• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prinsip dan Peranan Teknologi Dalam Pend

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Prinsip dan Peranan Teknologi Dalam Pend"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

PRINSIP DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Penggunaan teknologi dalam pendidikan memerlukan beberapa prinsip yang berikut: 1. Menambah baik nilai pendidikan

Teknologi dalam pendidikan samaada peralatan ataupun proses,seharusnya berasaskan prinsip ianya boleh menambahbaik nilai pendikan itu. Nilai-nilai dari segi keberkesanan, kebolehpercayaan, kecekapan dan sumbangan teknologi dalam melahirkan insan yang lebih baik dari segi kemanusiaan dan kualiti hidup.

2. Berfokuskan pedagogi

Mandat utama teknologi ni seharusnya berfokuskan kepada pembelajaran dan pengajaran. Kita harus memilih teknologi berfokuskan produktiviti dan pada masa yang sama masih tidak mengabaikan implikasi pada pedagogi. Kriteria-kriteria yang tidak boleh diabaikan dalam pemilihan teknologi yang akan digunakan ialah:

a.Berasaskan prinsip dan kaedah pembelajaran b. Sinergi diantara teknologi dan proses kognitif

c.Guru-guru harus mendapat latihan yang mencukupi sebelum menggunakan peralatan dan perisian baharu

3. Kualiti

Kualiti bermaksud kriteria dan standard. Standard ekspilit perlu dicapai melalui penyelidikan dan perbincangan apabila timbul sesuatu isu baharu dalam penggunaan teknologi. Standard kualiti boleh diaplikasi pada

a. Input – spesifikasi teknologi pada perkakasan, kriteria murid b. Proses – Standard perangkaan dan penyampaian P& P c. Output – Pemarkahan dan penilaian pencapaian murid 4. Berkekalan

Penggunaan sesuatu teknologi dalam pendidikan memerlukan kos yang tinggi. Ini termasuk kos dalam sistem sokongan, sistem data, inovasi terbaru dan latihan kepada guru-guru. Berasakan pada factor-faktor ini, maka teknologi baru dalam pendidikan perlu stabil, tahan lama dan boleh diaplikasi dalam persekitaran yang meluas. Risiko dipengaruhi oleh factor politik negara perlu elakkan.

5. Mudah dicapai

(2)

dan intitusi pendidikan perlu menguji segala program dan peralatan yang diperkenalkan supaya ia bersifat menyeluruh dan boleh dilaksanakan.

6. Perkongsian

Institusi pendidikan harus belajar untuk berkongsi dan bekerjasama dalam segala aspek teknologi yang digunakan. Ini dapat mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti dalam bilangan kawasan berteknologi.

7. Berskala

Berskala merujuk kepada:

a. system jaringan(network) yang boleh disambungkan kepada jaringan yang lain dan boleh diperluaskan

b. Perisian yang boleh digunakan dan releven dengan perisian yang lain

c. Kandungan pengajaran, kursus, program-proram dapat dikongsi dan dipindahkan diantara jabatan, sekolah dan seluruh negara amnya.

8. Mempunyai pilihan

Setiap murid,warga pendidik dan masyarakat mempunyai perbezaan diri secara individu. Perbezaan ini harus dihormati. Teknologi seharusnya menawarkan pelbagai pilihan dari sudut peralatan, perisian dan proses. Prinsip ini penting untuk menyokong perbezaan dan menggalakkan peningkatan potensi individu secara maksimum.

9. Mengikut keperluan

Kelebihan teknologi dalam pendidikan ialah memudahkan proses PdP. Kita boleh memprogramkan kursus,, dan perkhidmatan mengikut keperluan pengguna. Murid-murid adalah berbeza dari segi potensi dan sifat individu, maka teknologi yang digunakan perlu mengikut keperluan secara individu. Ini dapat meningkatkan motivasi murid-murid, merangsang tindakbalas maksimum (cth:melihat, mendengar, bercakap). Ia juga dapat mengesan kecenderungan(aptitude) mereka.

PERANAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN SAINS

(3)

Selain mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama teknologi pendidikan ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif

Teknologi pendidikan perlu dititik beratkan dalam penyampaian kandungan P&P oleh guru. Murid-murid perlu dibawa keluar daripada kepompong ciri-ciri pembelajaran abad ke-19, antaranya, guru ibarat pelayan komputer (server) yang meyimpan beribu-ribu maklumat dan murid ibarat cakera keras (hard disk) tanpa memori yang menunggu untuk diisi. Gaya pembelajaran terkini, seperti yang ditegaskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), menyarankan penggunaan pelbagai pendekatan seperti pembelajaran secara hands-on, kontekstual, konstruktivisme dan masteri; melalui permainan dan inkuiri penemuan; dan berasaskan projek. Pendekatan yang digunakan haruslah memberi peluang yang tidak terhad kepada murid dan mengambil kira tahap kecerdasan murid. Ini adalah selaras dengan gaya pembelajaran abad ke-21 yang berpaksikan literasi era digital, murid berfikir secara kreatif dan inovatif, kemahiran komunikasi yang berkesan dan penghasilan kerja yang tinggi.

Alvin Toffler, seorang penulis yang terkenal dalam bidang revolusi digital pernah mengatakan, “The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn and relearn.” (Buta huruf pada abad ke-21 bukanlah individu yang tidak boleh membaca dan menulis tetapi terdiri daripada individu yang tidak boleh belajar, belajar meninggalkan apa yang telah dipelajari dan belajar semula). Tuntutan kehidupan abad ke-21 memerlukan reaksi pantas manusia untuk berubah mengikut keadaan dan situasi agar tidak ditenggelami oleh tsunami teknologi.

(4)

seperti tukul, paku, tangga dan sebagainya, murid-murid perlu dibekalkanan pelbagai peralatan (teknologi) yang dapat membantu mereka belajar dengan cepat dan berkesan. Dengan wujudnya gabungan literasi maklumat dan teknologi pendidikan yang baik, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan memberi impak yang besar dalam proses Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti yang menjadi misi Kementerian Pelajaran Malaysia. Peranan 1. Fungsi Pengembangan Pengajaran

Teknolgi dapat mengarah, menyelaras dan mengawal fungsi-fungsi pengembangan pengajaran & sumber pengajaran. Guru-guru bertanggungjawab untuk pastikan teknologi dalam pengajaran berjalan lancar dan berkesan

2. Fungsi Pengurusan Pengajaran a. Pengurusan organisasi

Teknologi dalan pendidikan sains dapat mengenal pasti keperluan organisasi, menentukan matlamat dan objektif, anggaran perbelajaan, urusan pembelian barang-barang keperluan seperti peralatan amkmal dan bahan bantu mengajar.

b. Pengurusan kakitangan

Teknologi juga dapat menguruskan pengambilan, penyeliaan dan penilaian pekerja. Hubungan baik antara pekerja dapt dipastikan dengan cara mewujudkan keberkesanan komunikasi

3. Fungsi Pengembangan Pengajaran

Teknologi boleh digunakan untuk menganalisis masalah-masalah pembelajaran, mereka bentuk, melaksana, dan melakukan penilaian dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ia memberi peluang belajar kepada semua murid

4. Fungsi Sumber Pembelajaran

Pihak atau bahan-bahan dan media yang berupaya untuk menyelesaikan masalah Contoh: mesej, manusia, peralatan, teknik atau seting

(5)

Referensi

Dokumen terkait

Jumlah petani bukan anggota di wilayah nagari/desa yang sama adalah merupakan potensi penerapan teknologi jagung seperti anggota gapoktan, bila modal menjadi kendala

Sejalan  dengan  perkembangan  teknologi  telekomunikasi,  sejumlah  komputer  mulai  dapat  saling 

 Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan mencakupi cara penyampaian maklumat kepada murid. Ianya juga merupakan satu

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), manfaat yang diperolehi daripada teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran :.  Guru berupaya meningkatkan kefahaman

Jumlah petani bukan anggota di wilayah nagari/desa yang sama adalah merupakan potensi penerapan teknologi jagung seperti anggota gapoktan, bila modal menjadi kendala

Oleh itu, usaha dan peranan kerajaan dalam pendidikan antirasuah di Malaysia ini dilihat mampu memberi impak yang penting dalam kalangan pelajar dan masyarakat melalui kesedaran,

Penggunaan teknologi Big Data dalam konteks kesehatan telah membuka potensi yang besar untuk meningkatkan pemahaman tentang kondisi kesehatan individu dan populasi secara luas,

6 RUJUKAN Atas talian artikel, Faedah Menguasai Teknologi Maklumat, di akses pada 23 November 2022, dalam laman web