www.AmimNajmie.com Mukasurat 1
www.AmimNajmie.com Mukasurat 2
Kandungan
Pengenalan ... 3
Memilih Tajuk Artikel ... 4
Google Keyword Planner...6
Panjang Artikel Yang Bagus ... 11
Menulis Artikel Yang Hebat Dengan Cepat ... 12
Menukarkan Artikel Anda Kepada Wang ... 14
Dapatkan Lebih Banyak Trafik ... 19
Kesimpulan...24
www.AmimNajmie.com Mukasurat 3
Pengenalan
Pemasaran artikel adalah salah satu cara paling mudah untuk buat duit secara online. Namun kebanyakan orang seolah-olah melihatnya sebagai usaha yang sangat menakutkan dan menggerunkan kerana mereka tidak faham sesetengah perkara mengenai pemasaran artikel.
Saya rasa alasan orang takutkan pemasaran artikel ialah mereka memang tidak faham apa yang diperlukan untuk memilih tajuk artikel yang hebat, mencipta artikel yang sangat berkualiti dan menonjol, serta cara untuk mendapatkan trafik ke artikel-artikel yang telah dihasilkan.
Dalam laporan ini, anda akan pelajari semua ‘trick simple’ ini.
Pemasaran artikel tidak akan lagi nampak menakutkan, dan tidak lama lagi anda akan mendapat banyak trafik dengan artikel-artikel mudah!
www.AmimNajmie.com Mukasurat 4
Memilih Tajuk Artikel
Tajuk artikel anda adalah salah satu komponen yang terpenting sekali. Jika anda memilih tajuk yang tidak sesuai, anda pasti tidak akan mendapat kedudukan di enjin carian, dan jika anda tidak mendapat kedudukan di enjin carian, orang pasti tidak akan klik untuk membaca artikel anda.
Tajuk artikel mesti sentiasa mengandungi frasa keyword, tetapi ia mesti jarang mengandungi hanya satu frasa keyword.
Inilah kesilapan yang ramai orang buat, dan ia mengorbankan banyak trafik!
Google suka melihat lebih dari satu frasa keyword dalam tajuk artikel, kerana ia nampak lebih berpatutan. Antara tajuk artikel
“Best Golf Clubs” dan “How to Choose the Best Golf Clubs for You!”, yang mana satukah yang lebih bagus untuk digunakan pada artikel anda?
www.AmimNajmie.com Mukasurat 5
Tajuk kedua lebih menarik dan memikat perhatian, dan ia menerangkan kandungan artikel dengan lebih tepat. Orang juga lebih cenderung untuk klik pada tajuk artikel kedua berbanding yang pertama.
Jadi, langkah pertama dalam menghasilkan tajuk artikel ialah memilih frasa keyword yang bagus sebagai asas kepada artikel anda.
www.AmimNajmie.com Mukasurat 6
Google Keyword Planner
Gunakan link dibawah untuk akses Google Keyword Planner secara PERCUMA.
Akses : https://adwords.google.com/KeywordPlanner
Tutorial Google Keyword Planner :
https://www.youtube.com/watch?v=JkWCGrFIGAk
www.AmimNajmie.com Mukasurat 7
Google Keyword Planner adalah alat yang sangat berguna untuk pemasaran dalam dunia online, lebih-lebih lagi didalam pemasaran artikel. Untuk menghasilkan sebuah artikel yang hebat yang pasti dibaca oleh orang ramai, anda perlu tahu apakah keyword yang mempunyai carian tertinggi di internet.
Ini penting oleh kerana anda tidak akan membazirkan masa dengan menghasilkan artikel yang tiada siapa pun mahu membacanya.
Gunakan Google Keyword Planner, untuk mengetahuinya!
www.AmimNajmie.com Mukasurat 8
Didalam Google Keyword Planner, masukkan beberapa idea keyword yang anda mahu gunakan dalam artikel anda nanti.
Anda boleh memasukkan seberapa banyak keyword yang anda mahukan dalam ruangan tersebut untuk melihat berapa ramai yang mencari keyword tersebut dalam masa sebulan.
Jika keputusan yang keluar adalah zero (kosong), ini bermakna anda boleh abaikan sahaja daripada menggunakan keyword tersebut didalam artikel anda.
www.AmimNajmie.com Mukasurat 9
Saya akan sentiasa mencari keyword dengan sekurang- kurangnya 300 carian sebulan, tetapi biasanya tidak lebih dari 10,000 carian sebulan. Apabila terlalu banyak carian dalam sebulan, kebiasaannya terlalu banyak saingan pula. Ini akan membuatkan artikel anda susah mendapat tempat di enjin carian Google.
Sebaik sahaja memilih senarai keyword yang anda mahukan, mula tukarkannya kepada tajuk artikel. Mari kita lihat beberapa cara bagaimana kita boleh tukar frasa keyword
“Best Golf Clubs” kepada tajuk artikel yang hebat.
How to Choose the Best Golf Clubs for You
The Top 10 Best Golf Clubs for 2017
5 Secret Tips the Pros Use to Pick the Best Golf Clubs
Tajuk-tajuk artikel ini lebih menarik dan mempesona berbanding hanya “Best Golf Clubs” sahaja. Tajuk-tajuk ini lebih difahami, memberikan pengguna lebih banyak maklumat tentang isi kandungan artikel yang akan dibaca, dan lebih menarik perhatian mereka.
www.AmimNajmie.com Mukasurat 10
Dengan menggunakan tajuk-tajuk yang menarik ini, anda sebenarnya boleh menghasilkan lebih dari satu artikel berdasarkan frasa keyword tunggal dan meluaskannya kepada segmen pasaran yang lebih besar.
Contohnya, anda boleh tulis artikel-artikel ini untuk frasa keyword yang sama:
The Top 5 Best Golf Clubs for Women
Choosing the Best Golf Clubs for Your Husband
The Very Best Golf Clubs for Seniors
How to Pick the Best Golf Clubs for Professional Golfers
What are the Best Golf Clubs for Kids?
Anda boleh tukarkan frasa keyword yang sama kepada topik- topik artikel yang berbeza untuk menarik segmen pasaran yang berbeza. Contohnya, kaum wanita mungkin berminat untuk mengetahui jenis-jenis kelab golf yang lebih baik untuk mereka secara khususnya, dan para senior mungkin ingin tahu jenis-jenis kelab yang terbaik untuk mereka.
www.AmimNajmie.com Mukasurat 11
Panjang Artikel Yang Bagus
Artikel anda perlulah tidak terlalu pendek dan tidak pula terlalu panjang. Artikel yang disarankan mestilah melebihi daripada 300 patah perkataan. Ini sudah cukup untuk membuatkan artikel anda dipandang oleh Google. Namun tidak perlu terlalu panjang sehingga beribu patah perkataan. Memadai jika 500 patah perkataan.
Anda perlu tahu bahawa dengan menghasilkan artikel yang terlalu panjang, masa yang digunakan juga akan menjadi panjang. Oleh sebab itu anda disarankan untuk menghasilkan artikel yang pendek sahaja iaitu minimum 300 patah perkataan.
Info: Dalam pemasaran artikel, yang terbaik adalah dengan menghasilkan lebih banyak artikel. Bukan menghasilkan lebih banyak patah perkataan. Ramai yang agak keliru dengan kenyataan tersebut.
www.AmimNajmie.com Mukasurat 12
Tulis Artikel-artikel Hebat Dengan Cepat
Menulis artikel dengan cepat adalah sangat penting, kerana lebih banyak artikel yang dapat anda tulis, lebih banyak wang yang boleh anda hasilkan. Lebih cepat anda tulis, lebih banyak artikel anda boleh hasilkan.
Saya sentiasa mulakan dengan mencipta beberapa nota/tips ringkas berdasarkan tajuk artikel yang mahu ditulis.
Katakanlah saya mahu menulis artikel mengenai “5 Easy Ways to Choose the Best Golf Clubs”.
Saya akan buat senarai 5 tip segera, seperti ini:
1. Tip#1 Kenalpasti jenis bahan diperbuat.
2. Tip#2 Tentukan kadar harga.
3. Tip#3 Pilih jenama yang anda benar-benar suka.
4. Tip#4 Periksa ulasan di majalah-majalah atau online.
5. Tip#5 Tanya rakan untuk mendapatkan cadangan mereka
www.AmimNajmie.com Mukasurat 13
Kemudian saya semak semula senarai 5 tip tadi dan tambahkan isi atau butiran secara perenggan demi perenggan.
Saya tambah sedikit ayat untuk setiap tip untuk membuatkan setiap satu tip sebagai satu perenggan lengkap, dan dalam hanya 5-10 minit, saya sudah ada artikel 300 patah perkataan yang sudah disiapkan!
www.AmimNajmie.com Mukasurat 14
Menukarkan Artikel Anda Kepada Wang
Terdapat beberapa cara mudah menukar artikel anda kepada wang.
Berikut adalah 5 idea menarik untuk anda:
1. Menghasilkan artikel khas untuk produk affiliate.
Jika anda ada menyertai mana-mana program affiliate, anda boleh menghasilkan artikel yang berkaitan dengan produk tersebut.
Sebagai contoh, anda menyertai program affiliate daripada Lazada dan memilih untuk menjual produk barangan bayi.
Anda boleh menghasilkan artikel yang berkaitan dengan produk tersebut.
www.AmimNajmie.com Mukasurat 15
Contoh:
Produk: Pampers Bayi
Tajuk Artikel: 5 Cara Memilih Pampers untuk Bayi Baru Lahir.
Kemudian, diakhir artikel tersebut, anda boleh selitkan link affiliate anda ke produk tersebut.
Jika ada pembaca yang klik pada link tersebut dan membeli barangan yang anda promosikan, anda akan menjana wang daripadanya.
2. Menjadi Agen Dropship.
Ianya lebih kurang sama seperti program affiliate diatas.
Anda hasilkan artikel dan promosikan produk yang anda jual diakhir artikel tersebut.
3. Menawarkan servis menulis artikel.
Anda boleh menawarkan servis untuk menulis artikel kepada mereka yang memerlukan servis tersebut. Anda boleh menghasilkan Facebook Page atau Facebook Group khas untuk mempromosikan servis anda.
www.AmimNajmie.com Mukasurat 16
Selain daripada itu, anda juga boleh menawarkan servis penulisan artikel dilaman web ini (Platform Jual Beli Servis di Malaysia) -
https://marketplace.bantu.my/market/browse/copy writing
https://favser.com/section/writing-translation/
4. Jana wang USD
Anda boleh mendapatkan wang USD dengan menawarkan servis menulis artikel dalam Bahasa Inggeris.
Tawarkan di:
https://www.fiverr.com/categories/writing- translation
https://www.iwriter.com/
https://www.freelancer.com/jobs/copywriting/
www.AmimNajmie.com Mukasurat 17
5. Produk sendiri
Jika anda mempunyai produk sendiri, disarankan untuk anda membina blog khas untuk produk tersebut.
Melalui blog itu, anda boleh menghasilkan seberapa banyak artikel yang berkaitan dengan produk tersebut.
Jika produk yang anda jual adalah berkaitan “Produk Kesihatan”, anda boleh menghasilkan beberapa artikel seperti:
- 5 cara untuk kekal sihat dan ceria setiap hari
- 10 jenis makanan yang perlu dielakkan dalam pemakanan seharian
- 3 menu sarapan yang menyihatkan tubuh badan - Jom Kurus dengan 7 idea pemakanan simple ini
- Diet pemakanan sihat yang perlu diamalkan setiap hari
www.AmimNajmie.com Mukasurat 18
Pastikan anda meletakkan link ke halaman produk jualan di akhir artikel anda.
Lebih banyak artikel yang anda hasilkan didalam blog anda, lebih tinggi peluang untuk blog anda disenaraikan dimuka pertama enjin carian Google.
Dengan cara ini, secara tidak langsung anda telah pun membuat satu strategi marketing iaitu pemasaran artikel untuk produk anda. Ianya marketing secara percuma!
Hanya menulis artikel sahaja.
www.AmimNajmie.com Mukasurat 19
Dapatkan Lebih Trafik
Memang banyak manfaatnya apabila anda mendapatkan lebih banyak trafik ke artikel yang anda hasilkan. Terdapat cara yang mudah dan cepat untuk melakukannya.
Antara caranya adalah:
1. Post artikel ke laman web artikel direktori.
Dengan cara ini, artikel anda dapat dilihat kepada lebih ramai pelayar di internet.
Anda boleh pergi ke Google dan membuat carian “Artikel Direktori” atau “Article Directory” untuk senarai laman web direktori tersebut.
Kebiasaannya, kos untuk hantar artikel anda ke laman web direktori adalah percuma.
www.AmimNajmie.com Mukasurat 20
2. Menyertai Facebook Group
Cari Facebook Group yang berkaitan dengan industri anda. Didalam group tersebut, anda boleh kongsikan artikel yang telah anda tuliskan didalam blog anda.
AWAS ye! Pastikan anda tahu pantang larang dalam sesebuah Group. Jika anda melanggar terma dan syarat mereka, anda kemungkinan akan diban dan ditendang keluar daripada group tersebut.
Sebab itu disarankan supaya anda menghasilkan artikel yang berbentuk tips berbanding hanya menulis artikel semata-mata mempromosikan produk anda.
3. Komen di blog orang lain
Lagi banyak anda berkunjung ke blog orang lain dan meninggalkan komen di blog mereka, lagi mudah blog anda mendapat trafik. Blog anda juga lebih mudah disenaraikan dienjin carian Google oleh kerana link blog anda ada dibanyak blog di internet.
www.AmimNajmie.com Mukasurat 21
4. Menyertai Forum
Dengan menyertai forum, anda boleh berkongsi artikel yang anda tulis, ke dalam forum tersebut. Anda boleh selitkan link ke blog anda diakhir artikel tersebut.
Selain itu, di forum juga terdapat fungsi ‘Signature’
dimana anda boleh meletakkan link blog atau laman web anda. Melalui cara ini, anda juga boleh mempromosikan link blog atau laman web anda dibahagian Signature tersebut.
5. Membuat Video di Youtube
Youtube adalah laman web popular didunia. Amat rugi jika tidak mengambil peluang untuk menggunakannya dalam aktiviti pemasaran anda.
Ubahkan tips-tips dalam artikel tersebut menjadi tips dalam bentuk video. Bukan bermaksud seluruh artikel tersebut perlu dimasukkan kedalam video. Tetapi, ambil point-point penting dan jadikan ia dalam bentuk video.
www.AmimNajmie.com Mukasurat 22
Layari https://www.youtube.com/upload untuk upload video anda. Apabila anda upload di Youtube, pastikan anda memasukkan link ke artikel anda dibahagian description.
Dengan itu, mereka yang menonton video tersebut, besar kemungkinan akan klik pada link yang anda sertakan di bahagian description dan mereka akan terus dibawa ke halaman blog anda.
Lagi ramai menonton video anda, lebih ramai berkemungkinan membaca artikel dalam blog anda.
www.AmimNajmie.com Mukasurat 23 Jana RM1000.00 dengan Menulis : Klik Sini > RahsiaPenulis.com
www.AmimNajmie.com Mukasurat 24
Kesimpulan
Pemasaran artikel bukanlah sesuatu yang baru. Namun ianya adalah pemasaran yang berkesan dari dulu hingga sekarang.
Jika diabaikan, amatlah rugi kerana pemasaran artikel adalah pemasaran yang tidak akan pupus. Anda lakukan sekarang, sampai bila-bila ianya akan kekal di internet.
Namun, menghasilkan artikel perlulah kena pada caranya.
Hasilkan artikel yang dicari oleh pengguna internet. Gunakan Google Keyword Planner untuk melihat keyword-keyword yang tinggi cariannya untuk digunakan didalam artikel anda.
Semoga dengan perkongsian didalam laporan ini, dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan dengan sebaiknya.
Sekian,
AmimNajmie.com
www.AmimNajmie.com Mukasurat 25