• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teori teori asas perilaku manusia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Teori teori asas perilaku manusia"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Soalan:

Sikap terhasil daripada proses pembelajaran dan pengalaman. Dengan menggunakan Model ABC, bias sosial dan pelaziman operan, terangkan bagaimana sikap dibentuk. Sila beri contoh yang sesuai di dalam penerangan anda.

i. Pelaziman Operan

Menurut (Khalim Zainal,2008) pembentukan personaliti individu adalah kesan daripada pembelajaran melalui pelbagai pengalaman yang dilalui.Tambah beliau lagi,pendekatan tingkah laku merujuk situasi begini yang membentuk tingkah laku manusia sebagai pelaziman (conditioning). Pelaziman Operan ialah pembelajaran berdasarkan akibat dan kesan yang diterima. Teori ini telah diperkenalkan oleh B.F Skinner melalui eksperimen beliau yang dinamakan sebagai “Kotak Skinner”. Dalam eksperimen ini seekor tikus lapar telah diletakkan dalam sebuah kotak yang dilengkapi dengan butang pada dindingnya.Butang itu akan mengeluarkan makanan sekiranya ia ditekan.Tikus yang lapar itu tadi kemudiannya mundar mandir dalam kotak tersebut dan apabila tikus itu tersentuh butang makanan yang terdapat dalam dinding itu tadi, makanan akan keluar. Proses itu kemudiannya diulang untuk beberapa kali sehingga tikus itu akan menekan butang makanan untuk mendapatkan makanan ketika ia lapar.Pada satu peringkat, Skinner telah memutuskan bekalan makanan yang ada pada butang itu dan kesannya, tikus itu tidak lagi menekan butang itu untuk mendapatkan makanan. Daripada eksperimen yang dijalankan, Skinner menjelaskan bahawa tingkah laku hidupan mampu dibentuk melalui pembelajaran berdasarkan akibat yang diterima.

(2)

berkait rapat dengan prinsip peneguhan dan prinsip ini pada asasnya terbahagi kepada dua bentuk iaitu peneguhan positif dan negatif. Peneguhan ialah kesan yang berlaku ke atas suatu tingkah laku dan ia akan meningkatkan kebarangkalian pengulangan tingkah laku pada masa hadapan.Peneguhan positif pula ialah ganjaran baik yang diterima terhadap tingkah laku yang diekspresikan.Situasi ibu mengajar anaknya menjadi pembersih ialah contoh terbaik bagi peneguhan positif. Untuk peneguhan negative pula, ia berkaitan dengan mengimplementasikan suatu yang berbentuk negative untuk menghasilkan satu tingkah laku yang positif pada masa hadapan. Sebagai contoh, seorang ibu memarahi anaknya kerana pulang lewat petang ketika keluar bermain dan anaknya tidak mengulangi perkara yang sama pada masa hadapan. Perbuatan memarahi anak itu adalah pengimplementasian negative manakala anak tersebut tidak pulang lewat ialah tingkah laku positif yang dikehendaki.

Proses membentuk sikap juga berkait rapat dengan hukuman dan hukuman merupakan suatu yang berbeza dengan peneguhan negative. Hukuman secara konseptualnya bermaksud kesan yang berlaku terhadap suatu perilaku dan ia akan menyebabkan tingkah laku yang sama tidak lagi berulang pada masa hadapan. Hukuman ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu hukuman positif dan juga hukuman negative. Hukuman positif merujuk kepada pengimplementasian suatu rangsangan yang tidak menyenangkan terhadap suatu tingkah laku dan rangsangan itu mengakibatkan tingkah laku itu tidak berulang kembali. Sebagai contoh, mengenakan hukuman penjara kepada perompak bank. Untuk hukuman negative pula, ia merujuk kepada penghapusan ataupun menghilangkan tingkah laku yang tidak baik.Sebagai contoh, seorang anak telah dikurangkan wang sakunya kerana mengalami kemerosotan yang drastic dalam peperiksaan yang didudukinya.

(3)

ii. Model ABC

Pembentukan sikap manusia banyak dikaitkan dengan pengalaman peribadi dan juga pembelajaran melalui persekitaran. Kita mempelajar aspek sikap ini melalui pengalaman secara terus dan juga sebahagian lagi kita perolehinya melalui orang yang berada di sekeliling kita(Olson dan Zanna,1993). Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang pernah berpengalaman digigit oleh anjing ketika kecil akan mempunyai sikap yang negative terhadap anjing disepanjang hidupnya dan ini merujuk kepada sikap dipengaruhi oleh pengalaman peribadi. Dalam aspek hubungan sikap dengan persekitaran atau orang sekeliling pula, contoh yang sesuai ialah melalui situasi seorang remaja yang berkelakuan anti sosial berkemungkinan terpengaruh oleh tingkah laku rakan-rakan atau ibu bapanya ketika ia sedang berada di rumah.

Plotnik(1996) menyatakan bahawa sikap ialah segala kepercayaan ataupun pandangan yang mengandungi penilaian positif dan negative mengenai suatu sasara, dan ia akan mempengaruhi tingkah laku kita ke arah sasaran berkenaan.Sasaran ini boleh wujud dalam bentuk objek,individu ataupun suatu perkara.Menurut pendapat James dan Roland(1992) pula, attitude ataupun sikap ini merujuk kepada kekonsistenan corak pemikiran individu atau tindak balas terhadap beberapa aspek dalam kehidupan yang melibatkan persekitaran atau kehidupan sendiri. Sikap ini mempunyai tujuan dan juga fungsi yang tersendiri.Dalam satu kenyataan lain,Lahey(2007) menyatakan bahawa

attitude(sikap) merupakan suatu kepercayaan yang akan mempengaruhi bagaimana untuk kita bertindak dan bagaimana perasaan kita terhadap suatu perkara.Plotnik(1996) menyatakan fungsi sikap adalah untuk predispose(mempe ngaruhi). Hal ini bermaksud ia mampu mempengaruhi individu untuk berkelakuan dalam bentuk tertentu. Seterusnya, sikap juga berfungsi sebagai interepreting function yang mampu membekalkan panduan yang selesa untuk menginterpretasikan dan mengkategorikan suatu perkara serta memutuskan sama ada untuk menyukai atau sebaliknya terhadap suatu perkara itu.Akhir sekali, sikap bertujuan untuk evaluate(evaluasi). Hal ini bermaksud ia akan membantu individu untuk membangunkan kepercayaan dan nilai yang berkaitan terhadap perkara.

(4)

ataupun tindak balas terhadap sasaran atau objek dan cognitive pula merujuk kepada kepercayaan.(Eagly et al.,1994).Man(1972) pula menyatakan kompenen affective merujuk kepada perasaan individu terhadap suatu perkara itu. Misalnya, terdapat dua individu yang tidak menyukai orang yang sombong, namun perasaan mereka amat berbeza sama sekali.Hal ini kerana individu A merasakan orang sombong wajar untuk dibenci manakala individu B mengatakan bahawa ia tidak begitu selesa dengan orang sombong. Aspek emosi dalam sikap ini merupakan komponen paling asas dan ia mudah terdedah kepada perubahan. Seterusnya, Man(1972) menyatakan lagi bahawa kompenen behavioural ini merujuk kepada kecenderungan untuk bertingkah laku atau bertindak balas terhadap objek atau sasaran dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, tindakan memulaukan individu yang bersikap sombong tadi merupakan manifestasi kepada komponen behavioural. Komponen terakhir dalam sikap ialah berkaitan dengan cognitive, ia berkaitan dengan persepsi individu,kepercayaan ataupun idea berkenaan dengan suatu perkara itu. Misalnya,individu tadi akan hilang kepercayaan atau mula membenci individu yang bersikap sombong dalam hidupnya.

Sebagai kesimpulannya, ketiga-tiga komponen dalam attitude(sikap) itu tadi saling berhubung antara satu sama lain iaitu dengan menggabungkan komponen affective yang berhubung dengan perasaan dan diterjemahkan ke dalam bentuk behavioural(tingkah laku) dan akhir sekali disudahi dengan kesan daripada komponen cognitive yang akan menyebabkan seseorang itu meluahkan perasaan benci ataupun suka terhadapa sesuatu perkara itu. Dari situ, akan wujud sikap manusia yang pelbagai terhadap suatu perkara yang timbul di sekeliling mereka dan sikap yang wujud ini juga dipengaruhi oleh pengalaman peribadi da juga faktor-faktor persekitaran seperti keluarga dan rakan.

iii. Bias Social

(5)

sekeliling. Bentuk attribusi pertama ialah attribusi dalam yang merujuk kepada penjelasan berkenaan dengan suatu tingkah laku berdasarkan faktor dalaman. Sebagai contoh, kita menyatakan bahawa individu yang gemar menderma merupakan seorang individu yang pemurah hati. Alasan pemurah hari itu menunjukkan bahawa kita sedang mengambil kira faktor dalaman dalam proses membuat atttibusi. Attribusi luaran pula menjelaskan tingkah laku yang berlaku berdasarkan tingkah laku luaran. Sebagai contohnya, orang yang menderma dikatakan sebagai ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Justifikasi menunjuk itu merupakan manifestasi kepada attribusi luaran yang digunakan.

Kekerapan individu membuat attribusi terhadap tingkah laku orang lain menyebabkan wujudnya konsep bias. Dalam kehidupan seharian, ia dikenali sebagai bias sosial. Bias sosial merujuk kepada jangkaan awal berkenaan terhadap tingkah laku individu,kumpulan atau satu kelompok berkenaan dengan suatu perkara. Bias sosial ini mempunyai pelbagai bentuk dan jenis. Antara bentuk-bentuk bias yang biasa ditemui ialah

fundamental attribution bias. Bias ini merujuk kepada kecenderungan untuk menilai tingkah laku seseorang melalui citi persekitaran bukannya faktor dalaman. Sebagai contoh, kita mudah untuk menyimpulkan bahawa orang kerap lewat datang ke tempat kerja itu merupakan orang yang malas. Sedangkan realitinya, mereka lewat kerana bas yang digunakan tidak menepati jadual perjalanan. Selain itu, terdapat juga konsep self-serving bias yang akan menjadikan individu itu lebih cenderung untuk mengatakan bahawa kejayaan peribadi berhubung kait dengan faktor peribadi dan sekiranya gagal ia melibatkan faktor luaran. Contohnya, apabila pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, pelajar akan mengatakan bahawa kejayaan itu merupakan hasil usahanya, manakala sekiranya dia gagal, ia disebabkan oleh pensyarah yang gagal mengajar dengan baik. Seterusnya, halo effect, bias dalam bentuk ini merupakan kecenderungan untuk membuat tanggapan awal berkaitan dengan individu yang berkelakuan positif pastinya mempunyai personality positif.Hal ini mendorong kepada masalah salah tanggapan dalam kehidupan seharian kerana apa yang diperhatikan tidak semestinya sama dengan realiti ataupun dalaman.

(6)

bias yang menyebabkan individu merasa selesa dan tenang dalam kehidupan tanpa memikirkan aspek penting lain dalam kehidupan. Individu seperti ini secara umumnya akan sedaya upaya untuk kekal dalam status quo mereka.Contohnya, individu tersebut telah bekerja dalam sector kerajaan dan mula merasakan dirinya selesa lalu individu itu akan terus kekal dalam gaya kehidupan sebegitu tanpa cuba bergerak jauh lagi kehadapan. Orang yang terlalu banyak mengadaptasi comfort zone bias pada kebiasaannya akan gagal untuk mempelajari suatu perkara yang baru dalam hidupnya kerana mereka lebih suka melakukan benda yang sama dalam kehidupannya. Bias bentuk ini juga menyebabkan mereka lebih gemar memilih jalan mudah jika diberikan pilihan kerana mereka tidak berani untuk mencuba suatu yang dirasakan sukar atau yang baru.

Selain itu, individu yang lebih kepada motivation biases iaitu kecenderungan merasakan diri mereka adalah yang terbaik berbanding orang lain akan mengalami ketidakkonsistenan dalam bertingkah laku. Mereka lebih cenderung untuk mengubah tingkah laku mereka apabila berhadapan dengan orang lain untuk mendapatkan pujian atau sesuatu yang positif. Individu yang terbiasa dengan motivation biases ini juga boleh dikatakan sebagai orang yang lidah bercabang kerana mereka akan menjawab soalan yang sama dengan jawapan yang berbeza. Mereka juga akan lebih bergantung kepada satu-satu sumber maklumat sahaja dalam proses menerangakan sesuatu kerana mereka terlalu yakin bahawa sumber maklumat yang diperolehi itu adalah yang terbaik. Hal ini menjadikan mereka seorang yang tidak mudah untuk menerima pendapat orang lain.

(7)

Rujukan:

KHALIM ZAINAL. (2008). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti. Jurnal Pengajian Umum, 9, 44-55. S.Feldman, Robert. (2011). Understanding Psychology. New York: McGraw-Hill.

Referensi

Dokumen terkait

Pada penelitian ini didapatkan perbedaan yang jelas antara penyembuhan luka yang diberi daun binahong dan yang tidak diberi daun binahong yaitupembentukan jaringan

Hasil penelitian adalah dalam tradisi merti dusun di Dusun Karang Padang terdapat nilai-nilai pendidikan yang dapat ditanamkan kepada masyarakat khususnya kaum

Laporan praktek kerja industri ini penulis tulis atas dasar semua yang telah penulis dapatkan selama mengikuti praktek kerja industri di NIKITA HOTEL BUKITTINGGI selama lebih kurang

Berdasarkan penelitian terdahulu yang menganalisis tentang pengaruh variabel ukuran dewan komisaris, kepemilikan manajerial, kepemilikan institusional dan ukuran

Permasalahan dalam penelitian tindakan kelas ini adalah apakah penggunaan media kartu mainan dapat meningkatkan hasil belajar siswa kelas IV MI Al Mahmud

Salah satu teknik pengumpulan data dalam penelitian ini adalah menggunakan soal tes yaitu untuk mengumpulkan data mengenai hasil belajar kelas eksperimen satu

Demikian pula hanya ketika satker menyusun laporan keuangan tahunan, data setoran bagian pemerintah baru diterima sampai dengan periode bulan September. Untuk periode

Tingkat pemahaman akuntansi diukur dengan rata-rata nilai mata kuliah inti akuntansi sama seperti penelitian Suryaningrum dan Trisnawati (2003). Adapun tujuan