• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAKTAB TENTERA DIRAJA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MAKTAB TENTERA DIRAJA"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1

MAKTAB TENTERA DIRAJA

KERTAS 3 SEJARAH (1249/3)

TEMA: 12 (BAB 9 TING. 5)

TAJUK UMUM: MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA

Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan

bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.

DISEDIAKAN OLEH: CIKGU MAHENDAN A/L THOLASY

(2)

2

FORMAT PERINCIAN MARKAH

PENGENALAN Memahami

1. Apakah yang anda faham dengan pertubuhan serantau? @

1. Jelaskan latar belakang Malaysia dalam pertubuhan serantau.

5 markah

ISI DAN HURAIAN

Memahami

2.Jelaskan latar belakang kepada penubuhan pertubuhan berikut:

(i) ASA [ 10 markah ]

(ii) MAPHILINDO [ 10 markah ]

(iii) ASEAN [ 10 markah ]

30 markah

Menganalis

3. Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN. 25 markah

Mengaplikasi

Opsyen 1

4. Apakah usaha yang diambil oleh Malaysia bagi merealisasikan konsep ZOPFAN dalam ASEAN?

Opsyen 2

4. Penubuhan ASEAN ada hubungan dengan kestabilan politik dan keamanan di rantau Asia Tenggara.

Apakah manfaat kestabilan politik dan keamanan serantau kepada negara kita?

@

Bagaimanakah konsep ZOPFAN dapat memberi manfaat kepada negara kita?

Opsyen 3

4. Agenda utama ASEAN adalah ke arah mewujudkan integrasi ekonomi. Bagaimanakah keanggotaan Malaysia dalam ASEAN dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara kita?

Opsyen 4

4. Bagaimanakah semangat setia kawan dalam kalangan negara ASEAN dapat diamalkan?

Opsyen 5

4. Mengapakah Malaysia perlu menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara jiran?

(Jawapan rujuk Opsyen 2)

(3)

3 Menilai

5. Terangkan kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita setelah

menyertai ASEAN. [10 markah ]

Mencipta / Menjana idea

6. Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh Malaysia untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara serantau.

(i) Dengan menggunakan pengetahuan sejarah anda, Jelaskan cabaran-cabaran tersebut. [ 5 markah ] (ii) Cadangkan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut.

[ 5 markah ]

[10 markah ]

Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotism

Opsyen 1

7. Nyatakan nilai-nilai yang perlu dimiliki oleh pemimpin negara-negara ASEAN bagi mengukuhkan lagi hubungan baik antara negara serantau.

Opsyen 2

7. Apakah iktibar penubuhan ASEAN kepada kegemilangan dan kecemerlangan negara kita.

Opsyen 3

7. Apakah unsur patriotisme yang diperoleh melalui keanggotaan negara kita dalam pertubuhan serantau?

[ 5 markah ]

KESIMPULAN Merumus

Buat satu rumusan berkaitan dengan tajuk ini dari aspek: • Pengetahuan yang diperoleh

• Iktibar kepada diri,bangsa dan negara

• Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang

(4)

4

PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 3

Soalan 1:

Apakah yang anda faham dengan pertubuhan serantau? [5m] ATAU

Jelaskan latar belakang Malaysia dalam pertubuhan serantau. [5m] Jawapan:

Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran. Pembentukan Pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial.

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertainya, iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967 Negara serantau terhasil atas dasar luar kita yang berbaik-baik dengan negara jiran. Usaha-usaha tersubut ditubuhkan atas inisiatif Tunku Abdul Rahman.

Soalan 2:

Jelaskan latar belakang kepada penubuhan pertubuhan berikut: (i) ASA [10m]

Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita dan juga negara-negara serantau diancam hebat oleh pengaruh komunis. Di Malaysia, PKM menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat. PKM telah diharamkan oleh kerajaan menyebabkan ahli PKM melancarkan gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan.

Ancaman komunis hebat terutamanya di Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. PKM telah menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai pangkalan gerakan gerila supaya usaha kedua-dua negara menghapuskan gerakan komunis dilemahkan. Filipina juga turut diancam oleh komunis.

Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran untuk membendung pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan ASA. Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi negara-negara anggota daripada ancaman komunis dan menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.

ASA ditubuhkan pada 31 Julai 1961 apabila satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan Thailand dan Filipina. Matlamat ASA adalah menjalinkan kerjasama dalam kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Selain itu, ASA memberi dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi dalam kalangan negara anggota. ASA mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara serantau.

(5)

5

Matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana keadaan kerjasama yang erat. ASA dianggap sebagai pertubuhan anti-pemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain sementara Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat.

Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963.

(ii) MAPHILINDO [10m]

MAPHILINDO merupakan cantuman Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tujuannya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.

Pertelingkahan yang timbul adalah disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme. Filipina menentang kerana menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.

Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Hasilnya, tertubuhnya MAPHILINDO. MAPHILINDO mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapat pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. Wakil PBB, Lawrence V. Michaelmore telah meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Hasilnya, majoriti rakyat bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia.

Namun, Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dengan hasil siasatan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia. Persengketaan yang berterusan menyebabkan MAPHILINDO tidak berperanan lagi.

(iii) ASEAN [10m]

Hasrat Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran tetap diteruskan walaupun ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama. Usaha ini berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Antara matlamat penubuhan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial, dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan pendidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Keanggotaan ASEAN terdiri daripada 5 buah Negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah keanggotaan bertambah menjadi 10 apabila kesemua Negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara-negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Laos, Brunei dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan di dalam Zon Asia Tenggara.

(6)

6 Soalan 3:

Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN. [25m] Jawapan:

Dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada 1971, semua menteri-menteri luar anggota negara ASEAN telah menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).

Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tengggara, tidak bersekongkol dengan Blok Barat atau Blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar.

ASEAN telah berusaha mengatasi masalah Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dengan mengadakan mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran. Vietnam telah bersetuju dalam mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.

Dalam mesyuarat pada tahun 1984, menteri-menteri luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.

Negara-negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu serta di Acheh. Melalui kerjasama, ASEAN telah mengumumkan ASEAN Free Trade Area (AFTA) dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992.Tujuan adalah untuk menghapuskan sekatan dagangan, menggalakkan kerjasama ekonomi dalam kalangan Negara ASEAN dan mewujudkan pasaran yang luas. Selain itu, AFTA juga meningkatkan barangan keluaran Negara-negara ASEAN dan mengembangkan industri terbabit.

ASEAN telah mengadakan kerjasama dengan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini dikemukakan oleh Dato Seri Dr Mahathir Mohamad dalam Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC), tetapi idea ini ditentang oleh Amerika Syarikat. ASEAN terus mengadakan kerjasama secara tidak rasmi melalui konsep ASEAN+3. Konsep ini merujuk pada kerjasama antara Negara ASEAN dengan Negara-negara Timur seperti Jepun, China dan Korea Selatan. Menteri-Menteri Luar negara-negara tersebut dijemput menghadiri siri perbincangan.

Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan penubuhan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Contohnya pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.

ASEAN juga mengadakan budaya dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.Selain itu,pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan SUKAN SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara Negara melalui semangat kesukanan. ASEAN juga mengadakan kerjasama pelancongan seperti Kempen Tahun Melawat ASEAN 1992.

(7)

7 Soalan 4:

Opsyen 1: Apakah usaha yang diambil oleh Malaysia bagi merealisasikan konsep ZOPFAN dalam ASEAN? [10m]

Jawapan:

F1 Tidak membenarkan pembukaan pangkalan tentera asing F2 Tidak bersekongkol mana-mana blok

F3 Mengamalkan dasar berkecuali F4 Mengelak campur tangan kuasa besar F5 Menyertai NAM

F6 Tidak menerima bantuan ketenteraan kuasa besar

F7 Menghalang kapal membawa senjata nuklear di Selat Melaka F8 Menyuarakan bantahan di forum antarabangsa

F9 Bertegas dalam menangani keganasan serantau F10 Menyelesaikan sebarang konflik melalui rundingan

Opsyen 2: Penubuhan ASEAN ada hubungan dengan kestabilan politik dan keamanan di rantau Asia Tenggara.

Apakah manfaat kestabilan politik dan keamanan serantau kepada negara kita? [10m] ATAU

Bagaimanakah konsep ZOPFAN dapat memberi manfaat kepada negara kita? [10m] Jawapan:

Politik

F1 Negara aman dan politik yang stabil

F2 Masalah politik dapat diselesaikan melalui rundingan F3 Pelaburan kita di luar juga meningkat

F4 Filipina membantu dalam pencerobohan Lahad Datu

F5 Kerjasama Malaysia – Indonesia dalam menghadapi ancaman pengganas F6 Tiada konflik besar antara negara-negara jiran

F7 Mengekalkan hubungan diplomatik

F8 Mengekalkan kerjasama dari aspek keselamatan dalam mengawal perairan Ekonomi

F1 Ekonomi negara meningkat / perdagangan dua hala antara negara jiran F2 Dapat menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomi

F3 Taraf hidup rakyat meningkat

F4 Bekalan tenaga buruh dari negara serantau / tenaga kerja mahir dan pakar F5 Pasaran dalam negara meningkat

F6 Pasaran luar meningkat / dapat meningkatkan eksport ke negara ASEAN F7 Pelaburan luar ke negara kita banyak / memajukan sektor perindustrian F8 Dapat meningkatkan produktiviti negara

F9 Dapat mengurangkan perbelanjaan untuk ketenteraan F10 Dapat menarik lebih banyak pelancong

Sosial

F1 Dapat wujudkan keharmonian rakyat F2 Pergerakan mudah antara rakyat ASEAN F3 Integrasi sosial antara rakyat ASEAN

F4 Pergerakan mudah oleh pelancong antara negara ASEAN

(8)

8

Opsyen 3: Agenda utama ASEAN adalah kearah mewujudkan integrasi ekonomi.

Bagaimanakah keanggotaan Malaysia dalam ASEAN dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara kita? [10m]

Jawapan:

F1 Ekonomi negara meningkat

F2 Dapat menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomi negara F3 Taraf hidup rakyat meningkat

F4 Bekalan tenaga buruh dari negara serantau yang murah dan mudah F5 Pasaran dalam negara akan meningkat

F6 Pasaran luar negara meningkat / dapat meningkatkan eksport ke negara ASEAN F7 Pelaburan asing langsung (FDI) yang sihat dan banyak

F8 Pelaburan kita di luar juga meningkat seperti melabur di negara Myanmar F9 Dapat meningkatkan produktiviti negara

F10 Dapat mengurangkan perbelanjaan untuk ketenteraan

F11 Dapat menarik lebih banyak pelancong / pelancong membelanjakan wang mereka di negara kita

F12 Pertukaran kepakaran dalam bidang perindustrian

F13 Malaysia dijadikan pintu masuk dan hub kepada pelbagai aktiviti ekonomi F14 Kemajuan projek perindustrian / baja urea di Bintulu Sarawak

F15 Kerjasama ekonomi ASEAN + 3 / iaitu dengan Jepun, China dan Korea F16 Kerjasama antara ASEAN dengan India

F17 Malaysia menjadi pintu masuk untuk pasaran produk dan perkhidmatan dari negara luar ke negara ASEAN

F18 Pemindahan teknologi melalui pelaburan seperti negara Singapura F19 Kesan perantaraan ketika pergerakan ke negara-negara lain di ASEAN

F20 Dapat menjamin bekalan sumber makanan seperti beras dari Thailand/Vietnam

Opsyen 4: Bagaimanakah semangat setia kawan dalam kalangan negara ASEAN dapat diamalkan? [10m]

Jawapan:

F1 Wujud kerjasama dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.

F2 Kerjasama dalam bidang pendidikan (SEAMEO)/ kebudayaan/ sukan/ radio/ televisyen/ anugerah F3 Kukuhkan hubungan dua hala

F4 Melalui pertukaran pelajar, teknologi, pekerja berkemahiran dan kebudayaan. F5 Memupuk sikap saling hormat menghormati

F6 Tidak campuri urusan dalaman Negara terbabit. F7 Sikap tolong menolong dan bersatu padu.

F8 Hulurkan bantuan untuk meringankan beban. (bencana) F9 Pertukaran maklumat.

F10 Sikap saling faham memahami, prihatin dan sentiasa mengambil berat. F11 Menanamkan sikap mementingkan perdamaian.

F12 Menamat konflik secara aman melalui rundingan damai. F13 Penganjuran sukan secara bergilir-gilir di antara Negara ASEAN. F14 Cara diplomasi dan bersikap terbuka.

F15 Pemimpin-pemimpin negara kerap mengadakan lawatan ke negara ASEAN yang lain F16 Mengukuhkan berhubungan dua hala.

(9)

9 Soalan 5:

Terangkan kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita setelah menyertai ASEAN. [10m] Jawapan:

Politik

F1 Wujud keamanan dalam negara

F2 Wujudkan Politik yang stabil dalam negara

F3 Tiada peperangan dan pertelingkahan dengan negara lain F4 Berjaya menangani isu jerebu

F5 Menyelesaikan masalah pertindihan sempadan F6 Dapat membendung jenayah sempadan

F7 Dapat berjaya membendung kemasukan pengganas F8 Berjaya menjaga keselamatan perairan Selat Melaka

F9 Malaysia menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pertelingkahan antara kumpulan militan di Filipina Selatan dengan kerajaan Filipina

F10 Malaysia membantu Thailand untuk menghadapi pergolakan politik di selatan Thailand. Ekonomi

F1 Ekonomi negara meningkat

F2 Dapat menjamin kesinambungan pertumbuhan ekonomi negara F3 Taraf hidup rakyat meningkat

F4 Bekalan tenaga buruh dari negara serantau yang murah dan mudah F5 Pasaran dalam negara akan meningkat

F6 Pasaran luar negara meningkat / dapat meningkatkan eksport ke negara ASEAN F7 Pelaburan asing langsung (FDI) yang sihat dan banyak

F8 Pelaburan kita di luar juga meningkat seperti melabur di negara Myanmar F9 Dapat meningkatkan produktiviti negara

F10 Dapat mengurangkan perbelanjaan untuk ketenteraan

F11 Dapat menarik lebih banyak pelancong untuk membelanjakan wang di negara kita F12 Pertukaran kepakaran dalam bidang perindustrian / pertanian

F13 Malaysia dijadikan pintu masuk dan hub kepada pelbagai aktiviti ekonomi F14 Kemajuan projek perindustrian / baja urea di Bintulu Sarawak

F15 Kerjasama ekonomi ASEAN + 3 / iaitu dengan Jepun, China dan Korea F16 Kerjasama antara ASEAN dengan India

F17 Malaysia menjadi pintu masuk untuk pasaran produk dan perkhidmatan dari negara luar ke negara ASEAN

F18 Pemindahan teknologi melalui pelaburan seperti negara Singapura F19 Kesan perantaraan ketika pergerakan ke negara-negara lain di ASEAN

F20 Dapat menjamin bekalan sumber makanan seperti beras dari Thailand/vietanam Sosial

F1 Pertukaran kebudayaan antara negara-negara ASEAN

F2 Penubuhan RECSAM di Pulau Pinang / penubuhan pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN F3 Pertukaran pendidikan / pelajar antara negara-negara ASEAN

F4 Malaysia menjadi tuan rumah menganjurkan sukan SEA F5 Tahun Melawat ASEAN dapat menarik ramai pelancong F6 Berjaya menganjurkan Festival Filem ASEAN

F7 Pertukaran rancangan TV dan Radio antara negara ASEAN F8 Malaysia menjadi pusat rawatan kesihatan

F9 Malaysia menjadi hub pendidikan kepada pelajar ASEAN F10 Malaysia meningkatkan laluan udara antara negara ASEAN

(10)

10 Soalan 6:

Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh Malaysia untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara serantau.

(i) Dengan menggunakan pengetahuan sejarah anda, jelaskan cabaran-cabaran tersebut. [5m]

(ii) Cadangkan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut. [5m]

Jawapan: (i)

F1 Masalah sempadan seperti isu tuntutan pemilikan Pulau Batu Putih oleh Singapura F2 Tuntutan pemilikan Pulau Sipadan dan Ligitan oleh Indonesia

F3 Isu Pattani, tuduhan Thailand Malaysia beri bantuan kepada gerakan pemisah Pattani F4 Aktiviti lanun di sempadan perairan Sabah dan Filipina

F5 Masalah pendatang tanpa izin (PATI)

F6 Isu pembantu rumah Malaysia – Indonesia, Malaysia – Kampuchea F7 Tuntutan Kepulauan Spratly antara negara ASEAN dan China

F8 Jenayah melintasi sempadan / pengedaran bekalan senjata dari Thailand F9 Malaysia dijadikan transit pengedaran dadah dalam kalangan negara ASEAN

F10 Penjenayah menjadikan negara serantau sebagai tempat bersembunyi / OPS CANTAS F11 Pencerobohan ruang udara seperti latihan tentera udara Singapura

F12 Pencerobohan Zon Ekseklusif / Pencerobohan nelayan F13 Industri pelacuran di Thailand

F14 Perkhawinan pasangan Islam di Selatan Thailand

F15 Pemerintahan tentera di Myanmar yang bertentangan dengan amalan demokrasi F16 Penyeludupan minyak diesel drai Thailand

F17 Isu Pelarian Rohingya di Myanmar

F18 Pemerdagangan manusia (Human Trafficking) F19 Isu jerebu yang tiada penyelesaian

F20 Konflik politik antara Timur Leste dengan Indonesia Jawapan: (ii)

F1 Menteri-menteri luar mengadakan perundingan, forum pertemuan dan perbincangan / Forum Serantau ASEAN (ARF)

F2 Setiap negara anggota ASEAN perlu menghayati falsafah, nilai dan etika sebenar ketika ASEAN dibentuk pada tahun 1967.

F3 Memupuk kesepakatan melalui tema kesatuan dalam kepelbagaian (Unity in Diversity) ketika sambutan ulang tahun ASEAN ke-44.

F4 Perlu mengutamakan kepentingan serantau daripada kepentingan nasional F5 Menyelesaikan isu pendidikan melalui penubuhan SEAMEO

F6 Bantuan kewangan / biasiswa

F7 Mengetatkan kawalan keselamatan sempadan

F8 Memberikan bantuan kemanusiaan ketika bencana alam F9 Tidak mencampuri masalah politik dalam negara lain F10 Mengadakan penjanjian persefahaman (MOU)

F11 Berunding dengan negara lain kemasukan pekerja secara sah F12 Melihat setiap masalah demi kepentingan bersama

(11)

11

F14 Mewujudkan Sistem pengawalan jerebu / ditubuhkan ASEAN Experts Group on the Environment (AEE) / disediakan ASEP

F15 Penubuhan AFTA untuk meningkatkan urusan perdagangan

F16 Sebarang masalah sempadan perlu diselesaikan melalui Mahkamah Dunia. F17 menghantar perutusan untuk menjelaskan keadaan sebenar

F18 mengadakan sesi dialog untuk menangani sebarang masalah yang timbul F19 meningkatkan penguatkuasaan tentera laut untuk mengatasi masalah lanun F20 Peningkatkan kerjasama pihak polis antarabangsa (Interpol)

F21 mewujudkan Preventive Diplomacy bagi membina keyakinan negara anggota F22 Penubuhan CEPT untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara anggota Soalan 7:

Opsyen 1: Nyatakan nilai-nilai yang perlu dimiliki oleh pemimpin negara-negara ASEAN bagi mengukuhkan lagi hubungan baik antara negara serantau. [5m]

Jawapan:

F1 Menitik beratkan sikap bertolak ansur

F2 memiliki sifat hormat menghormati antara pemimpin / menghormati budaya negara lain F3 Pemimpin berpandangan jauh

F4 Pemimpin berfikiran terbuka apabila menerima teguran F5 Ada keadilan semasa menangani sesuatu isu

F6 Pemimpin yang berwawasan F7 Pemimpin yang berdaya saing F8 Mencintakan keamanan

F9 Mementingkan kepentingan serantau daripada kepentingan nasional F10 Pemimpin yang berdiplomasi dan prihatin

F11 Menghormati hak asasi manusia F12 Sedia menerima perubahan F13 Tabah menghadapi cabaran F14 Berusaha meningkatkan kualiti diri F15 Mementingkan ilmu pengetahuan

F16 Sentiasa berhati-hati dalam menangani masalah F17 Gigih berusaha

F18 Berintegriti dan amanah

F19 Berpegang teguh pada nilai sejagat

F20 Bersedia berkorban untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian

Opsyen 2: Apakah iktibar penubuhan ASEAN kepada kegemilangan dan kecemerlangan negara kita? [5m]

Jawapan:

F1 Perlu mewujudkan keamanan negara / mengelakkan peperangan antara negara serantau F2 Sentiasa mewujudkan kesepakatan

F3 Sebarang masalah perlu diselesaikan melalui rundingan / bersikap positif dalam rundingan F4 Kerjasama dalam ekonomi akan meningkatkan taraf hidup rakyat

F5 Mengalakkan semangat tolak ansur dalam menangani masalah F6 Kepentingan serantau lebih penting daripada kepentingan nasional F7 Menghormati dan menerima kepelbagaian

F8 Sebarang perbezaan jangan diakhiri dengan konflik F9 Pemuafakatan akan membawa keberkatan

(12)

12

F11 Menyumbang idea dan kemahiran untuk memajukan negara F12 mementingkan semangat kejiranan

F13 Bekerjasama antara satu sama lain F14 Bangga sebagai rakyat Malaysia

F15 Mempunyai semangat kekitaan yang tinggi

Opsyen 3: Apakah unsur patriotisme yang diperoleh melalui pertubuhan serantau? [5m] Jawapan:

F1 Memelihara perpaduan F2 Mengekalkan keamanan F3 Menghargai pemimpin

F4 Taat setia pada negara dan bangsa F5 Cinta akan negara

F6 Sedia berkorban untuk mempertahankan negara dan bangsa

F7 Bangga sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam negara aman dan makmur F8 Mementingkan kepentingan nasional melebihi kepentingan diri

F9 Menyokong dan melibatkan diri dalam pembangunan negara F10 Menghormati kedaulatan negara lain

F11 Berfikiran positif apabila dikritik oleh negara lain F12 Bertoleransi apabila berlaku percanggahan pendapat Soalan 8:

Buat satu rumusan berkaitan dengan tajuk ini dari aspek: Pengetahuan yang diperoleh

Iktibar kepada diri,bangsa dan negara

Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang [5m] Jawapan:

Pengetahuan yang saya peroleh daripada hubungan Malaysia dengan negara serantau ialah, Malaysia telah menjalinkan kerjasama serantau melalui ASA, MAPHILINDO, dan ASEAN. Saya dapat mengetahui proses penubuhan, matlamat dan kepentingan pertubuhan tersebut serta faedah dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN. Saya juga dapat menilai pentingnya mewujudkan jalinan kerjasama antara negara-negara anggota ASEAN.

Saya mengambil iktibar bahawa kita mestilah mempunyai sikap tolak ansur, tolong menolong dan saling menghargai supaya dapat menghadapi krisis dan cabaran pada setiap masa. Kita juga mesti menghormati dan mematuhi peraturan dan undang- undang negara lain untuk mengelakkan sebarang masalah. Selain itu, mana-mana pihak perlu mengelakkan menimbulkan isu- isu yang sensitif untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan negara serantau. Rundingan dan diplomasi dapat mengekalkan kestabilan hubungan antara negara serta dapat mengelakkan konflik yang berpanjangan.

Harapan saya agar bangsa Malaysia sentiasa bekerjasama, mengamalkan perpaduan dengan negara lain, mengekalkan hubungan baik dan kerjasama dengan negara jiran, mengambil langkah-langkah yang pragmatik agar dapat terus bersaing dalam dunia kini, dan menjadi negara maju menjelang 2020 sekaligus dapat meralisasikan Wawasan 2020. Malaysia akan terus aktif dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dan memperoleh manfaat daripada pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Referensi

Dokumen terkait

Pernyataan berikut berkaitan dengan kepercayaan masyarakat Tamadun Hwang Ho.. Orang Cina mempercayai kaitan kehidupan mereka dengan

Jadual berikut menunjukkan tokoh yang terlibat dalam perluasan kuasa negara dalam peningkatan manusia. Tamadun Tokoh

Maklumat di bawah menunjukkan candi yang terdapat pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara. Ilustrasi di bawah menunjukkan keratan rentas candi Borobudur di Jawa

Jadual berikut menunjukkan khalifah terkenal Kerajaan Bani Abbasiyah.. Rajah berikut menunjukkan faktor-faktor kejatuhan kerajaan

Pernyataan di bawah berkaitan dengan kepercayaan masyarakat Tamadun Hwang Ho?. Orang Cina mempercayai kaitan kehidupan mereka dengan

Maklumat berikut menunjukkan candi yang terdapat pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara.. •

Rajah berikut menunjukkan hierarki masyarakat feudal di Eropah pada Zaman Gelap. (a) Apakah maksud

Rajah berikut berkaitan dengan jawatan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.. Jadual berikut menunjukkan sistem percukaian