

dalam Kontrak, maka P.P. bolehlah membuat potongan dari wang

yang akan dibayar kepada Kontraktor sebagai kos membaiki

kecacatan dengan mengambilkira amaun kesusutan nilai Kerja

oleh sebab adanya kecacatan tersebut.

4.3.4

Di mana terdapat tuntutan-tuntutan kontraktor yang memenuhi

Syarat-syarat

Kontrak dan

boleh

dipertimbangkan,

P.P.

hendaklah menyediakan Laporan serta Perakuan Tuntutan dalam

tempoh

3 bulan

  selepas menerima butir-butir serta bukti-bukti

tuntutan daripada kontraktor, tanpa menunggu sehingga projek

siap sepenuhnya (rujuk

Surat Arahan KPKR Bil 6/2008

). Jumlah

tuntutan, setakat mana yang boleh dinilai mengikut Syarat-syarat

Kontrak dan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tuntutan,

hendaklah diambilkira dalam penyediaan Perakuan Muktamad.

4.3.5

Sekiranya P.P. mempunyai asas untuk menahan sejumlah amaun

daripada bayaran kepada kontraktor seperti di para 4.3.3 di atas

serta masih terdapat tuntutan-tuntutan kontraktor yang belum

diselesaikan seperti di para 4.3.4 di atas, maka

Perakuan

Muktamad Sementara (Provisional Final Account)

  hendaklah

disediakan dalam tempoh 6 bulan selepas PSK dikeluarkan bagi

memastikan kontraktor dibayar bagi semua kerja-kerja dan kos

yang layak dibayar kepadanya mengikut Kontrak.

4.3.6

Bagi memastikan penyediaan dan pengeluaran Perakuan

Bayaran Akaun dan Bayaran Muktamad (Borang JKR 66A)

adalah lengkap dan teratur serta mengelakkan kelewatan,

Senarai Semakan berikut hendaklah digunapakai dan disimpan

sebagai bukti pematuhan SPK:

Penyediaan

Perakuan

Bayaran

Muktamad

[Borang

(11)
(12)

LAMPIRAN A

Proses

Kerja SPK  Ali ran Ker ja Peri nc ian Ker ja

Tempoh (hari)

Pegawai Bertanggungjawab

Penilaian Bersama di Tapak

-Pegawai Penilai (Jurutera Tapak/ WPP Pakar)

Pengesahan kesempurnaan kerja (Pengesahan Pegawai Penilai) oleh WPP Pakar

1 Pegawai Penilai/ WPP Pakar 

Penyediaan Borang JKR 66 melalui

SKALA 4 Pegawai Penilai

  Tidak

Kelulusan Pegawai Pengesyor 1 Pegawai Pengesyor  

Ya 6

  Tidak

Semakan audit teknik (jika Pengarah

adalah WPP) 2

Juruukur Bahan (Pejabat Pengarah)

Ya

Semak peruntukan & rekod bayaran 1

WPP Utama/Pejabat yang menguruskan bayaran

  Tidak

Kelulusan & Perakuan Bayaran oleh Pegawai Yang Diberi Kuasa

Memperakukan

1 Pegawai Yang Diberi Kuasa Memperakukan

  Tidak 4

Penyediaan baucar bayaran oleh Pegawai Pentadbir Kewangan (melalui eSPKB).

1 Pegawai Pentadbir Kewangan

Kelulusan Pegawai Yang Diberi Kuasa

Melulus (atas talian) 1

Pegawai Yang Diberi Kuasa Melulus Hantar kepada Pihak Pembayar (atas

talian)

-Pegawai Pentadbir Kewangan

2

  Tidak

Semakan Baucar 1 Pejabat Akauntan

Ya

Pengeluaran cek bayaran / pindah

masuk akaun Penerima 1 Pejabat Akauntan

2

Cek bayaran kepada Kontraktor 

Jumlah 14 dari Tarikh Penilaian

CARTA AL IRAN PENYEDIAAN BA YARAN INTERIM

1 5a 4a 3c 3a 2c 5b 4c 4b 3b 2b 2a (3) Kelulusan Borang JKR 66

(2)

Penyediaan Borang JKR 66 (SKALA Workflow)

(1)

Penilaian Kerja (4) Penyediaan Baucar Bayaran dan eSPKB (5) Pihak Pembayar  6

(13)

LAMPIRAN B

JKR 66 (Pin.1/2011) KERAJAAN MALAYSIA

JABATAN KERJA RAYA

PERAKUAN BAYARAN INTERIM NO:

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN: MAKSUD: BUTIRAN:

TAJUK KERJA:

NAMA DAN ALAMAT KONTRAKTOR: NO. KONTRAK:

HARGA ASAL KONTRAK: RM

JUMLAH BERSIH TAMBAHAN/POTONGAN: RM

HARGA BARU KONTRAK: RM

A. BUTIR-BUTIR BAYARAN DAN POTONGAN 1. TARIKH PENILAIAN:

2. NILAI KERJA DILAKSANAKAN DAN AMAUN-AMAUN LAIN YANG KENA DIBAYAR* RM 3. KURANGKAN Bayaran Interim Yang Terdahulu No…... RM

4. NILAI BERSIH KERJA SEMASA : RM

5. POTONGAN

a. Bayaran Balik Wang Pendahuluan

i) Amaun Terkumpul RM RM

ii) Amaun Terdahulu RM iii) Amaun Semasa RM

b. Akaun Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan (amaun terdahulu) RM c. Gantirugi Tertentu Dan Ditetapkan @ RM ……….

Selama………hari RM

d. Potongan lain jika ada RM

Jumlah Potongan RM RM

BAYARAN DISYORKAN RM

……… Tarikh :………. (Pegawai Pengesyor ) B. PERAKUAN BAYARAN

1. Bayaran Interim

a) Kepada Kontraktor Utama RM

b) Kepada Subkontraktor/Penerima Bayaran

(seperti di LAMPIRAN A) RM

Jumlah Bayaran Interim RM RM

2. Kredit Akaun Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan (10% dari Bayaran Disyorkan

sehingga 5% Harga Kontrak) RM

BAYARAN DIPERAKUKAN RM (Ringgit Malaysia:………...)

 Adalah disahkan bahawa semua peraturan kewangan dan kehendak di bawah Kontrak telah dipatuhi.

………..………. Tarikh :………. (Pegawai Yang Diberi Kuasa Memperakukan) CATATAN OLEH PEGAWAI YANG MENYEDIA BAUCAR

(14)

LAMPIRAN B

LAMPIRAN A JKR 66 (Pin.1/2011) PERAKUAN BAYARAN INTERIM NO:

 Amaun-amaun yang kena di bayar kepada Subkontrakto r/Pembekal Dinamakan, Penerima Hak dan Pegawai Penyelia di Tapakbina.

Ruj. (1)

Penerima Bayaran (2)

Jenis Kerja atau Bulan (3) Jumlah Harga (4) Jumlah Bayaran Terdahulu (5)  Amaun yang Diperakukan (6)

 A. Subkontraktor Dinamakan i) ii) iii) Jumlah Kecil: B. Pembekal Dinamakan i) ii) iii) Jumlah Kecil: C. Penerima Hak Jumlah Kecil: D. Pegawai Penyelia i) ii) iii) Jumlah Kecil: ……….. (Pegawai Pengesyor) Nota:

(2) Isikan nama subkontraktor/penerima bayaran yang berkenaan.

(3) Nyatakan jenis kerja subkontraktor atau bekalan atau bulan yang berkenaan bagi kategori pegawai penyelia. Tidak berkenaan bagi penerima hak.

(4) Isikan jumlah harga subkontraktor/jumlah yang diserahhak. Tidak berkenaan untuk kategori pegawai penyelia.

(15)

LAMPIRAN C

Pejabat Yang Mengendalikan Bayaran :

Bil Proses Kerja

Tarikh Mula/ Terima Tarikh Siap/ Hantar  Jumlah Hari Pegawai Bertanggung-Jawab Tanda tangan Catatan 1 Penilaian di tapak Pegawai Penilai

2 Pengesahan kesempurnaan kerja

(Pengesahan Pegawai Penilai) Pegawai Penilai

3 Penyediaan Borang JKR 66 Pegawai Penilai

4 Kelulusan Pegawai Pengesyor  Pegawai Pengesyor 

5 Semakan Audit Teknik Juruukur Bahan 6 Semak peruntukan & rekod bayaran Pejabat WPP 7 Kelulusan & Perakuan Bayaran PP/WPP

8 Penyediaan Baucar Bayaran

Pegawai Pentadbir Kew.

(PPKew.) 9 Kelulusan Pegawai Pelulus Pegawai Pelulus

10 Hantar kepada Pihak Pembayar PP(Kew.)

11 Semakan Baucar Pej. Akauntan

12 Pengeluaran cek bayaran/pindah

masuk akaun Penerima Pej. Akauntan

N.B. 1) Borang ini hendaklah dikepilkan bersama Borang JKR 66 dan disimpan dalam fail bayaran

2) Silakan kembalikan Borang ini kepada Pejabat yang mengendalikan bayaran setelah bayaran dibuat.

REKOD TINDAKAN KERJA BAGI BAYARAN INTERIM

JUMLAH TEMPOH KESELURUHAN Pegawai Penguasa :

Wakil Pegawai Penguasa (Utama) : Tajuk Kerja :

No. Kontrak :

Bayaran Interim No. :

JUMLAH TEMPOH

JUMLAH TEMPOH

JUMLAH TEMPOH JUMLAH TEMPOH

(16)

LAMPIRAN D

1/2

(SA KPKR Bil. 13/2011) LEJAR KONTRAK

1) Nama Kontraktor : 7) Harga Asal Kontrak : 12) Bayaran Pendahulua n :

2) Nama Projek : 8) Harga Baru Kontrak : 13) Kadar LAD/Hari :

3) No. Kontrak : 9) Nilai Kerja Pembina : 14) Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) :

4) Tarikh Milik Tapak : 10) Wang Peruntukan

Sementara (WPS) : (Baki selepas pelepasan 50% WJP) : 5) Tarikh Siap Asal : 11) Wang Kos Prima (WKP):

6) Tarikh Siap Lanjutan (EOT NO.__ ) : Nilai Kerja Dilaksanakan Dan Amaun Lain Kena

Bayar

Bayaran Balik Wang Pendahuluan Kontraktor Bayaran Diperakukan No. Interim Tarikh Penilaian LAD Terkumpul Bayaran Disyorkan WJP Kontraktor Utama Penerima Bayaran Jumlah Diperakukan Jumlah Terkumpul Tarikh & No. Baucar t.t Unit Kew. PTJ Terkumpul % dari Nilai Kerja Pembina

Semasa Terkumpul Semasa Terkumpul

(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

J + L + M

 A B C D E F G H J K L M N P Q R

Nota Untuk Kolum A :

* Perakuan Bayaran Pendahuluan

** Perakuan Bayaran Pendahuluan untuk Sub Kontraktor Dinamakan *** Pelepasan WJP

LAMPIRAN D

PANDUAN PENGISIAN BORANG LEJAR KONTRAK

KOLUM PERKARA HURAIAN

 A No. Interim Nombor berturutan bilangan Perakuan Bayaran Interim mengikut Borang JKR 66 B Tarikh Penilaian Tarikh penilaian kemajuan Kerja di tapak bina mengikut Perkara A.1, Borang JKR 66

C D

Nilai Kerja Dilaksanakan & Amaun lain Kena bayar Terkumpul

% Dari Nilai Kerja Pembina

Nilai terkumpul kemajuan kerja yang dilaksanakan mengikut Perkara A.2, Borang JKR 66

Peratus (%) nilai kemajuan kerja yang dilaksanakan (C) berbanding Nilai Kerja Pembina (Mengikut Perkara 9, Borang Lejar Kontrak)

E

F

Bayaran Balik Wang Pendahuluan Kontraktor Semasa

Terkumpul

Nilai potongan semasa bayaran balik Bayaran Pendahuluan mengikut Perkara A.5a(iii) Borang JKR 66

Nilai potongan terkumpul Bayaran Pendahuluan yang perlu dibuat dalam setiap Perakuan Bayaran Interim mengikut Perkara A.5a(i), Borang JKR 66.Potongan bagi bayaran balik Bayaran Pendahuluan dibayar balik sepenuhnya apabila nilai kerja mencapai 75% daripada nilai kerja

(17)

LAMPIRAN D

PANDUAN PENGISIAN BORANG LEJAR KONTRAK

KOLUM PERKARA HURAIAN

 A No. Interim Nombor berturutan bilangan Perakuan Bayaran Interim mengikut Borang JKR 66 B Tarikh Penilaian Tarikh penilaian kemajuan Kerja di tapak bina mengikut Perkara A.1, Borang JKR 66

C D

Nilai Kerja Dilaksanakan & Amaun lain Kena bayar Terkumpul

% Dari Nilai Kerja Pembina

Nilai terkumpul kemajuan kerja yang dilaksanakan mengikut Perkara A.2, Borang JKR 66

Peratus (%) nilai kemajuan kerja yang dilaksanakan (C) berbanding Nilai Kerja Pembina (Mengikut Perkara 9, Borang Lejar Kontrak)

E

F

Bayaran Balik Wang Pendahuluan Kontraktor Semasa

Terkumpul

Nilai potongan semasa bayaran balik Bayaran Pendahuluan mengikut Perkara A.5a(iii) Borang JKR 66

Nilai potongan terkumpul Bayaran Pendahuluan yang perlu dibuat dalam setiap Perakuan Bayaran Interim mengikut Perkara A.5a(i), Borang JKR 66.Potongan bagi bayaran balik Bayaran Pendahuluan dibayar balik sepenuhnya apabila nilai kerja mencapai 75% daripada nilai kerja

G LAD Terkumpul Nilai terkumpul ‘Denda Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan’ bagi setiap Bayaran Interim (jika ada) mengikut Perkara A.5c, Borang JKR 66.

H Bayaran Disyorkan Jumlah bayaran yang disyorkan oleh Pegawai Pengesyor bagi setiap Perakuan Bayaran Interim mengikut Perkara A, Borang JKR 66

J K L M Bayaran Diperakukan WJP Semasa WJP Terkumpul Kontraktor Utama Penerima Bayaran

Nilai bersih potongan Kredit Akaun Deposit Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) yang perlu dibuat dalam setiap Perakuan Bayaran Interim mengikut perkara B.2 Borang JKR 66

Jumlah amaun potongan terkumpul Kredit Akaun Deposit Wang Jaminan

Pelaksanaan sehingga penilaian interim tersebut (tertakluk kepada nilai maksimum 5% daripada Harga Kontrak).

 Amaun bersih bayaran diperakukan kepada Kontraktor Utama sahaja Mengikut Perkara B.1(a), Borang JKR 66.

Jumlah pukal bayaran kepada Subkontraktor/Penerima Bayaran dan lain-lain Mengikut Perkara B.1(b), Lampiran A, Borang JKR 66. Penerima bayaran

termasuklah kepada Perunding sekiranya bayaran dibuat t erus kepada Perunding berkaitan (Projek Reka & Bina).

N Bayaran Diperakukan Jumlah bayaran semasa yang diperakukan oleh Pegawai Yang Diberi Kuasa Memperakukan mengikut Perkara B, Borang JKR 66

P Jumlah Terkumpul Jumlah amaun terkumpul Bayaran Yang Diperakukan oleh Pegawai Yang Diberi Kuasa Memperakukan

Q Tarikh & No. Baucar Tarikh dan Nombor Baucar yang diterima daripada Unit Kewangan, PTJ. R t.t Unit Kew.PTJ Tandatangan Unit Kewangan Pusat Tanggungjawab (PTJ).

Referensi

Dokumen terkait

Belgia (secara resmi disebut -era%aan Belgia adalah sebuah negara yang terletak di bagian  barat  benua 'ropa.   9egara ini merupakan negara anggota  pendiri /ni 'ropa

Alhamdulillah, Puji syukur atas segala nikmat dan rahmat-Nya yang diberikan Allah subhana Wata’ala sehingga berkat izin-Nya penulis diberikan kekuatan dan kemudahan dalam

[r]

Fase kedua ini dilakukan di kedua kelas yang dijadikan sampel penelitian akan tetapi pada kelas eksperimen peneliti juga menjelaskan penggunaan mind mapping dalam

Jaminan Kesehatan Nasional (JKN) merupakan bagian dari Sistem Jaminan Sosial Nasional (SJSN) yang diselenggarakan dengan menggunakan mekanisme asuransi kesehatan sosial

• Dengan adanya website ini, siapa saja yang hendak mendapatkan informasi mengenai El Shaddai Cloth Yogyakarta maupun untuk membeli produk dari El Shaddai Cloth tersebut,

Terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan kepatuhan penggunaan APD pada petugas penunjang medis di RS PKU Muhammadiyah Gamping dan tingginya

Dari hasil penelitian ini dapat disimpulkan bahwa bambu andong dapat digunakan sebagai bahan baku untuk panel bambu lapis struktural dan panel bambu dengan ketebalan 11 cm