• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cirit-birit atau rotavirus merupakan antara penyakit yang berbahaya yang mampu untuk membawa maut kepada sesiapa yang menghadapinya jika tidak mendapat rawatan dengan segera. Apabila berlaku gejala kanak-kanak mengalami cirit-birit yang kerap dan muntah-muntah seeloknya ibu bapa tidak lagi berlengah untuk membawa anak mereka ke klinik ataupun hospital untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Hal ini kerana apabila berlakunya cirit-birit yang terlalu kerap ia dikhuatiri bahawa kanak-kanak tersebut dijangkiti rotavirus yang boleh membawa maut. Oleh demikian, cirit-birit yang kerap berlaku pada golongan kanak-kanak perlu diberi rawatan dan ubat supaya keadaan yang lebih rumit tidak berlaku (Wan Hazmir, 1999).

Virus rotavirus dipercayai mampu merebak dan membiak dengan pantas melalui air. Jangkitan rotavirus yang menyerang golongan bayi dan kanak-kanak pada kebiasaannya bermula dengan demam dan disusuli dengan tiga sehingga lapan hari cirit-birit dan muntah-muntah. Cirit-birit yang dimaksudkan itu lazimnya menyingkirkan lebih banyak cecair daripada tubuh bayi berkenaan. Berita melaporkan bahawa hampir setiap kanak-kanak akan dijangkiti virus rotavirus sekurang-kurangnya sekali sebelum mereka menjangkau usia lima tahun.

Dalam lingkungan usia bayi berkenaan baru lahir sehingga lima tahun, peratus mereka untuk diserang oleh virus rotavirus amat tinggi. Hal ini kerana virus tersebut acap kali menyerang tubuh badan bayi kerana mereka mudah dan senang untuk

mendapat sakit cirit-birit. Peratusan peningkatan jumlah pesakit rotavirus semakin hari semakin meningkat terutamanya bagi negeri Perak. Oleh demikian, negeri-negeri yang lain perlu membuat persiapan agar dapat mencegah dan membendung agar gejala tersebut dapat dikurangkan (John,1996).

Virus rotavirus telah dikenal pasti sebagai punca utama berkaitan dengan permasalahan yang mengakibatkan cirit-birit. Dianggarkan kira-kira hampir 600, 000 kematian berlaku setiap tahun akibat daripada virus rotavirus yang menyerang individu di seluruh dunia dan angka tersebut akan meningkat setiap tahun. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekitar tahun 2000 sehingga tahun 2003, anggaran sebanyak 10.6 juta manusia mati setiap tahun yang melibatkan golongan kanak-kanak yang masih berusia kurang lima tahun.

Hal ini menunjukkan suatu peningkatan peratusan angka kematian yang menyerang kanak-kanak yang disebabkan masalah cirit-birit dibawa oleh virus rotavirus yang sangat berbahaya. Oleh itu, kadar kematian tersebut menunjukkan bahawa virus rotavirus sangat licik sehingga boleh mengakibatkan berlaku kematian yang sangat dahsyat di seluruh dunia pada masa kini. Penjagaan pemakanan dan corak rutin harian kanak-kanak perlu dijaga dengan rapi agar mereka mendapatkan pemakanan yang seimbang dan gejala virus rotavirus yang menular dapat dibendung. Kesihatan bayi dan kanak-kanak adalah elemen utama untuk menjamin tahap kesihatan yang ideal buat mereka.

Di Malaysia, antara tahun 1999 sehingga tahun 2000, dianggarkan bahawa satu daripada 37 kanak-kanak yang berusia bawah daripada lima tahun dikesan dan dirawat sebagai pesakit luar akibat virus rotavirus. Manakala, satu daripada 67 kanak-kanak pula ditahan dalam wad kerana menerima penyakit yang sama. Tambahan pula, bagi yang selebihnya mempunyai kadar satu daripada 15,000 orang kanak-kanak berdepan dengan kematian. Angka tersebut mencatatkan sejumlah peningkatan dan kenaikan kanak-kanak yang mengalami cirit-birit yang diserang oleh rotavirus (Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2007).

Apakah simpton-simpton cirit- birit?

Pakar-pakar kesihatan membuat klasifikasi simptom-simpton yang boleh dikenal pasti bahawa seseorang kanak-kanak itu dijangkiti virus rotavirus ialah seperti:

cirit-birit yang berdarah

muntah-muntah dengan kerap melebihi tiga jam suhu badan mencecah sehingga 39.4°C kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Sekiranya, kanak-kanak didapati ada menunjukkan tanda-tanda berkenaan, maka mereka sememangnya telah dijangkiti virus rotavirus yang telah menyerang dalam tubuh badan mereka. Tanda-tanda awal tersebut boleh dikesan dua sehingga lima hari apabila rotavirus sudah menyerang kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang mengalami gejala rotavirus turut menunjukkan dehidrasi seperti mulut kering, kerap menangis tanpa mengeluarkan air mata, air kencing yang sedikit atau tiada langsung serta kerap mengantuk pada kadar yang luar biasa. Keadaan tersebut adakalanya dapat dikesan oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut kerana mereka akan menunjukkan situasi yang berlainan daripada keadaan yang biasa.

Penyebab kepada virus rotavirus kerap melemahkan dan membantutkan pergerakan kanak-kanak sehinggakan mereka menunjukkan tanda-tanda tersebut. Ibu bapa yang sedar dan prihatin terhadap simptom anak-anak mereka akan segera mendapatkan rawatan supaya kesihatan kanak-kanak tersebut dapat dipulihkan.

Bagaimanakah virus ini merebak?

Rotavirus mudah dijangkiti. Virus tersebut akan mula merebak dan membiak dengan sentuhan pada najis dan seterusnya dijangkiti melalui makanan yang tercemar, air dan titisan pernafasan. Tambahan pula, rotavirus boleh bertahan selama beberapa hari pada permukaan keras dan kering. Seterusnya, rotavirus tersebut mempunyai jangka hayat yang hanya boleh hidup selama berjam-jam pada tangan manusia sahaja. Oleh demikian, ia akan tersebar dan membiak dengan pantas melalui udara.

Bagaimana mencegah Rotavirus

Pihak kerajaan memainkan peranan utama dengan menyarankan kepada para ibu yang menyusukan bayi mereka supaya mengambil langkah yang sewajarnya dan meneruskan proses penyusuan kepada bayi mereka. Ini kerana penyusuan bayi dapat membantu mencegah jangkitan rotavirus untuk menjangkiti tubuh badan bayi. Penggunaan vaksin yang ingin dilaksanakan kepada bayi yang berusia enam bulan ke bawah adalah suatu langkah yang berperingkat dan mengikut tahap-tahap yang akan ditetapkan mengikut kesesuaian masa. Di samping itu, rotavirus yang melanda Negara pada ketika ini ialah merupakan suatu jangkitan umum yang menyerang tubuh badan bagi bayi dan anak kecil. Hal ini bermakna golongan dewasa dan orang tua tidak akan mengalami jangkitan rotavirus tersebut.

Antara langkah dan kaedah yang signifikan bagi mencegah penularan jangkitan rotavirus ialah melalui amalan kebersihan. Tempat tinggal yang bersih dan terhindar daripada kekotoran akan dapat mengelakkan punca-punca berlakunya sebarang virus yang dapat menyerang individu. Amalan kebersihan adalah menjadi tanggung jawab bersama seisi keluarga dalam membendung gejala tersebut agar terus merebak. Amalan kebersihan turut mementingkan aspek kebersihan diri seperti membasuh tangan dengan air sabun, minum air yang telah dimasak dan makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna (Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2007).

Oleh kerana rotavirus mudah berjangkit, maka amalan kebersihan diri adakalanya mungkin tidak memadai untuk mencegah penularan jangkitan tersebut. Amalan kebersihan yang dilakukan merupakan sebahagian sahaja yang dapat mencegah jangkitan rotavirus. Langkah yang dianggap paling sinomin untuk mencegah gejala tersebut ialah dengan menggunakan vaksin. Sejak tahun 2006, dua jenis vaksin rotavirus telah digunakan dalam kaedah untuk mencegah jangkitan virus tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua vaksin tersebut merupakan ubat dan rawatan yang paling mujarab dan selamat untuk membendung jangkitan rotavirus daripada menyerang tubuh badan golongan bayi dan kanak-kanak.

Kebanyakan negara-negara barat seperti Eropah, Amerika Syarikat, Australia, Belanda dan beberapa negara di Afrika serta Amerika Selatan telah memperkenalkan vaksin rotavirus sebagai rawatan dan kaedah bagi mencegah penularan wabak rotavirus yang diberikan kepada semua bayi di seluruh negara. WHO telah melaksanakan program untuk menggalakkan semua negara untuk menimbangkan kemasukan vaksin rota virus dalam pelalian negara sebagai langkah strategi untuk mencegah penyakit cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak.

Bagi menyahut seruan yang dijalankan oleh pihak WHO, kedua-dua vaksin tersebut telah dilancarkan di Malaysia dan ia boleh diperoleh di negara ini sejak tiga tahun yang lalu. Namun, setakat hari ini program pelalian yang dijalankan seperti di negara-negara barat belum menjadi sebahagian program pelalian yang dijalankan di negara kita. Hal ini kerana masa dan keadaan yang belum sesuai untuk melancarkan program tersebut secara besar-besaran.

Vaksin untuk mencegah rotavirus boleh diperoleh dalam pasaran swasta. Namun, secara puratanya dapat dilihat bahawa pengambilan vaksin tersebut dalam kalangan bayi di Malaysia masih sangat rendah. Oleh itu, diharapkan pihak ibu bapa perlu memikirkan dan merenung kembali untuk memberi pelalian kepada bayi mereka ketika berusia kurang daripada enam bulan dengan menggunakan vaksin rotavirus agar dapat mencegah jangkitan virus tersebut daripada menyerang tubuh badan anak-anak mereka.

Bagaimana merawat Rotavirus?

Menurut pakar kesihatan, tiada rawatan ubat secara khusus bagi menangani penyakit cirit-birit yang disebabkan oleh serangan virus rotavirus. Walau bagaimanapun, terapi dehidrasi oral dilakukan untuk mencegah penularan jangkitan virus tersebut agar terus merebak. Cecair yang digunakan dalam proses rehidrasi boleh menggantikan kehilangan mineral lebih berkesan daripada penggunaan kaedah air mahupun cecair yang lain.

Pihak kesihatan telah bersepakat untuk mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya meneliti keperluan pemberian vaksin rotavirus kepada bayi yang berumur enam bulan

ke bawah sebagai langkah suntikan wajib supaya dapat membendung gejala rotavirus daripada terus merebak dan membiak (Fatan Hamamah, 2003).

Melalui usaha yang dijalankan ini pihak kerajaan akan melihat sendiri dan menilai kepentingan vaksin bagi menangani isu rotavirus yang melanda negara ini. Ia dijalankan agar dapat memberi suntikan daya ketahanan dalam tubuh badan bayi agar ia dapat menghalang rotavirus daripada menyerang bayi tersebut. Pemberian vaksin rotavirus sama seperti vaksin-vaksin yang lain turut diberikan kepada bayi dan golongan kanak-kanak.

Kaedah yang dijalankan tersebut diharapkan dapat mengurangkan gejala penularan jangkitan virus rotavirus yang menjangkiti bayi dan kanak-kanak sehingga boleh menyebabkan kepada kematian. Oleh itu, penggunaan vaksin tersebut dapat mengurangkan kadar kematian kepada penyakit rotavirus. Oleh itu, fungsi cecair dan elektrolit yang mencukupi yang berada dalam tubuh badan kanak-kanak adalah merupakan tunjang utama dalam menangani kes rotavirus gastroenteritis