• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah pembudayaan perahu tradisi di Sabah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sejarah pembudayaan perahu tradisi di Sabah"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

ISMAIL ALI

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Kota Kinabalu • Sabah • Malaysia http://www.ums.edu.my

2016

(4)

© Universiti Malaysia Sabah, 2016

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dikeluarkan ke dalam sebarang bentuk sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Malaysia Sabah, kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Akta 332, Akta Hak Cipta 1987. Keizinan adalah tertakluk kepada pembayaran royalti atau honorarium.

Segala kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku ini tidak semestinya mewakili atau menggambarkan pendirian mahupun pendapat Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Pembaca atau pengguna buku ini perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum menggunakan sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya. Pandangan yang terdapat dalam buku ini merupakan pandangan ataupun pendapat penulis dan tidak semestinya menunjukkan pendapat atau polisi Universiti Malaysia Sabah. Penerbit Universiti Malaysia Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah mahupun kesulitan yang timbul, sama ada secara menyeluruh atau sebahagian, yang diakibatkan oleh penggunaan atau kebergantungan pembaca terhadap kandungan buku ini.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Ismail Ali,

1969-SEJARAH PEMBUDAYAAN PERAHU TRADISI DI SABAH / ISMAIL ALI. ISBN 978-967-0521-65-7

1. Ethnicity--Sabah. 2. Rites and ceremonies--Sabah. 3. Praus--Sabah. 4. Sabah--Social life and customs. I. Judul.

305.89923059521

Muka taip teks: Myriad Pro 11 poin/Swis721 BlkCn BT Saiz taip teks dan leading: 13.2 poin

Diterbitkan oleh: Penerbit Universiti Malaysia Sabah Tingkat Bawah, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS

88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Dicetak oleh: Gayawara Sdn. Bhd.

No. 2, Jalan Nountun Kg. Bambangan, Inanam Tingkat Bawah, Wisma Capital 88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

(5)

“Pelajarilah laut sebelum laut memberi pelajaran

kepada kita.”

Arif Satria

“Nenek moyangku bangsa pelaut.”

A. P. Lapian

“Barang siapa yang menguasai laut dan lautan maka

dialah menguasai dunia.”

(6)
(7)

Senarai Rajah v Senarai Foto ix Senarai Peta x Senarai Jadual x Senarai Singkatan x Prakata xi Penghargaan xii BAB 1 Pendahuluan 1 BAB 2

Teori Pembudayaan Perahu 7

BAB 3

Pembudayaan Perahu Bercadik 21

BAB 4

Perahu Bercadik dan Ilmu Pelayaran Kuno 37 BAB 5

Kepelbagaian Perahu Tradisi 57

BAB 6 Penutup 99 Bibliografi 103 Indeks 107

Kandungan

(8)

viii

SENARAI RAJAH

Rajah Halaman

2.1 Penggunaan batang kayu 9

2.2 Menebuk batang kayu 10

2.3 Perahu bercadik menggunakan layar 11

3.1 Perahu bercadik di India 23

3.2 Ilustrasi pelaut Polinesia di Kepulauan Oceania 27

3.3 Ilustrasi perahu bercadik yang digunakan oleh pelaut Mikronesia

dan Polinesia menuju Nusantara 28

3.4 Relief perahu bercadik pada dinding Borobudur 29

4.1 Ukuran lebar dan panjang bogo-katik 38

4.2 Ukuran tinggi bogo-katik 39

4.3 Keratan rentas bahagian hadapan bogo-katik 39

4.4 Pandangan bogo-katik dari sisi 40

4.5 Kitab pelayaran pada halaman pertama 46

4.6 Kitab pelayaran pada halaman dua 48

4.7 Kitab pelayaran pada halaman tiga 49

4.8 Kitab pelayaran pada halaman empat 50

4.9 Kitab pelayaran pada halaman lima 51

4.10 Kitab pelayaran pada halaman enam 52

5.1 Ilustrasi komponen perahu timbawan 60

5.2 Ilustrasi biduk 63

5.3 Proses pembuatan lepa cantik 66

5.4 Daripada batang kayu kepada baul lepa 66

5.5 Perkakasan membuat lepa cantik 67

5.6 Lepa cantik 67

5.7 Paleh tinampah 68

5.8 Lepa-lepa 69

5.9 Lepa cantik 69

5.10 Lepa nipasil 70

5.11 Lepa nipasil cantik 70

5.12 Kerangka utama lepa 71

5.13 Tingkat satah lepa 72

5.14 Sapit dan sapit biruk 75

5.15 Barangayan 87

5.16 Lanong 87

5.17 Garay 88

(9)

5.19 Salisipan 89

5.20 Kora-kora 89

5.21 Bogo-lamak 90

5.22 Ilustrasi komponen bogo-lamak 92

5.23 Ilustrasi ketinggian dan panjang bogo-lamak 92

5.24 Ilustrasi katik bogo-lamak 93

5.25 Ilustrasi lamak 93

SENARAI FOTO

Foto Halaman

4.1 Bogo-katik tanpa cat 40

4.2 Bogo-katik bercat 41

4.3 Bogo-katik digunakan untuk menangkap ikan 41

4.4 Ilustrasi potret Marahaja Onnong 43

4.5 Kubur Marahaja Onnong di Pulau Omadal 44

4.6 Hj. Bakara menunjukkan Kitab Pelayaran Sampang Bulan 45 4.7 Membakar kupang dan tiram menggunakan pelepah kelapa 53

5.1 Timbawan 59

5.2 Lantai timbawan 60

5.3 Timbawan sebagai perahu tambang 61

5.4 Biduk 62

5.5 Kemudi 62

5.6 Jangkar kayu 63

5.7 Biduk disimpan di bawah kolong rumah 63

5.8 Reka bentuk kerangka lepa cantik di Pulau Bum-Bum, Semporna 73 5.9 Bengkel lepa di Kampung Kabimbangan, Pulau Bum-Bum 73

5.10 Lepa Bajau Laut di Pekan Semporna 74

5.11 Lepa Bajau Laut di Pulau Mabul 74

5.12 Sapit 76

5.13 Bahagian hadapan sapit 77

5.14 Bahagian tengah sapit 77

5.15 Bahagian belakang sapit 78

5.16 Beliung 78

5.17 Pahat belingkuku 79

5.18 Jungkung 81

5.19 Papan untuk membuat dinding jungkung 82

(10)

x

5.21 Kulit kayu digunakan untuk menutup sambungan papan 83

5.22 Kerangka jungkung 83

5.23 Pemasangan pasak kayu 84

5.24 Pondok membuat jungkung 85

5.25 Memunggah ikan tuna dari jungkung di jeti ikan Pekan

Semporna 85

5.26 Membawa penumpang dari Semporna ke Pulau Mabul 86

5.27 Nelayan melayarkan bogo-lamak 91

5.28 Bogo-lamak belayar menuju ke daratan 94 5.29 Pendayung digunakan untuk mengawal hala tuju

bogo-lamak 94

5.30 Pelaut menurunkan lamak 95

5.31 Pelaut mengikat lamak 95

5.32 Kain layar diletakkan di bahagian sisi cadik bogo-lamak 96

SENARAI PETA

Peta Halaman

2.1 Migrasi manusia Austronesia di Lautan Pasifik 13

3.1 Migrasi pelaut Austronesia ke Kepulauan Oceania 25

3.2 Jalur pelayaran dan perdagangan di Nusantara semasa

era Sriwijaya dan Majapahit 31

SENARAI JADUAL

Jadual Halaman

4.1 Tafsiran simbol mengikut bulan Islam pada halaman pertama 47

SENARAI SINGKATAN

BNBCC British North Borneo Chartered Company

KEKWA Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

M Masihi

RM Ringgit Malaysia

SM Sebelum Masihi

(11)

Prakata

S

abah atau dahulunya lebih dikenali sebagai Borneo Utara (North Borneo) semasa era pentadbiran British merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai peradaban maritim. Negeri ini mempunyai hubungan sejarah yang cukup panjang dengan negara-negara di Asia Tenggara dan dunia amnya yang dihubungkan oleh tiga laut, iaitu Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi. Dari segi sejarahnya, Sabah yang suatu masa dahulu diperintah oleh dua kesultanan, iaitu Kesultanan Brunei di pantai barat dan Kesultanan Sulu di pantai timur dan utara merupakan dua buah kesultanan yang cukup makmur dan terkenal dalam bidang kelautan. Melalui kedua-dua kesultanan ini terutamanya Kesultanan Sulu, budaya hidup berteraskan ‘daratan’ yang diamalkan oleh penduduknya di kawasan pedalaman mula berubah kepada budaya ‘kelautan’ apabila berlaku migrasi penduduk dari wilayah-wilayah selatan Kepulauan Sulu yang sememangnya terkenal dengan kehidupan sebagai pelaut yang menjadikan laut dan perdagangan sebagai teras budaya hidup.

Kemasukan secara besar-besaran suku pelaut seperti Taosug, Bajau, Iranun dan Balangingi terutamanya semasa era pemerintahan Kesultanan Sulu turut membawa bersama budaya perahu. Justeru, semasa era Kesultanan Sulu beberapa jenis perahu yang dimiliki oleh para pembesar Sulu (Taosug) seperti kora-kora, salisipan, barangayan, garay, lanong dan sebagainya yang berasal dari Kepulauan Sulu sering kali menghiasi pemandangan Laut Sulu, Laut China Selatan dan Laut Sulawesi untuk tujuan perdagangan, pengangkutan, pemburuan hamba dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, keberadaan perahu-perahu ini mula hilang ditelan zaman apabila Sabah diperintah oleh British NorthBorneo Chartered Company (BNBCC) pada tahun 1878 sehingga Kerajaan British (Crown Colony) pada tahun 1963.

Tempoh ini (1878–1963) telah memperlihatkan kemunculan pelbagai jenis perahu yang dihasilkan sendiri oleh para pelaut tempatan seperti timbawan dan biduk di pantai barat dan bogo-katik, bogo-lamak, lepa, sapit dan jungkung di pantai timur. Seterusnya apabila Sabah mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada tahun 1963, perahu-perahu ini terus wujud namun telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dari segi reka bentuk dan bahan binaan, selari dengan perubahan fungsinya pada masa kini. Dengan mengambil kira perubahan-perubahan yang telah dinyatakan di atas, maka sudah tiba masanya usaha mendokumentasikan perahu-perahu ini perlu dilakukan untuk memastikan nilai-nilai sejarahnya tidak hilang daripada pandangan mata dan menghargai sumbangannya dalam pembentukan peradaban maritim di Sabah.

(12)

xii

Penghargaan

T

erlebih dahulu penulis ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah dan kurnia-Nya telah membolehkan penulis menyempurnakan kajian dan penulisan buku ini. Pada ruangan ini penulis ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah membiayai kajian ini di bawah Fundamental Research Grant Scheme (FRGS). Selain itu, penulis juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) di bawah kepimpinan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada para kakitangan akademik di UMS untuk terus berkarya dan memartabatkan penyelidikan dan penulisan ilmiah. Penulis juga ingin merakamkan ucapan, yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Asmady Idris, Puan Ainun Jamil, Encik Nataniel Ebin, Puan Dora Diana Desmond dan Puan Alecia Angati di Penerbit UMS yang telah banyak membantu penulis dalam urusan penerbitan buku ini. Ucapan penghargaan ini turut ditujukan khas kepada Prof. Dato Dr. Mohammad Raduan bin Mohd. Ariff, mantan Ketua Jabatan Pengajian Asia Tenggara dan mantan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya yang telah banyak memberikan pandangan dan komen yang bernas dalam penulisan buku ini. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada Saudara Mosli Tarsat (Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan) dan Saudara Yusten Karulus (Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa), UMS yang menjadi pembantu penyelidik dalam kajian ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj. Bakara Marahaja Onnong di Pulau Bum-Bum, Semporna yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kajian dan penulisan buku ini.

ISMAIL BIN ALI, PhD

Program Sejarah

Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah

Gambar

Foto Halaman

Referensi

Dokumen terkait

INDEKS KREDIBILITAS MEDIA ONLINE: STUDI DESKRIPTIF KREDIBILITAS MEDIA ONLINE DI JAKARTA DI MATA GENERASI MILLENNIAL ABSTRAK Oleh: Yessica Catherine Media online menjadi salah satu

Pemberian urine sapi berpengaruh tidak nyata terhadap semua jenis parameter pengamatan yaitu tinggi tanaman, jumlah daun, jumlah anakan, diameter umbi, bobot basah

Berdasarkan analisis CMS, yang paling mempengaruhi daya saing ekspor produk tidak diolah pertanian Malaysia adalah efek pertumbuhan standar, yang ditunjukkan dengan

Dengan demikian penciri gen GH Alu I memiliki pola frekuensi alel L yang tinggi pada sapi Pesisir Sumatera Barat, juga pada kelompok sapi Bos indicus (zebu) maupun Bos taurus,

Dari wawancara yang kami lakukan dengan kedua objek penelitian kami, kami dapat mendeskripsikan hasil dari penelitian kami mengenai “Pola Komunikasi Antarbudaya Mahasiswa Etnis

Menurut bapak/ibu, berikan penilaian perbandingan kriteria biaya konstruksi, kemudahan pelaksanaan, dan keawetan pada pekerjaan pasangan dinding.. • Keawetan 2x lebih penting

Hematom intraserebral adalah salah satu jenis perdarahan intrakranial yang terjadi pada jaringan otak biasanya akibat robeknya pembuluh darah yang ada dalam jaringan otak..

Ciri-ciri dari jamur yang masuk kedalam kelas ini yaitu hifa tidak bersekat dan bersifat koenositik, dinding sel tersusun dari kitin, reproduksi aseksual dan seksual,