• Tidak ada hasil yang ditemukan

MODUL QGK3023 - Program Kesihatan Sekolah (Merged Version)-1.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MODUL QGK3023 - Program Kesihatan Sekolah (Merged Version)-1.pdf"

Copied!
356
0
0

Teks penuh

(1)

PUSAT PENDIDIKAN LUAR

QGK3023

PUSAT PENDIDIKAN LUAR

QGK3023

QGK3023

QGK3023

(2)

PENULIS MODUL

PENYELARAS

Dr Abd Rahim Bin Mohd Shariff

PENYUNTING

Dr Abd Rahim Bin Mohd Shariff

Nik Mohd Zaki Bin Nik Mohamed

PENULIS

Dr Abd Rahim Bin Mohd Shariff

(3)

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

PENGENALAN

Pendidikan berkualiti yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk menghasilkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai sikap serta nilai yang positif. Bagi membina pelajar yang bersemangat waja, mempunyai kemahiran menangani risiko, menjaga kesihatan diri dan mengamalkan cara hidup yang sihat, unsur Modul Kesihatan Sekolah (MKS) diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam beberapa mata pelajaran di sekolah.

Modul Program Kesihatan Sekolah ini juga dibuat bagi tujuan menyedarkan pelajar tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dari segala semua aspek. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat.

Modul ini adalah panduan kepada pertubuhan dan orang awam yang berhasrat untuk melaksanakan program promosi kesihatan. Pertubuhan perlu mempunyai pengetahuan mengenai aspek promosi kesihatan dalam merancang, melaksana dan menilai aktiviti – aktiviti promosi kesihatan yang dilaksanakan.

(4)

PANDUAN KURSUS

PENGENALAN

QGK3023 (Program Kesihatan Sekolah) ialah kursus teras yang wajib diambil oleh semua pelajar yang mengikuti program ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah). Kursus ini ditawarkan oleh Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan. Kursus bernilai tiga (3) jam kredit ini mendedahkan pelajar tentang konsep perancangan Program Kesihatan di sekolah seterusnya memahami dan menganalisis Program Kesihatan Sekolah.

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini membincangkan konsep perancangan Program Kesihatan Sekolah. Penekanan diberi kepada kemahiran menganalisis program kesihatan dari aspek perancangan, pengelolaan, perlaksanaan, bimbingan, penyelarasan koordinasi dan penilaian.

HASIL PEMBELAJARAN

Hasil pembelajaran kursus ini ialah seperti berikut.

1. Menganalisis Program Kesihatan Sekolah dari segi konsep Pendidikan Kesihatan, Promosi Kesihatan dan perancangan program (C4).

2. Mempelbagaikan kemahiran teknikal dalam perancangan program

promosi kesihatan sekolah berasaskan Teknologi Pendidikan dan ICT (P3,TS3).

3. Mengamalkan tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkah laku

beretika (A3).

4. Mengamalkan komunikasi secara efektif dan boleh bekerja dalam satu pasukan (C4).

(5)

ISI KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini meliputi sebelas topik utama seperti yang tertera dalam halaman Isi Kandungan modul ini. Topik sembilan hingga topik sebelas yang dibincangkan dalam modul ini mempunyai kaitan di antara satu dengan yang lain. Justeru, penerangan dan huraian mengenai pelaksanaan program kesihatan dalam topik tersebut dibincangkan serentak dengan setiap topik dalam modul ini.

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL

Terdapat sebelas unit pembelajaran yang terkandung dalam modul ini yang ditulis oleh penulis modul yang tertentu. Setiap unit dalam modul ini menjelaskan dan membincangkan topik dan sub topik yang relevan dengan kandungan kursus. Setiap unit disusun secara berhierarki dan mengikut kepentingan kandungan kursus. Hasil pembelajaran yang diharapkan daripada setiap unit dinyatakan.

Selain fakta sebagai pencetus idea untuk difahami, dibincangkan dan dianalisis, setiap unit dalam modul ini juga menyarankan beberapa aktiviti yang perlu dilakukan oleh pelajar sebagai penggerak untuk kelangsungan proses pembelajaran kursus ini. Penilaian Kendiri yang mengemukakan beberapa soalan juga terdapat di setiap unit dalam modul ini bagi menguji penguasaan. Pada akhir unit juga disertakan dengan jawapan dan maklum balas daripada soalan-soalan dan latihan yang telah diberikan.

Walau bagaimanapun pembelajaran kursus ini adalah tidak terbatas kepada apa yang terdapat di dalam modul ini sahaja. Sebaliknya, para pelajar juga perlu membuat rujukan lanjut daripada buku-buku rujukan atau laman web yang berkaitan dengan topik-topik yang dibincangkan bagi menambahkan lagi khazanah ilmu yang dipelajari.

(6)

HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN

Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya.

Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lain-lain.

Kuiz yang perlu diambil dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

Forum yang perlu disertai dalam talian yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

Persembahan mikro dan makro pengajaran yang perlu dijalankan dan dimuat naik untuk dipersembahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan lain yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

Tugasan yang perlu disempurnakan yang menyumbang kepada markah kerja kursus.

Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasi konsep yang dibincangkan.

Aktiviti latihan yang disertakan jawapan serta maklum balas.

(7)

ISI KANDUNGAN

UNIT

TOPIK

HALAMAN

UNIT 1

PENGENALAN KEPADA ASPEK

PERANCANGAN PROGRAM KESIHATAN

1

UNIT 2

KONSEP ASAS PENGURUSAN PROGRAM

KESIHATAN

19

UNIT 3

KONSEP ASAS KESIHATAN

36

UNIT 4

MODEL PROMOSI KESIHATAN UMUM

53

UNIT 5

PROGRAM-PROGRAM KESIHATAN

85

UNIT 6

ORGANISASI KESIHATAN

116

UNIT 7

EPIDEMIOLOGI PENYAKIT DAN SENAMAN

140

UNIT 8

EPIDEMIOLOGI PENYAKIT BERJANGKIT

DAN BERBAHAYA

169

UNIT 9

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

(PBSS)

241

UNIT 10

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

PROGRAM / AKTIVITI KESIHATAN

270

UNIT 11

PROGRAM / AKTIVITI KESIHATAN

DI SEKOLAH

305

(8)

PENGENALAN KEPADA ASPEK PERANCANGAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap 1. Menerangkan hala

kesihatan.

2. Membincangkan apa 3. Memahami apakah itu 4. Menerangkan reka b

PETA KONSEP TAJUK

Budaya dan Persekitaran Kesihatan Sekolah

Matlamat dan Objektif Pendidikan Kesihatan Yang

Hendak Dipupuk Falsafah dan Mo Perancangan Program

UNIT 1

PENGENALAN KEPADA ASPEK PERANCANGAN

PROGRAM KESIHATAN

ARAN

ap dapat :

la tuju falsafah, model perancangan program dan teo

pakah itu budaya dan persekitaran kesihatan sekolah. ah itu evolusi pengurusan program.

ka bentuk dan struktur model program kesihatan.

AJUK

ASPEK PERANCANGAN PROGRAM KESIHATAN

jektif ikan Kesihatan Yang Hendak Dipupuk

Pengurusan Program Kesihatan

Reka bentuk dan Struktur Model Perancangan, p penilaian program Kesihatan ah dan Model Perancangan Program

PENGENALAN KEPADA ASPEK PERANCANGAN

teori tingkah laku

Reka bentuk dan

Perancangan, perlaksanaan dan program Pendidikan

(9)

PENGENALAN

Rajah 1.

Anda mungkin per pendapat anda, adakah kemp kepentingan kesihatan?

ISI KANDUNGAN

Falsafah dan Model Peranc

Hampir kesemua pendidika mempunyai tujuan yang sam meningkatkan tahap kesihat kronik. Tujuan tersebut adala menjayakannya memerlukan pe

Setiap tahun, pelbagai usaha manusia. Sesetengah usaha usaha yang berjaya itu be pemahaman tentang tingkah bantuan, pengurusan dan pe kepada beberapa model plan

1.1 : Salah satu perancangan program kesihatan

pernah terlibat secara langsung dalam kempen seperti raj mpen seumpama ini telah mengubah interpretasi masya

odel Perancangan Program

kan kesihatan, pendidikan awam dan pengurusan pe sama iaitu untuk membantu orang ramai untuk men

atan, mengurangkan risiko penyakit dan mengawal adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan setiap orang

n perubahan tingkah laku dan perbuatan.

usaha dan wang ringgit telah dibelanjakan untuk mengu aha berjaya dicapai dan sesetengahnya tidak. Kajian bertujuan untuk melihat kesan terhadap keinginan kah laku kesihatan dan persekitaran di mana ia berlaku. De

penilaian terhadap usaha ini pelatih pendidikan kesihatan plan yang strategik yang berlandaskan teori tingkah laku ke

ti rajah 1.1. Pada syarakat terhadap

penyakit kronik mengekalkan dan al penyakit yang orang dan untuk

gubah perlakuan jian menunjukkan n berlandaskan . Dengan adanya atan boleh beralih ku kesihatan.

(10)

Bagaimana teori tingkah laku kesihatan berguna?

 Sebagai panduan ke arah institusi untuk mencipta dan menilai usaha pendidikan kesihatan yang berlandaskan kepada pemahaman mengapa manusia terlibat dengan tingkah laku tersebut.

 Sebagai asas untuk perancangan program dan pembangunan yang berterusan dengan penekanan usaha semasa ke atas kesan-dasar.

 Sebagai penunjuk jalan terhadap pembelajaran masalah, pembangunan usaha yang sesuai bagi mengenal pasti penentu dan penilaian kesan.

 Sebagai panduan untuk menerangkan tentang proses untuk mengubah tingkah laku kesihatan dan pengaruh yang mengubahnya termasuk persekitaran fizikal dan sosial.  Sebagai panduan untuk membantu perancang mengenal pasti sasaran kaedah perlakuan

untuk mengubah dan kesannya terhadap penilaian.

Berikut adalah sinopsis penerangan terhadap teori utama tingkah laku kesihatan di mana ia telah digunakan. Tiga perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah:

 Sesetengah teori berfokus kepada individu sementara yang lain cenderung memeriksa perubahan di antara keluarga, institusi, komuniti dan budaya. Perbincangan mengenai isu kesihatan memerlukan lebih dari satu teori dan tiada teori yang bersesuaian terhadap semua kes.

 Sesetengah teori telah ditemui selama beberapa tahun lalu dan sesetengahnya masih belum dikenal pasti. Pemilihan teori sepatutnya bermula dengan penilaian yang teliti terhadap situasi: topik berkenaan dan jenis tingkah laku.

 Teori hendaklah dipilih berdasarkan kepada isu dan sasaran populasi. Pemilihan teori hendaklah dimulakan dengan penilaian yang teliti berdasarkan situasi seperti analisis, topik, perubahan atau jenis tingkah laku yang perlu ditangani. Teori tersebut hendaklah logik, sentiasa konsisten pada setiap pemerhatian, mestilah sama dengan apa yang telah digunakan pada program lepas dan hendaklah disokong oleh kajian-kajian terdahulu atau idea-idea yang berkaitan.

Pendidik kesihatan selalunya menggunakan sesebuah model apabila hendak mengembangkan program mereka. Perancangan model digunakan untuk merancang, melaksanakan dan menilai program kesihatan dan menyediakan kerangka terhadap apa yang hendak dirancang.

(11)

Pendekatan yang terancang untuk program kesihatan Menarik minat dan memahami keutamaan pelajar Menilai keperluan dan aset keutamaan pelajar Membangunk an matlamat dan objektif program Perancangan intervensi Perlaksanaan intervensi Menilai kepentingan intervensi

Rajah 1.2 : Model perancangan pendidikan kesihatan

Adakah anda mempunyai idea lain bagi mengembangkan lagi teori perancangan pendidikan kesihatan seperti rajah 1.2 supaya ia lebih berkesan?

Budaya dan Persekitaran Kesihatan Sekolah

Budaya pembelajaran Pendidikan Kesihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan murid-murid secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan guru, rakan dan masyarakat serta penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran. Tiga tunjang dalam Pendidikan Kesihatan iaitu yang pertama Kesihatan Diri dan Keluarga, ini bermakna penjagaan kesihatan diri, perasaaan dan kekeluargaan.

(12)

Tumpuan pengajaran dan pembelajaran diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan. ‘Gaya Hidup Sihat’ merupakan tunjang yang kedua, dan konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan. Pengajaran dan pembelajaran memberi tumpuan kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah. Tunjang yang ketiga adalah Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran, konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas.

Kaedah atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan adalah menekankan gaya hidup sihat yang sesuai dengan ciri dan keperluan murid, dan corak pembelajaran adalah melalui aktiviti. Murid diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan dengan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Murid juga perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental dan membentuk perhubungan yang sihat dalam suasana yang membina. Murid juga diajar menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.

Kemahiran berfikir yang terdapat dalam Pendidikan Kesihatan ini termasuklah membanding dan membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan mencipta analogi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah. Nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan selaras dengan matlamat mata pelajaran ini antaranya ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang dan kerjasama.

Adakah anda bersetuju bahawa kesihatan yang sihat bermula dari sekolah? Mengapa?

(13)

Matlamat dan Objektif Pendidikan Kesihatan Yang Hendak Dipupuk di Sekolah

Program Kesihatan merupakan program yang dijalankan untuk menjamin kebersihan dan kesihatan murid yang berterusan sepanjang tahun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang bersih di samping membina amalan-amalan yang baik.

Objektifnya pula adalah untuk:

i. Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan kesihatan di kalangan murid. ii. Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang bersih dan selamat. iii. Mengindahkan kawasan sekolah dengan pelbagai tanaman hiasan. iv. Memberi maklumat kepada murid berkaitan kebersihan dan kesihatan.

Aktiviti-Aktiviti yang Boleh Dilaksanakan di Sekolah

Pelbagai aktiviti boleh dirancang dan dilaksanakan di sekolah dalam usaha menerapkan kefahaman dan kesedaran di samping matlamat jangka panjang iaitu untuk menjadikan satu budaya, antaranya:

i. Kempen anti denggi

ii. Taklimat, ceramah & motivasi tentang tanggung jawab menjaga kebersihan dan kesihatan diri.

iii. Mengadakan Hari Kesihatan iv. Program anti rokok dan dadah

v. Menceriakan tempat-tempat rekreasi & persekitaran sekolah

vi. Menggalakkan program motivasi, amalan hidup sihat, senaman & permainan vii. Tandas bersih

viii. Kantin bersih & selamat ix. Pertandingan kelas terbersih x. Pameran kesihatan

xi. Melukis poster xii. Kitar semula xiii. Melukis mural

(14)

Rajah 1.3 : Contoh aktiviti kesihatan di sekolah

Senaraikan seberapa banyak aktiviti kesihatan yang boleh dilaksanakan di sekolah selain daripada aktiviti yang telah dinyatakan. Gunakan kreativiti fikiran anda.

Program-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya. Kawasan sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Penekanan kepada Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid, malah sebagai Guru Besar penekanannya juga harus kepada guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta, pengusaha kantin, ibu bapa dan komuniti sekitar sudah pasti akan mewujudkan budaya sekolah yang sihat, bersih, ceria dan selamat. Guru Besar atau Pentadbir harus memainkan peranan utama dalam menerapkan kesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah dan komuniti sekitar.

Program-program yang dirancang atau ingin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul. Selain daripada itu pihak sekolah juga boleh memohon bantuan atau pertolongan komuniti dan ibu bapa yang mempunyai latar yang berkaitan Kesihatan. Mereka boleh membantu pihak sekolah dalam program-program yang berkaitan. Agensi-agensi luar sama ada swasta atau kerajaan juga boleh membantu pihak sekolah dalam usaha sekolah untuk menjadikannya satu budaya. Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar mata pelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan.

(15)

Evolusi Pengurusan Program Kesihatan

Rajah 1.4 : Evolusi pengurusan program kesihatan

Pada pendapat anda, bagaimana perkembangan pengurusan program kesihatan seperti dalam rajah 2.4 telah berkembang dari semasa ke semasa?

______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________

(16)

Pada tahun 1950an, kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar diutamakan. Ini kerana pada peringkat tersebut, struktur ekonomi adalah berasaskan kepada pertanian. Pada peringkat ini juga, majoriti populasi ditempatkan di kawasan luar bandar dengan kadar kelahiran dan kematian yang tinggi terutama di kalangan bayi yang baru dilahirkan. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah menyediakan perkhidmatan percuma kesihatan luar bandar termasuk penjagaan kesihatan komprehensif, perkhidmatan maternal dan penjagaan kesihatan bayi, penjagaan gigi, imunisasi, perancangan keluarga, kawalan penyakit, dan kebersihan persekitaran. Usaha berterusan secara berperingkat perkhidmatan kesihatan luar bandar membolehkan kualitinya berubah. Kerajaan juga membina hospital di kawasan bandar yang mempunyai penjagaan kesihatan yang lebih baik berbanding unit penjagaan kesihatan luar bandar.

Peluasan perkhidmatan kesihatan terutama pada dua abad awal selepas merdeka merupakan hasil daripada peningkatan dalam populasi. Pada tahun 1990an, penyakit umum seperti malaria, diarrhoea, malnutrition, tuberculosis yang dikaitkan dengan kemiskinan dan di bawah pembangunan telah diganti dengan penyakit jantung dan tekanan. Selepas 50 tahun, kesihatan terus menunjangi keperluan pembangunan sosial negara.

Objektif sektor kesihatan hari ini adalah untuk memperbaiki sistem penyampaian penjagaan kesihatan terutama di bawah pelan pembangunan kesihatan kebangsaan. Ini termasuklah memantapkan empat prinsip program kesihatan sedia ada di bawah perancangan mereka. Pertama, program perkhidmatan pencegahan dan promosi kesihatan. Ini melibatkan program gaya hidup yang antara lain menekankan kesedaran mengenai faktor tingkah laku, persekitaran, pekerjaan dan sosioekonomi ke atas kesihatan. Sebagai contoh:

 Program pencegahan HIV/AIDS.

 Program imunisasi untuk kanak-kanak dan hepatitis untuk dewasa.

 Program kesihatan keluarga yang mempromosi kesihatan individu, keluarga dan komuniti termasuk perkhidmatan perubatan khas keluarga yang diperkenalkan pada tahun 1997, bertujuan membasmi penyakit di peringkat awal lagi.

 Program pemakanan dan nutrisi pula yang dijenamakan di bawah Pelan Tindakan Nutrisi Kebangsaan bertujuan memperlihatkan kepentingan ke atas keselamatan makanan dan kebersihan di rumah dan tempat jualan makanan.

 Program kesihatan dan kebersihan persekitaran memerlukan semua rumah di kawasan bandar mempunyai paip air dan membaiki air paip di kawasan luar bandar.

(17)

 Program keselamatan pekerjaan dan kesihatan ingin mewujudkan budaya dan persekitaran kerja yang selamat termasuk mengetatkan undang-undang untuk mengurangkan kemalangan dan penyakit sewaktu bekerja.

Prinsip kedua adalah program perkhidmatan penjagaan kesihatan meliputi pembinaan dan melahirkan kemudahan perubatan baru seperti peralatan dan teknologi terkini serta penambahbaikan ke atas kemudahan sedia ada. Berbanding 50 tahun yang lepas, dua hospital berteknologi IT telah dibina sejak 2000. Kerajaan juga membentuk klinik dan klinik bidan dan komuniti yang diberi kemudahan yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Perkhidmatan kesihatan bergerak untuk kawasan luar bandar juga telah diperbaiki.

Ketiga, program kesihatan guna tenaga dengan menekankan program latihan. Personel kesihatan, doktor, pakar perubatan dan doktor gigi dilatih di Malaysia dan luar negara. Langkah terakhir adalah program penyelidikan dan pembangunan kesihatan. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) membangunkan metod untuk mengawal penyakit utama yang berjangkit dan tidak berjangkit. IMR juga berfungsi sebagai pusat kerjasama untuk badan kesihatan dunia untuk ekologi, taksonomi, dan pengawalan penyakit malaria, filariasis and denggi.

Berbanding tahun 50an, peranan perkhidmatan kesihatan swasta juga sudah meningkat. Kini hampir 300 hospital swasta wujud terutama di kawasan bandar. Dasar penswastaan juga melihat wujudnya hubungan antara hospital kerajaan dan pihak swasta terutama melalui perkhidmatan bukan perubatan seperti pengurusan bekalan bio-perubatan, mengurus perkhidmatan dan kemudahan yang lain.

Reka bentuk dan Struktur Model

Perancangan, perlaksanaan dan penilaian program Pendidikan Kesihatan Semenjak 30-40 tahun yang lepas, banyak inisiatif pendidikan telah berlaku dan berkembang. Pelbagai kumpulan sasaran dan isu telah dibincangkan dan kaedah penilaian berbeza yang telah meninggalkan satu persoalan. Apakah rahsia sebenar untuk berjaya? Apakah kaedah yang telah berjaya digunakan dan dianggap sebagai komponen penting dalam program pendidikan kesihatan dan tujuan yang serius dalam meningkatkan kesihatan individu dan komuniti?

(18)

Program jangka panjang Mengubah pandangan masyarakat Kajian dan penilaian Pendidikan kesihatan berasa keberkesanan menerusi kajian mencari, menilai dan menggun keputusan dalam amalan pendi Ahli profesional dalam pend berterusan yang dipanggil lat diubah dan dinamakan sebag pasti latihan padu yang boleh perkhidmatan.

Logik di sebalik latihan adala latihan berkesan supaya dap kaedah cuba jaya. Komponen strategi yang digunakan adalah

Rajah 1.5 : Kompo KOMPONEN ASAS Penglibatan Peserta Perancangan Sumber dan keperluan Program yang komprehensif Program bersepadu Program jangka panjang Kajian dan penilaian

asaskan bukti adalah berasaskan teori dan telah ter kajian yang telah dijalankan. Ia merujuk kepada kaed

gunakan hasil penyelidikan kualitatif dan kuantitatif sebag endidikan kesihatan.

ndidikan kesihatan sedang menggunakan konsep pening gil latihan yang terbaik. Untuk tujuan itu, tanggapan sed sebagai latihan pendahuluan. Tujuan sebenar adalah un boleh menjadi pendidikan kepada pembuatan keputusan da

adalah dengan berkongsi perlaksanaan idea dan prose dapat mempercepatkan dan mengurangkan pembela onen penting dan berkesan bagi pendidikan berasaskan

dalah :

mponen asas perancangan Program Pendidikan Kesihata Sumber dan

keperluan

ah terbukti melalui kaedah sistematik sebagai asas untuk

ningkatan kualiti sedikit sebanyak untuk mengenal dan penyediaan oses penyebaran mbelajaran melalui kan kesihatan dan

(19)

1. Penglibatan peserta:

Masyarakat perlu melibatkan diri dalam semua fasa termasuk mengenal pasti keperluan masyarakat, menyenaraikan bantuan yang diperlukan, merancang dan menjalankan program dan menilai keputusan. Penglibatan yang besar daripada masyarakat dapat meningkatkan kesan terhadap program.

2. Perancangan

Beberapa tahun diperlukan untuk mengubah daripada konsep asal kepada memberi khidmat. Perancangan juga merangkumi mengenal pasti masalah kesihatan, mengenal pasti sasaran tingkah laku dan faktor persekitaran.

3. Keperluan dan sumber bantuan

Dalam melaksanakan program, penting untuk mengetahui keperluan pendidikan kesihatan yang diperlukan, kapasiti masyarakat dan sumber sedia ada.

4. Program yang menyeluruh

Program yang dijalankan adalah bertujuan untuk berurusan dengan pelbagai pihak termasuk perbezaan tingkat sasaran seperti individu, keluarga, organisasi dan masyarakat secara menyeluruh. Ia dirancang untuk mengubah bukan sahaja risiko tingkah laku tetapi juga faktor dan keadaan untuk mengekalkan tingkah laku.

5. Program bersepadu

Program yang dijalankan hendaklah bersepadu di mana setiap komponen program sepatutnya diperkuatkan dengan komponen lain. Program yang mahu dijalankan hendaklah secara fizikalnya disepadukan dan disesuaikan dalam keadaan di mana mereka tinggal selain daripada suasana persekitarannya.

6. Perubahan jangka masa panjang

Program pendidikan kesihatan seharusnya direka untuk menghasilkan perubahan yang berkekalan dan berpanjangan terhadap tingkah laku kesihatan. Ini memerlukan keperluan jangka masa panjang program dan perkembangan infrastruktur pendidikan kesihatan yang berkekalan.

(20)

7. Mengubah pandangan masyarakat

Bagi mendapatkan kesan terhadap keseluruhan organisasi atau masyarakat, program pendidikan kesihatan mestilah mampu untuk mengubah pandangan masyarakat dan piawaian tingkah laku. Masyarakat perlu terlibat secara menyeluruh dan didedahkan dengan tujuan program pendidikan kesihatan.

8. Kajian dan penilaian

Penilaian yang menyeluruh dan kajian lanjutan sangat diperlukan bukan sahaja dengan menilai kesan program tetapi dengan menilai semula proses dan kaedah perancangan di mana melibatkan kos yang berpatutan dan berkesan.

Rancang satu pengurusan program kesihatan di sekolah. Kemudian, bincangkan komponen-komponen asas dalam perancangan seperti di dalam rajah 1.5 secara terperinci.

RUMUSAN

1. Hampir kesemua pendidikan kesihatan, pendidikan awam dan pengurusan penyakit kronik mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membantu orang ramai untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan, mengurangkan risiko penyakit dan mengawal penyakit yang kronik. Tujuan tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan setiap orang dan untuk menjayakannya memerlukan perubahan tingkah laku dan perbuatan.

2. Budaya pembelajaran Pendidikan Kesihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan murid-murid secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan guru, rakan dan masyarakat serta penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukit pembelajaran.

3. Program Kesihatan merupakan program yang dijalankan untuk menjamin kebersihan dan kesihatan murid yang berterusan sepanjang tahun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang bersih di samping membina amalan-amalan yang baik.

(21)

4. Program - program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya. Kawasan sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

5. Program-program yang dirancang atau ingin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul. Pihak sekolah juga boleh memohon bantuan atau pertolongan komuniti dan ibu bapa yang mempunyai latar yang berkaitan kesihatan. Agensi-agensi luar sama ada swasta atau kerajaan juga boleh membantu pihak sekolah dalam usaha sekolah untuk menjadikannya satu budaya.

6. Para profesional pendidikan kesihatan sedang menggunakan konsep peningkatan kualiti berterusan yang dipanggil latihan yang terbaik. Tujuan sebenar adalah untuk mengenal pasti latihan padu yang boleh menjadi pendidikan kepada pembuatan keputusan dan penyediaan perkhidmatan. Logik di sebalik latihan adalah dengan berkongsi perlaksanaan idea dan proses penyebaran latihan berkesan dapat dipercepatkan dan mengurangkan pembelajaran melalui kaedah cuba jaya.

(22)

Menetapkan piawaian tingkah laku Bertujuan untuk berurusan dengan pe Mengenalpasti masalah kesihatan Mengenalpasti keperluan masyarakat

PETA KONSEP

Kajian dan penilaian

Menilai semula proses dan kaedah perancan Mengubah pandangan masyarakat

tingkah laku

Program jangka panjang

Perkembangan infrastruktur pendidikan Program bersepadu

Program yang komprehensif erurusan dengan pelbagai pihak

Sumber dan keperluan

Kapasiti masyarakat Sumber sedia Perancangan

Faktor persekitaran Penglibatan Peserta

Merancang dan menjalankan progr

oses dan kaedah perancangan ur pendidikan kesihatan

Sumber sedia ada Faktor persekitaran

(23)

KATA KUNCI

1. Teori Tingkah laku Kesihatan 2. Pengurusan Program Kesihatan 3. Budaya Kesihatan Sekolah 4. Evolusi Pengurusan Kesihatan 5. Komponen Asas Perancangan

PENILAIAN KENDIRI

1. Terangkan mengenai hala tuju falsafah, model perancangan program dan teori tingkah laku kesihatan.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan budaya dan persekitaran kesihatan sekolah.

3. Bagaimanakah pengurusan program kesihatan telah berkembang dari zaman selepas merdeka sehingga sekarang?

4. Terangkan secara terperinci ciri-ciri reka bentuk dan struktur model program kesihatan. 5. Pada pendapat anda, apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan

supaya program kesihatan di Malaysia memberi kesan yang optimum kepada masyarakat?

RUJUKAN

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan. (1998).

Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25)

http://ms.wikipedia.org/wiki/PendidikanJasmani/DefinisiPendidikanJasmanidanKesihatan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan%20Jasmani/Definisi%20Pendidikan%20Jasmani%20%20 %20dan%20Kesihatan

World Health Organization (WHO). Health education: Theoretical concepts, effective strategies and core competencies. A foundation document to guide capacity development of health educators.

(24)

Mohd Izham Mohd Ibrahim.(1998). Mendekati Promosi Kesihatan. Shah Alam. Dewan Kosmik

Zulkarnain A. Hatta, Sivamurugan Pandian, Azeem Fazwan Ahmad Farouk (2008). Pembangunan sosial 50 tahun merdeka. Jurnal Kemanusiaan. bil. 12

(25)

Menilai kesan pro

Menetapkan piawaian tingkah laku Keperluan jangka masa panjang perjala Komponen program diperkuatkan denga

Bertujuan untuk berurusan dengan pe Mengetahui keperluan pendidikan

kesihatan yang diperlukan Mengenalpasti masalah kesihatan Mengenalpasti keperluan masyarakat

JAWAPAN SERTA M

Kajian dan penilaian

Menilai kesan program Menilai semula proses dan kaedah pe Mengubah pandangan masyarakat

Menetapkan piawaian tingkah laku Perlu terlibat secar Program jangka panjang

asa panjang perjalanan program Perkembangan infrastruktur pendidikan Program bersepadu

am diperkuatkan dengan komponen lain Disepadukan dan disesuaikan da Program yang komprehensif

erurusan dengan pelbagai pihak Mengubah risiko tingkah laku Sumber dan keperluan

endidikan

lukan Kapasiti masyarakat Sumber sedia ada

Perancangan

kesihatan Mengenalpasti sasaran tingkah laku Faktor persekitaran Penglibatan Peserta

syarakat Menyenaraikan bantuan yang diperlukan Merancang dan me

MAKLUM BALAS

proses dan kaedah perancangan Perlu terlibat secara menyeluruh

n infrastruktur pendidikan kesihatan isesuaikan dalam pelbagai persekitaran Mengubah risiko tingkah laku

Sumber sedia ada Faktor persekitaran

(26)

UNIT 2

KONSEP ASAS PENGURUSAN PROGRAM KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda di harap dapat :

1. Menerangkan mengenai fungsi Pendidikan Kesihatan

2. Membincangkan mengenai tugas dan fungsi Pendidik Kesihatan

3. Membuat satu perancangan pengurusan program yang boleh dilaksanakan di sekolah

PETA KONSEP TAJUK

KONSEP ASAS PENGURUSAN PROGRAM KESIHATAN

Perkembangan Pendidikan Kesihatan di

Malaysia

Sistem Pendidikan Asal Zaman Penjajahan Zaman Pendidikan

Moden

Fungsi Pendidikan Kesihatan

Fungsi dan Tugas Pendidik Kesihatan

Perancangan Program Pendidikan Kesihatan

Persekitaran Pengajaran Latar Belakang Guru Latar belakang Pelajar

(27)

PENGENALAN

Rajah 2.1 : Salah satu bentuk Pendidikan Kesihatan

Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, anda mungkin memahami salah satu bentuk Pendidikan Kesihatan seperti dalam rajah 2.1 di atas. Berikan 3 contoh program yang boleh dilaksanakan melalui Pendidikan Kesihatan di sekolah?

Pelajar perlu diajar memelihara dan meningkatkan tahap kesihatan diri. Selain itu, tanggungjawab ini perlu disemai dari alam kanak-kanak. Pelajar punya banyak tugas dan perkara yang perlu dilakukan. Pelajar juga akan menghadapi cabaran hari muka. Kegagalan pendidikan hari ini akan mendatangkan masalah di masa hadapan.

Pendidikan Kesihatan juga sebahagian daripada kurikulum dan turut berperanan seperti subjek-subjek yang lain. Dalam Pendidikan Kesihatan yang sering digabungkan dengan pendidikan jasmani, aspek emosi dan rohani akan mendapat bimbingan yang sewajarnya. Ini seterusnya memberikan manfaat yang jelas kepada pelajar yang terlibat.

Pendidikan Kesihatan merupakan kurikulum yang dihasratkan akan dapat mempertingkatkan dan dicapai kerana Pendidikan Kesihatan yang didedahkan adalah berdasarkan kepada kurikulum

(28)

yang telah ditetapkan. Bila mana berlaku perubahan positif seperti yang diharapkan maka ianya akan mengubah dan melahirkan pelajar yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia dan berketerampilan.

Selain itu, Pendidikan Kesihatan berperanan menjadikan aktiviti budaya sekolah untuk mengalami perubahan serta memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya positif seperti budaya membaca dalam kalangan pelajar.

Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan dan tidak hanya pengetahuan tentang kesihatan. Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata untuk menyembuh, mengurangkan atau mencegah penyakit, malah ianya bertujuan untuk mencapai keadaaan fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. Program Pendidikan Kesihatan seharusnya menggalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat sepanjang hayat.

Oleh yang demikian, pelajar harus dididik dan mempelajari demi memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat. Dengan adanya Pendidikan Kesihatan pelajar dapat membuat persediaan menghadapai cabaran hidup. Pelajar juga dapat sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.

Adakah anda sudah memahami bagaimana Pendidikan Kesihatan berfungsi di sekolah? Selepas anda memahaminya, buat refleksi dengan menjawab soalan berikut:

 Bagaimana Pendidikan Kesihatan boleh berfungsi dengan baik di sekolah?

 Bagaimana Pendidikan Kesihatan boleh membantu pelajar mencapai aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek? Terangkan.

(29)

ISI KANDUNGAN

Sejarah perkembangan Pendidikan Kesihatan di Malaysia

Sejarah perkembangan Pendidikan Kesihatan di Malaysia selaras dengan perkembangan Pendidikan Jasmani. Perkembangan pendidikan jasmani dan juga Pendidikan Kesihatan di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat yang besar.

1. Sistem pendidikan asal, iaitu sistem pendidikan yang telah ada sebelum kedatangan pengaruh Barat.

2. Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah menghasilkan pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

3. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas merdeka.

Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani dan Kesihatan. Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan Inggeris di negeri-negeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni Inggeris. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev. R.S Hutching. Sekolah itu ialah di bawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan jasmani dan Kesihatan tidak dijalankan lagi.

Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun pelajaran pendidikan jasmani dan Pendidikan Kesihatan mula diajar secara tidak formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Pendidikan Kesihatan pula diajar melalui ceramah bebas dan perbincangan secara terbuka oleh guru dan penasihat kesihatan yang dilantik. Tahun 1924 dilantik seorang pengusaha pendidikan jasmani dan kesihatan untuk negeri-negeri Selat.

Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan belum tersusun. Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani dan kesihatan ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahun-tahun 1930-an barulah usaha rancangan pendidikan jasmani dan subjek Pendidikan Kesihatan untuk sekolah-sekolah dimulakan.

(30)

Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk pelajaran Pendidikan Jasmani di Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach

Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan. J.W

Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dan kesihatan dalam tahun 1932, dan telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara.

Kursus-kursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun 1946-48, suatu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris). Sistem latihan guru pendidikan jasmani dan kesihatan dilancarkan secara berperingkat-peringkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentak rama merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa dengan yang terdapat di negara-negara Asia di bawah British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang dan tenis adalah popular tetapi permainan badminton merupakan permainan yang paling popular.

Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk meluaskan pengetahuan mengenai pendidikan jasmani dan meluaskan lagi skop bagi Pendidikan Kesihatan. Setahun kemudian, Pendidikan Jasmani dan kesihatan dimasukkan sebagai satu mata pelajaran bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby. Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford, England. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil oleh anak tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan juga disatukan dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan IPSI dikekalkan dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan.

Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani

(31)

dan Kesihatan diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960. Kemudian, diikuti dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam tahun 1961.

Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula, kemudiannya sukatan itu dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada kesan, pergerakan dan kemahiran. Di masukkan juga aspek-aspek moden seperti tarian moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.

Apa Itu Fungsi Pendidikan Kesihatan?

Pendidikan Kesihatan adalah merupakan suatu proses membekalkan dan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat atau menggunakan pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Dari aspek pendidikan kepada murid Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Objektif utama Pendidikan Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan masyarakat melalui:

 Menanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka.

 Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan kaedah tersebut.

Di peringkat sekolah Pendidikan Kesihatan lebih berfokus kepada:

i. Kesihatan diri dan keluarga ii. Gaya hidup sihat

(32)

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu pelajar meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Objektif Pendidikan Kesihatan dirancang dan digubal agar pelajar boleh mencapai perkara-perkara seperti berikut:

i. mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran. ii. menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan

dengan kesihatan.

iii. membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman.

iv. menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian

v. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan. (Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, 1999)

Rajah 2.2 : Senario apabila mereka memahami fungsi Pendidikan Kesihatan

Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, bagaimana fungsi Pendidikan Kesihatan boleh mempengaruhi orang di sekeliling anda?

(33)

Tanggungjawab Pendidik Kesihatan Mengetahui keperluan indidvidu dan komuniti Perancangan program secara efektif Perlaksanaan program Penilaian keberkesanan program Bertindak sebagai ejen rujukan Menyelaraskan perkhidmatan Keperluan komunikasi dan sumber

Apakah fungsi dan tugas Pendidik Kesihatan

Rajah 2.3 : Tanggungjawab utama pendidik kesihatan

(Sumber: National Commission for Health Education Crendentialing [NCHEC], 1980 )

Tanggung jawab 1: Menilai keperluan individu dan masyarakat untuk Pendidikan Kesihatan

 Dapatkan data yang berkaitan dengan kesihatan tentang persekitaran sosial dan budaya, faktor pertumbuhan dan perkembangan, keperluan dan kepentingan.

 Bezakan antara tingkah laku yang memupuk dan apa yang menghalang kesejahteraan.  Membuat kesimpulan keperluan untuk Pendidikan Kesihatan berdasarkan data yang

(34)

Tanggungjawab 2: Perancangan program Pendidikan Kesihatan yang berkesan

 Mewujudkan pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan mengenal pasti potensi peserta atas sokongan dan bantuan dalam perancangan program.

 Membangunkan skop yang logik dan pelan untuk program Pendidikan Kesihatan.  Merumuskan objektif program yang sesuai dan boleh diukur.

 Mereka bentuk program pendidikan selaras dengan objektif program yang dinyatakan.

Tanggungjawab 3: Perlaksanaan program Pendidikan Kesihatan

 Membuat pameran berdasarkan program pendidikan yang telah dirancang.

 Membuat kesimpulan membolehkan objektif yang perlu untuk melaksanakan pengajaran  Memilih kaedah dan media yang paling sesuai untuk melaksanakan perancangan

program kepada pelajar tertentu.

 Memantau program pendidikan, menyelaraskan objektif dan aktiviti mengikut kesesuaian.

Tanggungjawab 4: Menilai keberkesanan program Pendidikan Kesihatan

 Membangunkan rancangan untuk menilai pencapaian objektif program.  Menjalankan pelan penilaian.

 Mentafsir keputusan penilaian program.

 Membuat kesimpulan implikasi dari hasil perancangan program masa depan.

Tanggungjawab 5: Menyelaras perkhidmatan Pendidikan Kesihatan

 Membangunkan rancangan untuk menyelaraskan perkhidmatan Pendidikan Kesihatan.  Memudahkan kerjasama di antara kakitangan program.

 Menggubal mod praktikal kerjasama di kalangan agensi-agensi kesihatan dan organisasi.  Mengadakan program-program latihan dalam perkhidmatan untuk guru-guru,

(35)

Tanggungjawab 6: Bertindak sebagai pegawai sumber maklumat dalam Pendidikan Kesihatan

 Gunakan ICT sebagai sistem dapatan semula maklumat kesihatan yang berkesan.  Mewujudkan hubungan perundingan yang berkesan dengan orang-orang yang

memerlukan.

 Menyediakan bantuan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kesihatan.  Mentafsir dan bertindak balas terhadap permintaan untuk maklumat kesihatan.

 Memilih bahan-bahan yang berkesan sebagai sumber untuk menyebarkan maklumat kesihatan.

Tanggungjawab 7: Menghubungkan kesihatan dengan keperluan Pendidikan Kesihatan, keprihatinan dan bahan sumber.

 Mentafsir konsep, tujuan dan teori Pendidikan Kesihatan.

 Meramalkan kesan sistem nilai masyarakat pada program Pendidikan Kesihatan.

 Memilih pelbagai kaedah dan teknik-teknik komunikasi dalam menyediakan maklumat kesihatan.

 Menyalurkan komunikasi yang berkesan antara penyedia penjagaan kesihatan dan pengguna.

Rancang satu program Pendidikan Kesihatan yang boleh dilaksanakan di sekolah. Kemudian, huraikan dengan terperinci tugas Pendidik Kesihatan berdasarkan rajah 2.3. Kaitkan antara tugas Pendidik Kesihatan dengan program yang ingin dirancang.

(36)

Perancangan Program Pendidikan Kesihatan

Rajah 2.3 : Salah satu program yang boleh dilaksanakan di sekolah

Sebagai seorang guru, apakah program yang boleh dirancang yang boleh dilaksanakan berdasarkan gambar dalam rajah 2.3. Senaraikan 5 program yang boleh dijalankan di sekolah dalam bentuk rajah di bawah.

(37)

Sebagai Pentadbir atau Guru Besar pelbagai program boleh dilaksanakan di sekolah yang berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan. Kebanyakan sekolah sememangnya telah mengadakan pelbagai program yang merupakan program Pendidikan Kesihatan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Selain daripada mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang diajar sebagai subjek, Pendidikan Kesihatan boleh diterapkan melalui pelbagai kaedah atau pendekatan. Ini termasuklah dalam program-program Hal-Ehwal Murid, begitu juga dalam program-program Kokurikulum.

Pendidikan haruslah diajar atau lebih tepat lagi diterapkan kepada murid-murid supaya ia menjadi budaya. Perkara begini kadang-kadang agar sukar juga hendak diajar atau diterapkan kerana murid-murid datang dari pelbagai budaya atau cara hidup yang berbeza, sebagai contoh cara pemakanan mereka di rumah, kadang-kadang apa yang ditafsirkan oleh ibu bapa di rumah akan pemakanan sihat amat berbeza sekali dengan pemakanan sihat yang sebenarnya. Justeru itu peranan sekolah amat penting sekali dalam hal ini. Perkara-perkara berkaitan Pendidikan Kesihatan perlu ditunjuk ajar di sekolah dan jadikannya satu rutin agar ianya akan menjadi budaya kepada murid-murid yang akan membesar sebagai masyarakat yang faham akan pentingnya penjagaan kesihatan.

Dalam melaksanakan program Pendidikan Kesihatan di sekolah, satu perancangan yang rapi perlu diadakan. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik. Ia juga memberi hala tuju kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik di samping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.

Faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan yang rapi seperti berikut:

1. Persekitaran pengajaran

Selain daripada objektif, faktor-faktor lain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz kelas, peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas Pendidikan Kesihatan. Jika saiz kelas itu besar, maka masalah kekurangan peralatan dan kemudahan mungkin timbul. Justeru itu, perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. Misalnya, suatu kumpulan kecil boleh dibentuk untuk tujuan di atas.

(38)

2. Latar Belakang Guru

Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar penting untuk menjayakan pengajaran. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Ianya adalah dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk mengajarkan Pendidikan Kesihatan di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.

3. Latar belakang Pelajar

Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar kurang minat terhadap Pendidikan Kesihatan.

RUMUSAN

Pendidikan Kesihatan adalah pendidikan untuk kesihatan dan tidak hanya pengetahuan tentang kesihatan. Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata untuk menyembuh, mengurangkan atau mencegah penyakit, malah ianya bertujuan untuk mencapai keadaaan fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. Program Pendidikan Kesihatan seharusnya menggalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat sepanjang hayat.

1. Pelajar harus dididik dan mempelajari demi memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat. Dengan adanya Pendidikan Kesihatan pelajar dapat membuat persediaan menghadapai cabaran hidup. Pelajar juga dapat sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial.

2. Objektif utama Pendidikan Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan masyarakat melalui:

(39)

 Menanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka.

 Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan kaedah tersebut.

3. Pendidikan haruslah diajar atau lebih tepat lagi diterapkan kepada murid-murid supaya ia menjadi budaya. Perkara-perkara begini kadang-kadang agar sukar juga hendak diajar atau diterapkan kerana murid-murid datang dari pelbagai budaya atau cara hidup yang berbeza, sebagai contoh cara pemakanan mereka di rumah, kadang-kadang apa yang ditafsirkan oleh ibu bapa di rumah mengenai pemakanan sihat amat berbeza sekali dengan pemakanan sihat yang sebenarnya. Justeru itu peranan sekolah amat penting sekali dalam hal ini. Perkara-perkara berkaitan Pendidikan Kesihatan perlu ditunjuk ajar di sekolah dan jadikannya satu rutin agar ianya akan menjadi budaya kepada murid-murid yang akan membesar sebagai masyarakat yang faham akan pentingnya penjagaan kesihatan.

4. Dalam melaksanakan program Pendidikan Kesihatan di sekolah, satu perancangan yang rapi perlu diadakan. Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik. Ia juga memberi hala tuju kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik di samping memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.

(40)

Keperluan komunikasi dan sumber Meramalkan kesan sistem nilai

masyarakat

Menyalurkan komunikasi yang berkesan

Menyelaraskan perkhidmatan

Menggubal mod praktikal kerjasama

Mengadakan program-program latihan Bertindak sebagai ejen rujukan

Mewujudkan hubungan perundingan

Mentafsir dan bertindak balas terhadap permintaan Penilaian keberkesanan program Membangunkan rancangan Mentafsir keputusan penilaian program.

Perlaksanaan program Membuat pameran Membuat kesimpulan

Perancangan program secara efektif Membangunkan skop yang logik dan

pelan

Merumus objektif dan merekabentuk program pendidikan Mengetahui keperluan individu dan komuniti

Dapatkan data yang berkaitan Bezakan antara tingkah laku

(41)

KATA KUNCI

1. Sejarah Pendidikan Kesihatan 2. Fungsi Pendidikan Kesihatan 3. Tugas Pendidik Kesihatan 4. Perancangan Program 5. Perlaksanaan Program 6. Penilaian Program

PENILAIAN KENDIRI

1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan fungsi Pendidikan Kesihatan?

2. Senaraikan tugas-tugas utama pendidik kesihatan dan huraikan tanggungjawab mereka secara terperinci?

3. Bagaimanakah program kesihatan boleh dilaksanakan secara berkesan di sekolah?

4. Pada pendapat anda, mengapakah pihak kerajaan begitu serius dalam merancang program kesihatan di Malaysia?

RUJUKAN

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan· Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan.(1998) · Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25)

Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Atas Talian. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan %20Jasmani/Definisi%20Pendidikan%20Jasmani%20%20%20dan%20Kesihatan

World Health Organization (WHO) (1998). Health education: Theoretical concepts, effective strategies and core competencies. A foundation document to guide capacity development of health educators.

(42)

Keperluan komunikasi dan sumber Meramalkan kesan sistem nilai

masyarakat

Memilih pelbagai kaedah dan teknik-teknik komunikasi

Menyalurkan komunikasi yang berkesan

Menyelaraskan perkhidmatan

Membangunkan rancangan Memudahkan kerjasama di antara kakitangan Menggubal mod praktikal kerjasama Mengadakan program-program latihan Bertindak sebagai ejen rujukan

Gunakan ICT sebagai sistem dapatan semua maklumat

Mewujudkan hubungan perundingan

Mentafsir dan bertindak balas terhadap permintaan

Memilih bahan-bahan yang berkesan

Penilaian keberkesanan program Membangunkan rancangan Menjalankan pelan penilaian Mentafsir keputusan

penilaian program.

Membuat kesimpulan implikasi Perlaksanaan program

Membuat pameran Membuat kesimpulan Memilih kaedah dan media yang paling sesuai

Memantau program pendidikan Perancangan program secara efektif

Mewujudkan pertubuhan-pertubuhan masyarakat

Membangunkan skop yang logik dan pelan

Merumus objektif dan merekabentuk program pendidikan Mengetahui keperluan individu dan komuniti

Dapatkan data yang berkaitan Bezakan antara tingkah laku Membuat kesimpulan

(43)

UNIT 3

KONSEP ASAS KESIHATAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda di harap dapat :

1. Menerangkan definisi kesihatan secara menyeluruh.

2. Membincangkan apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan menyeluruh dan kesihatan optima.

3. Menerangkan komponen-komponen kesihatan dan kesejahteraan secara terperinci. 4. Membincangkan kepentingan pendidikan kesihatan.

PETA KONSEP TAJUK

KONSEP ASAS KESIHATAN Kesihatan Holistik kesihatan individu Kesihatan masyarakat Kesihatan persekitaran Kesihatan dan Kesejahteraan Komponen Kesihatan dan Kesejahteraan Psikologi Rohani Fizikal Sosial Vokasional Persekitaran Kesihatan Optimum Kepentingan Pendidikan Kesihatan

(44)

PENGENALAN

Rajah 3.1 : Kesan yang timbul akibat tidak menjaga kesihatan dengan baik

Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, anda mungkin boleh memahami situasi seperti dalam rajah 3.1 di atas. Pada pendapat anda, apakah perkara yang penting yang mampu mengubah situasi di atas?

Perkara yang sinonim dengan kesihatan sudah pastilah penyakit. Senarai penyakit yang banyak membuatkan manusia lebih rasa bimbang. Terutama yang sedang mengalami kesakitan. Pihak Kementerian Kesihatan juga sering menjelaskan betapa perlunya kita menjaga kesihatan terutama dalam kehidupan yang serba serbi memerlukan wang ringgit. Memikirkan tentang kesihatan lebih awal akan berkemungkinan dapat menghindarkan penyakit yang menyulitkan kehidupan.

Tanpa kesihatan yang sempurna, hidup kita mungkin pincang. Manusia kini hampir lupa tentang kesihatan mereka, ditambah lagi bila mereka merasakan mereka sihat dan menggunakan sepenuhnya untuk perkara yang tidak berfaedah seperti bergaduh, merempit, merokok setiap masa tanpa menghiraukan orang lain sedangkan tabiat tersebut secara terang boleh menjejaskan kesihatan dan pelbagai lagi perkara yang boleh merugikan. Bila berlakunya kesakitan, waktu itu baru lah sedar betapa penting kesihatan yang telah dibazirkan.

(45)

ISI KANDUNGAN

Apa itu definisi kesihatan?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) , kesihatan ialah satu tahap atau keadaan apabila seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak upaya. Definisi ini melibatkan dua aspek penting dalam kesihatan, iaitu aspek negatif (penyakit tidak sihat, cedera, cacat, tidak upaya atau lemah ), dan aspek positif (kesejahteraan dari segi mental, fizikal dan sosial).

Perkataan ‘kesihatan’ dikatakan berasal daripada perkataan Inggeris lama untuk perkataan heal (hael) yang bermaksud keseluruhan (whole) . Ia merujuk kepada kesihatan yang menyeluruh, iaitu berkaitan individu secara keseluruhan termasuklah integriti, sihat atau kesejahteraan.

Kesihatan bersifat holistik dan merangkumi pelbagai dimensi atau domain. Kesihatan holistik bermaksud mengambil kira pelbagai pengaruh dan interaksi dimensi-dimensi tersebut. Dimensi kesihatan bagi individu adalah seperti berikut:

 Kesihatan fizikal.  Kesihatan mental  Kesihatan emosi  Kesihatan sosial  Kesihatan rohaniah  Kesihatan seksual

Selain kesihatan individu terdapat dua lagi dimensi kesihatan yang lebih luas yang mempengaruhi individu iaitu:

i. Kesihatan masyarakat iaitu hubungan antara kesihatan dan cara masyarakat distrukturkan, disusun dan dibangunkan. Ini termasuklah keperluan infrastruktur asas untuk kesihatan.

ii. Kesihatan persekitaran – bermaksud persekitaran fizikal di mana orang ramai tinggal dan ini termasuklah perkara-perkara seperti perumahan, pengangkutan, kemudahan sanitasi dan air bersih, serta pencemaran.

(46)

Rajah 3.2 : Senario apabila kita menjaga kesihatan dengan baik

Bolehkah anda mengenal pasti apakah perbezaan antara senario kesihatan dalam rajah 3.1 dengan rajah 3.2? Rajah manakah merupakan senario yang mahu dilihat pada hari ini? Pada pendapat anda, apakah strategi dan kaedah yang boleh membantu manusia mencapai tahap kesihatan yang menyeluruh?

Salah satu strategi yang boleh membantu manusia untuk mendapatkan kesihatan yang baik adalah dengan melaksanakan kesihatan yang menyeluruh dan kesihatan optima. Inilah strategi utama yang kita akan bincangkan dalam unit pelajaran ini.

Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan atau strategi pelaksanaan kesihatan menyeluruh dan kesihatan optima.

(47)

Takrifan kesihatan yang lebih menyeluruh dan holistik dikemukakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai ‘Suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi,

dan bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan’. Di sini, kesihatan terbentuk hasil

dari satu keadaan keseimbangan di antara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya. Keseimbangan ini juga membolehkan individu tersebut berfungsi dengan baik. Berkaitan dengan takrifan ini, individu yang sihat dilihat sebagai individu yang bercirikan kesempurnaan anatomi, berkeupayaan menjalankan tanggung jawab keluarga, kerja dan komuniti serta bebas dari risiko penyakit dan kematian yang mengejutkan.

Dari sejarah yang telah dicatatkan, ahli falsafah dan pakar kesihatan telah memerhatikan bahawa aktiviti fizikal yang berterusan merupakan bahagian utama dalam kesihatan hidup. Ahli falsafah

'Hippocrates' pernah mengatakan bahawa makanan sahaja tidak akan menyihatkan seseorang;

dia perlu bersenam. Untuk makanan dan senaman, walaupun mempunyai kualiti yang berbeza, namun saling bergandingan ke arah kesihatan. Adalah perlu, untuk memiliki kekuatan senaman (cergas), sama ada secara semula jadi ataupun buatan, mengetahui yang mana satu dapat menambahkan isi saiz otot dan yang mana satu mengurangkannya; dan bukan hanya itu malah pembahagian senaman dan makanan adalah berbeza terhadap seseorang pesakit, umur individu, jantina dan sebagainya.

Saban hari kita membuat pilihan melakukan aktiviti yang sama ada meningkatkan atau mengurangkan tahap kesihatan yang ada sekarang. Walaupun setiap orang menginginkan suatu kehidupan yang sihat, berkualiti, namun bukan setiap orang secara sukarelanya akan membuat perubahan gaya hidup yang diperlukan untuk meningkatkan kesihatan. Walau bagaimanapun, anda mungkin merupakan antara mereka yang cuba untuk memperoleh gaya hidup yang lebih sihat ini. Peningkatan konsep kesihatan ini akan menunjukkan tingkah laku gaya hidup yang lebih sihat dan positif yang dapat mempengaruhi kesihatan, kualiti dan kesejahteraan hidup kita.

Tidak kira di mana tahap kesihatan anda, terdapat banyak pilihan corak tingkah laku yang dapat anda lakukan menuju ke arah kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik, tetapi hanya diri anda dapat menentukan pilihan anda. Pilih dengan bijak dan menikmati pilihan tersebut.

(48)

Kesihatan dan Kesejahteraan

Kesihatan mempunyai pelbagai cabang, kualiti dinamik menceritakan bagaimana sihatnya anda dan berkemampuan untuk berfungsi setiap masa dan di mana juga. Menjadi lebih sihat adalah lebih penting daripada tidak menjadi sakit. Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional dan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan yang memuaskan dan produktif. Kesihatan yang optimum boleh diukur dengan berfungsi pada tahap yang tinggi, sentiasa mempunyai tingkah laku yang positif, hidup yang menggembirakan dan mempunyai rasa harmoni dengan alam dan kemanusiaan.

Kesihatan sentiasa mengubah kualiti kehidupan. Kesihatan kita boleh berubah dari hari ke hari, minggu ke minggu lain melalui perubahan dalam minda, tubuh, nilai, sikap, kepercayaan, kebiasaan dan tingkah laku. Kesejahteraan ialah petanda kepada kesihatan yang optimum. Keseronokan dan pendekatan yang positif kepada gaya hidup akan membawa kepada kesejahteraan hidup pada tahap tinggi. Kontinum ini penting untuk meningkatkan perkembangan dalam semua aspek kehidupan. Fokus kepada tanggungjawab kendiri, pengisian kendiri dan kualiti hidup yang lebih baik. Konsep kesejahteraan ialah memperkayakan sikap ke arah kesihatan yang akan menolong mengurangkan faktor potensi risiko penyakit dan meningkatkan kesejahteraan.

Tujuan Utama Mencapai Kesihatan Optimum

i. Menikmati hidup dengan lebih sempurna ('life to your years').

ii. Panjang umur ('years to your life'). iii. Minda, tubuh dan rohani yang sihat. iv. Meningkatkan keyakinan diri.

v. Lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan yang sempurna. vi. Lebih ceria dan periang.

vii. Tingkah laku positif. viii. Kurang risiko penyakit.

ix. Antibodi yang kuat untuk melawan serangan penyakit berjangkit. x. Boleh mengawal diri tanpa bergantung kepada orang lain. xi. Mengurangkan kos rawatan.

(49)

xii. Perhubungan sosial yang sihat.

xiii. Meningkatkan kepekaan terhadap peranan persekitaran. xiv. Berperanan dengan efektif sebagai pelajar atau pekerja. xv. Lebih berpeluang mencapai kejayaan dalam hidup.

xvi. Lebih berpeluang mengecap setiap detik dalam hidup dan pengalaman.

Kesihatan dan kesejahteraan mempunyai hubungan yang sangat rapat. Ia dapat digambarkan dalam tiga keadaan iaitu berjalan ke belakang, berdiri statik dan berjalan ke hadapan. Contohnya, mendapat penyakit adalah seperti berjalan ke belakang. Tidak sakit tetapi tidak merasa sejahtera adalah seperti seseorang berdiri statik dan menjadi sihat secara keseluruhan adalah seperti seseorang yang berjalan ke hadapan dan bila sikap serta akhlak lebih sihat, anda berjalan dengan pantas ke arah kesihatan yang optimum atau kesejahteraan.

Isikan tempat kosong di bawah mengenai apakah tujuan utama mencapai kesihatan optimum.

Rajah 3.3 : Rajah menunjukkan tujuan utama mencapai kesihatan optimum

Referensi

Dokumen terkait

Berkaitan dengan hal tersebut, Ekosistem mangrove di Pulau Rambut memiliki fungsi ekologis yang sangat penting terhadap keberadaan burung air, sehingga perlu adanya kebijakan

Hasil pemeriksaan parameter fisika terhadap 3 jenis sumur yang berada di Kelurahan Gubug Kecamatan Gubug Kabupaten Grobogan tersaji pada tabel I. Jenis air sumur

Oleh karena itu mengingat pertumbuhan penduduk yang cukup pesat terutama di salah satu Kawasan Peruntukan Pariwisata dengan contoh kecamatan Batujaya tepatnya di Desa Batujaya

Pada kuadran ini situasi perusahaan sangat menguntungkan, berdasarkan Matrik IE (Matrik Internal-Eksternal) maka CV STAR PRATAMA berada pada sel V dan berdasarkan hasil

PS 518 II Psikologi Kepribadian I 3 - 2 -- Apabila mahasiswa masih perlu mengontrak salah satu dari ke-2 mata kuliah ini, maka mahasiswa harus mengontrak ke-2 nya dan

Undang-Undang Nomor 32 Tahun 2004 tentang Pemerintahan Daerah (Lembaran Negara Republik Indonesia tahun 2004 Nomor 125, Tambahan Lembaran Negara Republik Indonesia Nomor 4437)

Namun , kampus STIKES Yayasan Rs Dr Soetomo hanya memiliki satu warna seragam yaitu warna putih, mengingat peraturan yang berlaku pada kampus bahwasanya

Peran komunikator ( Humas ) dan komunikan ( wali murid ) dalam hal ini sangat penting, dimana ia menyampaikan pesan berupa informasi tentang SD Khadijah wonokromo,