• Tidak ada hasil yang ditemukan

Anda perlu dapatkan sama ada nilai Kuasa atau kedua-dua nilai Arus Elektrik dan Voltan. Mari kita lihat beberapa contoh.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Anda perlu dapatkan sama ada nilai Kuasa atau kedua-dua nilai Arus Elektrik dan Voltan. Mari kita lihat beberapa contoh."

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1 | M u k a s u r a t Hakcipta © 2011 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). Hakcipta terpelihara.

BAHAGIAN 1: Mengenali Label Peralatan Elektrik

(Mana-mana label yang mempunyai jenama tertentu dalam dokumen ini adalah untuk tujuan pengetuahuan sahaja. AWER tidak memberikan apa-apa jaminan kepada jenama-jenama ini atau produk-produk ini)

1.1 Di mana nak cari Label?

Label biasanya ditampal di depan, bawah, tepi atau belakang sesuatu produk. Kadang kala maklumat penggunaan tenaga juga di cetak pada buku panduan produk. Klip video pada antaramuka (interface) Borang dengan Grafik Low CO2 Tool Tangkap si Pencuri dapat memberikan beberapa contoh.

1.2 Apakah maklumat yang perlu diperolehi daripada label?

Anda perlu dapatkan sama ada nilai Kuasa atau kedua-dua nilai Arus Elektrik dan Voltan. Mari kita lihat beberapa contoh.

Kuasa (Watt) = Arus Elektrik (Ampere) x Voltan (Volt), Nilai Kuasa digunakan untuk

mengukur penggunaan tenaga elektrik sesebuah peralatan. Penggunaan tenaga diukur dengan kiloWattjam (kWj) dan ini dibantu oleh Low CO2 Tool Tangkap si Pencuri. Jangan risau dengan nombor-nombor ini.

Bagaimana hendak dapatkan nilai Kuasa?

Nilai Kuasa diukur dengan unit Watt atau W. Sila rujuk kepada 2 contoh di bawah:

Label Nilai yang diperlukan

Kuasa: 99 W

Kuasa: 470 W

Copyright

©

2011

Association

of

Water

and

Energy

Research

Malaysia

(AWER).

All

rights

reserved.

(2)

2 | M u k a s u r a t Hakcipta © 2011 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). Hakcipta terpelihara.

Bagaimana hendak dapatkan nilai Arus Elektrik dan Voltan jika anda tidak dapat jumpa nilai Kuasa?

Nilai Arus Elektrik diukur dengan unit Ampere atau A, dan nilai Voltan diukur dengan unit Volt atau V. Kadang kala, nilai Arus Elektrik datang dengan unit miliAmpere atau mA. Contoh, jika nilai Arus Elektrik adalah 96 miliAmpere (mA) ia adalah sama dengan 0.096 A. (1000 mA = 1A)

Label Nilai yang diperlukan

Arus Elektrik : 5.4 A

Voltan: 240 V

*gunakan nilai input kerana ia adalah nilai penggunaan tenaga elektrik yang betul bagi sebuah peralatan.

Arus Elektrik : 0.3 A

Voltan: 240 V

Copyright

©

2011

Association

of

Water

and

Energy

Research

Malaysia

(AWER).

All

rights

reserved.

(3)

3 | M u k a s u r a t Hakcipta © 2011 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). Hakcipta terpelihara.

BAHAGIAN 2: Cara Penggunaan Tangkap si Pencuri

2.1. Pemulaan Low CO2 Tool Tangkap si Pencuri

Langkah 1: Setelah anda klik untuk

memasuki laman ‘Tangkap si Pencuri’, kalkulator ini akan mula untuk muatnaik. Jika sambungan internet anda adalah perlahan, proses ini akan memakan masa. Semasa proses muat naik jika animasi tiba-tiba menjadi putih, ia disebabkan sambungan internet yang perlahan. Di harapkan anda boleh tunggu dengan sabar.

Langkah 2: Low CO2 Tool Tangkap si

Pencuri sedia untuk digunakan apabila lampu CFL (Lampu Kalimantang Mampat) menyala. Klik butang Mula.

Langkah 3: Pilih kawasan yang anda

tinggal atau beroperasi. Pilih di antara Semenanjung Malaysia atau Sarawak atau Sabah.

Copyright

©

2011

Association

of

Water

and

Energy

Research

Malaysia

(AWER).

All

rights

reserved.

(4)

4 | M u k a s u r a t Hakcipta © 2011 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). Hakcipta terpelihara.

Langkah 4: Petak kategori tarif akan

timbul. Pilih di antara kategori utama yang dispesifikasi bagi kawasan anda.

Langkah 5: Setelah pilih kategori tarif, klik

Ok.

Langkah 6: Sekarang sub-kategori akan

dipaparkan. Pilih mengikut kategori yang diberikan melalui bil elektrik anda.

Langkah 7: Anda akan sampai ke laman

untuk memilih kaedah yang anda suka untuk menangkap pencuri anda. Anda perlu pilih sama ada Borang dengan Grafik (mempunyai klip video label) atau jika anda biasa dengan perkara ini, anda boleh pilih Borang Sahaja. Anda juga boleh bertukar dari interface Borang dengan Grafik kepada Borang Sahaja dengan senang.

* Bagi kategori tarif industri dengan waktu puncak dan waktu bukan puncak, anda akan di sambung terus ke interface khusus.

Copyright

©

2011

Association

of

Water

and

Energy

Research

Malaysia

(AWER).

All

rights

reserved.

(5)

5 | M u k a s u r a t Hakcipta © 2011 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). Hakcipta terpelihara. Bahagian pertama interface

Bahagian kedua interface

SAMPEL: Interface Borang dengan Grafik

SAMPEL: Interface Borang Sahaja

SAMPEL: Borang Sahaja untuk industri dengan tarif waktu puncak dan waktu bukan puncak.

Copyright

©

2011

Association

of

Water

and

Energy

Research

Malaysia

(AWER).

All

rights

reserved.

(6)

6 | M u k a s u r a t Hakcipta © 2011 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). Hakcipta terpelihara.

2.2 Cara Penggunaan Interface Borang dengan Grafik

Langkah 1: Setelah anda masuk ke

interface Borang dengan Grafik, satu klip

video akan dimainkan untuk menunjukkan lokasi label produk. Pada akhir klip video ini, anda akan ditunjukkan pautan ke dokumen Cara Penggunaan ini.

Langkah 2: Anda telahpun mengetahui

bagaimana untuk mengambil maklumat daripada label daripada Bahagian 1 dokumen ini. Maka, anda akan memerlukan nama peralatan, kuantitinya, sama ada nilai Kuasa atau kedua-dua nilai Arus Elektrik dan Voltan. Setelah memasukkan nilai-nilai ini, klik butang Seterusnya. Sampel: Penghawa dingin

1, 2 unit, Kuasa: 950 Watt.

Langkah 3: Anda perlu tentukan masa

operasi peralatan-peralatan yang di pilih. Berapa jam masa penggunaannya setiap hari? Berapa hari ia digunakan setiap bulan? Nilai anggaran boleh digunakan. Klik butang Seterusnya. Sampel:

Penghawa dingin digunakan untuk lapan jam sehari setiap bulan (30 hari).

Copyright

©

2011

Association

of

Water

and

Energy

Research

Malaysia

(AWER).

All

rights

reserved.

(7)

7 | M u k a s u r a t Hakcipta © 2011 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). Hakcipta terpelihara.

Langkah 4: Anda dapat nilai penggunaan

tenaga elektrik dalam kiloWattjam dan nilai

carbon footprint produk ini. Jika anda ingin

padam (delete) mana-mana produk, klik pada baris yang anda ingin padam dan klik butang Padam. Daripada laman ini anda boleh memilih untuk memasuki interface Borang Sahaja atau Borang dengan Grafik.

Langkah 5a: Jika anda klik untuk

memasuki interface Borang Sahaja, data anda daripada pengiraan sebelumnya akan di bawa terus untuk menyambung penggiraan. Jangan risau, setiap interface adalah tersambung. Secara kebiasaan, seorang yang telah biasa dengan calculator ini akan memilih interface Borang Sahaja bagi mendapatkan keputusan yang cepat.

Langkah 5b: Setelah anda berasa anda

telah memasukkan semua peralatan elektrik di rumah atau premis, klik butang Keputusan untuk melihat laman keputusan.

Copyright

©

2011

Association

of

Water

and

Energy

Research

Malaysia

(AWER).

All

rights

reserved.

(8)

8 | M u k a s u r a t Hakcipta © 2011 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). Hakcipta terpelihara.

2.3 Cara Penggunaan interface Borang Sahaja

Langkah 1: Anda telahpun mengetahui

bagaimana untuk mengambil maklumat daripada label daripada Bahagian 1 dokumen ini. Maka, anda akan memerlukan nama peralatan, kuantitinya, sama ada nilai Kuasa atau kedua-dua nilai Arus Elektrik dan Voltan, masa penggunaan setiap hari dan jumlah hari setiap bulan. Setelah anda memasukkan maklumat-maklumat ini, klik Tambah.

Sampel: TV Skrin Rata, 1 unit, Arus: 0.3 Ampere, Voltan 240 V, 5 jam sehari setiap bulan (30 hari).

Langkah 2: Jika anda ingin tambah

peralatan baru, masukkan nilai-nilainya dan klik Tambah sekali lagi. Senang! Jika anda ingin padam (delete) mana-mana produk, klik pada baris yang anda ingin padam dan klik butang Padam.

Langkah 3: Setelah anda berasa anda

telah memasukkan semua peralatan elektrik di rumah atau premis, klik butang Keputusan untuk melihat laman keputusan.

Copyright

©

2011

Association

of

Water

and

Energy

Research

Malaysia

(AWER).

All

rights

reserved.

(9)

9 | M u k a s u r a t Hakcipta © 2011 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). Hakcipta terpelihara.

2.4 Cara Penggunaan interface Borang Sahaja (bagi waktu puncak dan waktu bukan puncak)

Langkah 1: Bagi kategori tarif ini, tiada

interface Borang dengan Grafik.

Disebabkan struktur tarif yang memberikan waktu puncak (peak hour) dan waktu bukan puncak (off peak hour), kami telah memuatkan waktu permulaan dan penamatan sesuatu peralatan bagi memastikan maklumat diperolehi dengan betul.

Langkah 2: Maklumat yang anda akan

perlukan adalah, nama peralatan, kuantitinya, masa permulaan dan penamatan setiap hari, bilangan hari beroperasi setiap bulan, sama ada nilai Kuasa atau kedua-dua nilai Arus Elektrik dan Voltan. Sampel: Pam 1, 3 unit, Mula:

8 am, Tamat: 11 pm, untuk 25 hari, Kuasa: 4000 Watt

Langkah 3: Setelah anda berasa anda

telah memasukkan semua peralatan elektrik di premis, klik butang Keputusan untuk melihat laman keputusan.

Copyright

©

2011

Association

of

Water

and

Energy

Research

Malaysia

(AWER).

All

rights

reserved.

(10)

10 | M u k a s u r a t Hakcipta © 2011 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). Hakcipta terpelihara.

2.5 Keputusan Terakhir

Laman keputusan terakhir akan memberikan ringkasan maklumat-maklumat yang anda masukkan melalui Low CO2 Tool Tangkap si Pencuri. Ia juga akan memberikan senarai 5 Peralatan yang Penggunaan Kuasanya Tertinggi (Pencuri yang anda sedang cari) bersama-sama dengan nilai Carbon Footprint. Output terakhir ini juga akan memberikan Jumlah Penggunaan Tenaga, Jumlah

Carbon Footprint dan Jumlah Bil

anggaran. Tekan butang Cetak untuk mencetak keputusan.

Ini adalah laman keputusan yang anda akan dapat untuk dicetak. Kalkulator Tangkap si Pencuri ini tidak mempunyai had jumlah peralatan yang boleh di audit. Sekarang setiap orang boleh mengenalpasti Pencuri dengan senang.

Copyright

©

2011

Association

of

Water

and

Energy

Research

Malaysia

(AWER).

All

rights

reserved.

(11)

11 | M u k a s u r a t Hakcipta © 2011 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). Hakcipta terpelihara.

Bahagian 3: Contoh Penggunaan Tenaga Pelbagai Peralatan

No. Peralatan Penggunaan Kuasa (Watt)

Terendah Tertinggi

1 Blender / Pengisar 250 800

2 Cerek Elektrik 1800 2400

3 Juice Extractor / Pemerah Jus 300 600

4 Toaster 700 1300

5 Sandwich Toaster 700

6 Thermoflask (auto re-boil) 700 800

7 Coffee maker / Pembuat kopi 700 1200

8 Mixer / Pengadun 120 250

9 Mesin air (Panas / Suam) 700 1000

10 Pengukus 900 1000

11 Periuk nasi elektrik 300 1350

12 Slow cooker 75 320

13 Induction cooker 2000 2600

14 Microwave / Oven 800 1500

15 Kipas berdiri (tall) 50 70

16 Kipas meja (short) 35 50

17 Kipas siling 85

18 Kipas dinding 50

19 Box fan 30 50

20 Exhaust fan (komersil/industri) 80 780

21 Exhaust fan (rumah) 20 40

22 Ventilation (Cooker Hood / Kebuk wasap) 80 190

23 Dishwasher / Pencuci Pinggan mangkuk 1200 2200

24 Mesih basuh (Semi Automatik) Muatan atas 300 400

25 Mesih basuh (Automatik) Muatan atas 450 500

26 Mesih basuh (Automatik) Muatan depan 1100 1800

27 Permain CD / DVD 30 85

28 Radio 6

29 Seterika Stim 1000 2200

30 Seterika Kering (biasa) 1000 1200

31 Pengering Rambut 1200 2000

32 Penyedut hampagas (Vacuum Cleaner) 600 1600

33 Peti Sejuk (minibar) 60 70

34 Peti Sejuk (1 pintu) – biasa 70 110

35 Peti Sejuk (2 pintu) – biasa 150 200

36 Air Purifier / Pembersih udara 45 80

37 Pemanas air (mandi) 2600 4500

38 Pencukur Elektrik 20

Copyright

©

2011

Association

of

Water

and

Energy

Research

Malaysia

(AWER).

All

rights

reserved.

(12)

12 | M u k a s u r a t Hakcipta © 2011 Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER). Hakcipta terpelihara.

No. Peralatan Penggunaan Kuasa (Watt)

Terendah Tertinggi

39 Laptop / Komputer riba 20 70

40 Desktop / Komputer meja 100 240

41 Printer / Pencetak 80 100

42 Berus gigi 1.1 2.9

43 Pengering pakaian 2500 2700

44 Penghawa dingin 1 Kuasa Kuda (dengan inverter) 670 900

45 Penghawa dingin 1.5 Kuasa Kuda (dengan inverter) 995 1060

46 Penghawa dingin 2 Kuasa Kuda (dengan inverter) 1470 1600

47 Penghawa dingin 2.5 Kuasa Kuda (dengan inverter) 1880 2100

48 Penghawa dingin 1 Kuasa Kuda (biasa) 780 950

49 Penghawa dingin 1.5 Kuasa Kuda (biasa) 1060 1290

50 Penghawa dingin 2 Kuasa Kuda (biasa) 1650 2030

51 Penghawa dingin 2.5 Kuasa Kuda (biasa) 2250 2750

52 Lampu Kalimantang 15 W (biasa) 26

53 Lampu Kalimantang 18 W (biasa) 28

Lampu mentol yang sama fungsi dan penggunaan Kuasa (Watt):

Lampu Kalimantang

termampat (CFL) Lampu mentol biasa

9 W 45 W

11W 60 W

15 W 75 W

18 W 90 W

23 W 125 W

(* sampel penggunaan tenaga adalah satu contoh daripada sampel di pasaran Malaysia. Untuk maklumat yang tepat, sila periksa label produk)

Copyright

©

2011

Association

of

Water

and

Energy

Research

Malaysia

(AWER).

All

rights

reserved.

Referensi

Dokumen terkait

yang dilakukan penulis dalam menjelaskan faktor-faktor yang dapat menimbulkan motivasi yaitu faktor intrinsik: “Bahwasanya siswa SMA Surya Buana Malang mempunyai motivasi untuk

Pada bagian ini akan disajikan pertanyaan-pertanyaan mengenai” Analisi Pengendalian Internal Penjualan kredit dan Piutang Usaha pada PT. Anugerah Tangkas Transportindo” yang

Tujuan studi ini untuk (1) Menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kinerja fiskal, perekonomian sektoral, ketimpangan pendapatan dan kemiskinan di daerah PDRB

Dengan demikian, maka dapat difahami intisarinya bahwa aqidah merupakan keyakinan yang dimiliki seseorang dengan tingkat kepercayaan yang sangat tinggi dan tidak

Kegiatan pembelajaran remedial dengan pemanfaatan tutor sebayamelalui belajar kelompok untuk menjawab pertanyaan yang diberikan guru terkait materi kondisi geologi

yang dimiiki oleh remaja di panti asuhan tergolong tinggi. Dari hasil kategorisasi diketahui bahwa tidak terdapat remaja yang memiliki resiliensi yang sangat

Pergeseran struktur ekonomi ini, selain menggambarkan karakteristik ketersediaan sumber daya alam yang semakin menurun, juga terkait dengan kebijakan pemerintah

Permasalahan penentuan awal bulan qomariyah seperti penentuan jatuhnya tanggal untuk bulan syawal, ramadhan atau bulan-bulan qomariyah yang lain, menjadi sebuah problematika